bahan kesihatan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

unutk panduan

Citation preview

1 Home Analytics Upload Papers Fatimah

Top of Form

Bottom of FormProgram Bersepadu Sekolah Selamat

Uploaded byUmmi 1410

top 0.1% 3,978 1 [Year] ____________________________________________________________________ TAJUK HALAMAN SENARAI KANDUNGAN 1 1.0) PENGENALAN YANG AKTIVITI PEMANTAUAN DAN PENILAIAN YANG DIJALANKAN. 2 2.0) LAPORAN PEMANTAUAN DAN PENILAIAN PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT (PBSS) 5 3.0) KESIMPULAN 18 4.0) KANDUNGAN PERSEMBAHAN SLAIDBERKAITAN GOTONG ROYONG KAWASAN TERPILIH 19 5.0) LAMPIRAN 22 6.0)BAHAN RUJUKAN 35

2 [Year] _________________________________________ 1.0)Pengenalan yang aktiviti pemantauan dan penilaian yang dijalankan. Program Kesihatan Sekolah (RKS) meliputi semua kegiatan dan pengalaman yang direka untuk mempertahankan, mengalakkan dan menjaga kesihatan optimum murid-murid dan kegiatan sekolah, untuk menggalakkan keadaan hidup sihat di sekolah dan untuk membina pengetahuan, sikap dan kebiasaan yang diingini mengenai kesihatan. Tumpuan adalah kepada Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) kerana program ini menyepadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah. Rancangan Kesihatan Sekolah telah dimulakan sejak tahun 1967 lagi dengan tujuan utamanya untuk melahirkan pelajar-pelajar dan masyarakat sekolah yang sihat dan produktif. Keutamaan akan diberi untuk menambah pengambilan dan latihan kakitangan profesional kesihatan dan anggota kesihatan profesional bersekutu di sektor awam dan swasta. Peraturan yang ditetapkan dalam Akta Kemudahan dan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 akan berkuatkuasa untuk mempertingkatkan lagi kualiti dan peluang mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang disediakan oleh sektor swasta. Setelah lebih dua puluh tahun berlalu, konsep kesihatan sekolah semakin berkembang seiring dengan perkembangan dalam bidang teknologi dan komunikasi. Pada tahun 1996, dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memberi nafas baru kepada RKS dengan mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS). Matlamat PBSS adalah untuk meningkatkan pengetahuan mengenai amalan kesihatan diri, menggalakkan amalan cara hidup sihat dan memastikan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, selamat dan sihat. Berkaitan kesihatan, KPM telah mengeluarkan beberapa pekeliling ikhtisas, surat siaran dan buku-buku panduan seperti Garis Panduan Amalan Kebersihan Sekolah 1997, Panduan Melaksanakan PBSS, Buku Panduan Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja (PROSTAR) dan Modul Latihan PROSTAR, Garis Panduan Rancangan Makanan Tambahan, Garis Panduan Program Susu Sekolah dan Panduan Pengurusan Pendidikan Pencegahan Denggi di Sekolah 2005.

3 [Year] Berdasarkan sumber akhbar Utusan Malaysia, pada 27 Oktober 2011 yang lalu pernah dilaporkan seorang murid perempuan tahun satu pengsan manakala rakannya cedera di tangan setelah ditimpa sebatang tiang bendera ketika menyertai aktiviti sukan di sebuah sekolah di negeri Selangor. Oleh itu, kemalangan yang berlaku ketika berada di kawasan sekolah perlu diambil berat begitu juga dari segi keceriaan dan kebersihan. Justeru, sekolah yang selamat ialah sekolah yang sentiasa berusaha memastikan warganya terhindar daripada segala bahaya dan ancaman yang bersifat fizikal, mental, emosi, dan psikologikal yang boleh menggugat keberkesanan proses pendidikan di sekolah. Aspek keselamatan ini pula meliputi struktur fizikal, trafik, makanan, bangunan, padang, kesihatan, disiplin, dan tingkah laku. Di dalam penilaian dan pemantau Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS), terdapat enam teras utama yang telah digariskan oleh Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1998. Bagi mewujudkan satu pendekatan bersepadu di antara warga sekolah. PIBG, sektor awam ,sektor swasta, badan bukan kerajaan serta masyarakat setempat ke arah melahirkan sekolah yang sihat. Surat Pekeliling lkhtisas ini bertujuan untuk mengingatkan semua Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian dan sekolah supaya proaktif dan prihatin terhadap aspekaspek kesihatan pelajar, khususnya yang ada kaitan dengan perkembangan kesihatan rohani, emosi dan sosial mereka. Perkembangan pelajar secara menyeluruh dan bersepadu berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara perlu sentiasa dihayati. Rajah 1.0 (a) menunjukkan ke enam- enam aspek penilaian PBSS. Rajah 1.0 (a) : Keenam- enam penilaian dan pemantauan PBSS yang dikenalpasti.

