15
Bahaya Nyamuk | Print Email Bahaya Nyamuk Nyamuk adalah serangga yang seringkali terjumpa dan selalu menjadi suatu gangguan kepada kita. Anda pasti tidak suka diganggu oleh nyamuk kerana tidak mahu digigit olehnya tetapi tahukah anda bahaya keseluruhan yang dibawa oleh nyamuk?

Bahaya Nyamuk

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Bahaya Nyamuk

Bahaya Nyamuk

|   Print     Email  

Bahaya Nyamuk

Nyamuk adalah serangga yang seringkali terjumpa dan selalu menjadi suatu gangguan kepada kita. Anda pasti tidak suka diganggu oleh nyamuk kerana tidak mahu digigit olehnya tetapi tahukah anda bahaya keseluruhan yang dibawa oleh nyamuk?

Page 2: Bahaya Nyamuk

Gigitan nyamuk adalah suatu kebiasaan di kalangan kita. Ini adalah kerana nyamuk adalah paling senang dijumpai di kawasan beriklim tropika seperti Malaysia*. Gigitan nyamuk sebenarnya punca dari aktiviti nyamuk betina di mana ia menghisap darah daripada mangsanya seperti manusia dan haiwan-haiwan yang lain sebagai sumber makanan. Anda pasti tahu bahawa biasanya, gigitan nyamuk hanya menyebabkan kegatalan. Walaubagaimanapun, terdapat situasi di mana gigitan nyamuk boleh menyebabkan keadaan yang lebih serius kepada kesihatan kita*.

Tahukah Anda?

-          Kawasan-kawasan beriklim tropika adalah kawasan yang terletak berdekatan dengan garisan khatulistiwa. Ini bermakna negara-negara seperti Indonesia, Thailand dan juga Brazil adalah negara-negara yang berikilim tropika.

-          Hanya nyamuk betina yang menghisap darah manakala nyamuk jantan hanya menghisap nektar dari tumbuh-tumbuhan.

Sebelum kita membincangkan kebahayaan yang boleh disebabkan oleh nyamuk, marilah kita memahami sedikit tentang serangga ini. Kitaran hidup nyamuk terdiri daripada empat peringkat. Peringkat terawal adalah telur. Nyamuk dewasa bertelur di permukaan air. Peringkat kedua adalah larva. Larva nyamuk adalah hasil penetasan telur nyamuk yang hidup di dalam air dan memakan alga* dan mikroorganisma yang hidup di dalam air. Peringkat ketiga nyamuk adalah pupa. Peringkat pupa bagi nyamuk adalah lebih kurang sama dengan peringkat kepompong bagi rama-rama. Pupa adalah seperti larva yang sedang membesar di dalam ruang tertutupnya dan ia tidak makan sehingga ia membesar sehingga ke peringkat seterusnya. Peringkat keempat dan terakhir dalam kitaran hidup nyamuk adalah peringkat dewasanya yang juga diketahui sebagai ‘imago’. Nyamuk yang kita melihat berterbangan adalah dalam peringkat ini.

Page 3: Bahaya Nyamuk

Kitaran Hidup Nyamuk

Tahukah Anda?

-          Alga adalah sejenis kulat yang tumbuh di dalam air. Ia adalah sumber makanan kepada pelbagai organisma kecil yang hidup di dalam air seperti ikan dan larva serangga.

-          Kitaran hidup berperingkat yang dilalui oleh serangga seperti nyamuk dan rama-rama dan juga katak adalah dipanggil metamorfosis.

Nyamuk boleh membiak dengan pantas dan oleh kerana ia membiak secara bertelur di dalam air, kawasan takungan air merupakan kawasan yang baik bagi nyamuk membiak secara luas. Kawasan takungan air tidak seharusnya mempunyai kandungan air yang besar seperti kolam atau longkang. Sebuah baldi atau tong yang mengandungi air yang mencukupi boleh menjadi tempat bertelur untuk nyamuk. Adakah rumah anda mempunyai kawasan takungan air di mana nyamuk boleh membiak?

Page 4: Bahaya Nyamuk

Kawasan Takungan Air yang Menjadi Tempat Pembiakan Nyamuk

Page 5: Bahaya Nyamuk

Larva Nyamuk

Perhatian!

