Upload
norlaily-arsad
View
120
Download
8
Embed Size (px)
DESCRIPTION
mangsa pemangsapersaingansimbiosiskomensalismaparasitismamutualisma
Citation preview
BAB 4: SALING BERSANDARAN ORGANISMA HIDUP DAN PERSEKITARAN
4.1 Saling Bersandaran Antara Organisma Hidup
VOKABULARI
• HABITAT• SPESIES• POPULASI• KOMUNITI• EKOSISTEM
• Habitat adalah tempat tinggal semulajadi bagi haiwan dan tumbuhan
• Habitat membekalkan organisma dengan udara, ruangan, makanan, teduhan dan tempat untuk membiak
udara Teduhan ruangMakanan Untuk membiak
SPESIES• Spesies adalah sekumpulan organisma
yg mempunyai bentuk & struktur yg sama
• Mereka juga boleh saling membiak menghasilkan anak yang subur
• Gambar di atas menunjukkan beberapa jenis spesies hidupan di dalam air
Spesies ikan
Spesies tumbuhan
akuatik
Spesies katak
POPULASI
• Sekumpulan organisma yang sama spesies yang hidup di dalam suatu habitat yang sama• Contohnya: • Populasi monyet
yang hidup di atas pokok
• Populasi gajah yang hidup di padang rumput
Populasi ikan Populasi tumbuhan
akuatik
Populasi katak
KOMUNITI
Komuniti terdiri daripada beberapa spesies haiwan dan tumbuhan yang hidup & berinteraksi di antara satu sama lain di dalam suatu habitat
• Kesemua populasi ikan, katak, siput, tumbuhan akuatik dan rumput membina suatu komuniti
EKOSISTEM
• Ekosistem terdiri daripada beberapa komuniti yang berinteraksi di antara satu sama lain bersama-sama dengan persekitaran fizikal (benda yang bukan hidup seperti air, cahaya matahari, tanah, udara dan garam mineral.
• Sebagai contoh,(a) ekosistem kolam(b) ekosistem hutan hujan(c) ekosistem padang rumput
• Semua benda hidup dan benda bukan hidup membina suatu ekosistem
tanah
Air
udara
Suatu ekosistem kolam
4.2 INTERAKSI ANTARA BENDA HIDUP
Interaksi Antara Organisma Hidup
Mangsa-Pemangsa
Simbiosis
Mutualisma
Komensalisma
ParasitismaPersaingan
1. MANGSA-PEMANGSA
• Pemangsa adalah organisma yang membunuh dan makan organisma yang lain
• Mangsa adalah organisma yang dimakan.
Pemangsa
Mangsa
1. MANGSA-PEMANGSA
• Pemangsa selalunya mempunya ciri fizikal yang istimewa seperti kuku dan paruh yang tajam bagi ia membunuh mangsanya
• Mangsa selalunya mempunyai kelebihan untuk melarikan diri daripada pemangsa
Sebagai contoh, ular sebagai pemangsa dan tikus adalah mangsanya.
Pemangsa Mangsa
Interaksi Antara Organisma Hidup
Mangsa-Pemangsa
Simbiosis
Mutualisme
Komensalisme
ParasitismePersaingan
2. PERSAINGAN• Persaingan adalah hubungan di mana
organisma bersaing di antara mereka bagi mendapatkan sumber-sumber asas untuk hidup
• Contoh sumber-sumber asas adalah makanan, air, tempat tinggal, pasangan dll
2. PERSAINGAN
• Tumbuhan bersaing bagi mendapatkan air, cahaya matahari, mineral dan tempat untuk tumbuh.
• Haiwan bersaing untuk mendapatkan makanan, air, tempat tinggal dan pasangan bagi pembiakan
• Persaingan menjadi lebih sengit apabila sumber asas adalah terhad
• Organisma yang kuat akan menguasai kawasan mereka. Organisma yang lemah dan kecil akan dihalau keluar dari kawasan itu.
• Sebagai contoh:– Tumbuhan berbunga akan bersaing dengan
rumpai bagi mendapatkan air dan garam mineral– Singa di dalam kawanan bersaing bagi mendapatkan makanan
Tumbuhan di dalam hutan hujan tropika bersaing bagi keperluan asas. Tumbuhan yang tinggi lebih senang mendapat cahaya matahari
Persaingan intra-spesies. Persaingan yang berlaku di dalam spesies yang
sama
Persaingan inter-spesies. Persaingan yang berlaku di antara spesies yang
berbeza
3. SIMBIOSIS
• Simbiosis secara amnya bermaksud ‘hidup bersama’
• Simbiosis adalah hubungan antara dua spesies yang berlainan yang hidup bersama. Ada yang mendapat faedah, dan ada yang mendapat kerugian
• Ada 3 jenis simbiosis:
3.1 KOMENSALISME• Interaksi antara dua organisma, dengan satu
organisma mendapat faedah daripada organisma lain tanpa menjejaskannya.
• Organisma yang tidak terjejas itu adalah perumahnya
Pokok langsuyar menumpang pada tumbuhan tinggi bagi mendapatkan cahaya matahari tanpa menjejaskannya.
Ikan remora & ikan yuIkan remora tinggal berhampiran
ikan yu dan memakan sisa makanan dari mulut ikan yu
tanpa menjejaskannya
3.2 PARASITISME
• Parasitisme ialah hubungan interaksi antara dua organisma, dengan satu organisma mendapat faedah, manakala yang satu lagi mendapat kerugian
RafflesiaMenyerap mineral dari akar
tumbuhan lain
Kutu kepala
Menyedut darah dari
perumahnya
3.2 PARASITISME• Parasit adalah organisma yang yang
hidup pada atau dalam organisma yang lain.
• Perumah adalah organisma yang di mana parasit hidup.
• Perumah terjejas oleh interaksi.parasit bahkan mungkin membunuh perumah
Dua kumpulan parasit
Parasit yang hidup di luar perumah
• Sebagai contohnyamuk, kutu dankutu menghisap darahdari tuan rumah mereka
Parasit yang hidup di dalam perumah
• Sebagai contoh,cacing pita danhookworms dalamusus manusiadan haiwan.
3.3 MUTUALISME
• Mutualisme adalah interaksi antara dua organisma dengan kedua-duanya mendapat faedah.
• Mutualisme adalah merupakan suatu bentuk kerjasama
ikan badut & buranikan badut tinggal di kawasan
anemome laut utk perlindungan dari pemangsa tanpa
menjejaskannya
kulat menyediakan karbon dioksida dan habitat alga. alga menyediakan makanan bagi kulat. bersama-sama mereka membentuk liken
LIKEN
3.3 MUTUALISME
Serangga mendapatkan makanan dari tumbuhan, dan
membantu menyebarkan debunga dan biji benih bagi
pembiakan
3.3 MUTUALISME
REFLEKSI
Jenis Interaksi Spesies 1 Spesies 2
Mangsa-PemangsaPersaingan
Komensalisme
Parasitisme
Mutualisme