17
Bab 3 - Infrastruktur Makmal Dan Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS23 BAB 3 INFRASTRUKTUR MAKMAL DAN BILIK SAINS Makmal atau Bilik Sains merupakan tempat yang penting dan kondusif bagi guru dan murid meneroka tentang sesuatu konsep dengan menjalankan amali sesuai dengan pendekatan inkuiri penemuan yang sangat ditekankan dalam pengajaran dan pembelajaran sains. Definisi makmal atau Bilik Sains adalah seperti berikut: 3.1 Definisi 3.1.1 Makmal Sains ialah ruang yang digunakan untuk mengajar, membuat analisis, penyelidikan, menjalankan eksperimen dan penghasilan bahan di sekolah menengah. Laboratory.Design.com Makmal ialah tempat mengadakan percubaan atau penyelidikan segala sesuatu yang berhubung dengan ilmu sains (fizik, kimia, dan lain-lain). Kamus Dewan edisi keempat 3.1.2 Bilik Sains ialah ruang yang digunakan untuk mengajar, membuat analisis, penyelidikan, menjalankan eksperimen, dan penghasilan bahan bagi sekolah rendah. 3.2 Justifikasi Keperluan Makmal dan Bilik Sains Kurikulum Sains memerlukan murid menjalani aktiviti ‘hands-on’ menggunakan pendekatan inkuiri semasa proses pembelajaran. Pembelajaran melalui penerokaan dan menjalankan sendiri eksperimen dapat mencetuskan perasaan ingin tahu dan seterusnya memberi kefahaman mendalam yang menjadi asas kepada prinsip Sains. Pembelajaran sains perlu dijalankan di Makmal Sains atau Bilik Sains untuk: i. Memastikan p&p mata pelajaran sains lebih efektif kerana sesuatu konsep itu akan lebih mudah difahami dengan ‘membuat’ bukan setakat mendengar. ii. Mengembangkan kemahiran saintifik yang meliputi kemahiran proses sains serta kemahiran manipulatif iii. Membolehkan eksperimen dijalankan dengan selamat dan berkesan, dengan menyediakan tempat yang sesuai. iv. Memperkembangkan lagi semangat ingin tahu dan minat terhadap sains dan membentuk serta mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni. v. Memberikan ruang yang lebih kondusif dan sesuai bagi pengajaran dan pembelajaran Sains pada setiap peringkat sekolah persekolahan. vi. Memudahkan capaian Internet (di makmal yang tersedia Internet).

BAB 3 INFRASTRUKTUR MAKMAL DAN BILIK SAINS · PDF fileBab 3 - Infrastruktur Makmal Dan Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 25 Keterangan bagi blok 18 bilik

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BAB 3 INFRASTRUKTUR MAKMAL DAN BILIK SAINS · PDF fileBab 3 - Infrastruktur Makmal Dan Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 25 Keterangan bagi blok 18 bilik

Bab 3 - Infrastruktur Makmal Dan Bilik Sains

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│23

BAB 3

INFRASTRUKTUR MAKMAL DAN BILIK SAINS Makmal atau Bilik Sains merupakan tempat yang penting dan kondusif bagi guru dan murid meneroka tentang sesuatu konsep dengan menjalankan amali sesuai dengan pendekatan inkuiri penemuan yang sangat ditekankan dalam pengajaran dan pembelajaran sains. Definisi makmal atau Bilik Sains adalah seperti berikut: 3.1 Definisi

3.1.1 Makmal Sains ialah ruang yang digunakan untuk mengajar, membuat analisis, penyelidikan, menjalankan eksperimen dan penghasilan bahan di sekolah menengah.

Laboratory.Design.com

Makmal ialah tempat mengadakan percubaan atau penyelidikan segala sesuatu yang berhubung dengan ilmu sains (fizik, kimia, dan lain-lain).

Kamus Dewan edisi keempat

3.1.2 Bilik Sains ialah ruang yang digunakan untuk mengajar, membuat analisis, penyelidikan, menjalankan eksperimen, dan penghasilan bahan bagi sekolah rendah.

