Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/27/2019 Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan

    1/5

    BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKANBahasa Melayu merupakan bahasa yang digunakan di Sekolah Melayu semasa pemerintahan Inggeris.

    Di sekolah menengah pula, terdapat dua bahasa yang digunakan, iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa

    Inggeris. Bahasa Melayu hanya diajar sebagai satu mata pelajaran sahaja. Walau bagaimanapun, Bahasa

    Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar dan mata pelajaran kursus di maktab perguruan sejak

    tahun 1900. Siri buku tulisan Zaba dalam bentuk tiga jilid, iaitu Ilmu Mengarang Melayu dan Daftar Ejaan

    Melayu digunakan sebagai rujukan. Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan dapat dilihat berdasarkan

    zaman atau era yang berikut, iaitu zaman pramerdeka (sebelum 1957), zaman pascamerdeka (1957-1970), dan zaman dasar ekonomi baru (1971-1990).

    Zaman Pramerdeka (Sebelum 1957)

    Menjelang kemerdekaan, timbul kesedaran untuk mewujudkan satu sistem persekolahan. Beberapa

    jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem persekolahan pada masa itu dan menghasilkan

    laporan berikut:

    1. Laporan Barnes 1951 menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan kaum Melayu

    2. Laporan Fenn-Wu 1951 menyemak pendidikan kaum Cina

    3. Ordinan Pelajaran 1952 mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan

    kebangsaan4. Laporan Razak 1956 meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk memupuk

    perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua, Bahasa Melayu sebagai bahasa

    pengantar utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama

    bagi semua sekolah.

    Laporan Barnes 1951

    Jawatankuasa ini ditubuhkan pada tahun 1950 dan dipengerusikan oleh L.J. Barnes, Pengarah Latihan

    Sosial dari Universiti Oxford. Cadangan jawatankuasa ini termasuklah:

    Meningkatkan taraf pencapaian pelajar Melayu di sekolah vernakular dan meningkatkan tarafpencapaian dalam Bahasa Inggeris

    Meningkatkan kualiti guru, meningkatkan pencapaian pedagogi pelajar di maktab dan mencadangkan

    kurikulum latihan guru yang lebih bersesuaian; dan

    Mencadangkan apa-apa sahaja cara untuk membaiki pentadbiran, sama ada dengan menubuhkan

    Penguasa Pendidikan Tempatan atau badan tempatan dengan fungsi yang sama.

    Laporan ini mencadangkan penubuhan sekolah kebangsaan yang menggunakan Bahasa Melayu atau

    Bahasa Inggeris sebagai pengantar. Apabila salah satu daripada bahasa tersebut dipilih sebagai bahasa

    pengantar, maka bahasa yang satu lagi digunakan sebagai bahasa kedua. Jawatankuasa Barnes yang

    telah menggariskan tujuan sekolah Melayu sebagai memupuk perkembangan individu ke arah

    kecemerlangan yang boleh dicapai dari segi pengetahuan dan kemahiran, menggalak, merangsang, danmembolehkan komuniti Melayu mencapai kedudukannya dalam perhubungannya dengan kaum-kaum lain

    dalam masyarakat majmuk dan membantu pembinaan kewarganegaraan atau negara yang bersatu padu

    yang merangkumi semua kaum. Laporan Barnes tidak mendapat sambutan baik daripada masyarakat

    Cina yang menentang pembubaran pendidikan vernakular Cina. Ini membawa kepada pembentukan

    jawatankuasa yang menghasilkan laporan Fenn-Wu.

    Laporan Fenn-Wu 1951

  • 7/27/2019 Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan

    2/5

    Laporan ini disediakan bagi memperkatakan tentang pendidikan Cina di Tanah Melayu berikutan rasa

    tidak puas hati terhadap laporan Barnes. Laporan ini mencadangkan agar usaha merapatkan jurang

    perbezaan dilakukan dengan menggantikan sistem persekolahan yang berasaskan kaum kepada

    pendidikan yang tidak bercorak perkauman. Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu digunakan sebagai

    bahasa pengantar manakala bahasa lain sebagai pilihan. Laporan Fenn-Wu dikatakan memperkecil

    keupayaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Bahasa Melayu dianggap bahasa yang mudah

    dipelajari kerana kebanyakan pelajar Cina mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan tentang bahasa

    tersebut melalui pengalaman pergaulan seharian. Laporan Fenn-Wu dipertimbangkan bersama-samadengan Laporan Barnes oleh satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk mencari penyelesaian

    kepada cadangan yang dikemukakan.

