52
BAB 5 KEPIMPINAN DAN MOTIVASI Disediakan oleh: UNIT PENGURUSAN PERNIAGAAN KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR

Bab 5-kepimpinan-motivasi

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Bab 5-kepimpinan-motivasi

BAB 5KEPIMPINAN DAN

MOTIVASI

Disediakan oleh:UNIT PENGURUSAN PERNIAGAANKOLEJ MATRIKULASI SELANGOR

Page 2: Bab 5-kepimpinan-motivasi

OBJEKTIF PEMBELAJARANPada akhir pembelajaran, pelajar – pelajar dapat 5.1 Memahami: a. Definisi kepimpinan b. Ciri – ciri Pemimpin c. Perbandingan Pemimpin dan Pengurus d. Gaya Kepimpinan

5.2 Memahami: a. Definisi Motivasi b. Teori – teori Motivasi

Mengaplikasi: c. Kaedah Memotivasikan Pekerja

Page 3: Bab 5-kepimpinan-motivasi

5.1 PENGENALAN KEPIMPINAN

a. DEFINISI KEPIMPINAN “ Kepimpinan adalah suatu proses di mana pemimpin

akan cuba mempengaruhi perlakuan pekerjanya bagi melaksanakan sesuatu tugas untuk mencapai matlamat kerja bagi unit dan organisasi. Seseorang pemimpin seharusnya mempunyai pengikut serta mempengaruhi perlakuan pekerja dengan berbagai cara untuk mencapai matlamat.”

Abd. Hamed et al

Page 4: Bab 5-kepimpinan-motivasi

“ Kepimpinan sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka supaya mereka rela bergiat dan berusaha ke arah pencapaian matlamat organisasi”

Jaafar Muhammad

Page 5: Bab 5-kepimpinan-motivasi

b. CIRI – CIRI PEMIMPINSeseorang menjadi pemimpin kerana bakat semulajadi atau dilahirkan dengan sifat kepimpinan.Kajiselidik telah dijalankan untuk mengenalpasti perawakan seseorang pemimpin iaitu dari segi:

i. Fizikal ii. Ilmu pengetahuan iii. Sahsiah

Hasil kajian tersebut mendapati beberapa ciri yang berkait rapat dengan perawakan seseorang pemimpin iaitu:

i. Memiliki keadaan fizikal yang sihat dan sesuai dengan tugasnya.

ii. Berpengetahuan luas dan pintar pemikirannya iii. Memiliki daya kerja dan semangat yang tinggi

Page 6: Bab 5-kepimpinan-motivasi

iv. Gemar memikul tanggung jawab dan cepat membuat keputusan. v. Menguasai prinsip perhubungan manusia dan

teknik berkomunikasi vi. Berlaku adil

vii. Objektif dalam erti kata dapat menguasai emosi

dan lebih banyak menggunakan akal

Page 7: Bab 5-kepimpinan-motivasi

Keberkesanan kepimpinan seseorang pengurus itu akan lebih ketara lagi apabila dia mahir dan mampu menyelia orang bawahannya serta kaedah yang digunakannya sesuai dengan situasi.

Pemimpin Formal Dan Pemimpin Tidak formali. Pemimpin Formal Pemimpin yang dilantik disebabkan kedudukan formal

dalam organisasi

Contoh: Pengurus Jabatan Kewangan – disebabkan kedudukannya sebagai seorang pengurus secara

tidak langsung beliau merupakan pemimpin jabatan berkenaan

Page 8: Bab 5-kepimpinan-motivasi

ii. Pemimpin Tidak Formal Pemimpin yang dilantik secara tidak formal dalam

organisasi untuk mengetuai sesuatu kumpulan terbentuk dalam organisasi.

