Bab 3 - Web 1.0, 2.0, 3.0 4.0

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/30/2019 Bab 3 - Web 1.0, 2.0, 3.0 4.0

    1/7

    BAB 3

    WEB

    3.1 WEB 1.0

    Definisi

    Web 1.0 adalah merupakan teknologi web yang pertama kali digunakan dalam aplikasi world

    wide web, atau ada yang menyebut web 1.0. sebagai www itu sendiri yang banyak digunakan

    dalam web yang bersifat personal. Ianya dikembangkan sebagai pengaksesan informasi serta

    memiliki sifat yang sedikit interaktif dibanding dengan versi selanjutnya, jadi secara garis besar,

    web 1.0 hanyalah bersifat read only. Kita sebagai pengguna internet hanya bisa membaca apa

    yang ada di dalam website tersebut. Selain itu penunjung juga hanya dapat mencari sesuatu

    atau yang sering disebut searching , dan melihat-lihat browsing maklumat-maklumat yang

    ada pada web, kita juga tidak dapat meninggalkan komen terhadap web terseut kerana web

    0.1 tidak menyediakan aplikasi tersebut.

    Ciri-ciri Web 2.0

    Beberapa ciri web 1.0. adalah:

    1. Merupakan halaman web yang statik atau hanya berfungsi untuk paparan;2. Halaman masih direka sebagai HTML (hypertext markup language), yang hanya

    membenarkan pengunjung untuk melihat tanpa ada interaksi;

    3. Menggunakan form-form yang dikirim melalui e-mail, sehingga komunikasi biasanyasatu hala sahaja

  • 7/30/2019 Bab 3 - Web 1.0, 2.0, 3.0 4.0

    2/7

    24

    3.2 WEB 2.0

    Definisi

    Menurut Tim Berners Lee, iaitu seorang pencipta web, Web 2.0 merupakan pengganti atau satu

    inovasi kepada Web 1.0. Hal ini adalah kerana ia merupakan satu jaringan piawaian yang

    dihasilkan daripada Web 1.0. Perbezaan antara Web 1.0 dan Web 2.0 adalah dari segi

    kepenggunaan, fungsi dan pemilikan pengguna. Hal ini bermaksud Web 2.0 merupakan satu

    ruang yang interaktif, dinamik dan fleksibel di mana pengguna boleh menyelesaikan kehendak

    dan idea mereka seiring dengan fungsi yang terdapat dalam Web 2.0. Hal ini secara langsung

    menjadikan pengguna bukan sahaja sebagai pengunjung, malah turut menjadi pemilik kepada

    Web 2.0 tersebut.

    Web 2.0 merupakan satu inovasi perisian serta aplikasi internet dari web berbentuk

    statik kepada web yang lebih dinamik serta fleksibel. Kandungan yang dipersembahkan lebih

    interaktif dan pelbagai. Ianya menekankan konsep komunikasi web secara dua hala dan bukan

    lagi hanya penyampai informasi semata-mata.Dahulunya web berfungsi untuk menyampaikan

    maklumat mengenai sesebuah organisasi atau platform perkongsian maklumat dengan interaksi

    yang terbatas. Kini, dengan pengenalan inovasi seperti laman blog, komunikasi manusiamenjadi begitu pantas, mudah dan berkesan. Rangkaian menjadi lebih luas dan terbuka

    merentasi batas sempadan negara. Maka, Web 2.0 memperkembangkan kreativiti manusia,

    mempelbagaikan cara komunikasi, memperbesar dan memperluaskan hubungan sosial,

    mempertingkatkan keselamatan dalam proses perkongsian maklumat serta mengalakkan

    kolaboratif dalam pembelajaran. Potensinya amat besar dan bermanfaat kepada pengguna

    Internet.

