40
BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANI Oleh Richard W. De Haan Dikirim Oleh Tuhan amai orang Kristian di seluruh dunia amat prihatin tentang kekeringan dan kelesuan rohani dalam gereja. Mungkin mereka berdoa dengan menggunakan lirik lagu gereja lama gubahan William P. Mackay: Bangunlah kami semula— Penuhi setiap hati dengan kasih-Mu; Semoga setiap jiwa dinyalakan semula Oleh api dari syurga. Haleluya, kemuliaan bagi-Mu! Haleluya, amin! Haleluya, kemuliaan bagi-Mu! Bangunlah kami semula. Doa itu sangat indah! Setiap anak Tuhan seharusnya rindu agar tingkap-tingkap syurga terbuka dan mencurahkan berkat-berkat kebangunan rohani yang istimewa. Daniel W. Whittle, seorang penulis lagu gereja yang lain pula berkata, “Titisan belas kasihan sedang jatuh di sekeliling kita, tetapi kita mohon curahan belas kasihan.” Bagaimanapun, beberapa soalan timbul. Adakah Alkitab menyebut apa-apa tentang kebangunan rohani? Adakah kebangunan rohani selalu terjadi jika kita memenuhi syarat tertentu? Dengan kata lain, adakah “rumus kebangunan rohani” yang menjamin kebangkitan rohani? Saya berdoa supaya buku kecil ini dapat menjawab soalan-soalan ini. 1 R R

BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANIcdn.pedomanharian.org › files › MY-SB-Kebangunan-Rohani.pdf · BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANI Oleh Richard W. De Haan Dikirim Oleh Tuhan amai orang

  • Upload
    others

  • View
    4

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANIcdn.pedomanharian.org › files › MY-SB-Kebangunan-Rohani.pdf · BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANI Oleh Richard W. De Haan Dikirim Oleh Tuhan amai orang

BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANI

Oleh Richard W. De Haan

Dikirim Oleh Tuhan

amai orang Kristian di seluruh dunia amat prihatin tentang kekeringan dan kelesuan rohani dalam gereja. Mungkin mereka berdoa dengan menggunakan lirik

lagu gereja lama gubahan William P. Mackay: Bangunlah kami semula— Penuhi setiap hati dengan kasih-Mu; Semoga setiap jiwa dinyalakan semula Oleh api dari syurga. Haleluya, kemuliaan bagi-Mu! Haleluya, amin! Haleluya, kemuliaan bagi-Mu! Bangunlah kami semula. Doa itu sangat indah! Setiap anak Tuhan seharusnya rindu agar tingkap-tingkap syurga terbuka dan mencurahkan berkat-berkat kebangunan rohani yang istimewa. Daniel W. Whittle, seorang penulis lagu gereja yang lain pula berkata, “Titisan belas kasihan sedang jatuh di sekeliling kita, tetapi kita mohon curahan belas kasihan.” Bagaimanapun, beberapa soalan timbul. Adakah Alkitab menyebut apa-apa tentang kebangunan rohani? Adakah kebangunan rohani selalu terjadi jika kita memenuhi syarat tertentu? Dengan kata lain, adakah “rumus kebangunan rohani” yang menjamin kebangkitan rohani? Saya berdoa supaya buku kecil ini dapat menjawab soalan-soalan ini.

1

RR

Page 2: BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANIcdn.pedomanharian.org › files › MY-SB-Kebangunan-Rohani.pdf · BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANI Oleh Richard W. De Haan Dikirim Oleh Tuhan amai orang

2

Anda akan segera mendapati bahawa apa yang saya katakan agak berbeza dengan khutbah kebangunan rohani yang sering didengar. Saya menduga ramai orang tidak akan bersetuju dengan saya. Mungkin saya akan dikritik dengan teruk. Bagaimanapun, saya rela mengambil risiko untuk berkongsi dengan anda tentang pendirian saya mengenai pendekatan yang betul dan munasabah terhadap kebangunan rohani.

SIFAT KEBANGUNAN ROHANIPerkara pertama yang patut dibuat adalah menjelaskan erti kebangunan rohani. Sebilangan orang Kristian menganggapnya sebagai satu siri kebaktian untuk memenangkan jiwa bagi Kristus. Bagaimanapun, saya pasti itu bukan

kebangunan rohani. Tentu sekali kita patut bergiat dalam pelayanan penginjilan. Kita seharusnya berasa bertanggungjawab bagi mereka yang hilang dalam dosa. Dan kita patut cergas membawa jiwa yang hilang kepada Kristus melalui kesaksian peribadi dan usaha bersama. Itulah penginjilan—tetapi itu bukan kebangunan rohani. Saya ingin membuat perbandingan berikut. Penginjilan adalah berkaitan dengan orang yang belum mendapat penyelamatan jiwa; kebangunan rohani adalah berkaitan dengan orang yang sudah lahir semula. Penginjilan melibatkan pemberian hidup kepada orang yang mati dalam dosa; kebangunan rohani melibatkan kebangkitan kembali secara rohani bagi orang yang hidup dalam Kristus. Oleh itu,

Page 3: BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANIcdn.pedomanharian.org › files › MY-SB-Kebangunan-Rohani.pdf · BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANI Oleh Richard W. De Haan Dikirim Oleh Tuhan amai orang

3

menepati janji dalam Alkitab. Tidak terdapat “rumus kebangunan rohani” yang ditentukan untuk kita di dalam Alkitab. Sebenarnya, anda tidak akan menemukan perkataan kebangunan rohani di dalam Perjanjian Baru. Lagipun, dalam dua contoh yang menggunakan perkataan kebangunan rohani, ia tidak merujuk kepada kebangunan rohani seperti yang kita fikirkan. Misalnya dalam

apabila kita bercakap tentang kebangunan rohani, maksud kita adalah waktu yang khas untuk membuat pemeriksaan hati ketika ramai orang Kristian mengalami kesedaran yang mendalam tentang dosa secara serentak, yang dikerjakan oleh Roh Kudus. Hasilnya, mereka mengaku dan membuang dosa (kadangkala diakui di hadapan khalayak ramai). Kemuncaknya adalah mereka menyerahkan semula hidup mereka kepada Tuhan. Seluruh pengalaman itu sering kali menghasilkan penyelamatan jiwa orang berdosa. Sambil mengingat semua itu, saya ingin tunjukkan satu fakta penting. Walaupun kebangunan rohani yang hebat telah berlaku dari semasa ke semasa, namun tiada satu pun kebangunan rohani yang berlaku untuk

Kebangunan rohani ialah waktu yang

khas untuk membuat pemeriksaan hati

ketika ramai orang Kristian mengalami

kesedaran yang mendalam tentang

dosa secara serentak.

Page 4: BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANIcdn.pedomanharian.org › files › MY-SB-Kebangunan-Rohani.pdf · BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANI Oleh Richard W. De Haan Dikirim Oleh Tuhan amai orang

4

Roma 7:9, rasul Paulus berkata, “Tetapi apabila aku mengetahui hukum itu, dosa mula berkuasa [bangun semula].” Di sini rasul bercakap tentang dosa. Dan dalam Roma 14:9 dia berkata, “Kristus mati dan hidup semula [bangun semula] supaya Dia menjadi Tuhan kepada orang hidup dan orang mati juga.” Di sini dia merujuk kepada kematian dan kebangkitan Kristus. Dalam kedua-dua ayat itu, perkataan kebangunan rohani [bangun semula] tidak mempunyai maksud kebangunan rohani seperti pengertian kita akan istilah itu melalui pelajaran-pelajaran ini—pekerjaan Roh yang mendalam di dalam kehidupan orang Kristian, menyedarkan mereka tentang dosa dan menarik mereka keluar daripada kelesuan. Saya tidak bermaksud menafikan kenyataan

kebangunan rohani. Sebaliknya, saya ingin menegaskan bahawa meskipun kebangunan rohani adalah kenyataan sejarah, namun ia bukan suatu kepastian yang tertulis di dalam Alkitab. Zaman gereja tidak ada janji kebangunan rohani. Alkitab tidak memberi kita garis kasar atau tatacara yang menjamin, bahawa sekiranya ia diikuti, kebangunan rohani akan berlaku. Apa yang saya baru katakan, tentunya bercanggah dengan pemikiran ramai golongan Kristian pada hari ini. Kita dibawa untuk percaya bahawa kebangunan rohani boleh berlaku jika orang Kristian mengikut kaedah tertentu atau menurut syarat yang betul. Izinkan saya mengulangi pernyataan ini: Walaupun kebangunan rohani adalah kenyataan sejarah, ia

Page 5: BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANIcdn.pedomanharian.org › files › MY-SB-Kebangunan-Rohani.pdf · BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANI Oleh Richard W. De Haan Dikirim Oleh Tuhan amai orang

5

bukan suatu kepastian yang tertulis di dalam Alkitab. Kebangunan rohani bukan hasil daripada mana-mana “pola kebangunan rohani” yang diikuti. Sebaliknya (dan ini penting), kebangunan rohani adalah ditentukan dan dikirim oleh Tuhan, dan ia berlaku pada masa yang ditetapkan oleh Tuhan sendiri. Benar, mungkin kebangunan rohani datang sebagai jawapan kepada anak-anak Tuhan yang tekun berdoa, yang sesuai dengan kehendak-Nya. Tetapi Tuhan tidak boleh dipaksa untuk mengirimkan kebangunan rohani oleh apa pun yang kita lakukan. Kebangunan rohani bukan hasil daripada gabungan usaha keagamaan.Sebaliknya, ia adalah berkat daripada Tuhan yang penuh rahmat, sesuai dengan tujuan-Nya yang penuh hikmat, yang dikirimkan-Nya kepada

orang percaya pada masa-masa ada keperluan rohani yang amat mendesak. Saya harap anda tidak salah faham. Saya bersetuju dengan mereka yang berkata bahawa kita sangat memerlukan kebangunan rohani. Saya sesungguhnya mendoakan agar kebangunan rohani berlaku. Saya bersukacita atas setiap laporan kebangunan rohani yang sejati. Tetapi saya membantah pendekatan yang salah terhadap kebangunan rohani. Saya tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa kebangunan rohani pasti berlaku asalkan kita sebagai orang percaya mengikut beberapa petunjuk. Itu tidak semestinya benar!

