Upload
brenda-lee
View
407
Download
5
Embed Size (px)
Citation preview
bahasa kita dalam majalah
PENGGUNAAN BAHASA DALAM MAJALAH HIBURAN
Mengikut Kamus Dewan ( 2007 ) majalah didifenisikan sebagai terbitan berkala
yang mengandungi makalah, fiksyen, gambar foto, dan lain-lain lagi. Majalah
merupakan salah satu media cetak untuk menyampaikan maklumat. Terdapat pelbagai
jenis majalah yang dijual di pasaran. Antaranya majalah ilmiah dan majalah hiburan.
Majalah ilmiah adalah Dewan Masyarkat, Dewan Siswa dan sebagainya. Majalah ilmiah
ini membicarakan isu-isu semasa dunia tanah air. Ia dikarang oleh pengarang-
pengarang yang umumnya autoritatif dalam bidang masing-masing. Manakala majalah
hiburan pula adalah majalah URTV, MEDIA, mangga dan sebagainya. Majalah hiburan
membicarakan tentang artis-artis. Pengarang-pengarangnya terdiri daripada golongan
wartawan. Hari ini majalah hiburan paling laris di pasaran jika hendak dibandingkan
dengan majalah ilmiah. Golongan remaja merupakan kumpulan yang paling gemar
membacanya. Hal yang demekian terjadi kerana golongan remaja lebih suka membaca
sesuatu yang ringan dan naluri remaja yang suka kepada isu-isu semasa dalam dunia
artis. Tidak boleh dinafikan golongan dewasa juga mengemari majalah hiburan.
Mungkin untuk merehatkan minda sambil mengentahui perkembangan semasa artis-
artis kegilaan mereka.
2.0 Penggunaan bahasa dalam majalah hiburan
Mengikut Kamus Dewan ( 2007 ) bahasa ialah lambang bunyi suara yang dipakai
sebagai alat perhubungan dalam lingkungan kelompok manusia ( antara seseorang
individu dengan individu yang lain ). Bahasa merupakan alat perhubungan manusia
dengan manusia, manusia dengan haiwan, dan manusia dengan alam. Bahasa ini
meliputi aspek lisan seperti perbualan, tulisan. Selain itu gerak badan juga merupakan
salah satu bahasa untuk berhubung. Oleh itu setiap kejadian ini mempunyai bahasa
yang tersendiri. Artikel ini akan menghuraikan pengguaan bahasa berdasarkan eleman-
eleman bahasa dan rumus bahasa yang diperiksa terhadap majalah hiburan.
2.1 Elemen-eleman bahasa
Bagi mengetahui penggunaan bahasa dalam majalah hiburan, saya memilih tiga
buah majalah sebagai bahan rumusan. Antaranya majalah URTV, Remaja, dan
Mangga. Isu-isu yang terdapat di dalam ketiga-tiga majalah ini adalah isu-isu mengenai
artis-artis. Penggunaan bahasa merujuk kepada penggunaan stilistik bahasa ( gaya
bahasa ) yang meliputi elemen-elemen bahasa dan rumus bahasa. Elemen-elemen
bahasa meliputi aspek diksi ( pemilihan kata ). Penggunaan diksi ini merangkumi
penggunaan leksikal iaitu perkataan dengan makna seadanya atau perkataan yang
membawa satu makna sahaja. Terdapat juga penggunaan semantika dalam majalah
hiburan. Semantika adalah kata yang mempunyai banyak makna.
2.3 Rumus bahasa
Rumus bahasa merujuk kepada penggunaan bahasa yang standard dan
berdasarkan rumus ( hukum bahasa ). Hukum bahasa meliputi penggunaan diksi dan
betul dari segi sintaksis. Dalam majalah hiburan tidak menggunakan hukum bahasa
yang betul. Terdapat banyak kesalahan-kesalahan yang boleh dikesan dalam majalah
hiburan. Kesalahan-kesalahan ini mungkin disengajakan atau para penulis tidak
mengetahui hukum-hukum bahasa dan rumus bahasa. Rumus bahasa pula merujuk
kepada pnggunaan bahasa yang piawai ( standard ) dan berdasarkan rumus ( hukum
bahasa ).
2.4 Bahasa slanga
Menurut “The Oxford Companio to the English Language” oleh Tom McAithur
( 1996 ) istilah slanga ini berasal dari abad ke-18 yang bermakna “origin un certain”
iaitu ketidaktentuan sebenarnya. Secara etimologi kata, selanga berasal dari kata
“sling” iaitu sebahagian daripada ungkapan yang menghubungkaitkan dengan “begger
language and rogus language” iaitu bahasa kelompok pengemis dan anak jalanan.
Slanga merupakan kosa kata yang tidak baku iaitu tidak standard. Sering kali berubah
dan secara umum berbeza dengan kosa kata lainnya. Slanga sering digunakan oleh
golongan remaja atau kelompok sosial tertentu untuk berkomunakasi sesama mereka
dan hanya difahami oleh kelompok itu sahaja. Mengikut Kamus Dewan ( 2007 ) slanga
bermaksud kata-kata (ungkapan dan sebagainya) yang tidak tergolong dalam
percakapan tidak rasmi.
Penggunan bahasa slanga ini begitu banyak terdapat dalam majalah hiburan.
Antaranya perkataan “cun” ( Mangga / April 2011 / 15 ) , perkataan “awek, balak”
( Media / April 2011 / 63 ), perkataan “pakwe” ( URTV / April 2011 / 17 ). Bahasa ini
tidak rasmi, tidak baku, tidak kekal, istilah pupus setelah beberapa waktu, variasi
rendah taraf daripada bahasa standard, kosa kata ada makna sendiri yang difahami
oleh golongan tertentu. Sekiranya tidak dihentikan dalam bentuk penulisan ia akan
timbul pula perkataan baru dan akan merosakkan bahasa. Penggunaan perkataan
sebegini begitu ketara sekali dalam majalah-majalah hiburan. Golongan wartawan atau
penulis dalam majalah hiburan sering menggunakan perkataan sedemekian kerana
pembaca adalah merupakan golongan remaja yang sering menggunakan perkataan ini.
Seharusnya penggunaan perkataan ini tidak boleh digunakan kerana ianya bukan
bahasa baku dan tidak standard. Hanya golongan yang tertentu sahaja memahami
perkataan ini. Langkah pencegahan perlulah diambil agar tidak berlaku pencemaran
bahasa. Para wartawan mestilah memikirkan penggunan bahasa dalam majalah
mereka agar kedaulatan bahasa melayu tidak terhakis. Walaupun bahasa slanga ini
digunakan oleh golongan dewasa kita boleh menghapuskannya sedikit demi sedikit
dalam bentuk penulisan. Sekiranya majalah-majalah hiburan tidak menggunakan bhasa
slanga, lama-kelamaan bahasa ini akan terhakis.
2.5 Bahasa Rojak
Bahasa rojak telah dikesan seawal zaman kesultanan melayu Melaka apabila
satu entrepot antara bangsa didirikan oleh Parameswara pada tahun 1402. Wujudnya
bahasa rojak ini ekoran terdapat pelbagai bangsa di Melaka. Asalnya bahasa perbualan
pedagang dunia dan penduduk yang mengguna pakai pelbagai bahasa dalam satu
perbualan mengikut kata ensiklopedia Malaysia ( vol. bahasa dan budaya ) ini
merupakan sebahagian pijin bahasa penghubung yang dikenali sebagai bahasa rojak
Malaysia. Penggunaan bahasa rojak di Malaysia merupakan topik yang kontrovasi oleh
kerana para pengkaji bahasa menggangapnya sebagai penggunaan bahasa yang tidak
betul mungkin menimbulkan krisis dalam pembelajaran bahasa.
Satu fonomena yang merebak di dalam majalah hiburan. Bahasa rojak yang
sering digunakan dalam majalah hiburan adalah Bahasa Melayu di capur dengan
Bahasa Inggeris. Contoh penggunaan bahasa inggeris “so” ( Mangga / April 2011 /
13 ) . Mengapakah tidak digunakan perkataan jadi?. Sepatutnya majalah ini
menggunakan perkataan melayu kecuali perkataan pinjaman dalam Bahasa Inggeris.
