23
BAB 3 - AMALAN DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA DI MALAYSIA AMALAN DEMOKRASI DI MALAYSIA a)Sistem •Demokrasi. b) Pemilihan Kerajaan •Dipilih rakyat dlm pilihan raya umum. c) Wakil yang dipilih •Anggota parti politik yang berlainan parti •Calon bebas

BAB 3- Amalan Demokrasi dan Pilihan Raya di Malaysia.ppt

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BAB 3- Amalan Demokrasi dan Pilihan Raya di Malaysia.ppt

BAB 3 - AMALAN DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA DI MALAYSIA

AMALAN DEMOKRASI DI MALAYSIA

a)Sistem

•Demokrasi.

b) Pemilihan Kerajaan

•Dipilih rakyat dlm pilihan raya umum.

c) Wakil yang dipilih

•Anggota parti politik yang berlainan parti

•Calon bebas

Page 2: BAB 3- Amalan Demokrasi dan Pilihan Raya di Malaysia.ppt

d) Kuasa membentuk kerajaan

•Parti politik yg membentuk majoriti mudah bilangan kerusi dlm pilihan raya

e) Konsep

•Kerajaan rakyat, oleh rakyat, dan untuk rakyat.

f) Prinsip yg diamalkan

•Doktrin pengasingan kuasa.

g) Bentuk Pemerintahan

•Sistem raja berpelembagaan

Page 3: BAB 3- Amalan Demokrasi dan Pilihan Raya di Malaysia.ppt

h) Ciri-ciri Demokrasi

•Ada pilihan raya

•Pilihan raya adalah bebas

•Rakyat tidak wajib mengundi

•Undi adalah sulit

•Kebebasan Bersuara

•Memperoleh undi majoriti akan membentuk kerajaan

i)Waktu wajib diadakan piliharaya selepas pembubaran Parlimen dan DUN

•Semenanjung- 60 hari

•Sabah dan Sarawak – 90 hari

Page 4: BAB 3- Amalan Demokrasi dan Pilihan Raya di Malaysia.ppt

PILIHAN RAYA UMUM

a) Tempoh

• Sekali dalam tempoh lima tahun.

b) Sebab pilihan raya boleh diawalkan

• Parlimen dibubarkan oleh YDPA lebih awal drpd tempoh

• DUN dibubarkan raja atau YDPN lebih awal drpd tempoh

c) Pihak yang menjalankan Pilihan Raya

• Suruhanjaya Pilihan Raya.

d) Pembahagian kawasan

• Pilihan raya kawasan Parlimen

• Pilihan raya kawasan DUN

.

Page 5: BAB 3- Amalan Demokrasi dan Pilihan Raya di Malaysia.ppt

e) Tempoh Pilihan Raya kws Parlimen dan DUN

•Tidak semestinya diadakan serentak

•Boleh diadakan pada waktu yang berlainan

Perbezaan antara Pilihan raya kawasan Parlimen dengan Pilihan raya Kawasan Dewan Undangan Negeri

a) Kawasan Pilihanraya

•Kawasan Parlimen

•Kawasan DUN

b) Hubungan kawasan Parlimen dan DUN

•Contoh Parlimen: Sibu

•Contoh DUN: Durin, Kanowit, Sibu Jaya yang berada dalam Parlimen Sibu

Page 6: BAB 3- Amalan Demokrasi dan Pilihan Raya di Malaysia.ppt

c) Syarat calon bertanding di kawasan piliharaya kawasan Parlimen dan DUN

•Calon tidak boleh bertanding lebih drpd 1 kws Parlimen @ lebih drpd 1 kws DUN

•Calon blh bertanding di satu kws Parlimen dan 1 kws DUN

•Ahli DUN boleh menjadi ahli Dewan Negara pada masa yg sama

d) Ahli Dewan Rakyat

Calon yang menang bertanding di kawasan pilihanraya Parlimen

e) Ahli DUN

Calon yang menang bertanding di kawasan pilihanraya DUN

Page 7: BAB 3- Amalan Demokrasi dan Pilihan Raya di Malaysia.ppt

e) Cara Mengundi

i) Penggunaan Dua Kertas Undi

•Diberi 2 keping kertas undi : Sekeping kertas undi mengundi ahli Dewan Rakyat ( Parlimen) dan sekeping kertas undi utk mengundi ahli DUN

ii) Penggunaan Satu Kertas Undi

•W.P Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya, terdapat kawasan Parlimen sahaja. Oleh itu, pengundi akan memilih ahli Dewan Rakyat shj