KEBANGUNAN ROHANI PERIBADIBagaimanapun, saya memang percaya bahawa ada berkat istimewa untuk orang Kristian secara

Page 6: BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANIcdn.pedomanharian.org › files › MY-SB-Kebangunan-Rohani.pdf · BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANI Oleh Richard W. De Haan Dikirim Oleh Tuhan amai orang

individu, apabila dia rela mengikut syarat-syarat yang betul. Sementara anda memeriksa hati anda sendiri dan membuat pengakuan dosa dengan jujur, anda boleh mengalami kebangunan rohani untuk diri sendiri sementara Roh Kudus menyelesaikan kerja-Nya dalam hidup anda. Selepas itu, jika Tuhan mengirim kebangunan rohani kepada gereja anda, masyarakat anda, atau kepada seluruh negara dalam masa-Nya sendiri dan menurut maksud-Nya yang penuh hikmat, puji Tuhan! Jika tidak, tanggungjawab anda adalah memastikan agar anda sendiri telah melaksanakan kehendak-Nya dalam hidup anda. Ketahuilah, kita tidak perlu menunggu gerakan Roh Tuhan yang luar biasa melalui kebangunan rohani yang hebat, yang dikirim oleh Tuhan sendiri. Sekarang ini, pada saat ini

juga, anda boleh mengalami pembaharuan yang istimewa daripada Tuhan dalam hidup anda sendiri. Dalam bukunya yang sangat baik, The Pursuit Of God (Mencari Tuhan), A. W. Tozer bercakap tentang “penyakit yang parah di kalangan kita.” Dia menggambarkan gereja bagaikan menghidap “suatu penyakit yang jahat, penyakit yang mendalam dan serius dalam jiwa.” Dia berkata lagi bahawa ia akan “memerlukan hati yang bertekad dan lebih berani untuk melepaskan diri daripada genggaman zaman kita dan kembali kepada jalan menurut ajaran Alkitab.” Dia juga memberi komen berikut: “Sejarah telah mencatat banyak pengembalian yang besar-besaran, dipimpin oleh orang seperti St. Francis, Martin Luther, dan George Fox. Sedihnya, pada masa

6

Page 7: BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANIcdn.pedomanharian.org › files › MY-SB-Kebangunan-Rohani.pdf · BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANI Oleh Richard W. De Haan Dikirim Oleh Tuhan amai orang

7

ini, seolah-olah tiada Luther atau Fox lagi.” Tozer melanjutkan lagi, “Saya tidak tahu apa yang akan dilakukan oleh Tuhan menurut kedaulatan-Nya di dunia ini: tetapi apa yang akan dilakukan-Nya untuk orang biasa, bagi mereka yang mencari-Nya, saya percaya saya tahu dan boleh memberitahu orang lain tentang itu. Biarlah sesiapa saja kembali kepada Tuhan dengan sepenuh hati, biarlah dia mula hidup dalam kesalihan, biarlah dia berusaha untuk mengembangkan kepekaan rohaninya dengan kepercayaan, ketaatan dan kerendahan hati, maka hasilnya akan melampaui apa pun yang diharapkannya pada waktu dia berasa sukar dan lemah dahulu. Sesiapa saja, dengan pertaubatan dan kesungguhan untuk kembali kepada Tuhan, akan membebaskan

dirinya daripada acuan yang menahannya, lalu pergi kepada Alkitab untuk mendapatkan standard rohani, dan berasa gembira dengan penemuannya.” Saya ingin memetik satu lagi perenggan daripada buku Tozer. “Izinkan kami mengatakannya lagi: Ini adalah fakta bahawa Tuhan berdaulat di seluruh dunia. Tuhan ada di sini. Seluruh alam semesta hidup dengan kehidupan-Nya. Dia bukan Tuhan yang aneh atau asing, melainkan Bapa Tuhan kita, Yesus Krisus. Dan selama ribuan tahun, kasih-Nya telah meliputi umat manusia yang berdosa. Dia sentiasa cuba menarik perhatian kita, menyatakan diri-Nya kepada kita, dan berkomunikasi dengan kita. Kita mampu mengenal Dia jika kita menyahut panggilan-Nya. (Dan ini kita panggil mencari Tuhan!) Kita akan semakin

Page 8: BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANIcdn.pedomanharian.org › files › MY-SB-Kebangunan-Rohani.pdf · BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANI Oleh Richard W. De Haan Dikirim Oleh Tuhan amai orang

8

mengenal Dia apabila kita rela menjadi lebih baik melalui iman, kasih serta latihan dalam kehidupan.” Tozer memang betul dan tepat. Sebenarnya, dia membuat kesimpulan yang indah dan amat berkesan mengenai perkara utama yang saya ingin tegaskan tentang kebangunan rohani.Saya ingin mengulangi kenyataannya: “Saya tidak tahu apa yang akan dilakukan oleh Tuhan menurut kedaulatan-Nya di dunia ini: tetapi apa yang akan dilakukan-Nya untuk orang biasa, orang yang mencari-Nya, saya percaya saya tahu dan boleh memberitahu orang lain tentang itu.” Oleh itu, ingatlah bahawa penyucian diri sendiri daripada dosa, pemulihan persekutuan dengan Tuhan, dan berkat kesejahteraan, sukacita, dan kemenangan daripada-Nya boleh dialami oleh

orang Kristian secara peribadi apabila dia meng-gunakan pemberian Tuhan. Hai sahabat Kristian, mahukah anda mengaku dosa, meninggalkan dosa, dan mengizinkan Tuhan melakukan kehendak-Nya dalam hidup anda pada hari ini? Inilah caranya mendapatkan kebangunan rohani untuk diri sendiri. Tidak usah menunggu gerakan Roh Tuhan yang luar biasa dan menggegar-kan dunia untuk berlaku dalam gereja secara umum, anda sendiri hendaklah berbaik semula dengan Tuhan pada saat ini! Surat 1 Yohanes 1:9 memberitahu kita, “Tetapi jika kita mengakui dosa kita kepada Allah, Dia akan menepati janji-Nya dan melakukan apa yang adil. Dia akan mengampunkan dosa kita dan membersihkan kita daripada segala perbuatan yang salah.”

Page 9: BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANIcdn.pedomanharian.org › files › MY-SB-Kebangunan-Rohani.pdf · BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANI Oleh Richard W. De Haan Dikirim Oleh Tuhan amai orang

9

Kemudian, selepas anda sendiri berbaik semula dengan Tuhan, anda akan ikut Bessie Porter Head, penulis lagu gereja, untuk mendoakan orang percaya di mana-mana:

Ya Nafas Kehidupan,hembuslah melalui kami,

Pulihkan gereja-Mu dengan hidup dan kuasa;

Ya Nafas Kehidupan,datanglah, sucikanlah,

pulihkanlah kami,Dan layakkan gereja-Mu

untuk saat ini.

Sebelum mengakhiri pelajaran ini, izinkan saya berkata-kata kepada anda yang belum pernah percaya kepada Tuhan Yesus Kristus untuk mendapatkan penyelamatan. Berkat pengampunan dosa dan hubungan baik dengan Tuhan hanya boleh dinikmati oleh orang yang dilahir baru dengan percaya kepada Kristus. Oleh itu, jika anda belum pernah menyambut Tuhan Yesus, keperluan pertama anda bukan kebangunan rohani, melainkan kelahiran semula secara rohani. Anda mesti dilahir semula. Apabila persoalan dosa sudah selesai dan anda berdamai dengan Tuhan, anda akan mengalami damai daripada Tuhan apabila anda menyerahkan perjalanan hidup kepada-Nya, taat kepada Firman-Nya, dan mengalami penyucian daripada dosa setiap hari.

Tidak usah menunggu gerakan Roh Tuhan

yang luar biasa dan menggegarkan dunia untuk berlaku dalam gereja secara umum, anda sendiri hendaklah berbaik

semula dengan Tuhan pada saat ini!

Page 10: BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANIcdn.pedomanharian.org › files › MY-SB-Kebangunan-Rohani.pdf · BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANI Oleh Richard W. De Haan Dikirim Oleh Tuhan amai orang

10

dan percaya kepada-Nya, mereka diberikan-Nya hak menjadi anak Allah.

Ucapkan doa kepada Tuhan Yesus. Akuilah kepada-Nya bahawa anda sedar anda orang berdosa dan anda tidak dapat menyelamatkan diri sendiri. Beritahu Dia bahawa anda percaya apa yang dikatakan Alkitab tentang Dia. Beritahu Dia bahawa anda percaya Dia mati untuk anda, mencurahkan darah-Nya kerana dosa anda, dan bangkit dari kematian. Beritahu Dia bahawa anda mahu menerima-Nya sebagai Penyelamat anda, satu-satunya harapan anda untuk mendapat penyelamatan. Kemudian, peganglah janji yang indah ini:

Percayalah kepada Tuhan Yesus, lalu kamu akan diselamatkan—kamu dan keluargamu! (Kisah Rasul 16:31).