3.2 Justifikasi Keperluan Makmal dan Bilik Sains

Kurikulum Sains memerlukan murid menjalani aktiviti ‘hands-on’ menggunakan pendekatan inkuiri semasa proses pembelajaran. Pembelajaran melalui penerokaan dan menjalankan sendiri eksperimen dapat mencetuskan perasaan ingin tahu dan seterusnya memberi kefahaman mendalam yang menjadi asas kepada prinsip Sains. Pembelajaran sains perlu dijalankan di Makmal Sains atau Bilik Sains untuk:

i. Memastikan p&p mata pelajaran sains lebih efektif kerana sesuatu konsep itu

akan lebih mudah difahami dengan ‘membuat’ bukan setakat mendengar. ii. Mengembangkan kemahiran saintifik yang meliputi kemahiran proses sains serta

kemahiran manipulatif iii. Membolehkan eksperimen dijalankan dengan selamat dan berkesan, dengan

menyediakan tempat yang sesuai. iv. Memperkembangkan lagi semangat ingin tahu dan minat terhadap sains dan

membentuk serta mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni. v. Memberikan ruang yang lebih kondusif dan sesuai bagi pengajaran dan

pembelajaran Sains pada setiap peringkat sekolah persekolahan. vi. Memudahkan capaian Internet (di makmal yang tersedia Internet).

Page 2: BAB 3 INFRASTRUKTUR MAKMAL DAN BILIK SAINS · PDF fileBab 3 - Infrastruktur Makmal Dan Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 25 Keterangan bagi blok 18 bilik

Bab 3 - Infrastruktur Makmal Dan Bilik Sains

24│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

vii. Menggalakan lebih ramai pelajar menceburi bidang sains, selari dengan sasaran KPM mencapai Dasar 60:40.

3.3 Norma Makmal Sains

Berdasarkan Brif Projek Piawai Sekolah Rendah & Menengah Baru Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMKE-9), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Julai 2006, norma Makmal dan Bilik Sains adalah seperti berikut:

3.3.1 Spesifikasi Makmal Sains

Jadual 3.1 : Bilangan Makmal Sains Sekolah Menengah RMKE-9

Perkara 12BD 18BD 24BD 30BD 36BD 42BD

Bil. Makmal Kimia 1 1 1 2 2 2

Bil Makmal Sains Integrasi 4 5 5 7 7 7

Jumlah Luas (+ Bilik Persediaan dan bilik stor) / m2

840.75 969.00 983.25 1436.25 1439.25 1439.25

BD – Bilik Darjah

Keterangan bagi blok 12 bilik darjah:

Makmal Kimia Kapasiti (murid)

Unit Petak/unit Luas (m2)

Ruang P & P 30 1 5 142.50

Bilik Persediaan 1 1 28.50

Bilik Stor 1 0.5 14.25

Makmal Sains Integrasi

Kapasiti (murid)

Jumlah unit

Jumlah petak

Luas (m2)

Ruang P&P Sains 30 2 10 285.00

Ruang P&P Fizik 30 1 5 142.50

Ruang P&P Biologi 30 1 5 142.50

Bilik Persediaan 2 2 57.00

Bilik Stor 2 1 28.50

Page 3: BAB 3 INFRASTRUKTUR MAKMAL DAN BILIK SAINS · PDF fileBab 3 - Infrastruktur Makmal Dan Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 25 Keterangan bagi blok 18 bilik

Bab 3 - Infrastruktur Makmal Dan Bilik Sains

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│25

Keterangan bagi blok 18 bilik darjah:

Makmal Kimia

Kapasiti (murid)

Unit

Jumlah petak

Luas (m2)

Ruang P&P 30 1 5 142.50

Bilik Persediaan 1 1 28.50

Bilik stor 1 0.5 14.25

Jumlah 3 6.5 185.25

Makmal sains Integrasi Kapasiti (murid)

