10
BAB II KAJIAN LITERATURE 2.1 kajian berkaitan Johnson dan Nelson ( 1986 ) yang dipetik daripada buku pengukuran kecergasan motor Ahmad Hashim ( 2004 ), telah menyarankan bahawa seseorang penyelidik tidak seharusnya menggunakan satu item sahaja dalam mengukur tahap kecergasan fizikal. Mereka telah mencadangkan bahawa ujian tersebut perlu mengandungi komponen kecergasan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan, kelembutan dan komposisi lemak badan. Collingwood T.R ( 1995 : 87 ) menyatakan bahawa daya tahan kardiovaskular adalah kebolehan tubuh badan untuk menghantar oksigen ke seluruh anggota badan untuk menghasilkan tenaga bagi digunakan untuk menjalankan sesuatu aktiviti. Kecergasan kardiovaskular ialah kemampuan jantung, paru-paru dan saluran darah membekalkan oksigen kepada otot untuk menggunakan bekalan oksigen yang ada untuk meneruskan kerja atau latihan ( Baumgartner, 2002 ). Kebanyakkan dapatan kajian terdahulu dalam Pendidikan Jasmani yang berhubung dengan struktur tubuh badan ialah Antropometri . Dalam bahasa Yunani Antro bermaksud manusia dan Metri bermaksud pengukuran. Mathews ( 1979 ) menyatakan antropometri adalah pengukuran dilakukan pada bahagian tubuh untuk mengumpul maklumat

BAB II

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bab 2

Citation preview

BAB II

BAB II

KAJIAN LITERATURE

2.1 kajian berkaitan

Johnson dan Nelson ( 1986 ) yang dipetik daripada buku pengukuran kecergasan motor Ahmad Hashim ( 2004 ), telah menyarankan bahawa seseorang penyelidik tidak seharusnya menggunakan satu item sahaja dalam mengukur tahap kecergasan fizikal. Mereka telah mencadangkan bahawa ujian tersebut perlu mengandungi komponen kecergasan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan, kelembutan dan komposisi lemak badan.

Collingwood T.R ( 1995 : 87 ) menyatakan bahawa daya tahan kardiovaskular adalah kebolehan tubuh badan untuk menghantar oksigen ke seluruh anggota badan untuk menghasilkan tenaga bagi digunakan untuk menjalankan sesuatu aktiviti.

Kecergasan kardiovaskular ialah kemampuan jantung, paru-paru dan saluran darah membekalkan oksigen kepada otot untuk menggunakan bekalan oksigen yang ada untuk meneruskan kerja atau latihan ( Baumgartner, 2002 ).

Kebanyakkan dapatan kajian terdahulu dalam Pendidikan Jasmani yang berhubung dengan struktur tubuh badan ialah Antropometri . Dalam bahasa Yunani Antro bermaksud manusia dan Metri bermaksud pengukuran. Mathews ( 1979 ) menyatakan antropometri adalah pengukuran dilakukan pada bahagian tubuh untuk mengumpul maklumat mengenai evolusi dan variasi manusia yang berkaitrapat dengan perkembangan bentuk tubuh badan dan perlakuan motor.

Menurut Johnson dan Nelson ( 1986 ), daya tahan otot adalah keupayaan otot mengulang pergerakkan menentang halangan dan tekanan serta mengekalkan satu tahap kemampuan melepasi satu jangka masa.

Mc Loy dan Young ( 1951 ) berdasarkan petikan Barrow dan Mc Gee ( 1983 ) menyatakan bahawa daya tahan otot adalah kombinasi kekuatan, kekuatan otot rangka dan daya tahan kardiovaskular. Barrow pula menyatakan bahawa daya tahan otot adalah kemampuan fisiologi individu menampung pergerakkan dalam jangka masa tertentu.

Bagi kecergasan fizikal iaitu fleksibiliti, Johnson dan Nelson ( 1986 ) menyatakan bahawa kelembutan ( fleksibiliti ) sebagai kebolehan menggerakkan badan dan bahagian-bahagiannya melalui satu julat pergerakkan tanpa rintangan ( strain ) kepada artikulasi dan kekuatan otot. Ini menunjukkan bahawa fleksibiliti adalah spesifik kepada sesuatu sendi tertentu. Latihan spesifik yang diberikan kepada atlit telah terbukti memberi kesan terhadap peningkatan kecergasan fizikal.

