24
Banding bezakan kedua-dua model tersebut dari segi tujuan,cara pelaksanaan,kekuatan dan kelemahan model-model tersebut. Model Akibat Logikal Dreikurs menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid bagi bersama-sama menjaga displin di dalam bilik darjah.Manakala, Jacob Kounin (1971) merupakan seorang pakar Psikologi Pendidikan dari Wayne State University yang telah mempelopori kajiannya mengenai pengurusan bilik darjah dan pengurusan p&p mempengaruhi tingkah laku murid di sekolah.Bertunjangkan asas keberkesanan pengurusan displin bilik darjah Model Pengurusan Kelompok Kounin bergantung kepada pengawasan dan penyeliaan yang telliti guru terhadap aktiviti-aktiviti di dalam bilik darjah. Sementara,Dreikurs telah mencadangkan bahawa pelajar juga harus diberi autonomi bagi membincangakan salah laku di dalam bilik darjah serta membantu menguatkuasakan peraturan di dalam bilik darjah.Murid-murid boleh dibimbing untuk saling mengingati anatara satu sama lain berkenaan dengan set peraturan yang telah ditetapkan.Sekiranya pelajar faham dan mengikuti peraturan yang telah ditetapkan maka masalah displin akan dapat dikurangkan.Hal ini jelas bertentangan dengan Model

Banding Beza Kounin & Dreikurs

Embed Size (px)