Sebelum anda mengalami damai daripada Tuhan, pertama-tama anda harus berdamai dengan Tuhan melalui Anak-Nya, Tuhan Yesus Kristus. Oleh itu, saya ingin bertanya kepada anda: Pernahkah anda menerima Kristus sebagai Penyelamat anda dengan iman? Alkitab memberitahu kita dalam Roma 3:23 bahawa “Semua orang sudah berdosa dan jauh daripada Allah yang menyelamatkan mereka.” Dan Roma 6:23 berkata bahawa “Kematian adalah upah dosa.” Alkitab menjelaskan bahawa kita tidak boleh menyelamatkan diri sendiri (lihat Roma 3:20; Efesus 2:8-9). Kalau begitu, bagaimanakah seseorang tahu tentang pengampunan dosa dan menjadi anak Tuhan? Yohanes 1:12 mempunyai jawapannya.

Tetapi kepada mereka yang menyambut Dia

Page 11: BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANIcdn.pedomanharian.org › files › MY-SB-Kebangunan-Rohani.pdf · BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANI Oleh Richard W. De Haan Dikirim Oleh Tuhan amai orang

11

Menurut Pilihan Tuhan Sendiri

olehkah seseorang yang sangat menginginkan

kebangunan rohani berlaku di seluruh gereja atau negara menuntut 2 Tawarikh 7:14 sebagai jaminan bahawa Tuhan akan mengirimkannya? Dalam pelajaran lepas, kita melihat bahawa “rumus kebangunan rohani” seperti itu tidak wujud. Tidak ada jaminan bahawa sekiranya orang Kristian mengikut pola yang ditetapkan dan mengikut beberapa syarat, maka kebangunan rohani secara umum akan berlaku dalam gereja. Kebangunan rohani bukan hasil yang pasti selepas melaksanakan gabungan latihan rohani dengan baik. Sebaliknya, kebangunan rohani dikirim oleh Tuhan, dan ia berlaku pada masa yang dipilih oleh Tuhan sendiri.

Apabila kita bercakap tentang kebangunan rohani, kita memikirkan masa-masa pembaharuan rohani yang datang kepada gereja. Tingkap-tingkap syurga seolah-olah terbuka. Hujan berkat dicurahkan. Hasil daripada pekerjaan Roh Kudus yang mendalam, orang Kristian disedarkan tentang dosa sehingga mereka membuat pengakuan dosa secara sendiri-sendiri (dan kadangkala di hadapan umum). Oleh itu, mereka menyerahkan semula hidup mereka kepada Tuhan. Dan sering kali ini diiringi oleh penyelamatan jiwa ramai orang. Walaupun perkara ini benar, kita pun harus mengakui bahawa kebangunan rohani boleh juga datang sebagai jawapan kepada orang percaya yang tekun berdoa, mereka yang gelisah atas keadaan lesu dan suam-suam kuku dalam gereja. Dengan itu, kita ingin

BB

Page 12: BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANIcdn.pedomanharian.org › files › MY-SB-Kebangunan-Rohani.pdf · BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANI Oleh Richard W. De Haan Dikirim Oleh Tuhan amai orang

12

menggesa setiap orang yang mengakui nama Kristus untuk bergabung dalam doa dan memohon agar kebangunan rohani terjadi. Namun, semasa berbuat demikian, marilah ingat akan perkara yang benar bahawa kebangunan rohani tidak boleh diramal. Di dalam Alkitab, tidak terdapat janji yang meyakinkan kita bahawa kebangunan rohani akan berlaku jika kita mengikuti semua syarat dengan betul. Ia juga tidak berlaku sekiranya pola tertentu dilaksanakan. Kebangunan rohani datang sebagai anugerah berkat Tuhan atas gereja yang tidak layak. Saya boleh bayangkan seseorang berkata, “Bagaimana pula dengan 2 Tawarikh 7:14? Bukankah itu janji Tuhan untuk mengirimkan kebangunan rohani jika syarat tertentu diikuti?” Saya ingin menghuraikan ayat ini

dalam pelajaran ini bersama dengan anda. Ayat itu menyatakan:

Tetapi jika mereka berdoa kepada-Ku lalu bertaubat dan berhenti melakukan perbuatan jahat, maka dari syurga Aku akan mendengarkan mereka, dan mengampunkan dosa mereka, serta menjadikan negeri mereka makmur semula.

Kepentingan ayat ini hanya dapat dihargai jika dikaji dalam konteksnya. Perhatikan dua ayat sebelumnya:

Tuhan menampakkan diri lagi kepada Raja Salomo pada malam hari. Dia berfirman kepada Raja Salomo, “Aku telah mendengar doamu, dan Aku menerima Rumah ini sebagai tempat khas untuk mempersembahkan korban kepada-Ku. Apabila Aku menahan hujan, atau menyuruh belalang memakan

Page 13: BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANIcdn.pedomanharian.org › files › MY-SB-Kebangunan-Rohani.pdf · BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANI Oleh Richard W. De Haan Dikirim Oleh Tuhan amai orang

13

habis tanaman, atau mendatangkan wabak kepada umat-Ku” (2 Tawarikh 7:12-13).

Dalam ayat 19-20, Tuhan berfirman kepada Salomo:

Tetapi jika engkau dan rakyatmu tidak taat kepada hukum dan perintah yang telah Aku berikan kepada kamu, lalu menyembah tuhan-tuhan lain, maka Aku akan membuang kamu dari negeri yang telah Kuberikan kepada kamu. Aku akan meninggalkan Rumah ini yang telah Kukhaskan sebagai tempat beribadat kepada-Ku. Orang di merata tempat akan mengolok-olok dan menghina Rumah ini.

Perhatikan bahawa ayat-ayat ini mengandungi janji Tuhan secara khusus kepada Salomo. Ayat-ayat ini menyatakan bagaimana bangsa Israel boleh menikmati kasih Tuhan,

tetapi ayat ini juga menunjukkan bagaimana orang Yahudi boleh menyebabkan Tuhan murka. Dengan itu, dalam 2 Tawarikh 7 kita mendapati perkhabaran khusus yang berkaitan dengan Raja Salomo, bangsa Israel, dan tanah yang telah diberikan Tuhan kepada mereka sebagai warisan kekal. Jika orang Yahudi tidak mentaati Tuhan, maka hukuman-Nya pasti akan jatuh ke atas mereka. Mereka akan dicabut keluar dari tanah yang telah diberikan-Nya kepada mereka. Sekiranya mereka “bertaubat dan berhenti melakukan perbuatan jahat,” maka Tuhan telah berjanji untuk “menjadikan negeri mereka makmur semula.” Oleh itu, ingatlah bahawa 2 Tawarikh 7:14 merujuk kepada Salomo, Israel, dan tanah yang Tuhan sendiri telah beri kepada orang Yahudi. Ayat-ayat ini

Page 14: BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANIcdn.pedomanharian.org › files › MY-SB-Kebangunan-Rohani.pdf · BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANI Oleh Richard W. De Haan Dikirim Oleh Tuhan amai orang

14

tidak diberi sebagai janji kebangunan rohani dalam gereja. Sebaliknya, ayat-ayat ini jelas diberi sebagai pola bagi bangsa Israel agar mereka boleh terus hidup. Walaupun hal ini benar, beberapa pelajaran yang bernilai dalam ayat itu dicadangkan untuk orang Kristian pada hari ini. Tuhan berjanji bahawa jika umat-Nya (Israel) merendahkan diri, berdoa, bertaubat, dan berhenti melakukan yang jahat, Dia akan “mengampunkan dosa mereka.” Dan Dia akan berbuat hal yang sama kepada kita sebagai anggota tubuh Kristus. Rasul Yohanes meyakinkan kita bahawa “Tetapi jika kita mengakui dosa kita kepada Allah, Dia akan menepati janji-Nya dan melakukan apa yang adil. Dia akan mengampunkan dosa kita dan membersihkan kita daripada segala perbuatan yang salah” (1 Yohanes

1:9). Ayat ini tidak memberi kita jaminan bahawa Tuhan akan memakmurkan semula negeri kita jika kita mengaku dosa kita. Tetapi ia menjamin penyucian peribadi untuk kita. Lagipun, menurut 2 Tawarikh 7:14, umat Israel harus “bertaubat” supaya boleh mendapat kasih Tuhan. Dalam Perjanjian Baru, Yakobus berkata, “Hendaklah kamu merendahkan diri di hadapan Tuhan, maka Dia akan meninggikan kamu” (Yakobus 4:10). Dalam 2 Tawarikh 7:14, Tuhan juga berjanji kepada Israel bahawa “dari syurga Aku akan mendengarkan mereka” jika umat Israel memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan-Nya. Kita orang Kristian pun mempunyai jaminan bahawa Tuhan mendengar kita:

Kita berani menghadap Allah, kerana kita yakin bahawa Dia

Page 15: BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANIcdn.pedomanharian.org › files › MY-SB-Kebangunan-Rohani.pdf · BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANI Oleh Richard W. De Haan Dikirim Oleh Tuhan amai orang

15

mengabulkan doa kita, jika kita memohon apa sahaja yang sesuai dengan kehendak-Nya. Kita tahu bahawa Dia mendengarkan kita bila-bila masa kita memohon kepada-Nya. Oleh itu kita pun tahu bahawa Dia memberi kita apa yang kita minta daripada-Nya (1 Yohanes 5:14-15).