Kesan terhadap fisiologi tubuh badan seperti peningkatan kadar oksigen ( Vo2 max ) di sebabkan fungsi jantung menjadi lebih efisien, peningkatan daya tahan otot, kekuatan otot dan penukaran gas yang cekap adalah melalui latihan yang sistematik. Penyertaan dalam aktiviti fizikal seperti ujian kecergasan ini bukan hanya membantu perkembangan kanak-kanak tetapi membantu perkembangan sosialisasi serta emosi kanak-kanak tersebut ( Berryman, 1996 ).

Corbin dan Lindsey ( 1994 ), menjelaskan bahawa kecergasan fizikal adalah kemampuan tubuh badan untuk berfungsi secara efisien dan efektif. Ia mengandungi kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan dan kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran. Komponen tersebut mengandungi sebelas item yang berbeza. Setiap satu melambangkan kualiti kehidupan. Komponen bagi kecergasan fizikal untuk kesihatan ialah komposisi lemak badan, daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular, kekuatan otot dan kelenturan. Manakala komponen kecergasan fizikal untuk sukan ialah koordinasi, imbangan, ketangkasan, kuasa, masa reaksi dan kepantasan. Kesemua komponen ini juga boleh digunakan bagi menentukan tahap kecergasan fizikal seseorang individu.

Kecergasan fizikal merupakan sesuatu aspek yang amat penting dalam kehidupan. Menurut Baumgartner & Jackson ( 1999 ), kepantasan berlari, kebolehan melompat dan kekuatan otot adalah faktor mustahak bagi memastikan tahap keupayaan asas fizikal.

Institute for Aerobics Research of the Cooper Clinic ( 1992 ) dan ditaja oleh Prudential Insurance Company of America telah melakukan kajian dan menghasilkan Prudential FITNESSGRAM. Program ini tidak hanya menyeluruh kepada program kecergasan kepada remaja, malahan mengandungi ujian kecergasan fizikal terhadap golongan remaja. Kebaikan program ini bukan sekadar merubahkan kecergasan fizikal tetapi juga boleh di gunakan untuk membentuk komponen kognitif, efektif dan tingkahlaku remaja dalam melakukan aktviti fizikal.

Friedl, Westphal, Marchitelli, Patton dan Chumlea ( 2001 ) melalukan kajian terhadap wanita muda yang melibatkan diri dalam aktiviti fizikal. Kajian ini turut menimbulkan persoalan sejauh mana antropometri boleh meramalkan persamaan bagi membolehkan perubahan lemak badan dan berat badan melalui aktiviti fizikal. Kajian ini melakukan terhadap 150 wanita muda yang sihat dengan menggunakan skinfold-thickness dan menggunakan Dual-energy X-ray absorptiometri sebelum dan selepas mengikuti latihan asas ketenteraan. Hasil kajian mendapati wanita ini kehilangan 1.2 2.6 peratus lemak badan dan bertambah 2.51.5 kg jisim lemak badan yang bebas ( fat free mass ).

Kajian ini juga menunjukkan bahawa wanita boleh kehilangan lemak tetapi berat badan tidak berubah atau meningkat. Kehilangan lemak hasil dari pengurangan dalam lingkaran abdominal tetapi ia tidak menandakan kehilangan lemak yang stabil.

Pengukuran tahap prestasi kecergasan fizikal memerlukan prosedur ujian yang jelas dan mudah difahami oleh penguji. Selain daripada mengenal pasti ujian yang dapat mengukur komponen kecergasan fizikal, perhatian harus diberikan kepada nilai kesahan dan kebolehpercayaan ujian. Keberkesanan mengukur prestasi kecergasan fizikal adalah bergantung kepada jenis dan kesahan ujian yang dipilih. Kajian yang dibuat oleh Powel & Howe ( 1939 , keatas ujian lompat jauh berdiri, lari pecut 60 ela, melontar bola dan lompat menegak, memperoleh nilai kesahan antara 0.63 hingga 0.77.