    Selain itu, Web 2.0 adalah istilah umum yang berkaitan dengan aplikasi web yang

    memudahkan perkongsian maklumat interaktid yang beroperasi melalui media internet dengan

    bantuan pelayar web dan tidak perlu proses instalasi terlebih dahulu seperti yang umumnya kita

    gunakan sehari-hari. Sebuah laman web memberi penggunanya pilihan bebas untuk

    berinteraksi atau berkolaborasi antara satu sama lain dalam komuniti maya, berbeza dengan

    laman web di mana pengguna terhad kepada pasif melihat kandungan yang diciptakan untuk

    mereka.

  • 7/30/2019 Bab 3 - Web 1.0, 2.0, 3.0 4.0

    3/7

    25

    Contoh aplikasi Web 2.0 termasuk laman web rangkaian sosial, blog, Wikipedia,

    halaman perkongsian video dan halaman perkongsian grafik. Perkembangan teknologi web

    adalah seiring dengan perkembangan teknologi lain. Sejak internet diperkenalkan,

    perkembangan teknologi web mula berkembang dalam pelbagai bidang. Teknologi yang agak

    terbaru dalam perkembangan web ini adalah web 2.0 di mana ia diperkenalkan pada tahun

    2004. Web 2.0 adalah tren baru di dalam teknologi www (world wide web). Kewujudan web 2.0

    merupakan ekoran daripada kepantasan anjakan paradigm dan transformasi dunia global.

    Dengan kewujudan web 2.0, komunikasi manusia dapat dijalankan secara dua hala selain

    menjadikan komunikasi begitu berkesan, pantas dan mudah. Masyarakat bukan sahaja dapat

    melayari web malah dapat mempamerkan, memperluasakan dan berkongsi kreativiti mereka

    dengan sesiapa sahaja tanpa batasan masa, ruang dan lokasi. Dunia kini menjadi semakin

    sempit kerana komunikasi boleh berlaku di mana-mana sahaja, bila masa dan dengan sesiapa

    pun tanpa sebarang halangan,

    Rentetan itu, perbezaan budaya, agama, bangsa, warna kulit dan negara bukan lagi

    menjadi ukuran dalam menjalinkan perhubungan meskipun hanya secara maya. Penggunaan

    aplikasi Web 2.0 seperti rangkaian sosial semakin popular bukan sahaja di kalangan generasi

    muda malahan di kalangan korporat. Penggunaannya semakin mendapat sambutan di seluruh

    dunia. Facebook, Friendster, Myspace dan Twitter merupakan laman web rangkaian sosial yangaktif di Malaysia. Tidak dinafikan setiap laman web tersebut mempunyai keistimewaannya

    sendiri dan saling bersaing antara satu sama lain dalam menambat hati pengguna Internet.Ini

    dibuktikan dengan statistik yang diperoleh dari sumber Alexa dan George Ad Planner, laman

    rangkaian sosial Friendster telah dikunjungi oleh kira-kira berjuta-juta pengguna Internet di

    Malaysia dan kira-kira 4.2 juta pula mengunjungi laman Friendster. Rangkaian sosial interaktif

    Myspace pula dikunjungi 0.21 juta pengguna Internet di Malaysia manakala Twitter menerima

    kira-kira 750,000 pengunjung. Selain itu, aplikasi web 2.0 yang lain seperti Youtube juga sering

    digunakan oleh remaja pada masa kini untuk mendapatkan video-video yang dikongsikan oleh

    pengguna dari seluruh dunia.

  • 7/30/2019 Bab 3 - Web 1.0, 2.0, 3.0 4.0

    4/7

    26

    Sejarah Web 2.0

    Web 2.0 dicipta oleh Dale Dougherty pada tahun 2004. Beliau merupakan naib presiden di

    sebuah syarikat perkomputeran iaitu OReilly Media Inc. Menurut beliau, Web 2.0 merupakan

    sebuah jaringan yang merangkumi pelbagai makna termasuk pengguna boleh menghasilkan

    kandungan dan berkongsi data serta maklumat yang pelbagai dengan sesiapa sahaja. Selain

    itu, ia juga digunakan bersama-sama dengan pelbagai jenis perisian sosial, berinteraksi dengan

    aplikasi berasaskan web dan menggunakan web sebagai satu platform untuk menjana,

    menggunakan semula kandungan dan sebagainya.

