2
Bab Haji / Maxis Hukum Haji : - Wajib sekali seumur hidup bagi yang memenuhi syarat-syaratnya. Berkuasa mengerjakan haji terdapat dua bahagian; 1. Berkuasa dengan sendiri 2. Berkuasa dengan pertolongan orang lain Berkuasa Dengan Sendiri i. Berkuasa membayar tambang dan segala perbelanjaan bagi mengerjakan haji hingga selesai dan balik ke tempatnya. ii. Mempunyai bekalan yang cukup untuk saraan nafkah dirinya dan orang dibawah tanggungannya. iii. Ada kenderaan pergi dan balik. iv. Aman di dalam perjalanan pergi dan balik. v. Sihat tubuh badan. vi. Berkesempatan masa untuk mengerjakan haji. Berkuasa dengan pertolongan orang lain i. Orang yang sakit dan tiada harapan untuk sembuh. ii. Orang yang terlalu tua dan uzur. iii. Orang yang telah meninggal dunia dan mampu mengerjakan haji semasa hayatnya. Syarat tambahan i. Bagi wanita harus mendapat keizinan suami atau walinya. ii. Ditemani oleh suami, mahram atau kumpulan wanita yang thiqat (dipercayai) Syarat Wajib Haji i. Islam:- orang kafir tidak wajib menunaikan ibadat haji. ii. Baligh:- Kanak-kanak yang belum baligh tidak wajib mengerjakannya. Sekiranya kanak-kanak mengerjakan haji maka haji itu dikira sah dan dikira sebagai haji sunat. iii. Berakal:- Orang gila atau tidak waras akalnya tidak wajib menunaikan haji. iv. Merdeka:- Hamba sahaya tidak wajib menunaikan haji. v. Berkuasa:- Berupaya mengerjakan haji. Jenis Haji

Bab Haji

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Bab Haji

Bab Haji / Maxis

Hukum Haji : - Wajib sekali seumur hidup bagi yang memenuhi syarat-syaratnya.

Berkuasa mengerjakan haji terdapat dua bahagian;

1. Berkuasa dengan sendiri2. Berkuasa dengan pertolongan orang lain

Berkuasa Dengan Sendiri

i. Berkuasa membayar tambang dan segala perbelanjaan bagi mengerjakan haji hingga selesai dan balik ke tempatnya.

ii. Mempunyai bekalan yang cukup untuk saraan nafkah dirinya dan orang dibawah tanggungannya.

iii. Ada kenderaan pergi dan balik.iv. Aman di dalam perjalanan pergi dan balik.v. Sihat tubuh badan.vi. Berkesempatan masa untuk mengerjakan haji.

Berkuasa dengan pertolongan orang lain

i. Orang yang sakit dan tiada harapan untuk sembuh.ii. Orang yang terlalu tua dan uzur.iii. Orang yang telah meninggal dunia dan mampu mengerjakan haji semasa

hayatnya.

Syarat tambahan

i. Bagi wanita harus mendapat keizinan suami atau walinya.ii. Ditemani oleh suami, mahram atau kumpulan wanita yang thiqat (dipercayai)

Syarat Wajib Haji

i. Islam:- orang kafir tidak wajib menunaikan ibadat haji.ii. Baligh:- Kanak-kanak yang belum baligh tidak wajib mengerjakannya.

Sekiranya kanak-kanak mengerjakan haji maka haji itu dikira sah dan dikira sebagai haji sunat.

iii. Berakal:- Orang gila atau tidak waras akalnya tidak wajib menunaikan haji.iv. Merdeka:- Hamba sahaya tidak wajib menunaikan haji.v. Berkuasa:- Berupaya mengerjakan haji.

Page 2: Bab Haji

Jenis Haji

1. Haji Fardhu - adalah haji yang wajib ditunaikan oleh setiap Muslim yang memenuhi syarat-syarat wajib haji sekali seumur hidup.

2. Haji Badal - dikenali sebagai Haji Nyibah atau upah Haji. Ia adalah haji yang ditunaikan oleh seseorang untuk orang lain menurut syarat-syarat yang tertentu. Hendaklah menunaikan haji bagi pihak dirinya sendiri dengan sempurna dan hanya menunaikan haji untuk seorang sahaja pada satu musim haji serta telah berniat ihram di miqat yang dipersetujui.

3. Haji Sunat4. Haji Nazar5. Haji Qada’