-          Jangan biarkan nyamuk membiak! Lebih nyamuk = lebih ancaman kepada kesihatan anda dan keluarga.

-          Ia adalah salah di sisi undang-undang untuk mempunyai kawasan takungan air seperti yang digambarkan di dalam rumah anda.

Marilah kita balik ke topik utama: adakah nyamuk merbahaya? Jawapannya adalah YA tapi mengapa?

Nyamuk adalah serangga yang boleh membawa virus. Virus yang dibawa oleh nyamuk boleh dipindah kepada mangsa gigitan nyamuk. Ini bermakna bahawa jikalau seekor nyamuk adalah pembawa virus, virus yang dibawanya boleh dipindah kepada aliran darah kita apabila nyamuk itu menggigit kita. Nyamuk adalah berbahaya kerana virus yang boleh dibawa oleh nyamuk boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang serius kepada mangsanya. Dua virus bawaan nyamuk yang paling terkenal adalah denggi dan malaria kerana virus-virus ini adalah sangat merbahaya dan berleluasa.

Page 6: Bahaya Nyamuk

Malaria

Malaria adalah suatu penyakit yang mana sel darah mangsa diserang oleh parasit. Serangan ini boleh menyebabkan demam dan sakit kepala. Dalam situasi serious, pesakit malaria boleh jatuh ke dalam keadaan koma atau mati jika penyakit itu tidak dirawat. Malaria adalah suatu penyakit serius yang mengakibatkan banyak kematian di seluruh dunia terutamanya di kawasan yang miskin, kotor dan tidak begitu maju*. Penyakit malaria jarang disebarkan di Malaysia tetapi kemungkinan ia bersebar masih wujud selagi ada nyamuk.

Tahukah Anda?

-          Pada tahun 2010, 655,000 orang meninggal dunia akibat jangkitan malaria. Kebanyakan kematian ini berlaku di benua Afrika.

Denggi

Anda pasti pernah terdengar atau terbaca istilah ‘demam denggi’ di televisyen, radio, klinik dan sebagainya. Kita selalu diingatkan tentang kebahayaan demam denggi kerana ia adalah suatu penyakit yang sangat serius dan berleluasa di Malaysia. Apabila seseorang terjangkit dengan demam denggi dia akan mengalami gejala-gejala berikut:

I. 1.DemamII. 2.Sakit Kepala

III. 3.Sakit otot dan sakit badan yang lainIV. 4.Ruam

Dalam kes-kes demam denggi yang serius, pendarahan dalaman akan berlaku yang boleh mengakibatkan kematian jika tidak dirawat di hospital.

Tahukah Anda?

-          Pada tahun 2010, sebanyak 45,037 kes demam denggi dilaporkan di Malaysia di mana 133 daripadanya maut.

-          Virus denggi disebarkan oleh nyamuk Aedes (nyamuk Aedes mempunyai beberapa garisan putih di atas badannya. Ciri ini menjadikannya senang untuk dikenal pasti)

Page 7: Bahaya Nyamuk

Nyamuk Aedes

 

Peringatan!

-          Pastikan anda berjumpa dengan doktor sekiranya mengalami gejala-gejala demam denggi kerana lebih awal rawatannya, lebih baik kadar pemulihan anda.

Walaupun kita hanya membincangkan dua penyakit utama yang boleh disebarkan oleh nyamuk, terdapat banyak lagi penyakit yang nyamuk boleh menyebar. Oleh itu, kita kena sentiasa melindungi diri sendiri daripada nyamuk untuk mencegahkan diri daripada menjangkiti penyakit yang serius. Langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil adalah:

I. 1.Membebaskan rumah anda daripada kawasan takungan air (kosongkan mana-mana baldi atau bekas yang mempunyai air yang boleh jadi tempat pembiakan bagi nyamuk)

II. 2.Melindungi kandungan air kolam, perigi dan lain-lain daripada pembiakan nyamuk (memelihara ikan kecil, merawat air dengan ubat nyamuk)

III. 3.Melindungi diri daripada gigitan nyamuk (menggunakan ubat semburan untuk menghalau dan membunuh nyamuk)

Sesi Soalan

Marilah kita menguji tahap pengetahuan kita nyamuk dan bahayanya.