Perkataan “single” ( Mangga / April 2011 / 66 ) seharusnya perkataan “single” dalam
Bahasa Melayu ialah bujang. Sekiranya wartawan majalah hiburan menggunakan
bahasa melayu tidak akan timbul krisis bahasa di dalamnya. Banyak lagi penggunaan
bahasa rojak Bahasa Melayu dicampur dengan Bahasa Inggeris dalam majalah
hinuran. Wartawan majalah hiburan begitu selesa menggunakan bahasa rojak ini tanpa
memikirkan kesan negetif pada penulisan mereka. Terdapat bahasa rojak dicampurkan
dengan bahasa cina “lu mesti ikut gua” ( Media / April 2011 / 38 ). Perkataan itu boleh
digantikan dengan awak mesti ikut saya. Bahasa boleh mencermikan identity sesebuah
negara. Perkara ini sepatutnya tidak boleh dipandang remeh.
2.6 Kesalahan tanda baca
Tanda baca adalah tanda atau simbol yang digunakan dalam tulisan. Tanda
baca bertindak untuk menunjukkan struktur serta penyusunan penulisan dan
kebiasaannya untuk intonasi (turun naik nada suara) serta untuk penghentian sebenar
ketika membaca dengan suara yang lantang.beberapa aspek dalam penggunaan tanda
baca adalah stilistik dan oleh itu, bergantung kepada pilihan penulis. Tanda baca juga
bertindak untuk memberi isyarat kepada pembaca supaya melakukan sesuatu dalam
bacaan. Ia diletakkan di tempat-tempat tertentu dalam ayat berdasarkan tujuan dan
kesesuaiannya.
Jenis-jenis tanda baca dalam Bahasa Melayu adalah titik atau noktah (.), koma
(,), sempang (-), tanda pengikat kata atau petik (“…”), titik bertindih atau noktah bertindi
(:), tanda Tanya (?), tanda seru (!). Dalam majalah hiburan kesalahan-kesalan ini kerap
berlaku. Kesalahan yang paling ketara dalam majalah hiburan ialah tanda tanya, ayat
seruan, tanda pengikat kata atau petik.
2.6.1 Tanda Tanya (?)
Kata tanya pada awalnya dalam bahasa latin adalah untuk mengindahkasikan
pertanyaan. Orang harus menuliskan “question” di akhir kalimah untuk menandakn
kalimah tersebut adalah kalimah tanya. Maka untuk menghemat tempat, kata tersebut
disingkatkan menjadi “qo”, yang mana kemudian dimampatkan lagi menjadi huruf ”q”
kecil di atas huruf “o” yang akhirnya makin lama makin habis dan garis mirip cacing
persis seperti tanda tanya sekarang. Tanda tanya digunakan pada akhir ayat tanya atau
pada akhir ayat tanya sebelum tanda penutup kata (‘”). Dalam majalah hiburan
kesalahan ini dapat dikesan. Penggunaan tanda tanya telah ditulis selepas penutup
kata. Contoh “Adakah anda bahagia sekarang”? (Media / April 2011 / 73). Sepatutnya
tanda tanya ini ini berada sebelum penutup ( “ ) kata. Sebetulnya ia ditulis “Adakah
anda bahagia sekarang?”. Kesalahan yang dapat dikesan lagi, tidak menggunakan
pada ayat tanya. Contoh “orang secantik Kris pasti sudah berpunya, betul tak!”.
( Mangga / April 2011 / 39 ). Beliau menggunakan tanda seru pada ayat tanya tersebut.
Tempat itu perlu diletak tanda tanya. Wartawan majalah hiburan tidak menitikberatkan
penggunaan tanda tanya dalam etikal mereka. Seharusnya perkara ini tidak berlaku
dalam bentuk penulisan agar Bahasa Melayu dapat ditingkatkan.
2.6.2 Tanda seru
Tanda seru seperti juga tanda tanya pada awalnya dimulai dengan memupuk
huruf. Tanda ini berasal dalam bahasa lain “io” yang bererti “seruan kegembiraan”.
Ketika huruf “i” ditulis di atas huruf “o”, lama-lama dipersingkat tanda seru sperti tanda
seru sekarang. Tanda seru ini digunakan dalam ayat seruan untuk melahirkan
berbagai-bagai perasaan. Antaranya adalah “aduh” menyatakan perasaan sakit, “cis”
menyatakan peresaan mengejek atau marah, “eh” menyatakan perasaan hairan atau
terkejut, “hai” menegur seseorang atau menarik perhatian, “nah” memberikan sesuatu
atau menarik perhatian, “oh” menyatakan perasaan hairan, terkejut, kecewa dan
sebagainya, “wah” untuk menyatakan perasaan kagum, “amboi” menyatakan rasa
kagum atau hairan, “wahai” menyatakan perasaan sedih atau untuk menarik perhatian,
‘aduhai” untuk menyatakan perasaan hati yang kecewa, “tahniah” atau “syabas”
menyatakan rasa bangga terhadap kejayaan seseorang, “alamak” untuk menyatakan
perasaan terkejut, “bedebah” untuk menyatakan perasaan marah, “alahai” untuk
menghina, “ha” untuk menyatakan perasaan hairan, “ya Allah” untuk menyatakan
perasaan terkejut, “masya – Allah” untuk menyatakan perasaan hairan atau marah.
Pada akhir ayat seru mestilah di letakkan tanda seru (!).
Majalah-majalah hiburan nampaknya tidak menggunakan tanda seru (!) di
tempat yang betul. Contohnya “Wah… banyaknya kamera milik bintang Mystarz lg
musim ke-2, Nasrin atau nama penuhnya Wan Nashrinie Zafri (22 tahun) ni” ( Mangga /
April 2011 / 23 ). Wartawan majalah hiburan ini terkejut melihat kamera milik Wan
Nashrinie Zafri yang terlalu banyak, tetapi tidak menggunakan tanda seru (!) yang betul.
Seharusnya selepas wah dimasukan koma (,) dan di akhir ayat di letakkan tanda suru
(!). Sepatutnya ayat tersebut ditulis “Wah, banyaknya penggunan kamera milik bintang
Mystarz lg musim ke-2 !”. Terdapat juga penggunaan tanda seru (!) di letakkan bukan di
tempat yang betul. Contoh “Orang secantik kris sudah pasti sudah berpunya, betul tak!”
( Mangga / April 2011 / 39 ). Seharusnya tedak perlu memasukkan tanda seu (!) pada
ayat tersebut. Ayat itu merupakan ayat tanya. “Tahniah mangga ucapkan kepada
pasangan pengantin baru penyanyi Siti Sarah Raisuddin dan pelawak kumpulan sepah,
Shahmira Muhamad ( Shuib ) yang diijabkabulkan pada 26 Februari lalu di Jeumpa
D’Roma, Bangsar” ( Mangga / April 2011 / 26 ). Selepas tahniah tidak di letakkan koma
( , ) dan di akhir ayat tidak di letakkan tanda seru ( ! ). Para penulis dalam majalah
hiburan langsung tidak memikirkan penggunaan tanda seru ini di dalam etikal
penulisannya. Pekara ini perlu diambil berat oleh penulis kerana golongan yang paling
ramai membaca majalah hiburan adalah golongan remaja.
2.6.3 Pengikat kata atau tanda petik ( “ )
Tanda pengikat kata atau tanda petik ( “ ) adalah kata yang digunakan dalam
keadaan-keadaan yang tetentu seperti menulis cakap ajuk atau pada jadual sesuatu
karangan, puisi, etikal dan sebagainya di dalam ayat. Penggunaan tanda petik ( “ ) ini
hendaklah digunakan di tempat yang betul. Dalam majalah hiburan penggunaan tanda
petik ( “ ) ini tidak dititiberatkan. Contoh “sekarang ni kita boleh tengok ramai penyanyi
baru muncul ( Mangga / April 2011 / 23 ). Tanda petik di letakkan sebelum perkataan
“sekarang”. Tidak perlu meletakan tanda petik ( “ ) ini kerana ia bukanlah dalam cakap
ajuk. Ayat tersebut adalah ayat penyata. “Hehe … Alhamdulillah, hubungan kami masih
baik seperti biasa. ( Mangga / April 2011 / 36 ). Di akhir ayat tidak di letakkan tanda
petik ( “ ). Seharusnya di letakkan tanda petik kerana ayat tersebut adalah cakap ajuk.
Jelaslah amat ketara majalah hinuran terutama majalah Mangga begitu banyak sekali
kesalahan penggunaan tanda petik ( “ ).
3.0 Penggunaan huruf besar
Huruf besar adalah huruf yang digunakan dalam keadaan-keadaan yang
tertentu. Antaranya adalah huruf besar sebagai huruf pertama kata pada awal kalimah,
huruf pertama dalam ungkapan yang berhubung dengan nama Tuhan dan kitab suci
termasuk kata ganti untuk Tuhan. Huruf pertama dari nama gelaran kehormatan,
keturunan dan keagamaan yang diikut nama orang, nama jabatan, dan pangkat. Ia juga
diguna pada huruf pertama nama orang, huruf pertama nama bangsa, suku bangsa,
dan bahasa. Huruf pertama untuk tahun, bulan, hari raya, dan persitwa, huruf pertama
nama geografi, huruf pertama nama negara, huruf pertama gelaran dan pangkat.
