3
2.2 Pendahuluan Penggunaan bahan sumber pengajaran yang efektif dapat memberi sumbangan yang besar terhadap keberkesanan pengajaran dengan mencapai objektif pembelajaran yang telah ditentukan, pemilihan, pembinaan serta penilaian bahan sumber seharusnya berdasarkan kepada kriteria tertentu agar penggunaan bahan sumber benar-benar dapat membantu pembelajaran murid malah membantu pengajaran guru berdasarkan tugasan individu yang telah diberikan, saya telah meneliti setiap bidang ulum syariah pendidikan Islam dan telah memilih tajuk ibadah iaitu perkara yang membatalkan solat tahun 3 sebagai rancangan pengajaran harian. 4 bahan sumber yang telah dipilih ialah carta, video, penggunaan slaid power point, dan bahan bercetak iaitu brosur. a) Carta Saya telah memilih carta sebagai bahan sumber pertama pengajaran efektif kerana beberapa kriteria yang saya rasakan menarik. Antaranya ialah mudah diperoleh dan murah, memudahkan pemahaman, dan memberikan rangsangan sebagai bukti visual. Kriteria-kriteria ini yang merasakan carta merupakan bahan sumber yang sesuai untuk dijadikan bahan pengajaran yang berkesan. Dalam tajuk perkara yang membatalkan solat tahun 3 ini, carta sangat sesuai digunakan sebagai bahan sumber kepada murid kerana

bahan sumber

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ewrew

Citation preview

2.2 PendahuluanPenggunaan bahan sumber pengajaran yang efektif dapat memberi sumbangan yang besar terhadap keberkesanan pengajaran dengan mencapai objektif pembelajaran yang telah ditentukan, pemilihan, pembinaan serta penilaian bahan sumber seharusnya berdasarkan kepada kriteria tertentu agar penggunaan bahan sumber benar-benar dapat membantu pembelajaran murid malah membantu pengajaran guru berdasarkan tugasan individu yang telah diberikan, saya telah meneliti setiap bidang ulum syariah pendidikan Islam dan telah memilih tajuk ibadah iaitu perkara yang membatalkan solat tahun 3 sebagai rancangan pengajaran harian. 4 bahan sumber yang telah dipilih ialah carta, video, penggunaan slaid power point, dan bahan bercetak iaitu brosur.a) CartaSaya telah memilih carta sebagai bahan sumber pertama pengajaran efektif kerana beberapa kriteria yang saya rasakan menarik. Antaranya ialah mudah diperoleh dan murah, memudahkan pemahaman, dan memberikan rangsangan sebagai bukti visual. Kriteria-kriteria ini yang merasakan carta merupakan bahan sumber yang sesuai untuk dijadikan bahan pengajaran yang berkesan. Dalam tajuk perkara yang membatalkan solat tahun 3 ini, carta sangat sesuai digunakan sebagai bahan sumber kepada murid kerana carta merupakan bahan maujud yang murid boleh pegang dan rasa. Untuk isi kandungan dalam carta, saya akan letakkan perkara-perkara berkaitan solat dan saya akan beri perhatian pada bahagian perkara membatalkan solat seperti menebalkan tulisan, meletakkan warna yang berlainan dari yang lain. Bagi menambahkan paparan yang menarik dan sesuai untuk murid-murid, saya perlu untuk meletakkan gambar seperti gambar orang sedang solat dan pada bahagian perkara yang membatalkan solat, saya akan letakkan gambar orang yang melakukan kesalahan ketika sedang melakukan solat supaya murid-murid yang melihat, akan mudah faham apa yang dibaca kerana disertakan gambar atau ilustrasi grafik. Ini akan memudahkan pemahaman mereka bahawa perlakuan sebegitu akan membatalkan solat seandainya mereka melakukan perkara tersebut. Ini sekurang-kurangnya dapat mengekalkan ingatan mereka terhadap apa yang mereka lihat pada sebuah carta yang telah dibina. Carta yang dibina itu perlu diletakkan di dalam bilik darjah supaya dapat dilihat oleh murid setiap hari. Jika murid-murid lupa tentang tajuk solat ini, guru boleh segera menyuruh mereka melihat carta yang dibina. Ini secara tidak langsung akan memudahkan lagi pemahaman dan sudah pasti mereka akan ingat dengan tajuk solat ini. Gambaran seperti rajah 1 di bawah.

Rajah 1

b) Video