Page 8: Bahaya Nyamuk

I. Di manakah nyamuk membiak?

II. Apakah penyakit yang disebarkan oleh nyamuk Aedes yang sangat serius di Malaysia? Apakah gejala-gejalanya?

III. Jika rumah anda mempunyai sebuah perigi yang merupakan sumber air kepada keluarga anda, bagaimanakah anda boleh mencegah perigi itu daripada menjadi tempat pembiakan nyamuk?

Page 9: Bahaya Nyamuk

Fokus Karangan PMR 2010 - Demam denggi

Soalan:

Demam denggi semakin merebak di Negara kita. Bincangkan usaha-usaha yang perlu diambil untuk menangani penyakit ini daripada terus merebak.

Jawaban:

Strategi:

T=Demam Denggi

K=Usaha

F=Umum

Isi:

1. menghapuskan nyamuk Aedes

2. menjaga kebersihan di kawasan kediaman

3. mengadakan kempen antidenggi

4. mengenakan denda yang berat

(AR) Penduduk beberapa negeri di negara kita telah diserang oleh demam denggi. (AR) Pesakit yang menghidap penyakit ini semakin meningkat. (AR) Jika dibiarkan banyak pesakit akan menemui ajal

akibat demam denggi. (AR) Menurut berita yang disiarkan, pada tahun ini sejumlah 105 mangsa telah meninggal dunia akibat demam denggi sehingga 15 September 2010. (AA) Oleh itu, kita

mestilah mengambil langkah yang proaktif, iaitu cegah sebelum parah untuk menangani penyakit ini daripada terus merebak.

(AJ) Satu daripada usaha yang perlu diambil ialah kita mestilah menghapuskan nyamuk aedes. (AH) Nyamuk ini dikenali sebagai vector yang menyebarkan virus demam denggi. (AC)Sebagai contohnya, Jabatan Kesihatan hendaklah menyembur asap pembunuh nyamuk aedes sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh seminggu di kawasan kediaman. (AP)Melalui cara ini, kita dapat menghalang nyamuk

Aedes daripada terus membiak kerana mencegah lebih baik daripada mengubatinya.

Page 10: Bahaya Nyamuk

Selain itu, (AJ) semua penduduk hendaklah menjaga kebersihan di kawasan tempat tinggal. (AH)Mereka hendaklah memastikan kawasan tempat tinggal mereka bebas daripada tempat yang menakung air. (AC)Sebagai contohnya, semua penduduk hendaklah mengadakan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan kawasan kediaman. (AP) Usaha ini ibarat berat sama dipikul ringan

sama dijinjing mampu menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes.

Seterusnya, (AJ) Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) hendaklah mengadakan kempen antidenggi. (AH)Kempen ini mampu memberikan kesedaran tentang bahayanya demam denggi.

(AH)Masyarakat perlu disedarkan bahawa malang sentiasa tidak berbau , iaitu sesiapa sahaja boleh terkena demam denggi pada bila-bila masa. (AC)Sebagai contohnya, kempen ini hendaklah dibuat dari masa ke masa melalui media cetak dan media elektronik. (AH)Pengedaran maklumat tentang

nyamuk aedes dan tanda-tanda demam denggi perlu dilakukan melalui poster atau brosur. (AP)Usaha ini sudah tentu akan dapat menyedarkan masyarakat tentang akibat yang diterima jika

diserang demam denggi.

Bukan itu sahaja, (AJ) pihak kerajaan hendaklah mengenakan denda yang berat kepada mana-mana individu atau pemilik premis atau rumah kediaman yang membiarkan pembiakan nyamuk aedes.

(AH)Tindakan ini perlu dilakukan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat kerana sekali kena dua kali jalan tahu. (AC)Sebagai contohnya, sesiapa yang didapati membiakkan nyamuk aedes mereka

hendaklah didenda sebanyak RM500.00 bagi setiap ekor nyamuk aedes atau jejentik. (AP)Tindakan yang tegas seperti ini akan mendidik semua pihak supaya menjaga kawasan kediaman agar bebas

daripada nyamuk aedes.