Pengunaan huruf besar amat penting dalam penulisan kerana ia akan menetukan betul
atau salah penggunaan bahasa. Terdapat beberapa kesalahan peraturan penggunaan
huruf besar dalam majalah hiburan. Salah penggunaan menyebabkan editing akan
menjadi lebih panjang. Majalah banyak menggunakan huruf besar dengan tidak
mengikut peraturan tatabahasa. Contohnya nama orang atau kata nama khas ditulis
dengan huruf besar kesemuanya “Cara DAFI elak buatan orang” ( Mangga / April 2011 /
27 ). Sepatutnya ditulis “Cara Dafi elak buatan orang”. Dafi adalah nama orang yang
merujuk kata nama khas. Dalam majalah Mangga telalu banyak kata nama khas
terutama nama orang ditulis dengan huruf besar kesemuanya. Terdapat juga
penggunaan huruf kecil pada nama Tuhan. Contohnya “Doa anak yang solehah akan
sentiasa dimakbulkan oleh tuhan” ( Mangga / April 2011 / 79 ). Tuhan telah ditulis
dengan huruf kecil. Terdapat juga penggunaan huruf besar di tengah-tengah ayat
sedangkan tidak perlu ditulis dengan huruf besar. Contohnya “Kecewa sangat Mungkin
dia dah ada pakwe lain kut” ( Mangga / April 2011 / 84 ). Huruf “M” pada perkataan
mungkin ditulis dengan huruf besar. Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku. Penggunaan
huruf besar dicampur dengan huruf kecil pada kata nama khas. “ZaRinA” ( URTV / April
2011 / 78 ). Kata nama khas seharusnya titulis dengan huruf besar pada huruf pertama.
Ternyata majalah hiburan banyak menggunakan kata nama khas tidak pada tempat
yang betul.
4.0 Singkatan perkataan
Singkatan perkataan adalah sesuatu perkataan telah disingkatkan. Perkataan
yang disingkatkan itu salah dalam standard Bahasa Melayu. Majalah Mangga banyak
menggunakan singkatan perkataan. Contoh Kuala Lumpur disingkatkan “KL” ( Mangga /
April 2011 / 32 ). “AF” ( Mangga / April 2011 / 66 ). “AF” ialah Akedemi Fantasia, tetapi
telah disingkatkan dalam majalah Mangga. Dalam penulisan Bahasa Melayu singkatan
huruf tidak boleh ditulis. Wartawan majalah hiburan sengaja menggunakan singkatan
perkataan kerana golongan yang membacanya adalah golongan remaja. Golongan
remaja sering menggunakan bahasa singatan mereka semasa menghantar mesej
dalam telefon bimbit. Perkara ini tidak harus berlaku kerana salah dari segi penulisan
Bahasa Melayu. Sekirannya tidak disekat dari awal lagi, kemungkinan Bahasa Melayu
akan hilang jati dirinya.
5.0 Penggunaan dielak
Di Malaysia terdapat banyak variasi bahasa. Variasi ini ialah perbezaan bentuk-
bentuk bahasa antara negeri. Dengan ini terdapat perbezaan dialek antara pengguna
berdasarkan daerah atau perbezaan geografi. Terdapat juga perbezaan idiolek iaitu
perbezaan sebutan antara individu dengan individu yang lain. Oleh itu wujudnya isoglos
iaitu garis sempadan linguistik yang memisahkan satu dialek dengan dialek yang lain
dalam satu bahasa. Dielek adalah kelainan bahasa yang bebeza dari segi sebutan,
kosa kata dan tatabahasa daripada bahasa baku yang digunakan secara tidak rasmi
dalam perhubungan kekeluargaan dan perhubungan harian mereka. Penutur dialek ini
tidak patuh kepada peraturan tatabahasa dan tidak mementingkan tatabahasa.
Sebutannya pula tidak tepat dan tidak mengikut ejaan yang betul. Ianya menggunakan
unsur-unsur kependekan kata dan sistem sapaan yang berbeza. Dalam majalah-
majalah hiburan banyak digunakan bahasa dialek. Contohnya “haha… bila dah nakal
tu, faham-faham saje la” ( Mangga / April 2011 / 63 ). Ejaan sahaja telah disingkatkan
dan ditulis “saje”. Ejaannya pula salah. Sepatutnya huruf “e” itu diganti dengan huruf
“a”. “Mangga ucapkan selamat Berjaya ye” ( Mangga / April 2011 / 41 ). Ejaan “ye”
salah, ejaan yang betulnya ialah “ya”. “Hang tu mai sini sat” ( Media / April 2011 / 76 ).
Di sini jelas sekali dialek Kedah ditulis dalam penulisannya. Fonomena ini berlaku
kerana kebanyakan golongan wartawan majalah hiburan menggunakan neka rendah
dalam penulisannya. Sebutan yang digunakan pula tidak sempurna. Perkataan-
perkataan yang ditulis tidak berbentuk lengkap. Ayat dan intonasi yang digunakan tidak
rapi. Situasi sebegini berlaku kerana wartawan majalah hiburan mewujudkan dialek
sosial dalam bentu penulisan. Seharusnya wartawa peka terhadap penulisan mereka
dengan menggunakan bahasa baku yang betul. Walaupun setiap individu atau setiap
negeri mempunyai bahasa dialek masing-masing, Bahasa Melayu baku mestilah
digunakan dalam situasi formal. Dengan menggunakan Bahasa Melayu baku, ia akan
menjamin kedaulatan bahasa.
aturday, August 28, 2010
SENARIO BAHASA ROJAK
"Kau memang terror (hebat) la!""Jangan susah hati maa, lu punya bos mesti boleh kaw tim (bertolak ansur) punya maa!"
Pernahkah anda menggunakan bahasa seperti yang tertera di atas? Tidak? Anda pasti?
Namun, setiap orang pernah menggunakannya tidak kira di mana, dengan siapa ataupun dalam keadaan yang bagaimana. Memang tidak dapat dinafikan semakin hari, semakin ketara penggunaan bahasa rojak dalam kehidupan seharian kita. Kini, penggunaan bahasa rojak bukan setakat dalam perbualan sahaja malahan telah melanda dunia teknologi internet seperti di Facebook dan Twitter. Bukan itu sahaja, program di televisyen, radio mahupun novel dan majalah turut menggunakan bahasa rojak. Misalnya, ada sesetengah filem yang menggunakan bahasa Malaysia tetapi mempunyai judul dalam bahasa Inggeris atau bahasa rojak. Sebagai contoh, Senario The Movie, Remp-it, Antoo Fighter dan Lu Pikirlah Sendiri The Movie. Ini menunjukkan satu fenomena di mana bahasa rojak kini sudah digunakan secara meluas. Mungkinkah anak-anak generasi yang akan datang menggunakan bahasa rojak ini dalam penulisan karangan
bahasa Malaysia mereka? Adakah ini merupakan suatu pencemaran bahasa?
Fikirkanlah.
Posted by Yum Yum at 11:52 PM
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Labels: CHEW CHEE YAN (204532)
Friday, August 27, 2010
KAEDAH MENGATASI BAHASA ROJAK
1)Pendidikan
semua pihak perlu menjadikan pendidikan sebagai wadah untuk membina sahsiah generasi kita, termasuk dalam soal penggunaan bahasa dan kecintaan kepada bahasa warisan bangsa, sekalipun kita tetap perlu mempelajari dan menguasai bahasa asing. Di sekolah dan di institusi pendidikan yang lain, penekanan perlu diberikan kepada penguasaan bahasa Melayu yang baku dan ragam bahasa rasmi, di samping penguasaan pelbagai ragam lain untuk keperluan dalam kehidupan. Pelajar mesti diberi kekuatan menggunakan bahasa yang baik, teratur dan berkesan.
Anggapan bahawa bahasa Melayu itu begitu mudah hingga tidak perlu dipelajari secara serius harus dikikis dalam kalangan pelajar. Guru pula patut dapat menjadi contoh yang baik dalam hal penggunaan bahasa yang teratur. Di maktab dan di universiti pun penguasaan bahasa yang baik perlu terus diberi penekanan.
