Upload
firda
View
5.284
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
falsafah dan logika melayubawang putih bawnag merahNURUL AIN BINTI ALIZUDDIN
Citation preview
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU
JXEA 1104
KARYA MELAYU KLASIK
NAMA : NURUL AIN BINTI ALIZUDDIN
NOMBOR MATRIK : JEA 080103
NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMMAD
SEMESTER SATU TAHUN 2008/2009
AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
UNIVERSITI MALAYA
PENGENALAN
Dalam karya kesusasteraan Melayu terdapat hasil sastera yang dikenali sebagai sastera
rakyat. Sastera rakyat ini terbahagi kepada beberapa genre sastera seperti mitos, lagenda
dan cerita rakyat. Cerita rakyat pula merangkumi cerita binatang, cerita hantu, cerita
jenaka, cerita teladan dan penglipur lara. Genre ini dinamakan kesusasteraan rakyat
kerana hasil karyanya milik bersama angota masyarakat kerana tidak diketahui pencipta
asalnya. Namun yang pasti penciptanya adalah daripada golongan rakyat biasa yang
mempunyai tahap pemikiran yang sederhana.
Kesusasteraan ini juga dikenali sebagai kesusasteraan lisan kerana penyebaran
cerita adalah berdasarkan lisan dan disampaikan secara turun-temurun kepada
khlayaknya yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira usia.
Lantaran itu, dalam usaha penyampaian cerita rakyat ini terdapat unsur tokok tambah
untuk menjadikan jalan cerita lebih menarik. Maka tidak hairanlah sekiranya terdapat
pelbagai versi cerita sehingga menimbulkan kekeliruan.
Walau bagaimanapun seiring dengan perkembangan teknologi media, hasil karya
sastera rakyat ini telah diterjemah ke dalam bentuk tulisan bagi memudahkan
penyampaian cerita tersebut. Namun karya-karya ini masih lagi mengekalkan sifat
keasliannya terutama dari aspek gaya bahasa dan teknik penyampaian. Antara contoh
kesusasteraan rakyat yang telah diabadikan dalam bentuk tulisan adalah jenaka Pak
2
Pandir, Pak Kadok, Mat Jenin, pelbagai cerita binatang, Puteri Gunung Ledang, Puteri
Sa’adong dan pelbagai lagi. Selain itu, pada zaman yang dianggap moden ini terdapat
juga beberapa sastera rakyat yang telah dijadikan sebagai cerita di televisyen.
Terdapat beberapa ciri-ciri sastera rakyat atau lisan yang menjadikannya berbeza
dengan sastera panji, epik atau hikayat. Antaranya ialah diucapkan secara lisan, wujud
dalam pelbagai versi,penciptanya tidak diketahui,hak milik bersama masyarakat, tiada
unsur penapisan cerita dan mempunyai logika tersendiri yang kadang kala tidak sesuai
dengan logika umum. Selain itu, sastera rakyat juga mempunyai fungsi tersendiri untuk
menyampaikan pengajaran atau pendidikan moral kepada pendengar dan digunakan
sebagai medium hiburan serta meningkatkan darjat atau keturunan seseorang.
3
SINOPSIS
Pak Ali dan isterinya Mak Labu tinggal di sebuah pondok di pinggir hutan. Oleh
kerana Mak Labu tidak boleh mengandung, Pak Ali telah berkahwin dengan Mak
Kundur. Kemudian, Kundur telah melahirkan anak perempuan yang diberi nama Bawang
Putih dan diikuti oleh Mak Labu yang menamakan anaknya sebagai Bawang Merah.
Keperibadian Bawang Putih berbeza dengan Bawang Merah yang merupakan seorang
anak yang taat, baik hati dan lemah lembut. Suatu hari, Pak Ali bersama Bawang Merah
telah pergi memancing ikan sembilang dan dalam kejadian itu Pak Ali telah mati
disengat oleh ikan sembilang.
Kehidupan Mak Labu dan Bawang Merah semakin perit setelah kematian Pak Ali
dengan sikap cemburu Mak Kundur yang telah bertekad untuk membunuh Mak Labu.