Kajian yang dilakukan oleh penyelidik masa lalu ( Clark, 1971; Ellis, Caron & Bailey, 1975; Branta, Haubenstricker & seefeldt, 1984; Beunen & Malina, 1988 ) menunjukkan pengaruh umur terhadap perkembangan prestasi kecergasan fizikal. Keadaan fizikal dan fisiologi kanak-kanak dan remaja akan berubah menjadi semakin tinggi, melebar dan bertenaga seiring dengan peningkatan umur. Dapatan tersebut dapat menyokong hasil kajian sebelum yang dilakukan oleh Espenschade ( 1963 ), mendapati ketinggian dan berat badan adalah signifikan ke atas prestasi ujian kecergasan fizikal. Menurut Shepard ( 1982 ), pertambahan kekuatan disebabkan peningkatan umur adalah barkait rapat dengan jumlah jisim otot. Terdapat hubungan yang positif di antara pertumbuhan fizikal dengan ketangkasan bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan ( Seils, 1951 ).

Hasil kajian yang dilakukan oleh Milne, Seefieldt & Reuschlein ( 1976 ) menunjukkan pengaruh umur memberi kesan yang signifikan terhadap ujian kepantasan, kuasa, dan daya tahan. Kanak-kanak lelaki menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada kanak-kanak perempuan dalam semua item ujian kecuali kelembutan.

Amrstrong & Welsman ( 1994 ) menyatakan bahawa kecergasan kardiovaskular dan prestasi akan meningkat seiring dengan tumbesaran awal kepada remaja, manakala ia akan menurun kepada individu wanita ( berkaitan dengan komposisi tubuh ) manakala ia menunjukkan peningkatan yang seimbang bagi lelaki.Suasana persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang diterima oleh kanak-kanak dapat memberi kesan terhadap prestasi kecergasan motor. Arnet, Delliccia & Gilmartin ( 2000 ), latihan kemahiran yang diberikan kepada kanak-kanak dalam keadaan keletihan adalah tidak bersesuaian untuk peningkatan prestasi kecergasan motor.

Dapatan kajian oleh Harris, Jones & Buis ( 1983 ) menunjukkan semakin meningkat umur pelajar, semakin tinggi skor pencapaian ujian lompatan menegak bagi pencapaian pelajar lelaki. Dalam ujian larian zig-zag, semakin meningkat umur pelajar lelaki semakin tinggi prestasi skor dan sebaliknya berlaku bagi pelajar perempuan. Menurut Schmidt ( 1991 ), penguasaan kecergasan motor seperti ketangkasan, koordinasi dan keseimbangan adalah mempunyai kaitan dengan faktor biologikal, umur, kekuatan otot, kematangan dan komposisi lemak badan.Ujian kecergasan fizikal juga digunakan bagi mengetahui perkaitannya dengan konsep kendiri. Catledge ( 1981 ), telah menggunakan bateri kecergasan fizikal yang mengandungi komponen kepantasan, kuasa, kekuatan, ketangkasan dan kesimbangan bagi mengetahui hubungan antara kecergasan fizikal dengan konsep kendiri kanak-kanak lelaki. Tahap kecergasan fizikal juga boleh diukur hanya dengan menggunakan ujian lari pecut 50 ela, lari ulang alik dan lompat jauh berdiri. Bateri ujian keupayaan asas fizikal ( basic physical abilities ) juga mengandungi komponen ujian kekuatan otot, kuasa otot, daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular, kepantasan berlari, ketangkasan berlari, keupayaan melompat, keupayaan membaling, kelembutan, keseimbangan dan persepsi kinestetik ( Baumgartner & Jackson, 1999 ). Komposisi tubuh adalah kaedah mengukur peratus lemak tubuh dianggarkan dengan jumlah trisep dan calf skinfold atau menggunakan body mass index. Pengiraan dan persamaan ini di bina oleh Slaugther, Lohman, T.G. Going, S.B., M.H. Boileau, R.A., Roche, A.F., Buskirk, E.R. Seefeldt, V.D. & Wilmere ( 1986 ) digunakan untuk menaksir peratus lemak tubuh. Body mass index ialah pilihan gantian ujian komposisi tubuh. Menurut kajian Fu Fu F.H., Fung, L. & Yang, X. ( 1995 ),

