27
BAB 5 CAHAYA 5.1 Pantulan Cahaya

Bab5 cahaya

  • Upload
    aisyah

  • View
    106

  • Download
    4

Embed Size (px)

DESCRIPTION

fizik bab 5.1 cahaya tingkatan 4. Bab 5.1 sahaja. cara nak melukis sinar rajah cahaya. harap dapat membantu.

Citation preview

BAB 5 CAHAYA

BAB 5CAHAYA5.1 Pantulan CahayaPantulan CahayaSinar tuju sinar cahaya yang menuju ke cerminSudut sinar tuju, I sudut di antara sinar tuju dan garis normalNormal garis yang bersudut tegak pada permukaan cerminSinar pantulan sinar cahaya yang terpantul dari cerminSudut sinar pantulan, r sudut di antara sinar pantulan dan garis normal

Hukum PantulanSinar tuju, sinar pantulan dan garis normal semuanya berada pada satah yang sama.

Sudut tuju, i adalah sama dengan sudut pantulan, r.a) Gambar rajah pantulanSinar pantulanSinar tujuSifat-sifat imej yang terbentuk oleh pantulan cahayaSongsang sisiTegakSama saiz dengan objekMayaJarak imej adalah sama dengan jarak objek

Langkah-langkah melukis gambar rajah sinar bagi imej yang dihasilkan oleh cermin satahAnggap objek o berada di hadapan cermin satah. Lukis imej i di dalam cermin. (Jarak imej = Jarak objek)

2. Lukis 2 sinar pantulan dari cermin, satu dari imej ke bahagian atas mata pemerhati dan satu lagi dari imej ke bahagian bawah mata pemerhati.

3. Lukiskan sinar tuju dari objek bagi kedua-dua sinar pantulan yang dilukis dalam langkah 2.

Cermin Cekung dan Cermin Cembung

Cara melukis gambar rajah sinarSinar 1 selari dengan paksi utama dipantulkan oleh cermin dan melalui titik fokus, F.Sinar 2 yang melalui titik fokus F akan dipantulkan oleh cermin selari dengan paksi utama.Sinar 3 yang melalui pusat kelengkungan C oleh cermin mengikut lintasan yang sama. ( CF=CP)

Cermin cembung membentuk imej maya, kecil daripada objek dan tegak

Imej yang terbentuk oleh cermin cekungu < fImej maya, tegak dan lebih besar daripada objek

u = fImej di infiniti

f < u < 2fImej sahih (nyata), terbalik dan lebih besar daripada objek

u = 2fImej sahih (nyata), terbalik dan sama saiz dengan objek.

u > 2fImej sahih (nyata),terbalik dan lebih kecil dengan objek

Aplikasi Pantulan CahayaAlat / instrumen yang menggunakan cermin satah1. Cermin Anti paralaks dalam ammeter dan voltmetera) Ralat paralaks berlaku apabila kita dapat melihat jarum penunjuk dan imejnya.b) Mata hendaklah normal kepada jarum penunjuk supaya imejnya tidak kelihatan, bagi mengelakkan ralat paralaks

2. Periskopa) Mengandungi dua cermin satah pada kedudukan sudut 45. b) Imej yang kelihatan oleh pemerhati adalah dalam keadaan tegak.

3. Cermin pandang belakang dan cermin sisi kenderaanPerkataan AMBULANCE sengaja ditulis dalam keadaan tersongsang sisipada ambulans supaya imej yang dilihat melalui cermin pandang belakang kenderaan di hadapannya adalah ejaan sebenarnya

Aplikasi cermin cekung dalam peralatan1. Cermin solek a) Menggunakan cermin cekung yang mempunyai jarak fokus yang besar. b) Menghasilkan imej tegak, lebih besar dan maya.

2. Transmisi (penghantaran) isyarat gelombang radio Cermin dengan permukaan parabola cekung digunakan untuk memfokus isyarat gelombang radio.

3. Pemantul lampu suluh a) Mentol lampu dipasang pada titik fokus cermin cekung supaya memantulkan sinar cahaya yang selari. b) Sinar cahaya yang selari itu akan mengekalkan keamatannya pada jarak yang lebih jauh.

Aplikasi cermin cembung dalam peralatan1. Meluaskan medan penglihatan2. Medan penglihatan cermin cembung lebih luas daripada cermin satah

3. Oleh itu cermin cembung digunakan sebagai a) Cermin pandang belakang dan sisi kenderaan kerana ia akan memberikan sudut penglihatan yang luas untuk melihat kenderaan di belakang mereka. b) Cermin keselamatan di kedai-kedai.c) Cermin di selekoh tajam.

SOALANRajah 1 menunjukkan seorang ibu dan anak lelakinya masing-masing berdiri 4m dan 3m di hadapan cermin satah.

Berapakah jarak imej budak lelaki itu seperti yang dilihat oleh ibunya?

7 m.Rajah 3.1 menunjukkan sekeping kad dengan tiga huruf diletakkan di hadapan cermin. Rajah 3.2 menunjukkan imej yang diperhatikan dalam cermin.

Apakah jenis cermin yang digunakan untuk menghasilkan imej itu?

Cermin satah.Suatu objek diletak di antara titik fokus F dengan pusat kelengkungan, C sebuah cermin cekung seperti yang ditunjukkan dalam rajah 4. Jejari kelengkungan ialah 20 cm.

Berapa jauh objek itu perlu dialihkan dari kedudukan asal supaya menghasilkan satu imej yang sama?

6 cm.4. Rajah 5 menunjukkan kedudukan suatu objek, O di hadapan sebuah cermin cekung.

Apakah ciri-ciri imej yang terbentuk?Nyata, songsang, lebih kecilNyata, songsang, lebih besarMaya, tegak, lebih kecilMaya, tegak, lebih besar

5.