Upload
along
View
542
Download
8
Embed Size (px)
Citation preview
7/28/2019 Bangunan Pejabat Pos Lama Ipoh
1/13
Bandartanpabangunanlamaumpamamanusiatanpamemori. Bersusurgalur dari kota, bertamadun
membinabandaryangkaya denganbudayadan warisan. KOTACITY
https://www.heritage.gov.my/v2/index.php/konservasi/konservasi-bangunan/bangunan-
awam/bangunan-pejabat-pos-lama-ipoh
Bangunan Pejabat Pos Lama Ipoh
Kali terakhir dikemaskini Isn, 01 Ogos 2011 18:44
Pandangan dari sudut hadapan bangunanPejabat Pos Lama Ipoh, Perak.
Ruang koridor di bahagian aras bawah. Ruang di tingkat atas yang telah siap dibaikpulih.
Bangunan Pejabat Pos Lama Ipoh yang terletak di Jalan Dato Sagor sebenarnya merupakan sebahagian
bangunan Dewan Bandaran Ipoh (Town Hall) yang kemudiannya dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian
hadapan kekal sebagai Dewan Bandaran Ipoh manakala bahagian belakangnya pula dijadikan Pejabat Pos.
Bangunan ini terletak berhadapan dengan Stesen Keretapi dan telah didirikan sama waktu dengan Mahkamah
Tinggi (di sebelah kanan). Bangunan Pejabat Pos ini direka oleh arkitek British A.B Hubback, mula dibina pada
1913 dan siap pada 1916. Kedudukan bangunan ini adalah di tengah-tengah pusat Bandar lama Ipoh yang
merupakan kawasan pentadbiran kerajaan yang utama pada zaman Inggeris. Ia begitu strategik kerana ia
berada di jejak rangkaian warisan (Heritage Trail) bangunan bersejarah Bandaraya Ipoh di mana terletaknya
bangunan Stesen Keretapi Ipoh, Dewan Bandaran, Masjid Negeri, Ibu Pejabat Polis Trafik, Menara Jam British,
bangunan Mahkamah Tinggi Ipoh dan bangunan-bangunan bank komersial. Kesemua bangunan-bangunan
kolonial ini menampilkan gaya seni bina Eropah yang menarik.
Bangunan ini mempunyai seni bina yang unik kerana bercirikan seni bina Roman dan Renaissance. Bangunan
dua tingkat ini juga dikelilingi arked terbuka atau verandah di tingkat atas dan bawah. Arked ini dihias dengan
tiang dan gerbang separuh bulatan menonjolkan ciri-ciri Greek dan Roman. Dinding verandah (balcony
balustrade) di tingkat atas dibina dengan corak victorian yang ringkas. Selain itu, terdapat juga tingkap-tingkap
separuh bulat (Arch-headed window) berpanel kaca dibina pada sekeliling bangunan. Perkhidmatan pos di
bangunan telah tamat operasi pada tahun 1983 dan bangunan ini telah diambil alih oleh Pusat Pelancongan
Negeri Perak sehingga tahun 1995. Sejak dari tahun tersebut bangunan ini telah ditinggal kosong tanpa
penyelenggaraan. Sehubungan itu, ia telah mengalami kebocoran dan kerosakan pada atap genting, saluran
turun air hujan telah patah, papan lantai mereput, dan pokok telah tumbuh meliar di dalam bangunan
menambahkan lagi kerosakan bangunan ini.
Justeru itu, pada tahun 2007, pihak Majlis Dewan Bandaraya Ipoh telah memohon kepada Jabatan Warisan
Negara untuk membuat sesuatu terhadap bangunan ini. Setelah diteliti dan dibuat kajian, pihak JWN telah
https://www.heritage.gov.my/v2/index.php/konservasi/konservasi-bangunan/bangunan-awam/bangunan-pejabat-pos-lama-ipohhttps://www.heritage.gov.my/v2/index.php/konservasi/konservasi-bangunan/bangunan-awam/bangunan-pejabat-pos-lama-ipohhttps://www.heritage.gov.my/v2/index.php/konservasi/konservasi-bangunan/bangunan-awam/bangunan-pejabat-pos-lama-ipohhttps://www.heritage.gov.my/v2/index.php/konservasi/konservasi-bangunan/bangunan-awam/bangunan-pejabat-pos-lama-ipoh7/28/2019 Bangunan Pejabat Pos Lama Ipoh
2/13
bersetuju untuk melaksanakan kerja-kerja konservasi terhadap bangunan ini. Pada tahun 2009, kerja-kerja
konservasi telah dimulakan dan dijangka siap pada tahun 2010 nanti.
KERJA-KERJAKONSERVASIPEJABATPOSLAMAIPOH
Pandangan ruang di tingkat bawah. Pandangan di ruang atas. Kelihatan lantai
marmar, tingkap dan jerejak tangga yang
telah dibaik pulih.
Pandangan jarak dekat dari hadapan.
Lantai kayu jenis meranti yang telah
digantikan dengan yang baru.
Lapisan water proofing pada bahagian
bumbung rata.
Pejabat Pos Lama Ipoh selepas siap dibaik
pulih.
7/28/2019 Bangunan Pejabat Pos Lama Ipoh
3/13
http://buildingconservation.blogspot.com/2009/07/bangunan-usang-
cacatkan-keindahan.html
Bangunan Usang Cacatkan Keindahan Bandar Raya Ipoh,
Perak, Malaysia
Bangunan Bekas Pejabat Pos Lama, Ipoh, Perak.
.
Berikut adalah petikan artikel yang diambil dari Arkib Utusan Malaysia bertarikh 06/05/2008.
Oleh ANGELINA SINYANG
IPOH 5 Mei - Meskipun Ipoh sudah diiktiraf sebagai bandar raya kerana mencapai tahap kemajuan
setaraf dengan bandar-bandar lain di Malaysia tetapi masih terdapat banyak bangunan usang yang
mencacatkan keindahan bandar yang suatu ketika dahulu terkenal sebagai pusat perlombongan bijih
timah. Berbeza dengan tempat lain di negara ini, Ipoh cukup unik kerana masih mengekalkan banyak
bangunan lama yang didirikan oleh penjajah British.
.
Antara bangunan bersejarah yang menjadi mercu tanda di Ipoh ialah Stesen Keretapi Ipoh terletak di
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab kerana memiliki struktur binaan yang menakjubkan dengan
gabungan senibina Moor dari negara Turki dan senibina moden. Dalam pada bangga memiliki
bangunan bersejarah ini, ramai warga Ipoh sebenarnya kecewa dengan pihak berkuasa tempatan
http://buildingconservation.blogspot.com/2009/07/bangunan-usang-cacatkan-keindahan.htmlhttp://buildingconservation.blogspot.com/2009/07/bangunan-usang-cacatkan-keindahan.htmlhttp://3.bp.blogspot.com/_usUgmaxapkM/SmUs1wwwGFI/AAAAAAAAJtY/Ix9FCxlTT-k/s1600-h/Old+Post+Office+1.JPGhttp://buildingconservation.blogspot.com/2009/07/bangunan-usang-cacatkan-keindahan.htmlhttp://buildingconservation.blogspot.com/2009/07/bangunan-usang-cacatkan-keindahan.html7/28/2019 Bangunan Pejabat Pos Lama Ipoh
4/13
kerana membiarkan banyak bangunan lama terutama deretan rumah kedai di tengah-tengah bandar
raya menjadi usang hingga mencacatkan pemandangan.
.
Selain bangunan kedai, ada juga bangunan bekas pejabat pentabdiran kerajaan yang ditinggalkan
kosong hingga menjadi sarang tempat remaja membuat maksiat dan penagih dadah berkumpul
melepaskan gian. Salah satu bangunan bersejarah yang ditinggalkan usang ialah bangunan terletak
bertentangan dengan Stesen Keretapi Ipoh iaitu bekas Pejabat Pos Besar Ipoh yang kemudiannya
dijadikan pejabat pentabdiran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Pusat Penerangan Pelancongan
Perak.
.
Seorang penduduk yang ditemui, Fatimah Ismail, 50, berkata, adalah merugikan bangunan unik dan
masih kukuh itu dibiarkan kosong hingga mencacatkan pemandangan di samping dijadikan sarang
maksiat oleh remaja serta penagih dadah. ''Bangunan ini patut dibaik pulih dan dipelihara kerana ia
pernah menyumbangkan bakti kepada rakyat Perak semasa dijadikan pejabat pos, pejabat
pentabdiran MBI dan Pusat Penerangan Pelancongan Perak. ''Saya sedih kerana bangunan ini
sekarang dibiarkan usang hingga dijadikan tempat remaja melakukan maksiat dan menagih dadah.
Apa salahnya jika ia dibaik pulih untuk dijadikan bangunan pejabat atau hotel," katanya. Foong Kun
Siew, 60, berkata, bangunan bekas pejabat MBI ini mempunyai seni bina yang cantik dan unik yang
mana tidak boleh lagi ditemui pada zaman ini. Justeru, beliau mencadangkan kepada pemilik
bangunan tersebut supaya mencantikkan semula bangunan terbabit dan menjadikannya sebagai
galeri pameran lukisan kerana ia berpotensi menarik pelancong.
.
Seorang bekas kakitangan Pos Malaysia yang kini berniaga di Medan Selera Dato Sagor terletak
bersebelahan dengan bangunan itu, Shamsudin Jalani, 55, pula mencadangkan Pejabat Pos Besar
Ipoh mengambil semula bangunan itu untuk dijadikan pusat menguruskan perkhidmatan Pos Laju.
''Saya difahamkan Pejabat Pos Besar Ipoh terpaksa menyewa sebuah bangunan di Tasek, Chemor
untuk dijadikan pusat mengurus perkhidmatan Pos Laju sedangkan mereka boleh menggunakan
bekas pejabat lama di bangunan ini untuk tujuan tersebut. ''Bangunan ini amat sesuai kerana ia
terletak berdepan dengan bangunan Pejabat Pos Besar Ipoh dan mempunyai kawasan yang luas,"katanya. Seorang peniaga, Sabariah Mat Alipiah, 46, berkata, perniagaan kedai makan mereka di
Medan Dato Sagor terjejas sebaik sahaja pejabat-pejabat di bangunan tersebut dikosongkan
beberapa tahun lalu. ''Pendapatan kami merosot 50 peratus sejak bangunan ini tidak digunakan. Jadi,
saya merayu pihak berkenaan supaya menyewa atau menjual bangunan ini kepada mana-mana
pihak yang berminat untuk dijadikan pejabat bagi menghidupkan semula perniagaan kami," katanya.
7/28/2019 Bangunan Pejabat Pos Lama Ipoh
5/13
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2009&dt=0427&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm
Pulihara sejarah demi masa depanOleh SITI MARIAM MD. ZAIN
KATA orang, tiada yang lama maka tiada yang baru. Patah tumbuh hilang berganti. Tetapi tinggalan sejarah, jikatidak dipulihara, akan hilang untuk selama-lamanya. Ia tidak akan tumbuh semula.
Hakikat inilah yang cuba disedarkan oleh Jabatan Warisan Negara (JWN). Jabatan itu kini giat memuliharabangunanbangunan lama. Bukan sahaja kerana ia berusia ratusan tahun tetapi disebabkan nilai-nilai sejarahnya.
Baru-baru ini, JWN membawa sekumpulan wartawan menyusuri sejarah Perak meliputi Ipoh, Kuala Kangsardan Taiping bagi melihat kerja-kerja pemuliharaan.
Perak dianggap istimewa kerana wujud sejak zaman prasejarah. Ia dihuni manusia oleh zaman batu sejak400,000 hingga 8,000 tahun Sebelum Masehi.
Asal usul negeri yang kaya dengan hasil bijih timah ini dikaitkan dengan pelbagai cerita. Sebelum dikenalisebagai "Perak", ia pernah ingin dinamakan sebagai "Melaka".
Tetapi disebabkan Melaka telah wujud ketika itu, hasrat tersebut dibatalkan dan akhirnya negeri ini dinamakansempena Bendahara Tun Perak.
Kaitan antara Ipoh, Kuala Kangsar dan Taiping ialah ketiga-tiga tempat ini menjadi tumpuan ketamadunanberikutan kedudukannya sebagai pusat pentadbiran ketika itu. Tidak dinafikan, Perak kaya dengan sejarah.Justeru banyak bangunan lama boleh ditemui di sini. Malangnya, ada yang rosak dan reput begitu sahaja.
"Ini yang kadangkala orang salah faham. Bangunan-bangunan lama ini bukan semua milik kerajaan. Kami tidakboleh buat apa-apa jika tuan punya tiada kesedaran dan tidak mahu beri kerjasama," kata Ketua PenolongPengarah Bahagian Konservasi dan Arkeologi JWN, Mat Nasir Baba.
Menurut Mat Nasir, pihaknya akur bahawa bangunan yang mempunyai nilai sejarah perlu dipulihara sebaikmungkin namun ia juga wajar mendapat sokongan masyarakat. Pada masa sama, kerajaan negeri berhakmenentukan sama ada mahu memulihara peninggalan sejarah itu atau sebaliknya kerana ia tertakluk di bawah
bidang kuasa mereka.
Ketika ini sebanyak 11 projek pemuliharaan atau konservasi bangunan bersejarah dilakukan di seluruh negaraiaitu empat di Perak; dua di Selangor dan masing-masing satu di Pulau Pinang, Melaka, Pahang, Terengganu danKelantan.
Di Perak, bangunan yang dipulihara ialah pejabat pos lama di Ipoh; masjid lama Kampung Kuala Dal, PadangRengas di Kuala Kangsar; bangunan lama Majlis Perbandaran Taiping (MPT) serta Muzium Perak - kedua-duanya di Taiping.
Bangunan pejabat pos lama Ipoh dibina pada 1913 dan siap pada 1916. Selain sebagai pejabat pentadbiran diwaktu penjajahan British, ia juga pernah dijadikan ibu pejabat polis daerah sebelum ditinggalkan terbiar. Rekabentuk bangunan ini bercirikan seni bina Roman dan Renaissance yang menonjolkan perincian pada tiangdengan hiasan Greek dan Roman.
Masjid Lama Kampung Kuala Dal pula dibina pada 1936. Sejarahnya bermula apabila Sultan Iskandar Shah,Sultan Perak ke-30 berniat untuk membina sebuah masjid jika anakanda baginda yang sering mandi di sungaikawasan itu sembuh daripada gering.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0427&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0427&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0427&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0427&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm7/28/2019 Bangunan Pejabat Pos Lama Ipoh
6/13
Bangunan lama MPT yang dibina pada 1892 adalah pejabat topografi pertama di negara ini. Ia menonjolkan ciri-ciri kolonial Inggeris di samping gabungan seni bina tempatan. Malangnya, sebelum kerjaerja pemuliharaandijalankan, fungsinya bertukar sebagai sebuah kedai perabot.
Sementara itu, projek pemuliharaan dijalankan di bangunan Muzium Perak kerana ia merupakan muziumpertama di Tanah Melayu. Idea penubuhannya dicetuskan oleh Residen British di Perak ketika itu, Sir Hugh Low.
Tegas Mat Nasir, kesungguhan kerajaan dalam usaha menjayakan misi menyelamat warisan negara jelas dengankewujudan Akta Warisan Kebangsaan 2005.
Akta ini meliputi warisan budaya yang dipecahkan kepada warisan ketara (tangible heritage) dan warisan tidakketara (intangible heritage); warisan semula jadi (natural heritage) serta warisan budaya bawah air(underwater cultural heritage).
"Sifatnya saling melengkapi dan memperkukuh tetapi tidak menghapuskan perundangan sedia ada berkaitanwarisan termasuk kuasa yang ada pada kerajaan negeri, kecuali Akta Benda Purba 1976 (Akta 168) dan AktaHarta Karun 1957 (Akta 542).
"Ia juga dapat memberikan mekanisme baru terutama yang berkaitan dengan pelaksanaan kerja pemulihan,pemuliharaan dan pemeliharaan, khususnya mengikut piawaian yang diguna pakai di seluruh dunia. Selain itu,satu tanda aras juga diwujudkan dalam mengemaskinikan prosedur berkaitan penjagaan warisan negara," ujar
beliau.
Apa yang penting, semua pihak perlu bersama-sama memelihara sejarah.
Artikel Penuh:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2009&dt=0427&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm#ixzz2dyUKhem0
Utusan Melayu (M) Bhd
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0427&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm#ixzz2dyUKhem0http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0427&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm#ixzz2dyUKhem0http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0427&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm#ixzz2dyUKhem0http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0427&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm#ixzz2dyUKhem0http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0427&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm#ixzz2dyUKhem0http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0427&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm#ixzz2dyUKhem07/28/2019 Bangunan Pejabat Pos Lama Ipoh
7/13
http://kota-city.blogspot.com/2009_06_23_archive.html
KONSERVASI PELEPA BANGUNAN BERSEJARAH
BENGKEL KONSERVASI BANGUNAN WARISAN: KONSERVASI PELEPA
Pejabat Pos Lama Ipoh, Perak, 17-19 JULAI
Anjuran JAB WARISAN NEGARA
Hari ini selesai bengkel 3 hari Konservasi Bangunan Bersejarah untuk Pelepa Dinding.
Bengkel ini amat berjaya disertai oleh pelbagai latarbelakang seperti kontraktor, arkitek,
jurutera, konservator dan pihak majlis perbandaran. Selain syarahan dari penceramah
jemputan, para peserta juga diberi latihan amali membancuh pelepa kapur dan melepa
diding. Banyak ilmu diperolehi hasil daripada bengkel. Kefahaman terhadap masalah
bangunan dan teknik rawatan yang sesuai amatlah penting didalam kerja-kerja
pemuliharaan bangunan bersejarah. Aspek sejarah bukan sahaja dari segi keaslian reka
bentuk bangunan tetapi bahan binaan bangunan juga adalah amat penting. Salah satu
bahan utama ialah pelepa dinding. Memang tak dapat dinafikan teknologi pembinaan
bangunan sejak beribu tahun lagi telah ada penemuan yang membuktikan bahan pelepa
bangunan adalah 'kapur'. Bangunan bersejarah yang hebat seperti colesium juga dibina
dengan ikatan bata dan pelepa dari kapur dan masih bertahan hingga abad ini.
http://kota-city.blogspot.com/2009_06_23_archive.htmlhttp://kota-city.blogspot.com/2009/07/konservasi-pelepa-bangunan-bersejarah.htmlhttp://1.bp.blogspot.com/_U9qfNBi1h7s/SmMspx7YrMI/AAAAAAAAALM/ropWivAqSAg/s1600-h/PEJABAT+POS.jpghttp://kota-city.blogspot.com/2009_06_23_archive.htmlhttp://kota-city.blogspot.com/2009/07/konservasi-pelepa-bangunan-bersejarah.html7/28/2019 Bangunan Pejabat Pos Lama Ipoh
8/13
http://4.bp.blogspot.com/_U9qfNBi1h7s/SmLdYLVzR6I/AAAAAAAAAKs/fLqMNbIScEI/s1600-h/P1000022.JPGhttp://4.bp.blogspot.com/_U9qfNBi1h7s/SmLdYQu2M4I/AAAAAAAAAK0/jFbjuQWGdNU/s1600-h/P1000028.JPG7/28/2019 Bangunan Pejabat Pos Lama Ipoh
9/13
http://3.bp.blogspot.com/_U9qfNBi1h7s/SmLdYmXAwPI/AAAAAAAAAK8/T5WgQVfUQvo/s1600-h/P1000032.JPGhttp://2.bp.blogspot.com/_U9qfNBi1h7s/SmLdX6OaFII/AAAAAAAAAKk/Rpavc0tmQBI/s1600-h/P1000019.JPG7/28/2019 Bangunan Pejabat Pos Lama Ipoh
10/13
Posted bySiti Norlizaiha Harunat16:06
http://tokwanmatarun.blogspot.com/2011/04/bandaraya-ipoh-menyimpan-khazanah.html
BANDARAYA IPOH MENYIMPAN KHAZANAH WARISAN
NEGARA
http://www.blogger.com/profile/02231105389141086947http://www.blogger.com/profile/02231105389141086947http://kota-city.blogspot.com/2009/07/konservasi-pelepa-bangunan-bersejarah.htmlhttp://kota-city.blogspot.com/2009/07/konservasi-pelepa-bangunan-bersejarah.htmlhttp://tokwanmatarun.blogspot.com/2011/04/bandaraya-ipoh-menyimpan-khazanah.htmlhttp://2.bp.blogspot.com/_U9qfNBi1h7s/SmLdZArxPgI/AAAAAAAAALE/uWd6vURZ7NE/s1600-h/P1000036.JPGhttp://www.blogger.com/profile/02231105389141086947http://kota-city.blogspot.com/2009/07/konservasi-pelepa-bangunan-bersejarah.htmlhttp://tokwanmatarun.blogspot.com/2011/04/bandaraya-ipoh-menyimpan-khazanah.html7/28/2019 Bangunan Pejabat Pos Lama Ipoh
11/13
Bandaraya Ipoh adalah ibu negeri Perak Darul Ridzuan. Ipoh mendapat namanya dari
pokok Ipoh.Pada masa lampau Ipoh membangun kerana kekuatan aktiviti perlombongan
bijih timah.Kini Bandaraya Ipoh telah berkembang begitu pesat dengan pelbagai aktiviti
perniagaan dan bangunan-bangunan baharu telah banyak tumbuh seperti cendawan
sele[as hujan, namun bangunan warisan lama yang bernilai sejarah masih lagi tegak
tersegam untuk disaksikan oleh generasi demi generasi khususnya penduduk Ipoh, Negeri
Perak, Malaysia dan dunia.
pokok Ipoh
Pokok Ipoh ini terdapat di hadapan Stesyen keretapi Ipoh merupakan simbol bagi
Bandaraya Ipoh. Ipoh memperolehi namanya dari pokok Ipoh sejenis tumbuhan yang
mempunyai getah yang beracun.Digunakan oleh kaum asli untuk dibubuh dihujung damak
sumpit semasa memburu binatang.
http://1.bp.blogspot.com/-GajU0JObGGA/TbuKO8dEq9I/AAAAAAAABH4/C5Eef6tOHn4/s1600/3.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-VnokvLetlVM/TbuO0_Qw7jI/AAAAAAAABIE/4rveHGyYuNU/s1600/x.jpg7/28/2019 Bangunan Pejabat Pos Lama Ipoh
12/13
Stesen keretapi Ipoh yang tersergam indah dan masih kukuh.Disamping menjadi stesen
keretapi di sini juga terdapat Hotel Majestic yang masih beroperasi.Dahulu hotel ini
terkenal dengan nama Hotel Station. Peralatan di dalam bilik hotel tersebut jugamemang antik.Semasa menginap di hotel itu diri kita bagai berada dalam masa yang
lampau dari penggunaan lif hinggalah katil dan perabutnya yang berunsur masa lalu.
Dewan Bandaraya (Bandaran) Ipoh memang cantik dan masih tersergam, sebuah bangunan
lama yang tiada bandingan nilai sejarahnya.Pelbagai aktiviti masih berjalan di
sini.Terletak di hadapan stesen keretapi Ipoh berhampiran Pejabat Pos lama dan Masjid
Sultan Idris Shah Kedua.
http://2.bp.blogspot.com/-91bmuv4hhCE/TbuPGrxA9TI/AAAAAAAABIM/66OqX1lHHPY/s1600/10.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-4rEKGFqBhr8/TbuO7GVn7pI/AAAAAAAABII/ek_3_osLWkw/s1600/1.jpg7/28/2019 Bangunan Pejabat Pos Lama Ipoh
13/13
Bangunan lama Pejabat Pos Malaysia memang cantik bangunan lama ini masih kukuh dan
tegap.Sebelum Pejabat Pos baharu dibina disinilah orang ramai berurusan.Kemudian
bangunan ini dijadikan pula Pusat Pelancungan Negeri Perak.Terletak di belakang Dewan
Bandaraya (Bandaran) dan berhampiran Masjid Sultan Idris Shah Kedua.
http://3.bp.blogspot.com/-NS3T15jU7nw/TbuM1Nd6owI/AAAAAAAABIA/HdwVWYPgPWc/s1600/4.jpg