Upload
wpatriciajane
View
272
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
7/28/2019 bahan bantu
1/30
TOPIK 8 : PENYEDIAAN DAN PENGGUNAAN BBM/ABM
PENGENALAN
Kajian telah membuktikan bahawa keberkesanan proses pengajaran-pembelajaran (P&P)
bertambah jika bahan bantu mengajar (BBM) yang digunakan itu sesuai, jelas, menarik dan
efektif. Mengikut kajian, 75 % daripada maklumat yang diperolehi oleh pelajar adalah melalui deria
penglihatan, 13 % melalui deria pendengaran, 4 % melalui deria sentuh, 4 % deria rasa dan 4 %
lagi melalui deria bau. Deria penglihatan dan pendengaran merupakan dua saluran deria manusia
yang penting sekali untuk memperolehi maklumat. Oleh yang demikian, bahan bantu mengajar,
khasnya alat pandang dengar memainkan peranan penting dalam aktiviti P & P dengan tujuan
memperolehi ilmu pengetahuan, menguasai kemahiran dan perubahan tingkah laku.
Bahan pengajaran-pembelajaran merangkumi berbagai-bagai jenis alat dan bahan sumber yang
telah sedia atau yang disediakan oleh kita untuk membantu dalam pengajaran dan untuk
membantu pelajar dalam pembelajaran. Dalam proses P & P, BBM atau alat bantu mengajar
(ABM) digunakan bagi menjelas dan mengukuhkan isi pelajaran yang ingin disampaikan oleh kita
untuk mencapai objektif pembelajaran.
Topik ini membantu anda menguasai kemahiran penyediaan dan penggunaan bahan bantu
mengajar yang menghuraikan jenis dan contoh bahan maujud, separa maujud dan abstrak serta
kepentingannya. Topik ini juga mengkategorikan aspek alatan dan bahan, teknik penyediaan dan
penghasilan bahan. Di samping itu menjelaskan tentang pengunaan bahan jenis hardware,
software, pengendalian, penjagaan dan penyimpanan bahan. Pengintergrasian komputer dan
bahan mediatif dalam P & P juga dibincangkan di akhir topik ini.
.
1
7/28/2019 bahan bantu
2/30
OBJEKTIF TOPIK
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. mengenal pasti jenis dan contoh alat-alat maujud, separa maujud dan abstrakbahan bantu mengajar.
2. menjelaskan teknik penyediaan alat dan bahan bantu mengajar yangrelevan dan berkesan untuk P & P
3. menghuraikan penggunaan alat-alat hardware dan software dalam proses P & P
4. menerangkan teknik dan cara penyimpanan alat-alat bantu mengajar denganteratur dan sistematik
5. mengamalkan pengintegrasian multimedia atau jaringan internet sebagai salah satukaedah dan strategi secara kontektual dalam proses pengajaran-pembelajaran.
GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK
2
BAHAN BANTU MENGAJAR
Jenis danContoh
Penggunaan
Penyediaan- Alatan dan bahan- Teknik penyediaan- Penghasilan bahan
Maujud
Separa maujud
Abstrak
Jenis hardware /software Pengendalian
Penjagaan &
Penyimpanan
7/28/2019 bahan bantu
3/30
8.1 JENIS DAN CONTOH BBM
Bahan P & P biasanya digolongan sebagai media pengajaran atau instructional media. Gerlach
dan Ely (1980) melihat media pengajaran sebagai sumber-sumber seperti manusia, bahan atau
suasana yang boleh menimbulkan iklim pembelajaran untuk merangsangkan pelajar mendapatkan
ilmu pengetahuan, kemahiran serta membentuk sikap positif. Reiser dan Gagne (1983) membuat
kesimpulan bahawa media pengajaran merangkumi bahan bercetak, rakaman audio dan visual,
filem, slaid serta alatan yang digunakan bagi menyampaikan isi pengajaran. Peranan bahan
pengajaran-pembelajaran ditentukan oleh sukatan pelajaran, objektif pengajaran dan aktiviti-
aktiviti P & P yang terbentuk daripada pendekatan atau kaedah pengajaran guru.
Definisi Bahan Bantu Mengajar
Atan Long (1982) berpendapat, alat-alat yang menyokong penyampaian pembelajaran diberi
nama `alat bantu mengajar. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau
slaid yang dipancarkan pada layar.
Thomas, R. Murray dan Swartout, Sherwin G. (1963) menjelaskan bahawa hanya alat bantu
mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar memperolehi
pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiah dan sikap sosial,
kemantapan emosi dan daya penghargaan.
Kategori Bahan Bantu Mengajar
Menurut J.S.Farrant (1981); alat bantu mengajar terbahagi kepada dua kategori, iaitu;
1. Alat bantu mengajar yang asas seperti papan hitam, buku teks, buku kerja, gambar
dan carta, papan flannel, peta, atlas dan glob, model dan contoh-contoh.
2. Alat bantu mengajar elektrik seperti layar dan penggelapan, jalur filem, dan slaid,
wayang gambar, televisyen, radio, perakam pita dan gramotor.
3
7/28/2019 bahan bantu
4/30
Mengikut W.F.Connell (1981); sumber pengajaran boleh dibahagikan kepada 3 kategori, iaitu;
1. Alat bantu mengajar am seperti papan hitam dan buku bercetak.
2. Alat pandangdengar seperti objek, model, patung, gambar, lukisan, diorama,
gambarfoto, glob, peta, carta, gambarajah, graf, poster, kartun dan bahan salinan bagi
alat pandang. Manakala alat dengar adalah seperti radio, alat pemain piring hitam, pita
rakaman suara dan sistem pembesar suara. Filem suara dan televisyen pula bercorak
pandang-dengar.
3. Alat ciptaan baru bagi pengajaran berprogram, modul dan mesin mengajar yang
berkaitan seperti alat-alat multimedia.
Kesimpulannya, BBM atau ABM boleh kita rumuskan kepada tiga jenis, iaitu;
1. Alat bantu mengajar yang asas seperti papan hitam atau papan tulis, buku teks dan
buku kerja
2. Alat bantu mengajar bukan elektronik seperti objek, buku, papan flanel, model, patung,
gambar, lukisan, carta, gambarajah, graf, poster, kartun, lawatan, pameran, sumber-
sumber komunit dsb.
3. Alat bantu mengajar elektronik seperti filem jalur dan slaid, radio, televisyen, perakam
pita, video, projektor legap, projektor overhead, makmal bahasa, gramafon, alat
pemain piring hitam dan pembesar suara.
8.1.1 Maksud Bahan Maujud / Konkrit
Menurut Kamus Dewan, bahan maujud bermaksud bahan-bahan yang nyata (real object) atau
benda yang dapat dilihat dan dipegang. Bahan-bahan maujud adalah bahan sebenar atau asli
yang anda bawa masuk ke bilik darjah sama ada buatan manusia atau semulajadi, seperti jenis
sayur-sayuran, buah-buahan, bunga-bungaan, kuih muih dsb
8.1.2 Bahan Separa Maujud
Kamus Dewan menjelaskan bahan separa maujud adalah bahan-bahan dan peralatan yang tidak
memerlukan alat pengunjuran atau tayangan semasa digunakan. Kebanyakan bahan bantu
mengajar tergolong di dalam kumpulan ini, seperti carta, model, gambarfoto, kartun, gambarjah
dll.
