Upload
norizan-simbok
View
5.557
Download
10
Embed Size (px)
Citation preview
Kebudayaan Kaum Baba dan Nyonya
Disediakan: YENG CHUN MAN (5A) LOK CHAI YEE (5B)
• Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu, khususnya di negeri Melaka.
• Sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah rakyat British dan amat berbangga dengan kedudukan ini.
• Mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru, dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk.
• Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu.
• Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba".
• Kaum Baba yang wujud pada hari ini bertutur dalam bahasa Baba iaitu sejenis dialek Melayu yang dapat difahami oleh kebanyakan orang Melayu.
• Bahasa masyarakat Baba dan Nyonya adalah campuran antara bahasa Melayu dan dialek Hokkien. Kebanyakan nahu bahasa Baba dan Nyonya ini adalah berasal daripada bahasa melayu.
• Bahasa Baba ini adalah berbeza daripada bahasa Melayu dalam pelbagai aspek, ia merupakan bahasa yang berasingan dengan bahasa Melayu.
• Bahasa Baba telah menyerap banyak perkataan cina, umpamanya ‘lai’ untuk ‘datang’ dan banyak lagi kecenderungan ke arah dialek Hokkien, yang mana tidak dapat difahami oleh masyarakat melayu.
• Kebanyakan masyarakat Baba dan Nyonya tidak memahami perkataan dan dialek bahasa Melayu.
• Antara perbendaharaaan kata yang digunakan oleh masyarakat Baba dan Nyonya adalah:
~ Saya = goa (bahasa Hokkien)~Anda = lu (bahasa Hokkien)~Dia = dia (bahasa Melayu)~ Kita = kita (bahasa Melayu)
• Hingga ke hari ini masih terdapat banyak kaum Nyonya yang memakai kain sarung dan kebaya. Pakaian nyonya ini berlainan dan merupakan satu simbol identiti bagi masyarakat Baba.
• Pakaian ini dapat membezakan kaum Baba dari Cina dan Baba yang lumrahnya memang tidak memakai sarung dan kebaya.
• Namun sejak kebelakangan ini, masyarakat Cina bukan Baba mula berjinak – jinak dengan sarung sehingga sebilangan kecil masyarakat Cina bukan Baba telah dapat menyesuaikan diri dengan memakai sarung.
• Masih terdapat perbezaan di antara di dalam pemakaian masyarakat Baba dengan masyarkat Cina di mana kebaya yang dipakai masyarakat Baba memerlukan 3 pasang kerongsang untuk dijadikan butang yang mana budaya yang diwarisi masyarakat Melayu tidak mempunyai butang.
Baju KebayaDipakai oleh perempuan Nyonya.
Baju KebayaDipakai oleh perempuan Nyonya.
• Masakan Baba lebih mirip kepada masakan Melayu. Walau bagaimanapun, masakan Baba adalah campuran masakan Cina dan melayu tetapi masih beridentitikan masakan Baba.
• Masakan Nyonya lebih dirujuk dengan nama lauk Nyonya iaitu daging dan sayuran. Masakan Nyonya biasanya pedas dan menggunakan banyak cili.
• Bagi masyarakat Baba, penggunaan cili yang banyak di dalam masakan adalah satu identiti yang menbezakan di antara masyarakat Baba dan Cina.
• Masyarakat Baba masih mengamalkan satu upacara tradisi yang bersangkutan dengan penyembahan nenek moyang iaitu penggunaan meja panjang atau lauk tok panjang.
• Upacara ini ialah memasak lauk sembahyang dengan masakan yang istimewa pada hari – hari tertentu sahaja.
Tok PanjangUpacara ini ialah memasak lauk sembahyang dengan masakan yang istimewa pada hari – hari tertentu sahaja.
“Tok” bermaksud pelbagai lauk dan mempunyai isi tersirat sebagai meja.
Kuih-muih
Onde onde
Otah otah
• Perkahwinan tradisional baba nyonya merupakan satu majlis yang memenatkan dan akan berlangsung selama 12 hari.
• Menurut mereka jika orang yang sama berkahwin sekali lagi pun, dia tidak akan berpeluang untuk mempunyai upacara sebegini sekali lagi.
• Segala urusan mencari jodoh bagi anak perempuan akan diuruskan oleh ibu bapa mereka, mereka tidak boleh membantah keputusan orang tua.
• Jika seseorang perempuan itu belum berkahwin sebelum usia 20 tahun mereka akan dianggap sebagai anak dara tua, mereka juga akan mengalami kesukaran dalam soal mencari jodoh.
• Bagi pihak lelaki pula, mereka selalunya akan berkahwin dalam usia 20 tahun.
• Permulaan majlis perkahwinan baba nyonya bermula apabila pihak pengantin perempuan menerima rombongan peminangan daripada pihak pengantin lelaki.
• Orang tua pasangan pengantin akan menguruskan tarikh melangsungkan perkahwinan, setelah mereka memilih satu hari yang baik (bertuah) dengan menggunakan kalendar cina jemputan akan dikeluarkan.
• Jemputan akan dikeluarkan kepada mereka yang terlibat, jemputan ini dipanggil “antah sireh”.
• Masyarakat baba nyonya tidak menggunakan kad jemputan sebaliknya mereka menghantar wang yang mengandungi kacang , limau, dan daun sirih (sekapur sirih) sebagai ganti.
• Seorang nyonya tua akan diberi tugas ini iaitu pergi ke rumah-rumah tertentu untuk menghantar jemputan yang unik ini, walaupun setiap keluarga menerima sehelai daun sirih tetapi ia bermaksud untuk menjemput seluruh keluarga ke majlis perkahwinan itu.