4 [Year] Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) diwujudkan sejajar dengan hasrat dan wawasan negara untuk melahirkan rakyat yang sihat, produktif dan berkualiti. Program ini antaranya bertujuan untuk memelihara dan meningkatkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, selamat dan sihat. Disamping membina persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan cara hidup sihat, program yang terancang dan bersepadu ini juga bertujuan untuk memupuk pengetahuan, sikap dan bertanggungjawab ke arah amalan penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat. Oleh yang demikian, sikap dan amalan membina sahsiah warga sekolah yang murni perlu dibentuk secara optimum oleh pihak sekolah. Amalan ini perlu agar dapat membawa kesejahteraan keseluruhan individu dari aspek mental, fizikal, emosi dan sosial. Perkhidmatan kesihatan yang terdapat di sekolah rendah meliputi aktiviti kesihatan seperti rawatan pergigian, ceramah yang melibatkan penyakit berjangkit dan banyak lagi. Di dalama perkhidmatan kesihatan sekolah, program pergigian murid-murid sekolah rendah adalah untuk meningkatkan taraf Kesihatan Pergigian melalui program perkhidmatan Incremental Dental Care. Program ini bukan sahaja untuk mencegah penyakit pergigian tetapi juga untuk mengekalkan keadaan bebas karies dan juga kesihatan periodontium. Program ini juga bertujuan meningkatkan jumlah bilangan orally fitserta meningkatkan tahap kesedaran kesihatan pergigian yang tinggi. Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) bernaung di bawah Unit Hal Ehwal Murid yang mana unit ini menubuhkan Ahli Jawatankuasa Program Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) di peringkat Sekolah. Ahli jawatankuasa terdiri daripada pihak sekolah dengan agensi luar yang terlibat anataranya Pasukan Bomba dan Penyelamat , Polis Diraja Malaysia , pengusaha bas sekolah, Majlis Perbandaran , Pejabat Kesihatan Daerah, Persatuan Ibubapa (PIBG) dan komuniti setempat. Mereka akan mengadakan mesyuarat sekurang - kurangnya 2 kali setahun.

Keselamatan adalah satu keadaan yang selamat, sejahtera, aman dan terlindung daripada sebarang masalah fizikal, sosial, kewangan, politik, perasaan, pekerjaan, psikologi, pelajaran dan perkara-perkara lain yang boleh melibatkan kerosakan atau kejadian yang tidak diingini berlaku. Keselamatan di sekolah lebih kepada pencegahan berlakunya sebarang kes kecederaan dan kemalangan di semua tempat dalam lingkungan kawasan sekolah seperti di stor sukan, kantin, dewan, bilik komputer, bilik darjah, asrama, bilik mandi, tandas, padang dan dapur.

Bagi mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini terjadi maka langkah-langkah pencegahan perlu dirancang, disusun dan dilaksanakan dengan terperinci demi kebaikan bersama semua warga sekolah. Oleh itu, satu proses prosedur keselamatan mengenai tatacara penggunaan sesuatu empat perlu disebarkan dan disampaikan dalam bentuk risalah atau poster. Tatacara ini termasuklah dari segi penggunaan secara am, tatacara penggunaan murid dan tatacara penggunaan guru. Dengan adanya prosedur ini, pihak pentadbiran dan semua warga sekolah akan mempunyai komitmen dalam memberi kesedaran terhadap aspek keselamatan untuk melahirkan iklim sekolah yang kondusif bagi membantu perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu.

1.0 PROSEDUR KESELAMATAN KAWASAN SEKOLAH

Prosedur keselamatan adalah proses yang digunakan sebagai panduan seseorang individu atau kumpulan individu dalam mencegah atau mengelakkan sesuatu kemalangan yang boleh mengundang bahaya dari segi fizikal, emosi, mental dan sosial berlaku. Di sini akan dibincangkan tatacara penggunaan am, tatacara penggunaan murid dan tatacara penggunaan guru bagi empat tempat di kawasan sekolah iaitu stor sukan, kantin, dewan sekolah dan bilik komputer.Tatacara penggunaan boleh didefinisikan sebagai satu prosedur kepada langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil oleh semua warga sekolah bagi memastikan persekitaran sesebuah tempat memberi keselesaan dan keselamatan untuk menjalankan sebarang aktiviti tanpa gangguan daripada sebarang kecelakaan, kemalangan dan kecederaan. Oleh itu, bagi mewujudkan warga sekolah yang bahagia, sihat mental dan emosi, tatacara penggunaan tempat perlu dijadikan panduan untuk menjadikan pengurusan prosedur keselamatan berjalan dengan lancar.

2.0STOR SUKAN Stor sukan merupakan sebuah tempat yang digunakan untuk menyimpan pelbagai peralatan sukan supaya ianya selamat dan tidak mudah rosak. Ini bagi mengelakkan pihak sekolah terpaksa membelanjakan ribuan ringgit bagi menggantikan kerosakan peralatan tersebut. Maka perlu diwujudkan tatacara penggunaan stor sukan bagi melicinkan pengurusan dan keselamatan murid.

2.1TATACARA PENGGUNAAN AM

2.1.1Rekod Keluar Masuk

Perlu mempunyai rekod inventori, rekod keluar dan rekod masuk bagi semua peralatan yang digunakan agar mengetahui bila dan siapa yang menggunakannya serta mengetahui siapa yang memberi kebenaran tentang penggunaan peralatan tersebut. Ini bagi mengelakkan kecurian peralatan berlaku.

2.1.2Peralatan Disimpan Di Tempat Khas

Alat-alat sukan hendaklah diletakkan di tempat khas yang mudah diambil oleh Ahli Jawatankuasa Penyelenggaraan Stor Sukan yang bertugas. Di samping itu, tempat-tempat tersebut perlu dilabelkan bagi melicinkan urusan pengeluaran dan pemulangan kembali peralatan.

2.1.3Peralatan Berbahaya Perlu Perhatian

Peralatan berbahaya seperti lembing, peluru, tukul besi dan cakera mestilah disimpan, dijaga dan diawasi penggunaanya. Pengeluaran peralatan ini adalah terkawal dan perlukan pengawasan daripada guru yang bertugas.

2.1.4Kelulusan Piawai Dan Pengikhtirafan

Semua peralatan sukan mesti mempunyai kelulusan piawai dan pengikhtirafan daripada undang-undang persatuan sukan. Ini bagi mengelakkan pengeluaran peralatan yang tidak berkualiti.