    Ordinan Pelajaran 1952

    Pada 21 November 1952, Penyata Pelajaran 1952 atau dikenali juga Ordinan Pelajaran 1952 telah

    diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dengan sebulat suara. Penyata ini telah membawa

    perubahan besar kepada susunan sistem pelajaran negara ini. Antara lain, matlamat Penyata Pelajaran

    1952 adalah:

    1. Untuk membekalkan dan mengekalkan pengetahuan, kemahiran dan perwatakan yang baik untuk

    tiap-tiap individu.2. Untuk menggalakkan dan membolehkan sesuatu kaum menyesuaikan diri dalam masyarakat

    berbilang bangsa di negara ini.

    3. Untuk berusaha membentuk warganegara yang bersatu di seluruh negara yang terdiri dari berbagai

    kaum.

    Dalam usaha mencapai matlamat Penyata Pelajaran 1952 ini satu dasar dan sistem pelajaran baru

    diwujudkan. Antara yang tercatat dalam penyata, iaitu:

    1. Menubuhkan dan mendirikan sekolah-sekolah kebangsaan yang mengandungi dua jenis; Sekolah

    aliran Inggeris dan mata pelajaran Bahasa Malaysia dijadikan mata pelajaran wajib dan sekolah aliran

    Melayu dengan Bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa kedua.

    2. Sungguhpun begitu, sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa perantara Kua-Yu (Cina) atau Tamil

    boleh disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih di dalam salah satu darjah mengikut

    keperluan bahasa perantaraan masing-masing.

    3. Kerajaan akan memberi pelajaran percuma selama 6 tahun dan diwajibkan kepada tiap-tiap

    warganegara yang berumur dari 6 tahun hingga 12 tahun. Murid-murid yang tamat di peringkat

    sekolah rendah ini akan diberi peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah dan vokasional

    menurut kemampuan dan kelayakan masing-masing.

    Dalam perbahasan untuk meluluskan Penyata Pelajaran 1952, Datuk E.E.C. Thuraisingam menyatakan

    penyata pelajaran itu adalah bertujuan untuk mengukuhkan asas perpaduan negara sertamenggambarkan sistem pendidikan "vernacular" moden dan membentuk kurikulum pelajaran mengikut

    keperluan dan keadaan ketika itu (Penyata Pelajaran 195, 2008).

    Laporan Razak 1956

    Pada hari 6 Mei 1956, Dato' Abdul Razak bin Dato' Hussein Menteri Pelajaran Persekutuan merangkap

    Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran telah mengumumkan cadangan-cadangan yang telah dibuat oleh

    Jawatankuasa Pelajaran 1956. Dalam cadangan Jawatankuasa Pelajaran ini, beberapa cadangan yang

    membawa perubahan yang besar kepada dasar pelajaran bagi Tanah Melayu telah dikemukakan. Antara

    cadangan itu termasuklah (Penyata Razak 1956, 2008):

  • 7/27/2019 Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan

    3/5

  • 7/27/2019 Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan

    4/5

    2. Menteri Kehakiman,

    3. Tun Leong Yew Koh,

    4. Menteri Perdagangan dan Perusahaan,

    5. Encik Mohd. Khir Johari,

    6. Penolong Menteri Pelajaran,

    7. Kapten Abdul Hamid Khan bin Haji Sakhawat Ali Khan,

    8. Penolong Menteri Buruh,

    9. Encik V. Manickavasagam,10. Senator Koh Kim Leong,

    11. Encik Mohd. Dahari Ali,

    12. Ketua Menteri Pulau Pinang,

    13. Datuk Wong Pow Nee dan

    14. Encik Abdul Ghani bin Ishak.

    Antara tugas-tugas jawatankuasa Penyemak ini adalah :

    1. untuk mengulang kaji Dasar Pelajaran Razak yang telah diluluskan oleh Majlis Undangan

    Persekutuan pada 16hb Mei, 1956;

    2. mempertimbangkan kesan-kesan nasional dan kewangan Dasar Pelajaran itu termasuklangkah untuk mengadakan pelajaran peringkat rendah dengan percuma; dan

    3. mengkaji langkah-langkah untuk mewujudkan satu sistem pelajaran nasional yang menjadikan

    bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama.

    Jawatankuasa ini akan dibantu kelak oleh beberapa buah jawatankuasa pakar yang akan

    membincangkan segala aspek mengenai soal pelajaran termasuk masalah kewangan dan latihan guru.