Kesimpulannya, (A Cdgn) semua pihak mestilah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menangani masalah ini. (A Pnln)Jika kita tidak mengikut nasihat Jabatan Kesihatan, banyak nyawa rakyat akan menjadi mangsa nyamuk Aedes. (A Cdgn) Oleh itu, jika kita menyayangi diri dan ahli keluarga sendiri, kita mestilah berusaha dan bekerjasama untuk menghapuskan nyamuk aedes

sebelum nasi menjadi bubur. (A Hrpn) Ingatlah bahawa rakyat sihat negara maju.

Page 11: Bahaya Nyamuk

Karangan Bergambar PMR - Ramalan 3 "DENGGI"

Sebagaimana kita semua sedia maklum, penyakit denggi amat berbahaya. Penyakit ini boleh membawa kematian kepada mangsa.

Punca utama penyakit denggi ialah gigitan nyamuk aedes betina, yakni Nyamuk Aedes Aegypti. Nyamuk aedes biasanya bersembunyi dan bersarang di kawasan air bertakung. Gigitan nyamuk ini akan membawa padah kepada manusia.

Simptom penyakit denggi ialah seseorang diserang demam secara mengejut, sakit-sakit sendi dan ruam. Mangsa perlu dibawa ke hospital. Penyakit ini mesti dikawal kerana platelet darah yang menurun dalam badan akan menyebabkan pendarahan yang membawa kepada kematian.

Untuk mengatasi masalah ini, pihak berkuasa tempatan mestilah mengadakan operasi menyembur asap antidenggi. Langkah utama ini dapat membasmi pembiakan aedes betina. Kegiatan gotong-royong juga perlu diadakan di seluruh negara.

Secara tuntas, rakyat Malaysia mestilah berhati-hati dalam soal kesihatan. Oleh sebab itu, kerajaan sentiasa menyeru agar rakyat dalam menjaga kebersihan sepanjang masa kerana “mencegah lebih baik daripada mengubati”.

Page 12: Bahaya Nyamuk

SPM 2008 – KARANGAN B

Soalan 3 – Penyakit demam denggi yang berpunca daripada nyamuk aedes merupakan ancaman yang membimbangkan negara. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan merebaknya penyakit ini dan langkah-langkah bagi menanganinya.

Mutakhir ini negara tidak putus-putus dicelikkan dengan berita-berita kematian yang membabitkan penyakit demam denggi. Berdasarkan statistik, kawasan sekitar Lembah Kelang terutamanya yang mencatatkan kadar kematian yang paling tinggi dan membimbangkan. Hal ini ternyata mengancam ketenteraman masyarakat sejagat kerana masalah nyamuk aedes umpama barah yang tiada penawarnya. Walaupun begitu, masalah tersebut boleh dikurangkan dengan professional, rasional dan signifikan sekiranya setiap lapisan masyarakat berusaha mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan merebaknya penyakit yang membawa maut ini seraya mengaplikasi langkah-langkah yang boleh dilaksanakan bagi menanganinya demi kemaslahatan bersama.

Antara faktor yang utama ialah pengabaian terhadap kebersihan dan displin diri. Nyamuk aedes terutamanya amat menggemari kawasan yang bersemak-samun dan sering berlegar-legar di sekitar kawasan semak atau padang rumput antara waktu petang hingga senja. Sememangnya, waktu-waktu begini yang sering digunakan oleh komuniti remaja untuk melakukan aktiviti riadah di luar rumah. Jadi, tidak menjadi masalah bagi pembunuh bersaiz kecil untuk mendapatkan mangsa. Oleh itu, tidak hairanlah kebanyakan mangsa terdiri daripada golongan remaja.

Faktor kedua ialah pengabaian terhadap kebersihan kawasan persekitaran. Sebagaimana yang telah kita sedia maklum, nyamuk aedes memerlukan kawasan yang mempunyai air yang tidak mengalir untuk membiakkan telur-telurnya. Berdasarkan pemerhatian dan kajian yang telah dibuat, terbukti dengan jelas bahawa rata-rata penduduk di Malaysia menternak nyamuk aedes tanpa disedari oleh mereka. Antara tempat-tempat pembiakan serangga pembunuh ini ialah di dalam pasu-pasu terbiar, celahan tayar, longkang-longkang yang tersumbat, tangki air dan sebagainya. Seperkara lagi, selain kehadiran air yang bertakung, proses pembiakan nyamuk aedes juga tidak terencat di tempat-tempat teduh yang terhalang daripada sinaran matahari.

