Upload
oral
View
104
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
No. Siri : BS 3/4 No. Fail: JPA(BKP)548/1/12 Pindaan : 00/2009. JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PANDUAN PERUBATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM (PERBELANJAAN RAWATAN PENYAKIT BUAH PINGGANG). BAHAGIAN SARAAN. “JPA PENERAJU PERUBAHAN PERKHIDMATAN AWAM”. - PowerPoint PPT Presentation
Citation preview
BAHAGIAN SARAAN
No. Siri : BS 3/4No. Fail : JPA(BKP)548/1/12Pindaan : 00/2009
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
PANDUAN PERUBATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM (PERBELANJAAN RAWATAN PENYAKIT BUAH
PINGGANG)
“JPA PENERAJU PERUBAHAN PERKHIDMATAN AWAM”
JPA
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
PANDUAN PERUBATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM (PERBELANJAAN RAWATAN PENYAKIT BUAH
PINGGANG)
Kata-kata AluanKetua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmat dan inayah-Nya, maka Buku Panduan JPA Edisi Keempat dapat diterbitkan sebagai satu usaha murni ke arah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang dibentangkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri meletakkan harapan yang tinggi terhadap keupayaan perkhidmatan awam sebagai penggerak kemajuan negara. Ia dizahirkan melalui teras kedua dan kelima RMK-9 yang menekankan aspek modal insan yang berminda kelas pertama dan meningkatkan keupayaan organisasi.
Realitinya, persekitaran perkhidmatan awam tidak lagi seperti biasa. Justeru, JPA perlu terus relevan melaksanakan peranan untuk menjelmakan manifestasi stakeholders kepada rakyat. JPA harus sentiasa mengamalkan prinsip kaizen bagi memastikan perkhidmatan yang disampaikan adalah berkualiti dan melangkaui kebiasaan.
Saya berharap agar semua usaha JPA dapat diterjemahkan melalui penerbitan Buku Panduan JPA Edisi Keempat ini. Semoga dengan penerbitan Buku Panduan JPA, segala urusan antara pelanggan dengan JPA dapat dipermudahkan dan dipercepatkan.
Sekian, terima kasih.
(TAN SRI ISMAIL ADAM)
1
PANDUAN PERUBATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM
(PERBELANJAAN RAWATAN PENYAKIT BUAH PINGGANG)
1. PERATURAN
1.1 Perbelanjaan bagi rawatan penyakit buah pinggang seperti
Hemodialisis dan Continuois Ambulatory Peritoneal Dialysis
(CAPD) di luar hospital Kerajaan boleh dipertimbangkan dengan
syarat pesakit diperaku oleh Pakar Nefrologi Kerajaan
memerlukan rawatan berkenaan dan disahkan kemudahan
rawatan tersebut tidak dapat disediakan oleh hospital Kerajaan.
1.2 Perbelanjaan untuk rawatan Hemodialisis di hospital / klinik
swasta terhad kepada kos rawatan sebenar tertakluk kepada had
maksimum tidak melebihi RM200.00 setiap rawatan.
Sebarang ubat, alat atau ujian lain yang diperolehi di hospital /klinik
swasta berkenaan yang kemudahannya boleh diperolehi di
hospital Kerajaan tidak dipertimbangkan.
2
1.3 Perbelanjaan bagi rawatan di hospital / klinik swasta sebelum
tarikh mendaftar dan disahkan mengidap penyakit ‘End Stage
Renal Failure’ di hospital Kerajaan tidak dipertimbangkan.
1.4 Perbelanjaan bagi rawatan CAPD yang
dipertimbangkan termasuk ubat dan alat pakai
buang.
3
2. KATEGORI YANG LAYAK MEMOHON
2.1 Pegawai Perkhidmatan Awam / Suami / Isteri;
2.2 Pesara yang menerima pencen / Suami / Isteri;
2.3 Anak-anak yang ditanggung sepenuhnya oleh pegawai/ pesara
:
(a) berumur di bawah 18 tahun;
(b) berumur di bawah 21 tahun jika masih belajar; dan
(c) tiada had umur bagi anak yang daif.
2.4 Ibu bapa yang sah kepada pegawai yang memilih SSB/ SSM
dan masih berkhidmat.
4
3. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
3.1 Pesakit mendapat rawatan di hospital / klinik kerajaan.
3.2 Pesakit perlu mendapatkan pengesahan daripada pakar
Nefrologi Hospital Kerajaan mengenai perkara berikut:
(a) keperluan rawatan; dan
(b) pengesahan tidak dapat disediakan oleh
hospital Kerajaan.
4. PROSEDUR PERMOHONAN
4.1 Pegawai yang sedang berkhidmat perlu mengemukakan
permohonan kepada Ketua Jabatan masing-masing.
5
4.2Pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan perlu mengemukakan
permohonan kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA).
4.3Dokumen berikut perlu dikemukakan semasa permohonan:
(a) Borang permohonan SARAUBAT JPA (AM);
(b) Borang SARAUBAT JPA (PPK) yang telah disahkan Pakar
Nefrologi Hospital Kerajaan di para 3.2 (a) dan (b);
(c) resit bayaran atau surat sebut harga; dan
(d) salinan kad pesara (jika berkaitan).
Tatacara permohonan dan borang-borang berkaitan adalah seperti yang
dikeluarkan bersama Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2001.
`
6
5. PERMOHONAN SELAIN DARIPADA PERKHIDMATAN AWAM
PERSEKUTUAN
Permohonan daripada kalangan pegawai / pesara Perkhidmatan
Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa
Tempatan yang menerima pakai Perintah Am Bab F 1974,
hendaklah disampaikan terus kepada pihak berkuasa masing-
masing untuk kelulusan dan pembayaran.
7
6. PERTANYAAN
Sila hubungi pegawai di bawah atau faks 03-83201981
1. Cik Syarina binti Kassim
Ketua Penolong Pengarah
03-83164080
2. Cik Azinida binti Muhamad
Ketua Penolong Pengarah
03-83164087
3. Encik Fahizol bin HarisPenolong [email protected]
4. Cik Marziah binti Mohamed Mukhtar
Penolong Pengarah
03-83164473
ALAMAT:
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia
Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Saraan
Aras 5 & 6, Blok A, Bangunan MKN- Embassy Techzone
No. 3200, Jalan Teknokrat 2,
63000 Cyberjaya.