Kumpulan yang ditubuhkan secara tidak formal untuk memperjuangkan kepentingan tertentu mungkin

akan melantik seorang pemimpin

Kepimpinan pemimpin ini tidak disahkan oleh organisasi

Pemimpin yang dilantik mungkin bertaraf lebih rendah atau lebih tinggi atau setara dengan ahli kumpulan yang lain

Page 9: Bab 5-kepimpinan-motivasi

c. PERBANDINGAN PEMIMPIN DAN PENGURUS Jadual dibawah menunjukkan perbandingan di antara pemimpin dan

pengurus: Status Perkara Pemimpin Pengurus

Bersifat peribadi Interaksi peribadi dengan pekerja un tuk tujuan mempengaruhi mereka

Tidak melibatkan interaksi peribadi

Kedudukan dalam organisasi Tidak semestinya disebabkan oleh kedudukan dan jawatan formal dalam organisasi

Disebabkan oleh kedudukan dan jawatan formal dalam organisasi

Sikap dan Motivasi Aktif dari aspek kemanusiaan disebabkan fungsi mempengaruhi pengikut

Pasif dan lebih mementingkan pencapaian matlamat (aspek teknikal)

Skop Pendekatan Menangani perubahan dengan bentuk visi tertentu

Menangani kerumitan dan masalah dalam organisasi dan memastikan organisasi berjalan atas landasan yang betul

Page 10: Bab 5-kepimpinan-motivasi

Bersifat Peribadi:

* Salah satu perbezaan utama bahawa kepimpinan lebih bercorak peribadi berbanding pengurusan sebab pemimpin perlu mendorong, memujuk dan mempengaruhi orang lain agar mereka melaksanakan arahan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan

* Manakala pengurus pula perlu menitikberatkan fungsi pengurusan yang bukan bersifat peribadi contohnya tugas merancang atau membaca laporan tidak melibatkan interaksi peribadi

Page 11: Bab 5-kepimpinan-motivasi

Kedudukan Dalam Organisasi :

* Menjadi pengurus kerana kedudukan yang formal dalam organisasi dan berjawatan formal menyebabkan pengurus ada tanggungjawab dan autoriti tertentu dimana pengurus akan berperanan sebagai seorang pemimpin

* Walaupun berkedudukan formal dalam organisasi, seseorang pengurus tidak semestinya ada ciri- ciri kepimpinan yang baik. Biasanya seseorang dilantik menjadi pengurus kerana mempunyai pengetahuan, berkemahiran dan berkeupayaan mengurus dalam dirinya.

* Sebaliknya pemimpin yang mungkin tidak ada kedudukan formal dalam organisasi dilantik disebabkan ciri-ciri kepimpinan yang ada padanya

Page 12: Bab 5-kepimpinan-motivasi

Skop Pendekatan:

* Pihak pengurusan perlu untuk mengatasi kerumitan dalam organisasi, maka pengurus perlu memastikan operasi berjalan lancar atas landasan yang betul berdasarkan perancangan formal, merekabentuk struktur organisasi yang ketat dan memantau hasil berdasarkan rancangan yang disusun

* Kepimpinan pula diperlukan untuk menangani perubahan kerana pemimpin perlu menjelaskan arah tujuan dengan membentuk visi yang sesuai, menyelaraskan semua uasaha subordinat dengan memaklumkan kepada mereka visi yang dibentuk serta memberi semangat kepada subordinatnya untuk menangani semua halangan

Page 13: Bab 5-kepimpinan-motivasi

Sikap dan Motivasi:

* Pengurus dan pemimpin berbeza dari segi motivasi, cara berfikir serta bertindak. Biasanya pengurus ada sikap yang bukan bersifat peribadi di mana tugas pengurus untuk memastikan matlamat yang ditetapkan tercapai. Pengurus tidak mengambil berat tentang cara yang digunakan samada betul atau salah untuk mencapai matlamat tersebut

* Pemimpin pula bersikap lebih aktif dan lebih mengambil berat tentang cara yang digunakan untuk mencapai matlamat. Pemimpin mengambil berat tentang hal ehwal subordinatnya kerana hendak mempengaruhi mereka melaksanakan arahannya

Page 14: Bab 5-kepimpinan-motivasi

d. GAYA KEPIMPINAN

Gaya kepimpinan berhubung dengan pendekatan yang digunakan oleh seseorang pemimpin untuk mempengaruhi subordinatnya melalui:

i. pembuatan keputusan untuk subordinatii. Memberi panduan kepada subordinat untuk

membuat keputusan iii. Memberi autoriti sepenuhnya kepada

subordinat membuat keputusan dalam menyelesaikan sesuatu masalah

Page 15: Bab 5-kepimpinan-motivasi

Dalam proses kepimpinan, pengurus boleh menggunakan pelbagai gaya kepimpinan yang sesuai dalam organisasi:

1. Gaya Kepimpinan Autokratik* Proses membuat keputusan hanya dibuat oleh pengurus.

Subordinat tidak terlibat dalam membuat sebarang keputusan

* Pengurus membuat keputusan dan memberitahu pekerja apa yang harus dilakukan

* Gaya ini sesuai bagi organisasi yang:a. Menghadapi krisisb. Mempunyai pekerja baruc. Mempunyai pekerja yang tidak bermotivasi

Page 16: Bab 5-kepimpinan-motivasi

2. Gaya Kepimpinan Demokratik* Melibatkan subordinat di dalam proses membuat

keputusan. Penglibatan subordinat bergantung kepada situasi masalah yang dihadapi

* pengurus berbincang dengan subordinat untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Cara ini akan memberikan keputusan yang lebih berkualiti di samping dapat memajukan bakat dan meningkatkan kemahiran pekerja. Prkerja akan lebih bermotivasi, berkomitmen tinggi dan lebih bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat secara bersama

Page 17: Bab 5-kepimpinan-motivasi

3. Gaya Kepimpinan Lassez – faire

* pemimpin memberi kebebasan kepada subordinat untuk membuat keputusan dan bertindak. Subordinat menggunakan kemahiran dan membuat pertimbangan dalam menyelesaikan sesuatu masalah

* subordinat akan membuat keputusan berdasarkan lingkungan had-had tertentu yang dibenarkan untuk mencapai matlamat kerja

* gaya ini dilaksanakan apabila para pekerja bermotivasi tinggi, berpengalaman, berpengetahuan dan berkemahiran di dalam kerjayanya

Page 18: Bab 5-kepimpinan-motivasi

4. Gaya Kepimpinan Islamik

* Menurut pengurusan Islam, raja perlu mentadbir dan bertindak sebagai pengurus atau ketua berpandukan dan merujuk al-Quran dan al-Sunnah serta nasihat para ulama’* Rakyat atau pekerja wajib taat kepada pemimpin dengan mematuhi arahan* Pemimpin wajib menerima kuasa dan tanggungjawab pengurusan yang diberikan oleh negara atau organisasi sebagai amanah bukan sahaja

amanah dari pekerja atau rakyat tetapi juga dari Allah Taala

* Amanah (tugas-tugas pengurusan) yang diterima perlu ditadbir, diputus atau dibincangkan menerusi konsep syura’ iaitu permuafakatan antara

pemimpin dan pekerja bawahannya serta pengurus-pengurus yang lain

* Menekankan konsep tawakkal setelah semua idea dan perancangan diatur dengan teliti bagi mencapai matlamat organisasi kerana hanya Allah

yang Mengetahui akhir setiap pekerjaan

Page 19: Bab 5-kepimpinan-motivasi

5.2 PENGENALAN MOTIVASI

a. DEFINISI MOTIVASI

* Satu proses yang kompleks melibatkan keadaan dalaman (naluri manusia dan rangsangan) serta luaran individu (perlakuan dan tindakan)

* Proses psikologi yang merangsang dan mengarahkan tindakan manusia secara berterusan untuk mencapai matlamat

* Melibatkan keperluan yang dirasai dalam kehidupan seseorang pada sesuatu ketika. Keperluan ini mewujudkan

rangsangan atau desakan naluri dalam diri manusia yang menyebabkan manusia bertindak ke arah matlamat atau kehendak tersebut.

Page 20: Bab 5-kepimpinan-motivasi

MATLAMAT/KEPUASAN(MAKAN DAN KENYANG)

MAKLUMBALAS

Page 21: Bab 5-kepimpinan-motivasi

b. TEORI-TEORI MOTIVASI1. Teori Hirarki Keperluan Maslow

* Menghuraikan bahawa manusia mempunyai beberapa tingkat keperluan secara teratur

* Abraham Maslow mengemukakan 5 tingkat keperluan manusia:

a. Tingkat I: Keperluan Fisiologi~ Berhubung dengan keperluan asas manusia untuk terus hidup

~ Merupakan keperluan yang terbawah sekali yang harus dipenuhi oleh semua manusia seperti keperluan makanan, pakaian, tempat tingkat dan sebagainya.