Oleh hal yang demikian, setiap pihak seharusnya merancang strategi dan menitikberatkan mekanisma yang ampuh dalam usaha menangani masalah yang semakin menular di Malaysia ini seperti kata pepatah tiba di mata dipejamkan, tiba di perut dikempiskan. Salah satu prakarsa yang boleh dijayakan ialah aktiviti pembersihan sekitar kawasan rumah oleh setiap ahli keluarga. Pendedahan awal kepada anak-anak tentang kebersihan kawasan rumah merupakan langkahmenangani pembiakan nyamuk aedes dan penyakit demam denggi. Oleh itu anak-anak akan lebih prihatin terhadap kawasan sekeliling dan tidak mustahil anak-anak kita pula yang akan menegur kita apabila ternampak takungan air di tempat-tempat tersembunyi suatu hari kelak.

Seterusnya, aktiviti gotong-royong di kawasan perumahan juga merupakan salah satu inisiatif terbaik dan profesional. Semasa bergotong-royong, selain dapat membersihkan kawasan yang bersemak-samun dan terbiar secara tidak langsung perpaduan antara jiran tetangga dapat dieratkan tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan kerana masing-masing bersikap optimis dan ringan tangan antara satu

Page 13: Bahaya Nyamuk

sama lain. Dalam masa yang sama, telur-telur nyamuk aedes sama ada yang masih baru atau hampir menjadi seekor anak nyamuk dapapt dihapuskan dan meyelamatkan nyawa penduduk setempat sebelum dijangkiti penyakit yang merbahaya ini. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripadamengubati.

Prakarsa seterusnya ialah pihak-pihak berwajib yang diamanahkan oleh Dewn Bandaraya di setiap negeri tidak ketinggalan boleh menyumbang jasa dengan melakukan aktiviti-aktiviti penyemburan secara percuma pada setiap akhir bulan lebih-lebih lagi sekitar kawasan perumahan yang didiami komuniti masyarakat yang banyak. Di samping itu, pengagihan serbuk-serbuk yang mampu memperlahan atau menghapuskan telur-telur di dalam air juga antara langkah yang membantu menangani merebaknya penyakit demam denggi yang dimaksudkan. Dalam hal ini, pihak-pihak berkenaan tidak sepatutnya memandang entengterhadap permasalahan penyakit tersebut justeru menyedari risiko yang bakal dihadapi sekiranya mereka tidak memainkan peranan yang sewajarnya.

Sehubungan dengan itu, pemantauan oleh ibu bapa terhadap anak-anak juga antara inisiatif yang mapan dan wajar dititikberatkan. Sekiranya anak-anak inigin melakukan aktiviti riadah di luar pada sebelah petang, mereka seharusnya diingatkan agar berpakaian lengkap dan melindungi kulit serta menasihati agar pulang pada masa yang sesuai. Tambahan pula, anak-anak juga perlu dinasihatkan agar membersih dan mengurus diri dengan baik selepas terdedah dengan kuman-kuman ketika bermain di luar. Semetelahan itu, ibu bapa juga perlu meningkatkan tahap profesionalisme mereka dengan bertindak segera sekiranya anak-anak didapati mempunyai simptom-simptom yang melibatkan penyakit serius, seperti muntah-muntah dan cirit-birit.

Setiap lapisan masyarakat sayugia bersepadu dan bersifat rasional terhadap kebersihan agar pembiakan nyamuk aedes dan penularan penyakit demam denggi akan terencat. Tamsilnya, Malaysia akan menjadi lebih harmoni dengan masyarakat yang sejahtera jasmani, rohani dan emosi tanpa kehadiran nyamuk aedes. Walau selemah mana jasmani, walau serapuh mana rohani dan walau sekacau mana emosi seseornag individu itu, indivudu yang bebas daripada penyakit seperti demam denggi merupakan suatu elemen penting yang harus diperjuangkan.