Unit Petak/unit Jumlah petak

Luas (m2)

Ruang P&P Makmal Sains

30 3 5 15 427.50

Ruang P&P Makmal Fizik

30 1 5 5 142.50

Ruang P&P Makmal Biologi

30 1 5 5 142.50

Jumlah Makmal Integrasi

5

Bilik Persediaan 2 1 2 57.00

Bilik Stor 2 0.5 0.5 14.25

Jumlah 27.5 783.75

Keterangan bagi blok 24 bilik darjah:

Makmal Kimia Kapasiti (murid)

Unit Petak/unit Jumlah petak

Luas (m2)

Ruang P&P 30 1 5 5 142.50

Bilik Persediaan 1 1 1 28.50

Bilik stor 1 0.5 0.5 14.25

6.5 185.25

Page 4: BAB 3 INFRASTRUKTUR MAKMAL DAN BILIK SAINS · PDF fileBab 3 - Infrastruktur Makmal Dan Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 25 Keterangan bagi blok 18 bilik

Bab 3 - Infrastruktur Makmal Dan Bilik Sains

26│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

Makmal Sains Integrasi Kapasiti (murid)

Unit Petak/unit Jumlah petak

Luas (m2)

Ruang P&P Makmal Sains

30 3 5 15 427.50

Ruang P&P Makmal Fizik

30 1 5 5 142.50

Ruang P&P Makmal Biologi

30 1 5 5 142.50

Jumlah Makmal Integrasi

5

Bilik Persediaan 2 1 2 57.00

Bilik Stor 2 0.5 1 28.50

28 798.00

Keterangan bagi blok 30 bilik darjah:

Makmal Kimia

Kapasiti (murid)

Unit Petak/unit Jumlah petak

Luas (m2)

Ruang P&P 30 2 5 10 285.00

Bilik Persediaan 1 1 1 28.50

Bilik stor 1 0.5 0.5 11.25

11.5 324.75

Makmal Sains Integrasi Kapasiti (murid)

Unit Petak/unit Jumlah petak

Luas (m2)

Ruang P&P Makmal Sains

30 3 5 15 427.50

Ruang P&P Makmal Fizik

30 2 5 10 285.00

Ruang P&P Makmal Biologi

30 2 5 10 285.00

Jumlah Makmal Integrasi

7

Bilik Persediaan 3 1 3 85.50

Bilik Stor 2 0.5 1 28.50

39 1111.50

Page 5: BAB 3 INFRASTRUKTUR MAKMAL DAN BILIK SAINS · PDF fileBab 3 - Infrastruktur Makmal Dan Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 25 Keterangan bagi blok 18 bilik

Bab 3 - Infrastruktur Makmal Dan Bilik Sains

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│27

Keterangan bagi blok 36 bilik darjah:

Makmal Kimia

Kapasiti (murid)

Unit Petak/unit Jumlah petak

Luas (m2)

Ruang P&P 30 2 5 10 285.00

Bilik Persediaan

1 1 1 28.50

Bilik stor 1 0.5 0.5 14.25

11.5 327.75

Makmal Sains Integrasi

Kapasiti (murid)

Unit Petak/unit Jumlah petak

Luas (m2)

Ruang P&P Makmal Sains

30 3 5 15 427.50

Ruang P&P Makmal Fizik

30 2 5 10 285.00

Ruang P&P Makmal Biologi

30 2 5 10 285.00

Jumlah Makmal Integrasi

7

Bilik Persediaan 3 1 3 85.50

Bilik Stor 2 0.5 1 28.50

39 1111.50

Keterangan bagi blok 42 bilik darjah:

Makmal Kimia

Kapasiti (murid)

Unit Petak/unit Jumlah petak

Luas (m2)

Ruang P&P 30 2 5 10 285.00

Bilik Persediaan 1 1 1 28.50

Bilik stor 1 0.5 0.5 14.25

11.5 327.75

Page 6: BAB 3 INFRASTRUKTUR MAKMAL DAN BILIK SAINS · PDF fileBab 3 - Infrastruktur Makmal Dan Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 25 Keterangan bagi blok 18 bilik