~ Bagi memenuhi keperluan ini, manusia harus berusaha atau bekerja untuk mendapat keuntungan, upah atau gaji

Page 22: Bab 5-kepimpinan-motivasi

b. Tingkat II: Keperluan Keselamatan

* Untuk mengelakkan diri manusia daripada perkara-perkara yang boleh mencederakan atau menjejaskan masa depannya

* Manusia lebih sedar tentang keperluan keselamatan setelah keperluan fisiologi dipenuhi

* Pekerja akan merasa lebih selamat untuk bekerja sekiranya mereka tahu bahawa mereka tidak akan hilang pekerjaan atau dibuang kerja

* Sebahagian organisasi mewujudkan suasana tempat kerja yang bersih dan kondusif, skim pencen, insurans dan sebagainya bagi menjamin keselamatan dan masa depan pekerja

Page 23: Bab 5-kepimpinan-motivasi

c. Tingkat III : Keperluan Sosial

Berhubung dengan penerimaan berkumpulan atau masyarakat terhadap individu

Tercetus apabila keperluan fisiologi dan keselamatan sudah dipenuhi

Seseorang individu tidak dapat hidup sendiri, mereka memerlukan rakan-rakan atau kumpulan tertentu untuk berinteraksi

Dalam organisasi, pekerja akan dikelompokkan dalam satu kumpulan kerja dan mereka akan berinteraksi serta bekerja bersama-sama bagi

mencapai matlamat organisasi

Page 24: Bab 5-kepimpinan-motivasi

d. Tingkat IV : Keperluan Esteem

* Tercetus apabila ketiga-tiga keperluan di bawah dipenuhi

* Agak sukar dipenuhi, ia berhubung dengan penghargaan diri, penghormatan, status dan sebagainya

* Dalam organisasi, keperluan ini dapat dicapai sekiranya pekerja dapat menunjukkan prestasi kerja yang baik dan diberi kenaikan pangkat, gaji yang tinggi, penghargaan kerja dan lain-lain ganjaran yang melibatkan kenaikan status pekerja tersebut

Page 25: Bab 5-kepimpinan-motivasi

e. Tingkat V : Keperluan Aktualisasi Diri

* Keperluan terakhir yang akan dipenuhi dan pencapaian terakhir yang diingini oleh seseorang manusia

* Melibatkan seorang manusia menggunakan bakat dan potensi yang ada pada dirinya untuk mencapai apa yang dihajati

* Pekerja seperti ini suka kepada kerja yang mencabar, berorientasikan pencapaian, kreativiti dan bercita- cita tinggi

Page 26: Bab 5-kepimpinan-motivasi

KEPERLUAN AKTUALISASI DIRI

KEPERLUAN ESTEEM

KEPERLUAN SOSIAL

KEPERLUAN KESELAMATAN

KEPERLUAN FISIOLOGI

MODEL HIRARKI KEPERLUAN MASLOW

Page 27: Bab 5-kepimpinan-motivasi

2. Teori Dua Faktor Herzberg

* Federick Herzberg mengkaji perlakuan manusia dan mengemukakan teori motivasi berasaskan kepada Model Penjagaan-Motivasi (Motivation-Maintenance Model)

* Terdapat 2 set faktor yang mempengaruhi gelagat pekerja:

a. Faktor-faktor Penjagaan (Maintenance Factors)

* Dikenali juga sebagai faktor-faktor kesihatan (hygiene factors)

* Berhubung pengalaman kerja yang akan menghalang daripada berlakunya ketidakpuasan kerja sekiranya faktor-faktor tersebut wujud dalam organisasi

Page 28: Bab 5-kepimpinan-motivasi

* Namun, faktor-faktor ini tidak dapat memotivasikan pekerja atau memberi kepuasan kepada mereka

