2
BAHAN RUJUKAN GUNTING Merujuk kajian oleh Mas Atiqah Binti Mashod (2012) dalam kajiannya yang bertajuk Keberkesanan Kaedah Tiru Dan Buat ( TDB ) Dalam Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Menggunting Bagi Murid Tahun 2 Di Sekolah Kebangsaan Teluk Menara Untuk Subjek Pendidikan Seni Visual. Pengkaji telah memilih 7 orang murid Tahun 2 Maju sebagai responden. Kaedah TDB telah digunakan sebagai rawatan selama sebulan sebanyak 8 kali sesi rawatan. Penyelidik menggunakan kaedah triangulasi dalam pengumpulan data dengan menggunakan tiga instrumen iaitu pemerhatian, soal selidik serta ujian pra dan pos. Sebanyak 7 latihan menggunting yang mengandungi 4 garisan lurus dan 3 garisan melengkung yang berbeza aras dijalankan kepada responden. Pemerhatian praktikal menggunting juga dijalankan kepada responden semasa ujian pra. Dalam kajian ini, pengkaji mengenalpasti faktor yang menyebabkan kemahiran menggunting murid terbatas adalah kerana cara murid memegang gunting, postur tubuh badan semasa menggunting, koordinasi mata dan tangan serta kesesuaian saiz gunting yang digunakan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan sebanyak 17.5% pada purata peratusan markah antara ujian pra dengan ujian pos. Dapatan data diperoleh berdasarkan pemerhatian berstruktur yang memfokuskan lima aspek utama seperti kebolehan memasukkan jari ke dalam lubang gunting, kedudukan tangan ketika memegang gunting, kebolehan menggunting dengan sekata, kebolehan menggunting garis lurus nyata dan kebolehan menggunting garis lurus bertitik. Pengkaji memberi penekanan penggunaan My Cuttingraphy Skills untuk meningkatkan kemahiran menggunting garis lurus jari ke dalam lubang gunting, kedudukan tangan ketika memegang gunting, kebolehan menggunting dengan sekata, kebolehan menggunting garis lurus nyata dan kebolehan menggunting garis lurus bertitik. Kajian ini menekankan kemahiran motor halus dan koordinasi tangan murid berlandaskan kemahiran sedia ada murid. Keberkesanan teknik My Cuttingraphy Skills membantu meningkatkan kemahiran menggunting garis lurus dibuktikan melalui dapatan data dalam sesi intervensi. Melalui kajian ini, pengkaji menggunakan teknik ini sebaik mungkin untuk meningkatkan

BAHAN RUJUKAN GUNTING

Embed Size (px)

DESCRIPTION

2015

Citation preview

Page 1: BAHAN RUJUKAN GUNTING

BAHAN RUJUKAN GUNTING

Merujuk kajian oleh Mas Atiqah Binti Mashod (2012) dalam kajiannya yang bertajuk Keberkesanan Kaedah Tiru Dan Buat ( TDB ) Dalam Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Menggunting Bagi Murid Tahun 2 Di Sekolah Kebangsaan Teluk Menara Untuk Subjek Pendidikan Seni Visual. Pengkaji telah memilih 7 orang murid Tahun 2 Maju sebagai responden. Kaedah TDB telah digunakan sebagai rawatan selama sebulan sebanyak 8 kali sesi rawatan. Penyelidik menggunakan kaedah triangulasi dalam pengumpulan data dengan menggunakan tiga instrumen iaitu pemerhatian, soal selidik serta ujian pra dan pos. Sebanyak 7 latihan menggunting yang mengandungi 4 garisan lurus dan 3 garisan melengkung yang berbeza aras dijalankan kepada responden. Pemerhatian praktikal menggunting juga dijalankan kepada responden semasa ujian pra. Dalam kajian ini, pengkaji mengenalpasti faktor yang menyebabkan kemahiran menggunting murid terbatas adalah kerana cara murid memegang gunting, postur tubuh badan semasa menggunting, koordinasi mata dan tangan serta kesesuaian saiz gunting yang digunakan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan sebanyak 17.5% pada purata peratusan markah antara ujian pra dengan ujian pos.

Dapatan data diperoleh berdasarkan pemerhatian berstruktur yang memfokuskan lima aspek utama seperti kebolehan memasukkan jari ke dalam lubang gunting, kedudukan tangan ketika memegang gunting, kebolehan menggunting dengan sekata, kebolehan menggunting garis lurus nyata dan kebolehan menggunting garis lurus bertitik.

Pengkaji memberi penekanan penggunaan My Cuttingraphy Skills untuk meningkatkan kemahiran menggunting garis lurus jari ke dalam lubang gunting, kedudukan tangan ketika memegang gunting, kebolehan menggunting dengan sekata, kebolehan menggunting garis lurus nyata dan kebolehan menggunting garis lurus bertitik. Kajian ini menekankan kemahiran motor halus dan koordinasi tangan murid berlandaskan kemahiran sedia ada murid. Keberkesanan teknik My Cuttingraphy Skills membantu meningkatkan kemahiran menggunting garis lurus dibuktikan melalui dapatan data dalam sesi intervensi. Melalui kajian ini, pengkaji menggunakan teknik ini sebaik mungkin untuk meningkatkan keupayaan murid menggunting garis lurus yang terbahagi kepada dua iaitu garis lurus nyata dan garis lurus bertitik melalui pendekatan koordinasi mata dan tangan dalam teknik My Cuttingraphy Skills.