Mak Kundur telah menolak Mak Labu jatuh ke dalam perigi dan Mak Labu telah
menjelma menjadi seekor ikan kaloi. Apabila Mak Kundur mengetahui hal ini beliau
telah menangkap ikan kaloi tersebut lalu ikan itu dimasak gulai dan diberi makan kepada
Bawang Merah. Setelah mengetahui hal tersebut, Bawang Merah telah mengutip tulang-
tulang ikan tersebut dan ditanam sehingga tumbuh menjadi sebatang pohon beringin
beserta buaian. Bawang Merah telah menjadikan pohon tersebut sebagai tempat bermain
dan menyanyi.
Suatu hari, ketika sedang leka menyanyi di atas buaian tanpa disedari tingkah
lakunya telah diperhatikan oleh Datuk Hulubalang dan Datuk Panglima lantas
4
memaklumkan hal tersebut kepada Raja. Lantaran itu, Raja berhasrat untuk menemui
Bawang Merah tetapi bawang putih telah menyamar sebagai Bawang Merah namun
diketahui oleh Raja. Akhirnya, Bawang Merah telah berkahwin dengan Raja dan
ditabalkan sebagai permaisuri. Walau bagaimanapun, Mak Kundur masih berdendam
dan dengki terhadap Bawang Merah dan telah membuat pelbagai rancangan yang
menimbulkan kemurkaan Raja terhadap Bawang Merah. Namun akhirnya perbuatan Mak
Kundur ini diketahui oleh Raja lantas Mak Kundur dan Bawang Putih telah dihalau
keluar dari istana.
5
PETIKAN SASTERA RAKYAT BAWANG PUTIH BAWANG MERAH
Pak Ali dan isterinya Mak Labu tinggal di sebuah pondok di pinggir hutan. Kerja harian
mereka ialah berladang. Pak Ali sangat sayangkan isterinya ditambah dengan sikap
isterinya tidak pernah membantah segala yang diarahkan oleh pak Ali. Suatu malam Pak
Ali termenung kerana mengingati perkahwinannya yang telah sekian lama tidak
mendapat anak. Kesusahannya itu diketahui oleh Mak Labu dan dengan ikhkas Mak
Labu memberi kebenaran kepada pak Ali untuk beristeri lagi.
Pak Ali berkahwin dengan seorang perempuan yang dipanggil Kundur,lebih muda
daripada Mak Labu tetapi tidaklah secantik Mak Labu. Pak Ali membawa Mak Kundur
tinggal serumah dengan Mak Labu. Kundur, seorang yang agak sombong perangainya
hinggalah suatu hari berlaku pertengkaran antara Mak Kundur dengan Mak Labu. Pak Ali
tidak menyebelahi mana-mana pihak tetapi menasihati mereka agar terus bersabar. Mak
Labu berjanji akan terus bersabar namun Mak Kundur bersikap keras kepala dan
menyatakan Mak Labu mandul. Mak Labu adalah seorang yang baik hati. Setiap kali
bergaduh, dia datang pada Mak Kundur dan meminta maaf, walaupun ia adalah isteri tua
yang patut dihormati.
Setahun selepas Pak Ali berkahwin dengan Mak Kundur. Mak Labu telah
mengandung dan sebulan kemudian Mak Kundur pula mengandung. Pak Ali sangat suka
hati dan menjaga kedua-dua isterinya dengan berhati-hati dan penuh kasih sayang. Mak
Labu kemudiannya melahirkan bayi perempuan yang di beri nama Bawang Merah dan
Mak Kundur pun melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Bawang Putih.