* Antara faktor-faktor penjagaan ialah :i. Upah dan gaji berpatutan termasuk faedah-faedah

lain dari organisasiii. Keselamatan kerjaiii. Keselesaan tempat kerjaiv. Polisi syarikat dan pentadbiran yang adilv. Hubungan interpersonal dengan ketua, rakan

sekerja dan subordinatvi. Status

Page 29: Bab 5-kepimpinan-motivasi

b. Faktor-faktor Motivasi

* Faktor-faktor yang berkaitan dengan pekerjaan yang dapat memberi kepuasan dan seterusnya dapat memotivasikan pekerja

* Ketiadaan faktor-faktor ini akan menyebabkan timbulnya rasa ketidakpuasan kerja

* Antara faktor-faktor motivasi ialah:i. Pencapaian - peluang-peluang mencapai sesuatu matlamat

kerja yang mencabarii. Penghargaan – penghargaan terhadap sumbangan dan usahaiii. Tanggungjawab – diberi tanggungjawab dan tugas kerja

yang baruiv. Kemajuan – peluang untuk memajukan diri dan status kerja

berdasarkan prestasi kerjav. Kerja itu sendiri – berhubung dengan kerja yang dapat memberi

kepuasan, penonjolan diri dan mencabar

Page 30: Bab 5-kepimpinan-motivasi

3. Teori X dan Y* Douglas McGregor telah membuat andaian berhubung dengan gelagat pekerja yang boleh dijadikan panduan kepada pengurus dan pemimpin

* Pengurus perlu menggunakan cara yang berbeza untuk memberi motivasi kepada pekerja yang berbeza dari segi nilai, kepercayaan, sikap, kebolehan dan beberapa ciri lain yang mempengaruhi gelagat mereka

* Ciri-ciri yang terdapat dalam teori ini dibuat atas andaian berikut:

Page 31: Bab 5-kepimpinan-motivasi

a. Andaian tentang pekerja dalam Teori X :

* Kebanyakan pekerja tidak suka bekerja dan seboleh-bolehnya mungkin cuba mengelakkan diri dari membuat kerja

* Pekerja perlu dipaksa, diancam dan diarah bekerja untuk mencapai matlamat organisasi

* Kebanyakan pekerja malas, mengelak diri dari tanggungjawab, tiada cita-cita dan lebih menekankan soal keselamatan diri

* Kebanyakan pekerja cuba mengelakkan diri dari memimpin

* Pekerja hanya akan melakukan kerja yang baik jika ada insentif kewangan

Page 32: Bab 5-kepimpinan-motivasi

b. Andaian tentang pekerja dalam Teori Y :

* Sebahagian besar pekerja suka melakukan kerja

* Pekerja boleh mengawal diri sendiri, lebih suka memberi panduan diri, berinovasi dan kreatif

* Pekerja suka mengambil tanggungjawab dan suka memimpin

* Pekerja mempunyai komitmen pada matlamat organisasi dan berkeinginan melakukan kerja dengan baik bukan semata-mata memerlukan insentif kewangan

* Motivasi dan potensi pekerja sememangnya sudah sedia wujud dalam diri pekerja dan pihak pengurusan hanya perlu menggilapkan potensi-potensi tersebut

Page 33: Bab 5-kepimpinan-motivasi

4. Teori Z

* Dikemukakan oleh Ouchi dengan menggabungkan ciri-ciri kejayaan pengurus Jepun (Timur) dan Amerika Syarikat (Barat) dalam bidang pengurusan.

* Ciri-ciri utama teori ini ialah:~ Melibatkan semua kakitangan dalam proses membuat keputusan untuk mencapai kepuasan di peringkat Sosial Teori Hirarki Maslow (THM)

~ Pekerjaan adalah untuk seumur hidup bagi mencapai kepuasan pada peringkat Fisiologi dan Keselamatan THM

~ Tanggungjawab peribadi untuk mencapai Penghormatan Diri mengikut THM

~ Peluang menggunakan kemahiran untuk mencapai peringkat Hasrat Diri THM

~ Berhati-hati dalam penilaian dan kenaikan pangkat untuk membina keyakinan dan penghormatan diri seperti THM

Page 34: Bab 5-kepimpinan-motivasi

* Teori Z dan Teori Hirarki Maslow mempunyai kaitan yang rapat.