2)Penguatkuasaan pihak berwajib
pihak berwajib untuk memastikan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dihormati penggunaannya pada papan iklan, papan perniagaan, nama tempat, jalan, bangunan dan sebagainya. Bahasa Melayu hendaklah ditegaskan penggunaannya dalam surat rasmi, mesyuarat, ucapan, taklimat dan sebagainya. Majlis rasmi di peringkat kebangsaan perlu dilangsungkan dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Jika ada keperluan menggunakan bahasa asing atas sebab tertentu yang munasabah, maka bahasa Melayu mestilah diutamakan, baik dalam pengacaraan majlis, dalam ucapan dan juga pada latar pentas dan sekitaran majlis.
3)Dewan bahasa dan pustaka.
Dewan Bahasa dan Pustaka telah menyerahkan draf Garis Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Urusan dan Majlis Rasmi kepada Menteri Pelajaran dan diharapkan agar garis panduan itu dapat diluluskan oleh Jemaah Menteri sebagai panduan penggunaan bahasa yang baik, sama ada daripada sudut pengutamaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi mahupun daripada sudut mutu bahasa yang digunakan.Mutu bahasa yang digunakan dalam semua bidang pentadbiran hendaklah dikawal dengan tegas. Dalam penguatkuasaan penggunaan bahasa Melayu, badan atau agensi yang diberi amanah perlu tegas. Sebagai contoh, Undang-undang Kecil Pengiklanan di Tempat Awam mensyaratkan pengutamaaan bahasa Melayu dan bahasa Melayu yang digunakan mestilah yang betul, malah disyaratkan supaya mendapat pengesahan DBP lebih dahulu.
4)Bidang penyiaran
Bidang penyiaran pula, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia telah bertanggungjawab memastikan garis panduan yang mensyaratkan 60% siaran mestilah dalam bahasa Melayu dipenuhi oleh stesen radio dan televisyen swasta dan di samping itu mestilah dalam bahasa Melayu yang terkawal.DBP juga telah menawarkan khidmat nasihat bahasa, memberikan kursus bahasa terus-menerus, mengirimkan surat teguran dan juga memberikan anugerah.
SEJARAH BAHASA ROJAK
Seperti bahasa-bahasa lain, bahasa rojak mempunyai sejarahnya yang tersendiri.Kewujudan bahasa rojak telah dikesan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Ini kerana, satu entrepot antarabangsa telah ditubuhkan oleh Parameswara pada tahun 1402 di Melaka. Penubuhan pelabuhan ini telah menarik ramai pedagang yang secara keseluruhannya bertutur melebihi 80 bahasa dari pelbagai bangsa dan budaya. Mengikut ensiklopedia Malaysia, ia merupakan sebahagian daripada pijin bahasa penghubung. Di Malaysia, pijin bahasa ini dikenali sebagai bahasa rojak .Semasa pemerintahan Parameswara, apabila dua kumpulan pedagang yang berlainan bahasa dan bangsa berinteraksi, mereka akan cuba bertutur dalam apa jua bahasa untuk mendapatkan keputusan terbaik dalam memahami antara satu sama lain. Hal ini menyebabkan wujudnya campuran bahasa dalam pertuturan. Maka, wujudlah bahasa rojak
Posted by Yum Yum at 2:00 AM
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Labels: NURUL AINI BT MUHAMED (207081)
ISU-ISU BAHASA ROJAKBahasa rojak sejak akhir ini menjadi su yang sangat hangat kerana bahasa rojak telah di gunakan secara meluas terutamanya di kalangan remaja bandar.Situasi ini amat membimbangkan golongan dewasa kerana ia boleh menjejaskan penggunaan bahasa melayu yang betul.Baru-baru ini kerajaan memutuskan untuk melaksanakan penggunaan bahasa melayu yang betul terutama sekali dalam sektor swasta dan tidak menggalakkan penggunaan bahasa rojak dalam sektor tersebut.Contohnya TV3 telah menukarkan nama KARNIVAL SURE HEBOH menjadi KARNIVAL JOM HEBOH.disebabkan oleh kebimbangan orang ramai tentang penggunaanya.
Contoh-contoh bahasa rojak
1)Bahasa melayu +bahasa Inggeris-kau memang terror(hebat) la!-tempat makan ni best(bagus)sangat!
2)Bahasa melayu+bahasa cina-nak makan sini ke nak tapau(bungkus)?-apasal(kenapa)lu buat kerja ini cincai(tak sempurna)?
3)Bahasa cina+bahasa Inggeris-can meh?that one can like that meh?(boleh berbuat begitukah?)
4)Bahasa melayu+bahasa cina+bahasa Inggeris-eh boss,after makan ah,we'all go mabuk,want or not,on in a while only mah,taikah happy mah,ok.(pengurus,selepas makan kita semua pergi minum arak beramai-ramai,mahukah?sekali-sekala sahaja untuk bergembira.)
Posted by Yum Yum at 2:00 AMEmail ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Labels: ROHAYU BT MOHAMAD (204029)
PUNCA PENGGUNAAN BAHASA ROJAK
1. Sikap kurang yakin masyarakat Malaysia terhadap Bahasa Melayu. Kebanyakan masyarakat berpandangan bahawa tiada gunanya mempelajari bahasa Melayu kerana bahasa tersebut akan lenyap ditelan zaman. 2. Sikap rakyat Malaysia yang mengagung-agungkan bahasa Inggeris. Kebanyakan penduduk negara kita berpendapat bahawa Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang terulung di dunia.Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia harus sedar bahawa Bahasa Inggeris bukanlah bahasa yang mempunyai paling ramai penutur di dunia ini. Bahasa Inggeris hanyalah merupakan lingua franca, iaitu bahasa pertuturan yang paling utama dan meluas. Hal ini demikian kerana penggunaannya adalah sebagai ‘penyambung lidah’ antara bangsa-bangsa yang berlainan.
3. Kurangnya semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat Malaysia. Hal ini demikian kerana masyarakat kurang menjiwai dan sayang akan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda. Contohnya, sikap penduduk di Perancis. Mereka tidak akan melayan bangsa asing yang bertutur dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya, jika kita sendiri bertutur dalam bahasa Melayu, mereka akan melayan kita dengan sebaik mungkin. Sifat cinta akan bahasa sendiri inilah yang perlu wujud dalam diri setiap masyarakat Malaysia. Seseorang rakyat yang mencintai negaranya pasti tidak akan mengabaikan bahasa kebangsaannya.4. Faktor emosi serta cara didikan keluarga dan keadaan persekitaran. Seseorang yang sering melafazkan perkataan yang tidak baik, kasar atau mencarut merupakan gambaran situasi jiwanya yang resah, kusut dan memberontak. Penggunaan bahasa rojak, bahasa kasar atau bahasa pasar di dalam SMS, bahasa dalam sembang internet dan blog juga merupakan antara punca kepada permasalahan ini. 5. Penggunaan bahasa dalam media cetak dan media elektronik. Hal ini disebabkan kebanyakan media tidak menitikberatkan penggunaan bahasa Melayu yang betul untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Penggunaan perkataan yang tidak sesuai yang ditonjolkan dalam drama, filem, lagu-lagu, komik serta majalah sedikit sebanyak menjadi ikutan remaja masa kini. Akibatnya, mereka terbawa-bawa dalam kehidupan seharian.6. Sikap penutur. Fenomena ini berpunca daripada sikap segelintir penutur yang ingin menonjolkan kehebatannya dengan menguasai satu bahasa lagi. Kebanyakan penutur bahasa rojak biasanya amat sukar untuk berkomunikasi dalam persekitaran terutamanya dalam penggunaan bahasa Inggeris yang sebenar. Oleh itu, mereka akan melatih kemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah luar bandar serta mempraktikkan dalam perbualan harian walaupun tidak berkemahiranPosted by Yum Yum at 2:00 AMEmail ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Labels: NURUL NURLIA AKMAL AHMAD (206734)
GOLONGAN YANG BIASA MENGGUNAKAN BAHASA ROJAKIngin ditekankan di sini, isu bahasa rojak ini banyak dialami oleh golongan remaja khususnya. Penggunaan bahasa Melayu yang bercampur dengan bahasa asing khususnya bahasa Inggeris. Golongan ini sering mengggunakan menggunakan bahasa rojak ketika mereka berbual bersama rakan dan keluarga.
Contoh penggunaan bahasa rojak dalam kalangan remaja:• “I pergi shopping la hari ni..”
• “Boring betul lah kuliah tadi tu,”• “Aku tension betul dengan dia hari ni,”
Selain itu,masalah ini turut terjadi kepada golongan remaja dari kaum yang lain seperti remaja Cina. Rata-rata remaja Cina masih tidak boleh berbahasa Melayu dengan lebih baik walaupun bahasa Melayu itu adalah bahasa kebangsaan negara ini.
