Upload
nor-eini
View
55
Download
9
Embed Size (px)
DESCRIPTION
perlukah penggunaan plastik diharamkan?
Citation preview
DEBAT
PERLUKAH KITA MENGHARAMKAN PENGGUNAAN PLASTIK
1.0 Pengenalan
Apa itu plastik?
Plastik adalah polimer tetapi polimer tidak semestinya plastik. Bahan plastik
ialah bahan polimer yang bersifat tegar atau separa tegar (semi-rigid). Semua
bahan-bahan plastik akan menjadi lembut apabila dipanaskan. Plastik boleh
terbahagi kepada dua kategori umun iaitu Plastik Termo dan Plastik Termoset. Di
antara kegunaan plastik termo ialah bahan-bahan elektrik, hulu alatan, penebat,
pembungkus dan pakaian manakala plastik termoset digunakan untuk membuat
peralatan seperti penebat elektrik, lapisan gelas gentian, perkakas dapur dan
penebat haba.
Rasional penggunaan plastik perlu diharamkan kerana ianya menyebabkan
pelbagai masalah alam sekitar berkaitan pencemaran dan juga ancaman terhadap
manusia.
2.0 Pencemaran Alam Sekitar
Bermula tahun 1950an terlalu banyak barangan kegunaan harian
berasaskan bahan plastik. Akibatnya manusia di seluruh dunia yang menggunakan
barangan plastik melupuskan bahan itu setiap hari. Setiap orang akan melupuskan
beg plastik setiap hari yang akan memberi kesan pencemaran kepada alam
1
beratus-ratus tahun berbanding kegunaannya hanya untuk tempoh yang siingkat.
Menurut Dr. Tengku Nuraiti Tengku Izhar (Pensyarah Kanan UniMap) dalam
laporan khas (Utusan online), penggunaan polisterin dan beg plastik boleh
mengancam kualiti alam sekitar dan boleh menjejaskan kesihatan manusia. Di
antara pencemaran yang diakibatkan oleh plastik ialah :
2.1 Pencemaran Alam Di Tapak Perlupusan Sampah
Tabiat manusia itu dapat di perhatikan di tapak-tapak perlupusan sampah
kerana sebahagian besar bahan buangan adalah berasaskan plastik. Bahan
buangan plastik yang di lupuskan secara “land-fill” (timbus) akan mengambil masa
yang terlalu lama iaitu 400 hingga 1000 tahun untuk mereput. Masalah pelupusan
sampah masih tidak dapat diselesaikan secara total kerana hanya 1% sahaja
bahan plastik yang dikitar semula. Ini disebabkan tidak banyak klilang yang
melibatkan diri kerana kos pengendalian yang tinggi dan tidak ekonomik untuk kitar
semula dan kemudian hasilkan barangan baru.
2.2 Pencemaran Udara Kesan Pembakaran Bahan Plastik
Pelupusan secara pembakaran terbuka atau di pusat-pusat insenarator
bahan buangan berasaskan plastik yang di perbuat berasaskan petro-kimia adalah
bahan yang mengeluarkan toksik di ruang udara yang menyumbang kepada gas
rumah hijau. Penggunaan sepuluh beg plastik yang ringan dalam tempoh
dua tahun, kesannya terhadap gas rumah hijau adalah tiga kali ganda
2
lebih daripada penggunaan beg hijau yang boleh dipakai semula. Malah,
penghasilan beg plastik ringan memerlukan 4.5 kali ganda tenaga
daripada penghasilan beg hijau yang boleh digunakan semula.
Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan manfaat sepenuhnya
daripada penggunaan beg hijau yang boleh digunakan semula, bag
tersebut hendaklah digunakan semula sebanyak 100 kali. Beg yang
berasaskan kanji terbiodegradasikan memerlukan satu per tiga tenaga
untuk menghasilkan plastik sebagai kaedah alternatif. Tetapi alternatif ini
akan mengeluarkan lebih banyak karbon dioksida semasa proses
penguraian iaitu gas rumah hijau.