4
7/28/2019 bahan bantu
5/30
Jenis-jenis bahan bantu mengajarsepara maujud termasuk;
a) Bahan 2D bahan dua dimensi (2D) adalah bahan-bahan visual yang dihasilkan di atas
kepingan kertas yang rata seperti gambarfoto dan carta.
b) Bahan 3D bahan tiga dimensi (3D) adalah bahan-bahan yang menyerupai bentuk asli
atau modelnya, yang dibuat sama saiz dengan benda asal atau pun dikecilkan, contohnya
model kereta dan model rumah.
c) Papan Pengajaran sebarang jenis papan besar yang digunakan oleh guru untuk
membuat catatan isi dan bahan-bahan pengajaran yang lain untuk salinan atau tatapan
pelajar, seperti papan kapur, papan hitam atau papan putih dll.
d) Papan pamer papan yang digunakan untuk mempamerkan visual-visual tertentu seperti
papan flanel, papan kenyataan dll.
8.1.3 Abstrak
Bahan yang tidak dapat dilihat atau tidak dapat dirasa dengan pancaindera tetapi hanya ada
dalam fikiran (tentang sesuatu pengertian seperti kesetiaan, kecantikan dll) . Bahan-bahan ini
selalu dibincangkan dengan pelajaran moral, agama, bahasa dan kesenian dll.
8.1.4 Bahan pengajaran pembelajaran yang dicadangkan oleh Kementerian PelajaranMalaysia adalah seperti berikut:
5
Cuba Anda Banding Beza
Apakah perbezaan BBM jenis maujud dengan bahan separa maujud?KUIZ 1 :
Huraikan definisi bahan bantu mengajar? Nyatakan secara grafik BBM yangdicadangkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia?
http://var/www/apps/conversion/tmp/AppData/Local/Microsoft/Windows/Temporary%20Internet%20Files/Content.IE5/P7BBLET1/RBT%203105%20-%20R5/LAMPIRAN%204-JAWAPAN%20KUIZ.dochttp://var/www/apps/conversion/tmp/AppData/Local/Microsoft/Windows/Temporary%20Internet%20Files/Content.IE5/P7BBLET1/RBT%203105%20-%20R5/LAMPIRAN%204-JAWAPAN%20KUIZ.dochttp://var/www/apps/conversion/tmp/AppData/Local/Microsoft/Windows/Temporary%20Internet%20Files/Content.IE5/P7BBLET1/RBT%203105%20-%20R5/LAMPIRAN%204-JAWAPAN%20KUIZ.dochttp://var/www/apps/conversion/tmp/AppData/Local/Microsoft/Windows/Temporary%20Internet%20Files/Content.IE5/P7BBLET1/RBT%203105%20-%20R5/LAMPIRAN%204-JAWAPAN%20KUIZ.dochttp://var/www/apps/conversion/tmp/AppData/Local/Microsoft/Windows/Temporary%20Internet%20Files/Content.IE5/P7BBLET1/RBT%203105%20-%20R5/LAMPIRAN%204-JAWAPAN%20KUIZ.doc7/28/2019 bahan bantu
6/30
:
Bahan Separa Maujud.
8.2 PENYEDIAAN BAHAN BANTU MENGAJAR
Bagaimanakah anda hendak memilih BBM?
6
BAHAN BAHAN BERCETAK BAHAN BAHAN BUKAN BERCETAK
Buku FiksyenBukan Fiksyen Terbitan berkala; Harian,mingguan, bulanan, tahunan
dan lain-laian
Hardware Software Bahan TigaDimensi
Bahan-BahanBukan Tayangan
Bahan-BahanPendengaran
Bahan-BahanTayangan
Bahan-Bahan Tayangandan Dengar
1. Papan tulis
2. Papan magnet3. Papan flannel4. Bingkai Carta5. Image primer6. Image printer7. Transparensi
maker8. komputermikro
1. Radio2. Radio
Kaset3. Pita kaset4. Audio card
reader
1. ProjektorOHP
2. ProjektorFilem Slaid
3. ProjektorFilem jalur
4. Episcope5. Epivisor
1. TV/VCR
2. Projektordengan suara
- filim slaiddengan kaset
- filem jalurdengan kaset
3. ProjektorFilem 16 mm
- 8 mm4. Komputer
1. Lutsinar OHP2. Filem Jalur3. Filim sisipan4. Filem 16
mm/8 mm5. Kaset pita
audio6. Kasetpita
video7. Carta8. Kain gambar
untuk cartapusing
9. kad-kad untuk
flannel10. Kad-kad
untuk audiocard reader
11. Kadcantuman/imbasan
12. Floppy disc /diskette
1. Glob2. Model-
model3. Realia4. Bahan-
bahanpermainanpelajaran:
- catur
- scrable
- sahiba
- saidina
dsb* Sukatan Pelajaran Pengurusan Pusat Sumber Sekolah:Satu Garis Panduan Untuk Kursus Perkhidmatan 1987,Bahagian Sekolah-Sekolah, Kementerian PendidikanMalaysia, halaman 35
7/28/2019 bahan bantu
7/30
Bahan bantu mengajar boleh didapati dalam beberapa
jenis sama ada dalam media unjuran, media bukan
unjuran atau media elektronik.
Proses pemilihan bahan bantu mengajar melibatkan anda mengunakan kaedah-kaedah berikut;
Pilih daripada bahan-bahan sedia ada
Olahan semula bahan-bahan sedia ada
Merekacipta bahan-bahan baru
8.2.1 Pilihan bahan-bahan sedia ada
Untuk membuat pilihan bahan berbentuk ini, kita boleh berpandukan faktor-faktor berikut;
a) Tahap pencapaian pelajar
BBM yang dipilih mestilah sesuai dengan tahap kebolehan dan perkembangan pelajar
dalam bidang akademik, tahap kefahaman serta pendengaran. Bahan tersebut
mestilah dapat diterima dengan mudah oleh semua pelajar.
b) Bentuk objektif proses pengajaran dan pembelajaran
Kandungan bahan mestilah sesuai dan sejajar dengan objektif pengajaran-
pembelajaran. Bahan itu mestilah mempunyai penerangan yang jelas serta mempunyai
aktiviti-aktiviti kelas atau individu yang setara dalam proses P & P.
c) Kaedah pengajaran yang digunakan
Bahan bantu mengajar mempunyai cara atau kaedah penggunaan yang tersendiri. Kita
perlu tahu cara-cara tersebut, misalnya adakah bahan itu boleh digunakan secara
kumpulan atau individu? Perlukah peneguhan secara bertulis atau lisan atau gambaran
atau kesemuanya?
d) Kekuatan atau kelemahan bahan dalam situasi P & P
Sebelum bahan bantu mengajar dapat digunakan secara optimum, kita haruslah dapat
menyelesaikan persoalan-persoalan berikut;
7
7/28/2019 bahan bantu
8/30
- adakah masa yang diperuntukan itu cukup?
- adakah bahan-bahan tambahan itu mencukupi?
- perlukah perbelanjaan dikeluarkan untuk menggunakan bahan itu dan
- sanggupkah pihak sekolah membiayainya?
8.2.2 Olahan semula bahan sedia ada.
Bahan-bahan yang dibekalkan oleh syarikat-syarikat swasta lazimnya tidak mengikut
kehendak kurikulum sekolah dengan sepenuhnya. Anda bolehlah menggunakan
kebijaksanaannya sendiri untuk mengolah semula bahan-bahan tersebut supaya sesuai
dan relevan dengan tujuan serta objektif P & P
Langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh kita termasuklah;
a) memperbaiki caption atau label pada poster atau grafik
b) mengubahsuai aras rakaman audio pada rakaman kaset atau video
c) menyunting teks, grafik visual atau rakaman
d) membuat atau melukis semula grafiknya.