* Teori Z menekankan rasa tanggungjawab, kesetiaan dan penglibatan semua pihak dalam pengurusan organisasi tidak tertakluk kepada pengurus sahaja

* Pekerja terlibat dalam penentuan matlamat, pembuatan keputusan, penyelesaian masalah, melakar dan melaksanakan peluang

* Penglibatan pekerja dalam proses pengurusan dapat meningkatkan motivasi mereka

* Semua pekerja terlibat dalam pengurusan organisasi walaupun pekerja tidak suka melakukan perkara- perkara di luar bidang mereka

Page 35: Bab 5-kepimpinan-motivasi

TOKOH MOTIVASI

Page 36: Bab 5-kepimpinan-motivasi

c. KAEDAH MEMOTIVASIKAN PEKERJA

1. Penetapan Matlamat (Goal Setting)

* Proses menetapkan tahap prestasi tertentu untuk dicapai dalam suatu tempoh masa yang ditetapkan

* Ciri-ciri objektif yang spesifik dan jelas, mencabar tetapi tidak terlalu sukar , akan dapat meningkatkan motivasi pekerja

* Jelas bermaksud pekerja tahu mengenai apa yang ingin dicapai oleh organisasi

* Objektif organisasi disampaikan samada dalam bentuk ayat atau mekanisme yang jelas kepada pekerja. Contoh: Untung yang hendak dicapai pada tahun ini ialah RM 3 juta

* Objektif perlu difahami oleh pekerja dengan penggunaan bahasa yang jelas dan cara penyampaian adalah menggunakan bahasa dan kaedah yang difahami oleh pekerja

Page 37: Bab 5-kepimpinan-motivasi

2. Rekabentuk Kerja

Definisi Rekabentuk Kerja* Menekankan aspek kandungan, fungsi dan hubungan kerja ke arah

mencapai matlamat organisasi dan memuaskan kehendak pekerja

* Sikap pihak pengurusan terhadap kepentingan pekerja bermula sekitar tahun 1950an apabila semakin ramai pekerja meluahkan rasa tidak puas hati dengan kerja dan tugas yang menjemukan, kerja rutin yang tidak meningkatkan kemahiran dan kemajuan diri mereka

* Ramai pekerja meninggalkan tempat kerja, bilangan pekerja tidak hadir semakin meningkat dan ada yang bertemu majikan untuk mendapatkan penyelesaian

* Hal ini memaksa pihak pengurusan menilai semula peranan dan tugas sebagai proses untuk mendorong pekerja meningkatkan moral dan prestasi mereka

Page 38: Bab 5-kepimpinan-motivasi

* Terdapat 2 pendekatan sebagai tindakbalas untuk menangani ketidakpuasan yang timbul di kalangan pekerja iaitu:

a. Pusingan kerja (Job Rotation)

~ Melibatkan perpindahan pekerja ke bahagian-bahagian lain (di dalam skop atau bidang yang sama) supaya pekerja tidak merasa jemu atau meluahkan rasa benci dan bosan terhadap kerja

~ Contoh: Pusingan kerja kepada kakitangan yang berjawatan kerani di bahagian kewangan yang mengendalikan kerja penerimaan dan pembayaran (juruwang) dipindahkan secara pusingan (bergilir) untuk memproses bil dan invois pada minggu atau bulan yang berikutnya. Kaedah ini membolehkan kerani tersebut mempelajari kerja baru serta melatih beliau supaya cekap dan mahir di dalam tugas yang berlainan di bahagian kewangan

Page 39: Bab 5-kepimpinan-motivasi

b. Perluasan Kerja (Job Enlargement)

Definisi: “ Rekabentuk kerja di mana beberapa tugasan yang berkaitan dengan kerja yang dilaksanakan oleh pekerja telah ditambah (setelah latihan yang berkaitan diberikan), untuk memberikan kepelbagaian aktiviti dalam kerja di samping dapat mengurangkan kebosanan.”