2.1.5Dilupuskan Mengikut Prosedur

Peralatan yang sudah tidak selamat digunakan hendaklah dilupuskan mengikut prosedur yang ditetapkan. Ini penting bagi mengelakkan kesesakan peralatan berlaku dalam stor sukan.

2.2TATACARA PENGGUNAAN MURID

2.2.1Kebenaran Memasuki Stor Sukan

Murid dilarang masuk ke dalam stor sukan tanpa kebenaran guru dalam pelbagai urusan. Hanya individu tertentu sahaja yang boleh memasuki stor sukan atas urusan pengeluaran dan pengembalian peralatan tersebut.

2.2.2Laporan Kerosakan

Murid perlu melaporkan kepada guru jika terdapat sebarang kerosakan pada peralatan yang digunakan bagi mengelakkan sebarang kemalangan berlaku apabila aktiviti sedang dijalankan.

2.2.3Pengembalian Peralatan Sukan

Semua peralatan sukan yang telah digunakan haruslah dikembalikan dalam keadaan yang selamat dan bersih di samping memastikan jumlah yang dikembalikan adalah sama dengan jumlah peralatan yang telah dikeluarkan.

2.3TATACARA PENGGUNAAN GURU

2.3.1Merekodkan Penggunaan Peralatan Sukan

Guru harus menyediakan buku rekod bagi memudahkan kerja merekodkan semua peralatan sukan yang digunakan.

2.3.2Tugas Guru Sebagai Pengendali Stor Sukan

Guru bertanggungjawab mengeluarkan dan memeriksa peralatan agar dalam keadaan

yang baik sebelum sesuatu aktiviti atau acara sukan bermula. Di samping itu, guru

juga akan menyimpan dan memastikan peralatan yang dikembalikan dalam keadaan

seperti sedia kala serta bersih.

2.3.3Mengawasi Penggunaan Peralatan Yang Berbahaya

Guru sentiasa mengawasi dengan rapi penggunaan alatan yang mempunyai ciri-ciri bahaya. Selain itu, guru bertanggungjawab memastikan peralatan sukan tersebut dalam keadaan yang terbaik untuk digunakan. Ini bagi mengelakkan sebarang kemalangan dan kecederaan berlaku.

2.3.4Laporan Kerosakan Dan Kehilangan Peralatan

Guru harus membuat laporan tentang kerosakan dan kehilangan serta peralatan yang perlu diperbaiki. Laporan ini penting bagi mengetahui status peralatan sama ada boleh digunakan atau dilupuskan..3.5Guru Berkelayakan

Pentadbir sekolah memastikan pelantikan guru penasihat yang berkelayakan dan bertauliah dalam mengendalikan peralatan sukan. Ini bagi memastikan urusan sukan berjalan dengan lancar dan tidak berlaku kekeliruan dalam pengendalian tatacara penggunaan stor sukan.

3.0KANTIN

Kantin merupakan premis yang penting kepada warga sekolah bagi mendapatkan keperluan makanan semasa berada di sekolah. Kantin juga adalah sebuah tempat yang sentiasa menjadi tumpuan murid-murid sewaktu rehat bagi mendapatkan makanan dan minuman yang diingini untuk mengalas perut yang lapar. Andai pengurusan prosedur keselamatan di kantin diabaikan dan tidak diaplikasi dengan penuh disiplin kemungkinan banyak risiko yang akan berlaku. Oleh itu, tatacara harus disediakan sebagai panduan penggunaan kantin kepada semua warga sekolah.

3.1TATACARA PENGGUNAAN AM

3.1.1Kebenaran Masa Berada Di Kawasan Kantin Sekolah

Murid perlu mematuhi peraturan kantin dan hanya dibenarkan berada di kantin pada waktu rehat iaitu pada pukul 1000 hingga 1020 sahaja. Namun bagi staf sekolah, waktu berada di kantin tidak terbatas asalkan tidak menganggu jadual bertugas masing-masing.

3.1.2Kebersihan Kantin Sekolah

Semua pengguna mesti mengutamakan kebersihan dengan memastikan kawasan kantin sekolah dijaga dengan bersih dan bebas dari sampah sarap. Selain daripada itu, kantin sekolah juga perlu bebas daripada LILATI ( lipas, lalat dan tikus ).

3.1.3Keselamatan Di Kantin Sekolah

Murid tidak dibenarkan bermain-main dan berlari-lari di dalam kantin terutamanya apabila keadaan lantai yang licin terutamanya selepas hujan turun.

3.1.4Makanan Terlarang

Pengusaha kantin dilarang menjual sebarang makanan TIDAK HALAL dan murid bukan Islam juga dilarang membawa dan makan sebarang makanan TIDAK HALAL di dalam kantin.

3.1.5Laporan Kemalangan Dan Pergaduhan

Pengawas atau guru yang bertugas hendaklah dimaklumkan apabila terjadi sebarang kemalangan dan pergaduhan berlaku di dalam kantin.

3.2TATACARA PENGGUNAAN MURID

3.2.1Beratur Sewaktu Membeli Makanan

Murid-murid sentiasa beratur, berkelakuan sopan santun dan mengikut giliran sewaktu hendak membeli makanan.

Dilarang sama sekali berebut-rebut dan bertolakan sesama sendiri sewaktu membeli makanan, mendapatkan tempat duduk dan balik ke kelas masing-masing.

3.2.2Kebersihan Menjadi Keutamaan

Sentiasa menjaga kebersihan tempat makan ( meja ) dalam keadaan bersih.

Cuci tangan dengan sabun sebelum dan selepas makan di tempat yang disediakan.