Page 8: BAB 3- Amalan Demokrasi dan Pilihan Raya di Malaysia.ppt

Perbezaan antara Pilihan Raya Umum dengan Pilihan Raya Kecil

1. Pilihan Raya Umum :

a) Kawasan terlibat

• Melibatkan semua kawasan Parlimen dan kawasan Dewan Undangan Negeri di seluruh negara.

b) Bila diadakan

- Parlimen dan Dewan Undangan Negeri terbubar secara automatik apabila cukup tempoh lima tahun.

- Parlimen dibubarkan lebih awal oleh YDPA dan Dewan Undangan Negeri dibubarkan lebih awal oleh raja atau Yang di-Pertuan Negeri

Page 9: BAB 3- Amalan Demokrasi dan Pilihan Raya di Malaysia.ppt

2.Pilihan Raya Kecil

a) Kawasan Terlibat

• Kawasan Parlimen

• Dewan Undangan Negeri .

b) Sebab diadakan

• Kekosongan luar jangka kerusi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri yang disebabkan oleh seseorang ahli Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri :

i) Didapati hilang kelayakan

ii) Meletakkan jawatan

iii) Meninggal Dunia

iv) Dibatalkan kemenangannya oleh mahkamah pilihan raya

Page 10: BAB 3- Amalan Demokrasi dan Pilihan Raya di Malaysia.ppt

c) Pengecualian Pilihanraya Kecil

•Jika kekosongan luar jangka kerusi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri itu berlaku dalam dua tahun terakhir daripada tempoh lima tahun Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri, pilihan raya kecil tidak perlu diadakan.

d) Wajib diadakan walaupun berlaku dalam 2 thn terakhir

•Jika kekosongan luar jangka kerusi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri itu menyebabkan parti yang memerintah kehilangan majoriti. Speaker Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri akan meminta Suruhanjaya Pilihan Raya mengadakan pilihan raya kecil untuk mengisi kekosongan kerusi tersebut.

Page 11: BAB 3- Amalan Demokrasi dan Pilihan Raya di Malaysia.ppt

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA

a) Tujuan Penubuhan dan Tugas

• Memelihara, menyelia, dan mengekalkan proses demokrasi negara melalui pilihan raya yang adil dan saksama.

b) Kawalan Politik

• Bebas daripada kawalan politik.

c) Anggota-anggota Suruhanjaya Pilihan Raya

• Pengerusi

• Timbalan Pengerusi

• 5 orang anggota yang lain

Page 12: BAB 3- Amalan Demokrasi dan Pilihan Raya di Malaysia.ppt

d) Perlantikan Anggota Suruhanjaya Pilihan Raya

•Dilantik YDPA atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dgn MRR.

e ) Syarat-syarat untuk menjadi anggota Suruhanjaya Pilihan Raya

•Tidak melebihi umur 66 tahun

•Bukan seorang muflis

•Tidak memegang pekerjaan bergaji

•Bukan ahli politik seperti ahli Parlimen atau ahli Dewan Undangan Negeri.

Page 13: BAB 3- Amalan Demokrasi dan Pilihan Raya di Malaysia.ppt

Perletakan jawatan dan pemecatan ahli Suruhanjaya Pilihan Raya

a) Perletakan Jawatan

• Boleh meletak jawatan pada bila2 masa dengan mengutus surat yang ditandatangani kepada YDPA.