~ Pendekatan yang telah digunakan oleh organisasi besar seperti IBM dan FORD untuk menyelesaikan masalah pekerja, kos pengeluaran dan kualiti produk

~ Program ini juga menimbulkan masalah di mana ada pekerja yang tidak berkeupayaan untuk menjalankan tugas tertentu dan pekerja yang berkeupayaan pula akan meminta tambahan gaji

~ Program ini berkemungkinan menyebabkan ramai pekerja diberhentikan kerana berbagai- bagai kerja hanya dapat dilakukan oleh segelintir pekerja sahaja. Ini akan mewujudkan ketegangan antara pihak majikan dan kesatuan sekerja

Page 40: Bab 5-kepimpinan-motivasi

c. Pengkayaan Kerja (Job Enrichment)

Definisi:“ Satu cara untuk memotivasikan pekerja dengan memberikan mereka peluang menggunakan kebolehan dan kepakaran mereka dalam melaksanakan tugas yang diberikan”

~ Satu lagi kaedah untuk mendorong pekerja untuk meningkatkan keinginan dan prestasi kerja

~ Menitikberatkan kerja atau tugas itu sendiri di dalam organisasi

~ Melibatkan 2 faktor penting:1. Menyediakan kerja yang pelbagai

2. Memberikan kuasa atau autoriti dan tanggungjawab kepada para pekerja untuk menjalan kan tugas mereka sehingga selesai

Page 41: Bab 5-kepimpinan-motivasi

~ Hal-hal yang diberi perhatian di dalam kaedah ini:

1. Tanggungjawab pekerja Pekerja hanya dapat meningkatkan tanggungjawab mereka apabila dibuat pengawalan ke atas kerja mereka.

Melalui kaedah ini pekerja tidak dikawal dengan ketat oleh penyelianya sebaliknya pekerja yang akan mengawal dan menyelia tugas mereka sendiri

Tanpa kawalan yang rapi diharapkan kreativiti pekerja tidak akan disekat

2. Membuat KeputusanPekerja perlu diberikan kuasa untuk membuat keputusan berkaitan dengan kerjanya

Bila pekerja mempunyai kuasa dan kebebasan ke atas kerjanya, mereka akan mendapat kepuasan serta akan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab

Page 42: Bab 5-kepimpinan-motivasi

3. Maklumbalas Prestasi pekerja samada memuaskan atau tidak perlukan disampaikan kepada mereka

Dengan itu mereka dapat memperbaiki prestasi masing-masing di masa hadapan

4. Kemajuan dan Perkembangan diriTanggungjawab yang diberikan, autoriti dan autonomi yang ada pada pekerja dapat menambahkan lagi pengalaman dan keupayaannya melalui latihan disediakan pihak pengurusan

Oleh itu pekerja dapat memajukan diri dan kerjanya

5. Pencapaian Ciri-ciri kerja yang disebutkan di atas akan memberikan tahap pencapaian ke atas diri pekerja dalam organisasi

Page 43: Bab 5-kepimpinan-motivasi

3. Kualiti Suasana Kerja (KSK)(Quality Work Place)

* Merupakan program pengurusan yang meningkatkan output seperti produktiviti dan prestasi melalui pengurusan kerja, pekerja dan keadaan kerja yang baik

* Program pengurusan menekankan kepada aspek pengalaman kerja di tempat kerja

* Pengalaman kerja yang menyeronokkan dan suasana kerja yang baik akan meningkatkan output produktiviti dan prestasi kerja yang cemerlang

* Pendekatan KSK dibentuk untuk membantu pekerja merasa seronok dengan diri, kerja dan organisasi mereka

Page 44: Bab 5-kepimpinan-motivasi

* Faktor-faktor yang dikaitkan dengan KSK:> Pampasan yang sesuai dan munasabah> Persekitaran kerja yang selamat dan sihat> Peluang untuk membangunkan kebolehan sumber

manusia> Peluang untuk pembangunan dan keselamatan

kerja yang berterusan> Jadual kerja dan tugasan mudah/longgar (flexible)> Perhatian yang berhati-hati terhadap aliran serta

rekabentuk kerja dan pekerja dilibatkan di dalam menghasilkan rekabentuk kerja

> Kerjasama yang bertambah dan lebih baik dalam kesatuan pengurusan

> Kurang struktur penyeliaan dan banyak pembangunan efektif dalam kumpulan kerja

Page 45: Bab 5-kepimpinan-motivasi

* KSK menekankan faktor kemanusiaan dalam meningkat motivasi pekerja

* Namun, terdapat juga beberapa masalah seperti:i. KSK unsur terakhir yang akan mendorong pekerja bermotivasi

berbanding dengan faktor-faktor lainii. Pertukaran kaedah memotivasikan pekerja kepada KSK akan

melibatkan kos yang tinggi dalam bentuk masa, peralatan dan pekerja

iii. Kebanyakan kesatuan sekerja tidak suka KSK kerana dikatakan akan mengurangkan kuasa mereka

