67

Click here to load reader

Bab 2 koordinasi badan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Bab 2 koordinasi badan
Page 2: Bab 2 koordinasi badan
Page 3: Bab 2 koordinasi badan

Koordinasi badan : Penyelarasan gerak balas badan kita terhadap sebarang rangsangan di sekeliling kita (cth : perubahan suhu) dan di dalam badan kita (cth : pencernaan makanan).

Koordinasi memastikan setiap bahagian badan dikawal supaya dapat berfungsi secara harmoni dengan bahagian yang lain apabila menerima ransangan.

Page 4: Bab 2 koordinasi badan
Page 5: Bab 2 koordinasi badan

Membolehkan semua organ badan berfungsi sebagai satu unit untuk mengesan ransangan dan bergerak balas terhadapnya.

Mengawal koordinasi antara ransangan dengan gerak balas.

Mengelakkan kita daripada kecederaan atau bahaya.

Membolehkan kita menyesuaikan diri terhadap perubahan disekeliling kita.

Page 6: Bab 2 koordinasi badan

Sistem saraf manusia terdiri daripada :a) sistem saraf pusatb) sistem saraf periferi

Utusan yang dibawa oleh sistem saraf ialah isyarat elektrik yang disebut impuls.

Sistem saraf mengawal dan mengkoordinasi fungsi diseluruh badan serta gerak balas terhadap rangsangan dalaman dan luaran.

Page 7: Bab 2 koordinasi badan
Page 8: Bab 2 koordinasi badan

otak

saraf tunjang

saraf kraniumsaraf spina

sistem saraf autonomi

sistem saraf soma

sistem saraf pusat sistem saraf periferi

Page 9: Bab 2 koordinasi badan

Pusat kawalan pusat Terdiri daripada :

a) otak b) saraf tunjang Otak – mengawal semua aktiviti badan. Saraf tunjang – laluan utama impuls di

antara otak dan bahagian badan yang lain. Sistem saraf pusat menerima impuls dari

organ deria untuk ditafsir. Selepas ditafsir, impuls baru akan dihantar

ke otot atau kelenjar utk bergerak bls terhadap rangsangan.

Page 10: Bab 2 koordinasi badan

Terdiri drpd semua saraf yg menghubungkan sistem saraf pusat dengan reseptor dan efektor di bhgn badan lain.

Sistem saraf periferi dibahagikan kpd :a) sistem saraf somab) sistem saraf autonomi

Sistem saraf soma mengawal semua tindakan terkawal.

Page 11: Bab 2 koordinasi badan

Sistem saraf soma terdiri drpd :a) saraf spina (drpd saraf tunjang)b) saraf kranium (drpd otak)

Saraf spina mengawal tindakan terkawal spt. berjalan, menggaru, berlari dll.

Saraf kranium mengawal tindakan terkawal spt. bercakap, menghidu dan melihat.

Sistem saraf autonomi mengawal tindakan luar kawal seperti denyutan jantung dan pengecutan salur darah.

Page 12: Bab 2 koordinasi badan

Neuron ialah unit asas sistem saraf. Ia berfungsi untuk membawa impuls.

Struktur neuron dibawah mikroskop

Page 13: Bab 2 koordinasi badan

Struktur neuron

arah gerakan impuls

nukleus

dendrit

dendron

akson

Badan sel

nodusRanvier

salutmyelin

sitoplasma

hujung saraf

Page 14: Bab 2 koordinasi badan

Bahagian neuron

Fungsi

Badan sel Mengawal semua aktiviti neuron

Dendrit Menerima impuls dari neuron-neuron lain dan menghantarnya ke badan sel

Dendron Dendrit yang membawa impuls ke arah badan sel

Akson Dendrit yang membawa impuls keluar dari badan sel

Salut mielin • Penebat pada akson yang mengelakkan kebocoran impuls• Mempercepatkan halaju penghantaran impuls

Jadual : Bahagian neuron dan fungsinya

Page 15: Bab 2 koordinasi badan

Terdapat 3 jenis neuron, iaitu :a) neuron deriab) neuron perantaraanc) neuron motor

Neuron perantaraan – hanya terdapat dalam sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang)

Ia menyambungkan neuron deria dengan neuron motor.