Bab 3 - Infrastruktur Makmal Dan Bilik Sains

28│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

Makmal Sains Integrasi

Kapasiti (murid)

Unit Petak/unit Jumlah petak

Luas (m2)

Ruang P&P Makmal Sains

30 3 5 15 427.5

Ruang P&P Makmal Fizik

30 2 5 10 285.00

Ruang P&P Makmal Biologi

30 2 5 10 285.00

Jumlah Makmal Integrasi

7

Bilik Persediaan 3 1 3 85.50

Bilik Stor 2 0.5 1 28.50

39 1111.50

Jadual 3.2: Bilangan Bilik Sains Sekolah Rendah RMKE-9

Perkara 6BD 12BD 18BD 24BD 30BD 36BD

Bil. Bilik Sains 1 1 2 2 3 3

Jumlah Luas (+ Bilik Persediaan dan stor)/m2

123.75 123.75 213.75 213.75 337.50 337.50

3.4 Susun Atur Makmal Sains

Reka bentuk makmal berbeza bergantung kepada beberapa faktor seperti fungsi, bahan dan peralatan, dan bilangan pengguna. Jenis reka bentuk dan pelan susun atur bergantung kepada kelulusan pelan dan jenis projek pembangunan, misalnya pelan Jabatan Kerja Raya, ‘Project Management Consultant’ dan lain-lain. Lokasi makmal-makmal juga perlu diberi pertimbangan supaya sesuai dengan keperluan dan kegunaannya. Sebagai contoh, Makmal Kimia disusun agar bantuan kecemasan dapat disampaikan dengan pantas sekiranya berlaku kebakaran atau tumpahan bahan kimia mengakis. Kedudukan Makmal Kimia sebaiknya berada di aras bawah, Makmal Biologi di aras satu dan Makmal Fizik di aras dua. Makmal Sains Am boleh berada di aras satu atau di aras dua. Bilik persediaan dikongsi antara dua makmal sains dan berada di antara dua makmal tersebut.

3.5 Makmal Sains Tingkatan 6

Murid Tingkatan 6 perlu mempunyai Makmal Sains Tingkatan 6 untuk mengelakkan pertembungan waktu penggunaan dengan murid Tingkatan 4 dan 5. Selain daripada itu dari segi peralatan dan bahan sains yang digunakan untuk tingkatan 6 agak berbeza.

Page 7: BAB 3 INFRASTRUKTUR MAKMAL DAN BILIK SAINS · PDF fileBab 3 - Infrastruktur Makmal Dan Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 25 Keterangan bagi blok 18 bilik

Bab 3 - Infrastruktur Makmal Dan Bilik Sains

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│29

3.6 Spesifikasi Makmal Sains

Makmal Sains yang dibina di bawah RMKE-9 mempunyai spesifikasi seperti berikut:

3.6.1 Ruang P&P Makmal Kimia

Rajah 3.1: Contoh Pelan lantai makmal Kimia

Page 8: BAB 3 INFRASTRUKTUR MAKMAL DAN BILIK SAINS · PDF fileBab 3 - Infrastruktur Makmal Dan Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 25 Keterangan bagi blok 18 bilik

Bab 3 - Infrastruktur Makmal Dan Bilik Sains

30│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

3.6.2 Ruang P&P Makmal Fizik

Rajah 3.2: Contoh Pelan Lantai Makmal Fizik

Page 9: BAB 3 INFRASTRUKTUR MAKMAL DAN BILIK SAINS · PDF fileBab 3 - Infrastruktur Makmal Dan Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 25 Keterangan bagi blok 18 bilik

Bab 3 - Infrastruktur Makmal Dan Bilik Sains

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│31

3.6.3 Ruang P&P Makmal Biologi

Rajah 3.3: Contoh Pelan Lantai Makmal Biologi

Page 10: BAB 3 INFRASTRUKTUR MAKMAL DAN BILIK SAINS · PDF fileBab 3 - Infrastruktur Makmal Dan Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 25 Keterangan bagi blok 18 bilik

