24
BAB 13 PELAN PEMBANGUNAN NEGARA 1

BAB 13 new

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pm

Citation preview

BAB 13

BAB 13PELAN PEMBANGUNAN NEGARA

1

DASAR EKONOMI BARU

(DEB)2

PENGENALANDasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosio-ekonomi di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971Matlamat serampang dua mata untuk:pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaumpenyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi3

STRATEGI DEB

Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga supaya penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi kaum Memastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi.

4Maksud: komposisi - pembahagian

Menambah dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan sektor produktif. Perhatian khusus akan ditumpukan kepada kaum Bumiputera yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar.

5

Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati bahawa kira-kira 49.3% daripada semua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis kemiskinan (pendapatan garis kemiskinan tahun 1970 ialah RM200) dan kira-kira 86% daripada jumlah itu berada di kawasan luar bandar

Menjelang tarikh akhir pelaksanaan DEB, matlamat untuk membasmi kemiskinan telah tercapai.

6

Dasar Pembangunan Nasional( DPN )

7

DPN akan terus mengekalkan strategi asas DEB iaitu:pembasmian kemiskinan penyusunan semula masyarakat

untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum.

menyumbangkan ke arah mengukuhkan perpaduan negara.

8

TUJUANUntuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi.Tumpuan kepada golongan termiskin.Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputra (MPPB).Penglibatan sektor swasta.Pembangunan sumber manusia

(ii) Kerajaan meneruskan dasar liberal berhubung dengan syarat-syarat pemilikan modal saham.

(iii) Golongan minoriti diberi pertimbangan.

9Maksud: liberal hak kesamarataan

Strategi pembasmian kemiskinanMengurangkan kemiskinan tanpa mengira kaum.Memperbaiki keadaan golongan termiskinMerapatkan pendapatan dan memperbaiki taraf hidup kumpulan-kumpulan berpendapatan rendahSektor perladangan - perbaiki kemudahan perumahan, kesihatan, pendidikan dan sosial.Golongan minoriti orang asli dan bumiputra sabah/sarawak serta india.

10

PROGRAM PEMBANGUNAN RAKYAT TERMISKINGolongan termiskin ialah isirumah yang menerima pendapatan kurang daripada separuh pendapatan garis kemiskinan dan kehidupan adalah daif.

Objektif pprt ialah:Membasmi kemiskinan golongan ini; danMeningkatkan keupayaan untuk berdikari.

11

Latihan yang diberikan kepada belia-belia di luar bandar akan membolehkan mereka mendapatkan kerja-kerja yang berkemahiran dan berpendapatan lebih tinggi.

Aspek latihan ini akan dipertingkatkan untuk menggantikan pemberian subsidi yang dilaksanakan sehingga hari ini ini.

Pemberian subsidi dan sokongan akan diteruskan untuk golongan penanam padi dan nelayan tetapi ianya akan ditumpukan ke arah mempertingkatkan produktiviti pengeluaran mereka.

12Maksud: subsidi bantuan kewangan

Peranan sektor awam dalam pembasmian kemiskinan akan ditumpukan pada program-program berikut:

- pendidikan - latihan - kesihatan - jalan-jalan luar bandar - pengangkutan - perumahan - bekalan air dan elektrik

13

Di kawasan bandar, kemiskinan akan dikurangkan menerusi penyediaan peluang yang lebih baik untuk meningkatkan pendapatan dan kemudahan asas seperti perumahan, pengangkutan dan kemudahan awam.

Langkah-langkah juga akan diambil oleh Kerajaan melalui perancangan dan penetapan zon pembangunan bandar yang sesuai dalam usaha membangunkan bandar-bandar secara teratur.

Ini bukan sahaja akan dapat mengawal pertumbuhan kawasan-kawasan setinggan tetapi juga menyediakan peluang-peluang kepada golongan yang terlibat dalam perniagaan dan industri kecil.

14

Pembangunan Sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputeramengembangkan asas keusahawanan serta kewujudan rangkaian usahawan berdaya maju:Meningkatkan bilangan dan kualitiPenglibatan sektor swastaSokongan dan bantuan kerajaan kepada mereka yang berpotensi

15

Penyusunan semula hakmilik dan penguasaan dalam sektor syarikatKerajaan meneruskan usaha-usaha untuk meningkatkan pemilikan dan penglibatan bumiputera dalam sektor korporat selaras dengan matlamat asal 30% hakmilik saham sektor.

Peranan Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan diperkukuhkan dalam menggembleng tabungan Bumiputera dan pembangunan keusahawanan.

Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) merupakan sebahagian daripada strategi keseluruhan PNB untuk meneruskan usaha menggembleng tabungan Bumiputera sepanjang tempoh DPN.

16

Penswastaan akan digunakan sebagai suatu cara untuk mempercepatkan dan memperluaskan penyertaan Bumiputera dalam sektor swasta serta mencapai hasrat penyusunan semula modal saham.

Jawatankuasa Pelaburan Asing akan meneruskan pengawasan proses penyusunan semula modal saham dengan menggalakkan lagi syarikat-syarikat mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

17

PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIATeras utama:Memastikan pencapaian matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang saksama.Penglibatan bumiputera yang bermakna dalam sektor moden.DPN akan menggalakkan penyertaan Bumiputera secara meluas dalam sektor-sektor moden seperti pembuatan dan perkhidmatan. Perhatian khusus diberi kepada penyertaan Bumiputera di dalam industri kecil dan sederhana menerusi program sub-kontrak dan francais18

Bagi membolehkan Bumiputera bersaing dalam perniagaan moden, mereka akan didedahkan kepada teknologi terbaru di samping kemudahan-kemudahan modal, maklumat pasaran dan hubungan perniagaan dengan pasaran antarabangsa. Matlamat penyusunan semula guna tenaga akan memastikan corak gunatenaga di pelbagai sektor dan pekerjaan dalam ekonomi mencerminkan komposisi pelbagai kumpulan etnik dalam negara.

Dalam tempoh 10 tahun yang akan datang, dasar ini akan memastikan bahawa Bumiputera mendapat bahagian yang saksama daripada pekerjaan baru yang diwujudkan, khususnya dalam kategori profesional, pengurusan dan teknikal..

19

DASAR WAWASAN NEGARA(DWN)20

PENGENALANDasar Wawasan Negara menggabungkan teras kritikal dasar pembangunan yang lepas, iaitu Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan NasionalObjektif utama mencapai perpaduan nasionalStrategi utamanya ialah:Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaumpenyusunan semula masyarakat pembangunan yang seimbang

21

TERAS UTAMA DWN- membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan, menyemarakkan semangat patriotik, membentuk kematangan politik, membina masyarakat supaya lebih bertolak ansur dan penyayang yang tersemat dengan nilai positif serta meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi; menggalakkan pewujudan masyarakat yang saksama melalui pembasmian kemiskinan dan pengurangan ketidakseimbangan di kalangan dan di dalam kumpulan etnik serta wilayah

22

-mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan memperkukuhkan sumber pertumbuhan, institusi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi makro; mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi; membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai satu langkah strategik untuk meningkatkan nilai ditambah bagi semua sektor ekonomi dan mengoptimumkan daya pemikiran rakyat;

23Maksud :Makro besar, menyeluruhCabaran globalisasi dunia tanpa sempadanLiberalisasi proses beaskan diri dari sekatan politik & agama

-mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga kerja yang cekap, produktif dan berpengetahuan; danmeneruskan pembangunan alam sekitar yang mapan untuk meneguhkan pertumbuhan jangka panjang.

24Habis dahh..