2.3 Kesan Kepada Hidupan Sungai Atau Laut
Pembuangan bahan plastik di sungai-sungai dan lautan menyebabkan
pencemaran alam sekitar yang membahayakan kepada haiwan. Sebagai contoh
haiwan laut menderita kerana memakan beg-beg plastik yang di sangka makanan.
Menurut laporan Jamey Wagner dari Health Guidance terdapat 300 juta bahan
berasaskan plastik di buang di lautan Pasifik yang menyebabkan kepupusan
beberapa jenis haiwan laut khususnya spesis mamalia yang menyebabkan kesan
serius kepada eko-sistem hidupan laut keseluruhannya.
Dalam satu kajian lain telah mendapati bahawa lebih kurang 100 bilion tan
beg plastic telah mencemari lautan seluruh dunia dan meragut hidupan laut seperti
penyu, burung-burung dan ikan paus. Dianggarkan juga sejuta burung cedera dan
3
mati setiap tahun kerana termakan dan terjerat beg plastik serta banyak penyu mati
akibat termakan beg plastik yang terapung hanyut di permukaan laut yang
menyerupai makanan asasi penyu iaitu obor-obor.
2.4 Pencemaran Kepada Keindahan Alam Sekitar
Pembuangan bahan plastik di merata tempat akan menyebabkan keindahan
alam dan persekitaran kerana bahan plastik tidak akan mereput. Pihak berkuasa
tempatan di seluruh dunia membelanjakan berbillion-biliaon setahun bagi
memastikan sampah berasaskan plastik sentiasa di bersihkan. Disamping itu tapak
pelupusan sampah juga menyebabkan pencemaran bau yang tidak menyenangkan.
2.5 Pengurangan Sumber Tenaga
Dianggarkan 17 juta tong minyak digunakan setiap tahun di Amerika Syarikat
untuk menghasilkan botol air plastik sahaja. Sumber ini akan semakin berkurangan
dengan bertambahnya penghasilan botol plastik bagi menampung permintaan
pasaran yang terus meningkat.
3.0 Ancaman Terrhadap Manusia
Selain dari plastik boleh menyebabkan kesan pencemaran alam seperti yang
telah dinyatakan di atas, bahan atau unsur-unsur yang terdapat di dalam
kandungan plastik juga boleh memberi kesan negatif berupa ancaman kepada
manusia.
4
3.1 Penggunaan Polyethylene Terephtalate(PET).
Botol air mineral diperbuat daripada Polyethylene Terephtalate(PET). Bahan
kimia ini akan terurai dalam air dan apabila diminum, bahan ini akan memudaratkan
kesihatan manusia. Selain itu, apabila bahan makanan yang panas dimasukkan ke
dalam bekas makanan plastik jenis PET, maka unsur dalam PET yang terdapat
dalamnya akan larut dan meresap dengan lebih cepat pada suhu yang tinggi
seterusnya mencemarkan bahan makanan tersebut. Ianya sudah menjadi tidak
selamat lagi untuk dimakan.
3.2 Proses Pembiakan Bakteria
Penggunaan plastik kurang berkualiti yang digunakan secara berulangkali
dan penggunaan plastik pada suhu bilik akan menyebabkan proses pembiakkan
bakteria berlaku dengan cepat. Suhu yang panas dan lembap adalah merupakan
suhu paling sesuai untuk bakteria membiak.
3.3 Penggunaan Bahan Bisphenol A (BPA)
Bahan Bisphenol A (BPA) yang merupakan sejenis polimer karbon yang
digunakan untuk membuat plastik yang jernih dan tahan lasak serta keras.
Contohnya botol susu bayi, bekas makanan dan teether bayi. Bahan kimia ini juga
akan terurai dalam air dan akan membawa kesan negatif kepada penghasilan
5
hormon dalam badan manusia. Selain itu, pendedahan BPA secara berterusan
akan memberi kesan kepada janin dalam kandungan wanita.
3.4 Penggunaan Styrofoam (polisterina)
Pembungkusan makanan dalam bekas styrofoam amat berleluasa di negara
kita. Bahan kimia benzen yang terdapat dalam styrofoam akan terurai pada suhu
yang tinggi dan boleh meresap ke dalam makanan. Bahan ini tidak boleh tidak
boleh dihadamkan atau dicernakan oleh badan kita dan tidak juga boleh
dikeluarkan melalui proses perkumuhan (air kencing ) dan penyahtinjaan (najis).
