30
j-Barakah Kepimpinan Pendidikan j-BARAKAH KEPIMPINAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU 1. PENDAHULUAN : Kepimpinan adalah suatu peranan sosial yang vital dan menentukan masa depan mana-mana organisasi; samada organisasi yang bergerak dalam sektor awam, sektor swasta mahupun sektor sosial. Ia juga merupakan tanggungjawab berat yang menentukan jatuh bangun sesuatu bangsa. Kepimpinan adalah sumber pengaruh yang mencorakkan keluarga, organisasi, masyarakat dan negara. Dalam masa yang sama ia juga menjadi lumrah sumber kebanggaan dan kepentingan yang menjadi rebutan manusia untuk membuktikan keunggulan mereka berbanding orang lain. Lebih jauh, ia bukan sahaja suatu responsibility dan accountibility duniawi semata-mata bahkan sesuatu yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak di hadapan Allah Azza wa Jalla. Masyarakat Islam semestinya menjadi masyarakat yang berdisiplin dan bertatatertib. Warga pendidikan semestinya menjadi seorang Muallim, Murabbi, Mudarris dan Muaddib yang mampu mencorakkan generasi kini dan akan datang menjadi generasi yang berjaya dan diredhai. Untuk tujuan itu, anggota masyarakat yang mempunyai keyakinan yang sama, nilai akhlak yang sama dan telah mendirikan asas-asas keIslaman masing-masing , hendaklah mempunyai kepimpinan yang menjadi sumber kebulatan tekad, tindakan dan kegiatan setiap anggota . Tanpa pimpinan yang menjadi tenaga penyatuan, disiplin dan pertalian antara anggota tidak dapat dicapai. Kerana itulah , maka Islam sangat menitikberatkan masalah kepimpinan dan menentukan syarat-syarat yang teliti serta peraturan-peraturan yang sama mengenai pemimpin dan bimbingan antara pemimpin dengan yang dipimpinnya. Islam menentukan bahawa bidang kepimpinan amat luas. Pemimpin tidak hanya memimpin sebuah Negara . Pemimpin dalam Islam ialah setiap orang yang diberi tanggungjawab mengendalikan 1

BARAKAH KEPIMPINAN

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ىى

Citation preview

Page 1: BARAKAH KEPIMPINAN

j-Barakah Kepimpinan Pendidikan

j-BARAKAH KEPIMPINAN PENDIDIKANNEGERI TERENGGANU

1. PENDAHULUAN :

Kepimpinan adalah suatu peranan sosial yang vital dan menentukan masa depan mana-mana organisasi; samada organisasi yang bergerak dalam sektor awam, sektor swasta mahupun sektor sosial. Ia juga merupakan tanggungjawab berat yang menentukan jatuh bangun sesuatu bangsa. Kepimpinan adalah sumber pengaruh yang mencorakkan keluarga, organisasi, masyarakat dan negara. Dalam masa yang sama ia juga menjadi lumrah sumber kebanggaan dan kepentingan yang menjadi rebutan manusia untuk membuktikan keunggulan mereka berbanding orang lain. Lebih jauh, ia bukan sahaja suatu responsibility dan accountibility duniawi semata-mata bahkan sesuatu yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak di hadapan Allah Azza wa Jalla.

Masyarakat Islam semestinya menjadi masyarakat yang berdisiplin dan bertatatertib. Warga pendidikan semestinya menjadi seorang Muallim, Murabbi, Mudarris dan Muaddib yang mampu mencorakkan generasi kini dan akan datang menjadi generasi yang berjaya dan diredhai.

Untuk tujuan itu, anggota masyarakat yang mempunyai keyakinan yang sama, nilai akhlak yang sama dan telah mendirikan asas-asas keIslaman masing-masing , hendaklah mempunyai kepimpinan yang menjadi sumber kebulatan tekad, tindakan dan kegiatan setiap anggota . Tanpa pimpinan yang menjadi tenaga penyatuan, disiplin dan pertalian antara anggota tidak dapat dicapai. Kerana itulah , maka Islam sangat menitikberatkan masalah kepimpinan dan menentukan syarat-syarat yang teliti serta peraturan-peraturan yang sama mengenai pemimpin dan bimbingan antara pemimpin dengan yang dipimpinnya.

Islam menentukan bahawa bidang kepimpinan amat luas. Pemimpin tidak hanya memimpin sebuah Negara . Pemimpin dalam Islam ialah setiap orang yang diberi tanggungjawab mengendalikan sesuatu urusan. Oleh kerana setiap orang mempunyai tanggungjawab ini, maka setiap orang itu mempunyai peranan memimpin. Seorang manusia ditugaskan memimpin dirinya, maka ia adalah pemimpin. Seorang ayah diberi tugas memimpin keluarganya, maka ia adalah pemimpin. Seorang Gabenor diberi tugas memimpin rakyat di wilayahnya, maka ia adalah pemimpin kepada rakyat di dalam wilayahnya. Seorang Pengetua di beri amanah dan tangungjawab mengurus dan memimpin satu organisasi sekolah, maka ia adalah pemimpin sekolah tersebut. Jatuh bangun sekolah adalah terletak di atas bahunya.

Perkara yang hendak disuburkan dari pimpinan itu ialah keadilan Ilahi dan matlamatnya kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat dengan mendapat keredhaan Allah.

1

Page 2: BARAKAH KEPIMPINAN

j-Barakah Kepimpinan Pendidikan

Firman Allah Taala :

“ Hai Daud, sesungguhnya kami menjadikan kamu (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) diantara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsumu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat kerana mereka melupakan hari perhitungan.” (As-Sad : 26)

Rasulullah SAW bersabda :

�ْم� �ُك �ُّل اٍع� ُك �ُّل� َر� اٍع� َو�ُك �ْو�ٌل� َر� ُئ 'ِه' َع�ْن� َم�ْس� *ِت َّي َع' َر�

Maksudnya :“ Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin itu

bertanggungjawab mengenai yang dipimpinnya .” (riwayat Bukhari dan Muslim)

Sesungguhnya setiap orang itu, mempunyai tugas-tugas kepimpinan, namun kepimpinan itu berperingkat-peringkat. Salah satu peringkat itu ialah peringkat-peringkat masyarakat pendidikan, dari sebuah sekolah hingga ke sebuah organisasi pendidikan daerah dan dari sebuah organisasi pendidikan daerah kepada organisasi pendidikan negeri dan kebangsaan serta dunia. Perjalanan masyarakat di dalam setiap peringkat ini hendaklah berjalan dengan adanya pemimpin dan yang dipimpin. Masyarakat tidak dapat dibiarkan seperti ayam kehilangan ibu.

2. DIFINISI KEPIMPINAN

Sejak kajian ilmiah yang mendalam terhadap kepimpinan dijalankan terdapat lebih 350 definisi telah diajukan oleh pelbagai pihak. Ini adalah kerana sifat kepimpinan itu sendiri begitu kompleks dan sukar difahami. Namun pada peringkat mutakhir ini banyak kemajuan telah dicapai dalam hubungan ini. Kajian-kajian terkini telah mendedahkan beberapa elemen asas yang menekankan hakikat istilah ini sebagai suatu faktor yang paling mempengaruhi masyarakat dan organisasi.

Kepimpinan menurut bahasa Arab merujuk kepada istilah seperti al-Khilfah, al-Imamah, al-Wali, al-Risyadah, al-Qiadah dan az-Za'amah.

Dalam bahasa Inggeris ia disebut "leadership".

"To lead is to control (a group of people) to be the person who makes the decision or the most important person in the group". (Cambrigde Dictionary of English, hal. 803).