Walaupun ada beberapa pelajaran yang dicadangkan dalam 2 Tawarikh 7:14 pada hari ini, ayat ini tidak bermaksud menjadi rumus kebangunan rohani bagi gereja. Sebaliknya, ia merujuk kepada hubungan Tuhan dengan Israel dan kenikmatan mereka akan tanah yang telah diberikan-Nya kepada mereka. Untuk mentafsirkan Firman Tuhan dengan tepat, kita mesti memastikan waktu, pembaca dan tujuan buku ini ditulis. Apabila diterapkan kepada 2 Tawarikh 7:14,

jawapan yang tepat bagi soalan-soalan ini akan menghalang kita daripada mengambil kesimpulan yang salah bahawa Tuhan harus memberkati “negeri” kita asalkan orang percaya bertaubat, berdoa, menyembah Dia, serta meninggalkan perbuatan jahat. Tolong jangan salah faham, saya bukan berkata bahawa Tuhan tidak akan berbuat demikian. Saya hanya menghuraikan bahawa Dia tidak diwajibkan untuk berbuat hal demikian kerana janji-Nya dalam 2 Tawarikh 7:14. Bagaimanapun, saya harus tegaskan bahawa Tuhan berdaulat. Dia bebas bertindak menurut kehendak-Nya sendiri. Kita boleh bersyukur kerana Dia menjawab doa anak-anak-Nya apabila doa mereka sejajar dengan maksud-Nya yang penuh hikmat. Dan kadangkala, Dia menahan hukuman yang sepatutnya

Page 16: BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANIcdn.pedomanharian.org › files › MY-SB-Kebangunan-Rohani.pdf · BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANI Oleh Richard W. De Haan Dikirim Oleh Tuhan amai orang

16

dijatuhkan kepada orang jahat, demi orang salih yang sedikit. Oleh itu, “negeri” mungkin boleh “makmur semula” atau mendapat keuntungan kerana warganya yang melakukan kehendak Tuhan. Saya berfikir tentang Sodom. Apabila Abraham mendengar pengumuman Tuhan tentang hukuman atas kejahatan kota itu, Abraham berdoa seperti berikut:

Benarkah Engkau mahu membinasakan orang yang tidak bersalah bersama dengan orang yang bersalah? Jika terdapat lima puluh orang yang tidak bersalah di dalam kota itu, adakah Engkau akan memusnahkan seluruh kota itu? Tidakkah Engkau mahu mengampuninya untuk menyelamatkan yang lima puluh orang itu? (Kejadian 18:23-24).

Inilah jawapan Tuhan:Jika Aku mendapati lima puluh orang yang tidak bersalah di Sodom, Aku akan mengampuni seluruh kota itu kerana mereka (ayat 26).

Seperti yang anda ketahui, bapa kaum yang tua itu terus berdoa syafaat untuk Sodom sehingga akhirnya dia berkata, “Ya Tuhan, janganlah murka. Aku akan bercakap hanya sekali lagi. Bagaimana pula jika terdapat hanya sepuluh orang?” Tuhan berfirman, “Aku tidak akan memusnahkannya jika Aku mendapati sepuluh orang” (ayat 32). Ya, mahupun sedikit orang sahaja, jika hanya sepuluh orang yang tidak bersalah terdapat di Sodom, Tuhan akan mengampuni kota itu. Tuhan tidak wajib berbuat demikian, tetapi Dia rela berbelas kasihan demi beberapa orang yang salih.

Page 17: BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANIcdn.pedomanharian.org › files › MY-SB-Kebangunan-Rohani.pdf · BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANI Oleh Richard W. De Haan Dikirim Oleh Tuhan amai orang

17

Benar juga bahawa apabila segenap bangsa kembali kepada-Nya, Dia akan menarik balik hukuman-Nya atas mereka. Satu contoh yang baik terdapat di dalam kitab Yunus, bahawa Tuhan mengubah fikiran apabila orang Niniwe bertaubat. Nabi Yunus telah memberi amaran kepada orang Niniwe bahawa Tuhan akan memusnahkan kota mereka dalam 40 hari, tetapi mereka kembali kepada Tuhan. Oleh itu kita diberitahu bahawa:

Allah melihat perbuatan mereka; Dia nampak bahawa mereka tidak lagi berbuat jahat. Oleh itu Dia mengubah fikiran-Nya dan tidak melaksanakan hukuman yang dirancangkan-Nya terhadap mereka (Yunus 3:10).

Tuhan berfirman melalui Yeremia:

Jika pada suatu waktu Aku mengambil

keputusan untuk mencabut, meruntuhkan, atau menghancurkan suatu bangsa atau kerajaan, tetapi kemudian bangsa itu bertaubat daripada kejahatan, maka Aku akan membatalkan niat-Ku itu. Sebaliknya, jika Aku mengambil keputusan untuk mendirikan atau menguatkan suatu bangsa atau kerajaan, tetapi kemudian bangsa itu tidak taat kepada-Ku lalu melakukan kejahatan, maka Aku akan membatalkan niat-Ku itu (Yeremia 18:7-10).

Seluruh bangsa yang kembali kepada Tuhan dan pertaubatan satu kumpulan kecil adalah dua perkara yang berlainan. Kebangunan rohani umum yang berlaku di kalangan segenap penduduk akan mendatangkan perkenan Tuhan. Kebangunan rohani yang berlaku di kalangan

Page 18: BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANIcdn.pedomanharian.org › files › MY-SB-Kebangunan-Rohani.pdf · BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANI Oleh Richard W. De Haan Dikirim Oleh Tuhan amai orang

18

kumpulan kecil mungkin menghalang hukuman Tuhan. Kita harus berhati-hati ketika mentafsir 2 Tawarikh 7:14. Jangan beri tafsiran yang terlalu luas. Sebagai orang percaya, rendahkan diri di hadapan Tuhan, berdoalah, danmenyembah Dia, dan tinggalkan perbuatan jahat. Inilah cara untuk mendapat kebangunan rohani—penyegaran daripada Tuhan untuk diri sendiri. Mungkin perkara ini tidak menggegarkan dunia atau dianggap luar biasa. Mungkin ini tidak mengubah gereja, masyarakat, atau bangsa anda. Tetapi ini akan mendatangkan berkat Tuhan, kesejahteraan-Nya, dan kuasa-Nya dalam hidup anda. Ya, Tuhan, kirimlah kebangunan rohani, dan mulakanlah dalam diri saya! Mari memperhatikan satu lagi soalan: Pada hari ini, patutkah kita

mencari penepatan janji Tuhan dalam Yoel 2? Ada segolongan Kristian sedang menunggu masa pencurahan dan gerakan Roh Kudus yang disertai dengan berkat-berkat kebangunan rohani, dengan merujuk kepada bahagian ini. Periksalah Yoel 2 dengan lebih teliti. Tuhan berfirman:

Kemudian Aku akan mencurahkan Roh-Ku kepada semua orang: anak lelaki dan anak perempuan kamu akan mengisytiharkan perkhabaran-Ku; orang tua kamu akan bermimpi, dan orang muda kamu akan nampak penglihatan. Pada masa itu Aku akan mencurahkan Roh-Ku bahkan kepada hamba-hamba, baik lelaki mahupun perempuan. Aku akan memberikan petanda hari itu, di langit dan di bumi; akan ada pertumpahan

Page 19: BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANIcdn.pedomanharian.org › files › MY-SB-Kebangunan-Rohani.pdf · BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANI Oleh Richard W. De Haan Dikirim Oleh Tuhan amai orang

19

darah, api dan gumpalan asap. Sebelum Hari Tuhan yang dahsyat dan mengerikan itu tiba, matahari akan menjadi gelap, dan bulan akan menjadi merah seperti darah (Yoel 2:28-31).

Anda ingat ketika Petrus merujuk kepada peristiwa yang berlaku pada Hari Pentakosta dalam Kisah Rasul 2, dia berkata, “Tetapi hal ini sudah diberitahukan oleh Allah melalui Nabi Yoel” (ayat 16). Bagaimanapun, kita tahu bahawa hanya sebahagian nubuat Yoel yang berlaku pada hari Pentakosta. Beberapa segi nubuatnya masih belum dipenuhi. Kita percaya bahawa penepatan penuh nubuat ini hanya berlaku pada waktu jemaah diangkat ke syurga. Roh Kudus akan dicurahkan ke atas semua manusia semasa tempoh kesusahan besar dan kerajaan seribu tahun.

Hanya pada waktu itu kata-kata Yoel dalam fasal 2 akan berlaku. Oleh itu, kita tidak menanti-nanti penepatan Yoel 2 dalam zaman gereja masa kini. Roh Kudus memang tinggal dalam hidup kita sebagai orang percaya pada masa ini. Kita tahu kehadiran-Nya. Kita juga mengalami kuasa dan kepenuhan-Nya apabila kita berserah kepada penguasaan-Nya. Berdasarkan penjelasan yang kita pelajari bersama, marilah kita tekun dan bersungguh-sungguh mendoakan negara kita yang tercinta. Untuk mereka yang berada dalam pemerintahan. Untuk menegakkan kebenaran. Untuk pelaksanaan keadilan. Untuk berbelas kasihan kepada yang kurang bernasib baik. Untuk kasih dan pengertian. Untuk hukuman Tuhan atas kejahatan. Untuk gereja Tuhan Yesus Kristus.

Page 20: BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANIcdn.pedomanharian.org › files › MY-SB-Kebangunan-Rohani.pdf · BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANI Oleh Richard W. De Haan Dikirim Oleh Tuhan amai orang

20

Untuk pekerjaan penyucian daripada Tuhan. Dan ya, marilah berdoa untuk kebangunan rohani! Ingatlah, segala yang berkaitan dengan “kebangunan rohani” untuk diri anda, terserah kepada anda. Apabila anda mengaku dosa, serahkan semula hidup anda untuk melakukan kehendak Tuhan, dan pandanglah kepada-Nya untuk mendapatkan pimpinan dan kekuatan untuk hidup bagi-Nya, maka anda sendiri akan faham dan mengalami pekerjaan Roh Tuhan yang menyegarkan serta menguatkan anda.