Akibatnya, bahan ini semakin lama semakin terkumpul dan membentuk lemak.
Inilah yang akhirnya menyebabkan berlakunya gejala penyakit jantung.
3.5 Hasil Pembakaran Plastik
Apabila plastik dibakar, sampah plastik akan menghasilkan asap beracun
yang berbahaya bagi kesihatan. Asap beracun seterusnya terurai ke atmosfera
sebagai dioksin. Apabila kita sering terhidu gas tersebut, ia akan menyebabkan
kanser paru-paru, pembengkakan hati, ganguan sistem saraf dan sebagainya.
Fenomena ini boleh diperhatikan terutamanya di tapak pelupusan sampah sarap.
6
DEBAT
PERLUKAH PENGGUNAAN PLASTIK DIHARAMKAN
1.0 Pengenalan
Plastik adalah sejenis objek yang diperbuat daripada bahan kimia tertentu.
Ada di antara penggunaan unsur bahan kimia yang terdapat di dalam plastik
tersebut disifatkan berbahaya sama ada kepada alam sekitar mahu pun kepada
kehidupan sejagat. Walau apa alasan sekali pun, plastik tetap disifatkan penting
dan merupakan benda yang perlu dan mesti ada bagi setiap rumah penduduk di
Malaysia. Ini menunjukkan plastik mempunyai kepentingan dan keistimewaan
seperti berikut.
2.0 Kepentingan dan keistimewaan plastik
Plastik mempunyai banyak kepentingan di dalam kehidupan seharian kita.
Ia diguanakan dengan sangat meluas sama ada untuk isi rumah, domestik mahu
pun industri-industri yang besar. Di antara ciri-ciri plastik yang menyebabkan
ianya ianya menjadi penting dan istimewa adalah :
2.1 Plastik Mesra Pengguna
Bekas plastik dan bungkusan makananan digunakan secara meluas oleh
masyarakat. Salah satu produk penting berasaskan bahan plastik yang sering
7
digunakan dan berkait rapat dengan kehidupan seharian manusia kini. Hal ini
adalah disebabkan beg plastik memiliki pelbagai guna seperti mudah mengisi
barang, makanan dan sebagainya. Di samping itu, beg plastik menjadi pilihan
utama kerana ia mudah didapati dimana sahaja dan ianya juga ringan dan mudah
dibawa kemana sahaja.
2.2 Fleksibel
Selain itu, penggunaan barangan plastik adalah fleksibel dan tidak mudah
pecah seperti pinggan pakai buang yang sangat mudah digunakan dan tidak perlu
dicuci berbanding bekas kaca. Ia juga sesuai untuk penyimpanan pelbagai
produk di dalam peti sejuk. Para peniaga dan peruncit juga menggunakan plastik
kerana harganya murah dan ianya mampu memaksimumkan keuntungan runcit
kepada mereka.
Jika dibandingkan dengan beg kertas, penggunaan beg kertas adalah
sangat terhad dan hanya sesuai dalam keadaan tertentu sahaja. Selain itu, ia
turut memberi kesan pada kelestarian hutan kerana ia melibatkan penebangan
pokok-pokok untuk menghasilkan kertas. Penebangan pokok juga akan
menyebabkan masalah pencemaran meningkat kerana pokok dan kayu kayan
sangat penting untuk meneutralkan pencemaran. Sekiranya banyak pokok
ditebang, maka masalah pemanasan global pula akan meningkat.