“Satu contoh, belia dan remaja Cina rata-rata tidak boleh berbahasa Melayu sepenuhnya dengan baik sedangkan bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan kita. Buktinya,terdapat jurulatih Pusat Latihan Khidmat Negara mendapati tidak semua namun sebilangan kecil pelajar berusia 18 tahun tidak boleh berbahasa Melayu dengan sempurna langsung,”-Felo Penyelidikan Utama,Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA),Profesor Dr Teo Kok Seong.
Namun masalah yang sama turut dialami oleh golongan dewasa,khususnya ibu bapa. Perbualan bersama anak-anak di rumah dan bersama rakan di tempat kerja juga turut diselitkan dengan penggunaan bahasa rojak. Contohnya:
• “Tak masuk office ke?”
• “Ayah busy sikit,tak boleh jemput kamu,”
Penggunaan bahasa rojak semakin menjadi isu yang hangat di negara ini. Diharapkan pelbagai pihak dapat memainkan peranan masing-masing dalam menangani masalah bahasa yang kurang sihat ini.
Posted by Yum Yum at 1:59 AM
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Labels: KHAMIZAH BINTI ARIAS (204108)
KEBAIKAN BAHASA ROJAK
1. Penggunaan bahasa rojak mendatangkan kemudahan bagi masyarakat yang menuturnya . Bagi masyarakat majmuk seperti masyarakat di negara kita , penggunaan bahasa rojak dikatakan relevan dengan penguasaan bahasa mereka. Contohya , masyarakat Cina dan masyarakat India , mereka lebih selesa menggunakan bahasa Melayu rojak yang dicampur dengan bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu secara betul.2. Kebiasaannya, bahasa rojak yang sering digunakan meliputi percampuran bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu. Hal ini menyebabkan penggunaan bahasa rojak akan dianggap hebat dan mengikut perkembangan semasa jika dituturkan dalam berkomunikasi.3. Sesuai digunakan dalam proses untuk mempelajari sesuatu. Bahasa rojak sering digunakan oleh masyarakat untuk memudahkan mereka memahami dan mempelajari ilmu. Contohnya, ketika waktu pembelajaran guru juga menggunakan bahasa rojak untuk memastikan pelajar memahami perkara yang diajar.4. Penggunaan bahasa rojak juga membolehkan kita mengetahui perkataan dalam pelbagai bahasa. Contohnya, kita dapat mengetahui pelbagai perkataan Inggeris yang hebat-hebat bunyinya.
5. Bahasa rojak juga tidak mempengaruhi kemerosotan akademik pelajar. Biarpun bahasa rojak dalam masyarakat melayu dikatakan begitu ketara tetapi dari segi tulisan ia masih ditahap yang membanggakan, bukan sahaja kepada orang melayu bahkan kepada kaum lain seperti kaum cina dan india.6. Bahasa rojak melambangkan identiti masyarakat Malaysia. Hal ini kerana masyarakat Malaysia juga akan menggunakan bahasa rojak walau di mana mereka berada dan seterusnya memudahkan identiti masyarakat
Malaysia dikenalpasti.Posted by Yum Yum at 12:12 AMEmail ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Labels: Siti Nurhedah Ahmad (207245)
KEBURUKAN BAHASA ROJAK
1. negara memiliki bangsa yang gagal berkomunikasi dengan baik2. Menurunkan kedudukan bahasa Melayu.3. Menjejaskan keberkesanan komunikasi dalam masyarakat sekaligus menimbulkan salah faham.4. Mutu penguasaan bahasa Melayu terus merosot dan lemah serta terhakis, hal ini akan memberi kesan kepada bahasa ilmu, bahasa pentadbiran, bahasa undang-undang, dan budaya.5. Pembelajaran dalam bahasa Melayu di sekolah terjejas sehingga mendatangkan kesan negatif dalam jangka masa panjang.6. Penghayatan terhadap bahasa Melayu semakin berkurang.Posted by Yum Yum at 12:12 AMEmail ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Labels: Zainarida Emilia bt Zaidi (198720)
Wednesday, August 25, 2010
KESIMPULAN
Pelbagai usaha harus dilakukan untuk memartabatkan bahasa Melayu.Oleh itu bahasa melayu perlu dijadikan agenda utama yang dilaksanakan secara berterusan supaya bahasa Melayu benar-benar menjadi jiwa bangsa sekaligus mengikis perasaan mengagung-agungkan bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat Malaysia.Keaslian bahasa Melayu perlu terus dipelihara agar kekal menjadi wahana komunikasi utama di negara ini tanpa dicampuradukkan dengan bahasa-bahasa lain.Bak kata pepatah "yang kurik itu kendi, yang merah itu saga,yang baik itu budi, yang indah itu bahas
kemajuan ict merosakkan bahasa melayu
1.0 Pendahuluan
Pada masa ini, Bahasa Melayu menghadapi cabaran yang sengit terutamanya dalam abad ke-21.
Pada dasarnya bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan seperti yang
termaktub dalam perlembagaan negara iaitu perkara 152 yang menyatakan bahawa Bahasa
Kebangsaan ialah bahasa Melayu. Jadi, pada abad ke-21, bahasa Melayu yang diperkasakan dan
dimartabatkan di negara ini terpaksa menghadapi saingan dengan penggunaan bahasa Inggeris
yang merupakan bahasa global. . Jadi, pelbagai seminar atau pembentangan telah dijalankan,
kegusaran bahasa Melayu terus membimbangkan pada setiap insan yang mencintai bahasa
Melayu. Melalui kertas kerja ini, perbincangan akan ditumpukan kepada kesan-kesanyang
dihadapi oleh bahasa Melayu dalam abad ke-21 supaya kesan-kesan tersebut akan membantut
perkembangan bahasa Melayu pada masa akan datang. Justeru, kesan-kesan ini tidak akan
mengancam kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar pendidikan
di Malaysia pada abad ke-21. Isu-isu akan dibincangkan secara satu persatu supaya jelas tentang
kesan-kesan yang dihadapi oleh pencemaran penggunaan bahasa melayu berdasarkan ledakan ict
di masa kini.
2.0 Ciri-ciri pencemaran bahasa melayu
Terdapat beberapa ciri yang dapat diklasifikasikan untuk mengetahui ciri-ciri
pencemaran bahasa melayu.
1. Pengutamaan bahasa asing
2. Penggunaan bahasa yang tidak menepati tatabahasa Melayu
3. Kesalahan ejaan
2.1 Pengutamaan bahasa asing
Bahasa Melayu bukan sahaja baru di cipta atau diperkenalkan. Malahan bahasa Melayu
telah menjadi bahasa lingua franca sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Sejak dari
zaman itu bahasa Melayu telah diangkat sebagai bahasa yang utama dan digunakan dalam
pelbagai kegiatan seharian, dari percakapan seharian kepada penggunaan rasmi dalam istana.
Kini bahasa Melayu telah diangkat sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu yang di agung-
agungkan oleh masyarakat Melayu itu sendiri sekali lagi teruji kewibawaannya.Bahasa ini teruji
apabila sistem pengajaran matematik dan sains yang selama ini diajarkan dalam bahasa melayu
ditukarkan format ke dalam bahasa inggeris atau bahsa penjajah.Pertukaran ini menjatuhkan
maruah bahasa melayu.
Penggunaan bahasa ini bukan sahaja mencemarkan bahasa Melayu, bahkan menjadi masalah
golongan percubaan yang terdiri daripada anak bangsa kita sendiri yang menjadi mangsa. Pelajar
eksperimen inilah yang akan terhuyung-hayang mencari realiti bahasa yang perlu digunakan
sedangkan mahir dalam bahasa ynag digunakan. Disini dapat dilihat pencemaran bahasa telah
berlaku dalam sistem pendidikan di Malaysia.
2.2 Penggunaan bahasa yang tidak menepati tatabahasa melayu
Sistem pesanan ringkas (SMS), alat yang menjadi penghubung antara dua individu dengan
kaedah cepat dan menjimatkan, dikatakan merosakkan bahasa. Penggunaan simbol, kod dan
perkataan singkatan tertentu secara meluas itu dikatakan punca kemerosotan penguasaan Bahasa
Melayu di kalangan masyarakat dan pelajar sekolah.
Malah, antara sebab kemerosoan pencapaian kelulusan Bahasa Inggeris dalam Peperiksaan
Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2003 juga dikatakan berpunca daripada budaya
perkhidmatan sms dan sembang Internet di kalangan pelajar. Ramai calon menggunakan
singkatan perkataan dalam esei mereka seperti yang dilakukan ketika bersembang atau sms.