DESCRIPTION

hhbb

Citation preview

Banding bezakan kedua-dua model tersebut dari segi tujuan,cara pelaksanaan,kekuatan dan kelemahan model-model tersebut.Model Akibat Logikal Dreikurs menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid bagi bersama-sama menjaga displin di dalam bilik darjah.Manakala, Jacob Kounin (1971) merupakan seorang pakar Psikologi Pendidikan dari Wayne State University yang telah mempelopori kajiannya mengenai pengurusan bilik darjah dan pengurusan p&p mempengaruhi tingkah laku murid di sekolah.Bertunjangkan asas keberkesanan pengurusan displin bilik darjah Model Pengurusan Kelompok Kounin bergantung kepada pengawasan dan penyeliaan yang telliti guru terhadap aktiviti-aktiviti di dalam bilik darjah.Sementara,Dreikurs telah mencadangkan bahawa pelajar juga harus diberi autonomi bagi membincangakan salah laku di dalam bilik darjah serta membantu menguatkuasakan peraturan di dalam bilik darjah.Murid-murid boleh dibimbing untuk saling mengingati anatara satu sama lain berkenaan dengan set peraturan yang telah ditetapkan.Sekiranya pelajar faham dan mengikuti peraturan yang telah ditetapkan maka masalah displin akan dapat dikurangkan.Hal ini jelas bertentangan dengan Model Pengurusan Kelompok Kounin yang mengatakan bahawa Punca utama dalam pengurusan tingkah laku di dalam bilik darjah adalah berkaitan dengan kebolehan guru untuk mengawasi semua perkara yang berlaku di dalam bilik darjahnya pada setiap masa dan cara bagi mengatasi kekangan sebelum scenario tersebut menjadi parah.Menurut Kounin ,kesedaraan dan kepekaan guru dalam mengawasi pergerakan di dalam bilik darjah pada setiap masa disebut sebagai withitness oleh Kounin.Misalnya,dalam gerak kerja kumpulan ,guru ini berjaya mengawasi dan berinteraksi dengan semua kumpulan kecil walaupun pada masa terbabit dia sedang mengajar satu kumpulan yang tertentu.Dengan kepekaan ini,seorang guru berupaya menjangka masalah yang akan timbul dan selalunya dapat menghalang masalah tersebut daripada menjadi lebih serius.Perkara ini bercanggah dengan pendapat Dreikrus yang menekankan bahawa guru perlu mengenal pasti punca kepada masalah tingkah laku.Beliau mengemukakan strategi bagi menolong pelajar memperoleh displin kendiri berdasarkan kefahaman murid-murid atau kanak-kanak terhadap nilai-nilai sosial yang terdapat di persekitarannya.Dreikurs berpendapat displin kendiri boleh dicapai di dalam suasana bilik darjah yang demokratik. Dalam kata lain akan wujud satu bentuk perhubungan dua hala antara guru dan para pelajar bagi mencapai suasana harmoni kelas.Hal ini bertentangan dengan aliran Kounin yang menjelaskan bahawa kemahiran yang boleh diguna pakai oleh guru dalam mengawal bilik darjahnya adalah dapat menangani lebih daripada satu situasi dengan serentak.Kounin menggelarkannya sebagai pertindanan (overlapping). Contohnya,Idzani ,cikgu ingin lihat kerja rumah kamu sama ada kamu telah siapkan atau pun tidak. Hafiz kamu jangan pinjamkan kerja rumah kamu dekat Idzani.Guru yang berkarisma dan berkebolehan mengambil tindakan pertindanan ini,sudah pastinya dapat mengawal dan menguruskan bilik darjah dengan baik.Kajian Kounin menjelaskan bahawa teguran dan tindakan guru terhadap seseorang murid yang melakukan salah laku akan turut memberikan kesan kepada murid-murid lain di dalam bilik darjah.Kesan ini dikenali sebagai Kesan Gelombang (Ripple Effect).Hal ini bermakna sekiranya guru dapat memberikan teguran dan tindakan displin kepada murid-murid yang bermasalah dan pada masa yang sama murid-murid lain juga mengambil iktibar daripada tindakan tersebut,maka guru tersebut dikatakan berjaya menguruskan displin bilik darjah dengan lebih berkesan.Kounin mencadangkan untuk kesan gelombang ini berlaku secara efektif guru harus mempunyai tiga ciri semasa menjalankan tindakan mendisplinkan murid,iaitu jelas,tegas dan serius.Jikalau kita membuat bandingan dengan Model Akibat Logikal Dreikurs, displin dapat ditinjau melalui