8.2.3 Merekacipta bahan baru.
Anda adalah sumber yang paling baik untuk menghasilkan bahan-bahan yang baik,
sempurna dan sesuai di dalam sesuatu situasi P & P. Anda sememangnya arif dalam
beberapa aspek seperti tahap pencapaian pelajarnya, faham tentang tajuk yang
disampaikan serta unggul mengenai objektif P & P yang ingin dicapai. Dalam hal ini,
merekacipta bahan-bahan baru, beberapa persoalan 4W & 1H (Why, What, When, Who
and How) perlu diambil kira terlebih dahulu, disamping perkara-perkara berikut, iaitu;
a) Objketif P & P
- Apakah yang mahu dipelajari oleh pelajar?
- Apakah penggunaan bahan tersebut dapat mencapai objektif yang ingin dicapai?
b) Penonton
- Apakah tahap pencapaian pelajar?
8
7/28/2019 bahan bantu
9/30
- Bolehkah mereka mengikuti arahan atau petunjuk bahan tersebut?
- Adakah pelajar mempunyai kecekapan, kebolehan atau pengetahuan untukmenggunakan bahan itu?
c) Perbelanjaan
- Adakah penyediaan atau penghasilan bahan itu melibatkan kos?
- Bolehkah kita atau sekolah membiayainya?
d) Kepakaran atau kemahiran teknikal
- Adakah kemahiran atau kepakaran tertentu diperlukan untuk membuat bahan ituatau untuk menggunakannya?
- Bolehkah didapati bantuan untuk menghasilkan bahan itu?
- Bolehkah kita membuat bahan itu dengan mudah?
- Bagaimanakah kesan bahan tersebut terhadap ilmu, kemahiran dan sikap pelajar?
8.2.4 Kriteria Pemilihan Bahan Bantu Mengajar
Sebelum anda membina sesuatu bahan, pemilihan bahan perlulah diberi perhatian, iaitu;
BBM haruslah bersesuaian dengan aktivti P & P. Isi kandungan haruslah tepat dan berkait
rapat dengan topik yang hendak diajarkan.
BBM harus mengandungi idea-idea dan rekabentuk yang asli dan tersendiri.
BBM yang hendak digunakan mestilah seimbang atau sesuai dengan objektif P & P
BBM boleh membantu kita dalam aktiviti P & P di mana kita boleh menyampaikan konsep
dengan lebih mudah, tepat dan cepat.
Kita mestilah suaidiri terlebih dahulu dengan media ataupun bahan yang bakal digunakan
untuk mengelakkan kesilapan atau kelemahan semasa persembahan.
Rekabentuk BBM hendaklah menarik dan berkesan untuk menimbulkan minat pelajar.
BBM mestilah sepadan dengan kaedah pengajaran yang digunakan dan mengandungi
nilai-nilai murni yang tinggi.
BBM yang dipilih itu mestilah sesuai dengan kebolehan dan tahap pencapaian pelajar.
BBM haruslah disediakan dengan kos yang rendah dan dalam masa yang berpatutan.
BBM harus disediakan dalam saiz dan berat yang sesuai supaya ia mudah dibawa, diguna
dan disimpan.
.
8.2.5 Kepentingan Bahan P & P
9
Cetusan Minda
Terangkan objektif yang berkaitan dengan aspek penyediaan
bahan bantu mengajar setelah anda membaca modul ini?
http://var/www/apps/conversion/tmp/AppData/Local/Microsoft/Windows/Temporary%20Internet%20Files/Content.IE5/P7BBLET1/RBT%203105%20-%20R5/LAMPIRAN%204-JAWAPAN%20KUIZ.dochttp://var/www/apps/conversion/tmp/AppData/Local/Microsoft/Windows/Temporary%20Internet%20Files/Content.IE5/P7BBLET1/RBT%203105%20-%20R5/LAMPIRAN%204-JAWAPAN%20KUIZ.doc7/28/2019 bahan bantu
10/30
8.2.6 Kepentingan bahan rujukan guru
Bahan seperti sukatan pelajaran, buku panduan mengajar dan buku sumber adalah penting bagi
kita mengkaji dengan teliti supaya dapat mengajar dengan tepat, membolehkan kita merancang
persediaan mengajar dengan berkesan serta menyediakan alat bantu mengajar yang relevan dan
sesuai.
8.2.6 Kepentingan bahan pengajaran guru
Bahan pengajaran merujuk kepada alat bantu mengajar yang digunakan oleh kita semasa
mengajar. Bahan-bahan ini terdiri daripada kapur dan papan tulis, carta, radas-radas, spesimen,
benda-benda maujud, gambar, peta dan glob, rakaman kaset dan video, transparensi dan
projektor, komputer dan LCD.
Kepentingan bahan pengajaran ialah;
1. membantu kita menyampaikan pelajarannya dengan tepat.
2. merangsangkan minat pelajar supaya menumpukan perhatian kepada pelajaran.
3. memudahkan kita menyampaikan pelajarannya. Dengan BBM kita tidak perlu
menghuraikan sesuatu dengan menggunakan banyak perkataan.
4. kita dapat menjimatkan masa pengajarannya kerana kita tidak perlu lagi menulis
maklumat-maklumat itu di atas papan hitam.
10
Penglihatan 75%
Pendengaran 13%
Sentuh 4%
Bau 4 %
Rasa 4 %
KUIZ 2 :
Nyatakan 3 cara memilih bahan bantu mengajar? Huraikan salah daripadacara tersebut?
http://var/www/apps/conversion/tmp/AppData/Local/Microsoft/Windows/Temporary%20Internet%20Files/Content.IE5/P7BBLET1/RBT%203105%20-%20R5/LAMPIRAN%204-JAWAPAN%20KUIZ.dochttp://var/www/apps/conversion/tmp/AppData/Local/Microsoft/Windows/Temporary%20Internet%20Files/Content.IE5/P7BBLET1/RBT%203105%20-%20R5/LAMPIRAN%204-JAWAPAN%20KUIZ.doc7/28/2019 bahan bantu
11/30
Kepentingan bahan pembelajaran pula ialah;
1. membolehkan pelajar menghubungkaitkan di antara benda konkrit dengan fakta-fakta yang
abstrak.
2. membantu pelajar mengukuhkan ingatan. Pelajar biasanya boleh mengingat sesuatu yangberbentuk konkrit lebih lama daripada bahan-bahan abstrak.
3. membantu pelajar menjalankan aktiviti pengayaan atau pemulihan
4. membolehkan pelajar menjalankan kajian, melalui kaedah projek atau kaedah inkuiri-
penemuan dan membuat kesimpulan dengan menggunakan BBM
5. membantu pelajar menyelesaikan masalah secara sendiri dengan menggunakan BBM.
AKTIVITI 1:
Anda dalam kumpulan (2 atau 3 orang) dikehendaki membuat sebuah papan flanelmengikut ukuran dan saiz berikut ;
Cara Membuat Papan Flanel:
Untuk membuat papan flanel, kita memerlukan kayu untuk pemidang (bingkai) dan kuda-kuda,sekeping papan tebal atau papan lapis untuk menutup pemidang dan sehelai kain flanel yangberkualiti untuk dibuat alas. Kekemasan dan kesempurnaan alat amatlah diutamakan.