    Orang ramai, badan-badan pelajaran, dan sebagainya diberi kesempatan untuk mengemukakan pendapat

    tentang Dasar Pelajaran kepada jawatankuasa pengkaji itu.

    Jawatankuasa ini mencadangkan supaya bahasa kebangsaan diajar mulai Darjah Satu dalam semuasekolah rendah Cina, Tamil dan Inggeris, sama ada bantuan separuh atau sekolah persendirian.

    Jawatankuasa ini juga mencadangkan supaya Bahasa Melayu dimajukan dengan menjadikannya bahasa

    pengantar di semua sekolah yang dahulunya sekolah rendah kerajaan. Kementerian Pelajaran telah

    mengeluarkan peraturan yang mewajibkan pengajaran bahasa kebangsaan menerusi arahan di bawah

    Peraturan-Peraturan Khusus (Kursus-Kursus Pengajian) Sekolah 1956. Selanjutnya mata pelajaran

    kursus Bahasa Melayu dijadikan wajib untuk memperoleh Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran

    Malaysia. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah menengah bermula pada

    tahun 1963 apabila semua mata kursus jurusan sastera di Tingkatan Satu diajar dalam Bahasa Melayu.

    Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberi penekanan kepada

    pendidikan percuma untuk semua pelajar. Dasar ini diperluas dengan mengadakan pendidikan universal

    selama sembilan tahun apabila peperiksaan pemilihan masuk ke sekolah menengah dihapuskan padatahun 1964. Penghapusan peperiksaan pemilihan ini menyebabkan peningkatan kadar penyertaan ke

    sekolah menengah. Kadar ini terus meningkat apabila terdapat perubahan dasar yang melanjutkan

    pendidikan universal kepada 11 tahun secara berperingkat mulai tahun 1992

    Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)

    Pada zaman ini sistem pendidikan mengalami banyak perubahan, antaranya Bahasa Melayu dijadikan

    bahasa pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya pada peringkat menengah di Semenanjung

    Malaysia dan Sabah pada tahun 1982, manakala di Sarawak pada tahun 1990. Walau bagaimanapun,

  • 7/27/2019 Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan

    5/5

    selaras dengan Akta 1961, sekolah rendah bantuan kerajaan yang menggunakan Bahasa Cina atau Tamil

    sebagai bahasa pengantar diteruskan. Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan

    oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 telah menggariskan cadangan

    pendekatan dan strategi baru untuk memantap sistem pendidikan. Laporan ini telah:

    Memberikan penegasan kepada pendidikan asas 3M: membaca, menulis dan mengira

    Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini

    Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia ; pendidikan menengah atas melalui dua jurusan,akademik dan vokasional

    Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun

    Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988 bagi memperteguh hala tuju dan

    matlamat pendidikan negara. Falsafah ini menekankan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu

    bagi membentuk pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

    Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar bagi kursus-kursus peringkat awal di maktab

    perguruan sejak tahun 1957. Pada tahun 1973, Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar tunggal dalam

    latihan perguruan. Pada tahun 1980, Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar lengkap untuk Tingkatan

    Satu hingga Tingkatan Lima di sekolah menengah. Pelaksanaannya di Tingkatan Enam Rendah bermulapada tahun 1981 dan Tingkatan Enam Atas pada tahun 1982. Di institusi pengajian tinggi, kedudukan

    Bahasa Melayu dalam pendidikan dapat dilihat dari tiga aspek: pertama, Bahasa Melayu sebagai mata

    kursus; kedua, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar; dan akhirnya Bahasa Melayu sebagai satu

    pengajian dari segi sejarah, analisis linguistik, dan aspek budaya. Penggunaan Bahasa Melayu di

    universiti merupakan lanjutan daripada pelaksanaan yang telah dilakukan pada peringkat sekolah rendah

    dan sekolah menengah. Apabila mereka selesai persekolahan menengah dan memasuki universiti pada

    tahun 1980, kursus aliran sastera mula diajar dalam Bahasa Melayu pada tahun 1980. Proses peralihan

    ini selesai pada tahun 1983 apabila Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar sepenuhnya di universiti

    dan semua pengajian jurusan sastera pada tahun pertama diajar dalam Bahasa Melayu. Sejak tahun

    1983 hingga tahun 1991, penggunaan Bahasa Melayu dalam pendidikan baik pada peringkat sekolahrendah, menengah, maktab dan universiti terlaksana dengan lancar.