murid-murid yang mempunyai kawalan kendiri berdasarkan kepentingan persekitaran.Murid-murid yang boleh mengawal diri sendiri akan menunjukkan inisiatif,boleh membuat keputusan yang munasabah dan boleh memikul tanggungjawab yang memberi faedah kepada diri sendiri dan orang lain,sekaligus akan meningkatkan kualiti persekitaran murid tersebut.Displin yang berkualiti terbentuk di dalam bilik darjah yang mengamalkan demokrasi,iaitu guru dan murid dapat bekerjasama membuat keputusan dalam pengurusan bilik darjah ,Pengurusan displin yang baik tidak boleh terbentuk di dalam suasana bilik darjah yang autokratik atau permisif pula,guru gagal memastikan murid mengikut peraturan yang telah ditetapkan dan gagal menangani akibat daripada salah laku yang ditunjukkan di dalam bilik darjah.Rasa kepunyaan terhadap bilik darjah merupakan matlamat utama dalam pembentukan tingkah laku murid.Murid akan berasa dipunyai apabila guru dan rakan-rakan memberikan perhatian dan menghormati hak mereka,melibatkan mereka dalam aktiviti-aktiviti bilik darjah dan tidak memingirkan mereka.Apabila murid gagal mendapat rasa kepunyaan,kadangkala mereka akan menggunakan cara yang salah bagi memenuhi keperluan tersebut.Mereka akan cuba menarik perhatian guru dan rakan ,mencabar kekuasaan guru,membalas dendam atau menunjukkan kelemahan. Dreikurs juga turut melahirkan pendapat bahawa guru berperanan untuk membantu murid memahami motif tingkah laku mereka supaya dapat mengurangkan salah laku dalam kalangan murid.Salah laku akan lebih berjaya dikurangkan sekiranya murid diberi pilihan untuk bertindak.Setiap tindakan disertakan dengan akibat yang bakal diterima.Murid akan bertanggungjawab atas pilihan mereka dan menyedari akibat yang terhasil.Berikut dijelaskan secara ringkas empat motif utama berlakunya salah laku dalam kalangan murid.Dari segi pengaplikasian di dalam bilik darjah Kounin mengatakan bahawa teguran yang diberikan kepada murid-murid mesti jelas.Apabila memberikan teguran ,guru perlu menyatakan dengan spesifik tingkah laku yang hendak dibetulkan .Elakkan dari pada memberikan teguran secara umum.Contohnya,Ida tolong siapkan kerja kamu. Teguran yang disampaikan oleh guru haruslah spesifik dan ditujukan kepada satu pihak.Cara yang lebih baik bagi membuat teguran ialah, Ida sila berhenti bercakap dengan Carol dan siapkan kerja yang telah diberi sebelum loceng berbunyi.Guru juga boleh memberikan arahan atau teguran terhadap salah laku murid dengan memberikan akibat kepada salah laku tersebut dalam arahan.Contohnya,Ona ,jikalau kamu tidak berhenti menganggu rakan ,cikgu tidak akan membenarkan kamu keluar berehat.Ataupun Ferin jikalau kamu tidak bangun dari tempat duduk sehingga tamat waktu,cikgu akan membenarkan kamu berehat awal.Sekiranya murid berkenaan masih melakukan salah laku tersebut,guru perlu menjalankan akibat yang telah diberitahu terlebih dahulu.Hal ini bertujuan agar pelajar mendapat teladan bahawa bahawa guru serius dalam mendisplinkan pelajar.Jikalau ,cara ini dilakukan dengan tegas dan berkala untuk semua murid,murid-murid akan mendapat mesej cara pengurusan guru di dalam bilik darjah.Dalam menyampaikan arahan ,guru harus mengamalkan sikap tegas dan bernada serius.Contohnya,Cikgu mahu kamu berhenti bercakap sekarang! atau Jangan memaksa cikgu mendenda kamu !.Nada dan itonasi suara guru perlu tegas dan keras.Mimik muka guru juga perlu serius.Perlakuan bukan verbal ini akan membantu teguran atau tindakan displin dijalankan dengan lebih berkesan.Guru haruslah melakukan teguran secara semata-mata.Sebaiknya teguran diberikan semasa berlakunya salah laku tersebut.Sebagai langkah pertama guru haruslah mengenal pasti sebab salah laku,iaitu murid yang sebenarnya melakukan salah laku tersebut dan punca pelajar berkelakuan sedemikian.Hal ini dapat ditentukan sekiranya guru dapat memerhati murid-muridnya pada setiap masa.Guru akan dapat menentukan individu atau perkara yang menyebabkan berlakunya masalah terbabit.