Kebangunan Rohani Secara Individu

ungkinkah penyebab kebangunan

rohani seperti yang dianggap oleh ramai

orang, sebenarnya adalah hasil kebangunan rohani? Banyak buku telah ditulis tentang kebangunan rohani. Walaupun buku-buku itu ditulis oleh pelajar Alkitab yang berlainan, kebanyakan mereka mempunyai satu persamaan—mereka menetapkan kaedah yang boleh disebut sebagai rumus kebangunan rohani. Mereka melakarkan pola kebangunan rohani, dan jika pola ini diikuti, ia dianggap membuka tingkap-tingkap syurga dan memberkati gereja yang tidak bertumbuh atau berhasil dengan berlimpah-limpah. Ya, kita diberitahu bahawa sekiranya orang Kristian berdoa, mengaku dosa mereka, dan mentaati Firman Tuhan, maka kita akan mendapat kebangunan rohani. Sebenarnya, saya telah mendengar bahawa jika hanya dua atau tiga orang bersungguh-sungguh

MM

Page 21: BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANIcdn.pedomanharian.org › files › MY-SB-Kebangunan-Rohani.pdf · BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANI Oleh Richard W. De Haan Dikirim Oleh Tuhan amai orang

21

dengan Tuhan, dan mereka berdoa dengan tekun untuk kebangunan rohani, maka ia pasti berlaku. Tentu sekali tiada salahnya untuk mendorong orang Kristian supaya berdoa, mengaku dosa mereka, dan taat kepada Tuhan. Itulah yang sepatutnya dilakukan oleh setiap orang Kristian. Tetapi untuk mengatakan bahawa unsur-unsur itulah yang terdapat dalam “rumus kebangunan rohani” yang menjamin pembaharuan rohani yang menyeluruh, adalah penyataan yang menyesatkan. Bahkan kenyataan ini boleh menyebabkan kekecewaan dan patah semangat. Jika kita berkata bahawa kita mesti terlibat dalam beberapa latihan rohani supaya boleh mendatangkan kebangunan rohani, kita seolah-olah mendahulukan sesuatu yang sepatutnya dikemudiankan. Syarat-

syarat yang dianggap menghasilkan kebangunan rohani, sebenarnya adalah hasil kebangunan rohani. Hakikatnya, unsur-unsur yang sering terdapat dalam kebangunan rohani adalah ciri-ciri yang sepatutnya menjadi sifat kehidupan Kristian yang biasa. Kita semua gagal men-capai hal yang diharapkan oleh Tuhan. Sedihnya, kita sering kali tidak sedar betapa dingin kehidupan kita secara rohani dan tidak bersemangat lagi untuk Tuhan. Oleh itu, kadangkala Tuhan mengirim-kan kebangunan rohani. Seluruh jemaah atau masyarakat Kristian mungkin mempunyai kesedaran yang begitu mendalam tentang dosa kerana pekerjaan Roh Kudus. Pengakuan dosa secara peribadi dan umum berlaku. Semua pengalaman tersebut menaikkan tahap kerohanian orang percaya kepada peringkat yang lebih tinggi.

Page 22: BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANIcdn.pedomanharian.org › files › MY-SB-Kebangunan-Rohani.pdf · BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANI Oleh Richard W. De Haan Dikirim Oleh Tuhan amai orang

22

Sebenarnya, menjadi peka terhadap kegagalan bukan penyebab kebangunan rohani, melainkan ia adalah hasilnya. Kita diberi keinginan baru untuk berdoa, belajar Alkitab, memulihkan hubungan dengan orang Kristian lain, dan memimpin orang yang belum mendapat penyelamatan kepada Kristus. Semua ini tidak mendatangkan kebangunan rohani; malah, semua itu adalah hasil pekerjaan Roh Tuhan yang membangun secara rohani. Ya, apabila orang percaya menjadi dingin dan tidak bersemangat, kadang-kadang Tuhan mengirimkan kebangunan rohani untuk menggoncangkan mereka, membangunkan mereka, dan mendorong mereka untuk menjalani kehidupan Kristian yang biasa—hidup yang dikawal dan dikuasai oleh Roh Kudus. Kehidupan

seperti itu adalah standard Tuhan bagi setiap orang Kristian. Itulah yang diharapkan oleh Tuhan daripada kita semua. Saya tidak akan lupa satu kebaktian gereja yang istimewa semasa saya belajar di kolej. Semasa saya masuk ke auditorium pada pagi itu, saya tidak menjangka apa-apa. Bagi saya, itu hanya satu lagi kebaktian biasa. Saya berada di situ kerana semua pelajar wajib hadir. Tetapi saya amat bersyukur kerana tidak melepaskan kebaktian tersebut! Saya akan sentiasa ingat gerakan Roh Tuhan yang amat mendalam. Pada masa itu, kesedaran tentang dosa yang begitu nyata melanda hati saya. Bahkan hal-hal kecil yang biasanya dianggap tidak salah oleh orang Kristian, muncul sebagai dosa yang amat besar di hadapan Tuhan yang suci dan benar. Saya berada di tengah-tengah

Page 23: BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANIcdn.pedomanharian.org › files › MY-SB-Kebangunan-Rohani.pdf · BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANI Oleh Richard W. De Haan Dikirim Oleh Tuhan amai orang

23

kebangunan rohani yang hebat! Oleh sebab kerohanian yang merosot di kolej Kristian itu, Roh Kudus mendatangkan kesedaran yang begitu mendalam tentang dosa sehingga tidak dapat dihuraikan. Saya tidak pernah begitu gelisah dalam hidup saya.

Dosa tidak pernah begitu menjijikkan, dan kuasa Roh Kudus yang memberi kesedaran tidak pernah begitu kuat. Kebaktian itu berlanjutan sehingga masa makan tengah hari, petang, dan masa makan petang, dan sehingga malam. Ramai pelajar lupa makan sama sekali, dan mereka tinggal di auditorium sepanjang hari. Pada pagi berikutnya, mereka terus mengakui dosa, membuat pengakuan di hadapan umum dan menolak kejahatan dalam hidup mereka. Beberapa orang luar mengkritik peristiwa-peristiwa yang berlaku pada masa itu, dan menuduh para pelajar terlalu emosi. Meskipun kami dipandang sedemikian, saya sendiri tahu bahawa Tuhan telah bekerja dalam hati saya pada masa yang tidak mungkin dilupakan itu, dan kesannya masih dirasakan dalam hidup saya sehingga hari ini.

Berdoa, belajar Alkitab, memulihkan hubungan dengan

orang Kristian lain, dan bersaksi

kepada orang yang belum mendapat

penyelamatan tidak mendatangkan

kebangunan rohani —semua itu adalah hasil pembangunan

secara rohani.

Page 24: BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANIcdn.pedomanharian.org › files › MY-SB-Kebangunan-Rohani.pdf · BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANI Oleh Richard W. De Haan Dikirim Oleh Tuhan amai orang

24

Hasil daripada kebangunan rohani itu, saya dipenuhi oleh keinginan baru untuk berdoa, saya menerima minat baru terhadap Firman, dan saya diberi beban untuk jiwa-jiwa yang sesat. Saya mengalami kasih yang lebih mendalam terhadap sesama orang Kristian dan kebencian yang sungguh terhadap dosa. Sejak hari itu, saya bertekad untuk mentaati Firman Tuhan dan mengizinkan hidup saya supaya mengikut kehendak-Nya. Semua itu adalah hasil daripada pembaharuan rohani yang sejati, satu gerakan Roh Tuhan yang amat hebat. Kebangunan rohani itu tidak datang kerana beberapa orang percaya telah mengikut satu rumus kebangunan rohani yang telah ditetapkan. Ia datang dalam masa Tuhan sendiri dan menurut kehendak-Nya yang berdaulat. Transformasi rohani dalam kehidupan

para pelajar adalah hasil daripada pembaharuan yang dikirim oleh Tuhan. Tuhan telah melawat kampus itu menurut kehendak-Nya sendiri, pada masa pilihan-Nya sendiri, dan dengan rahmat-Nya. Saya akan selalu bersyukur kerana kebanganun rohani itu telah mengubah hidup saya. Di sini saya menyimpang sedikit dan menyatakan bahawa pada umumnya, kebangunan rohani dianggap sebagai pengalaman yang hebat, luar biasa, dan indah. Dan memang pun begitu—selepas apa yang telah berlaku. Bagaimanapun, orang yang telah merasakan kesedaran mendalam tentang dosa, iaitu ciri kebangunan rohani yang sejati, mereka akan bersetuju bahawa pengalaman itu sangat menekan dan menyakitkan bagi orang Kristian. Ingatan tentang masa pemeriksaan hati yang mendalam semasa

Page 25: BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANIcdn.pedomanharian.org › files › MY-SB-Kebangunan-Rohani.pdf · BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANI Oleh Richard W. De Haan Dikirim Oleh Tuhan amai orang

25

kebangunan rohani ketika saya belajar di kolej, masih menghantui saya sehingga hari ini. Kesedaran tentang dosa begitu dahsyat sehingga saya pasti ramai orang yang berseru memohon kebangunan rohani akan berhenti berdoa jika mereka tahu kesengsaraan jiwa yang akan dialami. Hasilnya memang baik dan indah, saya pasti. Tetapi perasaan bersalah yang dialami tidak dapat diterangkan. Perasaan itu hampir tidak boleh ditanggung sehingga seseorang mengakui dosa dan menyerah penuh kepada kehendak Tuhan. Adalah jauh lebih baik berjalan bersama dengan Tuhan pada setiap hari, sambil mentaati kehendak-Nya. Dengan itu, kita tidak perlu melalui kesakitan hukuman atau kewajiban kebangunan rohani, untuk menyedari keperluan rohani kita!