Kanak-kanak yang aktif mempunyai kurang lemak badan dan mempunyai tahap body mass index yang rendah. Hasil kajian juga menunjukkan peratusan lemak badan dan body mass index adalah selari dengan peningkatan umur. Kajian oleh Chang, Wu, Yao, Yang, Wu & Lu ( 2003 ) melihat perbezaan korelasi peratusan body mass index dan peratusan lemak badan. Dapatan kajian menunjukkan perkaitan yang signifikan antara umur dan komposisi lemak tubuh badan.Pemakanan yang tidak seimbang serta tidak mengamalkan gaya hidup sihat akan meyebabkan individu berada dalam dua keadaan fisiologi iaitu masalah berat badan berlebihan dan kurang berat badan. Kekurangan makanan atau malnutrisi adalah merupakan satu masalah sejagat yang perlu diberi perhatian. Menurut Chang, S.M., Walker, S.P., Grantham, McGregos, S. & Powell, C. A. ( 2002 ) masalah kekurangan nutrisi atau zat makanan harus diberi perhatian kerana ianya boleh membawa kesan kepada pertumbuhan manusia, kesihatan dan kehidupan. Kajian yang dilakukan oleh Caulfield, de Onis, Blossner, Black dalam de Onis et. al., ( 2004 ) melaporkan bahawa 53% kematian kanak-kanak adalah disebabkan oleh masalah kekurangan berat badan.

Kajian yang dilakukan di negara ini jelas menunjukkan bahawa walaupun pelbagai program dijalankan untuk mengawal dan mencegah masalah malnutrisi, kadar malnutrisi masih lagi tinggi bagi penduduk di kawasan pedalaman ( Zamaliah Jamaliah, M., Mohd. N., Khor, G., Siong, T., 1998 ). Kanak-kanak yang mengalami masalah tumbesaran ( stunting ) atau masalah malnutrisi kronik selalunya berlaku di kawasan setinggang di pinggir ibu kota ( Cheng, 1974 ). Masalah kekurangan zat makanan yang kronik ( wasting ) atau acute malnutrition terdapat dikalangan kanak-kanak di pedalaman dan flat di kawasan bandar ( Chong, 1980 ). Kajian oleh Al-Mekhlafi, Azlin, Aini, Shaik, Saiah, Fatimah, Ismail, Firdaus, Asiah, Rozlinda & Norhayati ( 2005 ), perkaitan dengan kadar malnutrisi di kalangan kanak-kanak orang asli di Selangor, Malaysia. Kajian yang dijalankan oleh Norhayati, M., Norhayati, M. I. Mohammod, C., Oothuman, P., Azizi, O., Fatimah, M. S ( 1997 ) ialah tentang masalah malnutrisi dan mengenalpasti faktor penyebab bagi kanak-kanak bagi kanak-kanak berumur 1 hingga 7 tahun dikalangan penduduk di kawasan pedalaman di Malaysia. Seramai 220 orang kanak-kanak ( 113 lelaki dan 108 perempuan ) dipilih untuk menjadi subjek. Kajian dijalankan di daerah Labu dan Dengkil. Aktiviti ekonomi penduduk kampung adalah petani, buruh dan pemandu iaitu mempunyai pendapatan yang amat rendah. Penggunaan soal selidik untuk mengetahui sosialdemografi penduduk manakala pengukuran antropometri dengan mengambil berat badan menggunakan penimbang dan mengukur tinggi menggunakan pita pengukur. Dapatan kajian menunjukkan kanak-kanak yang kurang berat badan adalah sebanyak 46.2%, tumbesaran terbantut ( stunting )18.1% dan kanak-kanak kekurangan zat kronik ( wasting ) sebanyak 30.3%. Pendapatan keluarga sekitar RM750 sebulan adalah signifikan dengan faktor kanak-kanak stunting dan wasting serta masalah malnutrisi.