Page 16: Bab 2 koordinasi badan

Setiap jenis neuron mempunyai struktur asas yang sama tetapi berbeza dari segi kedudukan dan fungsinya.

Peranan neuron yang utama adalah menerima dan menghantar impuls.

Hujung neuron dipisahkan oleh satu ruang sempit yang di sebut sinaps.

Sinaps membenarkan impuls dihantar dalam satu arah sahaja.

Sinaps terdapat di antara akson sesuatu neuron dengan dendrit atau badan sel neuron yang lain.

Page 17: Bab 2 koordinasi badan

Rajah : Sinaps

Page 18: Bab 2 koordinasi badan
Page 19: Bab 2 koordinasi badan

Ciri-ciri

Kedudukan badan sel Di tengah neuron

Panjang akson Pendek

Arah pergerakan impuls Dari organ deria atau reseptor ke sistem saraf

Fungsi Membawa impuls dari organ deria / reseptor ke sistem saraf pusat

Page 20: Bab 2 koordinasi badan
Page 21: Bab 2 koordinasi badan

Ciri-ciri

Kedudukan badan sel Di tengah neuron

Panjang akson Berubah-ubah

Arah pergerakan impuls Dari neuron deria ke neuron motor dalam sistem saraf

Fungsi Menghantar impuls dari neuron deria ke neuron motor

Page 22: Bab 2 koordinasi badan
Page 23: Bab 2 koordinasi badan

Ciri-ciri

Kedudukan badan sel Di hujung neuron

Panjang akson Panjang

Arah pergerakan impuls Dari neuron perantaraan keluar dari sistem saraf pusat ke otot atau efektor

Fungsi Menghantar impuls dari sistem saraf pusat (otak atau saraf tunjang) ke efektor (otot atau kelenjar)

Page 24: Bab 2 koordinasi badan

Reseptor dan efektor

Reseptor – sel dalam organ deria yang mengesan rangsangan akibat perubahan persekitaran.

Lima jenis organ deria utama: mata, telinga, lidah, hidung dan kulit.

Page 25: Bab 2 koordinasi badan

Efektor – organ yang bergerak balas terhadap rangsangan.

Contoh efektor ialah otot dan kelenjar.

Semua reseptor dan efektor disambungkan kepada sistem saraf oleh neuron.

Page 26: Bab 2 koordinasi badan

impuls

Neuron deria

Neuron perantaraan

Neuron motor

Page 27: Bab 2 koordinasi badan

Tindakan refleks ialah gerak balas badan secara automatik dan pantas terhadap rangsangan luar tanpa pemikiran dan penglibatan serebrum.

Tindakan fefleks dikawal oleh saraf tunjang.

Tindakan ini melindungi kita daripada keadaan yang berbahaya atau kecederaan.

Lintasan tindakan refleks disebut arka refleks.

Page 28: Bab 2 koordinasi badan

Arah gerakan impuls

Rajah : Contoh tindakan refleks apabila kita terkena jarum

Page 29: Bab 2 koordinasi badan

impuls impuls

impuls impulsimpuls

Carta aliran yang menunjukkan arka refleks suatu tindakan refleks

Page 30: Bab 2 koordinasi badan

(efektor)

arah gerakan impuls

Rajah : Arka refleks bagi sentakan lutut

Page 31: Bab 2 koordinasi badan

Sentakan lutut merupakan tindakan refleks.

Tindakan refleks bagi sentakan lutut hanya melibatkan saraf tunjang dan tidak melibatkan otak.

Ia tidak melibatkan neuron perantaraan. Impuls yang diterima di reseptor regang

dibawa oleh neuron deria dan dihantar terus ke neuron motor melalui sinaps.

Neuron motor membawa impuls ke otot dan otot mengecut lalu menyebabkan kaki tersentak ke atas.

Page 32: Bab 2 koordinasi badan

Rajah : Reseptor regang yang bertindak sebagai deria kinestesis.

