16
BAB 3 STRATEGI PENGURUSAN SYARIKAT 3.1 Pendahuluan Dalam bab ini membincangkan tentang

BAB 3 Report

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BAB 3 Report

BAB 3

STRATEGI PENGURUSAN SYARIKAT

3.1 Pendahuluan Dalam bab ini membincangkan tentang

Page 2: BAB 3 Report

3.2 Visi, misi dan matlamat syarikat

3.2.1 Visi

Bank Rakyat menjadi Bank pilihan oleh anggota-anggotanya kerana apa jua

perkhidmatan yang disediakan oleh Bank Rakyat, ia adalah yang terbaik

berbanding dengan apa yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan

yang lain. Keanggotaan dalam Bank Rakyat menjadi begitu bermakna dan

tidak ada sebab mengapa anggota-anggota harus berurusniaga dengan

pihak lain.

Visi ini menghasilkan tagline ”Bank Rakyat Bank Pilihan Anda”.

3.2.2 Misi

Tujuan utama Bank ini ialah hendak meninggikan taraf ekonomi anggotanya

dengan cara memberi pinjaman atau pembiayaan pada kadar keuntungan

yang berpatutan bagi kegunaan pertanian, usaha-usaha menjalankan

pengeluaran, pemasaran, perusahan, perikanan, pengangkutan,

perumahan, perniagaan, dan daya-daya usaha lain yang difikirkan perlu

bagi kepentingan anggotanya, dan juga menggalakkan jimat cemat dan

simpanan wang.

(undang-undang kecil perkara 501)

3.2.3 Matlamat syarikat

Page 3: BAB 3 Report

3.3 Analisis faktor luaran meliputi peluang-peluang dan ancaman-ancaman

3.3.1 Peluang-peluang

1. Sistem Perbankan Syariah

seperti juga bank-bank yang lain di Malaysia. Bank Rakyat juga telah menyediakan dan menawarkan Skim Perbankan Tanpa Faedah kepada pelangganya tidak kira bangsa dan agama. Produk yang ditawarkan termasuklah Akaun Tabungan Al-Wadiah, Al-Bay Bithman Ajil dan mudhrabah. Dengan adanya penawaran produk seperti ini dipercayai Bank Rakyat boleh memperkembangkan lagi perkhidmatan Skim Perbankan Syariah ini dengan lebih banyak lagi dalam pelbagai urusan.

2. Perkhidmatan Automatic Teller Machine (ATM)

Dengan kemajuan teknologi dan kepesatan perkembangan di dalam sektor di Malaysia, Bank Rakyat juga tidak ketinggalan dalam menyediakan perkhidmatan ATM kepada pelangganya. Oleh itu, dengan penyediaan lebih banyak lagi ATM ini dipercayai dapat menarik lebih ramai lagi bilangan pelanggan di dalam Bank Rakyat. Malah jika mesin ini dipelbagaikan pula kegunaanya, ia dapat menarik perhatian seluruh penduduk di Malaysia kepada Bank Rakyat.

3. Mempertingkatkan Imej Bank

Sebagai sebuah Bank Rakyat, seharusnya merebut peluang ini untuk memperkenalkan imej yang dinamik terhadap seluruh masyarakat. Pelbagai langkah boleh diambil oleh Bank Rakyat, contohnya mengadakan aktiviti-aktivit sukan, promosi dan publisiti yang meluas untuk menyedarkan masyarakat tentang fungsinya yang tersendiri. Selain itu, pembaharuan dari segi logo, konsep dan produk dapat memberi kelainnan kepada masyarakat. Khidmat cemerlang yang ditunjukkan oleh kakitangan juga dapat mempertingkatkan imej Bank Rakyat. Dengan adanya semua gabungan aktiviti-aktiviti ini, ia akan dapat meyakinkan orang ramai tentang produk-produk yang disediakan.

4. Galakan kerajaan

Selaras dengan langkah kerajaan dalam menggalakkan kemajuan dan pembangunan negara, Bank Rakyat haruslah mengambil peluang ini untuk terus mempelbagaikan perkhidmatan yang sedia ada, mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan dan memperkenalkan produk-produk baru di pasaran. Dengan langkah yang drastik ini, Bank Rakyat dapat mempertingkatkan dana dan memperkukuhkan modal pusingannya unutk terus bersaing dengan bank-bank perdagangan yang lain.