Selain daripada masalah malnutrisi, kita juga menghadapi masalah overweigh atau obesiti. Menurut Wolf & Colditz ( 1998 ), obesiti merupakan masalah kesihatan awam dan berada di tempat ke empat daripada senarai penyebab mortaliti. Fenomena obesiti bukan hanya berlaku kepada orang dewasa tetapi kini melanda di kalangan kanak-kanak. Masalah ini pula berlaku akibat pengambilan makanan berlebihan dan kurangnya aktiviti fizikal di kalangan kanak-kanak. Menurut Murimi ( 2004 ), obesiti di kalangan kanak-kanak yang semakin meningkat adalah dikaitkan dengan pengambilan makanan kepada kadar diet tinggi kandungan lemak dan kurang mengamalkan aktiviti fizikal terutama di kalangan kanak-kanak dan remaja yang tinggal di bandar. Dietz ( 1998 ) dalam kajian beliau telah mencadangkan bahawa obesiti atau kurang berat badan berisiko terdedah kepada pelbagai penyakit yang boleh menghalang individu daripada berat badan yang ideal serta gaya hidup yang sempurna. Kajian yang dibuat di pra sekolah di Asia mendedahkan bahawa sebanyak 2.9% iaitu 10,643 orang kanak-kanak di Asia mengalami obesiti ( Tez, 2002 ). National Health and Morbidity Survey-2 ( 1996 ) telah menjalankan kajian dan mendapati individu yang mengalami masalah berat badan adalah sebanyak 20.7% dan obesiti 5.8% ( Lim, Ding & Zaki, 2000 ). Menurut Freedman, Dietz, Sathanur ( 1999 ), Reilly, Mathven, McDowell, Hacking, Alexander, Stewart ( 2003 ), Won, Chook, Yu, Sung, Qiao & Leung ( 2004 ) dan Weiss, Dziura, Bargert, Yeckel & Allen ( 2004 ), kanak-kanak yang mengalami fenomena obesiti dan berat badan berlebihan akan menghadapi risiko penyakit jantung, peningkatan jumlah kolestrol dalam darah dan kepadatan lipoprotein yang rendah, tekanan darah yang tinggi, jantung yang tidak berfungsi dengan baik dan beberapa gejala lain.Tahap aktiviti fizikal membantu menentukan tahap obesiti dan berat badan berlebihan. Semasa menjalankan aktiviti fizikal atau bersenam, tisu-tisu lemak akan bertambah sementara lemak akan berkurangan.

Menurut Kondric & Misigoj ( 1997 ), pengaruh persekitaran memainkan peranan yang penting dalam membentuk keperibadian individu selain daripada pengaruh genetik keluarga. Matapelajaran pendidikan jasmani adalah asas kepada perubahan biologi manusia sejak dari kanak-kanak. Kajian yang dibuat oleh Kondric & Misigoj telah dibuat di sekolah rendah dan menengah di sekitar Slovenian. Pengukuran antropometri untuk melihat pembentukkan biologi yang berlaku. Dapatan kajian mendapati tidak terdapat keselarasan antara sistem antropometrik dan pengukuran motor kanak-kanak. Hasil daripada keselarasan ini, guru pendidikan jasmani akan dapat melihat perkembangan motor kanak-kanak untuk merancang dan merekabentuk kurikulum dan sukatan matapelajaran tersebut.Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan ujian Body Mass Index untuk dikorelasikan dengan tahap kecergasan fizikal pelajar lelaki 10, 11 dan 12 tahun. Menurut Vehrs & Hager ( 2006 ) Body Mass Index tidak boleh digunakan untuk menilai komposisi badan tetapi hanya indikator obesiti dan selalu digunakan untuk mengukur aktiviti fizikal dalam sesuatu program. Korelasi antara Body Mass Index dan peratusan lemak badan boleh digunakan untuk mengukur tahap kesihatan seseorang individu. Nilai Body Mass Index adalah selari dengan peratus lemak badan yang tinggi. Namun demikian, Body Mass Index tidak boleh dijadikan ramalan untuk peratusan lemak badan kerana Body Mass Index hanya mengukur tinggi dan berat badan seseorang.Menurut kajian Fung & Yang ( 1995 ), kanak-kanak yang aktif mempunyai peratusan lemak tubuh serta Body Mass Index yang rendah. Hasil kajian Fung & Yang mendapati bahawa peningkatan umur selari dengan peningkatan peratusan lemak badan dan Body Mass Index. Dalam kajiannya, penyelidik memilih kanak-kanak sekitar umur 9 hingga 16 tahun daripada sekolah-sekolah di sekitar bandar Beijing, China. Kanak-kanak yang tidak aktif adalah kanak-kanak yang kurang melakukan aktiviti fizikal manakala kanak-kanak aktif adalah yang biasa melakukan aktiviti fizikal selama 5-8 jam seminggu. Pengukuran lipatan kulit terdiri daripada enam tempat iaitu subscapular, suprailiac, tigh, calf, triceps dan abdominals. Ukuran tinggi dan berat menggunakan Detecto stadiometer, manakala untuk melihat peratusan lemak badan penyelidik memilih persamaan yang dicadangkan oleh Parizkova ( 1961 ) dan Lohman ( 1986 ).