Page 33: Bab 2 koordinasi badan

Deria kinestesis merupakan deria yang membolehkan kita sedar akan pergerakan dan kedudukan anggota badan untuk mengekalkan keseimbangan.

Deria ini membolehkan kita mengesan pergerakan anggota badan walaupun dengan mata tertutup.

Reseptor deria kinestesis terdapat dalam otot,sendi,ligamen dan tendon.

Reseptor-reseptor ini dikenali sebagai reseptor regang.

Page 34: Bab 2 koordinasi badan

Reseptor regang berfungsi untuk mengekalkan keseimbangan badan dan mengkoordinasi aktiviti otot.

Contoh aktiviti yang dibantu oleh deria kinestesis :a) bermain pianob) memakai pakaianc) menepuk tangand) menaiki tanggae) mengikat tali kasut tanpa melihatf) menyikat rambut tanpa melihat cermin

Page 35: Bab 2 koordinasi badan

Organ paling kompleks ≈ 1.5 kg Dilindungi oleh

tulang keras yang disebut kranium.

Sebahagian besar neuron terdapat di dalam otak.

Terdapat kira-kira 100 bilion neuron.

Page 36: Bab 2 koordinasi badan

Fungsi utama : menerima impuls daripada organderia, mentafsir dan menghantar impuls kembali bahagian badan berkenaan untuk bergerak balas.

Mempunyai permukaan yang berlipat-lipat utk menambah luas permukaan otak agar lebih bnyk neuron dapat disimpan.

Jirim kelabu

Jirim putih

Page 37: Bab 2 koordinasi badan

Kranium

Kelenjar pituitari

Serebrum

Serebellum

MedulaOblongata

Saraf tunjang

Page 38: Bab 2 koordinasi badan

Bahagian otak Fungsi

Serebrum • Mengawal semua tindakan terkawal.• Mengawal aktiviti mental spt pemikiran, ingatan dan emosi.• Mengawal deria seperti penglihatan, pendengaran, bau dan sentuhan.• Mengawal pergerakan otot (pengecutan dan pengenduran otot) seperti berjalan, menulis dan berlari.

Page 39: Bab 2 koordinasi badan

Bahagian otak Fungsi

Serebelum • Mengawal keseimbangan badan.• Mengkoordinasi aktiviti otot seperti berjalan dan berlari.• Mengawal aktiviti seperti mengayuh basikal.

Medula oblongata

• Mengawal tindakan luar kawal seperti bernafas tekanan darah, denyutan jantung, pencernaan makanan, peristalsis, batuk, bersin, muntah, perembasan air liur dan enzim.

Page 40: Bab 2 koordinasi badan
Page 41: Bab 2 koordinasi badan

Tindakan yg kita sedari dan dilakukan mengikut kehendak.

Di kawal oleh serebrum.

Neuron deria Neuron motor

Rajah : Aliran impuls dalam suatu tindakan terkawal

Page 42: Bab 2 koordinasi badan

Contoh aktiviti :-a) menulisb) bercakapc) berjaland) mendengare) makan f) tidur

Page 43: Bab 2 koordinasi badan

Tindakan luar kawal ialah tindakan yang berlaku secara automatik.

Di kawal oleh medula oblongata. Contoh aktiviti :-

a) denyutan jantungb) peristalsisc) pernafasand) tindakan reflekse) pembesaran dan penguncupan anak

mata.

Page 44: Bab 2 koordinasi badan
Page 45: Bab 2 koordinasi badan

Hormon ialah bahan kimia yang dirembeskan oleh kelenjar endokrin.

Hormon ialah protein yang kompleks. Hormon memulakan kebanyakan tindak balas kimia yang berlaku di dalam badan.

Hormon dihasilkan dalam kuantiti yang kecil dan diangkut oleh sistem peredaran darah keseluruhan badan.

Page 46: Bab 2 koordinasi badan

Sistem endokrin terdiri daripada kelenjar endokrin, iaitu kelenjar tanpa duktus (kelenjar tanpa salur) yang merembeskan hormon terus ke aliran darah.

