Bahasa Malaysia

Embed Size (px)

DESCRIPTION

KSSR TAHUN 3

Citation preview

  • BAHASA MALAYSIA TAHUN 3

  • RANCANGAN PENGAJARAN HARIANTAJUK: AKTIVITI KELUARGA KIM HOSTANDARD KANDUNGAN :1.4 Bertutur dan berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal.

    STANDARD PEMBELAJARAN :1.4.1 Bertutur tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan menggunakan pelbagai ayat dalam pelbagai situasi secara bertatasusila.2.2.1 Membaca dan memahami perkataan berimbuhan awalan dan berimbuhan akhiran dalam ayat daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul.

    KEMAHIRAN LITERASI :1.5 Menyebut, membaca dan memahami perkataan berimbuhan awalan dan berimbuhan akhiran.

  • OBJEKTIF PEMBELAJARAN:Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:

    Membina 3 ayat daripada gambar yang diberi dengan menggunakan pelbagai ayat dalam pelbagai situasi secara bertatasusila.

    Membaca dan menyatakan 5 daripada 7 perkataan berimbuhan awalan dan berimbuhan akhiran dalam ayat daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul.

    Membaca , menyebut dan memahami 4 daripada 7 perkataan berimbuhan awalan.(Literasi)

  • Set Induksi (5 minit)

    Menyanyi lagu Guru memperdengarkan lagu berkaitan tajuk Pak Mamat ada kebun.Murid menyebut seni kata lagu dengan bimbingan guru..Murid menyanyi lagu bersama guru.Lirik lagu: Pak Mamat ada kebun

    Pak Mamat ada kebun eya eya oDi kebunnya ada sayur eya eya oPak Mamat ada kebun eya eya oDi kebunnya ada kangkung eya eya oPak Mamat ada kebun eya eya oDi kebunnya ada terung eya eya oPak Mamat ada kebun eya eya oDi kebunnya ada cili eya eya o

    Guru bersoal jawab dengan murid mengenai jenis sayuran yang terdapat dalam lagu.

  • Langkah 1 (10 minit)

    Guru menunjukkan gambar aktiviti berkebun

    Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan gambar

    Murid membina ayat berkaitan gambar secara lisan.Contoh soalan :Apa yang kamu nampak dalam gambar? Apakah yang dilakukan oleh mereka?Siapakah yang sedang menyiram sayur?Apakah yang dilakukan oleh ibu Kim Ho? Bilakah waktu mereka lakukan aktiviti berkebun?

  • Langkah 2 (20 minit)

    Guru menunjukkan kad ayat satu demi satu.Murid membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas dengan bimbingan guru. Contoh ayat:

    Ini keluarga Kim Ho.Keluarga Kim Ho suka berkebun.Mereka menanam pelbagai jenis sayur.Kim Ho membantu ibunya mencabut rumput.Bapa Kim Ho menyiram sayur-sayuran. Abang Kim Ho membubuh baja pada pokok cili.Pokok cili yang ditanam telah berbuah

  • Langkah 3 (15 minit) Guru menunjukkan kad imbasan yang mengandungi perkataan berimbuhan awalan.

    Murid mengeja perkataan tersebut secara latih tubi.menanammencabutmembantuberbuahmembubuhmenyiram

  • Langkah 4 (15 minit)Guru menampal beberapa perkataan berimbuhan di papan putihGuru menyuruh murid mengambil kad perkataan kata dasar Murid menunjukkan kad perkataan tersebut di hadapan kelas.Murid menampal perkataan tersebut dengan perkataan berimbuhan yang dipaparkan oleh guru di papan putih.

  • Langkah 5 (20 minit)

    Guru mengedarkan lembaran kerja yang bersesuaian mengikut kumpulan.

  • Penutup (5 minit) Guru mempamerkan lirik lagu

    Guru dan murid menyanyikan semula lagu bersama-sama mengikut melodi dan melakukan gerak kreatifPak Mamat ada kebun eya eya oDi kebunnya ada sayur eya eya oPak Mamat ada kebun eya eya oDi kebunnya ada kangkung eya eya oPak Mamat ada kebun eya eya oDi kebunnya ada terung eya eya oPak Mamat ada kebun eya eya oDi kebunnya ada cili eya eya o

  • LEMBARAN KERJA 1 Padankan perkataan dengan gambar yang sesuai. membubuhmenyirammenanam

  • LEMBARAN KERJA 2 Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai. Pak Mat ________________ sayur bendi di kebun.

    2. Kim Ho _________________ pokok bunga.

    3.Ayah Kim Ho ________________ baja.

    4.Adik Kim Ho _______________ ayahnya di kebun.

    5.Ibu Kim Ho _________________ rumput di sekeliling kebun.

  • LEMBARAN KERJA 3 (LINUS) Warnakan perkataan berimbuhan yang sesuai.menanambernanammecabutmencabutmenbubuhmembubuhmembantuberbantu1234

  • SENARAI RUJUKAN Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 3

    https://www.google.com.my/search?hl=en&site=imghp&tbm=isch&source=hp&biw=1366&bih=667&q=gardening+clipart&oq=gardening+clip&gs_l=img.3.0.0l7j0i5l3.3512.9495.0.10453.15.12.0.3.3.0.210.2005.1j9j2.12.0....0...1ac.1.39.img..1.14.1849.NltpJltDCCs