    Ciri-ciri Web 2.0

    Menurut Tim OReilly (2005), terdapat beberapa cirri yang menggambarkan Web 2.0. Antaranya

    ialah:

    1. Web sebagai platform

    Platform membawa maksud tempat sesuatu aplikasi dijalankan. Contohnya, platformyang terkenal adalah Windows, di mana ada aplikasi-aplikasi seperti M/O dan Adobe

    Photoshop. Menggunakan internet sebagai platform bererti aplikasi-aplikasi tersebut

    dijalankan langsung di atas internet dan tidak di atas satu sistem operasi tertentu.

    Contohnya adalah Google yang mana boleh diakses melalui mana-mana sistem operasi.

    Kelebihannya ialah aplikasi Web 2.0 ini tidak lagi terbatas penggunaannya kepada satu

    sistem operasi sahaja. Malah, kita tidak perlu untuk memasukkan apa-apa sistem untuk

    menggunakannya.

    2. Gabungan maklumat dan pengetahuan

    Aplikasi Web 2.0 memanfaatkan kepandaian dan maklunat dari banyak pihak secara

    kolektif. Hasilnya ialah medan pengetahuan yang sangat besar hasil daripada gabungan

    pengetahuan pelbagai pihak. Contoh yang dapat kita lihat ialah Wikipedia. Wikipedia

  • 7/30/2019 Bab 3 - Web 1.0, 2.0, 3.0 4.0

    5/7

    27

    adalah ensiklopedia atas talian (online) yang membolehkan semua orang untuk

    membuat dan mengubahsuai artikel yang dipaparkan.

    Hasilnya adalah sebuah ensiklopedia atas talian besar yang sangat lengkap artikelnya.

    Contoh yang lain ialah del.icio.us, di mana semua orang akan memaparkan rangkaian-

    rangkaian menarik yang mereka temui di internet. Melaluinya, kita dapat melihat

    pelbagai bahan yang menarik hasil gabungan ribuan orang. Jaringan pengetahuan ini

    ibarat sel-sel otak yang saling terkait antara satu sama lain di dalam otak kita.

    3. Kekuatan data

    Kekuatan Web 2.0 terletak pada data. Aplikasi-aplikasi internet disokong oleh asas data

    yang kuat dan unik. Contohnya: seperti aplikasi carian web Google, yang mana

    kekuatannya terletak pada pengumpulan dan pengurusan data bagi laman-laman web di

    Internet. Contohnya, Amazon.com adalah laman web yang memiliki data buku yang

    bukan hanya lengkap dengan aplikasi seperti review, kadar pengguna, link ke buku-

    buku lain dan sebagainya.

    4. Integrasi perisian melalui pelbagai alat (devices)Aplikasi Web 2.0 mampu berintegrasi melalui pelbagai alat. Ianya bukan hanya terbatas

    kepada platform computer sahaja. Contohnya adalah Itunes dan Tivo. iTunes dari Apple

    dapat berintegrasi dari server Internet (dalam bentuk program iTunes), hinggalah ke

    mobile device (dalam bentuk Ipod).

    5. Rich user experiences

    Aplikasi Web 2.0 mempunyai antara muka pengguna yang hebat walaupun hanya

    beroperasi di dalam browser. Teknologi seperti Ajax membolehkan aplikasi seperti

    Internet mempunyai waktu gerak balas (response) yang cepat. Contohnya, seperti

    Yahoo.mail dan Gmail. Aplikasi email ini memiliki antara muka pengguna yang hebat.

    Dengan menambah pelbagai aplikasi di dalam email seperti Instant Messaging,

    pengguna dapat berinteraksi melaluinya.