2

Page 3: BARAKAH KEPIMPINAN

j-Barakah Kepimpinan Pendidikan

Dalam bahasa Melayu pemimpin bermakna: mengepalai atau mengetuai serta mengendalikan (badan, pertubuhan, pergerakan, negara dan lain-lain). (Kamus Dewan, edisi 3, hal.1037).

Menurut Richard L. Daft :

"Leadership is an influence relationship among leaders and followers who intend real changes that reflect their shared purposes"i

Dr. Hisham Yahya Altalib :

“ Leadership refers to the process of moving people in a planned direction by motivating them to action through noncompulsive means. Good leadership moves people in a direction that is truly in their long-term best interest. “

3. ELEMEN KEPIMPINAN

Kepimpinan dan pemimpin dikelilingi oleh berbagai faktor, peranan dan ruang; di mana ia perlu memimpin dan membuat perubahan. Ia bertindak mempengaruhi dan membimbing para pengikutnya. Dalam masa yang sama ia juga dipengaruhi oleh para pengikut yang inginkan perubahan yang positif bagi organisasi dan diri mereka sendiri. Oleh itu pemimpin wajar membuat perubahan bukan sekadar bercakap empertahankan kedudukan dan kepentingan diri. Lebih jauh perubahan itu sendiri bukan hanya suatu hasrat yang dipaksakan oleh pemimpin dari atas bahkan ialah hasil dari perkongsian misi dan visi yang digagaskan secara jamaah. Ini bermakna pemimpin berperanan mempengaruhi orang yang dipimpin untuk membentuk masa depan dan membuat perubahan seperti yang disepakati bersama.

i

3

Pengikut

Kesedaran atauniat

Tanggung-jawab

Individu

MatlamatBersama

Perubahan

Pengaruh

PEMIMPIN

Page 4: BARAKAH KEPIMPINAN

j-Barakah Kepimpinan Pendidikan

Kepimpinan secara umum tertera dalam keupayaan merumus konsep, visi dan misi pergerakan, merancang, memotivasikan para pengikut, memiliki kemahiran pengurusan, pentadbiran, penjagaan, pemeliharaan, penyelarasan, pengawalan, pendisiplinan dan sebagainya. Lebih jauh ia merangkum keupayaan memanfaatkan keupayaan dan kelebihan para pengikut, menyelesaikan pertikaian sesama mereka, mewakili pergerakan, serta memaparkan imej harakah yang dipimpinnya. Pemimpin lumrahnya mempunyai keupayaan komunikasi yang baik, kewibawaan dan keupayaan sosial, daya penarik dan keupayaan menilai sesuatu perkara dan situasi dengan saksama.

Para pemimpin dan calon pemimpin masa hadapan perlu mengikuti dan memahami serta dapat merumuskan bentuk atau lakaran kemungkinan masa depan secara umum. Dengan itu mereka bertindak dan mengadakan persiapan yang perlu untuk mengatasi kemungkinan-kemungkinan masa depan tersebut.

4. KONSEP KEPIMPINAN YANG DIREDHAI

Terdapat beberapa istilah yang mengambarkan konsep kepimpinan dan pemimpin dalam al-Quran dan juga hadis Rasulullah SAW : antaranya istilah khalifah, imam atau imamah atau aimmah.

Istilah khalifah ditujukan kepada manusia yang dijadikan oleh Allah SWT untuk memikul tanggungjawab di muka bumi ini seperti firmanNya :

….

“ Ingatlah kepada Tuhanmu berfirman kepada malaikat : Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. “ (Al-Baqarah : 30)

Sebagai khalifah di muka bumi, manusia terikat dengan tiga bentuk hubungan .

a. Hubungan Menegak : Hubungan manusia dengan Allah SWT. Dalam hubungan ini, manusia menerima pimpinan Ilahi serta tunduk dan patuh kepada segala perintah Allah dalam melaksanakan amanahNya.

b. Hubungan Dalaman : Hubungan manusia dengan diri sendiri. Di tahap ini, manusia menggunakan ilmu Naqliah untuk mengembangkan ilmu aqliyyah yang mengandungi tanda-tanda kewujudan dan kebesaran Allah di dalam alam. (ayatullah fil kaun).

c. Hubungan Melintang : Hubungan antara manusia dengan manusia , manusia dengan makhluk lain seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan dan seumpamanya. Di tahap ini, kepimpinan manusia dilaksanakan, diminta pertanggungjawaban dan dinilai. Pengetahuan manusia tentang diri sendiri , alam sekitar, sejarah dan masyarakat, semuanya mesti diarah untuk meningkatkan iman dan amal soleh serta

4

Page 5: BARAKAH KEPIMPINAN

j-Barakah Kepimpinan Pendidikan

membantu manusia menjalankan hubungan menegak, hubungan dalaman dan hubungan melintang dengan sempurna.

Istilah imam, imamah dan aimmah disebut dalam ayat berikut :

124. Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji[87] Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku"[88]. Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim".

(Al-Baqarah:124)

[87] ujian terhadap nabi Ibrahim a.s. diantaranya: membangun Ka'bah, membersihkan ka'bah dari kemusyrikan, mengorbankan anaknya Ismail, menghadapi raja Namrudz dan lain-lain.[88] Allah Telah mengabulkan doa nabi Ibrahim a.s., Karena banyak di antara rasul-rasul itu adalah keturunan nabi Ibrahim a.s.

5. Dan kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi (Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi)[1112],

(Al-Qasas:5)

[1112] Maksudnya: negeri Syam dan Mesir dan negeri-negeri sekitar keduanya yang pernah dikuasai Fir'aun dahulu. sesudah kerajaan Fir'aun runtuh, negeri-negeri Ini diwarisi oleh Bani Israil.

24. Dan kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk (yang memimpin) dengan perintah kami ketika mereka sabar[1195]. dan adalah mereka meyakini ayat-ayat kami.

(As-Sajdah:24)

[1195] yang dimaksud dengan sabar ialah sabar dalam menegakkan kebenaran.

5

Page 6: BARAKAH KEPIMPINAN

j-Barakah Kepimpinan Pendidikan

74. Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. (Al-Furqan:74)

5. SUMBER KEPIMPINAN .

Sumber kepimpinan Islam, ialah al-Quran dan as-Sunnah. Pemimpin Islam hendaklah mengetahui, memahami dan mengamalkan segala dasar ajaran Islam pada setiap masa dan tempat. Rujukan utama kepimpinan Islam ialah ayat 58-59 Surah an-nisa’ yang menjadi asas kepada seluruh sistem din, kebudayaan dan siasah Islam serta merupakan kaedah pertama di dalam perlembagaan sesebuah Daulah Islamiyyah.

58. Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha Melihat.59. Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.

Ayat ini mengariskan empat perkara utama yang perlu diberi keutamaan dalam usaha menunaikan amanah kepimpinan :

a. Allah sebagai kemuncak pimpinan yang wajib ditaati.b. Kesetiaan dan ketaatan kepada Rasulullah SAW sebagai jalan untuk

melaksanakan ketaatan kepada Allah Taala.c. Ketaatan kepada kesetiaan para muslimin kepada ulil Amri , iaitu orang yang

diberikan kekuasaan untuk memimpin.d. Mengiktiraf Al-Quran dan As-Sunnah sebagai perundangan utama masyarakat

Islam sekaligus menjadikannya sebagai sumber rujukan untuk menyelesaikan segala persengketaan.

6. KONSEP KEPIMPINAN BARAT DENGAN KEPIMPINAN ISLAM SATU PENILAIAN

Kepimpinan Islam adalah amanah ketuhanan (divine trust) yang merangkumi urusan duniawi dan ukhrawi dengan dwiperanan utama iaitu memelihara agama dan mengurus dunia.