1. Membuat pemidang2 keping kayu / beluti - 84 sm x 2 sm2 keping kayu / beluti - 55 sm x 2 sm
2. Kuda-Kuda2 keping kayu / beluti - 52 sm x 2.5 sm x 7.5 sm2 keping kayu / beluti - 76 sm x 2.5 sm x 2 sm2 ensel - jenis 1.2 smpaku dan skru
3. Papan Lapis / Papan Tebal - 84 sm x 55 sm x 1.5 mm tebal)
4. Kain Flanel - 89 sm x 61 sm
5. Paku Tekan / stapel
11
7/28/2019 bahan bantu
12/30
8.3 PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN BBM
Pengumpulan dan penyimpanan bahan-bahan bantu mengajar tanpa sebarang sistem tertentuakan menyusahkan pelajar dan guru. Salah satu punca utama kurangnya penggunaan bahan-
bahan bantu mengajar di sekolah-sekolah ialah kerana kesukaran kita untuk mendapat bahan-
bahan tersebut. Oleh yang demikian, untuk memastikan bahan-bahan 2D dan 3D yang telah
dibuat dan dikumpul dapat digunakan dengan meluas, satu organisasi pengumpulan dan
penyimpanan yang kemas dan lengkap perlulah kita adakan.
ORGANISASI PENYIMPANAN BAHAN P & P
Di dalam bilik darjah, pelbagai jenis ruang pembelajaran seperti ruang bacaan, sudut akademik
serta ruang pengendalian dan penyimpanan alatan atau bahan pembelajaran adalah disediakan
sebagai tempat pelajar-pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran mereka. Untuk memastikan
keberkesanan penggunaan ruang-ruang pembelajaran tersebut, semua sumber pembelajaran
hendaklah diorganisasikan mengikut cara-cara seperti berikut;
1. Kita hendaklah menyusun BBM secara berasingan mengikut mata pelajaran dan
diletak dalam tempat yang sesuai serta mudah didapati.
2. Satu rekod senarai sumber pembelajaran hendaklah kita simpan untuk rujukan.
3. Cara mengedar, mengutip dan menyimpan BBM @ sumber pembelajaran hendaklah
kita jelaskan kepada pelajar supaya mereka boleh menggunakannya dengan mudah
dan berkesan.
4. Bahan pembelajaran seperti gambar, spesimen, carta, lukisan dan hasil kerja pelajar
boleh kita pamerkan pada papan kenyataan atau digantung pada dinding untuk dibaca
pelajar dari semasa ke semasa.
5. Ruang bacaan hendaklah kita lengkapi dengan buku-buku cerita untuk digunakan
menjalankan aktiviti membaca secara kumpulan.
6. Ruang akademik seperti matematik hendaklah kita lengkapi dengan alat-alat mengira,
benda-benda maujud dan bahan-bahan perdagangan.
7. Kerja penyusunan alat-alat dan bahan-bahan pembelajaran boleh kita uruskan secara
gotong royong. Ada baiknya kerja penyusunan ini kita berikan kepada ketua-ketua
12
7/28/2019 bahan bantu
13/30
kumpulan supaya mereka dilatih bertanggungjawab menjaga sumber pembelajaran
mereka dalam keadaan baik, kemas dan bersih.
8. Ruang penyimpanan hendaklah kita sediakan almari, rak-rak dan kotak-kotak supaya
sumber pembelajaran dapat disimpan dalam keadaan kemas dan teratur bagi
mengurungkan kesesakan serta menambahkan keindahan bilik darjah.
Organisasi penyimpanan bahan P & P adalah amat penting untuk aktiviti pembelajaran dalam bilik
darjah. Sekiranya bahan pembelajaran di dalam bilik darjah diorganisasi dengan baik, teratur dan
sisitematik, keberkesanan interaksi pelajar dengan bahan serta aktiviti pembelajaran akan dapat
kita pertingkatkan.
8.3.1 Kaedah-Kaedah Penyimpanan Bahan P & P
Di antara kaedah yang mudah dan senang kita gunakan termasuklah almari khas, fail-fail ringkas,
album plastik, kotak dan gantungan.
a) Almari Khas
Bahan 2D dan 3D boleh disimpan di dalam almari-almari berasingan. Para-para yang berasingan
ataupun yang berlainan warna boleh digunakan untuk membezakan tajuk koleksi atau pun tahap
bahan koleksi itu. Letakkan label-label yang jelas sebagai rujukan.
Rajah 1 : Almari Khas
13
Apakah yang anda tahu?
1. Apakah yang dimaksudkan olahan semula
bahan bantu mengajar?
2. Nyatakan kriteria pemilihan BBM dalam P &
P?
Almari Khas
http://var/www/apps/conversion/tmp/AppData/Local/Microsoft/Windows/Temporary%20Internet%20Files/Content.IE5/P7BBLET1/RBT%203105%20-%20R5/LAMPIRAN%204-JAWAPAN%20KUIZ.dochttp://var/www/apps/conversion/tmp/AppData/Local/Microsoft/Windows/Temporary%20Internet%20Files/Content.IE5/P7BBLET1/RBT%203105%20-%20R5/LAMPIRAN%204-JAWAPAN%20KUIZ.doc7/28/2019 bahan bantu
14/30
b) Fail-Fail Ringkas
Carta, poster dan gambarajah yang mempunyai saiz yang sama besar ataupun mempunyai tajuk
yang serupa boleh kita cantumkan menjadi satu fail berjilid dengan menggunakan tali atau
gegelang. Fail tegak atau fail biasa juga digunakan. Jangan lupa, anda perlu letakkan label yang
jelas pada kulit fail tersebut.
Rajah 2 : Fail-Fail Ringkas
c) Album Plastik
14
Kuiz 3
1. Senaraikan sekurang-kurangnya 3 kaedah penyimpanan BBM
dengan betul setelah membaca modul ini?
2. Nyatakan tujuan penggunaan bahan bantu mengajar setelah memahami
modul ini?
Fail-Fail Ringkas
http://var/www/apps/conversion/tmp/AppData/Local/Microsoft/Windows/Temporary%20Internet%20Files/Content.IE5/P7BBLET1/RBT%203105%20-%20R5/LAMPIRAN%204-JAWAPAN%20KUIZ.dochttp://var/www/apps/conversion/tmp/AppData/Local/Microsoft/Windows/Temporary%20Internet%20Files/Content.IE5/P7BBLET1/RBT%203105%20-%20R5/LAMPIRAN%204-JAWAPAN%20KUIZ.doc7/28/2019 bahan bantu
15/30
Gambarfoto harus kita simpan di dalam album plastik kerana ini memudahkan kerja-kerja memilih
gambarfoto tersebut. Warna gambarfoto juga akan lebih lama jika kita simpan di dalam album
plastik.
Rajah 3 : Album Plastik
d) Kotak
Bahan-bahan 3D boleh kita simpan di dalam kotak-kotak bertutup. Kotak boleh diperbuat daripada
kertas keras ataupun daripada papan lapis. Kita harus letakkan label yang jelas pada setiap kotak
yang digunakan.
Rajah 4 : Kotak
15
Album Plastik
Kotak
7/28/2019 bahan bantu
16/30
5. Gantungan
Bahan 2D boleh kita simpan secara menggantung pada rak-rak khas. Gunakan klip buaya besar
atau penyangkut yang kuat. Kita boleh menggunakan kad warna bahan untuk membezakan tajuk
atau tahap atau bahan yang disimpan itu.
Rajah 5: Rak Gantungan
8.3.3 CARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR
16
Kuiz 4 :
Mengapakah bahan bantu mengajar perlu andaorganisasikan dengan kemas dan sempurna?Bincangkan?