Dilarang membuang sampah di merata tempat.

Membuang bungkusan dan sisa makanan ke dalam tong sampah yang telah disediakan.

3.3.3Larangan Sewaktu Berada Di Dalam Kantin

Dilarang makan dan minum sambil berjalan atau berdiri.

Dilarang membawa makanan dan minuman keluar dari kantin.

Jangan meludah di kawasan kantin.

Jangan bergaduh sewaktu membeli makanan dan minuman.

Jangan membuat bising dan bercakap-cakap sewaktu sedang menikmati hidangan makanan.

3.3TATACARA PENGGUNAAN GURU

3.3.1Pengawasan Tingkah Laku Murid

Guru perlu mengawas tingkah laku murid semasa beratur dan bergerak sewaktu membeli makanan dan minuman. Ini bagi mendidik murid-murid berdisiplin tinggi dan menjadikan urusan pembelian makanan dan minuman berjalan dengan selesa.

3.3.2Memastikan Makanan Dan Minuman Yang Dijual Menepati Piawai

Guru perlu memastikan makanan dan minuman yang disediakan dan dijual oleh pihak kantin adalah tidak melanggar peraturan-peraturan makanan 1985 dan menepati piawai kebersihan dan keselamatan kantin sekolah yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

3.3.3Kebersihan Dan Keselamatan Kantin

Guru perlu memastikan kebersihan dan keselamatan di dalam kantin telah memenuhi piawai Kementerian Kesihatan Malaysia.

Guru memastikan makanan yang dijual sentiasa bersih, bermutu, berkhasiat dan selamat untuk dimakan.

Guru memastikan semua kemudahan kantin seperti tempat menyediakan, mempamerkan atau menghidangkan makanan hendaklah sentiasa dijaga dalam keadaan bersih dan kemas.

Memastikan tiada staf yang akan merokok di dalam kantin sekolah.

4.0DEWAN SEKOLAH

Dewan sekolah adalah sebuah tempat yang luas dan dapat menempatkan jumlah murid yang ramai pada satu-satu masa bagi tujuan perhimpunan, mengadakan sesuatu majlis seperti majlis penyampaian sijil dan hadiah serta majlis sambutan perayaan serta boleh juga digunakan untuk latihan atau pertandingan permainan seperti ping pong dan badminton. Bagi mengelakkan kemalangan atau kecederaan berlaku, tatacara dalam dewan perlu digubal sebagai panduan manual kegunaan murid, guru dan warga sekolah.

4.1TATACARA PENGGUNAAN AM

4.1.1Ciri-ciri Keselamatan Di Dewan Sekolah

Penyediaan alat pemadam api yang sesuai dan loceng kecemasan hendaklah sentiasa diselenggara setiap masa secara berkala. Ini penting untuk memastikan peralatan tersebut dalam keadaan yang baik semasa hendak digunakan.

4.1.2Permainan Yang Dilarang Dijalankan Di Dewan Sekolah

Permainan-permainan seperti hoki, bola sepak, bola tampar dan sepak takraw tidak dibenarkan diadakan dalam dewan sekolah disebabkan faktor ruang yang tidak mengizinkan penggunaannya.

4.1.3Kebersihan Di Dewan Sekolah

Kebersihan adalah tanggungjawab semua.

Sentiasa memastikan dewan sekolah dalam keadaan yang bersih daripada sebarang sampah sarap.

Jangan meludah merata-rata tempat.

4.1.4Kebenaran Menggunakan Dewan Sekolah

Menyediakan buku catatan penggunaan dewan untuk sesuatu aktiviti.

4.2TATACARA PENGGUNAAN MURID

4.2.1Kebenaran Menggunakan Dewan Sekolah

Murid-murid tidak dibenarkan berada di dewan pada waktu malam sama ada untuk latihan tarian, nyanyian atau permainan badminton dan ping pong kecuali dengan pengawasan dan kebenaran seorang guru.

4.2.2Kebersihan Dewan Sekolah

Dilarang membuang sampah sarap di merata tempat.

Buang sampah ke dalam tong sampah yang telah disediakan.

Jangan meludah sebarangan di kawasan dewan sekolah.

4.2.3Laporan Kerosakan

Murid-murid hendaklah melaporkan kepada guru andai ada sebarang kerosakan yang berlaku pada kelengkapan dewan.

4.2.4Pemindahan Dan Pengeluaran Kelengkapan Dalam Dewan Sekolah

Murid-murid dilarang memindahkan dan mengeluarkan mana-mana kelengkapan dan barang yang berada dalam dewan tanpa kebenaran pihak yang bertanggungjawab.

4.2.5Sentiasa Mematuhi Semua Peraturan Dalam Dewan Sekolah

Jangan berlari dan membuat bising sewaktu perhimpunan diadakan.

Sentiasa berbaris dan tidak berebut-rebut apabila masuk atau keluar dari dewan selepas sesuatu aktiviti dijalankan.

Tidak menconteng dinding dan permukaan peralatan yang terdapat di dalam dewan.

Tidak merosakkan peralatan dengan sengaja.

4.3TATACARA PENGGUNAAN GURU

4.3.1Merekod Aktiviti Yang Dijalankan

Guru perlu merekod masa dan aktiviti yang dijalankan di dalam dewan sekolah di dalam buku catatan yang telah disediakan.

4.3.2Peka Dan Bertanggungjawab Dengan Kemudahan Yang Ada Dalam Dewan

Guru harus memastikan keadaan fizikal dewan sekolah selamat digunakan untuk aktiviti yang telah dirancang.

Guru harus memastikan ciri-ciri keselamatan diutamakan sebelum aktiviti dijalankan.

