9
LATIHAN 1 Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah. 1. Encik Azmi melarang anaknya _______ dengan budak-budak yang nakal itu. A. bergaul B. bersalam C. bertanya D. berdebat 2. Kebanyakan penduduk di kampung saya buta huruf dan tidak ______tinggi. A. berkulit B. bermata C. berpelajaran D. berhidung 3. Datuk Omar masih boleh membaca perkataan-perkataan yang _______________ kecil itu. A. berbaca B. berwarna C. berhuruf D. berbuku 4. Lelaki yang bertongkat dan ______________ tebal itu ialah bekas pengawai polis yang dihormati ramai. A. bermisai B. berjanggut C. bersikat D. bergigi 5. pelajar-pelajar Tingkatan Satu Cempaka ______________ tegak apabila Cikgu Jasni masuk ke dalam kelas. A. berjalan B. berbaris C. bersusun D. berdiri

Bahasa Malaysia- Tatabahasa

  • Upload
    liezza

  • View
    236

  • Download
    2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Latihan 1 Awalan Ber

Citation preview

LATIHAN 1Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

1. Encik Azmi melarang anaknya _______ dengan budak-budak yang nakal itu. A. bergaul B. bersalam C. bertanya D. berdebat

2. Kebanyakan penduduk di kampung saya buta huruf dan tidak ______tinggi. A. berkulit B. bermata C. berpelajaran D. berhidung

3. Datuk Omar masih boleh membaca perkataan-perkataan yang _______________ kecil itu. A. berbaca B. berwarna C. berhuruf D. berbuku

4. Lelaki yang bertongkat dan ______________ tebal itu ialah bekas pengawai polis yang dihormati ramai. A. bermisai B. berjanggut C. bersikat D. bergigi

5. pelajar-pelajar Tingkatan Satu Cempaka ______________ tegak apabila Cikgu Jasni masuk ke dalam kelas. A. berjalan B. berbaris C. bersusun D. berdiri

6. Adrian sering membawa isteri dan anak-anaknya _______________ di tepi pantai pada hari minggu. A. berlari B. bermain C. berjalan D. bersiar-siar

7. Kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia supaya _______________ cermat dan tidak boros berbelanja untuk mengelakkan berlakunya inflasi. A. bersikap B. berjimat C. berwang D. berbuat

8. Encik Hakimi _______________ hendak menghantar beberapa orang kakitangannya berkursus di luar negeri untuk meningkatkan lagi produktiviti syarikatnya. A. berlatih B. bercadang C. berdiam D. berlanggar

9. Surat yang dikirim oleh sahabat penanya dan Indonesia belum______________ lagi. A. berbalas B. bersoal C. berbuka D. bersusun

10. Mariati ____________ dengan nasib yang menimpa penghuni asrama perempuan itu apabila asrama mereka hangus terbakar. A. berenam B. bersimpati C. bergaduh D. bermewah

LATIHAN 2Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan perkataan yang sesuai.

1. Pokok mangga yang ditanam di belakang rumah Pak Seman _________ merah.

2. Salimah _________ di atas katilnya sambil membaca surat khabar.

3. Puan Nooraini _________ kebaya ke majlis perkhawinan anak perempuan Datuk Anwar.

4. Penyanyi yang _________ merdu itu berjaya memikat hati ribuan penonton yang menyaksikan persembahan di Stadium Negara.

5. Nenek Halijah _________ kepada cucu-cucunya hingga larut malam.

6. Kami _________ telah terpilih sebagai wakil sekolah dalam pertandingan perbahasanperingatan sekolah-sekolah.

7. Encik Shamsuddin melarang anaknya memetik pokok mawar yang baru _________ itu.

8. Tiap-tiap hari Johari _________ ke kebun getahnya yang terletak di hujung kampung.

9.Seluar pendeknya yang koyak itu belum _________ .

10.Kedua-dua orang adik-beradik itu asyik _________ seperti anjing dengan kucing.

bersuara berdaun berbunga berbasikal bertiga berjahit berbaju berbaring berkelahi bercerita

LATIHAN 3Masukkan imbuhan beR- pada perkataan yang sesuai dalam ayat-ayat di bawah. Kemudian, tuliskan semula ayat-ayat itu dalam kurangan yang disediakan.

1. Pesakit itu tidak dibenarkan memakan makanan yang minyak dan pedas.

__________________________________________________________________

2. Adik lari-lari anak apabila melihat ayah dan ibu pulang dari pasar raya.

__________________________________________________________________

3. Apabila saya pulang dari kerja, pinggan mangkuk itu belum basuh.

__________________________________________________________________

4. Orang ramai digalakkan kebun sayur di belakang rumah masing-masing untuk menjimatkan perbelanjaan harian. __________________________________________________________________

__________________________________________________________________

5. Kelmarin, angsa Pak Cik Lailin telur di bawah rumah Tuk Penghulu Hamad.

__________________________________________________________________

6. Kami empat pergi menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Melaysia di Stadium Shah Alam. __________________________________________________________________

_________________________________________________________________

7. " Berikan kuih ini kepada budak yang baju biru itu," kata Rafidah kepada Filza.

______________________________________________________________

8. Apabila pihak polis tiba di tempat kejadian, mangsa berkenaan sudah tidak nafas lagi.

__________________________________________________________________

9.Para penonton tepuk tangan apabila ahli silap mata itu muncul di atas pentas.

__________________________________________________________________

10.Mereka dua berkawan baik semenjak menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia lagi.

__________________________________________________________________

LATIHAN 4 (pemulihan)Isilah tempat kosong di bawah ini dengan kata di dalam petak.

1. Haris dan Harison _________ ke Seremban.

2. Sejak tadi adik _________ saja.

3. Bulan _________ pada waktu malam.

4. Gadis manis itu _________ kebaya.

5. Neneknya sudah tidak _________ lagi.

6. Ramesh selalu _________ sejak kematian adik.

7. Bendera Malaysia _________ biru, kuning, dan putih.

8. Kasut ayah cantik dan _________ .

9. Murid-murid itu _________ kaki ke sekolah.

10. Askar-askar itu _________ dengan sungguh-sungguh untuk mempertahankan negara.

berbaju bercahaya berduka bergigi berjalan berjuang berkereta berkilat berwarna bermuram

LATIHAN 5 (pemulihan)Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan perkataan yang sesuai.

1. Orang kaya itu _________ besar.

2. Orang yang _________ tinggi selalu dihormati.

3. Mereka _________ ke tepi pantai.

4. Bapa saya _________ putih.

5. Dia _________ sambil berfikir.

6. Ibu sedang _________ di dalam biliknya.

7. Dua orang budak itu sedang __________ .

8. Ayah sedang _________ dengan jiran.

9. Laporan itu bulum _________ lagi.

10.Surat yang _________ itu dimasukkan ke dalam sampul.

bertulis berpengetahuan berkelahi berjalan berbual berbaju berbasikal berlipat berkereta bersolek