Rak Gantungan
http://var/www/apps/conversion/tmp/AppData/Local/Microsoft/Windows/Temporary%20Internet%20Files/Content.IE5/P7BBLET1/RBT%203105%20-%20R5/LAMPIRAN%204-JAWAPAN%20KUIZ.dochttp://var/www/apps/conversion/tmp/AppData/Local/Microsoft/Windows/Temporary%20Internet%20Files/Content.IE5/P7BBLET1/RBT%203105%20-%20R5/LAMPIRAN%204-JAWAPAN%20KUIZ.doc7/28/2019 bahan bantu
17/30
Tujuan kita menggunakan bahan bantu mengajar ialah;
menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep.
menjadi daya penarik yang penting untuk pelajar.
menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal dan konkrit.
memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri di kalangan
pelajar.
membina pemikiran yang berterusan, terutama melalui pengunaan filem-filem bergerak.
membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata pelajar.
menyediakan pengalaman-pengalaman yang tidak diperolehi melalui bahan-bahan lain
dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam.
Garis Panduan menggunakan BBM/ABM untuk aktiviti pengajaran-pembelajaran adalah sepertiberikut;
1. BBM/ABM seperti carta hendaklah kita gantung di suatu tempat yang sesuai supaya pelajar boleh
melihatnya dengan mudah. Semasa menggunakan carta, kita haruslah membimbing pelajar-pelajar
meneliti fakta yang penting supaya tidak membazirkan masa serta boleh mencapai hasil
pembelajaran yang dikehendaki. Jika carta itu mengandungi beberapa bahagian, kita boleh
menutupnya terlebih dahulu, kemudian menunjukkan kepada pelajar-pelajar bahagian demi
bahagian mengikut urutan penerangan kita. Cara ini boleh menarik minat pelajar serta
membangkitkan daya pemikiran mereka.
2. Sebelum bahan atau peralatan kita edarkan kepada pelajar untuk kerja praktis atau amali, kita harus
memberi arahan yang tegas dan jelas supaya aktiviti pembelajaran itu dapat dijalankan dengan
tepat, berdisiplin dan mengikut masa yang ditetapkan.
3. Kita harus tunjukkan BBM kepada pelajar hanya pada masa yang perlu sahaja. Jika sesuatu BBM
ditunjukkan lebih awal, pelajar-pelajar akan asyik tumpukan perhatian mereka kepada alat itu dan
kurang memberi perhatian kepada aktiviti pengajaran kita.
4. Kita harus membimbing pelajar-pelajar membincang fakta-fakta penting yang terkandung dalam
BBM. Selepas itu, kita harus adakan aktiviti penilian terhadap tindak balas pelajar tentang hasil
penggunaan BBM itu dengan tujuan untuk mengetahui pencapaian objektif P & P.
5. BBM yang telah selesai kita gunakan haruslah dikumpul semula dan disimpan dengan baik di
tempat yang selamat.
17
7/28/2019 bahan bantu
18/30
6. BBM haruslah digunakan untuk membantu kita dalam aktiviti P & P dan ia tidak boleh menggantikan
tempat kita. Penggunaan BBM haruslah sesuai dengan aktiviti P & P supaya mencapai objektif
pelajaran yang ditentukan.
Pada amnya, cara menggunakan bahan bantu mengajar hendaklah kita uruskan dengan betul dan
cekap supaya pelajar-pelajar dapat memahami dan mengekalkan konsep atau fakta dalam ingatan
mereka. Nilai sesuatu BBM yang baik akan terjejas sekiranya alat itu tidak kita sediakan mengikut
kriteria-kriteria yang telah dihuraikan atau penggunaannya kurang cekap dan berkesan atau
penyimpanan yang kurang sistematik
8.3.4 KOMPONEN HARDWARE & SOFTWARE DALAM PENDIDKAN ICT
A) PERKAKASAN (HARDWARE)
Perkakasan (hardware) dalam sistem rangkaian kita merangkumi beberapa komponen
yang berbentuk fizikal. Komponen ini termasuk komputer, peralatan rangkaian seperti
modem, mesin cetak, fax, unit backup, peranti simpanan fail dan sebagainya. Komponen
perkakasan yang lain termasuk kabel yang kita gunakan untuk menyambungkan beberapa
komputer dan peralatan dalam dua rangkaian melalui penyambung (connector) adalah
digunakan demi memudahkan pertukaran maklumat. Jenis penyambung yang sering kitagunakan dipanggil sebagai bridge.
Perkakasan (hardware), adakah anda tahu maksud ini ? Hmm... perkakasan membawa
maksud, komponen-komponen utama yang terdapat dalam sesebuah sistem komputer.
Contoh perkakasan ialah, PEMPROSES (processor), INGATAN (memory) dan PEMACU
(drive). Pada ruangan ini, kita akan mengenali secara kasar, apakah perkakasan komputer
yang membolehkan komputer dapat berfungsi dan berinteraksi dalam pendidikan. Istilah
Bahasa Inggeris juga turut disertakan untuk mengelakkan kekeliruan dalam mengenaliperkakasan komputer.
Sebelum anda mengenali komputer dengan lebih dekat, sebaiknya anda perlu mengenali
apa itu perkakasan luar komputer, seperti, papan kekunci, tetikus, monitor, pencetak,
pengimbas, dan lain-lain.
18
7/28/2019 bahan bantu
19/30
Pemproses, dikenali juga sebagai PROSESSOR. Ia merupakan pusat utama bagi
sesebuah komputer dan berperanan sebagai 'jantung' untuk memproses data dan laluan
data keluar dan masuk. Pemproses bertindak memproses segala data (input/output) untuk
diterjemahkan supaya data-data input dapat kita lihat di monitor dan dikeluarkan melalui
Kad Bunyi (sound card).
Antara contoh pemproses yang kita boleh dapatkan dalam pasaran ialah i486, Intel
Pentium II, Intel Pentium III, Pentium IV, Intel Celeron, AMD K6-2, Cyrix 6x86, dan
Motorolla PowerPC. Unit ukuran yang digunakan untuk mengukur nilai kelajuan pemproses
ialah HERTZ (Hz). Kelajuan pemproses pada zaman dahulu adalah dalam lingkungan 1
Mhz (1000 Hz) hingga 75Mhz (75000 Hz). Manakala, kebanyakan pemproses pada hari ini
mempunyai kelajuan yang sangat tinggi, iaitu dalam lingkungan 100 Mhz (100000 Hz)
hingga 1.5 Ghz (1500000 Hz). Antara contoh pemproses yang berkelajuan tinggi ialah,
Intel Pentium II, Intel Pentium III, Intel Pentium IV, Intel Celeron, dan AMD K6-2.
Jadual dibawah menunjukkan kelajuan-kelajuan pemproses.
Pemproses Kelajuan
Intel Pentium75 Mhz, 100 Mhz, 133 Mhz, 166 Mhz, 166 Mhz MMX,
200 Mhz MMX.
Intel Pentium II 200 Mhz, 233 Mhz, 366 Mhz, 400 Mhz.
Intel Pentium III 400 Mhz, 466 Mhz, 566 Mhz, 866 Mhz.
Intel Pentium 4 1 Ghz, 1.2 Ghz
AMD K6-2 300 Mhz, 400 Mhz, 450 Mhz, 500 Mhz, 550 Mhz.
AMD Duron -NA-
AMD Athlon 700 Mhz
Cyrix 6x86 M2 200 Mhz, 233 Mhz
Cyrix 6x86 M3 333 Mhz
Ingatan (Memory)
Ingatan komputer disebut 'memory', istilah yang dipinjam daripada Bahasa Inggeris.