Page 4: BAB 3 Report

3.3.2 Ancaman-ancaman

1. Persaingan dengan bank-bank Perdagangan yang lain

Oleh kerana terdapat pelbagai bank di negara kita, Bank Rakyat tidak terkecuali daripada menghadapi persaingan yang sengit dalam pengurusan dan perniagaanya. Oleh itu, Bank Rakyat harus memainkan peranan penting untuk menyakinkan orang ramai terhadap perkhidmatanya dengan menjalankan promosi yang meluas bagi mengahapi persaingan bank-bank perdagangan dan bank asing yang lebih dikenali dan menggunakan peralatan yang lebih canggih. Selain itu, Bank Rakyat juga menghadapi persaingan dengan bank-bank yang mengamalkan Konsep Perbankan Syariah seperti Bank Islam, Bank Muamalat, Bank Al-Rajhi, dan Kuwait Finance House.

2. keseimbangan antara pembangunan dan keuntungan

Bank Rakyat ditubuhkan dengan objektif utamanya untuk menggalakkan pembangunan dan keuntungan. Oleh itu, Bank Rakyat haurs mengimbangi diantara keuntungan dan pembangunan dalam mencapai matlamat utama seperti badan perniagaan yang lain iaitu mendapatkan keuntungan yang maksimum. Perkara ini yang akan mendatangkan dilema kepada Bank Rakyat kerana terpaksa mengimbangi kedua-duanya. Oleh itu, tidak wajar jika Bank Rakyat menjalankan aktivitinya semata-mata untuk mendapatkan keuntungan maksimum tanpa memperdulikan dari aspek pembangunan.

3. keadaan ekonomi negara

Walaupun dalam kegawatan ekonomi Negara yang melanda dahulu, Bank Rakyat masih mampu bertahan tetapi kesan daripada kegawatan ini jelas dilihat dalam penurunan jumlah deposit dan simpanan. Begitu juga dengan aktiviti pembiayaan yang mana jika dilihat sekarang terdapat beberapa jenis pembiayaan yang ditawarkan kepada pelanggan berbanding dahulu sebelum kegawatan ekonomi melanda Negara.

Selain iitu, penangguhan dalam pembayaran balik pinjaman dan penjadualan semula pinjaman bertambah dan ini akan merugikan pihak Bank Rakyat. Oleh itu, jika keadaan iniberterusan ia merupakan satu kekangan kepada Bank Rakyat unutk memperkembangkan perniagaannya.

Page 5: BAB 3 Report

3.4 Analisis faktor dalaman meliputi kekuatan dan kelemahan syarikat

3.4.1 Kekuatan

1. Sistem komputer yang cekap

sistem komputer yang cekap dapat menambahkan keyakinan para pelanggan untuk menyimpan deposit mereka di Bank. Ini kerana pelbagai tomahan yang dilemparkan kepada pekerja Bank yang pecah amanah sekiranya berlaku kehilangan wang pelanggan.

Oleh itu, pengurusan yang cekap akan menyukarkan para pekerja melakukan kecurian, hal ini akan diketahui dengan cepat oleh pihak lain sekiranya terdapat kes kecurian. Selain itu, sistem berkomputer yang beroperasi secara ”on line” akan memudahkan para pelanggan membuat pengeluaran di mana-mana Cawangan Bank Rakyat. Oleh itu, dengan adanya sistem ini ia akan menyukarkan penipuan oleh mana-mana pihak.

2. Strategi pemasaran yang berkesan

Strategi pemasaran adalah merupakan salah satu faktor penentuan kejayaan sesuatu perniagaan. Bagi aktiviti pembiayaan produk, Bank Rakyat Cawangan Langkawi telah mengkhususkan sektor kerajaan sebagai sasaran produk yang menguntungkan Bank Rakyat untuk tempoh jangkamasa panjang. Selain sektor kerajaan, Bank Rakyat juga telah mengenalpasti anak syarikat kerajaan yang lain seperti LADA Eco, Taliworks, Lafarge Cemment, Langkawi Port, Faber Medi dan MAS.

Selain itu juga, Bank Rakyat mengambil langkah dengan mempromosikan produk pembiayaan Bank dengan mengedarkan flyers ke merata tempat, iklan television, menggantungkan kain rentang di hadapan premis Bank Rakyat serta di tempat-tempat awam yang strategik untuk menarik minat pelanggan mengenai Pembiayaan 1 Asalah. Dan strategi yang terbaru dilakukan dengan menubuhkan BR Smart iaitu latihan siswazah, bertujuan untuk mempromosikan produk pembiayaan terutamanya Pembiayaan Aslah.