• Diletakkan langsir, cadar baru yang kaya dengan sulaman berwarna-warni, bunga-bungaan dan bilik tersebut di harumkan dengan 'Stangee' iaitu wangian daripada kulit pokok, gula tebu dan gula.
• Begitu juga dengan 'potpouri' yang dipenuhi dengan wangian dari daun pandan, bunga dan ia lebih dikenali sebagai bunga rampai di kalangan orang Melayu.
• Ketua upacara tersebut akan berpakaian gaun cina yang labuh dan jaket pendek dan memulakannya dengan memberi 'kueh ih' yang terletak elok di dalam bakul nyonya iaitu bakul Siah.
• Hari 'kueh ih' ia juga di panggil 'sang ih' yang bermaksud untuk memperkenalkan.
• 'Ih 'pula adalah symbol bagi benda yang baik untuk perkahwinan. Selain dari 'sang ih', tanglung, kain merah atau 'chye kee' akan diletakkan di pintu utama.
• Hari 'KhuihThiah' iaitu hari pembukaan untuk perayaan. Ia juga adalah hari kupas bawang.
• Hari tersebut juga adalah di buka kepada saudara mara dan kawan-kawan untuk datang menyiapkan pelbagai persiapan. Ini disusuli oleh ‘Hari Menyambal'.
• Kebiasaannya mereka membuat sambal sebanyak 20 jenis antaranya ialah sambal serunding.
• Sambal ini akan dimakan bersama dengan 'nasi lemak' pada hari kedua belas upacara perkahwinan.
• Hari 'tumbuk tepung' dan 'Sang Jit' di uruskan dahulu. Tepung ini akan di gunakan untuk membuat kuih tat, kuih genggang, pisang goreng dari pisang raja, apam berkuah dan onde-onde.
• Makanan terakhir yang perlu di sediakan ialah putu tekan yang berwarna biru dan putih dan ditekankan dalam bekas kayu.
• 'Sang Jit' ialah hari bertukar hadiah di antara keluarga pengantin lelaki dan wanita. Antara barangan yang sering di tukar ialah seperti itik, khinzir, cincin berlian dan lain-lain.
• Chia lang khek merupakan jamuan makan malam di rumah pengantin perempuan.
• Sepanjang malam tersebut terdapat kumpulan 'serunee' atau serunai akan menghiburkan hadirin yang hadir.
• Pengantin perempuan akan di hias dan di andam oleh 'Sang Kheh Umm' atau mak andam.
• Peranan mak andam ini adalah mengajar pengantin perempuan berjalan, berlutut dan sebagainya.
• Manakala pengantin lelaki pula akan di bantu oleh 'Pak Chindek' iaitu orang yang terlibat di dalam penghantaran kad jemputan perkahwinan.
• Chiu Thau merupakan pemberian yang dianggap suci dan di persembahkan di tempat pemujaan.
• Tempat pemujaan khasnya di panggil 'Sam Kai' atau 'Sang kuan tai Tay' yang mewakili syurga, bumi dan manusia.
• Pada hari ini, pengantin lelaki yang akan memulakan adat terlebih dahulu.
• Walau bagaimanapun kedua-dua pengantin tidak boleh bertemu selagi tidak menjalani adat atau upacara 'Chim Pang'.
• Chim Pang merupakan pertemuan pertama diantara pengantin lelaki dan pengantin perempuan di dalam hidup mereka.
• Ia bermula dengan upacara memasang lilin oleh kedua-dua ibu bapa pengantin lelaki dan perempuan.
• Selepas kedua-dua pengantin di ketemukan, mereka akan duduk di kerusi yang di sediakan yang berhadapan di antara satu sama lain.
• Upacara 'Choon Tok' ialah upacara untuk pasangan pengantin makan bersama sebagai suami isteri.
• Pada hari 'sah jit' (perayaan tiga hari) merupakan hari pengantin memberi sembah hormat kepada ahli keluarga dan juga tuhan mereka.
• Upacara ini ialah acara jemputan untuk adat resam dan ia lebih kepada pihak pengantin lelaki.
• Pada hari ini pengantin perempuan akan memakai baju kurung dan kain sarung yang diperbuat daripada kain broked dan di tenun dengan benang perak dan emas.
• Pada hari ini lah juga nyanyian 'Dondang Sayang' akan dinyanyikan dan diselang-selikan dengan lawak jenaka, pujian dan ransangan.
• Hari ini merupakan hari dimana tetamu akan di hidangkan dengan nasi lemak yang diperbuat dengan begitu teliti supaya mengandungi banyak lemak.
• Nasi ini di kukus dengan kukusan kayu ditutupi dengan daun pisang. Orang yang pakar dalam memasak nasi lemak di panggil 'Bibi Nasi Lemak'.
• Pada hari ini juga rundingan dibuat sambil menikmati hidangan tepak sirih atau tempah sirih.
• Setiap perkahwinan semestinya terdapat pantang larang tertentu bagi mengelakkan sesuatu perkara terjadi.
• Dalam masyarakat baba nyonya, mereka percaya pemilihan tarikh yang sesuai dapat mengelakkan dari terjadinya sesuatu yang tidak baik.
• Ia merupakan jemputan makan malam untuk ahli keluarga si mertua pengantin perempuan.
• Tujuannya ialah untuk mengeratkan hubungan persaudaraan di antara kedua-dua belah pihak.
• Sesungguhnya di dalam upacara sebeginilah hubungan kekeluargaan dapat dieratkan lagi.
Kam Cheng
Putih bermaksud Suci...Merah bermaksud peristiwa yang gembira...
• Kaum Baba dan Nyonya merupakan kaum yang mempunyai budaya dan latar belakang yang unik...