Dalam sesebuah sistem komputer, terdapat berbagai-bagai jenis memori. Antaranya ialah,
Cache Memory, BIOS Memory dan SIMM-RAM (Single Inline Memory Module - RAM) /
DIMM-RAM. Pada asasnya, terdapat dua jenis memori, iaitu, Memori Kekal dan Memori
Sementara. Cache Memory dan SIMM-RAM tergolong dalam Memori Sementara atau
juga dipanggil RAM (Random Access Memory), manakala BIOS memory adalah tergolong
dalam Memori Kekal atau juga dipanggil ROM (Read Only Memory).
19
7/28/2019 bahan bantu
20/30
Cache Memorybiasanya terdapat pada papan induk dan pada prosessor. Cache memory
pada sesebuah prosessor mempunyai dua peringkat, iaitu Cache Lever 1 dan Cache
Lever 2. Keluasan kedua-dua memori ini mempengaruhi kelajuan sesebuah prosessor.
Saiz cache memorypada prosessor biasanya sebesar 128 hingga 256 kb (Kilobytes).
SIMM-RAM / DIMM-RAM adalah merupakan memori utama yang diperlukan oleh sistem
komputer untuk menjalankan operasi. Memori jenis ini biasanya dipanggil dengan
perkataan RAM sahaja. RAM mempunyai berbagai-bagai jenis, seperti FP Mode-RAM,
EDO-RAM, SD-RAM dan RD-RAM. Komputer pada masa dahulu menggunakan FP Mode
RAM dan EDO-RAM. RAM jenis ini adalah pendek dan mempunyai 72-pin dan berfungsi
dalam kelajuan 33 hingga 66 Mhz dalam pemindahan data.
EDO-RAM EDO-RAM
Gambar rajah dibawah menunjukkan papan induk socket 7 dan kedudukan slot EDO-RAM...
Selain itu, RAM yang berjenis, FP-Mode
(Fast Page Mode), adalah RAM yang
jarang didapati dan RAM ini mempunyai
kelebihan tertentu dari segi pemindahan
data. RAM FP-Mode ini mempunyai saiz
yang sama dengan EDO-RAM. Manakala
RD-RAM adalah RAM yang masih jarang
didapati. Ini kerana, RD-RAM hanya
digunakan untuk sistem yang berkelajuan
1Ghz ke atas.
SD-RAM
20
7/28/2019 bahan bantu
21/30
SD-RAM (Sycronize Dynamic-RAM) adalah pilihan RAM yang terbaru dan berfungsi dalam
berbagai-bagai kelajuan. Antaranya ialah, 66 Mhz, 100 Mhz dan 133 Mhz. Kelajuan-
kelajuan ini juga dikenali dengan panggilan 'PC-100' untuk SD-RAM berkelajuan 100 Mhz
dan 'PC-133' untuk SD-RAM berkelajuan 133 Mhz. RAM yang mempunyai -pin ini
mampu untuk menampung FSB papan induk dan kelajuan CORE prosessor yang
berkelajuan 66 Mhz hingga 133 Mhz. Pada sistem komputer yang menggunakan prosessor
berkelajuan 200 Mhz keatas, SD-RAM menjadi pilihan kerana dapat menyokong kelajuan
prosesor.
Gambar rajah dibawah menunjukkan dimana kedudukan dan jenis slot SD-RAM...
Cache Memory
Cache Memorypula terletak di atas papan utama dan kelihatan seperti sekumpulan litar
terkamil (IC). Cache Memorypadaprosessorpula terletak pada prosessor.
ROM - BIOS
Memori yang terdapat dalam BIOS adalah bersifat kekal dan tidak boleh diubah-ubah
kandungannya. Memori ini sebenarnya adalah Firmware. Memori ini berfungsi untuk
menjalankan arahan-arahan ringkas untuk permulaan menghidupkan sistem komputer
sebelum, arahan-arahan yang dikeluarkan oleh prosessor. Arahan yang terkandung dalam
memori BIOS ini juga adalah digunakan untuk menyimpan data-data mengenai konfigurasi
komputer seperti saiz pemacu cakera keras, kelajuan prosessor, dan penetapan APM
(Advanced Power Management). Untuk menyimpan data-data ini, sedikit bekalan kuasa
elektrik masih diperlukan, dan ini merupakan tugas bateri (yang terdapat pada papan
induk) untuk membekalkan kuasa walaupun komputer telah dimatikan suisnya.
Mainboard
21
7/28/2019 bahan bantu
22/30
Mainboard atau Papan Utama juga
dikenali sebagai Motherboard (Papan
Induk) adalah merupakan papan litar besar
yang menempatkan komponen-komponen
utama komputer seperti pemproses
(prosessor), ingatan (memory) dan juga
kad-kad tambahan seperti Kad Bunyi
(Sound Card), Kad Paparan (Display Card)
dan juga Modem Dalaman (Internal
Modem).
Pada papan utama (mainboard), terdapat komponen-komponen elektronik seperti IC,
perintang dan juga kapasitor. Komponen ini menjalankan fungsi-fungsi yang tertentu.
Selain itu, terdapat Slot iaitu tempat kad-kad tambahan dimasukkan.
Papan utama dikelaskan berdasarkan jenis soket atau jenis pemproses yang boleh
disokong. Antaranya ialah, papan induk Socket 3, papan induk Socket 7, papan induk
Socket 370, papan induk Slot 1, dan papan induk Slot A. Setiap soket yang terdapat pada
papan induk ini, menyatakan jenis pemproses yang boleh dimasukkan.
Jadual dibawah menunjukkan jenis soket dan pemproses yang boleh digunakan.
Jenis Papan Induk Pemproses
Socket 3 i386, i486 dan setaraf
Socket 7 Intel Pentium, AMD K6-2, Cyrix 6x86 dan setaraf
Socket 370Intel Pentium II, Intel Pentium III, Intel Celeron PPGA, Cyrix6x86 M3
Slot 1 Intel Pentium II, Intel Celeron
Slot A AMD Duron, AMD Athlon
B) PERISIAN (SOFTWARE)
22
KUIZ 5 :
Huraikan perbezaan antara perkakasan dan perisian dalam pendidikanmultimedia?
http://var/www/apps/conversion/tmp/AppData/Local/Microsoft/Windows/Temporary%20Internet%20Files/Content.IE5/P7BBLET1/RBT%203105%20-%20R5/LAMPIRAN%204-JAWAPAN%20KUIZ.dochttp://var/www/apps/conversion/tmp/AppData/Local/Microsoft/Windows/Temporary%20Internet%20Files/Content.IE5/P7BBLET1/RBT%203105%20-%20R5/LAMPIRAN%204-JAWAPAN%20KUIZ.doc7/28/2019 bahan bantu
23/30
Perisian (software) merupakan sesuatu program komputer. Ia mengandungi suatu set
arahan dalam bahasa spesifik yang mengarah komputer supaya melaksanakan operasi ke
atas data terkandung dalam program itu atau dibekalkan oleh pengguna.
Perisian rangkaian merangkumi program yang dioperasikan oleh komputer-komputer
dalam rangkaian. Sistem Operasi Rangkaian merupakan perisian yang utama dalam
rangkaian kerana sistem ini mengorganisasi dan menyelenggarakan segala aktiviti dalam
rangkaian itu. Jenis perisisan rangkaian yang lain adalah dihuraikan secara ringkas seperti
berikut;
1. Pemacu Rangkaian (Network driver) : Perisian ini membenarkan komputer supaya
menggunakan kad antara muka rangkaian (network interface card) untuk berkomunikasi
dengan rangkaian yang berkenaan.