Dreikurs (1968) mendapati bahawa tingkah laku bermasalah berpunca daripada motif-motif yang berikut : Mendapatkan perhatian Mencabar kuasa Membalas dendam Mempamerkan kekurangan

Mendapatkan perhatian Salah laku sering berpunca daripada murid-murid yang ingin mendapatkan perhatian guru.Salah satu bentuk tingkah laku yang ingin mendapat perhatian ialah apabila murid sering membuat tingkah laku yang mengundang kemarahan guru.Antara bentuk yang digunakan bagi menarik perhatian guru dan rakan sekelas yang lain termasuklah membuat jenaka yang boleh menyakitkan hati pihak lain,mengambil barang rakan,berjalan dalam kelas,membuat bising ketika guru sedang mengajar,tidur serta tidak menyiapkan kerja rumah yang telah diberi.Sesetengah tingkah laku mengganggu dilakukan secara aktif dan terdapat juga yang melakukanya secara pasif atau senyap seperti mengusik rakan-rakan tanpa pengetahuan guru atau mengambil barang-barang rakan tanpa kebenaran secara sembunyi.Tindakan ini akan menyebabkan kebangkitan perasaan marah dan sakit hati guru dan rakan sekelas.Apabila berhadapan dengan situasi begini adalah penting bagi guru untuk menganalisa dan mencari punca kepada salah laku tersebut.Sekiranya perhatian yang salah diberikan kepada salah laku,kemungkinan besar salah laku tersebut akan berulang serta kekerapan akan meningkat.Misalnya,seorang murid cuba mendapatkan daripada guru dengan mengganggu rakan di sebelah.Guru harus menegur salah laku yang dipamerkan oleh pelajar tersebut.Tindakan guru memberi mesej kepada murid perbuatan yang dilakukan boleh menarik perhatian guru maka perbuatan tersebut akan diulangi.Guru perlu mencari cara untuk memberikan perhatian kepada murid yang mendatangkan kesan yang positif.Guru tidak memberikan perhatian kepada tingkah laku yang tidak diingini tetapi memberikan perhatian kepada tingkah laku yang diingini.Sebagai contoh,di sebalik kenakalan Amin,guru memuji Amin apabila dia berjaya menyiapkan kerja-kerja dengan baik.Secara tidak langsung, guru memberikan pilihan kepada murid sama ada untuk terus membuat perkara yang tidak sepatutnya dan tidak mendapat perhatian atau membuat sesuatu yang disukai guru serta mendapat perhatian.Seterunsya guru bimbing murid untuk memilih cara mendapat perhatian yang betul.Mencabar kuasa (konflik)Kebanyakan kekangan displin berpunca daripada perebutan kuasa antara guru dengan murid.Sebagai seorang guru,anda mempunyai hak untuk mengekalkan displin bilik darjah dan mengawasi tingkah laku murid.Adakalanya tindakan guru menyebabkan murid berasa tertekan dan dipinggirkan .Oleh itu,mereka bertindak mencabar kewibawaan guru seperti enggan memberikan kerjasama ,bersikap degil dan melanggar peraturan yang ditetapkan ,tidak mengikut arahan yang diberikan atau menunjukkan kelakuan-kelakuan bersifat disruptif yang boleh menyebabkan kemarahan guru.Dalam keadaan sedemikian ,guru harus mengelakkan diri daripada bersemuka dan melepaskan emosi kepada murid tersebut.Sekiranya guru melepaskan kemarahan kepada murid,keadaan ini akan menambahkan tekanan terhadap konflik yang dihadapi.Murid mungkin akan bertindak balas juga dengan menggunakan emosi.Sebaiknya guru harus bertenang dan panggil murid untuk berjumpa dengan guru secara individu.Kenal pasti punca kelakuan mereka.Tunjukkan yang anda mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh mereka.Bincang dengan mereka motif sebenar di sebalik kelakuan tersebut serta tunjukkan sebab dan akibat yang munasabah yang akan dihadapi oleh mereka sekiranya terus melakukan tingkah laku tersebut.Membalas dendamKadangkala dengan menggunakan kekerasan atau bersikap autokratik,guru berjaya menangani salah laku di dalam bilik darjah .Walau bagaimanapun hasilnya mungkin bersifat luaran.Murid tidak menunjukkan salah laku disebabkan dendaan yang diberikan tetapi berdendam atas tindakan yang dikenakan oleh guru.Mereka melihat tindakan guru sebagai tidak adil dan mencari jalan untuk membalas dendam terhadap guru tersebut,rakan-rakan atau kepada sekolah itu sendiri.Murid-murid ini akan menunjukkan salah laku yang lebih serius seperti mencuri,gaduh,vandalisme dan gejala sosial yang lain.Manakala dalam sesetengah keadaan lain,terdapat golongan murid yang akan membalas dendam secara pasif.Mereka tidak memaparkan tingkah laku yang memberontak secara aktif tetapi tetapi lebih cenderung untuk memencilkan diri,murung,moody ,tidak mengambil peduli dan beremosi .Malah mereka juga tidak akan melibatkan diri dalam aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran atau aktiviti-aktiviti kelas yang lain.Mereka tidak menumpukan perhatian terhadap pengajaran atau arahan guru,menunjukkan sikap yang degil,tidak mendengar cakap serta memberontak.Salah laku pelajar yang menunjukkan sikap membalas dendam terhadap pihak sekolah dan guru merupakan antara kekangan yang amat sukar untuk ditangani.Tujuan pelajar berdendam ini sudah bercampur gaul dengan emosi yang meluap-luap dan dipendam bagi tempoh masa yang berpanjangan.Guru harus peka tentang tingkah laku pelajar yang cuba membangkitkan kemarahan guru dan pihak sekolah adalah kerana tekanan dan disakiti.Guru perlu memainkan peranan dengan mengambil pendekatan yang bijak ,cuba mengawal dan memahami tekanan emosi yang sedang dilalui oleh pelajar terbabit.Peranan guru amat mustahak di sini agar pelajar mendapat satu kesedaran bahawa tujuan salah laku mereka adalah salah serta tidak akan menguntungkan mana-mana pihak.Keadaan akan menjadi lebih teruk apabila pelajar diselubungi oleh satu perasaan negatif atau prejudis sehingga mereka tidak sedar akan kelakuan mereka bukasn sahaja mendatangkan natijah kepada diri sendiri malah pihak lain juga turut terjejas.Guru perlu memberikan bimbingan kepada pelajar agar emosi negative yang dialami dapat disalurkan kepada tingkah laku yang lebih bermanfaat.Secara tidak lansung,guru dapat memastikan agar pelajar berkenaan tidak tersisir atau terpinggir daripada aktiviti kelas dan berpeluang bagi saling bekerjasama bagi memahami perasaan rakan sekelas yang lain.Menunjukkan kekuranganKegagalan murid bagi mendapatkan pengiktirafan melalui matalmat yang diutarakan sebelum ini akan menjurus pelajar bagi memencilkan atau meminggirkan diri.Individu yang sebegini lebih gemar jikalau ditinggalkan bersendirian ,tidak terlibat dalam sebarang bentuk aktiviti kumpulan serta tidak berkomunikasi . Tujuan pokok mereka memaparkan kelakuan sebegini adalah agar mereka dibiarkan bersendirian dalam dunia sendiri serta tidak dihiraukan.Matalamat ini akan cuba dicapai dengan menunjukkan kelemahan atau kekuranagn diri.Mereka gagal membuat aktiviti yang disuruh,gagal bekerjasama dalam kumpulan ,tidak mencuba atau menolak untuk mengambil bahagian.Motif menunjukkan kekurangan ialah cara terakhir yang diambil oleh murid bagi mendapat pengiktirafan diri dalam bilik darjah.Mereka secara psikologi cuba menyakinkan diri sendiri bahawa mereka tidak berkebolehan atau mempunyai keupayaan seperti rakan yang lain.Dengan itu,mereka akan cuba menyisihkan diri daripada sebarang aktiviti yang melibatkan mereka dengan rakan sekelas yang lain.Guru perlu mengambil berat terhadap pelajar yang mempunyai ciri-ciri sebegini di dalam bilik darjah.Mereka perlu diberi peluang bagi menujukkan keupayaan dan perlu diberi penghargaan.Guru perlu mengenal pasti minat mereka tanpa meminggirkan murid-murid lain.Guru perlu sabar dan mohon kerjasama daripada murid-murid lain.Guru perlu sabar dan minta kerjasama daripada murid-murid serta guru-guru lain yang mengajar di dalam bilik darjah.