  • 7/30/2019 Bab 3 - Web 1.0, 2.0, 3.0 4.0

    6/7

    28

    3.3 WEB 3.0

    Web 3.0 mempunyai beberapa definisi yang berbeza, tetapi penjelasan yang paling popular dan

    mudah seolah-olah bahawa ia adalah adunan maya dunia online dan offline. Paling penting,

    Web 3.0 adalah peningkatan dalam perisian komputer, ke satu tahap di mana komputer akan

    dapat memberikan sebab dan menganalisis.

    Banyak pakar-pakar percaya bahawa pelayar Web 3.0 akan bertindak seperti pembantu

    peribadi. Web 3.0 dirujuk oleh pakar-pakar sebagai web semantik. Data akan datang dari

    pengguna dan web pada asasnya akan menyesuaikan diri untuk memenuhi keperluan

    pengguna. Sebagai contoh, jika anda melakukan banyak mencari 'blog reka bentuk', anda akan

    menerima lebih banyak iklan yang berkaitan dengan reka bentuk. Juga, apabila anda mencari

    untuk perkara-perkara lain, sebagai contoh, 'komputer', web akan menyimpan dalam minda

    bahawa anda sering mencari reka bentuk dan boleh tarik sehingga pertanyaan carian yang

    menggabungkan 'reka bentuk' dan 'komputer.

    Satu manfaat besar Web 3.0 adalah mampu untuk mengakses data dari mana-mana

    sahaja. Ini terutamanya didorong oleh penggunaan telefon pintar dan aplikasi awam. Idea di

    sini adalah untuk memastikan bahawa pengguna boleh mengakses data seberapa banyak yang

    mungkin dari mana-mana, bukan hanya rumah mereka. Teknologi cuba untuk mengembangkanidea ini dalam cara yang membolehkan TV untuk mengambil data pengguna, dan membolehkan

    telefon pintar untuk mengakses data pada komputer anda.

    4. WEB 4.0

    Versi keempat dari perkembangan teknologi web ini, mengharapkan kemampuan web sebagai

    mesin yang lebih pantas dari sebelumnya.Yakni konsep kepantasan (seolah-olah mensamai

    dengankepantasan manusia) tetapi dimasukan dalam versi ini (intelligent web). Sebutan lainnya

    adalah web os (os=operating system) karanasememangnyakesinambungan daripada os

    komputer yang kita tahu tahap kepantasannya pada masa kini. Namun, tahap

    pembangunannya masih dalam rancangan untuk depahadapann (future web).Antara sistem

    pengendalian yang paling popular ialah Microsoft Windows yang kini terdapat di pasaran seperti

    computer meja dan computer riba, manakala Linux atau ala Unix yang lain terdapat pada laman

    sesawang banyak digunakan di institusi akademik dan bebas digunakan serta percuma.

  • 7/30/2019 Bab 3 - Web 1.0, 2.0, 3.0 4.0

    7/7

    29

    Web 4.0 telah pun wujud dalam kehidupan kita seharian tanpa kita sedari, Windows 4.0

    membolehkan anda melakukan carian segera. Windows 4.0 membantu mencari dan dokumen

    pratonton, mesej e-mel, fail muzik, foto, dan barangan lain pada komputer.Enjin carian dalam

    Windows 4.0 adalah perkhidmatan Microsoft Windows yang juga digunakan oleh program-

    program seperti Microsoft Office Outlook 2007 dan Microsoft Office OneNote 2007. Kita juga

    boleh menggunakan enjin carian untuk indeks kandungan program dan untuk mendapatkan

    hasil yang segera apabila anda mencari dalam program tertentu.

    Windows 4.0 termasuk penambahbaikan berikut:

    1. menyokong untuk mengindeks dokumen sulit dalam sistem fail tempatan2. mengurangkan kesan pada Microsoft Exchange apabila indeks e-mel dalam mod dalam

    talian.

    3. Menyokong untuk mengindeks peti mel atas talian4. Menyokong untuk pertanyaan pelanggan-pelanggan yang jauh untuk

    perkongsianmaklumat

    5. Pengindeksan prestasi yang lebih baik6. Pengkemaskini lebih cepat untuk Windows XP