Bab 3 - Infrastruktur Makmal Dan Bilik Sains

32│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

3.6.4 Bilik Persediaan dan Bilik Stor untuk Makmal Sains Sekolah Menengah.

Rajah 3.4: Contoh Pelan Lantai Bilik Persediaan

Page 11: BAB 3 INFRASTRUKTUR MAKMAL DAN BILIK SAINS · PDF fileBab 3 - Infrastruktur Makmal Dan Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 25 Keterangan bagi blok 18 bilik

Bab 3 - Infrastruktur Makmal Dan Bilik Sains

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│33

3.6.5 Bilik Sains Sekolah Rendah

Rajah 3.5: Contoh Pelan Lantai Bilik Sains

Page 12: BAB 3 INFRASTRUKTUR MAKMAL DAN BILIK SAINS · PDF fileBab 3 - Infrastruktur Makmal Dan Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 25 Keterangan bagi blok 18 bilik

Bab 3 - Infrastruktur Makmal Dan Bilik Sains

34│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

3.6.6 Bilik Persediaan dan Bilik Stor Bilik Sains

Rajah 3.6: Contoh Pelan lantai Bilik Persediaan dan Bilik Stor untuk Bilik Sains

Page 13: BAB 3 INFRASTRUKTUR MAKMAL DAN BILIK SAINS · PDF fileBab 3 - Infrastruktur Makmal Dan Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 25 Keterangan bagi blok 18 bilik

Bab 3 - Infrastruktur Makmal Dan Bilik Sains

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│35

3.7 Keperluan Perabot dan Peralatan Asas

Setiap Makmal Sains perlu mempunyai keperluan asas perabot dan peralatan bagi melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran sains. Perabot dan peralatan asas yang perlu ada dalam setiap makmal dan bilik sains adalah seperti berikut:

Jadual 3.3: Perabot dan Peralatan Dalam Makmal Sains

Bil Perabot/Peralatan Bilangan (untuk 30

murid)

M a k m a l

Biologi Fizik Kimia Sains

1. Meja makmal 10 / / / /

2. Bangku makmal 30 / / / /

3. Komputer 1 / / / /

4. Pencetak 1 /

5. Bakul sampah 1 / / / /

6. DLP 1 / / / /

7. Papan tulis / / / /

8. Papan putih beroda 1 / / / /

9. Skrin 1 / / / /

10. Langsir 1 set untuk

bilik / /

11. Meja komputer 1 / / / /

12. Pembesar suara 1 / / / /

13. Rak peralatan sains 1 / / / /

14. Almari 1 / / / /

15. Kabinet 1 / / / /

16. Penggantung carta 1 / / / /

17. Pemadam api 1 / / / /

18. Selimut api 1 / / / /

19. Penggera kebakaran 1 / / / /

20. Bekas simpanan bahan sisa 1 / / / /

21. Bekas simpanan bahan rosak 1 / / / /

22. Kebuk Wasap 2 /

23. Pancuran dan pencuci mata 1 /

24. Kipas pengudaraan 1 /

25. Kit Pertolongan Cemas 1 / / / /

Page 14: BAB 3 INFRASTRUKTUR MAKMAL DAN BILIK SAINS · PDF fileBab 3 - Infrastruktur Makmal Dan Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 25 Keterangan bagi blok 18 bilik

Bab 3 - Infrastruktur Makmal Dan Bilik Sains

36│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

Jadual 3.4: Perabot dan Peralatan Asas dalam Bilik Sains

Bil Perabot/Peralatan Bilangan

(untuk 30 murid)