6

Page 7: BARAKAH KEPIMPINAN

j-Barakah Kepimpinan Pendidikan

Ia berbeza dengan konsep kepimpinan sekular barat yang hanya menjurus kepada urusan duniawi-insani. Kepimpinan dianggap sebagai proses bagaimana seseorang mempengaruhi seseorang atau kumpulan ke arah pencapaian matlamat dalam situasi tertentu (Ralp Stogdill, Fred Fiedler, Victor Vroom, Robert House). Beberapa unsur yang diberi keutamaan dalam konsep kepimpinan sekular barat, antaranya individu atau kumpulan manusia (ahli organisasi), sumber-sumber (wang, mesin,dll), tugas (peranan), matlamat (hasrat yang ingin dicapai) dan situasi (yang mempengaruhi motivasi, kepuasan pekerja, gaya kepimpinan, penggunaan kuasa dll.)

Dalam konteks organisasi, kepimpinan adalah proses mempengaruhi subordinat untuk mendapatkan kerjasama dan penglibatan mereka ke arah mencapai objektif organisasi dengan mengefektifkan dinamik kumpulan dan perhubungan inter personal antara anggota-anggotanya. Malangnya, dalam usaha mempertahankan status-quo, kuasa dan pengaruh, kepimpinan sering kali bertukar menjadi proses sehala. Pemimpin semacam memaksa pengikut atau subordinat menerima perubahan-perubahan seperti perubahan matlamat, objektif, prosedur, input, proses dan seterusnya output dalam sesuatu sistem sosial.

Keadaan ini amat berbeza dengan Islam yang menganggap kepimpinan (Imrah) adalah taklif atau bebanan tanggungjawab dan bukan satu tasyrif (keistimewaan). Pemimpin diibaratkan sebagai ”pengembala” yang akan diminta bertanggungjawab di atas gembalaannya. Kepimpinan sebagai alat bukan tujuan. Pemimpin perlu dipimpin oleh ilmu, iman, dan amal untuk menjadikan kepimpinannya sebagai alat yang aktif , bagi merealisasikan tujuan yang hendak dicapai iaitu membela agama dan mengurus dunia. Lantaran itu, Islam menempatkan kepimpinan di tempat yang tingi, sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

“ Makhluk yang paling dicintai Allah ialah Imam yang adil, dan yang paling dibenci Allah adalah Imam yang zalim. “ (Riwayat Ahmad)

Rumusan Konsep Kepimpinan Islam

a. Berteraskan konsep khalifah Allah SWT. Setiap manusia (muslim dan mukmin) adalah pemimpin yang bertanggungjawab memimpin dirinya, keluarganya serta ahli-ahli di bawah jagaannya.

6. Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api

neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. (At-Tahrim:6)

b. Konsep kepimpinan dihubungkan dengan tugas menegakkan amar ma’ruf nahyul mungkar yang merangkumi semua perkara yang dituntut dan diharuskan syarak

7

Page 8: BARAKAH KEPIMPINAN

j-Barakah Kepimpinan Pendidikan

iaitu meliputi soal-soal aqidah, syariah, akhlak yang membawa manusia kepada kesejahteraan kehidupan sekaligus mencegah yang buruk, keji dan mungkar.

c. Kepimpinan Islam digerakkan oleh ilmu, iman dan amal soleh berteraskan keikhlasan dalam semua bentuk tindakan yang diambil, samada dalam bidang ekonomi, sosial, politik, kebajikan dan sebagainya. Tidak ada istilah “ matlamat menghalalkan cara “.

d. Kepimpinan bukan sesuatu jawatan yang boleh dijadikan bahan rebutan. Malahan bukan untuk dipohon atau menawarkan diri untuk menjawat sesuatu jawatan. Ia bukan suatu profesion dan tidak dimonopoli oleh satu-satu kaum, ras, bangsa atau keturunan. Ucapan Saidina Abu Bakar sebaik sahaja beliau dilantik sebagai Khalifah Pertama :

“ Aku dilantik bukan kerana aku lebih baik daripada kamu. Sokonglah aku sekiranya aku melaksanakan perintah Allah . Jika aku menyeleweng,

perbetulkanlah aku..”

e. Melantik pemimpin adalah satu kewajipan umat Islam. Hadis Rasulullah S.A.W. bermaksud:

"Jika kamu bertiga, maka lantiklah salah seorang daripada kamu menjadi ketua."

f. Kepimpinan dalam Islam mencakupi urusan dunia dan akhirat. Pemimpin Islam perlu insaf dan menyedari bahawa setiap tanggungjawab akan dipersoalkan bukan sahaja di dunia, malah di akhirat.

g. Tidak ada pemujaan terhadap pemimpin dan tidak ada konsep ma`sum (kekebalan) dalam kepimpinan Islam.

h. Kepimpinan Islam menganjurkan kepatuhan bersyarat. Seseorang itu tidak perlu patuh, malah wajib engkar sekiranya pemimpinnya menyeleweng atau melakukan perkara yang melanggar perintah Allah S.W.T. seperti yang dinyatakan oleh hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

"Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat terhadap Allah."

i. Kepimpinan Islam beroperasi di atas dasar syura. Pemimpin hendaklah mengadakan mesyuarat (syura) dengan orang yang dipimpinnya kerana matlamat kepimpinan Islam ialah untuk memastikan kewujudan dan keberlangsungan jemaah atau umat Islam pada setiap masa.

j. Pemimpin yang dipilih mestilah menepati kriteria jawatan atau tugas yang akan dilaksanakan dari segi tanggungjawab dan kemahiran.

7. PEMIMPIN SEBAGAI TANGGUNGJAWAB DAN DUGAAN

Pemimpin di dalam Islam bukanlah suatu keistimewaan , tetapi ia adalah tanggungjawab. Dengan menjadi pemimpin maka bertambahlah tanggungjawabnya.

8

Page 9: BARAKAH KEPIMPINAN

j-Barakah Kepimpinan Pendidikan

Oleh kerana menjadi pemimpin, akan bertambah kewajiban seseorang dan makin banyak soalannya di hadapan Allah SWT, maka pemimpin di dalam Islam bukanlah menjadi rebutan. Rasulullah SAW telah meletakkan asas-asas supaya pemimpin itu tidak difahami sebagai keistimewaan, tetapi tangungjawab. Meskipun makin besar tangungjawabnya, makin besar pula ganjaran baiknya yang disediakan Allah SWT.

Namun, jika amanah itu diabaikan, besarlah risiko dan akibatnya di akhirat. Justeru, Rasulullah SAW amat berhati-hati supaya pemimpin itu berada di tangan orang yang kuat dan berkelayakan dari segi ketaatan kepada Allah SWT, kekuatan peribadi dan jasmani, kepintaran akal dan dihormati. Baginda amat berhati-hati agar jangan pemimpin itu jatuh ke tangan orang yang lemah sahsiahnya sehingga ia lemah melawan nafsunya. Jika ia lemah melawan nafsunya sendiri, ia tidak dapat mematuhi Allah SWT dan tidak terselamat dari faktor-faktor kehancuran seperti rasuah, maksiat dan lain-lain.

Abu Zar al-Ghaffari meriwayatkan , saya berkata kepada Rasulullah SAW :

“ Tidakkah Tuan hendak melantik saya untuk mengetuai sesuatu urusan ? “ Rasulullah SAW menepuk bahu saya dan berkata ; “ Wahai Abu Zar, engkau adalah lemah sedangkan

pemimpin itu suatu amanah. Di hari Kiamat ia adalah kehinaan dan penyesalan. Melainkan mereka yang mengambilnya dengan hak dan menunaikan kewajipan yang ditentukan di

dalamnya.”

