28
VET 3116 PENYEJUKKAN & PENYAMAN UDARA BAHAN PENDINGIN

BAHAN PENDINGIN

Embed Size (px)

DESCRIPTION

k

Citation preview

BAHAN PENDINGIN

VET 3116penyejukkan & penyaman udara

BAHAN PENDINGIN

NAMA AHLI KUMPULAN ALHANA BINTI AWANG (D20122062111)

NUR AMIRA SYUHADA BINTI ISMAIL (D20122062115)

ANIS AIDA BINTI ABDUL AZIZ (D20122062121)

NADIA ATHIRAH BINTI ZAHARI (D20122062126)

2PENGENALANHaba disingkirkan dari sistem penyejukan oleh bahan pendingin.

Setiap cecair yang mempunyai takat didih hampir dengan takat beku air boleh dijadikan bahan pendingin.

Bahan pendingin yang baik tidak semestinya mempunyai suhu takat didih yang rendah.

Bahan dingin yang baik mestilah mempunyai ciri-ciri seperti iaitu tidak beracun, tidak mudah meletup dan tidak kakis kepada komponen..FUNGSI BAHANFungsi bahan pendingin ialah untuk menyerap haba.

Cecair bahan pendingin yang berada di penyejat akan bertukar menjadi gas dan menyingkirkan haba ini di peluwap.

Di pemeluwap, gas bahan pendingin bertukar menjadi cecairSIFAT-SIFAT BAHAN PENDINGINa) Kesan pada haba dan suhu;

Haba pendam pewapan bahan pendingin mestilah tinggi. Ini membolehkan kuantiti bahan pendingin yang sedikit menyerap haba dengan banyak.

Takat beku bahan pendingin mestilah rendah daripada suhu yang terdapat dimana-mana bahagian dalam sistem itu.

Jika tidak, bahan pendingin mungkin membeku di penyejat (sistem tidak sempurna).b) Ketumpatan isipadu bahan pendingin

Ketumpatan bahan pendingin hendahlah tinggi. Saluran cecair yang kecil boleh digunakan.

Isipadu wap bahan pendingin mestilah sekecil mungkin.

Ini membolehkan penggunaan saluran sedutan dan singkiran yang kecil dan menjimatkan perbelanjaan ke atas komponen- komponen.

c) Kesan tekanan kepada bahan pendingin

Perbezaan tekanan bahan pendingin pada bahagian tinggi dan rendah seboleh-bolehnya hendaklah rendah.

Apabila tekanan pemeluwap rendah, alat-alat yang ringan dapat digunakan dan kebocoran dapat dielakan.

d) Sifat-sifat bahan pendingin

Tidak mudah terbakar.

Boleh larut dengan minyak supaya pelinciran berkesan.

Tidak berbahaya apbila tindak balas dengan minyak walaupun dengan kehadiran kelembapan.

Mempunyai rintangan tinggi pada elektrik bagi mengelakkan pengaliran arus elektrik pada sistem.

e) Sifat-sifat kimia bahan pendingin

Mestilah tahan pada suhu dan tekanan operasi yang terdapat pada sistem tanpa berubah sifatnya

Tidak mudah terbakar dan meletup.

Tidak berkarat

Tidak beracunf) Mengenal bahan pendingin dengan nombor

Bahan pendingin dapat dikenali melalui nombor.

Nombor ini bermula dengan R,

Bahan dingin yang biasa digunakan dalam sistem penyejukan dan penyaman udara R-11, R12, R-22, R-500, R-502, R-503, R504, R-717.

R = Bahan Pendingin Kumpulan Bahan Pendingin JENIS-JENIS BAHAN PENDINGIN

BAHAN PENDINGIN KUMPULAN PERTAMAR-11 (Trikloromono Florometana) R-12 (Diklorodiflorometana)R-22 ( Monoflorodiflorometena) R-50 (73.8% R-12 dan 26.2% R-152) R-502 (48.8% dan 51.2% R-115) R-503 (41.1% R-23 dan 59.9% R-13)R-504 (48.2% R-32 dan 51.8% R-115) R-774 (Karbon Dioksida)

Bahan dingin yang biasa dan banyak digunakan dalam sistem penyejukan dan penyamanan udara ialah

R-12, R-22, R-11R-502. R-12 (Diklorodiflorometana) CCI2F2

paling biasa digunakan.

Sifat-sifat ialah:

tidak berbau, tidak berwarnamempunyai takat didih yang rendah iaitu 29.7C pada tekanan atmosfera.

Bahan dingin ini stabil pada suhu yang tinggi sehingga 550C.

Suhu ini sangat sesuai untuk suhu operasi semua bahan mekanisme penyejukan dan pelinciranTekanan R-12 pada suhu -15C ialah 0.830 kg/cm3 dan pada suhu 30C ialah 6.56 kg/cm3.

Haba pendam suhu -15C ialah 159 J/g.