6
Antara falsafah yang terdapat dalam cerita ini adalah ketaatan. Ketaatan adalah
sentiasa menurut perintah dan patuh akan surahan itu. Secara umumnya ketaatan bukan
sahaja merujuk terhadap suruhan manusia terhadap manusia bahkan taat pada perintah
ALLAH dan rasulnya serta ajaran-ajaran yang terkandung dalam kitab suci iaitu al-
Quran, di samping ketaatan manusia terhadap alam. Ketaatan manusia terhadap manusia
adalah bersifat dua hala iaitu patuh terhadap suruhan seseorang namun berlainan dengan
ketaatan terhadap ALLAH yang memerlukan penta’akulan dan penafsiran akal manusia
terhadap suruhannya seperti yang terkandung dalam rukun iman dan rukun islam.
Hal ini adalah kerana setiap manusia mempunyai pandangan dan pemikiran yang
berbeza mengikut kefahaman diri sendiri. Namun berbeza dengan ketaatan terhadap
alam, manusia kini kurang memandang perkara ini sebagai satu pengetahuan terhadap
mikro kosmos tetapi menanggap alam ini sebagai satu keperluan kehidupan. Berbalik
kepada sastera rakyat Bawang Putih Bawang Merah, cerita ini lebih menekankan nilai
ketaatan manusia terhadap manusia iaitu suami. Ketaatan terhadap suami sering
ditekankan dalam alam rumahtangga untuk menjamin keutuhan dan kebahagiaan yang
dibina.
Dalam cerita ini sifat tersebut ditunjukkan oleh watak Mak Labu yang taat pada
perintah suaminya dan tidak pernah membantah segala yang diarahkan oleh Pak Ali.
Sebagai contoh, Mak Labu patuh akan keputusan Pak Ali yang membawa Mak Kundur
iaitu isteri yang baru dikahwininya itu tinggal sebumbung dengannya. Sekiranya
difikirkan berdasarkan logika akal adalah mustahil bagi seorang wanita untuk tinggal
7
serumah dengan madunya, namun atas dasar ketaatan terhadap suami Mak Labu
menerima dengan ikhlas keputusan suaminya..
Selain itu, terdapat juga falsafah adil atau tidak berat sebelah dalam cerita ini.
Adil boleh didefinisikan sebagai pertimbangan untuk menentukan kebenaran atau
membuat keputusan berdasarkan bukti yang empirikal dan bukan sekadar sekadar logika
akal ataupun menyebelahi mana-mana pihak. Sikap adil dilihat sangat penting dalam
kehidupan masyarakat iaitu melahirkan hubungan diantara manusia dengan manusia.
Seseorang itu perlu adil dalam membuat keputusan untuk mewujudkan hubungan baik
dalam kalangan anggota masyarakat agar dapat melahirkan kehidupan yang harmoni dan
terjamin daripada persengketaan sesama manusia. Jika dipandang dari aspek kehidupan
semasa kini, masih wujud sikap bias atau berat sebelah yang diamalkan dalam kalangan
masyarakat, namun terdapat pelbagai usaha yang giat dijalankan untuk membendung
gejala ini.
Berbalik kepada cerita yang dikaji, sikap adil ini jelas kelihatan melalui watak
Pak Ali dalam kehidupan rumah tangganya. Walaupun Pak Ali mempunyai dua orang
isteri iaitu Mak Labu dan Mak Kundur namun Pak Ali dapat membahagikan kasih sayang
dan tangungjawabnya terhadap kedua-dua isterinya dengan adil tanpa melebihkan
sebelah pihak sahaja. Sekiranya dilihat dari aspek kehidupan semasa, masyarakat yang
mengamalkan poligami ini lebih gemar melebihkan isteri muda tetapi berbeza dengan
sikap Pak Ali. Sebagai contoh, apabila berlaku pertengkaran di antara Mak Kundur dan
Mak Labu, Pak Ali tidak menyebelahi mana-mana pihak tetapi menasihati kedua-duanya
agar bersabar dan menyalesaikan masalah itu dengan cara perbincangan. Ini jelas
menunjukkan sikap adil Pak Ali dalam kehidupan rumah tangganya.
