Upload
rahman-amin
View
231
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
8/8/2019 BAHASA ROJA1
http://slidepdf.com/reader/full/bahasa-roja1 1/4
BAHASA ROJAK
Bahasa Rojak adalah suatu jenis percakapan di Malaysia yang
menakrifkan campuran pelbagai bahasa dalam satu pertuturan yang serupa dengan pijin,
Manglish dan Singlish. Walau bagaimanapun, bahasa dasarnya merupakan bahasa Melayu
Bahasa Rojak dalam masyarakat Melayu atau di Malaysia boleh dikesan
seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila satu entrepot antarabangsa didirikan
oleh Parameswara pada tahun 1402 . Melaka pada ketika itu adalah pelabuhan yang telah
menarik ramai pedagang yang dating untuk berdagang. Secara keseluruhannya para
pedagang ini telah bertutur lebih 80 bahasa dari pelbagai bangsa dan budaya. Pedagang
dunia dan penduduk yang mengunapakai pelbagai bahasa dalam satu perbualan amat
biasa berlaku.
Mengikut kata Ensiklopedia Malaysia (vol. Bahasa dan Budaya) , situasi
ini merupakan sebahagian daripada pidgin atau satu bahasa penghubung yang dikenali
sebagai Bahasa Rojak di Malaysia. Keunikan bahasa ini terdapat dalam gaya alihannya,
seseorang mungkin memulai perbualan dalam bahasa Melayu dan kemudian
menyambung dengan bahasa Inggeris, dan seterusnya mencampurkan satu atau dua
perkataan bahasa Kantonis dan bahasa Tamil dan menamatkan ia dengan istilah bahasa
Mandarin atau bahasa Jepun.
Semasa pemerintahan Parameswara , apabila ada dua kumpulan
pedagang tanpa satu bahasa kongsian ( sama bahasa) , mereka akan cuba untuk bertutur
dalam apa jua bahasa untuk mendapat keputusan yang terbaik dalam memahami antara
satu sama lain, dan hasilnya mungkin suatu pidgin atau Rojak.
8/8/2019 BAHASA ROJA1
http://slidepdf.com/reader/full/bahasa-roja1 2/4
8/8/2019 BAHASA ROJA1
http://slidepdf.com/reader/full/bahasa-roja1 3/4
yang bukan saja tidak mempunyai kecekapan linguistik (linguistic competence) tetapi
juga ketiadaan kecekapan berkomunikasi dalam masyarakat (communicative
competence).
Kecelaruan ini banyak dilakukan oleh orang Melayu yang menguasai bahasa
Inggeris sebagai bahasa kedua. Mereka mungkin secara sedar atau tidak, sering berfikir
dalam atau melalui bahasa Inggeris, lantas mereka melakukan kesalahan bahasa baik
pada peringkat sistem atau struktur bahasa mahupun pada peringkat leksikal dan bentuk
kata.
Katanya, masalah kecelaruan lebih jelas apabila bahasa kedua (bahasa
Inggeris) digunakan sebagai alat pemikiran yang utama. Pada waktu yang sama mereka
menggunakan bahasa Melayu sebagai `bahasa terjemahan.' Bahasa Melayu digunakan
tidak lebih untuk `menterjemahkan fikiran' yang dibentuk dalam bahasa Inggeris. Dalam
keadaan itu peraturan sistem bahasa Inggeris yang mewakili cara berfikir dan budaya
pengucap asli bahasa itu cuba digunakan atau ditiru dalam bahasa Melayu.
Hassan berpendapat bahawa kecelaruan bahasa tidak semestinya bererti
kesalahan bahasa saja. Kecelaruan ini berlaku `apabila terdapat peraturan-peraturan
bahasa, biasanya peraturan yang preskriptif, yang tidak konsisten atau yang tidak sesuai
dengan sistem bahasa Melayu yang asli.' Atau lebih jelas apabila bahasa yang digunakan
itu menyalahi peraturan bahasa `asli' bahasa Melayu..
Contoh bahasa rojak , antaranya ialah :-
a) Bahasa Rojak (Bahasa Melayu campur bahasa Inggeris)
1. Kau memang terror (hebat) la!
2. Tempat makan ni best (bagus) sangat!
3. Wah, you smartlah ( kacak, bergaya) brother ( kata ganti nama -abang).
8/8/2019 BAHASA ROJA1
http://slidepdf.com/reader/full/bahasa-roja1 4/4
b) Bahasa Rojak (Bahasa Melayu campur bahasa Cina)
1. Nak makan sini ke nak tapau (bungkus)?
2. Jangan susah hati maa, lu punya bos mesti boleh kaw tim (bertolak ansur) punya maa!
3. Apasal (Kenapa) lu buat ini kerja cincai (tak sempurna)?
Rajah: Carta Alir Kaitan Bahasa Rojak Di Malaysia