• Boleh dipecat daripada jawatannya oleh YDPA atas alasan2 dan dengan cara yang sama seperti Hakim Mahkamah Persekutuan, iaitu melalui tribunal.

b) Pemecatan

• YDPA boleh memecat seseorang anggota Suruhanjaya Pilihan Raya tanpa melalui tribunal jika dia:

(a) Diisytiharkan bangkrap dan belum dilepaskan

(b) Mengambil bahagian dalam apa-apa jawatan atau pekerjaan bergaji di luar tugas jawatannya

(c) Menjadi ahli Parlimen atau ahli Dewan Undangan Negeri

Page 14: BAB 3- Amalan Demokrasi dan Pilihan Raya di Malaysia.ppt

Tugas-tugas Suruhanjaya Pilihan Raya

• Menentukan tarikh pilihan raya untuk pilihan raya umum dan kecil.

• Menjalankan pilihan raya umum untuk memilih wakil-wakil bagi Dewan Rakyat dan DUN.

• Menjalankan pilihan raya kecil untuk mengisi kekosongan luar jangka dalam kerusi Dewan Rakyat atau DUN.

• Mendaftarkan pemilih baharu serta menyemak daftar pemilih dan urusan ini dijalankan setiap tahun

• Mendaftarkan dan memastikan calon-calon yang bertanding memenuhi syarat-syarat kelayakan.

• Melantik pegawai2 utk menjalankan pilihan raya

Page 15: BAB 3- Amalan Demokrasi dan Pilihan Raya di Malaysia.ppt

• Mengurus pengundian melalui pos

• Mengisytiharkan pihak yang layak membentuk kerajaan selepas mengetahui keputusan pilihan raya.

• Mewartakan keputusan pilihan raya.

• Menyampaikan keputusan pilihanraya kepada YDPA dan YDPN.

• Menerima rayuan2 tentang perjalanan sesuatu pilihan raya.

• Memastikan setiap calon yang bertanding menyerahkan akaun perbelanjaan kempennya dalam masa 31 hari selepas keputusan pilihan raya diwartakan.

• Mengkaji hal-hal tentang persempadanan kawasan pilihan raya sekurang-kurangnya sekali dalam 8-10 tahun ( dilakukan dengan majoriti 2/3 Majlis Parlimen atau DUN.

Page 16: BAB 3- Amalan Demokrasi dan Pilihan Raya di Malaysia.ppt

KELAYAKAN PENGUNDI

SYARAT KELAYAKAN

•21 tahun

•Bermastautin dalam sesuatu kawasan pilihan raya pada tarikh kelayakan itu.

•Didaftarkan dalam senarai pemilih sebagai pemilih dalam pilihan raya tempat dia bermastautin pada tarikh kelayakan

HILANG KELAYAKAN

•Tidak sempurna akal

•Menjalani hukuman penjara.

•Disabitkan kesalahan di mana-mana bahagian Komanwel dan dijatuhi hukuman mati atau hukuman penjara lebih daripada 12 bulan dan pada tarikh kelayakan dia masih tertanggung menjalani apa-apa hukuman bagi kesalahan itu.

Page 17: BAB 3- Amalan Demokrasi dan Pilihan Raya di Malaysia.ppt

PENGUNDI YANG TIDAK DAPAT HADIR UNTUK MENGUNDI DAN DIBENARKAN MENGUNDI MELALUI POS

a) Ahli panel dan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya

b) Petugas pilihan raya

c) Anggota polis

d) Anggota Angkatan Tentera Malaysia yang sedang bertugas

e) Anggota mana-mana perkhidmatan awam yang sedang berkhidmat di luar negara

f) Pelajar Malaysia yang belajar di luar negara.

Page 18: BAB 3- Amalan Demokrasi dan Pilihan Raya di Malaysia.ppt

KELAYAKAN CALON UNTUK BERTANDING

• Warganegara Malaysia

• Berumur 21 tahun atau lebih

• Bukan seorang bankrap atau seorang bankrap yang telah dilepaskan.