Abu Zar bukanlah seorang yang tidak taat kepada Allah SWT dan dikuasai nafsu tetapi dia adalah manusia yang lemah di dalam mengambil tindakan. Dia seorang yang lurus hati dan mempunyai kelemahan-kelemahan yang menghalangnya dari bersikap tegas terhadap kawan dan lawan. Itupun dianggap oleh Rasulullah SAW sebagai lemah, apa lagi orang yang kalah di hadapan nafsu, jahil dan tidak beramal.

Rasulullah SAW juga menetapkan dasar bahawa pemimpin itu tidak diberikan kepada orang yang tidak berkelayakan yang meminta atau berusaha dengan tipu daya supaya dia dijadikan pemimpin, kerana sikap seperti itu akan menjadikan pemimpin itu suatu rebutan dan lahir kegiatan pengaruh dan mempengaruhi yang mengganggu proses pemilihan yang betul.Rasulullah SAW bersabda :

*ا � َو�الُّلِه' ِ'إَّن �ْو�ل4ى َال �َح�ًد9ا الَع�َم�ُّل� َه�َذ�ا َّن �ِه� َأ ل� َأ َو� َس�

� �ِه' َح�ِر'َص� َأ �َّي َع�ُّلMaksudnya :

" Kami demi Allah SWT tidak melantik sebagai pengendali tugas ini seorang yang memintanya atau berusaha mendapatkannya."

Pemimpin mestilah dipegang oleh seseorang berdasarkan hak dan kebenaran. Yakni seseorang itu mempunyai sifat-sifat dan kebolehan-kebolehan yang melayakkan dirinya berada di kerusi pemimpin dan mampu menjalankan kewajipan-kewajipan sebagai pemimpin.

9

Page 10: BARAKAH KEPIMPINAN

j-Barakah Kepimpinan Pendidikan

Pemimpin hendaklah sentiasa merendah diri dan mengadakan hubungan baik dengan pengikut-pengikutnya serta bertimbang rasa dan bersikap adil, tidak bertolak ansur terhadap kemungkaran dan penyelewengan, di samping itu hendaklah seorang yang pemaaf. Dengan itu ia menjadi seorang yang dihormati, kerana akhlaknya yang tinggi dan mulia.

Rasulullah SAW bersabda :

" Orang yang terpilih di kalangan kamu ialah ketua-ketua kamu yang kami kasihkan mereka dan mereka berdoa untuk kebaikan kamu. Orang-orang yang jahat di kalangan ketua-ketua

kamu ialah ketua yang kamu benci mereka dan mereka membenci kamu. Kamu melaknat mereka (mengharap mereka ditimpa laknat) dan mereka melaknat kamu."

(diriwayatkan oleh Muslim)Para pemimpin dan ketua yang telah dilantik hendaklah melantik pembantu-pembantu yang jujur dan berkebolehan. Tanda kejujurannya ialah sentiasa beriman dan tidak mengampu sehingga membenarkan yang salah dan menyalahkan yang benar. Apa jua yang dibuat dan dikatakan ketua, ia membenarkan , walaupun sebenarnya salah.

Sabda Rasulullah SAW :

" Apabila Allah SWT menghendakkan seorang ketua itu menjadi ketua yang baik, ia menjadikan pembantunya bersikap benar. Jika ia lupa (lupa kepada Allah SWT dan menyeleweng dari kebenaran) ia mengingatkannya. Jika ia tidak lupa, ia memberi pertolongan dan bantuan kepada ketuanya itu. Jika Allah SWT menghendaki ketua itu menjadi ketua yang lain daripada itu, dijadikan pembantunya seorang yang jahat, jika ia lupa tidak diingatkannya dan jika ia ingat tidak dibantunya ." (Abu Daud)

Oleh kerana tugas pemimpin itu berat dan luas, maka ganjaran baik yang disediakan untuk pemimpin di akhirat yang menjalankan kewajipannya adalah besar. Di antara tujuh orang yang disebut oleh Rasulullah SAW , yang akan mendapat perlindungan Allah SWT, pemerintah yang adil diletakkan di senarai yang pertama. Sebaliknya mereka yang menjadi pemimpin sedangkan dia tidak layak dan tidak menjalankan kewajipannya, akan menerima balasan yang pedih.

Sabda ar-Rasul SAW :

" Sesiapa yang mengetuai urusan orang-orang Islam dan tidak bersusah payah untuk mengendalikan urusan mereka dan tidak memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada mereka, ia tidak akan masuk syurga bersama-sama.

Seksaan Allah SWT bertambah berat lagi bagi mereka yang menjadikan kedudukan mereka sebagai pemimpin sebagai jalan untuk kepentingan diri mereka dan menipu orang –orang yang mereka pimpin.

Sabda Rasulullah SAW :

10

Page 11: BARAKAH KEPIMPINAN

j-Barakah Kepimpinan Pendidikan

" Sesiapa yang dilantik untuk mengetuai urusan orang-orang Islam dan mati ketika ia mengetuai urusan tersebut, pada hal dia menipu mereka, ia diharamkan oleh Allah Taala

dari mendapat balasan syurga."

8. KRITERIA PEMILIHAN PEMIMPIN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Pemilihan pemimpin untuk sesuatu jawatan perlu dilakukan dengan teliti kerana kepimpinan itu mesti memiliki dua rukun.

Rukun Pemimpin :

a. Quwwah : Kekuatan atau kemampuan melaksanakan tugas dalam pelbagai bidang, fikiran, kerohanian, jasmani, keorganisasian, akhlak, peribadi dll - yang perlu dimiliki oleh pemimpin untuk mejayakan kepimpinannya. Quwwah dalam bidang peperangan misalnya merujuk kepada kepintaran mengatur strategi peperangan, semangat juang dan keberanian. Quwwah dalam menetapkan hukum antara manusia, merujuk kepada kesanggupan menjalankan hukum-hukum menurut Al-Quran dan As-Sunnah dengan adil dan quwwah dalam bidang kewangan, merujuk kepada kemahiran dalam bidang ekonomi. Quwwah dalam bidang pengurusan pendidikan, merujuk kepada kemampuan ilmu, pengalaman, kemahiran dan pengurusan sumber manusia.

b. Amanah : Berteras kepada tiga perkara utama iaitu takutkan Allah (takutkan Allah daripada melakukan ketidakadilan, pengkhianatan dan kecuaian); tidak menjual ayat-ayat Allah dengan harga murah untuk mendapat habuan dunia (menggadai maruah ajaran agama kerana kepentingan dunia) dan tidak takutkan manusia.

Ternyata sukar untuk memperolehi individu yang memiliki kedua-dua sifat quwwah dan amanah sekaligus. Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya:

"Manusia adalah seperti unta, daripada seratus unta hanya seekor sahaja daripadanya yang dapat digunakan dalam perjalanan jauh."