2.3 Penggunaan Semakin Meningkat
8
Penggunaan beg plastik semakin meningkat setiap tahun iaitu sebanyak
500 bilion kepada 1 trilion setiap hari. Buktinya, di dalam sebulan seorang individu
dianggarkan menggunakan sebanyak 100 helai beg plastik. Oleh itu, mustahil
seseorang itu boleh menghindari penggunaan plastik. Berikut merupakan kajian
yang dijalankan dalam kalangan pengunjung Pasaraya Billion bagi menyokong
bukti bahawa penggunaan plastik semakin meningkat. Jadual di bawah ini
menunjukkan analisa terhadap kekerapan penggunaan beg plastik dalam
kalangan pengunjung Pasaraya Billion yang merupakan penduduk Desa Putra,
Bandar Baru Bangi seramai 30 orang responden. Mereka diajukan dengan 5
soalan yang perlu dijawab.
Jadual 1 : Analisa Terhadap Kekerapan Penggunaan Beg Plastik Dalam
Kalangan Pengunjung Pasaraya Billion.
(Sumber: Kajian Lapangan, 2014)
BIL PERNYATAANSANGAT
SETUJUSETUJU
TIDAK
SETUJU
SANGAT
TIDAK
SETUJU
MIN
PURATA
1 Soalan 1 7 23% 17 57% 4 13% 2 7% 2.03
2 Soalan 2 21 70% 8 27% 1 3% 0 0% 1.33
3 Soalan 3 1 3% 14 47% 12 40% 3 10% 2.57
4 Soalan 4 5 17% 17 57% 3 10% 4 13% 2.13
5 Soalan 5 5 17% 20 60% 15 15% 0 0% 3.00
.
9
Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 50%
10%
20%
30%
40%
50%
60%
70%
80%
Kekerapan Penggunaan Beg Plastik oleh Pengguna
Sangat SetujuSetujuTidak setujuSangat Tidak Setuju
Rajah 1 : Kekerapan Penggunaan Beg Plastik oleh Pengguna
(Sumber: Kajian Lapangan, 2014)
Berdasarkan soal selidik di atas, fokus diberikan pada soalan 2 iaitu sama
ada pengguna sudah terbiasa menggunakan beg plastik ketika membeli-belah. Di
dapati bahawa kebanyakan responden sangat bersetuju. Permintaan terhadap
beg plastik pula adalah tinggi disebabkan materialnya yang ringan dan fleksibel.
Hal ini disokong dalam kenyataan akhbar Kosmo bagi tajuk “Beg Hijau Ganti
Plastik” iaitu beg plastik mempunyai rupa bentuk yang fleksibel, ringan, versatil,
nipis, boleh dijadikan beg pakai buang, lut sinar, mudah dibentuk dan saiz yang
pelbagai. Penggunaannya mendapat permintaan tinggi oleh orang ramai.
10
Soalan 3 pula iaitu sama ada pengguna membawa sendiri ‘ beg kitar
semula’ setiap kali membeli belah. Hasil dapatan menunjukkan kebanyakan
responden tidak bersetuju. Bagi mereka ‘beg kitar semula’ sukar untuk dibawa
kerana materialnya yang lemah dan hanya boleh memuatkan beberapa jenis
barang sahaja.
Soalan 4 yang disoal kepada responden ialah samada pengguna
menganggap bahawa beg plastik lebih mudah dibawa berbanding ‘beg kitar
semula’. Jadi, kebanyakan responden setuju. Mereka menganggap bahawa beg
plastik mudah untuk dibawa berbanding ‘beg kitar semula’. Beg plastik adalah
lebih mudah untuk dijinjing selain ringan berbanding ‘beg kitar semula’ yang
mudah terkoyak. Hal ini disokong oleh bekas Presiden Persatuan Pencipta Alam
Malaysia ( MNS ), Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor dalam kenyataan beliau di akhbar
Sinar Harian bertarikh 8 Januari 2013 di mana kebanyakan pengguna lebih selesa
menggunakan beg plastik dan mudah dibawa jika membeli belah dengan banyak.
Beg kertas atau ‘beg kitar semula’ lebih mudah terkoyak. Secara keseluruhan,
responden bersetuju bahawa mereka kerap menggunakan beg plastik berbanding
‘beg kitar semula’.