2. Perisian aplikasi (Application Software) : merangkumi program digunakan dalam komputer
yang bersambung kepada sesuatu rangkaian. Program ini termasuk word processors,
spreadsheetdan lukisan.
3. Pelayan (Server Software): Perisian ini merupakan perkhidmat komputer yang
membolehkan maklumat dan sumber disalurkan kepada komputer-komputer lain dalam
rangkaian. Perisian ini adalah digunakan untuk membolehkan server itu menjalankansesuatu tugas spesifik, misalnya memproses e-mail.
4. Perisian Pengurusan (Management software): Perisian digunakan mengendalikan lebih
daripada 20 buah komputer dalam rangkaian. Ia membolehkan pentadbir rangkaian untuk
mengorganisasi dan mengendalikan sesuatu rangkaian secara lebih berkesan.
5. Pakej Perisian : Perisian ini merangkumi pelbagai aplikasi, misalnya Microsoft Office
bukan sahaja boleh berfungsi sebagai pemprosesan perkataan tetapi juga boleh
digunakan untuk mereka bentuk laman web, memanjangkan dan menerima e-mail,
memperolehi dan menghantar data melalui downloadingdan uploading, dsb.
6. Perisian Sekuriti : Perisian ini mempunyai dinding kebakaran (firewall) yang kuat.
Misalnya, Windows XP SP 2 boleh melindungi pengguna komputer daripada serangan
virus dan hackerdengan menyediakan Windows Firewalldalam perisiannya.
CARA PENGGUNAAN PERISIAN
23
7/28/2019 bahan bantu
24/30
Pastikan anda menggunakan perisian software - Windows 98SE,Me, 2000,XP.
Kelajuan CPU Pentium ll ke atas
Memiliki Ram 64MB dan keatas
Pastikan anda telah memasukkan perisian Quick time,media playerdan Winamps yangdisediakan.
PENGGUNAAN PERISIAN DALAM PENDIDIKAN
Membantu kita menjalankan tugas dengan lebih bersistematik.
Pelajar dan guru boleh mendapatkan maklumat dengan mengakses data.
Terdapat berbagai jenis perisian aplikasi yang guru dan pelajar boleh gunakan dalammembantu proses P & P.
Dapat memotivasikan pelajar dengan lebih yakin dan berkesan.
8.3.5 INTREGRASI HARDWARE DAN SOFTWARE DALAM P & P
Pengintergrasian wujud apabila anda menghasilkan sebuah slaid bahan pengajaran dan
pembelajaran berbantukan komputer terdiri daripada jenis grafik , fotografi, video, animasi,
MS Word, MS Power Point, MS Excel dan sumber dari laman web di internet.
Pengintergarsian bahan-bahan ini amat penting untuk anda mendapatkan hasilan yang
bermutu serta berteknologi tinggi serta dapat memperkayakan maklumat yang sedia ada.
Berdasarkan rancangan pengajaran dan pembelajaran harian yang kita sediakan,
pengintegrasian menggunakan teknik hyperlinkdan kemudiannya kita aplikasikan dalam
langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran.
Antara bahan yang boleh kita gunakan ialah :-
A) Bahan Grafik
Gambar yang kita gunakan sebagai reprentasi untuk mengkomunikasikan pesan atau
informasi kepada seseorang, Cara penyampaian yang paling berkesan adalah dengan
menggunakan gambar sebenar atau lukisan lakar atau garis yang jelas tentang objek
tempat dan konsep. Gambar pada umumnya lebih representatif daripada lukisan lakar.
24
7/28/2019 bahan bantu
25/30
B) Fotografi
Medium fotografi tergolong sebagai media pegun dan tayang (slaid) yang boleh kita
gunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Perkataan fotografi ini jika dilihat
pada etimologinya berasal dari dua perkataan Greek seperti Photos bererti cahaya danGraphein membawa erti tulis / lukis. Dari dua perkataan ini apabila kita gabungkan dapat
membawa maksud sesuatu proses penghasilan imej yang boleh dilihat dengan mata kasar
dalam bentuk cetakan akibat daripada tindakan cahaya dengan gabungan seni dan sains.
Perkembangan terbaru dalam teknologi berimej telah membawa perubahan dari teknologi
analog ke pada teknologi digital. Kelebihan pada kemera ini adalah pada proses rakaman
gambar. Ia gunakan teknologi video yang merakam gambar menggunakan pola binary
(impulse electric) pada cekera berformatkan digital melalui CCD (charge couple device)
yang menukar tenaga cahaya ke bentuk digital.
C) Video
Video menyatukan pergerakan, warna, audio dan teks, menjadikannya penyampai idea
dan maklumat yang baik dan lengkap berbanding dengan media yang lain. Melalui video,
kita akan mendapat pengalaman yang mungkin tidak dapat di alami sekiranya maklumat
disampaikan dengan media lain.
Pada hari ini teknologi video telah banyak memberi kesan yang besar terhadap kehidupan
kita. Dengan adanya teknologi digital sekarang peranan dan fungsi video semakin meluas
dalam kehidupan kita seharian. Selain itu video memberi pengalaman kepada pelajar
terhadap peristiwa masa lampau, masa kini dan masa hadapan. Pelajar boleh dibawa
mengembara ke kutub, ke gurun, ke dasar laut ke angkasa lepas tanpa ke sana tapi
dengan menonton video di dalam kelas.
25
Slaid Projektor
7/28/2019 bahan bantu
26/30
Kelebihan Video
Pergerakan imej boleh menjelaskan konsep dengan lebih baik terutama apabilapencernaan terhadap pergerakan adalah penting.
Proses menunjukkan langkah-langkah yang berturutan seperti dalam mejalankan tunjukajar amali sains atau menjalankan sesuatu prosedur
Pencerapan tanpa risiko, rakaman video membolehkan pelajar menonton fenomena yangmerbahaya untuk dilihat secara terus seperti letusan gunung berapi, peperangan dansebagainya.
Perfileman, video boleh melakonkan semula peristiwa sejarah dan menghidupkan semulasejarah silam dan ini akan menarik minat pelajar.
Pembelajaran kemahiran, memerlukan pencernaan dan latihan yang kerap. Videomembolehkan pencernaan dilakukan berulang.
Pembelajaran afektif, kerana potensinya tinggi untuk memberi impak emosi, videoberbentuk dokumentari dan propaganda sering digunakan untuk membentuk sikapmasyarakat.
Penyelesaian masalah, untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan penontonmembincangkan sesuatu isu untuk mencari jalan penyelesaiannya.
Memahami budaya, tayangan video boleh memberi gambaran terhadap sesuatu budayasupaya dapat menghargai dan menghormati budaya masyarakat lain.
Kelemahan Video
Kadar maju yang tetap, walaupun video boleh diulang-ulang namun tayangan masih
berjalan pada kadar maju yang tetap maka pelajar tidak dapat mengikuti dan ada yang
tidak sabar untuk menunggu sehingga selesai.
Fenomena pegun, tidak sesuai dalam keadaan pegun seperti merakam peta , carta
organisasi dan sebagainya.
Salah tafsir dalam persembahan drama atau dokumentari kadangkala terdapat isu yang
kompleks serta mudah berlaku salah tafsir terhadap apa yang hendak disampaikan seperti
kaedah pencernaan flash back dan sebagainya.