Sistem endokrin terdiri daripada : a) Kelenjar pituitarid) pankreas b) kelenjar tiroid e) ovari c) kelenjar adrenal f) testis

Page 47: Bab 2 koordinasi badan

Kelenjar pituitari

Kelenjar tiroid

Kelenjar adrenal

Pankreas

ovari

testis

Rajah : Sistem endokrin manusia dan kedudukan kelenjar endokrinRajah : Sistem endokrin manusia dan kedudukan kelenjar endokrin

Rajah : Sistem endokrin manusia dan kedududukan kelenjar endokrin

Page 48: Bab 2 koordinasi badan

Rajah : kelenjar tanpa duktus

Rajah : Kelenjar tanpa duktus

Page 49: Bab 2 koordinasi badan

Kelenjar endokrin

JenisHormon

Fungsi Hormon

Kesan berlebihan

hormon

Kesan kekurangan

hormon

Kelenjar pituitari(di pangkal otak).

Merembeskan hormon untuk tumbesaran.

Dikenali sebagai kelenjar utama kerana merembeskan

hormon untuk mengawal dan menyelaras aktiviti kelenjar endokrin lain.

Mengawal proses pertumbuhan otot dan tulang.

Mengawal penyerapan semula air dari ginjal.

Pertumbuhan melampau, iaitu ciri kegergasian.

Ginjal menyerap banyak air meneyebabkan air kencing sedikit dan pekat

Pertumbuhan terbantut, iaitu ciri kekerdilan.

Kurang air diserap oleh ginjal menyebabkan air kencing banyak dan cair.

Page 50: Bab 2 koordinasi badan

Kelenjar tiroid(di bahagian leher)

Merembeskan hormon tiroksina

(Hormon yang mengandungi iodin).

Sumber iodin yang paling utama adalah makanan laut

Mengawal metabolisme badan.

Mengawal pertumbuhan dan perkembangan mental pada kanak-kanak

Kadar metabolisme badan menjadi sangat tinggi.

Emosi menjadi tidak stabil cepat marah dan matanya menonjol keluar.

Kadar metabolism menjadi sangat rendah.

Pertumbuhan fizikal terbantut.

Menyebabkan goiter (kelenjar tiroid bengkak) disebabkan kekurangan iodin).

Kelenjar adrenal(di bahagian atas kedua-dua ginjal)

Merembeskan hormon adrenalina

Hormon dirembes dalam keadaan ketakutan marah dan cemas.

Mempercepatkan degupan

jantung Menambah kadar

pernafasan. Menambah kadar

metabolisme untuk mengatasi tekanan

Aras glukosa dan garam darah adalah tinggi.

Tekanan darah tinggi.

Kemampuan untuk mengatasi tekanan hidup berkurang.

Otot menjadi lemah.

Pankreas Merembeskan insulin dan glukagon

Mengawal aras glukosa dalam darah.

Insulin mengurangkan aras gula darah dengan menukarkan glukosa kepada glikogen dalam hati.

Glukagon meninggikan aras gula darah dengan menukarkan glikogen kepada glukosa dalam hati

Kekurangan glukosa dalam darah

Penyakit kencing manis (diabetes).

Page 51: Bab 2 koordinasi badan

Ovari(dalam sistem pembiakan perempuan

Merembeskan estrogen dan progesteron

Merangsang perkembangan ciri-ciri seks sekunder perempuan. Cth: pembesaran pelvis dan perkembangan buah dada.

Mengawal kitar haid.

Terlalu bersifat keperempuanan.

Kemandulan Kitar haid

terganggu. Perkembanga

n ciri-ciri seks sekunder terbantut.

Testis(dalam sistem pembiakan lekaki)

Merembeskan testesteron

Mengawal kematangan dan perkembangan organ seks lelaki

Menghasilkan sperma

Merangsang perkembangan ciri-ciri seks sekunder lelaki. Cth : pertumbuhan bulu ketiak,misai dan pembentukan otot-otot badan.

Terlalu bersifat kelelakian.

Perkembangan ciri-ciri seks sekunder terbantut.

Sperma yang dihasilkan kurang matang.

Page 52: Bab 2 koordinasi badan

Kedua-dua sistem saraf dan endokrin adalah penting dalam menyenggarakan aktiviti badan.