Kandungan kelembapan R-12 sangat kritikal berbanding dengan R-22 dan R-502.

Genetron 12/31 yang boleh digunakan sebagai pengganti R-12 dan R-31.

Nama kimia R-31 ialah monoklorometana florometana. Kandungan kimianya ialah CCI2 F2 78% dan CH2CIF 22%.

Haba pendam pewapan dan tekanan bahagian tingginya agak tinggi sedikit daripada R-12. Suhu kritikalnya ialah 1180 C

b) R-22 Monoklorodiflorometana CHCIF2

digunakan pada sistem penyejukan yang memerlukan suhu penyejat yang rendah.

Unit ini boleh digunakan juga pada sistem penyamanan udara dan peti sejuk rumah.

Takat didih R-22 ialah -410C pada tekanan atmosfera.

Haba pendamnya ialah 216J/ pada -150C. Tekanan bahagian tinggi pada 300C ialah 11.1kg/cm2. Tekanan penyejat R-22 ialah 1.96 kg/cm2 pada -150C.

R-22 juga larut dalam minyak hingga suhu yang rendah iaitu -90C.

c) R-11 Trikloromonoflorometana CCI3F

digunakan sebagai bahan pencuci untuk mencuci bahagian dalam pemampat kecil semasa membaik pulih sistem.

digunakan pada sistem yang pemampatnya telah terbakar atau sistem yang telah terbakar atau sistem yang dimasuki kelembapan.

mempunyai tekanan rendah 609.6 mmHg pada suhu -15 C dan tekanan tinggi 1.28 kg/cm2 mutlak pada suhu 30 0C.

Haba pendamnya ialah 196 J/g pada suhu - 150C.

Suhu takat didih pada tekanan atmosfera ialah 23.70C.

e) R-502 (R-22+ R-115) CHCIF2CF3

campuran 48.8% R-22 dan 51.2% R-115. tidak mudah terbakar, berkarat atau beracun. Sesuai untuk sistem sederhana dan rendah yang bersuhu diantara 180C hingga 510C.

Kegunaan R-502 pada sistem sederhana dan suhu rendah seperti: 1. peyimpanan aiskrim. 2. Tempat papar makanan sejuk beku. 3. Tempat simpanan sejuk beku. 4. Loji pemprosessan makanan sejuk beku 5. Digunakan dengan pemampat salingan.

Sifat-sifat R-502 :

Titik didihnya ialah 460C pada tekanan atmosfera.

Tekanan tinggi ialah 12.31 kg/cm2 pada suhu 300 C. Tekanan penyejatnya ialah 2.53 kg/cm2 pada suhu 150C. Haba pendamnya pada suhu 29.120C ialah 168.9 J/g.

Kebaikan menggunakan R-502:

Tekanan dan suhu pemeluwapnya rendah dan ini memanjangkan hayat injap pemampat dan bahagian-bahagian yang lain.

Kelikatan minyaknya yang tinggi membolehkan pelinciran lebih mudah pada suhu pemeluwap yang rendah.

Kebocoran dapat dikesan dengan menggunakan pengesan elektronik, buih sabun dan lampu halida.

BAHAN PENDINGIN KUMPULAN KEDUABahan pendingin kumpulan ini bersifat toksik, agak mudah tebakar dan mengganggu keselesaan manusia jika tersedut.

Diantara bahan pendingin kumpulan ini termasuklah:R-40 metil klorida R-160 etil klorida R-611 metil formata R-717 ammonia R-764 sulfur dioksida R-1130 dikloroetilenaBAHAN PENDINGIN KUMPULAN 3Bahan pendingin ini mudah terbakar apabila bercampur dengan udara dan tidak digunakan lagi.

Bahan pendingin kumpulan ini adalah seperti berikut:R-290 propana R-600 butana R-170 etanadigunakan bagi unit penyaman udara konvensional (lama).Tetapi penggunaanya mula nak diharamkan di malaysia kerana kandungan CFCnya boleh menipiskan lapisan ozon dan menyumbang kepada pemanasan global.

gas pendingin yang mesra alam yang telah digunakan di dalam sistem penghawa dingin rumah yang terkini.Gas R410amenggantikan peranan gas pendingin R22 yang mana R22 telah dikatakan. sifat gas R410a yang mempunyai tekanan yang tinggi dan aktif.

R22R410 a

bahan pendingin yang juga digunakan bagi unit penyaman udara konvensional (lama) bagi kenderaan..penggunaanya diharamkan di malaysia kerana kandungan CFCnya boleh mencemarkan alam.

gas pendingin yang mesra alam yang telah digunakan di dalam sistem penghawa dingin kereta.menggantikan peranan gas pendingin R12Hampir kesemua kenderaan keluaran 2006 ke atas menggunakan gas bahan pendingin ini.

R12R134a

KOD WARNA BAGI SELINDER BAHAN PENDINGIN

KEGUNAAN BAHAN PENDINGIN

THANK YOU