Guru harus memastikan kipas dan lampu hendaklah dipadam selepas aktiviti dijalankan.

4.3.3Tugas Pengawasan Keselamatan Murid

Setiap aktiviti yang dijalankan perlu sentiasa diawasi oleh guru bagi memastikan keselamatan murid terjamin sepanjang aktiviti dijalankan.

5.0BILIK KOMPUTER

Bilik komputer merupakan sebuah bilik yang menyimpan banyak perkakas yang berasaskan elektrik seperti komputer, pelbagai suis, penyambung wayar, soket dan pelbagai wayar. Ciri-ciri keselamatan amat ditekankan bagi memastikan tiada kemalangan yang tidak diingini akan berlaku. Beberapa tatacara penggunaan bilik komputer telah dilaksanakan dari sudut secara am, murid dan guru bagi mempertingkatkan disiplin pengguna apabila berada di dalam bilik komputer.

5.1TATACARA PENGGUNAAN AM

5.1.1Keselamatan Bilik Komputer

Memastikan semua tingkap dan pintu bilik komputer hendaklah dipasang dengan jeriji bagi mengelakkan sebarang kecurian dan pencerobohan berlaku.

5.1.2Keselamatan Peralatan Dan Perisian

Sebarang peralatan dan perisian tidak dibenarkan dibawa masuk dan keluar kecuali dibenarkan oleh guru. Ini bagi mengelakkan agar sistem komputer terlindung daripada virus-virus pada masa kini.

5.1.3Merekodkan Penggunaan Bilik Komputer

Buku catatan hendaklah disediakan bagi memastikan semua aktiviti dan tempoh masa yang digunakan dalam bilik komputer direkod. Ini bagi memudahkan membuat sebarang laporan andai terdapat sesuatu kejadian idak diingini.

5.2 TATACARA PENGGUNAAN MURID

5.2.1Kebenaran Menggunakan Bilik Komputer

Semua murid dibenarkan masuk ke bilik komputer dengan kebenaran dan pengawasan guru.

5.2.2Benda-benda Yang Dilarang Dibawa Masuk Ke Dalam Bilik Komputer

Semua beg hendaklah ditinggalkan atau diletakkan di rak yang berada di luar bilik komputer.

Semua jenis makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik komputer.

Objek tajam juga dilarang dibawa masuk.

Kasut dan selipar hendaklah ditanggalkan sebelum masuk ke dalam bilik komputer.

5.2.3Mencatat Kehadiran

Semua murid perlu mencatatkan kehadiran mereka di dalam buku caatan yang telah disediakan di setiap meja komputer.

5.2.4Laporan Yang Perlu Dibuat

Murid perlu melaporkan sebarang kerosakan dan bau yang asing kepada guru bagi tindakan selanjutnya.

Jika berlaku sebarang masalah kepada sistem komputer hendaklah dilaporkan dengan segera kepada guru.

5.2.5Kebersihan Dan Keceriaan Bilik Komputer

Murid-murid hendaklah memastikan bilik komputer dalam keadaan kemas dan bersih setiap masa.

Murid memastikan tidak membuang sampah sarap di merata tempat dan tidak menconteng dinding bilik komputer bagi memelihara keceriaan dalam bilik tersebut.

5.2.6Perlu Minta Kebenaran

Murid perlu memberitahu dan meminta kebenaran apabila hendak megakses internet.

Murid harus memberitahu guru jika ingin menanggalkan sebarang sambungan pada sistem komputer bagi mengelakkan renjatan elektrik atau litar pintas berlaku.

5.3TATACARA PENGGUNAAN GURU

5.3.1Persediaan Sebelum Memulakan Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

Guru perlu memastikan semua murid telah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan sebelum memulakan pelajaran.

Guru menyediakan satu prosedur yang mudah dalam memulakan sistem komputer agar semua murid dapat menerimanya dengan senang dikuasai.

5.3.2Laporan Kerosakan

Setiap kerosakan yang terdapat pada peralatan, guru haruslah merekod dan membuat laporan untuk tindakan yang selanjutnya.

5.3.3Kerja-kerja Penyelenggaraan

Guru memastikan kerja-kerja peyelenggaraan dan baik pulih seharusnya dilakukan dari masa ke semasa bagi memastikan sistem komputer berada dalam keadaan yang terbaik diguna setiap masa.

PENUTUP

Keselamatan adalah sangat penting walau di mana sahaja kita berada sama ada di darat, udara dan laut. Salah satu tempat yang memerlukan perhatian penuh dalam isu keselamatan adalah sekolah. Sekolah adalah salah satu tempat di mana terdapat ramai generasi yang perlu diselamatkan daripada pelbagai ancaman bahaya. Ini kerana sekolah akan melahirkan manusia yang berguna dan berkualiti untuk memajukan dan membangunkan negara kita pada masa akan datang. Oleh itu, tatacara penggunaan sesuatu tempat perlu disebarkan bagi memberi peluang kepada semua warga sekolah memahami peraturan yang perlu diikuti bagi mengelakkan sebarang kecelakaan dan kemalangan berlaku. Jadi, pelbagai cara yang boleh digunakan dalam menyebarkan tatacara penggunaan sesuatu tempat seperti melalui risalah, poster, media cetak dan juga media elektrik. Melalui medium ini akan memberi satu panduan untuk kegunaan murid, guru dan secara am dalam membantu mengelakkan kemalangan dan kecelakaan berlaku di kawasan sekolah.