Kebanyakan khutbah tentang kebangunan rohani mendahulukan apa yang sepatutnya dikemudiankan. Sebenarnya syarat-syarat yang dikatakan penyebab kebangunan rohani adalah buah yang dihasilkan oleh kebangunan rohani yang sejati. Kebangunan rohani tidak sepatutnya diperlukan. Tahap kehidupan rohani yang tinggi seharusnya dipelihara oleh setiap anak Tuhan agar kebangunan rohani tidak perlu ada. Dengan mengakui dosa, mentaati kehendak Tuhan, menolak kejahatan, dan memiliki semua kekayaan dalam Kristus dengan iman, kita boleh mendapat sukacita yang paling besar, kesejahteraan yang paling dalam, dan dipenuhi dengan kuasa Tuhan dalam kehidupan sehari-hari. Kehidupan yang menang sebenarnya merupakan kehidupan

Page 26: BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANIcdn.pedomanharian.org › files › MY-SB-Kebangunan-Rohani.pdf · BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANI Oleh Richard W. De Haan Dikirim Oleh Tuhan amai orang

26

biasa bagi anak Tuhan. Tuhan menganggapnya prosedur yang standard. Ini tidak disimpan khas untuk pengalaman yang terbaik tentang kebangunan rohani. Bagaimanapun, kebanyakan orang Kristian hidup di bawah standard yang sepatutnya. Mereka meninggalkan kasih yang pertama. Mereka menjadi orang yang tidak berupaya. Mereka tidak lagi nampak perkara syurga dan apa yang kekal, melainkan mereka terpikat oleh hal dunia dan apa yang sementara. Oleh itu, Tuhan mengirim kebangunan rohani untuk mengangkat mereka. Standard Tuhan bagi semua orang Kristian adalah gaya hidup yang mempunyai iman yang mutlak, ketaatan yang tidak goyah, dan pelayanan dengan kasih. Apabila kita gagal menggunakan pertolongan Tuhan bagi kehidupan yang menang serta

menjadi lalai, mungkin Dia akan mengirimkan kebangunan rohani untuk menggoncangkan kita, mengejutkan kita daripada tidur rohani, dan memberi kebangunan rohani. Dengan demikian, Dia menggunakan cara yang tidak biasa untuk membawa anak-anak-Nya yang di bawah paras biasa supaya kembali kepada perjalanan hidup Kristian yang biasa. Dan seperti yang dinyatakan, itu adalah perjalanan yang berciri iman, ketaatan, dan sukacita. Jika orang percaya sentiasa setia melakukan kehendak Tuhan, mereka tidak perlu perlakuan yang begitu keras. Namun jika kita sangat memerlukan kebangunan rohani, itu merupakan teguran kepada gereja Tuhan Yesus Kristus. Kita percaya pada kebangunan rohani. Kita berdoa untuk pekerjaan Roh Tuhan yang dinamik dalam gereja. Tetapi sama

Page 27: BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANIcdn.pedomanharian.org › files › MY-SB-Kebangunan-Rohani.pdf · BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANI Oleh Richard W. De Haan Dikirim Oleh Tuhan amai orang

27

ada Tuhan berpendapat ada keperluan untuk mengirimkannya atau tidak, anda sendiri sebagai anak Tuhan, boleh hidup di peringkat rohani yang begitu tinggi sehingga anda seolah-olah mengalami kebangunan rohani yang terus-menerus. Anda boleh mengalami dan menikmati hadirat, kuasa, dan berkat Tuhan pada setiap hari. Mungkin ini mengejutkan orang yang menyamakan kehidupan Kristian dengan bateri yang boleh dicaj semula. Mereka berpendapat bahawa orang Kristian yang “lemah” dan memerlukan “caj rohani” dari semasa ke semasa adalah perkara biasa. Mereka menganggap kehidupan Kristian itu sebagai keadaan rohani yang naik turun sampai bila-bila. Tetapi keadaan seperti ini bukan rancangan Tuhan untuk anak-anak-Nya. Sebaliknya, mereka diharapkan untuk

memelihara kuasa rohani supaya tetap pada tahap yang tinggi. Tiada alasan untuk menjadi lemah. Dengan pertolongan Tuhan, kita boleh juga menjalani hidup yang beriman dan berkemenangan pada setiap hari serta berterusan. Bagaimanapun, memang menyedihkan kerana hanya sedikit orang percaya yang boleh hidup pada potensi seperti itu. Kebanyakan orang Kristian hidup di bawah paras standard. Saya ingin menegaskan lagi bahawa walaupun kita patut mendoakan untuk kebangunan rohani terjadi dalam gereja secara umum, anda tidak perlu menanti gerakan Roh Tuhan yang luar biasa, dan kebangunan rohani yang berleluasa untuk mengalami kuasa-Nya dalam hidup anda sendiri. Tuhan sedang menanti saat ini juga untuk memberkati anda apabila anda memenuhi syarat-syarat-Nya.

Page 28: BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANIcdn.pedomanharian.org › files › MY-SB-Kebangunan-Rohani.pdf · BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANI Oleh Richard W. De Haan Dikirim Oleh Tuhan amai orang

28

Walaupun tiada “rumus” yang menjamin kebangunan rohani, namun kita ada pola yang pasti untuk diikuti oleh setiap individu agar dibangunkan. Jika hati anda sudah menjadi dingin, jika anda telah berlaku acuh tak acuh terhadap Tuhan, jika hal-hal di dunia dan keseronokan dalam hidup telah mengambil alih perkara syurga dan apa yang kekal, saya mendorong anda mengambil langkah-langkah berikut untuk mengalami kebangunan rohani dalam diri anda sendiri: 1. Akui keperluan rohani anda. “Jika kita berkata bahawa kita tidak berdosa, kita menipu diri sendiri, dan Allah tidak ada di dalam hati” (1 Yohanes 1:8). 2. Akui dosa anda dan terima pengampunan Tuhan. “Tetapi jika kita mengakui dosa kita kepada Allah, Dia akan menepati janji-Nya dan melakukan

apa yang adil. Dia akan mengampunkan dosa kita dan membersihkan kita daripada segala perbuatan yang salah” (1 Yohanes 1:9). 3. Renungkan Firman Tuhan setiap hari. “Aku menyimpan hukum-Mu dalam hatiku, supaya aku tidak berdosa terhadap-Mu” (Mazmur 119:11). Tuhan menyatakan kehendak-Nya kepada anda melalui Firman Tuhan. Anda tidak akan menjadi Kristian yang berkemenangan jika anda tidak mempedulikan Alkitab. 4. Bercakaplah dengan Tuhan melalui doa. Berbuallah dengan Dia. Sembah Dia. Bersyukur kepada-Nya atas berkat-berkat-Nya. Dan beritahu Dia keperluan anda. “Oleh itu, marilah kita dengan penuh keberanian menghadap takhta Allah, kerana di situ rahmat-Nya melimpah. Di situ kita akan

Page 29: BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANIcdn.pedomanharian.org › files › MY-SB-Kebangunan-Rohani.pdf · BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANI Oleh Richard W. De Haan Dikirim Oleh Tuhan amai orang

29

menerima belas kasihan-Nya dan mengalami kasih-Nya, pada masa kita memerlukan pertolongan” (Ibrani 4:16). 5. Lawanlah dosa. Katakan ‘tidak’ kepada setiap pencubaan dari dunia, tabiat manusia yang berdosa, dan Iblis. Kuatkan hati kerana walaupun Iblis lebih berkuasa daripada anda, jika Tuhan di pihak anda, maka anda boleh mengalahkan musuh rohani. Roh Kudus yang tinggal dalam hidup kita adalah lebih berkuasa daripada Iblis dan semua gabungan kuasa dosa. “Tetapi anak-anakku, kamu milik Allah. Kamu sudah mengalahkan nabi-nabi palsu itu, kerana Roh yang ada pada kamu lebih berkuasa daripada roh yang ada pada orang milik dunia ini” (1 Yohanes 4:4). Bagaimana, adakah anda setia mengikut petunjuk-petunjuk tersebut? Jika anda tidak mengakui dosa, anda akan terlepas berkat

perjamuan dan persekutuan dengan Tuhan. Jika anda tidak membaca Alkitab dan membasahi hidup anda dengan Firman Tuhan, anda tidak akan mendapat kemenangan rohani. Jika anda tidak mengambil masa untuk berdoa, anda tidak akan mengalami perkara yang terbaik daripada Tuhan untuk anda. Oleh itu, jangan berpangku tangan dan menunggu saja gerakan Roh Tuhan yang luar biasa. Kini, anda secara peribadi boleh menggunakan bekalan Tuhan untuk mendapat kuasa rohani, kemenangan, dan sukacita. Itulah caranya untuk mendapat kebangunan rohani.