26
KUIZ 6 :
Jelaskan pengintegrasian hardware dan software dalam prosespengajaran dan pembelajaran?
http://var/www/apps/conversion/tmp/AppData/Local/Microsoft/Windows/Temporary%20Internet%20Files/Content.IE5/P7BBLET1/RBT%203105%20-%20R5/LAMPIRAN%204-JAWAPAN%20KUIZ.dochttp://var/www/apps/conversion/tmp/AppData/Local/Microsoft/Windows/Temporary%20Internet%20Files/Content.IE5/P7BBLET1/RBT%203105%20-%20R5/LAMPIRAN%204-JAWAPAN%20KUIZ.doc7/28/2019 bahan bantu
27/30
D) Audio
Pada umumnya deria dengar cuma 13% penggunaan daripada semua penggunaan deria
yang lain. Audio dan bunyi adalah tenaga gelombang mekanikal atau gelombang bunyi
yang berubah apabila berlakunya tekanan udara yang bergerak disekeliling kita.
Perubahan tekanan udara ini adalah hasilan getaran molekul atau jirim udara yang
gegendang telinga dapat mengesan dan diinterpetasikan oleh saraf otak terdapat sesuatu
bunyi.
Medium audio yang menjadi perantaraan penyampai dengan pendengar boleh menjadi
pendorong pada pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.terutama
pada media yang melibatkan deria dengar. Kita menggunakan audio dalam pengajaran
perlu merancangkan aktiviti yang boleh mengaktifkan pelajar sama ada di luar atau di
dalam bilik darjah. Untuk menghasilkan suara dan muzik yang berkualiti kita perlu kenal
pasti tentang peralatan seperti perakam dan mikrofon yang sesuai. Terutamanya pada
keadaan dan situasi rakaman yang hendak dirakamkan.
8.3.6 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN
Kalau anda nak tahu, komputer merupakan;
Mesin pelbagai guna untuk menerima dan memproses data untuk dijadikan maklumat
Mula digunakan pada tahun 1944 Mark I / IBM. Diperbaiki lagi teknologinya pada tahun1946 di Amerika Syarikat menggunakan tiub vakum dan bersekala besar.
Genarasi ke 2 menggunakan transistor dan diodes dibangunkan pada awal 1950an, ianyalebih laju, fleksibel dan teknikal.
Generasi ke 4 dibangunkan pada awal 1970an menggunakan cip mikroprosesor , cakeraliut untuk storan data.
Perkembangan Multimedia dan internet pada awal 1990an menyebabkan pembangunankomputer begitu pesat dengan peningkatan kelajuan CPUnya dipertingkatkan 2 kali gandasetiap 3 tahun.
Projek ICT yang dilaksanakan kementerian Pelajaran Malaysia telah mewujudkan sekolahBistari(1999), Projek Litrasi Komputer (1992) dan banyak lagi telah bermula di Malaysiapada tahun 1986.
ICT dalam pengajaran dan pembelajaran membawa banyak perubahan kepadapendekatan objektif kepada konstruktif dan mementingkan kemahiran generik.
27
7/28/2019 bahan bantu
28/30
8.3.7 PERANAN KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN
Apakah peranan computer? Di antara nya ialah;
Tutor Berfungsi sebagai pengajar dalam sesuatu mata pelajaran. Komputerdiprogramkan terlebih dahulu oleh guru pakar untuk disampaikan kepadapelajar melalui kaedah terancang.
Tool Membantu pelajar dan guru untuk menghasilkan sesuatu sepertimembuat perkiraan atau analisis produk, menaip fakta dan banyak lagi.
Tutee Sebagai alat yang perlu diajar, membuat atau melaksanakan sesuatukerja mengikut objektif atau sasaran dengan tepat dan tuntas.
8.3.8 PENGGUNAAN INTERNET DALAM PENDIDIKAN.
Bagaimana dengan Internet? Secara ringkasnya ialah;
Internet tidak asing lagi dikalangan pelajar.
Merupakan sumber untuk mendapatkan maklumat.
Menggunakan rangkaian wired atau wireless telah diperluaskan di
negara kita.
Penggunaannya perlu dibimbing untuk memilih atau menentukan
maklumat yang terdapat di web itu benar atau tidak. Menentukan sumber
apakah yang sesuai dan tidak sesuai ketika pelajar melayari internet.
Pengesahan Sumber Internet
Terdapat 5 ciri umum untuk menilai sesuatu sumber dari internet :
1. Ketepatan ( Accuracy): Kandungan isi yang dinyatakan itu didapatitepat dan ada unsur tanggungjawab.
2. Bukti dan Keterangan Pengarang (Authoriti) : Lihat kelayakan danreputasi pengarang yang menerbitkan bahan tersebut, lihat juga sumberrujukkannya.
3. Berobjektif (objectivity ) : Bahan yang tidak menyebelahi satu pihaksahaja.
4. Terkini (Currency) : Bahan yang menyampaikan maklumat yang terkini.
Lihat tarikh hak ciptanya.
28
7/28/2019 bahan bantu
29/30
5. Liputan (Coverage) : Liputannya komprehensif, ekstensif dan intensif
KESIMPULAN:
Dalam era globalisasi, teknologi pendidikan adalah satu bidang yang berkaitan dengan
usaha-usaha memudahkan pembelajaran kita termasuklah mengenal pasti semua bahan-
bahan pembelajaran, mengembangkan sistem-sistem pengajaran, menyampaikan sumber-
sumber ini kepada pelajar-pelajar dan menguruskan proses-prosesnya termasuklah
pengurusan bahan-bahan elektronik. E-Pembelajaran telah mengurangkan beban kita
dalam penyediaan bahan bantu mengajar dan cara penyampaian. Pembudayaan
teknologi maklumat dan komunikasi ICT bukan lagi dalam sektor ekonomi tetapi ia
berperanan besar dalam pendidikan. Perkongsian maklumat boleh berlaku dengan
berkesan melalui teknologi ini dalam pendidikan. E-Pembelajaran walaupun bukan
penyelesaian menyeluruh tetapi adalah pilihan yang baik untuk kita merealisasikan
pengajaran dan pembelajaran menggantikan kaedah tradisi chalk and talk
Dengan itu, penggunaan komputer dalam pendidikan telah membawa kita banyak
perkembangan kepada sistem pendidikan yang semakin canggih. Ia juga membawa
reformasi serta perkembangan baru dalam pelbagai bidang pendidikan, khasnya dalam
teknologi pendidikan, teori pendidikan, teori pengajaran-pembelajaran serta kemahiran dan
latihan guru. Dalam hal ini, kementerian Pelajaran Malaysia telah membudayakan
penggunaan komputer melalui program CAE, CAI, CMI dan CAT (rujuk glosari)
Perkembangan Sekolah Bestari dalam alaf baru telah menjadi arah-aliran dalam
perkembangan pendidikan di Malaysia. Sekolah Bestari merupakan sekolah yang satu-
satunya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cerdik dan berpengetahuan, dan
dijangkakan akan cukup mampu bersaing apabila menghadapi cabaran-cabaran wawasan
negara. Lantaran itu, pemasangan prasarana IT, bukan sahaja membolehkan kita
menggunakannya untuk pengajaran-pembelajaran, tetapi juga berkomunikasi dengan ibu
bapa dan komuniti persekitaran, serta memperoleh maklumat dari sumber luar seperti
perpusatakaan awam, sektor perindustrian dan institusi pendidikan melalui Jaringan
(network). Sesungguhnya bahan bantu mengajar (BBM) dapat memudahkan tugas kita
dalam proses P & P serta melahirkan seorang pendidik yang kreatif, kritis, inovatif dan
berwawasan..
29
7/28/2019 bahan bantu
30/30