Setiap hari kita dapat melihat iklan sms ynag memaparkan penggunaan kata singkatan , kod, atau
simbol disiarkan di media elektronik dan media cetak . Seeseorang itu tidak sepatutnya terikut-
ikut dengan ragam bhasa basahan hingga menggunakannya ketika melakuka urusan rasmi seperti
karangan, surat rasmi dan memo. Antara contoh penyampaian dalam sms ialah, ' x ' bagi maksod
tidak, ' 4 ' bagi maksod untuk, ' cmne ' bagi maksod macam mana, ' u ' bagi maksod awak, ' tq '
bagi maksod terima kasih, ' lg ' bagi maksod lagi dan sebagainya.
2.3 kesalahan ejaan dan singkatan perkataan.
Penggunaan singkatan perkataan berlaku terhadap semua bahasa di dunia, tetapi tidak
menjadi masalah jika mereka dapat membezakan penggunaannya untuk tujuan rasmi atau tidak.
Usaha untuk mengelakkan bahasa rasmi oleh sms patut dipikul oleh semua pihak, misalnya
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) turut memberi khidmat nasihat bahasa, kursus, ceramah dan
kempen kesedaran. Selain itu, penerbitan bahan bacaan yang menggunakan bahasa rojak atau
pasar perlu dihentikan kerana dikhuatiri mempengaruhi remaja. Sementara itu, Pengarah Jabatan
Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),
Sharifuddin Ibrahim, berkata DBKL sentiasa memantau bagi memastikan Bahasa Melayu
dimartabatkan. Katanya,semua pihak di bawah bidang kuasa DBKL terikat dengan Undang-
undang Kecil Wilayah Persekutuan 1982 pindaan 1985 yang mensyaratkan mereka meletakkan
Bahasa Melayu lebih jelas dan terang di papan tanda atau papan iklan , sekali pun jika ada
bahasa lain bersamanya.
5.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, pencemaran bahasa ini merupakan suatu isu atau perkara yang semakin
meruncing sejak akhir-akhir ini. Namun, jika pihak-pihak yang bertanggungjawab menjalankan
tugas dengan penuh teliti dan kerap, tidak mustahil bahasa kita akan menjadi bahasa
antarabangsa yang berada di tahap terpenting khususnya dalam bidang pendidikan dan
perniagaan. Pihak yang mempunyai kuasa yang besar seperti Perdana Menteri harus sentiasa
menekankan penggunaan bahasa kebangsaan kita setiap masa sama ada dalam ucapan rasminya
ataupun semasa ditemu bual oleh wartawan. Dengan ini, apabila beliau sentiasa menggunakan
bahasa kabangsaan secara baik dan kerap, ini akan menjadi ikutan kepada orang bawahannya.
Bahasa rojak dan bahasa pasar tidak seharusnya digunakan secara meluaskan walaupun
bukan dalam situasi formal. Hal ini jelas membuktikan bahawa bahasa rojak atau pasar ini akan
merosakkan Bahasa Melayu yang juga merupakan bahasa kebangsaan kita. Kekerapan
menggunakan bahasa yang tercemar secara meluas akan menlahirkan rakyat yang buta bahasa
sendiri. Tidak mustahil kegagalan pelajar-pelajar di sekolah dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu disebabkan mereka terlalu kerap menggunakan bahasa rojak dan pasar. Anak-anak muda
kini juga kerap membaca majalah berupa bahasa rojak dan pasar.
Oleh itu, bagi pihak-pihak penerbit majalah atau drama juga haruslah sedar yang mereka
juga bertanggungjawab membawa pembaharuan dan penambahbaikan dalam bidang bahasa.
Janganlah sibuk mengejar keuntungan tetapi nilai dan tanggungjawab patriotisme diabaikan.
Dari sinilah kita mendidik masyarakat agar menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan,
sebutan, dan tatabahasa Bahasa Melayu. Masyarakat mudah menerima perkara yang positif
andainya di keliling mereka penuh dengan perkara positif. Sebagaimana kata-kata periBahasa
Melayu iaitu ‘bagaimana acuannya, begitulah kuihnya.’ Kata-kata ini sudah cukup memberitahu
kepada kita agar setiap perkara yang ingin diubah atau dibuat perlulah dari atas atau pemimpin
dahulu. Jika pemimpin begitu prihatin dan bersungguh-sungguh dalam hal memartabatkan
bahasa kebangsaan, rakyat juga akan mengikutinya.
Pengaruh Bahasa Dalam TMK
1.0 Pendahuluan
Teknologi Maklumat (Information Technology-IT) sering digambarkan sebagai
istilah yang timbul hasil penggunaan komputer, penyiaran, telekomunikasi dan
rangkaian data. Tiga teknologi asas yang menyokongnya ialah perkakasan
komputer, perisian komputer dan komunikasi data. Teknologi maklumat terhasil
daripada gabungan teknologi elektronik mikro, telekomunikasi dan komputer
yang berkaitan dengan penerimaan dan penyampaian maklumat seperti
perkataan, gambar, bunyi dan nombor kepada pengguna secara
elektronik. Perkakasan komputer merupakan mesin atau alat fizikal yang
melakukan fungsi-fungsi asas kitaran pemprosesan data sama ada di luar talian
ataupun di dalam talian. Fungsi-fungsi tersebut ialah penyediaan dan kemasukan
data, pemprosesan, storan, input dan output.
Perisian pula merupakan jujukan arahan yang terperinci atau aturcara
yang direkabentuk untuk mengarahkan komputer melaksanakan fungsi
tertentu. Terdapat dua jenis perisian iaitu perisian sistem dan perisian aplikasi.
Komunikasi data ditakrif sebagai pemindahan data dari satu tempat ke tempat
yang lain secara elektronik dalam bentuk digital. Bagaimanapun, data digital
perlu ditukar kedalam bentuk analog oleh modem sebelum komunikasi
dijalankan. Contoh perkakasan komunikasi lain ialah Pemultipleks, Pemproses
Hujung Hadapan dan Kad Antaramuka Rangkaian (Network Interface Card).
1.1 Definisi Teknologi Maklumat
Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang
digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat. Teknologi
Maklumat(Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi(Information and Communication Technology) atau ICT
merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup
tajuknya sangat luas iaitu berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan
pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah, penggunaan komputer dan
perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah,
melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses
pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat
menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi
disifatkan sebagai satu bentuk pemudahcara yang membolehkan pengaliran
maklumat menjadi sangat pantas. Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad
kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon,
telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan
maklumat kepada penerima. Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan
teknologi maklumat. Pertama, teknologi maklumat adalah untuk mengumpul
maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi.
Contoh, dengan menggunakan komputer ia boleh merekod bunyi, imej dan
sebagai pengesan gerakkan. Kedua, adalah untuk memanipulasikan maklumat
dan proses semula imej. Ketiga, digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia
menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi
bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.
2.0 Pengaruh Bahasa Dalam TMK
Pada masa ini, bidang berkaitan teknologi maklumat amat
penting. Ekoran daripada ledakan teknologi maklumat ini turut memberi kesan
terhadap penggunaan bahasa Melayu di Malayisa. Kita sedia maklum bahawa
bahasa yang digunakan terhadap penggunaan TMK ialah bahasa
Inggeris. Keadaan ini memberi kesan terhadap bahasa Melayu dalam
penggunaan teknologi maklumat. Penggunaan bahasa Inggeris yang berleluasa
dalam TMK menjadikan berlakunya kemerosotan fungsi dan keperluan terhadap
bahasa Melayu dalam kehidupan masyarakat sehingga menyebabkan hilangnya
keyakinan masyarakat terhadap bahasa sendiri.
Penekanan terhadap TMK di era globalisasi dan liberalisasi bermakna
penggunaan Bahasa Inggeris menjadi semakin penting dan tidak dapat
dielakkan oleh masyarakat dunia. Era TMK telah menunjukkan Bahasa Inggeris
mengiringi kelahiran pertama Internet dunia di Amerika Syarikat dan seterusnya
diikuti dengan pengeluar perisian dan perkakasan komputer seperti Microsoft,
Dell dan Hewlett-Packard yang semuanya diasaskan oleh mereka yang
berbahasa Inggeris. Perubahan persekitaran ini menimbulkan persoalan sama
ada mampukan Bahasa Melayu digunakan di dalam era TMK sebagai bahasa
perantaraan alternatif untuk dimanfaatkan oleh masyarakat.