(HR Bukhari)

Syarat-syarat pemilihan pemimpin yang disepakati oleh ulama, termasuk al-Mawardi, pengarang kitab `Al-Ahkam al-Sultaniah, antaranya ialah:-

a. Muslim aqil baligh dan lelaki. Kanak-kanak yang belum dewasa tidak boleh dijadikan ketua. Syarat lelaki ini didasarkan kepada sekatan atau halangan yang terdapat pada seorang wanita dalam pergaulan (seperti menjaga aurat selain keadaan fizikalnya dsb).

b. Adil dalam melaksanakan hak-hak Allah S.W.T., tidak menyalahi kitab Allah S.W.T. dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Pemimpin perlu bertakwa dan ikhlas, tidak meninggalkan solat dan kewajipan menunaikan zakat, puasa dan

11

Page 12: BARAKAH KEPIMPINAN

j-Barakah Kepimpinan Pendidikan

mengerjakan haji dan berupaya menjamin hak-hak manusia di bawah jagaannya meliputi perkara-perkara agama, akal, keturunan, nyawa, harta dan kehormatan.

c. Berilmu, menguasai dan mengamalkan ilmu-ilmu fardu ain dan menguasai ilmu-ilmu fardu kifayah, dapat membezakan aulawiyat (keutamaan) sekaligus melaksanakan amar ma`ruf nahyul munkar. Pemimpin perlu berpengetahuan luas , sesuai dengan perubahan persekitaran dan peredaran masa supaya sentiasa proaktif menangani kepimpinan satu-satu organisasi..

d. Mempunyai kemampuan dalam menyelesaikan masalah berteraskan ilmu, hikmah, kebijaksanaan dan kaedah yang sesuai dengan masalah yang dihadapi. Pemimpin wajar mempunyai pandangan yang tajam sesuai dengan hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Bahawa Allah suka kepada pandangan yang tajam (kritis) ketika terdapat kekeliruan dan (Allah suka) kepada akal yang matang ketika hawa nafsu menyerang".

e. Beradab mengikut akhlak Islam, menjadi contoh teladan (qudwah) untuk diikuti oleh orang yang dipimpinnya. Pemimpin perlu melaksanakan apa yang diperkatakan, mempunyai sifat-sifat mahmudah seperti takwa, jujur, ikhlas, merendah diri, pemaaf, tetap pendirian (istiqamah) dan seumpamanya. Sentiasa memastikan kebersihan jiwa dan rohani dengan sentiasa menyelidik dan memeriksa segala keaiban dan kelemahannya sendiri lalu memperbaikinya. Senantiasa merasakan betapa berat amanah yang dipikulnya tetapi berkeyakinan mesti mampu melaksanakannya.

f. Sempurna pancaindera dan sihat tubuh badan. Keperluan kesempurnaan dan kesihatan fizikal tubuh badan sama pentingnya dengan aspek-aspek keilmuan dan kerohanian. Akal yang sejahtara itu letaknya pada badan yang sihat seperti hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

"Lelaki yang mukmin dan kuat tubuh badan lebih disayangi Allah daripada lelaki yang mukmin tetapi lemah fizikalnya."

g. Mengenal Organisasi : Pemimpin harus sentiasa menilai tindak-tanduknya dalam mengendalikan aktiviti organisasi dan mengurus sumber manusia dengan teliti dan jujur. Hal ini menuntut pemimpin memahami dengan mendalam situasi-situasi fikiran dan organisasinya, memiliki kemahiran mendengar supaya dapat menghargai pendapat-pendapat para anggotanya dan memahami masalah-masalah mereka.

h. Mengenali jiwa dan potensi diri. Pemimpin wajib mengetahui potensi-potensi yang ada pada dirinya, seterusnya bertindak mengukuhkan mana-mana kekuatannya dan menguatkan mana-mana kelemahannya. Dia mesti berusaha bersungguh-sungguh memperkaya pengetahuan amnya serta banyak mempelajari pelbagai topik, pendapat dan fikiran dalam pelbagai lapangan. Dia harus memberi perhatian dengan mengkaji peribadi pemimpin-pemimpin unggul serta mengetahui cara-cara mereka memimpin, sebab-sebab ataupun faktor-faktor kejayaan atau kegagalan mereka. (bukan hanya mengharapkan bantuan orang bawahan)

12

Page 13: BARAKAH KEPIMPINAN

j-Barakah Kepimpinan Pendidikan

i. Memberi perhatian kepada anggota-anggota jemaahnya. Pemimpin harus mengenali secara dekat ahli-ahli organisasinya yang terdidik dalam pelbagai disiplin ilmu dan kemahiran supaya potensi mereka dapat dimanfaatkan untuk kepentingan organisasi. Kepercayaan harus diberikan kepada ahli-ahli organisasi untuk melaksanakan sesuatu tugasan mengikut kemahiran yang mereka miliki. Jika pemimpin dapat menawan keyakinan orang-orang bawahannya, ia akan lebih mudah mendapat sokongan padu dari orang bawahnya dalam melaksanakan sesuatu program organisasi.

j. Kuat kemahuan. Ia adalah rukun penting bagi peribadi ketua. Hanya dengan kemahuan yang kuat sahaja, pemimpin sanggup mendepani segala rintangan yang pasti berlaku dalam organisasi.

k. Optimisme. Pemimpin adalah simbol dan model yang berpengaruh di kalangan pengikut atau ahli-ahli organisasinya. Sikap optimis berhemah pemimpin akan menjadi pemangkin kepada ahli-ahli organisasi untuk mencapai visi dan matlamat organisasi. Sebaliknya, sikap putus asa pemimpin akan melunturkan semangat sekaligus melorongkan ahli-ahli organisasi ke kancah kekecewaan.

9. SIFAT-SIFAT SEORANG PEMIMPIN

Sifat-sifat Pemimpin yang Dirumus dari Pendidikan Saintifik:

i. Kemampuan Mental: Tidak semestinya seorang yang mempunyai kecerdasan yang luar biasa.

ii. Minda dan Kebolehan yang Luas: Bukan sahaja aktif dalam satu bidang sahaja. Mempunyai kefahaman yang luas, kecenderungan yang banyak, dan pelbagai. Seorang yang peka dan mempunyai minat yang luas terhadap kerja-kerja yang melibatkannya secara langsung, termasuk pelbagai perkara dan aktiviti penting di persekitarannya. Jelasnya dia seorang yang dikurniakan kelebihan yang luas.

iii. Kemahiran Komunikasi: Salah satu gelaran yang diberikan kepada Nabi Muhammad S.A.W. ialah ‘Orang yang paling fasih bertutur Bahasa Arab’. Mengikut Cambridge History of America Literature, “Bukan polisi dan tindakannya yang menyebabkan kemenangan Lincoln menerajui partinya pada tahun 1860, tetapi cara dia menyampaikan sesuatu". Dalam setiap revolusi, orang yang dapat menyampaikan sesuatu dengan baik dapat memimpin.

iv. Kematangan:Seorang pemimpin yang berjaya bebas daripada sifat kebudak-budakan; sikap dan tingkah lakunya adalah tindakan seorang yang dewasa yang bertanggungjawab dan matang. Dari segi psikologinya, dia seorang yang stabil dan menggambarkan kestabilan dan peribadi kepada pengikut-pengikutnya.

13

Page 14: BARAKAH KEPIMPINAN

j-Barakah Kepimpinan Pendidikan

v. Kekuatan Motivasi:Dorongan, tenaga, inisiatif, ketabahan, keupayaan memulaikan diri sendiri, dan pendirian yang tetap telah lama diterima sebagai tanda pemimpin yang kuat. Pemimpin yang berjaya suka merancang, mengurus dan mengarah usaha yang lain. Dia mempunyai keinginan yang kuat untuk mencapai sesuatu.

vi. Kemahiran Sosial:Kepimpinan pada dasarnya memperoleh sesuatu melalui orang lain, yang menunjukkan secara jelas bahawa pemimpin yang berjaya mesti bergantung kepada kemahiran sosial. Dia mesti peka terhadap perasaan dan sikap manusia, sama ada jelas atau tidak; dia mesti tegas untuk mempengaruhi orang lain dengan berkesan.

vii. Keupayaan Mentadbir:Kebolehan membayang, memulakan, merancang, menyusun, mengarah, menyelesaikan, menilai orang lain, memilih, mengajar, merangsang, mengkaji, memerhati, meneliti, memperbaiki, melihat dengan pandangan yang jauh, meringkaskan, memutuskan, memastikan kerja dilaksanakan; perkara-perkara ni merupakan kemahiran yang dipegang oleh pemimpin lebih daripada teknologi.