Page 46: Bab 5-kepimpinan-motivasi
Page 47: Bab 5-kepimpinan-motivasi

4. Pengupayaan (Empowerment) * Definisi: “ Kewujudan perasaan untuk mengawal dan diri sendiri mempunyai keupayaan

apabila manusia diberi kuasa dalam keadaan di mana sebelum ini mereka tidak berkuasa”

* Menerangkan bagaimana pekerja diberi lebih autonomi terhadap proses kerja

* Ia termasuk :i. Membenarkan pemegang jawatan menentukan kaedah kerjaii. Memberi cadangan bagaimana menyelesaikan masalahiii. Menerima maklumat yang berkesan serta mengawal

belanjawan kewangan

Page 48: Bab 5-kepimpinan-motivasi

* Pekerja diberi autonomi iaitu kebebasan, berdikari dan menggunakan budibicara terhadap aktiviti-aktiviti kerja mereka

* Pekerja diberi tugas penting yang tinggi tahap kerjanya, mustahak pada diri sendiri dan orang lain

* Pengupayaan juga membolehkan pekerja mengawal maklumbalas prestasi kerja mereka* Pekerja perjaya pada keupayaan diri sendiri untuk

menyelesaikan tugas dengan jayanya

Page 49: Bab 5-kepimpinan-motivasi

5. Ganjaran (Kewangan dan Bukan Kewangan)

* Ganjaran – pemberian dalam bentuk pampasan yang diterima oleh pekerja daripada organisasi disebabkan oleh sumbangan yang mereka berikan

* Pampasan pekerja – fungsi pengurusan sumber manusia yang harus mempunyai sistem pampasan yang menarik agar dapat mengekalkan dan memotivasikan pekerja sedia ada dan menarik calon-calon yang berkualiti dalam organisasi

Page 50: Bab 5-kepimpinan-motivasi

i. Bentuk WangGaji pembayaran berdasarkan tempoh bulanan dan mengikut prestasi yang telah ditetapkanBonus tunai dibayar pada akhir tempoh tertentu sebagai peratusan daripada gaji asas pekerjaCuti berbayar tambahan diberi kepada para pekerja lebih daripada tambahan yang mereka layak. Mereka mungkin memilih untuk mendapatkan tunai untuk menggantikan cuti tambahan iniKomisen dibayar apabila mengatasi sasaran yang ditetapkan untuk mereka mungkin merupakan peratusan tertentu daripada lebihan outputBarang diberi bagi menggantikan ganjaran tunai percuma.

Bentuk ini sesuai bagi perniagaan memproses makananFaedah organisasi seperti insurans pekerja, perubatan,

pengangkutan, tempat tinggal boleh diberikan kepada pekerja

Page 51: Bab 5-kepimpinan-motivasi

ii. Bukan Wang

Hebahan mempamerkan nama pekerja yang terbaik dalam sesuatu bulan di tempat khas supaya dilihat semua orang Sijil-sijil kepujian diberikan sebagai menggantikan ganjaran kewanganPujian adalah ganjaran yang paling murah dan berkesan. Pujian patut diberikan di khalayak ramaiAutonomi pekerja akan lebih terdorong supaya bekerja lebih kuat jika diberi sedikit kebebasan

Page 52: Bab 5-kepimpinan-motivasi

RUJUKAN

Ab. Aziz Yusof. (2003). Gelagat Organisasi: Teori, Isu dan Aplikasi. New Jersey: Prentice Hall

Aini Hayati Mohamed, Faridahwati Mohd. Shamsudin, Hasni Che Ismail, Lim Kong Teong, Mohammad Basir Saud, Nasruddin Zainudin, Norsiah Mat, Nurliya Yaacob. (2005). Pra-U Pengajian Perniagaan 1. Pearson Longman