Page 30: BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANIcdn.pedomanharian.org › files › MY-SB-Kebangunan-Rohani.pdf · BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANI Oleh Richard W. De Haan Dikirim Oleh Tuhan amai orang

30

Adakah Kebangunan Rohani Di Seluruh Dunia Akan Berlaku?

pabila zaman ini menuju pengakhiran,

adakah ia menjadi semakin baik dari segi rohani dan mengalami kebangunanrohani, atau kemerosotan moral berlaku secaraberleluasa di dunia? Adakah tindakan kita betul untuk menanti kebangunan rohani yang hebat dan berleluasa pada akhir zaman? Adakah jutaan orang akan dimasukkan secara beramai-ramai ke dalam kerajaan Tuhan menjelang kedatangan Kristus? Dan adakah lama-kelamaan penambahbaikan rohani akan berlaku? Soalan-soalan ini biasa timbul apabila kebangunan rohani dibincangkan. Dalam

pelajaran akhir tentang Bagaimana Ada Kebangunan Rohani, saya ingin membawa kita berfikir tentang apa yang boleh diharapkan pada zaman ini. Tetapi sebelum itu, mari imbas semula maksudnya kebangunan rohani yang kita percakapkan. Apabila kita menggunakan perkataan kebangunan rohani, kita merujuk kepada masa-masa istimewa yang memberi kesegaran kepada gereja—masa-masa ketika tingkap-tingkap syurga seolah-olah terbuka dan gereja diberkati dengan berlimpah-limpah. Apabila masa-masa seperti itu datang, orang percaya yang diberi keinsafan yang mendalam oleh Roh Kudus, mengaku dosa secara peribadi (dan kadangkala secara umum). Mereka membaharui pengabdian kepada Tuhan. Dan semua pengalaman itu sering disertai oleh penyelamatan ramai jiwa. Ya, kebangunan

AA

Page 31: BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANIcdn.pedomanharian.org › files › MY-SB-Kebangunan-Rohani.pdf · BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANI Oleh Richard W. De Haan Dikirim Oleh Tuhan amai orang

31

rohani dikirim oleh Tuhan Yang Maha Kuasa kepada gereja pada waktu-waktu kegelapan dan kelemahan rohani. Dan ia mungkin datang sebagai jawapan kepada doa yang tekun dan berterusan daripada orang percaya. Sekarang kita beralih kepada soalan-soalan ini. Bolehkah kita mengharapkan kebangunan rohani yang hebat dan berleluasa? Adakah pembaharuan rohani yang besar dan sedunia akan terjadi? Adakah pekerjaan Roh Tuhan yang membawa transformasi dalam gereja boleh membawa ramai orang kepada Kristus untuk mendapat penyelamatan? Anda tidak boleh menemukan satu pun janji dalam Alkitab yang merujuk kepada kebangunan rohani dalam gereja. Baru-baru ini memang ada kebangunan rohani yang berlaku, dan kita memuji Tuhan atas

semua itu. Tetapi ia tidak berlaku kerana Tuhan menjanjikannya, atau kerana ada beberapa orang atau kumpulan orang mengikut satu “rumus” yang menjamin ia terjadi. Tidak, Tuhan mengirimkan kebangunan rohani menurut keputusan-Nya, dan sesuai dengan maksud-Nya yang penuh hikmat. Memang kita sangat memerlukan kebangunan rohani! Walaupun ia sangat diperlukan dan kita tertunggu-tunggu untuk melihatnya, tetapi kita tidak akan melihat sebarang kebangunan rohani secara berleluasa di dunia apabila ramai orang datang kepada Kristus. Sebaliknya, Alkitab menyatakan bahawa kita akan melihat peningkatan kadar keganasan, kejahatan, dan pemberontakan terhadap Tuhan ketika dunia semakin dekat dengan hari kiamat. Kita akan melihat kemerosotan rohani secara

Page 32: BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANIcdn.pedomanharian.org › files › MY-SB-Kebangunan-Rohani.pdf · BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANI Oleh Richard W. De Haan Dikirim Oleh Tuhan amai orang

32

umum, bukan peningkatan kesempurnaan moral. Rasul Paulus menulis:

Ingatlah hal ini! Pada hari-hari terakhir akan timbul banyak kesusahan. Manusia akan mementingkan diri sendiri, tamak dan serakah, sombong dan bongkak. Mereka akan menghina dan melawan ibu bapa, tidak tahu berterima kasih dan tidak mahu mengenal Allah.Mereka tidak mengasihi sesama manusia, tidak berbelas kasihan, suka mengumpat, suka akan keganasan; mereka kejam dan benci akan kebaikan.Mereka suka berkhianat, tidak berfikir panjang dan sombong. Mereka lebih menyukai kesenangan dunia daripada mengasihi Allah” (2 Timotius 3:1-4).

Dalam beberapa ayat kemudian, Paulus melanjutkan:

Orang jahat dan penipu akan menjadi semakin jahat. Mereka menipu orang lain, padahal mereka sendiri juga tertipu (ayat 13).

Benar juga, seperti dikatakan oleh Yesus dalam Matius 7, bahawa kebanyakan penduduk dunia tidak akan mengikut Dia.

Masuklah melalui pintu yang sempit, kerana pintu dan jalan yang menuju ke neraka itu lebar dan lapang! Banyak orang yang mengambil jalan itu. Tetapi pintu dan jalan yang menghala ke hidup sejati itu sempit dan susah. Hanya sedikit orang yang mendapati jalan itu (Matius 7:13-14).

Saya boleh bayangkan seseorang berkata, “Itu tidak memberi kita dorongan untuk bersaksi. Sebenarnya, kenyataan itu melemahkan semangat. Mengapa perlu menghabiskan banyak

Page 33: BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANIcdn.pedomanharian.org › files › MY-SB-Kebangunan-Rohani.pdf · BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANI Oleh Richard W. De Haan Dikirim Oleh Tuhan amai orang

33

wang dan tenaga untuk menjangkau dunia bagi Kristus?” Jawapannya mudah: Kita melakukannya untuk mentaati perintah Kristus sendiri, dan bukan untuk apa-apa alasan lain. Yesus berkata:

Pergilah ke seluruh dunia dan khabarkanlah Berita Baik daripada Allah kepada seluruh umat manusia (Markus 16:15).

Dalam Matius 28, Tuhan Yesus berkata:

Pergilah kepada semua bangsa di seluruh dunia dan jadikanlah mereka pengikut-Ku. Baptislah mereka dengan menyebut nama Bapa, Anak, dan Roh Allah. Ajarlah mereka mentaati segala yang sudah Aku perintahkan. Ingatlah, Aku akan sentiasa menyertai kamu sehingga akhir zaman (Matius 28:19-20).

Ya, walaupun tiada seorang pun yang akan

percaya kepada pemberitaan itu, dan jika telinga setiap orang tertutup kepada kebenaran, kita akan tetap memberitakan Berita Baik—dan untuk alasan yang paling baik. Tuhan Yesus Kristus menyuruh para pengikut-Nya untuk berbuat demikian. Saya teringat akan Yesaya, yang menerima amanah yang aneh daripada Tuhan. Tuhan berfirman kepada nabi itu:

Lalu Dia menyuruh aku memberikan perkhabaran ini kepada umat, “Kamu akan terus mendengar, tetapi tidak mengerti. Kamu akan terus memperhatikan, tetapi tidak tahu apa yang berlaku.” Kemudian Dia berfirman kepadaku, “Tumpulkanlah fikiran umat ini, tulikanlah telinga mereka dan butakanlah mata mereka supaya mereka tidak dapat melihat, atau

Page 34: BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANIcdn.pedomanharian.org › files › MY-SB-Kebangunan-Rohani.pdf · BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANI Oleh Richard W. De Haan Dikirim Oleh Tuhan amai orang

34

mendengar, ataupun mengerti. Jika mereka tidak demikian, mungkin mereka kembali kepada-Ku lalu disembuhkan” (Yesaya 6:9-10).

Perkara ini bukan mudah dilakukan! Yesaya diarah oleh Tuhan untuk berkhutbah kepada bangsa yang tidak mengerti atau percaya pada perkhabarannya, sebagaimana yang diberitahukan kepadanya pada permulaan. Dia memang tahu bahawa pemberitaannya tidak akan didengarkan, dan kebanyakan orang tidak mahu menyambut kata-katanya. Oleh itu, kita tidak hairan mendengar Yesaya berseru dalam ayat 11, “Sampai bilakah hal ini akan berlangsung, ya Tuhan?” Tuhan menjawab seperti berikut:

Sehingga kota-kota runtuh dan musnah tanpa penghuni, rumah-

rumah tidak didiami lagi dan tanah menjadi kosong serta tandus. Aku akan membuang umat itu ke tempat yang jauh, dan Aku akan menjadikan seluruh negeri sepi tidak berpenghuni. Bahkan jika ada seorang antara sepuluh yang masih tertinggal di negeri itu, dia juga akan dibinasakan. Dia akan menjadi seperti tunggul pokok oak yang telah ditebang. Tunggul itu melambangkan permulaan yang baru bagi umat Allah (Yesaya 6:11-13).

Yesaya harus menyampai-kan perkhabarannya dengan setia walaupun dia tahu kebanyakan orang tidak akan menerima kata-katanya. Hanya sedikit orang yang akan benar-benar memperhatikan pemberitaannya. Kita juga mesti pergi “ke seluruh dunia dan

Page 35: BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANIcdn.pedomanharian.org › files › MY-SB-Kebangunan-Rohani.pdf · BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANI Oleh Richard W. De Haan Dikirim Oleh Tuhan amai orang

35

khabarkanlah Berita Baik daripada Allah kepada seluruh umat manusia,” dan mengetahui bahawa kebanyakan orang yang mendengar pemberitaan itu tidak akan menerimanya. Mereka akan mendengar, tetapi “tidak mengerti.” Mereka akan melihat, tetapi “tidak tahu.” Kita mesti tekun menyampaikan Firman yang memberi hidup. Mengapa? Kerana kasih dan pengabdian kita kepada Kristus, dan demi orang yang memilih untuk percaya. Tanggungjawab kita bukan semestinya untuk berjaya. Sebaliknya, “Inilah sifat utama yang harus dimiliki oleh seorang hamba seperti itu: Dia harus setia kepada tuannya” (1 Korintus 4:2). Pada amnya, dunia sedang berpusing tanpa kawalan ke arah kemusnahan. Tuhan sedang memanggil segolongan kecil orang untuk menjadi umat-Nya, iaitu jemaah

Tuhan Yesus Kristus. Apabila ini menjadi ternyata, Tuhan Yesus akan datang semula dan menyambut kita untuk datang kepada-Nya. Sebelum masa itu, peluang dan tugas suci kita sebagai pengikut-Nya adalah memberitakan Berita Baik dan menyerahkan hasil kepada-Nya. Ingatlah, pahala kita berdasar pada kesetiaan—bukan bilangan orang yang percaya kepada Tuhan! Mungkin anda patah semangat hari ini. Anda telah cuba menjadi saksi Kristus. Anda telah berdoa dengan begitu tekun untuk orang yang sesat. Namun, anda telah melihat sedikit sekali hasil daripada usaha anda sehingga anda hampir berhenti melakukannya. Jika begitu keadaan anda, saya ingin mengingatkan anda bahawa Tuhan Yesus kita tidak menyuruh kita untuk pergi ke serata dunia dan mentaubatkan

Page 36: BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANIcdn.pedomanharian.org › files › MY-SB-Kebangunan-Rohani.pdf · BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANI Oleh Richard W. De Haan Dikirim Oleh Tuhan amai orang

36

dunia. Tidak, kita harus pergi ke seluruh dunia dan “mengkhabarkan Berita Baik.” Itulah tanggungjawab kita! Kita berkhutbah, lalu menyerahkan hasilnya kepada Tuhan. Bagaimana-pun, kita tahu bahawa pelayanan yang setia akan diberi ganjaran. Oleh itu, “janganlah kita jemu melakukan perkara-perkara baik. Jika kita tidak berhenti-henti berbuat demikian, kelak kita akan menuai hasilnya” (Galatia 6:9).