1. Meja makmal 10

2. Bangku makmal 30

3. Komputer 1

4. Printer 1

5. DLP 1

6. Meja komputer 1

7. Skrin 1

8. Pembesar suara 1

9. Papan tulis 1

10. Papan putih beroda 1

11. Bakul sampah 1

12. Langsir 1 set untuk bilik

13. Kabinet 1

14. Almari cermin 1

15. Rak buku 1

16. Penggantung carta 1

17. Rak peralatan sains 1

18. Kit Pertolongan Cemas 1

19. Pemadam api 1

20. Penggera kebakaran 1

21. Selimut Kalis Api 1

Laporan Tinjauan Awal Keperluan Makmal Sains, BPPDP KPM 2009

3.8 Peralatan Asas Dalam Bilik Persediaan Makmal dan Bilik Sains

Peralatan asas yang perlu ada dalam Bilik Persediaan Makmal Sains adalah seperti berikut:

Bil Perabot/Peralatan

1. Meja persediaan

2. Kerusi

3. Rak

4. Peti sejuk

5. Papan notis

3.9 Spesifikasi Ruang P&P Makmal dan Bilik Sains

Ruang P&P Makmal Sains perlulah selamat, selesa dan mempunyai pencahayaan dan pengudaraan yang baik bagi membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan sempurna. Spesifikasi ruang bagi makmal dan bilik sains adalah seperti berikut:

Page 15: BAB 3 INFRASTRUKTUR MAKMAL DAN BILIK SAINS · PDF fileBab 3 - Infrastruktur Makmal Dan Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 25 Keterangan bagi blok 18 bilik

Bab 3 - Infrastruktur Makmal Dan Bilik Sains

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│37

3.9.1 Kemasan Lantai Lantai makmal sebaiknya dibina daripada jubin seramik yang berwarna cerah dan tidak digilap.

3.9.2 Dinding Berwarna cerah dan ada papan pameran.

3.9.3 Tingkap

Jenis tingkap yang sesuai ialah tingkap kaca ‘naco’, tingkap gelongsor, tingkap gantung atas, dan tingkap gantung sisi.

3.9.4 Pintu

Makmal dan bilik Sains perlu mempunyai sekurang-kurangnya dua pintu dan berjeriji.

3.10 Perabot dan Peralatan Asas Perabot seperti meja guru, meja kerja murid, bangku, meja sisi dan almari pameran perlu ada di dalam sesebuah makmal dan bilik sains untuk memudahkan murid melakukan aktiviti semasa pengajaran dan pembelajaran sains. Susunan perabot yang rapi dan kemas pada setiap masa merupakan disiplin yang amat wajar diterapkan kepada murid dalam pemupukan dan pembentukan sikap dan keperibadian seseorang saintis. 3.10.1 Meja guru

Meja guru diletakkan atas platform di ruang hadapan makmal sains.

Rajah 3.7: Contoh Meja Guru

Page 16: BAB 3 INFRASTRUKTUR MAKMAL DAN BILIK SAINS · PDF fileBab 3 - Infrastruktur Makmal Dan Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 25 Keterangan bagi blok 18 bilik

Bab 3 - Infrastruktur Makmal Dan Bilik Sains

38│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

3.10.2 Meja Kerja Murid

Meja murid disusun dalam makmal atau bilik sains supaya murid dapat duduk di dalam kumpulan.

Rajah 3.8: Contoh Meja Kerja Murid

3.10.3 Bangku Murid

Bangku murid diperbuat dari kayu sepenuhnya atau berkaki besi yang beralas getah.

Rajah 3.9: Contoh Bangku Murid

Page 17: BAB 3 INFRASTRUKTUR MAKMAL DAN BILIK SAINS · PDF fileBab 3 - Infrastruktur Makmal Dan Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 25 Keterangan bagi blok 18 bilik

Bab 3 - Infrastruktur Makmal Dan Bilik Sains

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│39

3.10.4 Almari Pameran

Almari pameran ialah almari yang dibina lekat ke dinding dan mempunyai pintu kaca yang telus cahaya, sesuai digunakan untuk mempamerkan model-model P & P yang berkaitan.

Rajah 3.10: Contoh Almari Pameran