Kawalan hormon berbeza daripada kawalan saraf dalam beberapa aspek.

Page 53: Bab 2 koordinasi badan

PersamaanSistem saraf

(Koordinasi saraf)Sistem endokrin

(Koordinasi hormon)Mengawal serta menyelaras

fungsi serta aktiviti-aktiviti badan.

Bergerak balas terhadap rangsangan.Mempunyai organ sasaran

Perbezaan

Komponen sistem

Cara penghantaran impuls

Kelajuan penghantaran impuls

Tempoh kesan

Kawasan tindakan

Contoh koordinasi badan

Gerak balas

Terdiri daripada saraf-saraf

Melalui saraf secara elektrokimia

Sangat cepat

Kesan jangka pendek

Terhad

Menulis, menari

Cepat dan serta merta

Terdiri daripada kelenjar tanpa duktus

Melalui aliran darah dalam bentuk bahan kimia (hormon)

Perlahan

Kesan jangka panjang

Luas

Pertumbuhan,metabolisme badan

Lambat

Page 54: Bab 2 koordinasi badan

Kedua-dua sistem saraf dan endokrin menyelaras gerak balas badan terhadap suatu rangsangan.

Contohnya, dalam keadaan ketakutan semasa kebakaran, hormon dirembes oleh kelenjar adrenal untuk menukarkan glikogen kepada glukosa untuk kegunaan otot-otot badan.

Otot-otot memperoleh tenaga yang lebih supaya bergerak dengan lebih cepat semasa melarikan diri daripada bahaya semasa kebakaran.

Page 55: Bab 2 koordinasi badan

Dadah ditakrifkan sebagai bahan yang boleh mengubah fungsi dan fisiologi badan.

Dalam bidang perubatan , dadah digunakan untuk merawat pesakit.

Penyalahgunaan dadah berlaku jika bukan dugunakan bukan untuk tujuan perubatan.

Penyalahgunaan dadah boleh mengakibatkan ketaguhan dan menjejaskan kesihatan.

Page 56: Bab 2 koordinasi badan

Jenis dadah

Contoh Ciri-ciri

Depresan Morfin Heroin Barbiturat

Mengurangkan tekanan Mententeramkan fikiran seseorang Melambatkan tindakbalas

terhadap rangsangan

Stimulan Amfetamim Nikotina

Meningkatkan kadar metabolisme badan

Menjadikan seseorang lebih aktif

Opiat Morfin Heroin Kokain

Melegakan kesakitan dan kegelisahan

Halusinogen

Ganja LSD

Menyebabkan khayalan Menyebabkan kegilaan dan

kematian

Jadual : Jenis dadah dan ciri-cirinya

Page 57: Bab 2 koordinasi badan

Jenis Dadah

Sumber dadah

Candu Diperoleh daripada bunga popi

Morfin Bahan berwarna perang yang diproses daripada candu

Heroin Serbuk putih atau perang yang diproses daripada morfin

Ganja Daun dan bunga kering dari tumbuhan Cannabis sativa

Jadual : Dadah yang biasa diambil oleh penagih dadah

Jadual : Dadah yang biasa diambil oleh penagih dadah

Page 58: Bab 2 koordinasi badan

Bunga popi Cannabis sativa Heroin Morfin

Bunga popi Cannabis sativa

Heroin Morfin

Page 59: Bab 2 koordinasi badan

Jenis dadah Kesan buruk

Heroin dan morfin

Mata dan hidung berair Berat badan menurun Badan mengigil Hilang selera makan Loya dan muntah Cepat naik marah Koordinasi badan terjejas

Kokain Tidak dapat tidur Gangguan psikologi

Amfetamim Tidak dapat tidur Penyakit kulit Gangguna psikologi

LSD Depresi dan keinginan membunuh diri

Barbiturat Kekejangan yang boleh menyebabkan kematian

Page 60: Bab 2 koordinasi badan

Kesan buruk penyalahgunaan dadah

terhadap koordinasi dan kesihatan

Merangsang gerak balas badanDadah seperti amfetamin mengaktifkan sel-sel otak dan meningkatkan kadar metabolism. Pengguna menjadi lebih aktif, tidak dapat tidur dan bersikap agresif.