Persekitaran sekolaPersekitaran sekolah yang ceria dan bersih memberi keselesaan dan mengambarkan kecintaan serta kerjasama yang tinggi dalam kalangan warga sekolah. Keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah adalah penting bagi meningkatkan mutu pendidikan .Mempunyai iklim sekolah yang ceria, tenang dan selesa penting ke arah tercapainya visi dan misi sekolah serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Suasana dan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, tenteram amat perlu bagi meningkatkan keselesaan pelajar bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, rohani ,jasmani dan intelek. Program keceriaan sekolah mempunyai matlamat untuk mewujudkan sebuah sekolah yang mempunyai persekitaran yang bersih, ceria, cantik, dan mempunyai kemudahan yang mencukupi untuk pelajar iaitu selaras dengan visi kebanyakan sekolah iaitu bagi mencapai kegemilangan akademik, kokurikulum dan sahsiah warganya yang berteraskan ilmu, iman dan amal. Objektif Program Keceriaan Sekolah #Mewujudkan kawasan sekolah yang lebih ceria dan harmonis. #Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pelbagai kemudahan dan prasarana di kawasan sekolah. #Memupuk sikap bertanggungjawab pelajar dan seluruh warga sekolah terhadap kewujudan #institusi pendidikan mereka. #Mewujudkan kerjasama antara warga sekolah. #Menjadikan kawasan sekolah selesa dan kondusif hingga mendorong sikap dan motivasi positif pembelajaran dalam kalangan pelajar. Perancangan Strategik Program Keceriaan #Mengenal pasti kawasan sekolah dan kelas yang perlu diperindah dan diceriakan. #Memberi tumpuan terhadap taman yang kurang ceria . #Membahagikan tugas menceriakan kawasan dan taman kepada persatuan dan badan beruniform. #Menceriakan kawasan persekitaran sekolah dengan menambahkan pokok-pokok hiasan. #Menyediakan kemudahan kepada pelajar terutama pondok ilmu, tempat istirahat , wakaf diskusi dan laluan pelajar dengan lebih banyak. #Mewujudkan dana keceriaan sekolah daripada pelbagai pihak. #Memberi tumpuan kepada kawasan padang yang perlu diceriakan dan meningkatkan kemudahan untuk keselesaan pelajar. #Meminta nasihat dan bantuan daripada konsultan atau pihak luar yang lain yang berpengalaman bagi meningkatkan keceriaan landskap kawasan sekolah. #Memberi tumpuan kebersihan kawasan sekolah dengan menanam sikap atau menghayati slogan seperti Sekolahku Rumahku , Cintailah Sekolah Kita dan sebagainya dalam kalangan warga sekolah. #Membaiki dan menceriakan kawasan pembuangan sampah , tapak pelupusan dan kawasan pembersihan dengan lebih baik. #Menambahkan bilangan pokok bunga yang sesuai untuk memperindah kawasan sekolah. #Menambah kerusi batu di tempat-tempat yang sesuai bagi tempat rehat pelajar. #Menjaga kesuburan pokok bunga supaya kelihatan segar. #Mengadakan kempen keceriaan secara berterusan termasuk aktiviti gotong royong membersih kawasan sekolah dalam kalangan warga sekolah seperti kempen sumbangan pokok dalam kalangan warga sekolah,membina papan kenyataan berinformasi di setiap taman, mengecat pasu bunga, tiang larit dan sebagainya di kawasan sekolah, membina arca di kawasan taman,membina menara jam, membina kolam dan air terjun dan membina laluan berbumbung di kawasan taman dan membina taman herba baru. Keceriaan Bilik Darjah Atau Kelas #Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah berkait rapat dengan iklim dan suasana dalam bilik darjah. Untuk mencapai kecemerlangan , sekolah mestilah memastikan bahawa bilik darjah atau kelas sentiasa dalam keadaan yang bersih dan ceria. #Kebersihan dan keceriaan bilik darjah seharusnya dikekalkan malah dipertingkatkan dari masa ke masa. Untuk mencapai tujuan ini, pertandingan bilik darjah bersih dan ceria amat sesuai diadakan secara berterusan bagi memastikan pelajar sentiasa berada dalam keadaan yang selesa dan seterusnya dapat mengikuti pelajaran dengan baik. #Suasana pembelajaran yang sentiasa bersih dan ceria hasil daripada kerjasama dan pertandingan yang sihat antara pelajar tentunya akan menghasilkan kecemerlangan dalam akademik dan disiplin pelajar . Ini adalah sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara yang mementingkan penghasilan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Keceriaan Sekolah Melalui Program 3K 1. Program 3K atau Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah telah diadakan selama lebih 18 tahun sejak tahun 1991. Program ini telah memberi impak yang besar terhadap pembangunan pendidikan di sekolah-sekolah di seluruh negara. 2. Sekolah-sekolah lebih ceria dan selamat malah kadar kemalangan di kawasan sekolah juga amat berkurangan. 3. Program ini telah mengubah budaya warga sekolah dan masyarakat setempat kepada budaya yang lebih baik apabila kadar ponteng sekolah menurun, kes vandalisme berkurang dan prestasi akademik meningkat. 4. Kerja berpasukan dalam kalangan warga kerja sekolah dan kepimpinan pengetua telah membuahkan hasil dengan meningkatnya prestasi kecemerlangan pendidikan di sekolah-sekolah berkenaan. 5. Terdapat sekolah yang memberi tumpuan kepada aspek keselamatan sebagai komponen utama Program 3K. Rasional polisi keselamatan diperkenalkan ialah untuk memberi pendedahan kepada warga sekolah mengenai keselamatan fizikal, emosi, sosial dan teknikal. 6. Program ini dapat menjana keinginan pihak sekolah untuk terus meningkatkan kemajuan sekolah kerana melalui 3K, mereka berpeluang menilai kedudukan dan pencapaian sekolah berkenaan. 7. 3K juga memberikan ruang kepada para pelajar untuk berinteraksi sesama mereka melalui kerja-kerja yang dilakukan di luar bilik darjah menyediakan taman dan landskap di kawasan sekitar sekolah.Melaluinya para pelajar dapat mengenal pasti potensi dan keupayaan mereka sebagai pemimpin selain membentuk disiplin diri apabila dilantik mengetuai sesuatu projek. 