3. Rangkaian Cawangan

Dalam tempoh 56 tahun, Bank Rakyat telah berjaya membuka

Ini menunjukkan bahawa Bank Rakyat telah berjaya mengorak langkah untuk memajukan diri dalam bidang perbankan. Pada permulaannya, Bank Rakyat telah membuka cawangan di Bukit Mertajam. Memandangkan keperluan untuk menubuhkan cawangan di Kuala Lumpur begitu mendesak, Bank Rakyat telah membuka cawangan di tempat lain. Dengan penubuhan cawangan-cawangan ini, beberapa Bank persatuan lain telah tampil untuk menjadi ahli dan membubarkan perniagaan supaya diambil-alih oleh Bank Rakyat.

4. Pinjaman pajak gadai Islam

Page 6: BAB 3 Report

Pinjaman Pajak Gadai Islam adalah satu skim pinjaman secara Islam yang ditawarkan oleh Bank Rakyat. Dengan adanya skim pinjaman ini, ia dapat menyediakan alternatif kepada masyarakat terutama orang Melayu yang berpendapatan rendah dalam memenuhi keperluan wang tunai dengan segera. Selain itu, ia dapat menghapuskan riba dalam urusan pajak gadai Konvensional. Oleh yang demikian, Bank Rakyat menjadi tumpuan pelanggan dari pelbagai bangsa dan agama. Ini adalah salah satu kelebihan yang dimiliki oleh Bank Rakyat dan berpotensi besar meraih keuntungan jangka masa panjang disamping membantu masyarakat. 3.4.2 kelemahan

1. Skop pembiayaan yang terhad

Objektif utama penubuhan Bank Rakyat telah ditetapkan iaitu menggalakkan kemajuan dengan pemberian kemudahan pinjaman, perkhidmatan perbankan dan menyelenggara simpanan dan pelaburan. Dengan adanya objektif tersebut, menjadikan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Bank Rakyat adalah terhad dalam bidang tertentu sahaja. Contohnya Produk Manzili. Sekiranya Kontrak Perumahan di Langkawi kurang, maka akan kuranglah permintaan untuk pembiayaan Manzili.

2. Penggunaan konsep yang kurang efektif

Bank Rakyat hanya menggunakan konsep Al-Bai Bitamil Ajil untuk pembiayaan perumahan. Sedangkan dalam perbankan Islam terdapat lagi konsep lain yang lebih bermotifkan perkongsian keuntungan dan kerugian contohnya Musyarakah Mutanaqisah.

3. kesukaran mencari pelanggan

Selain daripada itu, Bank Rakyat juga mengalami masalah dalam mencari pelanggan-pelanggannya yang mengalami tunggakan yang besar. Kebanyakan pelanggan ini telah berhenti kerja atau berpindah ke tempat lain dan ini akan menyukarkan pihak Bank menghubungi pelanggan-pelanggan tersebut. Ini akan menyebabkan Bank Rakyat mengalami kerugian yang besar dan akan meninggalkan ” pembiayaan tidak berbayar”.

4. kesukaran bagi pelanggan yang bukan bekarja dalam sektor kerajaan

Bagi pekerja swasta khususnya, mengalami masalah dalam membuat pembiayaan, walaupun mereka mempunyai gaji yang tinggi, tetapi tidak boleh membuat pembiayaan di Bank Rakyat. Sedangkan Bank Rakyat bertujuan untuk membantu rakyat yang memerlukan.

Page 7: BAB 3 Report

3.5 Cadangan untuk peningkatan prestasi

Page 8: BAB 3 Report

3.6 kesimpulan

Page 9: BAB 3 Report

BAB 4

ANALISIS PROGLAM LATIHAN

4.1 Pendahuluan

Page 10: BAB 3 Report

4.2 Bidang tugas yang dilakukan

Page 11: BAB 3 Report

4.3 Kesesuaian latihan dengan bidang pengajian

Page 12: BAB 3 Report

4.4 Masalah yang dihadapi

Secara keseluruhannya tidak banyak masalah yang saya hadapi kecuali masalah kecil sahaja dan dapat diatasi dengan mudah. 1. kesulitan untuk mendapatkan maklumat Memandangkan tempat yang saya jalani latihan industri adalah dalam sektor perbankan, maka sukar bagi saya mendapatkan maklumat terperinci. Ini disebabkan terdapat kerahsiaan bank yang tidak boleh didedahkan kepada orang awam selain daripada kakitangan bank.

Cara mengatasi

Hanya menguruskan tugas-tugas tertentu dan membuat perjanjian dengan pihak bank Rakyat akan merahsiakan maklumat dan menjaga etika perbankan. Maklumat-maklumat tertentu hanya boleh digunakan untuk tujuan akademik sahaja bagi menjaga kepentingan bank.

Page 13: BAB 3 Report

4.5 Kesimpulan