Guru sewajarnya mempunyai pengetahuan yang mendalam bagi mengenal pasti matlamat-matlamat murid yang salah ini dan cara untuk menanganinya.Apabila pelajar menunjukkan simptom-simptom berlakunya salah matlamat,guru patut menyedarkan murid dan mengadakan perbincangan dengan murid bahawa tindakan salah yang telah diambil dalam suasana yang mesra dan tidak terancam.Menurut Dreikurs, guru boleh mengutarakan soalan-soalan secara langsung seperti Adakah kamu memerlukan perhatian yang lebih daripada cikgu? Adakah kamu mahu cikgu membiarkan kamu bersendirian?.Peraturan bagi menyelia tingkah laku di dalam bilik darjah perlu dibicangkan bersama oleh guru dan murid.Kesan-kesan kepada tingkah laku yang ditunjukkan perlu logik dan bertepatan dengan peraturan atau rutin yang telah ditetapkan.Menunjukkan tingkah laku yang diingini,iaitu dengan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bersama akan membawa kepada implikasi yang menyenangkan.Mereka akan diterima oleh guru dan rakan-rakan,seterusnya akan berasa seronok untuk belajar dan membina hubungan yang akrab dengan guru dan para rakan.Namun sebaliknya ,salah laku akan membawa akibat yang menyusahkan diri sendiri dan akan menerima balasan-balasan yang telah ditetapkan seperti mendapat kerja rumah tambahan atau tidak dibenarkan mengikut peraturan yang digemari.

Sementara, Kounin telah menyatakan punca berlakunya salah laku ialah kelancaran dan pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah memainkan peranan yang penting dalam pengawalan salah laku bilik darjah.Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tidak lancar,tertangguh,arahan yang tidak jelas dan aktiviti P&P yang tidak menarik,menyumbang kepada keberangkalian untuk salah laku berlaku dengan lebih kerap .Murid akan berasa bosan,tidak diberi perhatian,tidak faham dan tidak bermotivasi untuk meneruskan pembelajaran.Alternatif mereka adalah dengan melakukan pelbagai perkara di luar aktiviti yang telah ditetapkan .Kounin telah memberi penekanan bahawa ,guru harus memastikan wujudnya kelancaran dalam proses P&P kerana proses P&P yang meleret-leret sehingga keluar daripada skop pengajaran,memberikan arahan yang kurang jelas,kerap menukar tugasan atau menghentikan permainan atau aktiviti yang menyeronokkan secara tiba-tiba.Selain daripada perkara yang dinyatakan di atas,punca berlakunya ketidaklancaran proses P&P ialah penerangan yang meleret dan fragmentasi.Dalam penerangan yang meleret,guru terus menerangkan dan mengulang mesej yang indin disampaikan sebanyak beberapa kali di mana murid telah pun memahami perkara yang ingin disampaikan.Manakala,dari konteks fragmentasi pula guru memecahkan aktiviti P&P kepada unit-unit yang lebih kecil di mana perkara ini dapat dijalankan secara menyeluruh oleh murid.Contohnya,dalam proses P&P Pendidikan Seni Visual guru akan memecahkan para pelajar kepada beberapa kumpulan yang kecil serta memberi tugasan mengikut kumpulan.Misalnya,kumpulan satu akan diminta membancuh warna bagi kumpulan lain,kumpulan kedua akan disuruh untuk memotong kertas bagi kumpulan lain dan diikuti oleh kumpulan ketiga melekatkan bahagian kumpulan lain sedangkan kesemua aktiviti yang disenaraikan dapat dijalankan secara berindividu oleh setipa pelajar.Keterangan yang bersifat meleret dan fragmentasi boleh membosankan murid dan keadaan ini akan menyebabkan murid melakukan perkara-perkara lain yang dimintai oleh mereka.Malah,Kounin juga memberikan tumpuna utama terhadap pengurusan P&P bagi memastikan murid sentiasa mempunyai tugasan dan dilibatkan dengan aktiviti bilik darjah.Guru-guru yang efektif sering menggunakan kaedah yang berbagai bagi menarik perhatian murid dan mencapai objektif P&P.Antara strategi yang diaplikasi ialah guru mendapatkan perhatian yang sepenuhnya daripada murid sebelum memberikan arahan atau membuat sebarang penerangan.Guru juga akan memastikan penglibatan murid dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan berada pada tahap yang paling aktif seleras dengan konsep pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.Di samping itu,kaedah lain yang boleh turut digunakan ialah dengan selalu memanggil murid bagi menyuarakan pendapat mereka dan memberikan maklum balas,menjawab soalan ,membuat demonstrasi atau memberikan penerangan .Cara ini dapat membolehkan guru mengekalkan perhatian pelajar dan membuatkan murid sentiasa bersedia untuk membuat tugasan atau menjawab soalan guru.Kounin juga telah mengatakan bahawa guru yang mempunyai momentum pengajaran yang baik akan membantu murid untuk bersedia melibatkan diri dalam aktiviti P&P. Momentum bagi Kounin merujuk kepada keadaan ,iaitu guru memulakan pengajaran dengan menarik perhatian murid,meneruskan pengajaran dengan lancar,melakukan peralihan antara aktiviti P&P dengan cekap dan membuat kesimpulan daripada hasil pengajaran hari tersebut.Beliau menekankan mengenai kelicinan pelaksanaan P&P dengan perkembangan murid.Setiap aktiviti atau permainan yang dijalankan perlu menyeronokkan serta mengandungi unsur-unsur yang mencabar.Pengajaran yang membosankan ,tiada pembaharuan atau kepelbagaian akan menjadi punca berlakunya salah laku dalam kalangan pelajar.Dreikurs melahirkan pandangan bahawa dendaan tidak patut dijalankan di dalam bilik darjah.Dendaan menunjukkan cara guru membalas dendam .Sebagai contoh,murid menyakiti hati guru,melalui dendaan guru seolah-olah membalas dendam dengan menyakiti hati murid.Dendaan juga menunjukkan kekuasaan mutlak guru.Dendaan lazimnya memalukan murid dan mungkin menjurus kepada impak yang lebih negatif dan sepatutnya diganti dengan akibat-akibat logical yang telah dipersetujui bersama antara guru dengan murid.Tuntasnya,Dreikurs telah mengemukakan beberapa langkah bagi mengatasi murid-murid yang mempunyai motif-motif yang salah dalam mempamerkan tingkah laku :1. Guru perlu mengenal pasti motif murid tersebut berdasarkan empat motif utama yang telah dibincangkan di atas agar guru dapat membantu pelajar bagi memahami motif yang telah ditunjukkan.Murid mungkin gagal untuk memahami cara yang terbaik untuk mendapat tempat dan menyesuaikan diri di dalam bilik darjah.2. Tunjuk dan beri kesedaran bahawa mereka telah memilih cara atau motif yang salah untuk mendapat pengikitirafan diri.3. Bantu murid untuk menukarkan matlamat yang salah kepada matlamat sebenar yang mendatangkan manfaat kepada semua pihak.4. Galak dan bimbing murid agar mereka dapat bertanggungjawab ke atas matlamat baharu yang dipilih.5. Bantu murid untuk melihat akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan.Akibat tersebut mestilah boleh difahami dan diterima oleh murid.Akibat itu perlu memberikan manfaat kepada diri murid dan masyarakat sekeliling.