2.1 Peranan Bahasa Melayu Pada Era TMK
TMK merupakan satu penemuan dan inovasi yang dicipta dari
barat. Bagi mengembangkannya maka penggunaan bahasa Inggeris telah
digunakan seluas-luasnya di seluruh dunia sehinggalah ke negara-negara yang
tidak menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi termasuklah
Malaysia. Masyarakat berbahasa Melayu perlu mencari kaedah untuk
membolehkan bahasa Melayu mempunyai nilai tambah dalam masyarakat yang
mementingkan bahasa Inggeris. Perkembangan era globalisasi memberikan
cabara baru kepada bahasa Melayu. Perkembangan pesat dalam teknologi
maklumat dan komunikasi (TMK) melahirkan unsur baru yang dikenali sebagai
bahasa rojak yang semakin berkembang luas dalam kalangan pengguna
bahasa. Selain itu, penggunaan bahasa Melayu dalam internet juga perlu
dipertingkatkan agar seiring dengan penggunaan-penggunaan bahasa-bahasa
utama lain di dunia. Penggunaan bahasa Melayu dalam ruang siber ini
menyebabkan berlakunya perubahan yang ketara khususnya ruang sembang
siber yang memperlihatkan munculnya bahasa-bahasa yang tidak mengikut
hukum tatabahasa yang betul. Antara perkataan-perkataan baru yang dikhuatiri
akan mencemarkan nilai-nilai asli dalam bahasa Melayu
ialah seperti kang (nanti), a’kum (assalamualaikum),tipon (telefon), persal (meng
apa), nko (engkau) dan lain-lain lagi. Hal inilah yang perlu disedari oleh
pengguna internet yang menggunakan bahasa Melayu sebagai wadah
komunikasi agar tidak menggunakan bahasa Melayu sesuka hati tanpa
mengambil kira peraturan yang sedia ada.
Nik Safiah Karim (1999) berpendapat apabila TMK dikembangkan dalam
bahasa Inggeris, maka istilah-istilah yang digunakan perlulah disesuai dan
diselarikan dengan bahasa-bahasa rasmi dan utama di negara-negara yang
tidak menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi seperti di
Malaysia. Walaupun bahasa Inggeris merupakan bahasa yang penting dalam
TMK, namun perlu ada ruang bagi penggunaan bahasa Melayu mengikut
keperluan masyarakat dan negara Malaysia. Penggunaan bahasa Inggeris yang
berleluasa dalam TMK sebenarnya tidak mengancam kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi dan utama negara Malaysia sebaliknya akan
memperkayakan lagi istilah tatabahasa Melayu sebagai bahasa TMK sehingga
terbitnya Kamus Komputer oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Apabila TMK diperkenalkan kepada masyarakat Malaysia terutamanya di
kalangan orang Melayu, maka kita berpeluang untuk menjadikan dunia TMK
tersebut dwibahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Nik Safiah Karim
(1999) juga berpendapat bahasa Melayu perlu diperlengkapkan dengan istilah-
istilah yang cukup dan memenuhi maksud yang digunakan dalam bahasa
Inggeris. Walaupun sudah terdapat Kamus Komputer yang diperkenalkan,
namun bagi penutur-penutur bahasa Melayu lebih suka menggunakan bahasa
Inggeris berbanding bahasa Melayu. Pengguna-pengguna Melayu yang bertutur
bahasa Melayu misalnya lebih suka menggunakan istilah ’mouse’ daripada
menggunakan ’tetikus’. Begitu juga dengan isitilah-istilah lain
seperti keyboard (papan kekunci), download (muat turun), upload(muat
naik), password (kata laluan) dan lain-lain. Keadaan ini terjadi akibat daripada
sikap kita sendiri yang tidak yakin bahawa bahasa Melayu juga mampu untuk
digunakan dalam TMK.
Dalam usaha untuk memastikan bahasa Melayu diterima dalam TMK,
maka usaha-usaha perlulah dilakukan terutama dari segi pembinaan kosa kata,
pembinaan laras dan pembinaan bahan. Bahasa Melayu akan dapat menangani
bidang TMK jika terdapat istilah-istilah yang relevan dan tidak semestinya
daripada ungkapan-ungkapan
tulen bahasa Melayu. Istilah-istilah ini boleh terdiri dalam bentuk pinjaman
daripada bahasa Inggeris tanpa membuat penyesuaian kepada sistem bunyi
bahasa Melayu dan menterjemahkan ke dalam bahasa Melayu konsep serta
istilah bahasa Inggeris. Antaranya istilah-istilah seperti internet, e-mel,
multimedia, web, perisian, cakera padat dan sebagainya yang telah diguna dan
diterima secara meluas dalam pelbagai bidang penulisan berbahasa
Melayu. Apa yang menjadi masalah ialah pengguna sendiri yang menganggap
istilah-istilah dalam bahasa Melayu tersebut sesuatu yang ganjil dan pelik. Jadi
mereka ini perlu diterapkan semangat patriotisme terhadap bahasa Melayu agar
dapat menggunakannya dalam aktiviti TMK.
Pihak-pihak yang bertanggungjawab terhadap penciptaan istilah-istilah
seperti Bahagian Peristilahan, Dewan Bahasa dan Pustaka perlu berusaha untuk
menyediakan kosa kata yang cukup supaya bahasa Melayu dapat digunakan
dalam bidang TMK seperti mana penggunaan bahasa Inggeris. Untuk
menjayakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa TMK maka semua
pihak daripada pucuk pimpinan hinggalah kepada rakyat perlu bekerjasama
untuk menggunakan istilah-istilah TMK yang telah pun diterjemahkan oleh pihak-
pihak yang telah diamanahkan untuk mencipta istilah-istilah berbahasa Melayu
dalam bidang TMK.
2.2 Pengaruh Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Terhadap Bahasa
Melayu
Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) merupakan satu khidmat yang begitu
popular di kalangan pengguna telefon terutamanya pengguna telefon
bimbit. Peringkat awal kemunculannya komunikasi ini hanya melibatkan dua
pihak sahaja dan hanya boleh dilihat melalui skrin telefon sahaja. Namun kini
SMS yang dihantar kepada rangkaian-rangkaian televisyen telah dapat dibaca
oleh seluruh penduduk melalui televisyen apabila televisyen memaparkan SMS
berkenaan. Apa yang menjadi kebimbangan kita sekarang ini ialah penggunaan
bahasa yang tidak betul melalui SMS. Rata-rata bahasa yang digunakan adalah
bahasa yang tidak baku atau bahasa basahan. Terdapat campur aduk antara
bahasa Melayu dan Inggeris, bahasa daerah dan dialek. Terdapat juga
singkatan-singkatan yang digunakan sewenang-wenangnya seperti leh
join (boleh sertai), keta (kereta), camne (macam mana), pekaba (apa
khabar), sume (semua), pastu (selepas itu) , x nak (tidak
hendak), wat (buat), cian(kasihan) dan lain-lain. Selain itu terdapat juga
perkataan-perkataan yang disingkatkan daripada bahasa Inggeris dan
diMelayukan seperti lebiu (love you), opis(office), kol (call), tq (thank you) dan
pelbagai lagi.
Sebenarnya perkataan-perkatan ini bukanlah merupakan singkatan
sebaliknya perkataan yang ejaannya telah diubahsuai sembarangan. Keadaan
ini sebenarnya tidak menyumbangkan kepada perkembangan bahasa tetapi
sebaliknya mengelirukan serta membantutkan proses inovasi bahasa yang
positif.
SMS yang merupakan alat penghubung di antara dua individu dengan
kaedah cepat dan menjimatkan kini dikatakan merosakkan
bahasa. Penggunaan simbol, kod dan singkatan-singkatan yang tidak
sepatutnya terbawa-bawa dalam aktiviti rasmi sehingga dikatakan menjadi punca
kemerosotan penguasaan bahasa Melayu terutamanya pelajar-pelajar sekolah
dan masyarakat lainnya. Malah antara sebab kemerosotan pencapaian
kelulusan Bahasa Inggeris dalam PMR beberapa tahun kebelakangan dikatakan
berpunca daripada budaya SMS dan sembang internet. Ramai calon
menggunakan singkatan-singkatan dalam esei seperti yang dilakukan ketika
bersembang di internet dan SMS.
Bagi mengelakkan berlakunya pencemaran bahasa akibat budaya SMS
dan sembang internet ini, maka guru-guru haruslah memberi penekanan kepada
para pelajar agar tahu membezakan antara bahasa untuk urusan rasmi dan tidak
rasmi. Di samping itu guru-guru harus menitikberatkan kaedah penyampaian
bahasa Melayu di dalam bilik darjah terutamanya daripada aspek
tatabahasa. Para guru juga perlu menjadi contoh yang baik dalam penggunaan
bahasa Melayu yang teratur dan anggapan bahawa bahasa Melayu begitu
mudah hingga tidak perlu dipelajari secara serius perlu dikikis di kalangan
pelajar.