HalusinasiDadah seperti ganja mengganggu fungsi otak, terutamanya dari segi persepsi jarak, ruang, dan masa. Dadah ini menyebabkan khayalan, kegilaan dan kematian

Melambatkan gerak balas badanDadah seperti heroin, morfin dan barbiturat melambatkan gerak balas sistem saraf terhadap rangsangan.

Pengguna berasa mengantuk dan kurang sedar akan persekitarannya.

Jangkitan penyakitPerkongsian jarum suntikan antara penagih dadah menyebabkan jangkitan penyakit seperti AIDS dan hepatitis B.

Page 61: Bab 2 koordinasi badan

Faktor-faktor Langkah mengatasi Pengaruh rakan sebaya Keinginan untuk mencuba Mengatasi tekanan hidup seperti

masalah peribadi, kurang kasih sayang dan masalah keluarga

Mencari keseronokan Kurang didkan agama

Kempen antidadah melalui media massa

Pemeriksaan ketat dari pihak kastam bagi mengelakkan penyeludupan dadah

Hukuman berat dikenakan pada pengedar dadah

Kasih sayang daripada ibu bapa

Pengawasan ibu bapa terhadap kegiatan harian anak-anak mereka

Pendidikan agama dan moral Bantuan pusat pemulihan

dadah seperti PEMADAM untuk membantu penagih dadah kembali ke masyarakat

Page 62: Bab 2 koordinasi badan

Minuman beralkohol mengandungi etanol.

Etanol dihasilkan daripada daripada penapaian glukosa oleh yis.

Contoh-contoh minuman beralkohol ialah bir, wiski,vodka, rum dan brandi.

Minuman ini dikategorikan sebagai minuman keras kerana kandungan alkoholnya yang tinggi.

Page 63: Bab 2 koordinasi badan

Alkohol melambatkan kadar penghantaran impuls saraf dan mempengaruhi sistem saraf pusat.

Alkohol dapat merosakkan sel-sel hati,mengurangkan penghasilan hempedu, dan menyebabkan sirosis hati (tisu berparut) serta hepatitis.

Pengambilan alkohol yang terlalu berlebihan juga boleh membawa maut.

Page 64: Bab 2 koordinasi badan

Gerak balas peminum terhadap keadaan kecemasan adalah perlahan.

Pemandu tidak dapat memandu dengan selamat kerana penglihatannya kabur, pendengaran kurang baik dan reaksinya perlahan.

Masa yang diambil oleh peminum untuk memberhentikan kenderaanya adalah lebih lama.

Page 65: Bab 2 koordinasi badan

Minda Minda ialah keupayaan otak berfikir dan

menaakul. Minda yang sihat membolehkan seseorang

membuat pertimbangan yang logik sebelum bertindak.

Seseorang yang mempunyai minda yang sihat akan menunjukkan ciri-ciri seperti berfikiran positif , berdikari, bersifat penyayang, dan bertanggungjawab.

 

Page 66: Bab 2 koordinasi badan

Seseorang yang mempunyai minda yang tidak sihat mempunyai harga diri yang rendah, mudah menjadi marah, mudah berasa rungsing, dan sukar hendak mengawal emosinya.

Page 67: Bab 2 koordinasi badan

Faktor-faktor yang mempengaruhi minda

Faktor luaran Faktor dalaman

Faktor sosial seperti keluarga dan rakan sebaya.

Keadaan persekitaran seperti keadaan cuaca dan suhu.Tekanan mental akibat pengalaman yangmendukacitakan

Kecederaan bahagian otak akibat penyakit atau kemalangan boleh mengganggu kesihatan minda.

Ketidakseimbangan hormon dalam badan seperti kekurangan hormon tiroid membantutkan perkembangan kanak-kanak.Penyalahgunaan dadah menyebabkan seseorang berkhayal dan otaknya tidak dapat berfungsi dengan baik.Pengambilan alkohol yang berlebihan mengakibatkan seseorang berfikir secara tidak logik.