2.4 Plastik Tahan Lama
Masyarakat cenderung untuk menggunakan plastik kerana ia tahan lama
iaitu kuat, tidak mudah pecah, mudah dibentuk, tahan karat, mudah disimpan dan
mudah diberi warna sehingga menambah daya tarikannya. Contohnya,
11
penggunaan barangan plastik daripada jenama Tupperware. Ianya cantik dan
tahan lama. Walaupun harganya mahal, namun ianya amat berbaloi untuk
digunakan. Bak kata pepatah ‘alah membeli, menang memakai’. Penggunaan
pelbagai produk seperti pinggan, mangkuk, alat ganti kenderaan, telefon bimbit,
komputer riba juga menggunakan plastik dan tahan lebih lama serta kuat.
Manakala penggunaan plastik mudah urai yang tidak tahan lama agak sensitif
terhadap suhu dan kelembapan. Manakala kosnya pula mahal. Jenis-jenis plastik
mengikut contoh dan kekuatan sifat dan kegunaannya ditunjukkan seperti Jadual
2 di bawah ini.
Jadual 2 : Jenis-Jenis Plastik, Sifat Dan Penggunaannya
12
2.5 Penggunaan Botol BPA Free
BPA adalah singkatan nama bagi Bisphenol A iaitu sejenis bahan kimia
yang lazimnya ditemui pada botol bayi. Penggunaannya adalah telah diharamkan
oleh Kementerian Kesihatan kerana ia berbahaya terhadap kesihatan bayi dan
kanak-kanak. Jadi, penggunaan botol BPA free dapat menggantikannya yang
mempunyai label pembungkusan ‘BPA Free’ atau pada bahagian bawah botol
terdapat nombor 5 (PP-Polypropelene) dalam segitiga beranak panah. Botol jenis
ini berwarna keruh dan lebih lembut. Harganya pula biasanya lebih mahal iaitu
melebihi RM 10.
2.6 Peranan Ngo- Forum Plastik Malaysia( Mff )
Pandangan Forum Plastik Malaysia (MPF) iaitu sebuah badan yang
melindungi kepentingan industri plastik tempatan. MPF yang ditubuhkan pada
tahun 2005, merupakan hasil gabungan dua persatuan iaitu Kumpulan
Pengeluaran Resin Plastik–Persatuan Petrokimia Malaysia serta Persatuan
Pengeluar Plastik Malaysia ( MPMA ). MPF tidak bersetuju dengan pengharaman
penggunaan beg plastik kerana ia tidak menangani punca asas iaitu masalah
sikap manusia yang membuang sampah merata-rata dan ia juga membebankan
pengguna.
Beg plastik kebanyakannya dibuat daripada polyethylene ( PE ) dan
menurut Life Cycle Assessment ( LCA ) atau kitaran penilaian hayat, beg plastik
PE adalah lebih mesra alam dan mampan berbanding beg plastik mudah urai dan
13
beg kertas.Tidak ada yang memudaratkan berkaitan plastik, jika digunakan secara
bijak.
KESIMPULAN
Berdasarkan hujah-hujah di atas, maka idea pengharaman plastik harus
dipertimbangakan semula. Ini bukanlah bermakna, kami memberikan sokongan
terhadap ancaman kepada alam sekitar dan manusia. Akan tetapi, harus
diingatkan di sini bahawa dunia kini senang menuju era perkembangan pesat dan
pantas dari segi teknologi. Oleh yang demikian, kita mempunyai pelbagai alternatif
lain untuk menjadikan penggunaan plastik itu lebih senang dan tidak memudaratkan
mana-mana pihak. Sekiranya plastik yang digunakan didapati mudah terurai
kepada bahan-bahan yang berbahaya, maka kita harus memperlahankan
penggunaannya secara beransur-ansur sementara masyarakat di luar sana sedar
akan kewujudan bahan lain di dalam plastik yang lebih selamat yang mereka boleh
beli dan guna pakai.
Walaupun kosnya agak mahal berbanding plastik yang berkualiti rendah,
namun penggunaannya adalah sangat efektif kepada alam sekitar, manusia dan
kepada nilai ringgit itu sendiri. Pokok pangkalnya, ia berbalik kepada sikap
manusia. Sekiranya sikap manusia itu sendiri yang sentiasa memandang remeh
kepada masalah alam sekitar dan kesihatan diri, maka memang tidak mustahil bumi
ini akan penuh dengan plastik. Maka sebagai manusia yang dipilih oleh Allah untuk
menjadi penjaga bumi hijau ini seharusnya bersyukur dan perlu mempunyai rasa
14
tanggungjawab untuk memelihara bumi ini dari dirosak oleh tangan manusia
sendiri.
