29
34 34 BAB 7 AYAT MAJMUK Ayat majmuk terbahagi kepada tiga subgolongan iaitu: 7.1 AYAT MAJMUK GABUNGAN Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung antaranya seperti, dan, atau, tetapi dan sebagainya. Contoh Ayat: (i) Murid-murid berlari dan bernyanyi. (ii) Abdullah kurus tetapi kakaknya gemuk. (iii) Puan hendak ke sekolah atau ke pejabat? Ayat majmuk gabungan juga boleh disambungkan tanpa kata hubung; kelihatan bahawa ayat-ayat yang digabungkan itu dalam bentuk tulisan dipisahkan oleh tanda baca (,). Apabila ini berlaku, nada suara berfungsi sebagai penanda, iaitu di suarakan sebagai deretan penyataan. Contoh Ayat : (i) Aminah berdiri tegak, memerhatikan gerak-geri mereka. (ii) Penari-penari itu sungguh santun, melenggok ke kiri, melenggok ke kanan. Bahagian Dua: Ayat

Bab 7 Ayat Majmuk

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Sintaksis Bahasa Melayu

Citation preview

Page 1: Bab 7 Ayat Majmuk

3434

BAB 7AYAT MAJMUK

Ayat majmuk terbahagi kepada tiga subgolongan iaitu:

7.1 AYAT MAJMUK GABUNGAN

Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang

dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut

dengan kata hubung antaranya seperti, dan, atau, tetapi dan sebagainya.

Contoh Ayat:

(i) Murid-murid berlari dan bernyanyi.

(ii) Abdullah kurus tetapi kakaknya gemuk.

(iii) Puan hendak ke sekolah atau ke pejabat?

Ayat majmuk gabungan juga boleh disambungkan tanpa kata hubung; kelihatan

bahawa ayat-ayat yang digabungkan itu dalam bentuk tulisan dipisahkan oleh tanda

baca (,). Apabila ini berlaku, nada suara berfungsi sebagai penanda, iaitu di

suarakan sebagai deretan penyataan.

Contoh Ayat :

(i) Aminah berdiri tegak, memerhatikan gerak-geri mereka.

(ii) Penari-penari itu sungguh santun, melenggok ke kiri, melenggok ke kanan.

7.1.1 Pembentukan Ayat Majmuk Gabungan

Ayat majmuk gabungan merupakan contoh ayat majmuk yang dibentuk dengan

menggunakan kata hubung seperti, dan, lalu, lagi, serta, dan sebagainya. Contohnya

:

(i) Mira membaca buku dan Azizah menulis karangan.

(ii) Mereka bangun lalu turun ke serambi.

(iii) Menteri itu banyak pengalaman lagi besar pengaruhnya.

Bahagian Dua: Ayat

1. Ayat Majmuk Gabungan

2. Ayat Majmuk Pancangan

3. Ayat Majmuk Campuran

Page 2: Bab 7 Ayat Majmuk

3535

JADUAL 1

Ayat majmuk gabungan terdiri daripada (ayat 1) dengan (ayat 2) melalui kata

hubung.

Pembentukan ayat majmuk gabungan berdasarkan ayat Mira membaca buku dan

Azizah menulis karangan. Dapat dilihat seperti rajah 2 di bawah :

JADUAL 2

Kata hubung dalam ayat satu hingga ayat tiga di atas letaknya antara dua ayat yang

dihubungkan dan tidak berpihak kepada mana-mana ayat. Tugas kata hubung untuk

menghubungkan ayat-ayat dan menjadikannya satu ayat yang lebih besar.

7.1.2 Kesalahan Lazim dalam Ayat Majmuk Gabungan

(i) Ali pandai bermain bola dan Ali pandai bermain hoki.

Sekiranya ayat yang digabungkan itu mempunyai unsur yang sama dan

diulang maka bahagian yang sama itu boleh digugurkan. Iaitu:Bahagian Dua: Ayat

Ayat

Ayat 1 Kata hubung Ayat 2

Ayat

Ayat 1 Kata hubung Ayat 2

Mira membaca buku dan Azizah menulis karangan

Page 3: Bab 7 Ayat Majmuk

3636

Ali pandai bermain bola dan hoki.

(ii) Tetamu itu tiba, lalu naik ke pentas.

Ayat yang sepatutnya tidak perlu diletakkan tanda (,).

Tetamu itu tiba lalu naik ke pentas.

Ayat-ayat tersebut biasanya tidak boleh dicampurkan jenisnya

Ayat-ayat yang dihubungkan adalah dari jenis yang sama

(i) Puteri rajin belajar dan tidur!

Ayat di atas tidak gramatis kerana ayat-ayat daripada ayat penyata, ayat

perintah atau tanya tidak boleh dicampuradukkan jenisnya.

(ii) Amin bermain bola dan adiknya bermain guli.

Amin bermain bola dan sekolah itu terbakar.

Ayat terbitan yang merupakan ayat-ayat yang digabungkan dengan kata

hubung dan perlu mempunyai hubungan makna untuk menjadikan ayat-ayat

tersebut gramatis.

(iii) Pada cuti sekolah yang lalu saya melawat datuk di kampung.

Pada cuti sekolah yang lalu saya melawat nenek di kampung.

Pada cuti sekolah yang lalu saya melawat pak cik di kampung.

Pada cuti sekolah yang lalu saya melawat mak cik di kampung.

