24

Click here to load reader

Batu Seremban

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Batu Seremban

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

PEMBENTANGAN TUTORMURID DAN ALAM BELAJAR (EDU 3103)

DISEDIAKAN OLEH :

HAMSAWI BIN ABU TALIPMOHD HELMI BIN MD ISAWAN ABD RAHMAN BIN WAN ALIALISTER ASHLEY JUSTIN

PERMAINAN TRADISIONAL :BATU SEREMBAN

PENSYARAH PEMBIMBING :PUAN SITI BALKEH BINTI OSMAN

Page 2: Batu Seremban

AHLI KUMPULAN

HAMSAWI BIN ABU TALIP ALISTER ASHLEY JUSTIN

MOHD HELMI BIN MD ISA WAN ABD RAHMAN BIN WAN ALI

Page 3: Batu Seremban

KONSEP ALAM BELAJARKonsep alam belajar ialah persekitaran yang menggalakkan dan mempercepat perkembangan, keupayaan, kebolehan menguasai sesuatu yang pada akhirnya membawa kepada perubahan tingkah laku. Perubahan tingkah laku berkenaan ialah perubahan tingkah laku yang positif dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Persekitaran yang dimaksudkan termasuklah psikososial, fizikal dan komuniti pembelajaran.

Page 4: Batu Seremban

PENGENALAN

Batu Seremban juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat.

Permainan ini selalunya dimainkan oleh kanak-kanak perempuan.

Permainan ini biasanya dimain secara berkumpulan dua orang atau lebih.

Page 5: Batu Seremban

Selalunya dimain pada waktu lapang di serambi rumah, di dalam rumah atau di mana sahaja dengan memerlukan permukaan lantai yang rata.

Pemain juga harus duduk di atas lantai supaya ia lebih senang dimainkan.

Terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan.

Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah, di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

Page 6: Batu Seremban

PERALATAN PERMAINAN:Guli kacaBiji getahKetulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat Objek-objek ini dikenali sebagai buah.

PERMAINAN BATU SEREMBAN

Page 7: Batu Seremban

CARA BERMAIN : Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

Page 8: Batu Seremban

Buah Satu: • Kesemua buah hendaklah diselerakkan, berkeadaan semua buah tidak menyentuhi satu sama lain.•Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara.•Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip.•Perlakuan begini akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah dikutip.

Page 9: Batu Seremban

Buah Dua:

• Cara buah dua dimainkan ialah sama seperti buah satu.

• Hanya dua biji buah harus dikutip dengan masa yang sama.

• Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak dua kali sahaja.

Page 10: Batu Seremban

Buah Tiga:

• Buah tiga ada sedikit perbezaan.• Pada lambungan pertama, hanya satu biji

buah akan dikutip.• Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah

akan dikutip dengan serentak.

Page 11: Batu Seremban

Buah Empat:

• Buah ibu akan dilambungkan ke udara.• Pada masa yang sama, pemain harus

mengutip kesemua empat biji buah yang berada di lantai dengan serentak.

Page 12: Batu Seremban

Buah Lima:

• Buah lima akan dimainkan seperti buah empat.• Pemain harus melambungkan buah ibu ke

udara dan mengutip keempat-empat biji buah diatas lantai dengan serentak.

• Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada masa yang sama, empat biji buah yang ada di dalam tangan pemain harus diletakkan di atas lantai supaya hanya buah ibu sahaja yang akan disambut.

Page 13: Batu Seremban

Buah Enam:

• Pada peringkat yang ke-enam, pemain akan pendapat sedikit perbezaan.

• Pada peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah akan menjadi buah ibu.

• Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah ibu harus ditukar dengan buah yang lain yang terdapat di atas lantai hingga selesai.

Page 14: Batu Seremban

Buah Tujuh:

• Buah tujuh adalah urutan daripada buah enam.

• Dua biji buah yang ada di dalam tangan harus dilambungkan dengan serentak.

• Selepas itu, hanya satu biji buah yang akan dikutip.

• Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan.

Page 15: Batu Seremban

• Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan.

• Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut.

Page 16: Batu Seremban

PERATURAN PERMAINAN• Pemain perlu mencampurkan jumlah buah yang

dapat ditimbang dengan jumlah yang berikutnya.• Permainan diteruskan sehinggalah pemain

melakukan kesilapan seperti menjatuhkan buah semasa melambung dan menyentuh buah lain ketika ingin mengambil buah lain.

• Sekiranya kesilapan itu berlaku maka giliran akan diambil oleh pemain lain.

• Pemain yang berjaya mengutip buah palin banyak dikira pemenang

Page 17: Batu Seremban

TAYANGAN VIDEO

Page 18: Batu Seremban

KEPENTINGAN PERMAINAN

INTELEK• Merangsang minda untuk fokus• Merangsang otak untuk membuat keputusan

dengan cepat• Memperkembangkan aspek rohani dan moral

dengan memahami dan mengikuti peraturan

Page 19: Batu Seremban

KEPENTINGAN PERMAINAN

INTELEK• Belajar kemahiran mengira dan berfikir

menyelesaikan masalah• Mengukuhkan proses pemindahan pembelajaran

yang berlaku dalam matapelajaran• Meningkatkan daya ingatan murid terhadap apa

yang dipelajari• Melatih murid-murid berfikir secara kreatif dan

kritis

Page 20: Batu Seremban

KEPENTINGAN PERMAINAN

SOSIOEMOSI• Menggalakkan murid-murid meluahkan

perasaan gembira dan keseronokkan bermain• Kesabaran menunggu giliran• Persaingan yang sihat• Pupuk semangat juang tinggi

Page 21: Batu Seremban

KEPENTINGAN PERMAINAN

SOSIOEMOSI• Pertingkat tahap sosial murid-murid• Mewujudkan interaksi antara murid-murid• Meningkatkan sensitiviti nilai dan keperluan

individu lain• Meningkatkan kawalan emosi murid-murid• Belajar mengawal diri sendiri

Page 22: Batu Seremban

KEPENTINGAN PERMAINAN

FIZIKAL• Meningkatkan penguasaan kemahiran

pergerakkan motor halus dan kasar.• Koordinasi mata dan tangan dapat

dipertingkatkan.

Page 23: Batu Seremban

SUMBER RUJUKANNur Aqielah (2010), Batu Seremban; Siri Sukan Rakyat. Cheras, Selangor: Jade

Green Publications

Suziana Che Wil, Siti Mariam Elias (2006), Batu Seremban; Siri Sukan Tradisional. Kuala Lumpur: Caberawet Publishing

Sumathy (1987), Batu Seremban. Petaling Jaya: Pelanduk Publications

Bahasa Othman(2002), Batu Seremban; Siri Permainan Tradisional Kanak-kanak. Selangor: Penerbit Sinar Cemerlang

Fieda (2003), Permainan Batu Seremban; Siri Permainan Tradisional Melayu. Kuala Lumpur: Oak Publications

Nani Menon (2005), Permainan, Lagu & Puisi Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Pts Professional sdn.bhd

Page 24: Batu Seremban

SEKIAN TERIMA KASIH