8. Melalui 3K , pelajar, guru dan guru besar dapat berinteraksi dalam suasana yang lebih mesra sekali gus menjalin hubungan baik antara mereka dan memudahkan pelaksanaan segala urusan berkaitan pendidikhttp://bit.ly/copy_winh yang ceria dan bersih memberi keselesaan dan mengambarkan kecintaan serta kerjasama yang tinggi dalam kalangan warga sekolah. Keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah adalah penting bagi meningkatkan mutu pendidikan .Mempunyai iklim sekolah yang ceria, tenang dan selesa penting ke arah tercapainya visi dan misi sekolah serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Suasana dan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, tenteram amat perlu bagi meningkatkan keselesaan pelajar bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, rohani ,jasmani dan intelek. Program keceriaan sekolah mempunyai matlamat untuk mewujudkan sebuah sekolah yang mempunyai persekitaran yang bersih, ceria, cantik, dan mempunyai kemudahan yang mencukupi untuk pelajar iaitu selaras dengan visi kebanyakan sekolah iaitu bagi mencapai kegemilangan akademik, kokurikulum dan sahsiah warganya yang berteraskan ilmu, iman dan amal. Objektif Program Keceriaan Sekolah #Mewujudkan kawasan sekolah yang lebih ceria dan harmonis. #Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pelbagai kemudahan dan prasarana di kawasan sekolah. #Memupuk sikap bertanggungjawab pelajar dan seluruh warga sekolah terhadap kewujudan #institusi pendidikan mereka. #Mewujudkan kerjasama antara warga sekolah. #Menjadikan kawasan sekolah selesa dan kondusif hingga mendorong sikap dan motivasi positif pembelajaran dalam kalangan pelajar. Perancangan Strategik Program Keceriaan #Mengenal pasti kawasan sekolah dan kelas yang perlu diperindah dan diceriakan. #Memberi tumpuan terhadap taman yang kurang ceria . #Membahagikan tugas menceriakan kawasan dan taman kepada persatuan dan badan beruniform. #Menceriakan kawasan persekitaran sekolah dengan menambahkan pokok-pokok hiasan. #Menyediakan kemudahan kepada pelajar terutama pondok ilmu, tempat istirahat , wakaf diskusi dan laluan pelajar dengan lebih banyak. #Mewujudkan dana keceriaan sekolah daripada pelbagai pihak. #Memberi tumpuan kepada kawasan padang yang perlu diceriakan dan meningkatkan kemudahan untuk keselesaan pelajar. #Meminta nasihat dan bantuan daripada konsultan atau pihak luar yang lain yang berpengalaman bagi meningkatkan keceriaan landskap kawasan sekolah. #Memberi tumpuan kebersihan kawasan sekolah dengan menanam sikap atau menghayati slogan seperti Sekolahku Rumahku , Cintailah Sekolah Kita dan sebagainya dalam kalangan warga sekolah. #Membaiki dan menceriakan kawasan pembuangan sampah , tapak pelupusan dan kawasan pembersihan dengan lebih baik. #Menambahkan bilangan pokok bunga yang sesuai untuk memperindah kawasan sekolah. #Menambah kerusi batu di tempat-tempat yang sesuai bagi tempat rehat pelajar. #Menjaga kesuburan pokok bunga supaya kelihatan segar. #Mengadakan kempen keceriaan secara berterusan termasuk aktiviti gotong royong membersih kawasan sekolah dalam kalangan warga sekolah seperti kempen sumbangan pokok dalam kalangan warga sekolah,membina papan kenyataan berinformasi di setiap taman, mengecat pasu bunga, tiang larit dan sebagainya di kawasan sekolah, membina arca di kawasan taman,membina menara jam, membina kolam dan air terjun dan membina laluan berbumbung di kawasan taman dan membina taman herba baru. Keceriaan Bilik Darjah Atau Kelas #Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah berkait rapat dengan iklim dan suasana dalam bilik darjah. Untuk mencapai kecemerlangan , sekolah mestilah memastikan bahawa bilik darjah atau kelas sentiasa dalam keadaan yang bersih dan ceria. #Kebersihan dan keceriaan bilik darjah seharusnya dikekalkan malah dipertingkatkan dari masa ke masa. Untuk mencapai tujuan ini, pertandingan bilik darjah bersih dan ceria amat sesuai diadakan secara berterusan bagi memastikan pelajar sentiasa berada dalam keadaan yang selesa dan seterusnya dapat mengikuti pelajaran dengan baik. #Suasana pembelajaran yang sentiasa bersih dan ceria hasil daripada kerjasama dan pertandingan yang sihat antara pelajar tentunya akan menghasilkan kecemerlangan dalam akademik dan disiplin pelajar . Ini adalah sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara yang mementingkan penghasilan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Keceriaan Sekolah Melalui Program 3K 1. Program 3K atau Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah telah diadakan selama lebih 18 tahun sejak tahun 1991. Program ini telah memberi impak yang besar terhadap pembangunan pendidikan di sekolah-sekolah di seluruh negara. 2. Sekolah-sekolah lebih ceria dan selamat malah kadar kemalangan di kawasan sekolah juga amat berkurangan. 3. Program ini telah mengubah budaya warga sekolah dan masyarakat setempat kepada budaya yang lebih baik apabila kadar ponteng sekolah menurun, kes vandalisme berkurang dan prestasi akademik meningkat. 4. Kerja berpasukan dalam kalangan warga kerja sekolah dan kepimpinan pengetua telah membuahkan hasil dengan meningkatnya prestasi kecemerlangan pendidikan di sekolah-sekolah berkenaan. 5. Terdapat sekolah yang memberi tumpuan kepada aspek keselamatan sebagai komponen utama Program 3K. Rasional polisi keselamatan diperkenalkan ialah untuk memberi pendedahan kepada warga sekolah mengenai keselamatan fizikal, emosi, sosial dan teknikal. 6. Program ini dapat menjana keinginan pihak sekolah untuk terus meningkatkan kemajuan sekolah kerana melalui 3K, mereka berpeluang menilai kedudukan dan pencapaian sekolah berkenaan. 7. 3K juga memberikan ruang kepada para pelajar untuk berinteraksi sesama mereka melalui kerja-kerja yang dilakukan di luar bilik darjah menyediakan taman dan landskap di kawasan sekitar sekolah.Melaluinya para pelajar dapat mengenal pasti potensi dan keupayaan mereka sebagai pemimpin selain membentuk disiplin diri apabila dilantik mengetuai sesuatu projek. 8. Melalui 3K , pelajar, guru dan guru besar dapat berinteraksi dalam suasana yang lebih mesra sekali gus menjalin hubungan baik antara mereka dan memudahkan pelaksanaan segala urusan berkaitan pendidikan di sekolah it