Pada cuti sekolah yang lalu saya melawat saudara-mara di kampung.

Lima ayat tunggal di atas boleh dijadikan satu ayat majmuk dengan

menggugurkan empat frasa yang berulang-ulang iaitu Pada cuti sekolah yang lalu

saya melawat. Kehadiran dan yang berulang-ulang boleh dihilangkan.

(iv) Ibu memasak dan ayah membaca akhbar dan abang mendengar radio.

Sepatutnya Ibu memasak, ayah membaca akhbar dan abang mendengar

radio.

Hukumnya, kehadiran kata hubung dan yang berulang-ulang boleh

digugurkan.

Bahagian Dua: Ayat

Page 4: Bab 7 Ayat Majmuk

3737

7.1.3 Rumus

* Ayat majmuk gabungan ditandai dengan penggunaan kata hubung bagi menghubungkan ayat satu dengan ayat dua untuk membentuk satu ayat majmuk gabungan.

* Penggunaan (,) boleh menggabungkan dua ayat untuk membentuk ayat majmuk gabungan.

7.1.4 Latihan Pengukuhan

7.1.4.1 Mengenal Pasti Kesalahan dan Membetulkan Kesalahan

Bil Ayat Kesalahan Ayat yang betul

1 Kalau sekiranya perut anda selalu sakit, minumlah air halia.

Ayat ini salah kerana kata hubung kalau dan sekiranya yang digunakan secara berturutan, kerana kedua-duanya mempunyai fungsi dan maksud yang sama.

Kalau perut anda selalu sakit, minumlah air halia.

atauSekiranya perut anda selalu sakit, minumlah air halia.

2 Adik mengambil makanan apabila menggunakan sudu.

Penggunaan kata hubung apabila kurang tepat. Sepatutnya kata hubung dengan digunakan iaitu kata hubung yang menunjukkan keterangan cara.

Adik mengambil makanan dengan menggunakan sudu.

3 Bila terbau masakan itu, saya berasa lapar.

Ayat ini salah kerana bila ialah kata tanya. Kata hubung yang tepat ialah apabila yang menunjukkan keterangan masa.

Apabila terbau masakan itu, saya berasa lapar.

4 Rakyat Malaysia sekarang tidak lokek berbelanja lebih supaya menikmati hidangan berkualiti.

Ayat ini salah kerana kata hubung supaya menunjukkan keterangan harapan. Kata hubung yang betul ialah untuk yang menunjukkan keterangan tujuan.

Rakyat Malaysia sekarang tidak lokek berbelanja lebih untuk menikmati hidangan berkualiti.

5 Rumah berwarna biru itu rumah Pegawai Daerah Kota Setar.

Ayat ini salah kerana dalam ayat tersebut perlu ada yang untuk menjadikannya bermakna.

Rumah yang berwarna biru itu rumah Pegawai Daerah Kota Setar.

Bahagian Dua: Ayat

Page 5: Bab 7 Ayat Majmuk

3838

7.1.5 Menentukan Ayat yang Betul dan Salah

Bil Ayat Betul/Salah

1 Dia berniaga setiap hari kecuali pada hari Ahad.

2 Abangnya rendah sahaja tetapi adiknya tinggi sekali.

3 Sementara Lina dahaga, minumlah air mineral.

4 Kamal bukan sahaja bijak malahan berbudi luhur.

5 Mira melambaikan tangannya dengan tersenyum.

6 Orang itu tidak menjawab melainkan menangis teresak-esak.

7 Dia mengajak kita bekerja sebaliknya dia pula yang bermain-main.

8 Sila bawa buku, pensel manakala pemadam.

9 Razi bangun lalu bersalaman dengan tetamu itu.

10 Bayi itu ketakutan maka dia menangis.

7.2 AYAT MAJMUK PANCANGAN

Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang terdiri daripada satu ayat induk dan sama ada satu

atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan dalam ayat induk dan menjadi sebahagian

daripada ayat induk itu.

7.2.1 Jenis-jenis Ayat Majmuk Pancangan

Dalam bahasa Melayu ada tiga jenis ayat majmuk pancangan, iaitu ayat relatif, ayat

komplemen, dan ayat keterangan.

7.2.2 Ayat Relatif

Ayat relatif ialah ayat yang terhasil daripada gabungan dua ayat dengan

menggunakan kata yang. Contohnya:

(i) Orang yang datang itu adik saya.

(ii) Kakak membeli baju yang berwarna merah.

(iii) Kereta api yang menuju ke utara itu terkandas di Ipoh.

Ayat tersebut asalnya terdiri daripada:

(i) Orang itu datang.

Orang itu adik saya.

(ii) Kakak membeli baju.

Baju itu berwarna merah.

(iii) Kereta api itu menuju ke utara.

Kereta api itu terkandas di Ipoh.

Bahagian Dua: Ayat

Page 6: Bab 7 Ayat Majmuk

3939

7.2.3 Ayat komplemen

Ayat komplemen ialah ayat-ayat yang digabungkan dengan kata hubung komplemen

iaitu bahawa dan untuk. Contohnya:

Ayat Majmuk Ayat TunggalDia mengetahui bahawa Suhaimi telah pergi.

Dia mengetahui. (sesuatu)Suhaimi telah pergi.

Penduduk kampung menyedari bahawa nasib mereka terancam.

Penduduk kampung menyedari. (sesuatu) Nasib mereka terancam.