Mungkin hasil pelayanan kita kepada Kristus kadangkala mengecewakan. Walau bagaimanapun, kita bersyukur kerana meskipun tuaian rohani itu sedikit dan pekerjaan mengecewakan, Tuhan tetap meninggalkan “berkas-berkas barli dengan sengaja.” Dalam cerita Rut, kita diberitahu bahawa Boas berkata kepada para pekerjanya, “Biarlah dia memungut barli bahkan antara yang sudah diberkas. Jangan larang dia. Cabutlah beberapa batang barli dari berkas-berkas itu dan tinggalkanlah di sana supaya dapat dipungutnya” (Rut 2:15-16). Semasa Rut pergi untuk memungut barli yang tertinggal di ladang Boas, para pekerjanya telah diarah untuk meninggalkan banyak barli dengan sengaja. Betapa indahnya! Betapa murahnya hati Boas ini! Dan betapa hiburnya hati Rut yang susah!

Walaupun tiada seorang pun yang

akan percaya kepada pemberitaan itu, kita akan tetap memberitakan

Berita Baik—kerana Tuhan Yesus Kristus

menyuruh kita untuk berbuat demikian.

Page 37: BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANIcdn.pedomanharian.org › files › MY-SB-Kebangunan-Rohani.pdf · BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANI Oleh Richard W. De Haan Dikirim Oleh Tuhan amai orang

37

Tuhan juga melakukan sesuatu yang sama seperti itu bagi gereja. Semasa kita mengumpulkan tuaian di ladang dunia, “batang barli dari berkas-berkas sengaja dijatuhkan” daripada tangan-Nya. Dia mengirimkan kebangunan rohani. Dia memberi kita hasil untuk usaha kita. Dia mendorong kita dalam pemberitaan Berita Baik. Kemungkinan besar kita hidup dalam hari-hari akhir zaman gereja ini. Masa menuai mungkin hampir habis. Bagaimanapun, Tuhan masih menjatuhkan “batang barli dari berkas-berkas dengan sengaja” di sana sini. Tidak, ini bukan tugas kita untuk mentaubatkan seluruh dunia. Misi kita adalah mengkhabarkan Berita Baik. Dunia ini tidak akan bertambah baik secara rohani dan moral sementara zaman sekarang menuju hari kiamat. Dan kita tidak

mencari kebangunan rohani yang hebat dan berleluasa di seluruh dunia.

Walaupun gereja secara am itu bersikap dingin, acuh tak acuh, dan tidak berkuasa, hal ini tidak mengecualikan orang percaya untuk menjadi orang yang memenuhi kehendak Tuhan secara peribadi. Sebagaimana saya telah tegaskan dengan berulang kali dalam pelajaran-pelajaran ini, kita sebagai orang Kristian yang sudah lahir baru tidak perlu tunggu kebangunan rohani yang luar biasa dan

Tidak, ini bukan tugas kita untuk mentaubatkan seluruh dunia.

Misi kita adalah mengkhabarkan

Berita Baik.

Page 38: BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANIcdn.pedomanharian.org › files › MY-SB-Kebangunan-Rohani.pdf · BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANI Oleh Richard W. De Haan Dikirim Oleh Tuhan amai orang

38

menggegarkan dunia yang dikirim dari syurga untuk menjadikan kita orang seperti yang dikehendaki oleh Tuhan. Bila saja kita menggunakan bekalan Tuhan untuk kita, kita boleh mengalami sukacita dan berkat kehidupan Kristian yang menang dan dipenuhi oleh Roh. Ingatlah, kebangunan rohani hanya perlu apabila kita gagal menjalani kehidupan Kristian yang biasa. Apabila anak-anak Tuhan menjadi dingin secara rohani dan tidak peka kepada kehendak-Nya, Dia harus “menggoncangkan” mereka dan memulihkan mereka kepada persekutuan dengan-Nya. Tetapi hal itu tidak semestinya perlu. Dengan pertolongan Tuhan, anda sebagai orang Kristian boleh menjadi orang yang dikehendaki-Nya pada saat ini juga. Oleh itu, jangan tunggu kebangunan rohani yang

hebat untuk mengubah hidup anda. Akuilah dosa anda setelah mengenal keperluan rohani anda. Terimalah pengampunan Tuhan. Bacalah Firman-Nya. Kajilah. Taatilah. Dan jangan lupa berdoa. Sebenarnya, selagi anda terus melakukan semua ini, anda akan mengalami berkat kedamaian dan kuasa Tuhan tanpa sebarang gangguan dalam hidup anda setiap hari. Jadi, apa lagi yang anda tunggu? Jika anda merasa ada kedinginan, kelembapan, kelemahan semangat rohani dalam hidup anda, saya menggesa anda untuk melakukan sesuatu, dan lakukanlah hal itu sekarang juga! Mulakan dengan mengakui dosa anda kepada Tuhan. Alkitab memberi kita janji ini:

Tetapi jika kita mengakui dosa kita kepada Allah, Dia akan menepati janji-

Page 39: BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANIcdn.pedomanharian.org › files › MY-SB-Kebangunan-Rohani.pdf · BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANI Oleh Richard W. De Haan Dikirim Oleh Tuhan amai orang

39

Nya dan melakukan apa yang adil. Dia akan mengampunkan dosa kita dan membersihkan kita daripada segala perbuatan yang salah (1 Yohanes 1:9).

Bertekadlah untuk berjalan dalam ketaatan pada kehendak Tuhan yang sudah dinyatakan. Kita diberitahu dalam 1 Yohanes 1:7 bahawa “jika kita hidup dalam cahaya, sebagaimana Allah ada dalam cahaya, maka kita hidup rukun dan darah Yesus, Anak-Nya, membersihkan kita daripada segala dosa.” Serahkan segenap hidup anda kepada Tuhan, seperti yang digesa oleh rasul Paulus:

Saudara-saudaraku! Kerana Allah sangat baik kepada kita, aku menggesa kamu supaya mempersembahkan diri sebagai suatu korban yang hidup, yang khas untuk Allah, dan yang

menyenangkan hati-Nya. Demikianlah seharusnya kamu beribadat kepada Allah.Janganlah ikut kebiasaan dunia, tetapi biarlah Allah membaharui cara kamu berfikir, sehingga kamu dapat mengetahui kehendak Allah—iaitu apa yang baik dan yang menyenangkan hati-Nya, serta yang sempurna (Roma 12:1-2).

Izinkan Roh Kudus untuk menguasai anda. Biarlah Dia memakai anda untuk kemuliaan Tuhan.

Janganlah kamu menjadi mabuk oleh wain, kerana hal itu akan merosakkan hidup kamu. Tetapi hendaklah kamu dikuasai oleh Roh Allah (Efesus 5:18).

Ya, inilah caranya untuk mendapat kebangunan rohani—dan untuk tetap dibangunkan!

Page 40: BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANIcdn.pedomanharian.org › files › MY-SB-Kebangunan-Rohani.pdf · BAGAIMANA ADA KEBANGUNAN ROHANI Oleh Richard W. De Haan Dikirim Oleh Tuhan amai orang

40

Penggubah lagu gereja Bessie Porter Head menulis:

Ya Hati Kristus,pernah hancur kerana kami,Di sanalah kami mendapat

kekuatan dan rehat;Dulu hancur, penuh sesal,

hati kami kini tenang,Dan semoga jemaah-Mu

yang menunggu diberkati.Bangunlah kami, Tuhan!

Adakah kami kurang semangat?

Sementara ladang tuaianmasih luas dan menguning?Bangunlah kami Tuhan—dunia sedang menunggu!

Lengkapi jemaah-Muuntuk menyebarkan

cahaya-Mu.

Buku kecil ini dipetik daripada khutbah-khutbah Richard W. De Haan dalam program televisyen, Day of Discovery pada tahun 1984. Richard menjadi presiden dan guru Radio Bible Class (kini Our Daily Bread Ministries) dari tahun 1964 hingga 1984.____________________________________

Buku Asli: “How To Have A Revival” Reka bentuk kulit: Jane Selomulyo

Foto kulit: Alex Soh

Petikan Alkitab daripada Alkitab Berita Baik, © 1996 Bible Society of Malaysia.

© 2009, 2010, 2015 Our Daily Bread Ministries, Grand Rapids, Michigan. Hak Cipta Terpelihara

E-mel: [email protected]