Make Money at : http://bit.ly/copy_win

aporan:Pada hari Selasa, 14 Februari 2012 pegawai daripada Jabatan Kesihatan Daerah Sepang telah hadir membuat pemantauan ke kantin khususnya di dalam dapur kantin buat kali pertama bagi sesi persekolahan 2012. Ia merupakan pemantauan berkala secara tahunan yang telah dihadiri oleh dua orang pegawai pada jam 9.00 pagi. Encik Mohd Suhaimi bin Mohd Nizam selaku ketua unit kantin telah mengiringi pegawai bertugas sepanjang pemantauan dijalankan meliputi kawasan kantin, Pra Sekolah A dan Pra Sekolah B. Pemantauan yang dijalankan ini bertujuan bagi memastikan proses penyediaan makanan dilakukan mengikut prosuder yang betul selain memastikan kebersihan kantin berada di tahap yang memuaskan.

Keputusan pemantauan:

Hasil daripada pemantauan yang dijalankan di ketiga-tiga kawasan, didapati semuanya dalam keadaan baik dan terkawal. Namun terdapat beberapa perkara yang harus diambil perhatian bagi memastikan kantin (serta dua dapur pra sekolah) berada dalam keadaan bersih dan bebas daripada kemungkinan-kemungkinan yang boleh membawa kemudharatan kepada pelanggan dari kalangan murid dan kakitangan sekolah.

Antara teguran dan saranan yang dimaklumkan adalah:

Di kantin.1. Kuku salah seorang pekerja didapati panjang.2. Bawah sinki didapati tidak diselenggara dengan baik di mana terdapat kebocoran yang mengakibatkan air dari sinki meleleh.3. Proses penyediaan makanan didapati tidak bersistematik walaupun berada dalam keadaan baik dan memenuhi prosuder yang ditetapkan.Lain-lain perkara di dapati baik selepas memantau persekitaran kantin termasuk bilik makan guru. Di akhir pemantauan ini, pegawai pemantau telah memberi markah sebanyak 88% dengan gred B bagi kantin SK Taman Seroja.

Di Pra-Sekolah A:1. Salah satu tin daripada stok makanan di dalam kabinet didapati kemek dan tidak selamat digunakan. 2. Bekas (kotak) telur perlu dibuang sejurus telur habis digunakan. Tidak boleh disimpan di dapur kerana padanya wujud bakteria dan najis yang terdapat pada telur ayam.Pegawai pemantau mengingatkan pembantu murid agar sentiasa menjaga kesihatan. Lain-lain perkara berada dalam keadaan baik dan terkawal. Di akhir pemantauan ini, pegawai pemantau telah memberi markah sebanyak 86% bagi Pra-Sekolah A. Di Pra-Sekolah B:1. Pembantu murid didapati tidak memakai apron semasa bertugas.2. Pembantu murid didapati memakai barang kemas ketika bertugas.3. Pembantu murid didapati tidak mempunyai rekod dan lesen suntikan pelalian khas untuk penyediaan makanan.4. Susunan bahan makanan di dalam peti sejuk tidak bersistematik di mana terdapat percampuran tingkat antara bahan mentah dan bahan yang sedia dimakan. Buah-buahan yang telah dipotong hendakah ditutup dalam bekas atau plastik.Pra-sekolah dan pembantu murid ini walaupun masih baru, namun setiap prosuder dan peraturan harus diikuti bagi mengelakkan wujudnya sebarang kemudharatan sepanjang masa bertugas dan proses penyediaan makananan. Di akhir pemantauan ini, pegawai pemantau telah memberi markah sebanyak 80% bagi Pra- Sekolah B.

Kesimpulan:Ketiga-tiga kawasan yang dipantau berada didalam tahap baik namun memerlukan penambahbaikan dari semasa ke semasa. Kesemua pihak dari kalangan pentadbir, guru penyelaras kantin, penguasaha kantin dan juga pembantu murid di pra-sekolah telah diberi penjelasan mengenai keperluan mengikut proseder semasa proses penyediaan makanan. Insya-Allah pada Unit Kantin akan sentiasa bekerjasama dengan pihak terlibat dari semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih.