3
Banjir di Pekan Temerloh PAHANG, 16 NOVEMBER 2009 - Kampung Bangau Parit telah dilanda banjir. Tiga hari sebelum kejadian, hujan turun mencurah-curah di kebanyakan kawasan di daerah Temerloh. Penduduk kampung tersebut tidak menduga kampung mereka akan dilanda banjir kerana jarang sekali banjir berlaku di kampung mereka. Oleh itu, ramai yang tidak bersedia bagi menghadapi keadaan tersebut. Setelah air naik ke paras yang berbahaya, pihak penyelamat mengarahkan penduduk kampung mengemaskan barang-barang penting dan berharga untuk berpindah ke tempat yang selamat. Kanak-kanak pula dilarang bermain air banjir yang hampir mencecah lantai di kebanyakan rumah penduduk kampung. Banjir berpunca apabila air Sungai Pahang telah melimpah lalu menenggelami beberapa tempat di kampung tersebut. Penduduk kampung telah dipindahkan oleh pasukan penyelamat dengan motorbot dan ditempatkan di Dewan Serbaguna Datuk Harun sehingga banjir surut. Penduduk kampung dijangka akan mengalami kerugian besar kerana banyak tanaman dan haiwan ternakan mereka mati. Namun begitu, penduduk kampung bersyukur kerana setakat ini tiada kes kehilangan nyawa dilaporkan. Ketua kampung, Encik Anuar bin Abu Hassan memberitahu bahawa pihak kerajaan negeri akan menyumbangkan sedikit bantuan kewangan bagi meringankan beban penduduk kampung yang terlibat. Selain itu, penduduk kampung juga dinasihatkan supaya sentiasa bersedia dan berwaspada bagi menghadapi situasi banjir. 1. Apakah langkah utama yang telah diambil oleh penduduk kampung setelah air naik ke paras bahaya A. memberitahu pihak kerajaan negeri supaya menyumbangkan sedikit bantuan kewangan B. mengemas barang-barang dan berpindah ke tempat yang selamat.

Banjir Di Pekan Temerloh

  • Upload
    risha

  • View
    226

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

petikan pemahaman

Citation preview

Page 1: Banjir Di Pekan Temerloh

Banjir di Pekan Temerloh

PAHANG, 16 NOVEMBER 2009 - Kampung Bangau Parit telah dilanda banjir. Tiga hari sebelum kejadian, hujan turun mencurah-curah di kebanyakan kawasan di daerah Temerloh. Penduduk kampung tersebut tidak menduga kampung mereka akan dilanda banjir kerana jarang sekali banjir berlaku di kampung mereka. Oleh itu, ramai yang tidak bersedia bagi menghadapi keadaan tersebut.

Setelah air naik ke paras yang berbahaya, pihak penyelamat mengarahkan penduduk kampung mengemaskan barang-barang penting dan berharga untuk berpindah ke tempat yang selamat. Kanak-kanak pula dilarang bermain air banjir yang hampir mencecah lantai di kebanyakan rumah penduduk kampung.

Banjir berpunca apabila air Sungai Pahang telah melimpah lalu menenggelami beberapa tempat di kampung tersebut. Penduduk kampung telah dipindahkan oleh pasukan penyelamat dengan motorbot dan ditempatkan di Dewan Serbaguna Datuk Harun sehingga banjir surut.

Penduduk kampung dijangka akan mengalami kerugian besar kerana banyak tanaman dan haiwan ternakan mereka mati. Namun begitu, penduduk kampung bersyukur kerana setakat ini tiada kes kehilangan nyawa dilaporkan.

Ketua kampung, Encik Anuar bin Abu Hassan memberitahu bahawa pihak kerajaan negeri akan menyumbangkan sedikit bantuan kewangan bagi meringankan beban penduduk kampung yang terlibat. Selain itu, penduduk kampung juga dinasihatkan supaya sentiasa bersedia dan berwaspada bagi menghadapi situasi banjir.

1. Apakah langkah utama yang telah diambil oleh penduduk kampung setelah air naik ke paras bahaya

A. memberitahu pihak kerajaan negeri supaya menyumbangkan sedikit bantuan kewangan

B. mengemas barang-barang dan berpindah ke tempat yang selamat.

C. kanak-kanak dilarang bermain air banjir

D. memberitahu pihak media bahawa kampung mereka telah dilanda banjir

Page 2: Banjir Di Pekan Temerloh

2. Mengapakah penduduk Kampung Bangau Parit tidak bersedia bagi menghadapi keadaan banjir

A. lokasi kampung mereka jauh dari sungai Pahang.

B. kerana jarang sekali berlaku banjir di kampung mereka.

C.

D.

3. Penduduk kampung Bangau Parit berasa bersyukur kerana ……

A. tiada kes kematian

B. dapat tempat tinggal baru

C. Pihak penyelamat membantu mereka

D. barang-barang berharga dapat diselamatkan

4. Apakah punca berlakunya banjir di Kampung Bangau Parit?

A. tiga hari sebelum kejadian, hujan turun mencurah-curah di kebanyakan kawasan di daerah

Temerloh.

B. tiga hari sebelum kejadian, ujian hujan asid telah dilakukan

C. air Sungai Pahang telah melimpah lalu menenggelami beberapa tempat di kampung tersebut.

D.

5. Apakah maksud berwaspada dalam petikan

A. kawalan

B. cuai

C. sedih

Page 3: Banjir Di Pekan Temerloh

D. berhati-hati