Sifat-sifat Pemimpin Daripada Pengalaman Eksekutif

i) Kualiti

1. Akhlak yang baik 15. Berfikiran sebagai jurulatih2. Daya imaginasi 16. Penulisan dan percakapan3. Berfikiran sebagai pengurus yang jelas4. Bersikap adil kepada semua 17. Logikal5. Minat dalam pelbagai bidang 18. Berfikiran pantas dan tajam 6. Berfikiran sebagai seorang pendidik 19. Bertanggungjawab7. Emosi yang matang 20. Sifat seorang penggerak8. Berfikiran sebagai perancang 21. Kreatif , bekerja kuat9. Menghormati diri sendiri dan orang lain 10.Tekun 22. Boleh dipercayai11.Tegas 23. Kesetiaan kepada semua 12.Sifat tersusun rapi 24. Sifat kemanusiaan13. Bersemangat 14. Bertenaga

ii) Ilmu pengetahuan: Seorang pemimpin perlu mempunyai pengetahuan dalam perkara seperti yang berikut:

1. Matlamat, prinsip, dan objektif organisasi2. Struktur dan orientasi organisasi3. Tugas dan tanggungjawab

14

Page 15: BARAKAH KEPIMPINAN

j-Barakah Kepimpinan Pendidikan

4. Polisi, amalan dan peraturan organisasi5. Asas-asas ekonomi6. Prinsip dan kaedah pengurusan secara saintifik7. Hasil, proses dan bidang organisasi8. Perancangan, penjadualan dan pengawasan9. Keperluan dan kawalan kos10.Bidang profesional, kerja dan teknikal11.Keperluan dan kawalan mutu12.Asas matematik, bahasa dan sains13.Undang-undang yang penting14.Piawaian dalam bidang profesional(nya)15.Keperluan dan kekuatan peribadinya16.Seni dan sains pemikiran kreatif17.Prinsip dan kaedah perhubungan sesama manusia18.Pemilihan dan perletakan alat, kaedah serta prinsip-prinsip19.Prinsip-prinsip latihan, bahan dan kaedah20.Sistem penghargaan dalam organisasi21.Penjagaan mesin, peralatan dan bahan22.Fungsi kakitangan dan pelbagai unit23.Komunikasi24.Keselamatan di rumah, di tempat kerja dan semasa rehat25.Manusia, peralatan, bahan dan kaedah26.Mendapatkan penghasilan yang tinggi, berkualiti dan kos yang murah.

iii) Kemahiran:

1. Pemikiran kreatif2. Perancangan, pengurusan, perlaksanaan dan tindakan susulan3. Pengajaran dan latihan4. Mengarahkan kerja5. Persiapan bahan, peralatan, dan bekalan6. Pemilihan dan penempatan kakitangan7. Pemakluman kepada kakitangan8. Penjagaan kualiti9. Pengurangan dan pembasmian pembaziran10.Pengawalan kos11.Keperluan dan penjagaan mutu12.Pelaksanan polisi, kontrak dan peraturan13.Menjaga kebajikan dan amalan pekerja14.Kerjasama dengan pihak lain15.Penyimpanan rekod16.Penguatkuasaan peraturan dan undang-undang17.Pengendalian masalah kakitangan18.Memperbaiki keadaan persekitaran pekerjaan yang tidak selamat19.Pengendalian kecemasan20.Penjagaan yang baik

15

Page 16: BARAKAH KEPIMPINAN

j-Barakah Kepimpinan Pendidikan

21.Pembelajaran untuk memperbaiki diri secara berterusan22.Memberikan dan menerima ganjaran yang setimpal dengan usaha23.Mengemaskinikan maklumat24.Menjadi contoh yang baik25.Memimpin ke arah penghasilan kerja yang tinggi, berkualiti, dan pengurangan

kos.

Kualiti dan sifat-sifat di atas mungkin masih belum cukup untuk memantapkan kepemimpinan harakah untuk masa depan. Mereka perlu dikukuhkan dengan aspek-aspek ruhaniah yang menjadi amalan dan tradisi para leluhur silam daripada kalangan ulama salafussoleh. Sifat-sifat seperti taqwa, wara’, zuhud, nazahah, inabah, tawadhu’, wala’, mujahadah, hikmah dan sebagainya seperti yang diterangkan dengan terperinci oleh Syeikh Said Hawwa dalam buku beliau Tazkiyyah al-Anfus dan sebagainyaii.

Dalam masa yang sama suatu langkah untuk mewujudkan kepimpinan yang berkesan perlu dirancangkan. Richard M. Steers mencadangkan beberapa kaedah untuk meningkatkan keberkesanan kepimpinan dalam organisasi. Antaranya ialah:

a. Pemilihan pemimpin yang baik. Langkah ini adalah langkah yang paling penting tetapi paling merumitkan. Ini adalah kerana kriteria seorang pemimpin yang berkesan sukar untuk diagak pada seseorang. Langkah yang paling bijak ialah untuk menentukan bentuk kepimpinan yang diperlukan mengikut situasi kumpulan.

b. Latihan kepimpinan. Latihan adalah satu perkara yang wajib. Dalam organisasi hari ini yang memerlukan pemimpin yang “multi talented” latihan bukan lagi satu kemewahan tetapi satu kemestian. Bidang-bidang latihan yang diperlukan oleh seorang pemimpin ialah seperti pengurusan am, pembangunan organisasi dan manusia, kepimpinan dan pembinaan semangat kumpulan.

c. Memberi ganjaran kepada sifat kepimpinan. Ahli-ahli kumpulan yang menunjukkan sifat-sifat kepimpinan yang baik perlu diberi ganjaran sewajarnya. Ini termasuklah ganjaran yang berbentuk kenaikan pangkat dan gaji, dan lain-lain bentuk ganjaran yang tidak berbentuk wang. Ini akan mendorong ahli-ahli lain untuk menunujukkan sifat yang sama.

d. Memberi ganjaran kepada sifat kepengikutan. Pengikut-pengikut yang menunjukkan sifat kepengikutan yang baik juga perlu diberi ganjaran yang sewajarnya. Kepengikutan yang dimaksudkan bukanlah bermaksud sifat-sifat tunduk dan patuh kepada pemimpin secara membuta tuli, tetapi kepengikutan yang konstruktif di mana pengikut memainkan peranan sewajarnya dalam memberi maklumbalas kepada pemimpin.

e. Merubah struktur, tugas dan suasana kumpulan. Kadang-kadang struktur, bentuk tugas dan suasana yang wujud di dalam kumpulan perlu diubahsuaikan

ii

16

Page 17: BARAKAH KEPIMPINAN

j-Barakah Kepimpinan Pendidikan

mengikut gaya kepimpinan yang ada di dalamnya. Kumpulan perlu mempunyai sifat-sifat tertentu supaya ianya “best fit”dengan corak kepimpinan yang wujud.iii

10. HAK DAN TANGUNGJAWAB PEMIMPIN.

Kepimpinan dalam masyarakat manusia terdiri daripada dua kelompok iaitu pemimpin dan yang dipimpin. Secara teorinya, orang yang dipilih menjadi pemimpin biasanya memiliki kualiti yang lebih baik daripada orang yang dipimpin. Sebagai ad-din, Islam menilai martabat insan berasaskan amal manusia yang berbentuk fardu ain (yang bersifat peribadi dan wajib untuk dirinya) dan fardu kifayah (yang bersifat kemasyarakatan dan wajib untuk kumpulan).