BIBLIOGRAFI
APJB (2010). Ancaman Plastik. Dimuat turun pada 1 Februari 2015 daripada
http://www.irsyadbalok.com.my/index.php?option=com_content&view=article
&id=70:ancaman-plastik&catid=39:berita-sekolah
Dewan Kosmik (1999). Bahaya Bahan Kimia Dalam pembungkus plastik. Dimuat
turun pada 30 Januari 2015 daripada
http://www.prn.usm.my/bulletin_articles_kosmik.php?Id=495
History of Plastic. Dimuat turun pada 30 Januari 2015 daripada
http://www.historyofplastic.com/plastic-facts/disadvantages-of-plastic/
Jabdin.J ( 2013 ). Mesej JJ: Kenapa Kerajaan tidak tetapkan dasar penggunaan bio
plastik ?. Diperolehi pada 2 Februari 2015 dari
http://mesejj.blogspot.com/2013/03/kenapa-kerajaan-tidak-tetapkan-
dasar_20.html
15
Jamey Wagner. The Effects of Plastic Bags on Environment. Dimuat turun pada 30
Januari 2015 daripada http://www.healthguidance.org/entry/14901/1/The-
Effects-of-Plastic-Bags-on-Environment.html
Kampus Kejuruteraan USM ( 2013 ). Penyelidik USM Cipta Plastik Mudah Terurai,
Tahan Lama. Diperolehi pada 2 Februari 2015 dari
http://www.eng.usm.my/v3/index.php?option=com_content&view=article&id=
73%3Apenyelidik-usm-cipta-plastik-mudah-terurai-tahan-
lama&catid=1%3Alatest-news&lang=ms
Ng Mei Qing (2011). Bahaya Botol Plastik (BPA). Dimuat turun pada 2 Februari
2015 daripada http://www.ukm.my/monline/bahaya-botol-plastik-bpa.html
Ntepa. Environmental Impacts. Dimuat turun pada 30 Januari 2015 daripada
http://www.ntepa.nt.gov.au/waste-pollution/plastic-bag-ban/enviroimpacts
Nur Athirah Amalina ( 2014 ). Dapatan Kajian PBS PA. Diperolehi pada 2 Februari
2015 dari http://www.slideshare.net/nurathirahamalina/50-dapatan-kajian
Nurul Nadilla Bt Arjunaidi ( 2012 ). Penemuan : FruitPlast-Plastik Bioterurai Dari
Buah-buahan. Diperolehi pada 3 Februari 2015 dari
http://www.majalahsains.com/2012/06/penemuan-fruitflast-plastik-bioterurai-
dari-buah-buahan/
16
Realt5000. (2008). Kebaikan dan Keburukan Peralatan Plastik. Diperolehi pada 3
Februari 2015 dari http://www.realt5000.com.ua./news/utf/ms/1764645/
Sandra Tracy. The Disadvantges of Using Products. Dimuat turun pada 30 Januari
2015 daripada http://www.ehow.com/info_8478177_disadvantages-using-
plastic-products.html
Sinar Harian ( 2012 ). Bahan Plastik Mesra Alam. Diperolehi pada 3 Februari 2015
dari http://www.sinarharian.com.my/bisnes/bahan-plastik-mesra-alam-
sekitar-1.95314
Utusan Online (2012). Plastik bawa bencana kepada alam sekitar. Dimuat turun
pada 1Februari 2015 daripada
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Laporan_Khas/20120611/lk_02/Plastik-
bawa- bencana-kepada-alam-sekitar.
Yusrina Hata ( 2011 ). Botol BPA : Tip Mudah Mengenal Pastinya. Diperolehi pada
3 Februari 2015 dari http://www.yusrinahata.com/2011/03/19/botol-bpa-tip-
mudah-mengenal-pastinya/
17