2.3 Pengaruh Bahasa Dalam Media
Media merupakan satu wadah penting yang mampu merangsang dan
mempengaruhi sikap serta tingkah laku sesebuah masyarakat. Perkembangan
industri media kini sejajar dengan arus kemodenan dan kemajuan teknologi yang
semakin canggih. Media merupakan sumber penyampai maklumat bagi
memperolehi pengetahuan dan hiburan. Selain itu, media juga merupakan
penyumbang penting terhadap corak kehidupan dan tingkah laku sosial anak-
anak muda masa kini. Jenis-jenis media ialah seperti saluran televisyen,
internet, radio, suratkhabar, majalah, buku-buku dan sebagainya.
Malaysia kini telah mempunyai pelbagai saluran televisyen yang
dibekalkan oleh pihak kerajaan mahupun swasta . Saluran-saluran ini pula
berlumba-lumba menyiarkan berbagai-bagai rancangan yang bertujuan menarik
perhatian para penonton. Persaingan ini lebih mengutamakan keuntungan tanpa
memikirkan kualiti dan mutu rancangan yang disiarkan. Hasilnya terdapat
tayangan-tayangan yang melampaui batas-batas susila budaya rakyat Malaysia
dan memberi pengaruh negatif terhadap golongan remaja dan bawah umur yang
menonton. Penggunaan bahasa tidak sopan juga amat berleluasa dan seakan di
pandang remeh oleh pihak stesen televisyen. Contohnya seperti rancangan “Lu
Pikir La Sendiri’ yang dikelolakan oleh pelawak muda tanah air iaitu Nabil
mempunyai pengaruh bahasa tidak sopan yang amat ketara. Tajuk rancangan
itu sendiri telah menunjukkan penggunaan bahasa yang tidak sopan. Lebih
menyedihkan apabila bahasa-bahasa yang digunakan menjadi ikutan ramai
terutama golongan anak-anak sekolah.
Di samping itu, filem-filem seperti KL Gengster, Kongsi, KL Drift dan beberapa
lagi banyak menggunakan bahasa yang kasar dan tidak sopan. Contohnya
perkataan seperti ‘lu’, ‘gua’, ‘bro’,’beb’ sering diulang-ulang di dalam dialog
sehingga naik jelak mendengarnya. Namun begitu, ungkapan-ungkapan inilah
yang sering ditiru dan menjadi ikutan oleh para remaja apabila berinteraksi
sesama mereka.
Selain itu, penggunaan bahasa Melayu oleh media elektronik disifatkan
oleh Persatuan Pendidik Bahasa Melayu (PPBMM) semakin merosot
kualitinya. Pelbagai kesalahan bahasa yang berterusan dikesan dalam pelbagai
program televisyen dan radio khususnya stesen swasta sejak akhir-akhir
ini. Antara contoh kesalahan paling kerap ialah penggunaan kata ganti nama
pembesar dan pemimpin negara yang disebut tanpa rasa sopan dan hormat.
Nama pembesar berkenaan kerap kali disebut dengan panggilan hormat yang
dan betul pada sebutan pertama, tetapi panggilan berikutnya hanya
menggunakan nama peribadi beliau sahaja. Dalam masyarakat Melayu, ini
bukanlah amalan yang wajar atau berbudaya kerana sebagai tanda hormat
nama peribadi mereka tidak patut disebut, tetapi digantikan dengan kata ganti
nama yang sesuai dengan taraf atau kedudukan mereka dalam status sosial
masyarakat. Penggunaan kata ganti 'kita orang', 'korang', dan 'diorang' yang
merujuk kepada ganti nama 'kami', 'kalian' dan 'mereka', yang kini meluas
digunakan dalam drama terbitan stesen-stesen televisyen dilihat sebagai satu
kesalahan yang mencemar dan merendahkan bahasa Melayu. Kesalahan
bahasa itu jika tidak dibendung akan membawa impak buruk terhadap
perkembangan bahasa Melayu kerana pengaruh media elektronik terhadap
penonton dan pendengar khususnya kanak-kanak adalah sangat besar.
3.0 Kesimpulan.
Bahasa merupakan alat untuk berhubung antara anggota
masyarakat. Komunikasi ini berlaku secara meluas, baik secara rasmi atau tidak
rasmi. Masyarakat pada hari ini perlu menerima hakikat bahawa perkembangan
teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) berkait secara langsung dengan
kemampuan menjana idea, kreativiti dan inovasi bagi memantapkan penggunaan
bahasa Melayu.
Masyarakat pengguna bahasa Melayu perlu bersikap terbuka dan
bersedia menerima cabaran perkembangan dunia teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK) yang dipengaruhi oleh bahasa asing iaitu bahasa
Inggeris. Usaha untuk membentuk peristilahan bahasa Melayu dalam bidang ini
perlu lebih progresif dan terbuka dengan menerima penyerapan masuk kata-kata
asing bagi pengayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu. Perkembangan
pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) telah mencorakkan
bentuk masyarakat, struktur ekonominya dan persaingan sengit dalam pasaran
antarabangsa.
Justeru, pelbagai langkah perlu diambil bagi menangani masalah ini
daripada terus merebak dan berleluasa. Usaha pelbagai pihak daripada semua
peringkat masyarakat adalah perlu bagi memastikan kejayaan
dicapai. Kesedaran di kalangan masyarakat tentang kepentingan bahasa yang
betul perlulah dipertingkatkan. Penggunaan bahasa yang bertepatan, sesuai
dan betul akan memberi kesan dan makna yang mendalam untuk
menyampaikan sesuatu maksud semasa kita berkomunikasi dengan orang
lain. Memahami apa yang disampaikan menjadikan individu yang di lawan
cakapnya merasa dihargai dan gembira. Ini menandakan bahawa proses
komunikasi itu berjaya. Kemakmuran dan keharmonian sesebuah negara
bergantung kepada rakyatnya yang memartabatkan kedaulatan bangsa dan
menjaga tatasusila dalam budaya kehidupan yang dilalui.
Bibliografi
Asmah Hj. Omar. 2002. Setia dan santun bahasa. Tanjung Malim: Penerbitan
Universiti Perguruan Sultan Idris.
Dr. Puteri Roslina Abdul Wahid. (2011). HBML4103 Sejarah perkembangan
bahasa
Melayu. Selangor darul Ehsan. Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim. (1999). Pemerkasaan bahasa Melayu dalam pembinaan tamadun abad ke-21. Kertas kerja dibentangkan di seminar bahasa Melayu dalam era siber pada 28 -30 September 1999 di Hotel Lagenda, Kuala Lumpur. Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.
Teo Kok Seong. 1996. ”Penukaran kod dan bahasa: Satu fenomena kedwibahasaan”.Pelita
Bahasa.Halaman 41-43.
Zaidi Ismail. 2005. Pelita bahasa. Kuala Lumpur.
Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. (2008). Teknologi maklumat dan
komunikasidalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Teori dan
praktis. Shah Alam: Kharisma Publication Sdn. Bhd.Posted by Abd. Karim at 02:53
Bagi mengatasi masalah pencemaran bahasa adalah perlu langkah-langkah yang drastik
diambil bagi memastikan pencemaran bahasa tidak berleluasa. Antaranya ialah Guru-guru perlu
lebih prihatin dalam mengajar bahasa Melayu kepada pelajar. Setiap kesalahan pelajar ketika
menggunakan bahasa Melayu perlu diatasi dengan segera. Aktiviti kebahasaan perlu sentiasa
diadakan bagi memastikan kesalahan-kesalahan berbahasa boleh diperbetulkan. Ini akan
mengurangkan kesalahan-kesalahan bahasa dan sekaligus melahirkan pengguna bahasa yang
betul.
Selain itu, para pelajar sama ada di peringkat rendah mahu pun di peringkat institusi
pengajian tinggi perlu mengubah sikap menganggap bahawa bahasa Malaysia itu mudah. Para
pelajar perlu sentiasa peka terhadap perkembangan bahasa Malaysia serta ingin meningkatkan
pengetahuan dalam bidang bahasa ini. Para pelajar juga disarankan agar sentiasa menggunakan
bahasa Melayu dengan betul. Pelajar-pelajar juga disarankan agar banyak membaca buku-buku,
majalah-majalah dan bahan bacaan yang tulis dalam bahasa Melayu dan seterusnya dapat
meningkatkan pengetahuan