Pelaksanaan amal itu pula dilandasi oleh lima kategori iaitu wajib, sunat, mubah (harus), makruh dan haram.Berteraskan kriteria ini, wujud kesinambungan (tawazun) di antara authoriti dan wibawa pemimpin di satu pihak dengan kesetiaan dan kerjasama yang dipimpin di pihak lain. Ini bermakna kepimpinan Islam berhak mendapat:

1. Kesetiaan (wala') daripada ahli-ahli 2. Ketaatan daripada ahli-ahli 3. Nasihat dan pembetulan dari ahli-ahli jika tersalah

Ini sesuai dengan sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

"Allah menjadi reda kepada kamu dalam tiga perkara; (pertama) bahawa hendaklah kamu sembah Dia dan sekali-kali jangan kamu sekutukan Dia dengan sesuatu.

(Kedua), bahawa kamu berpegang teguh semuanya kepada tali Allah dan jangan kami berpecah-belah. (Ketiga), hendaklah kamu menasihati orang-orang yang

ditakdirkan Allah menjadi pemimpin kamu."

(HR Muslim)Kepimpinan adalah satu tuntutan agama (ibadah) manakala menunaikan tugas kepimpinan adalah satu amanah. Rasulullah S.A.W. dengan tegas mengingatkan menerusi sabdanya, bermaksud:

"Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, tunggulah masa kehancuran."

(HR: Muslim)Antara tanggungjawab utama yang wajib dilakukan oleh pemimpin ialah:

a. Mentaati Allah dan Rasul-Nya S.A.W. serta melaksanakan perintah-perintah-Nya. Pemimpin mesti dipimpin oleh iman, ilmu dan amal supaya tidak terjerumus melakukan segala macam perbuatan jahat, mengikut tuntutan hawa nafsu dan lebih mengutamakan keuntungan dunia yang sementara. Ibn Taimiyah mengingatkan, pemimpin yang tidak dipimpin oleh iman, ilmu dan amal akan dikuasai oleh sifat tamaknya, yang akan melahirkan dua kesan iaitu kikir dan dengki.

b. Bermusyawarah dengan orang yang dipimpin dan menghayati adab berbeza pendapat .

Umar ibn al-Khattab berkata:

17

Page 18: BARAKAH KEPIMPINAN

j-Barakah Kepimpinan Pendidikan

"Aku telah menyeru kamu sekelian tidak lain kecuali kamu bersama-samaku untuk memikul beban amanah yang telah diberikan kepadaku untuk mentadbir ummah. Aku

hanya salah seorang daripadamu, dan hari ini kalianlah manusia yang mempersaksikan kebenaran ini. Sesiapa yang ingin berbeza pendapat denganku mereka boleh berbuat demikian. Dan sesiapa yang ingin bersetuju denganku mereka boleh berbuat demikian

Aku tidak akan memaksa kalian untuk tunduk kepada keinginan-keinginanku."

c. Berlaku adil dalam seluruh tindakan. Jika keadilan ditegakkan, segala bentuk kezaliman, penindasan dan penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa dapat dielakkan.

d. Memimpin ahli-ahli organisasi atau orang yang dipimpin menuju keredaan Allah. e. Melaksanakan amar ma`ruf nahyul mungkar walaupun dalam jemaah yang

paling kecil iaitu tiga orang hinggalah kepada jemaah yang lebih besar. f. Melaksanakan kepimpinan melalui teladan supaya mampu menjadi qudwah dari

segi pentadbiran atau kenegaraan sekali gus memberi contoh teladan dari segi kepimpinan yang baik dalam segala aspek kehidupan.

g. Membina hubungan yang rapat dengan orang yang dipimpin berasaskan kepada kemanusiaan, perasaan timbang rasa, kesamarataan dan kerjasama yang intim. Setiap interaksi harus mencerminkan pengabdian diri kepada Allah dan penghayatan peranan sebagai khalifah di muka bumi.

h. Tetap bertanggungjawab terhadap sesuatu tugas walaupun tugas itu telah diagihkan kepada mana-mana ahli organisasi untuk mengendalikannya.

i. Pemimpin wajar menyesuaikan visi, misi, dan pelaksanaan aktiviti organisasi sesuai dengan keupayaan dan beban tugas yang sedia perlu dilakukan di dalam organisasi. Rasulullah S.A.W. mensyaratkan bahawa seorang pemimpin tidak boleh terlalu keras dalam ketegasannya. Ibn. Khaldun turut menegaskan bahawa tuntutan-tuntutan yang berlebih-lebihan daripada pemimpin akan membawa kepada kebinasaan pengikut-pengikut. Sifat tegas melulu pemimpin biasanya diekori oleh sikap kurang berhati-hati serta kurang mempedulikan perasaan dan hati orang lain. Pemimpin seumpama ini suka mengarahkan pengikut-pengikutnya untuk melakukan sesuatu di luar kemampuan mereka.

j. Pemimpin mesti bijak mengagih tugas mengikut potensi, kemahiran ahli jamaah atau organisasi dan kesesuaian masa yang dipimpinnya. Hakikat ini diaplikasikan oleh Rasulullah S.A.W. dan para khyulafa ar-rasyidin.

k. Sentiasa bersedia menerima dan menghargai nasihat dan teguran yang benar dan Membina daripada orang yang dipimpin dengan hati terbuka.

l. Saiyidina Umar al-Khatab amat mengalu-alukan teguran tanpa mengira siapa yang memberi teguran itu. Beliau mengungkapkan:

"Semoga Allah memberi hidayah kepada orang yang dapat menunjukkan kepadaku

keaiban diriku."

11. KLASIFIKASI PEMIMPIN.

Ajaran Islam meletakkan martabat pemimpin dan pengikutnya atas ukuran iman dan amal soleh, bukan berdasarkan pangkat, kuasa, kelayakan, dan kemasyarakatan.

18

Page 19: BARAKAH KEPIMPINAN

j-Barakah Kepimpinan Pendidikan

Firman Allah SWT :

32. Kemudian Kitab itu kami wariskan kepada orang-orang yang kami pilih di antara hamba-hamba kami, lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan diantara mereka ada (pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan[1260] dengan izin Allah. yang demikian itu adalah karunia yang amat besar.33. (bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan Pakaian mereka didalamnya adalah sutera.34. Dan mereka berkata: "Segala puji bagi Allah yang Telah menghilangkan dukacita dari kami. Sesungguhnya Tuhan kami benar-benar Maha Pengampum lagi Maha Mensyukuri.35. Yang menempatkan kami dalam tempat yang kekal (surga) dari karunia-Nya; didalamnya kami tiada merasa lelah dan tiada pula merasa lesu".

[1260] yang dimaksud dengan Orang yang menganiaya dirinya sendiri ialah orang yang lebih banyak kesalahannya daripada kebaikannya, dan pertengahan ialah orang-orang yang kebaikannya berbanding dengan kesalahannya, sedang yang dimaksud dengan orang-orang yang lebih dahulu dalam berbuat kebaikan ialah orang-orang yang kebaikannya amat banyak dan amat jarang berbuat kesalahan.Tiga Tahap Martabat Mukmin (samada pemimpin atau pengikut):

a. Zalimun li nafsihi atau orang yang menzalimi dirinya sendiri. Golongan ini sentiasa mengerjakan maksiat atau yang mencampur adukkan antara amal soleh dengan kejahatan. Mereka gagal menunaikan kewajipannya seperti yang dikehendaki.

b. Al-Muqtasidun atau orang yang sederhana - cermat tidak maju dan tidak mundur . Golongan ini tidak membawa perubahan. Mereka melaksanakan amal yang wajib dan menjauhkan yang haram tetapi kurang atau meninggalkan yang sunat.

c. Sabiqun bilkhairat atau orang yang berlumba-lumba membuat kebajikan dan mendahuluinya daripada orang lain. Golongan ini sentiasa berusaha mengerjakan kebajikan untuk dirinya dan juga masyarakat. Mereka melaksanakan tuntutan fardu ain dan fardu kifayah dengan ikhlas untuk mencapai mardatillah. Golongan ini mendapat kurniaan besar dari Allah S.W.T.