• Sempurna akal

• Tidak pernah dipenjarakan melebihi satu tahun ( boleh bertanding jika diampuni atau lima tahun selepas tamat hukuman penjara).

• Tidak pernah didenda RM 2000 ke atas ( boleh bertanding jika diampuni).

• Tidak memegang jawatan berpendapatan tetap dalam perkhidmatan awam.

• Bermastautin di negeri yang berkenaan jika bertanding untuk kerusi kawasan Dewan Undangan Negeri.

Page 19: BAB 3- Amalan Demokrasi dan Pilihan Raya di Malaysia.ppt

KELAYAKAN LAIN UTK CALON BERTANDING

a)Calon bebas

•Boleh bertanding tanpa mewakili mana2 parti politik dgn gunakan belanja sendiri

b) Kelemahan Fizikal

•Bukan penghalang kepada calon utk bertanding walaupun lumpuh

c) Kahwin Campur

•Masih layak bertanding walaupun calon tersebut mengahwini wanita asing

Page 20: BAB 3- Amalan Demokrasi dan Pilihan Raya di Malaysia.ppt

BELANJA KEMPEN

• Tidak melebihi RM 200 000 bagi kawasan Parlimen

• Tidak melebihi RM 100 000 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri

DEPOSIT

• RM10 000 untuk kawasan Parlimen

• RM 5 000 untuk kawasan Dewan Undangan Negeri

HILANG DEPOSIT WANG

• Calon yang kalah akan hilang wang depositnya jika bilangan undi yang diperolehnya kurang daripada 1/8 jumlah undi yang diperoleh oleh semua calon yang bertanding dalam kawasan pilihan raya berkenaan.

Page 21: BAB 3- Amalan Demokrasi dan Pilihan Raya di Malaysia.ppt

PROSES PILIHAN RAYA

1. Semakan Daftar Pemilih Yang Sedia Ada.

2. Pendaftaran Pemilih Baru.

3. Semakan Semula Daftar Pemilih

4. Pembubaran Parlimen

5. Penetapan Tarikh Pilihan Raya Umum ( dalam tempoh 60 hari di Semenanjung Malaysia / 90 hari bagi Sabah dan Sarawak )

6. Hari Penamaan Calon

7. Hari Pengundian ( 8.00 pagi hingga 5.00 petang )

8. Pengiraan Undi (pada malam hari mengundi )

9. Pengumuman Keputusan Pilihan Raya

10. Kerajaan dibentuk ( Perdana Menteri dilantik dan Kabinet dibentuk)

11. Parlimen Bersidang ( Dlm tempoh 120 hari daripada tarikh pembubaran Parlimen.

Page 22: BAB 3- Amalan Demokrasi dan Pilihan Raya di Malaysia.ppt

Petisyen Pilihan Raya

• Didengar oleh Mahkamah Pilihan Raya iaitu Mahkamah Tinggi.

• Petisyen pilihan raya hendaklah dikemukakan dalam tempoh 21 hari dari tarikh keputusan pilihan raya diwartakan.

• Jika hakim Mahkamah Tinggi mendapati bahawa petisyen itu berasas, beliau boleh mengisytiharkan bahawa pilihan raya itu adalah tidak sah.

• Dengan itu, kemenangan calon yang menang dibatalkan

Hari Pengundian

• Di kawasan-kawasan yang menghadapi masalah pengangkutan, seperti pedalaman Sabah dan Sarawak, hari pengundian adalah selama dua hari

Page 23: BAB 3- Amalan Demokrasi dan Pilihan Raya di Malaysia.ppt

Hari Penamaan Calon

a) Penarikan Diri Calon

• Boleh menarik diri dalam masa tiga hari pertama selepas hari penamaan calon.

b) Calon tidak mempunyai pencabar

• Disytiharkan sebagai pemenang tanpa bertanding.

• Pilihan raya tidak akan diadakan di kawasan itu.