Sumbangan Model Pengurusan Kelompok Kounin dan Model Akibat Logikal Dreikurs.Dreikurs telah memberi sumbangan konsep dan struktur pengurusan displin bilik darjah yang telah digunakan dengan meluas di sekolah-sekolah.Beliau memaksudkan displin kendiri ini dengan kepentingan persekitaran,iaitu murid melihat kepentingan mendisplinkan diri akan membawa kebaikan kepada persekitarannya.Dreikurs antara pengkaji displin bilik darjah yang pertama mencadangkan tentang guru dan bilik darjah yang demokratik akan menyumbang kepada pengurusan displin yang berkesanBeliau juga yang pertama mengutarakan konsep keupayaan terhadap bilik darjah sebagai matlamat utama yang memotivasikan sikap dan tingkah laku murid.

Beliau turut mencadangkan kepada para guru supaya mengenal pasti matlamat murid yang salah ,iaitu menunjukkan tingkah laku mencuri perhatian,menunjukkan kuasa ,membalas dendam dan menunjukkan kelemahan dalam usaha murid bagi mendapatkan rasa kepunyaan (belongingness) di dalam bilik darjah.Dreikurs meminta guru-guru melibatkan murid-murid bekerjasama membentuk rutin dan peraturan bilik darjah .Guru dan murid perlu bersama-sama berbincang akibat yang akan diterima oleh murid-murid sekiranya mereka melanggar rutin dan peraturan yang telah ditetapkan.Dreikurs menyatakan guru tidak sepatutnya menggunakan dendaan dan cuba mengelakkan pujian kerana kedua-duanya akan mengakibatkan murid bergantung kepada tindakan guru bukannya daripada kemahuan sendiri.Sebaliknya guru perlu memberikan galakan yang sesuai.Contohnya,selain daripada memuji murid, Ida

Kounin telah banyak memberikan sumbangan terhadap hubungan antara pengurusan bilik darjah dengan tingkah laku murid.Beliau telah menegaskan ,guru perlu memahami cara atau langkah menguruskan bilik darjah.Beliau juga telah mengulas bahawa urusan mentadbir bilik darjah adalah sukar kerana melibatkan perancangan aktiviti yang boleh memotivasikan murid untuk belajar ,perancangan yang mengikut tahap kebolehan murid ,aktiviti yang mencabar kebolehan murid,aktiviti pembelajaran yang pelbagai untuk memastikan kelicinan pembelajaran,berhadapan dengan lebih daripada satu situasi yang mencabar pada masa yang sama ,mengawasi dan memperoleh maklum balas daripada murid untuk pelbagai aktiviti yang dilaksanakan,memberikan arahan tepat dan mengekalkan tumpuan murid.Namun demikian,kebanyakan guru mendapati bahawa pendekatan model Kounin masih tidak meliputi sistem pengurusan bilik darjah yang sepenuhnya.Memang benar bahawa kebanyakan strategi dan teknik pengajaran yang dicadangkan oleh Kounin dapat mengurangkan salah laku di dalam bilik darjah tetapi dalam keadaan sebenar,salah laku masih tetap berlaku walaupun dengan pengawasan yang terbaik daripada guru.Hal ini kerana murid-murid dipengaruhi oleh banyak elemen selain daripada elemen-elemen di dalam bilik darjah sendiri.Mereka mungkin didorong oleh latar belakang mereka,seperti pengaruh persekitaran mahupun personalitI individu itu sendiri.Malah,model ini dapat membantu melahirkan perasaan takut pada guru dalam kalangan pelajar.Dengan cara ini secara semulajadi akan wujud satu perasaan takut dan hormat terhadap guru.Dengan pengamalan model ini juga guru akan dapat memastikan kelancaran aktiviti P&P agar pelajar tidak berasa bosan dan seterusnya dapat memperbaiki mutu proses pengajaran dan pembelajaran.Secara tidak langsung,guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran agar pelajar berasa seronok serta tidak cenderung bagi melakukan sebarang salah laku.Jikalau membuat perbandingan dengan model Dreikurs ,saya berpendapat bahawa Model Pengurusan Kelompok Kounin lebih sesuai diamalkan oleh guru.