Tiga Jenis Pemimpin

19

Page 20: BARAKAH KEPIMPINAN

j-Barakah Kepimpinan Pendidikan

a. Pemimpin Proaktif : Pemimpin yang terbaik. Mereka mempunyai ciri-ciri sebagai inovator, dinamik, berfikiran terbuka, original dari segi idea, berdaya maju tinggi, menjadi inspirasi kepada orang lain, mempunyai pendekatan, pandangan dan perspektif jarak jauh, melihat masalah dari sudut dan horizon yang lebih luas, sanggup mencabar `status quo', berani membuat pembaharuan dan melawan kebiasaan.Organisasi yang dikepalainya akan berkembang kerana pemimpin proaktif akan melihat kedudukan bukan sebagai satu matlamat yang berakhir di situ sahaja, sebaliknya sebagai alat untuk mencapai matlamat-matlamat yang lebih besar dalam kehidupan bermasyarakat.

b. Pemimpin Status Quo : Bersifat mengikut arus, hanya mentadbirkan apa yang ada, mempunyai pendekatan jangka pendek, tidak berperspektif luas, mudah berpuas hati dengan kedudukan yang ada. Organisasi yang dipimpinnya tidak akan mengalami pertumbuhan.

c. Pemimpin Reaktif : Pemimpin reaktif selalunya tidak mengambil sebarang inisiatif, hanya bertindak balas terhadap situasi. Malah hanya diselesaikan apabila ia berlaku, itupun dengan penyelesaian dan hasil yang tidak memuaskan. Dia ibarat seorang ahli bomba yang akan hanya memadamkan kebakaran setelah ia berlaku.

12. ISU KEPIMPINAN PENDIDIKAN

a. Kemungkaran Profesionalb. Masalah kepimpinan.c. Pemimpin Tidak dihormati dan pemimpin tidak menghormati anak buah.d. Sekadar gimik dan bermusim.e. Tiada pelapis kepimpinan.f. Kepimpinan tidak berkesan.g. Kepimpinan Takabbur , Ego dan sombong.h. Pemimpin tidak berani menegur .i. Pemimpin tidak boleh ditegur atau dinasihat.j. Pemimpin tidak tidak boleh ditanyak. Pemimpin tidak pekal. Pemimpin tiada qudwah/teladan.m. Pemimpin suka membuat tindakan melulun. Suka salahkan orang lain.o. Tiada muhasabah diri.p. Tiada komitmenq. Curi tulangr. Lepas tangan dan tidak bertanggungjawab.s. Tidak menyampaikan maklumat dengan tepat .t. Guna kedudukan dan kesempatan untuk kepentingan diri.u. Kemampuan ilmu dan mental lemah.v. Kemahiran komunikasi lemah.

20

Page 21: BARAKAH KEPIMPINAN

j-Barakah Kepimpinan Pendidikan

w. Tiada motivasix. Tiada kemahiran sosial.y. Suka langgar perintah/ melawan arus.z. Tiada keupayaan mentadbir.aa.Akhlak kecundangbb.Tidak adilcc. Emosi tidak matang.dd.Tidak tersusun.ee.Tidak jelas.ff. Tidak bertanggungjawab.gg.Tidak kreatif.hh.Tidak boleh percayaii. Tidak setia.jj. Tiada tolak ansur.kk. Tidak seriusll. Tidak melaksanakan dasar pendidikan dengan sebaiknya.mm. Mematahkan semangat anak buah.nn.Mengamalkan birokrasi.oo.Pilih kasih.pp.Perancangan tidak kemas dan tersusun.qq.Hanya mengharapkan idea daripada orang bawahan.rr. Hanya laksanakan perintah.ss. Campur aduk halal dan haram.tt. Tidak menghargai orang lain.uu.Melanggar waktu solat.

13. PENUTUP

Kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W., adalah model kepimpinan unggul yang mengintegrasikan segala ciri kepimpinan, antaranya kekentalan akidah, kekuatan ilmu dan daya fikir, kewibawaan akhlak, keupayaan fizikal, kemantapan kesabaran, kebijaksanaan berdiplomasi, dan keakraban kasih-sayang.Saiyidina Abu Bakar dan Sayidina Umar walaupun dilantik ke jawatan yang tinggi sebagai pemimpin tetapi cukup menyedari diri mereka adalah manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan apabila melaksanakan tugas. Dengan keinsafan itu, mereka meminta rakyat membetulkan tindakan mereka jikalau berlaku kesalahan. Tindakan mereka itu bukan bererti mereka lemah, tetapi memancarkan nilai tawaduk dan taqwa yang tinggi nilainya di jiwa mereka.Kepimpinan Rasulullah S.A.W. dan diteladani oleh para khulafa ar-rasyidin adalah berteraskan kebersihan jiwa, keikhlasan dan pengabdian sepenuhnya kepada Allah S.W.T. Kunci kekentalan peribadi dan kepimpinan mereka ialah berpegang teguh kepada al-Quran ; melakukan segala tindakan semata-mata untuk Allah; melakukan hanya amalan-amalan yang diredai Allah S.W.T.; senantiasa mengingati Allah,

21

Page 22: BARAKAH KEPIMPINAN

j-Barakah Kepimpinan Pendidikan

memikirkan tentang mati, tentang azab kubur dan tentang syurga dan neraka, memperbaiki ibadah, membanyakkan amalan-amalan sunnah dan tidak meninggalkan sembahyang-sembahyang malam khususnya tahajjud.Kepimpinan yang berkesan diukur dengan bertambahnya yang makruf dan berkurangnya yang mungkar di kalangan masyarakat. Pimpinan Islam yang digerakkan oleh kepentingan diri, mempertahankan status-quo dan seumpamanya tetap tidak akan menepati kehendak pimpinan Islam. Dalam peristiwa Hijrah, terdapat di kalangan sahabat Rasulullah S.A.W. yang turut berpindah untuk berkahwin dengan wanita Madinah. Tindakan mereka dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W. menerusi sabdanya, bermaksud:

"Siapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya adalah kepada Allah dan Rasulnya. Siapa berhijrah kepada dunia atau wanita yang

dicintainya, Maka ia berhijrah kepada perkara yang menjadi tujuannya."

BIBLIOGRAFI

1. Al-Quran Al-Karim2. Tafsir Ibnu Kathir .3. Mausua’h al-Hadith as-Syarif (Sunan Tisa’h).4. Hj. Abd. Ghani Shamsudin, Persatuan Ulama' Malaysia, Kertas Kerja Prasyarat Kepimpinan Gerakan Islam

Alaf Baru.5. Abdul Wahab b. Zakaria, Pusat Pengajian Kemanusia, UTM, Kertas Kerja Konsep Pimpinan Dalam Islam.6. Omar bin Abdul, Jabatan Pendidikan Maktab Perguruan Perempuan Melayu, Melaka. Kertas Kerja

Pemimpin dan Kepimpinan Menurut Perspektif Islam.7. Prof. Dato' Dr. Haron Din, Prof. Madya Hj. Hassan Salleh, Prof. Madya Sulaiman Yasin, Prof. Madya Drs.

Sidi Ghazalba, Manusia dan Islam, Edisi Khas 1999, Pustaka AEE Sdn. Bhd.8. Dr. Hisham Yahya Altalib, The International Institute of Islamic Thought, Training Guide for Islamic

Workers.9. Dr. Danial Zainal Abidin , Tip-Tip Cemerlang Daripada Quran, Rhythm Industries Sdn. Bhd.10. Abu Sulaiman Ad-Darani, Sifat dan Sikap Penghalang Kejayaan Seorang Muslim, Jasmin Enterprise.

iii

22