Untuk dia lulus dalam ujian itu amatlah sukar.

Perkara itu amatlah sukar.Dia lulus ujian.

Tidaklah mudah untuk kita mencapai kejayaan.

Perkara itu tidaklah mudah.Kita mencapai kejayaan.

7.2.4 Jenis-jenis Ayat Komplemen

Terdapat tiga jenis ayat komplemen iaitu ayat komplemen frasa nama, ayat komplemen

frasa kerja, dan ayat komplemen frasa adjektif.

7.2.4.1 Ayat Komplemen Frasa Nama

Frasa nama boleh menduduki empat tempat dalam ayat iaitu sebagai subjek, predikat, objek

tepat dan objek sipi. Namun demikian ayat jenis ini hanya menduduki dua tempat sahaja

iaitu sebagai frasa nama subjek dan objek tepat.

Contoh:

(i) Bahawa rancangan itu gagal tidak benar. (frasa nama subjek)

(ii) Guru menjelaskan bahawa peperiksaan itu akan berlangsung pada bulan hadapan.

(frasa objek tepat)

7.2.4.2 Ayat Komplemen Frasa Kerja

Frasa kerja dalam ayat boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif iaitu yang diikuti bukan

oleh frasa nama objek tetapi oleh keterangan lain yang bertujuan melengkapkan frasa

tersebut. Contoh:

(i) Kerajaan bersetuju bahawa projek itu wajar dilaksanakan.

(ii)Ibu Ali beranggapan bahawa anaknya telah berjaya.

7.2.4.3 Ayat Komplemen Frasa Adjektif

Frasa adjektif boleh menjadi unsur predikat sesuatu ayat. Namun demikian, ayat komplemen

adjektif boleh terdiri daripada ayat komplemen adjektif iaitu yang merupakan ayat kecil yang

dipancangkan ke dalam ayat induk. Walau bagaimanapun jumlah ayat jenis ini dalam

bahasa Melayu terhad.

Bahagian Dua: Ayat

Page 7: Bab 7 Ayat Majmuk

4040

Contoh:

(i) Saya sangat yakin bahawa dia akan berjaya.

(ii) Mereka sangat insaf bahawa mereka sangat daif.

7.2.5 Ayat Keterangan

Ayat keterangan ialah ayat yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau

lebih yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat. Ayat majmuk pancangan

keterangan terdiri daripada 9 jenis seperti yang berikut:

Keterangan musabab

Keterangan syarat

Keterangan akibat

Keterangan waktu

Keterangan pertentangan

Keterangan harapan

Keterangan cara

Keterangan tujuan

Keterangan perbandingan

Contoh ayat keterangan adalah seperti yang berikut:

Ayat Majmuk Ayat Tunggal CatatanSaya tidak dapat hadir kerana saya kurang sihat.

Saya tidak dapat hadir.Saya kurang sihat.

Keterangan musabab

Andai kata musuh menyerang kita akan bertahan bermati-matian.

Musuh menyerang.Kita akan bertahan bermati-matian.

Keterangan syarat

Budak itu bersorak hingga serak tekaknya.

Budak itu bersorak.Serak tekaknya.

Keterangan akibat

Mereka tiba setelah mendapat maklumat tentang kejadian itu.

Mereka tiba.Mereka mendapat maklumat tentang kejadian itu.

Keterangan waktu

Sungguhpun badannya letih, dia tetap menghadiri majlis itu.

Badannya letih.Dia tetap menghadiri majlis itu.

Keterangan pertentangan

Kita mesti bertolak ansur agar semua pihak berpuas hati.

Kita mesti bertolak ansur.Semua pihak berpuas hati.

Keterangan harapan

Ramlan memecahkan rumah itu dengan menggunakan besi.

Ramlan memecahkan rumah itu.Ramlan menggunakan besi.

Keterangan cara

Dua atom hidrogen dan satu atom oksigen bergabung bagi membentuk satu molekul air.

Dua atom hidrogen dan satu atom oksigen bergabung.Gabungan ini membentuk satu molekul air.

Keterangan tujuan

Dia kebingungan bagai rusa masuk kampung.

Dia kebingungan.Rusa masuk kampung.

Keterangan perbandingan

Bahagian Dua: Ayat

Page 8: Bab 7 Ayat Majmuk

4141

7.2.6 Kesalahan Lazim Penggunaan Ayat Majmuk Pancangan

Terdapat beberapa jenis kesalahan yang telah dikenal pasti dan sering kali dilakukan oleh

murid. Antaranya :-

(a) Penggunaan perkataan yang sebagai kata komplemen. Contohnya:

(1) Dia mengetahui yang Ahmad telah pergi.

(2) Penduduk kampung itu menyedari yang nasib mereka terancam.

Nota: Ayat-ayat di atas tidak boleh diterima sebagai bahasa persuratan kerana tiap-

tiap satu ayat di atas terdiri daripada dua ayat iaitu satu ayat induk dan satu ayat

komplemen yang dipancangkan seperti berikut:-

(1) Dia mengetahui bahawa Ahmad telah bersara.

(a) Dia mengetahui (sesuatu)

(b)Ahmad telah bersara.

Kata komplemen: bahawa

(2) Penduduk kampung itu mengetahui bahawa nasib mereka terancam.

(a) Penduduk kampung itu menyedari (sesuatu)

(b) Nasib mereka terancam.

Kata komplemen: bahawa

(b) Penggunaan bahawa pada permulaan ayat.

Disebabkan kekurangan pengetahuan dan pendedahan tentang kehadiran kata komplemen

bahawa pada permulaan ayat,maka kehadiran perkataan ini sering kali dianggap salah.

Contoh:

(i) Bahawa Islam menjamin keadilan memanglah jelas.

(ii) Bahawa setiap peserta akan menerima hadiah adalah muktamad.

Nota: Kehadiran perkataan bahawa boleh diterima pada permulaan ayat sebagai kata

komplemen jenis frasa nama subjek.

(c) Penggunaan untuk pada permulaan ayat. Contoh:

(i) Untuk Ali melakukannya sangat sukar.

Bahagian Dua: Ayat

Page 9: Bab 7 Ayat Majmuk

4242

(ii) Untuk dia lulus ujian itu amatlah senang.

Nota: Kehadiran untuk pada permulaan ayat boleh diterima sebagai ayat komplemen jenis

frasa nama subjek.

(d) Penggunaan yang pada permulaan ayat.

Contoh: (i) Yang tinggi itu bangunan Bank Bumiputera.

(ii) Yang berjuang menentang Malayan Union dahulu itu sentiasa dikenang.

Nota: Kehadiran yang pada permulaan ayat adalah tidak salah kerana dalam bahasa

Melayu, perkataan yang bukan sahaja digunakan sebagai penanda relatif tetapi digunakan

juga sebagai pengganti nama yang digugurkan daripada frasa nama + yang.

7.2.7 Rumus

BIL JENIS AYAT MAJMUK PANCANGAN (AMP)

KATA HUBUNG

1 AMP Relatif yang2 AMP Komplemen bahawa, untuk3 AMP keterangan

(a) Musabab kerana, lantaran, oleh sebab(b) Akibat hingga, sehingga(c) Syarat sekiranya, andai kata, jikalau, jika, kalau(d) Waktu sejak, semenjak, setelah, sewaktu, sementara,

tatkala, ketika(e) Pertentangan walaupun, meskipun, kendatipun, biarpun, walau

bagaimanapun, namun sekalipun, sedangkan.(f) Harapan supaya, agar, semoga, moga-moga, kalau-kalau.(g) Cara dengan(h) Tujuan untuk, demi, bagi(i) Perbandingan macam, seolah-olah, seakan-akan, ibarat,

bagaikan, bak.

Bahagian Dua: Ayat

Page 10: Bab 7 Ayat Majmuk

4343

7.2.8 Latihan Pengukuhan

Latihan 1

Kenal pasti dan garisi kata hubung yang terdapat dalam ayat majmuk pancangan di bawah.

1. Orang itu menafikan bahawa barang-barangnya telah hilang.

2. Sekiranya saya lulus peperiksaan ini, saya akan berpuasa sepuluh hari.

3. Andai kata mereka menyerang, kita akan bertahan bersungguh-sungguh.

4. Lelaki yang berbaju biru itu ialah abang saya.

5. Pemimpin-pemimpin itu akan terus berjuang jika mereka mendapat sokongan rakyat.

6. Sungguhpun badannya letih, Ali tetap menghadiri majlis perayaan itu.

7. Kita mestilah bertolak ansur agar semua pihak berpuas hati.

8. Hatinya hancur seperti kaca terhempas ke batu.

9. Kanak-kanak itu mencebik bibirnya seakan-akan hendak menangis.

10. Mereka menyatakan bahawa mereka tetap akan memulaukan majlis itu.

11. Adalah mustahil untuk Ayu melanjutkan pelajaran ke luar negara.

12. Banjir besar berlaku setelah hujan lebat turun selama dua jam.

13. Beliau yang baru bertugas di sekolah ini telah dilantik sebagai guru penolong kanan.

14. Cuba bertanya pada orang tua itu kalau-kalau dia hendak mengikut mereka ke

Pulau Pangkor.

15. Dengan memberanikan hati, pasukan polis itu telah menyerbu tempat

persembunyian pengganas.

16. Mereka ke sekolah untuk mendalami ilmu pengetahuan.

17. Budak yang menolong saya itu baik hati.

18. Masyarakat Malaysia harus menyedari bahawa menjaga kesihatan itu amat penting.

19. Anak kecil itu menangis kerana dia lapar.

20. Tatkala hujan mula turun, emak masih di sawah.

21. Saya belum berkunjung ke rumah Amin semenjak ia berpindah ke sana.

22. Pemuda itu datang dengan menaiki kereta api.

23. Demi menyatukan rakyat yang berbilang kaum, sebuah jabatan khusus telah

ditubuhkan.

24. Rumah yang besar itu milik Datuk Rosman.

25. Jika diizinkan Tuhan, kami akan datang lagi pada tahun hadapan.

26. Ariff sedar bahawa dia perlu taat kepada kedua-dua orang tuanya.

27. Mustafa tidak menghadiri majlis itu kerana badannya tidak sihat.

28. Banyak orang melawat masjid yang baru siap dibina itu.

29. Agak sukar untuk Datuk Azmi memenangi pilihan raya kecil itu.

30. Sungguhpun Amri anak orang berada, dia tidak sombong.Bahagian Dua: Ayat

Page 11: Bab 7 Ayat Majmuk

4444

Latihan 2

Garisi kesalahan kata hubung yang terdapat dalam ayat majmuk pancangan di bawah. Tulis

kata hubung yang sesuai pada ruang yang disediakan.

BIL AYAT JAWAPAN1 Mereka hidup senang-lenang bahawa mereka bekerja

dengan tekun.2 Banjir besar berlaku walaupun hujan lebat turun selama dua

jam.3 Tatkala murid itu tekun belajar, dia telah mencapai kejayaan

yang cemerlang.4 Mereka sampai kalau majlis sudah tamat.5 Walaupun Pak Rahman berusia 17 tahun, ibu bapanya

meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya.6 Azlan menjelaskan yang dia ialah anak orang kaya itu.7 Dia yang kelihatan itu masih terbaring di bawah pokok

walaupun kawan-kawannya telah masuk ke padang.8 Ayah memberitahu Zahid agar mereka terpaksa bermalam di

rumah kawannya.9 Encik Hassan berjaya menjawat jawatan ini hingga dia

berpelajaran tinggi.10 Dengan cuaca baik, perlawanan bola itu akan berjalan lancar.11 Untuk bulan jatuh ke riba, maka cerahlah masa depanku.12 Mereka datang ke sekolah demi menunggang motosikal.13 Mak Munah berdoa untuk anaknya selamat di perantauan.14 Pesakit itu berusaha mengubati penyakit kulitnya tatkala

sembuh.15 Pak Hamid sanggup bertungkus-lumus walaupun

kebahagiaan keluarganya.16 Pasangan pengantin itu sama cantik agar pinang dibelah

dua.17 Johari mengupas buah kelapa jika menggunakan sebilah

parang.18 Adik terpaksa memakai tali pinggang sungguhpun seluar

yang baru dibelinya ketat.19 Agar Mashitah tidak berjaya dalam pertandingan itu, dia tetap

akan mencubanya lagi.20 Ayah menasihati abang bahawa tidak memandu kereta

dengan laju.

Bahagian Dua: Ayat

Page 12: Bab 7 Ayat Majmuk

4545

Latihan 3

Tandakan (/) pada ayat majmuk pancangan yang betul dan (x) pada ayat majmuk

pancangan yang salah.

BIL AYAT JAWAPAN1 Baginda menasihati pembesar negeri bahawa sentiasa

amanah dalam melaksanakan tanggungjawab.2 Kerajaan menyediakan pelbagai jenis kemudahan awam

untuk orang ramai.3 Hassan memberitahu Ah Meng bahawa negara mereka

banyak mempunyai tempat menarik untuk dilawati.4 Pameran Kebaya Nyonya yang diadakan di hotel itu

mendapat sambutan hangat.5 Produk itu lebih mahal daripada produk yang lain demi

mempunyai dwifungsi.6 Iskandar suka makan nasi goreng tetapi adiknya lebih suka

makan nasi lemak.7 Lulus mata pelajaran Bahasa Melayu menjadi salah satu

prasyarat untuk memasuki Tingkatan Enam.8 Saya amat terkejut serta mendapat berita tentang

kemalangan yang menimpa abang saya.9 Puan Sarah gigih berusaha membesarkan anak-anaknya

kerana ia seorang ibu tunggal.10 Puan Mariam menasihati anaknya supaya sentiasa

menghormati orang yang lebih tua daripadanya.11 Azmin dimarahi oleh ibunya apabila dia malas belajar.12 Pihak polis akan membuat siasatan yang rapi setelah

memastikan keamanan sentiasa terpelihara13 Razali mengurangkan makanan bergula supaya dia tidak

mendapat penyakit kencing manis.14 Kalau bernasib baik mereka akan selamat, kalau bernasib

malang mereka akan menerima kecelakaan.15 Pokok itu mati manakala akarnya terputus.16 Insentif akan diberikan oleh syarikat kepada pekerja yang

menunjukkan prestasi cemerlang.17 Rose lari lintang-pukang maka dikejar oleh budak-budak

nakal.18 Pihak majikan dikerah kendatipun menyediakan pusat jagaan

kanak-kanak kepada ibu-ibu yang bekerja.19 Cita-citanya untuk melanjutkan pelajaran ke universiti belum

tercapai lagi oleh kerana kesempitan hidup.20 Kereta yang dipandu oleh Hasnul terbabas ketika dia

membelok di selekoh yang tajam itu.

Bahagian Dua: Ayat

Page 13: Bab 7 Ayat Majmuk

4646

SKEMA JAWAPAN

Latihan 1

Kenal pasti dan garisi kata hubung yang terdapat dalam ayat majmuk pancangan di bawah.

1. Orang itu menafikan bahawa barang-barangnya telah hilang.

2. Sekiranya saya lulus peperiksaan ini, saya akan berpuasa sepuluh hari.

3. Andai kata mereka menyerang, kita akan bertahan bersungguh-sungguh.

4. Lelaki yang berbaju biru itu ialah abang saya.

5. Pemimpin-pemimpin itu akan terus berjuang jika mereka mendapat sokongan rakyat.

6. Sungguhpun badannya letih, Ali tetap menghadiri majlis perayaan itu.

7. Kita mestilah bertolak ansur agar semua pihak berpuas hati.

8. Hatinya hancur seperti kaca terhempas ke batu.

9. Kanak-kanak itu mencebik bibirnya seakan-akan hendak menangis.

10. Mereka menyatakan bahawa mereka tetap akan memulaukan majlis itu.

11. Adalah mustahil untuk Ayu melanjutkan pelajaran ke luar negara.

12. Banjir besar berlaku setelah hujan lebat turun selama dua jam.

13. Beliau yang baru bertugas di sekolah ini telah dilantik sebagai guru penolong kanan.

14. Cuba bertanya pada orang tua itu kalau-kalau dia hendak mengikut mereka ke

Pulau Pangkor.

15. Dengan memberanikan hati, pasukan polis itu telah menyerbu tempat

persembunyian pengganas.

16. Mereka ke sekolah untuk mendalami ilmu pengetahuan.

17. Budak yang menolong saya itu baik hati.

18. Masyarakat Malaysia harus menyedari bahawa menjaga kesihatan itu amat penting.

19. Anak kecil itu menangis kerana dia lapar.

20. Tatkala hujan mula turun, emak masih di sawah.

21. Saya belum berkunjung ke rumah Amin semenjak ia berpindah ke sana.

22. Pemuda itu datang dengan menaiki kereta api.

23. Demi menyatukan rakyat yang berbilang kaum, sebuah jabatan khusus telah

ditubuhkan.

24. Rumah yang besar itu milik Datuk Rosman.

25. Jika diizinkan Tuhan, kami akan datang lagi pada tahun hadapan.

26. Ariff sedar bahawa dia perlu taat kepada kedua-dua orang tuanya.

27. Mustafa tidak menghadiri majlis itu kerana badannya tidak sihat.

28. Banyak orang melawat masjid yang baru siap dibina itu.

29. Agak sukar untuk Datuk Azmi memenangi pilihan raya kecil itu.

30. Sungguhpun Amri anak orang berada, dia tidak sombong.

Bahagian Dua: Ayat

Page 14: Bab 7 Ayat Majmuk

4747

Latihan 2

Garisi kesalahan kata hubung yang terdapat dalam ayat majmuk pancangan di bawah. Tulis

kata hubung yang sesuai pada ruang yang disediakan.

BIL AYAT JAWAPAN1 Mereka hidup senang-lenang bahawa mereka bekerja dengan

tekun.kerana

2 Banjir besar berlaku walaupun hujan lebat turun selama dua jam.

kerana/ setelah

3 Tatkala murid itu tekun belajar, dia telah mencapai kejayaan yang cemerlang.

oIeh sebab

4 Mereka sampai kalau majlis sudah tamat. ketika/ setelah5 Walaupun Pak Rahman berusia 17 tahun, ibu bapanya

meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya.sewaktu/ ketika

6 Azlan menjelaskan yang dia ialah anak orang kaya itu. bahawa7 Dia yang kelihatan itu masih terbaring di bawah pokok

walaupun kawan-kawannya telah masuk ke padang.tetapi

8 Ayah memberitahu Zahid agar mereka terpaksa bermalam di rumah kawannya.

bahawa

9 Encik Hassan berjaya menjawat jawatan ini hingga dia berpelajaran tinggi.

kerana

10 Dengan cuaca baik, perlawanan bola itu akan berjalan lancar. Jika11 Untuk bulan jatuh ke riba, maka cerahlah masa depanku. sekiranya/jika/

kalau12 Mereka datang ke sekolah demi menunggang motosikal. dengan13 Mak Munah berdoa untuk anaknya selamat di perantauan. agar/ supaya14 Pesakit itu berusaha mengubati penyakit kulitnya tatkala

sembuh.sehingga/ hingga

15 Pak Hamid sanggup bertungkus-lumus walaupun kebahagiaan keluarganya.

demi/ untuk/ bagi

16 Pasangan pengantin itu sama cantik agar pinang dibelah dua. bagai/ seperti17 Johari mengupas buah kelapa jika menggunakan sebilah

parang.dengan

18 Adik terpaksa memakai tali pinggang sungguhpun seluar yang baru dibelinya ketat.

kerana

19 Agar Mashitah tidak berjaya dalam pertandingan itu, dia tetap akan mencubanya lagi.

sungguhpun/ walaupun

20 Ayah menasihati abang bahawa tidak memandu kereta dengan laju.

agar/ supaya

Bahagian Dua: Ayat

Page 15: Bab 7 Ayat Majmuk

4848

Latihan 3

Tandakan (/) pada ayat majmuk pancangan yang betul dan (x) pada ayat majmuk

pancangan yang salah.

BIL AYAT JAWAPAN1 Baginda menasihati pembesar negeri bahawa sentiasa

amanah dalam melaksanakan tanggungjawab.X (agar/ supaya)

2 Kerajaan menyediakan pelbagai jenis kemudahan awam untuk orang ramai.

/

3 Hassan memberitahu Ah Meng bahawa negara mereka banyak mempunyai tempat menarik untuk dilawati.

/

4 Pameran Kebaya Nyonya yang diadakan di hotel itu mendapat sambutan hangat.

/

5 Produk itu lebih mahal daripada produk yang lain demi mempunyai dwifungsi.

X (kerana/ oleh sebab)

6 Iskandar suka makan nasi goreng tetapi adiknya lebih suka makan nasi lemak.

/

7 Lulus mata pelajaran Bahasa Melayu menjadi salah satu prasyarat untuk memasuki Tingkatan Enam.

/

8 Saya amat terkejut serta mendapat berita tentang kemalangan yang menimpa abang saya.

X (apabila/ setelah)

9 Puan Sarah gigih berusaha membesarkan anak-anaknya kerana ia seorang ibu tunggal.

X (walaupun)

10 Puan Mariam menasihati anaknya supaya sentiasa menghormati orang yang lebih tua daripadanya.

/

11 Azmin dimarahi oleh ibunya apabila dia malas belajar. X (kerana/ oleh sebab)

12 Pihak polis akan membuat siasatan yang rapi setelah memastikan keamanan sentiasa terpelihara

X (untuk)

13 Razali mengurangkan makanan bergula supaya dia tidak mendapat penyakit kencing manis.

/

14 Kalau bernasib baik mereka akan selamat, kalau bernasib malang mereka akan menerima kecelakaan.

/

15 Pokok itu mati manakala akarnya terputus. X (kerana/ oleh sebab)

16 Insentif akan diberikan oleh syarikat kepada pekerja yang menunjukkan prestasi cemerlang.

/

17 Rose lari lintang-pukang maka dikejar oleh budak-budak nakal.

X (kerana/ oleh sebab)

18 Pihak majikan dikerah kendatipun menyediakan pusat jagaan kanak-kanak kepada ibu-ibu yang bekerja.

X (agar/ supaya)

19 Cita-citanya untuk melanjutkan pelajaran ke universiti belum tercapai lagi oleh kerana kesempitan hidup.

X (kerana/ oleh sebab)

20 Kereta yang dipandu oleh Hasnul terbabas ketika dia membelok di selekoh yang tajam itu.

/

Bahagian Dua: Ayat

Page 16: Bab 7 Ayat Majmuk

4949

7.3 AYAT MAJMUK CAMPURAN

Ayat Majmuk Campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, iaitu

daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis

ayat majmuk.

Contoh 1: Ahmad sedang membaca buku tetapi kawan-kawannya yang sudah letih

lesu telah lama tidur.

Ayat ini terdiri daripada ayat majmuk gabungan yang disambungkan dengan

kata hubung tetapi. Ayat pertama ialah Ahmad sedang membaca buku sementara ayat

yang kedua ialah kawan-kawannya yang sudah letih lesu telah lama tidur. Ayat yang

kedua ini merupakan ayat majmuk juga kerana terdapat ayat relatif iaitu yang sudah

letih lesu, dipancangkan ke dalamnya.

Contoh 2: Mereka mendaftarkan kanak-kanak yang lahir dalam tahun 2002, yang

telah menerima suntikan tersebut.

Dalam ayat di atas, terdapat dua ayat relatif yang dipancangkan ke dalam

ayat induk, iaitu yang lahir dalam tahun 2002 dan yang telah menerima suntikan

tersebut. Subjek ayat majmuk ini ialah mereka, kata kerjanya mendaftarkan dan objek

tepat kanak-kanak. Kedua-dua ayat relatif itu merupakan penerang kepada objek

tepat.

Contoh 3: Murid-murid itu mengetahui bahawa peraturan itu penting dan mereka

menyedari bahawa walaupun mereka tidak senang hati dengannya,

peraturan itu meati dipatuhi.

Ayat majmuk ini terdiri daripada dua ayat yang digabungkan dengan kata

hubung dan, iaitu murid-murid itu mengetahui bahawa peraturan itu penting dan

mereka menyedari bahawa walaupun mereka tidak senang hati dengannya,

peraturan itu mesti dipatuhi.

Kedua-dua ayat ini pula merupakan ayat majmuk juga, iaitu yang pertama

terdiri daripada ayat induk dengan ayat komplemen objek tepat, iaitu murid-murid itu

mengetahui (sesuatu) – ayat induk, dan bahawa peraturan itu penting – ayat

komplemen sementara ayat kedua pula terdiri daripada ayat induk dengan

komplemen objek tepat. Ayat induk ialah mereka menyedari (sesuatu), sementara

ayat komplemen ialah bahawa mereka tidak senang hatinya dan peraturan itu mesti

dipatuhi.

Bahagian Dua: Ayat

Page 17: Bab 7 Ayat Majmuk

5050

Contoh 4 : Kereta baharu anak guru besar Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu

telah terlanggar seekor lembu jantan di hadapan pejabat pos pada hari

Jumaat yang lalu.

Ayat di atas ialah ayat tunggal. Subjek ialah Kereta baharu anak guru besar

Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu sementara predikat ialah telah terlanggar

seekor lembu jantan di hadapan pejabat pos pada hari Jumaat yang lalu. Kata kerja

ialah terlanggar, bahagian lain dalam predikat terdiri daripada objek tepat iaitu seekor

lembu jantan, keterangan tempat ialah di hadapan pejabat pos dan keterangan waktu

ialah pada hari Jumaat yang lalu. Subjek pula terdiri daripada frasa nama utama

kereta baharu dengan keterangan kepunyaan anak guru besar yang diberi keterangan

tambahan Sekolah kebangsaan Kampung Baharu.

Contoh 5 : Kereta yang sentiasa rosak itu dibaiki lalu dijual olehnya.

Ayat yang pendek seperti di atas juga merupakan ayat majmuk. Ada tiga ayat

kecil dalam ayat majmuk tersebut, iaitu:

(a) Kereta itu dibaiki olehnya.

(b) Kereta itu dijual olehnya.

(c) Kereta itu sentiasa rosak.

Ayat (a) dan (b) digabungkan dengan kata hubung lalu, sementara ayat (c)

dipancangkan melalui proses relatif ke dalam ayat induk.

7.3.1 Kesalahan Lazim

(i) Ibu kemaskan dan bersihkan bilik tidur adik sejak tadi lagi.

(ii) Dia urus dan mengendalikan syarikat itu dengan bantuan keluarganya.

(iii) Asraf bukan sahaja cemerlang dalam mata pelajaran Sains dan juga dalam

semua mata pelajaran.

(iv) Bila tiba waktunya dia akan pulang ke kampung.

(v) Dia menyatakan dia tidak dapat hadir kerana dia terpaksa menziarahi

neneknya di kampung..

7.3.3 Rumus

Campuran ayat tunggal dan ayat majmuk atau deretan pelbagai ayat majmuk boleh

membentuk ayat majmuk campuran.

Bahagian Dua: Ayat

Page 18: Bab 7 Ayat Majmuk

5151

7.3.4 Latihan Pengukuhan

7.3.4.1 Mengenal Pasti Kesalahan dan Membetulkan Kesalahan

Bil Ayat Kesalahan Ayat yang betul

1 Banyak pelajar terlibat dalam kegiatan membuli pelajar lebih muda daripada mereka.

Ayat ini salah kerana tidak ada kata hubung pancangan relatif yang ialah kata yang berfungsi menghubungkan ayat utama dengan satu ayat kecil yang lain.

Banyak pelajar terlibat dalam kegiatan membuli pelajar yang lebih muda daripada mereka.

2 Kami tekun menulis dengan kami berjaya menghasilkan buku penulisan PMR.

Ayat ini salah kerana kata hubung yang digunakan tidak berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada satu klausa utama.

Kami tekun menulis hingga kami berjaya menghasilkan buku penulisan PMR.

3 Bila tiba waktunya dia akan pulang ke kampung.

Ayat ini salah kerana menggunakan kata tanya bila yang menunjukkan waktu. Seharusnya ayat ini menggunakan kata hubung apabila.

Apabila tiba waktunya dia akan pulang ke kampung.

4 Dia menyatakan dia tidak dapat hadir kerana dia terpaksa menziarahi neneknya di kampung.

Ayat ini salah kerana tidak menggunakan kata komplemen bahawa.

Dia menyatakan bahawa dia tidak dapat hadir kerana terpaksa menziarahi neneknya di kampung.

7.3.4.2 Membina Ayat Majmuk Campuran

Arahan : Bina ayat majmuk campuran daripada kumpulan ayat-ayat tunggal yang berikut.

1. (a) Kerusi antik itu besar.

(b) Kerusi antik itu kamu pesan.

(c) Kerusi antik itu akan tiba esok.

(d) Kerusi antik itu akan tiba lusa.

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

2. (a) Joshua baru menamatkan persekolahannya.

(b) Joshua membantu ayahnya.

(c) Ayah Joshua berkebun.

(d) Ayah Joshua berternak.

(e) Joshua menunggu keputusan peperiksaannya.

Bahagian Dua: Ayat

Page 19: Bab 7 Ayat Majmuk

5252

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

3. (a) Kucing itu mencuri ikan.

(b) Kucing itu lari.

(c) Kucing itu dipukul oleh ayah.

(d) Kucing itu dihambat oleh ayah.

___________________________________________________________________

__________________________________________________________________

Bahagian Dua: Ayat

Page 20: Bab 7 Ayat Majmuk

5353

SKEMA JAWAPAN

Menentukan ayat yang betul dan salah

Bil Ayat Betul/Salah

1 Dia berniaga setiap hari kecuali pada hari Ahad. /

2 Abangnya rendah sahaja tetapi adiknya tinggi sekali. /

3 Sementara Lina dahaga, minumlah air mineral. X (Jika)4 Kamal bukan sahaja bijak malahan berbudi luhur. /

5 Mira melambaikan tangannya dengan tersenyum X (sambil)

6 Orang itu tidak menjawab melainkan menangis teresak-esak. /7 Dia mengajak kita bekerja sebaliknya dia pula yang bermain-

main./

8 Sila bawa buku, pensel manakala pemadam. X (serta)9 Razi bangun lalu bersalaman dengan tetamu itu. /10 Bayi itu ketakutan maka dia menangis. /

7.3.4.3 Membina Ayat Majmuk Campuran

Arahan: Bina ayat majmuk campuran daripada kumpulan ayat-ayat tunggal yang berikut.

1. (a) Kerusi antik itu besar.

(b) Kerusi antik itu kamu pesan.

(c) Kerusi antik itu akan tiba esok.

(d) Kerusi antik itu akan tiba lusa.

Kerusi antik besar yang kamu pesan itu akan tiba esok atau lusa.

2. (a) Joshua baru menamatkan persekolahannya.

(b) Joshua membantu ayahnya.

(c) Ayah Joshua berkebun.

(d) Ayah Joshua berternak.

(e) Joshua menunggu keputusan peperiksaannya.

Joshua yang baru menamatkan persekolahannya itu membantu ayahnya

berkebun dan berternak sementara menunggu keputusan peperiksaannya.

3. (a) Kucing itu mencuri ikan.

(b) Kucing itu lari.

Bahagian Dua: Ayat

Page 21: Bab 7 Ayat Majmuk

5454

(c) Kucing itu dipukul oleh ayah.

(d) Kucing itu dihambat oleh ayah.

Kucing yang mencuri ikan itu lari apabila dipukul dan dihambat oleh ayah.

Bahagian Dua: Ayat