8
Falsafah kesabaran turut terdapat dalam petikan cerita ini. Kesabaran adalah
menahan diri dalam menghadapi masalah atau kesulitan agar tidak mudah putua asa
dalam menghadapi liku hidup. Hakikatnya kesabaran dalam diri manusia adalah sangat
penting dalam kehidupan bagi memastikan seseorang itu tidak sentiasa berusaha untuk
mencari jalan penyelesaian atau bertenang dan tidak melakukan sesuatu dengan terburu-
buru tanpa berfikir. Lantaran itu, dalam ajaran agama juga telah menekankan aspek
kesabaran agar manusia dapat berfikir melalui akal yang sempurna dan menilai
kebenarannya berdasarkan kalbu dan hati.
Tidak dinafikan bukan semua manusia sanggup bersabar dalam kehidupan serba
moden ini kerana sebenarnya mereka tidak mengetahui manfaat yang terdapat di sebalik
kesabaran. Jika kita melihat nilai kesabaran yang dipamerkan oleh watak Mak Labu ini
kita akan dapat melihat sejauh mana kesabaran itu akhirnya memberi kebahagian
terhadap kehidupan anaknya iaitu Bawang Merah walaupun Mak Labu telah di bunuh
oleh Mak Kundur. Berdasarkan petikan yang dikaji, sikap kesabaran Mak Labu jelas
ditunjukkan apabila dia sering beralah dan berusaha mencari jalan penyelesaian
sekiranya berlaku pertengkaran dan ini berbeza dengan sikap Mak Kundur yang keras
kepala sering mencetuskan pergaduhan.
Sikap baik hati juga ditunjukkan dalam petikan ini yang jelas dipaparkan dalam
watak Mak Labu yang sanggup menemui Mak Kundur untuk meminta maaf setiap kali
berlaku pergaduhan walaupun hakikatnya dia adalah isteri pertama yang wajar dihormati
9
oleh Mak Kundur. Sikap yang dipamerkan oleh Mak Labu ini menunjukkan yang beliau
memiliki keperibadian yang lebih baik berbanding Mak Kundur. Hal ini kerana sebagai
isteri kedua Mak Kundur seharusnya menghormati Mak Labu dan bersikap baik terhadap
Mak Labu bukan sebaliknya. Sikap baik hati ini lahir daripada perasaan suci dan ikhlas
tanpa paksaan oleh mana-mana pihak atau individu. Dalam kehidupan bermasyarakat kita
sememangnya digalakkan agar berbuat baik sesama manusia agar hidup lebih terjamin
untuk mengelakkan persengketaan. Nilai baik hati ini juga boleh dikategorikan sebagai
falsafah moral yang berkaitan dengan penilaian tingkah laku manusia yang
mempamerkan budi seseorang individu itu. Lazimnya perlakuan baik hati ini akan
membuahkan akhlah yang baik dan murni serta memberi manfaat kepada orang lain
kelak. Seharusnya kita wajar mencontohi sikap Mak Labu ini dalam kehidupan seharian
sebagai methode untuk mengembalikan kehidupan masyarakat yang sejahtera kelak.
Seterusnya dalam petikan ini juga terkandung falsafah cinta iaitu perasaan kasih
dan sayang pada sesuatu. Cinta bukan sahaja merujuk kepada cinta akan seseorang atau
kekasih tetapi mempunyai pelbagai definisi yang tersendiri. Dalam dunia yang hakiki ini
cinta merujuk kepada perasaan sayang terhadap negara, kekasih, ibu bapa, tuhan dan
alam. Secara umumnya, cinta merujuk terhadap kasih sayang manusia terhadap manusia,
tuhan atau pencipta dan alam yang merangkumi tumbuhan dan haiwan. Perasaan cinta
ini mempunnyai nilai dan pengertian yang luas dan mendalam terhadap manusia. Cinta
terhadap manusia ialah perasaan sayang yang boleh dilahirkan melalui percakapan,
perlakuan yang mencakupi hati yang ikhlas. Cinta yang paling sejati dan hakiki adalah
cinta terhadap yang Maha Esa yang lahir melalui rasa tangungjawab dan kesedaran.
10
Dalam konteks ini, manusia melahirkan perasaan cinta terhadap pencipta dengan
berpegang kepada ajaran kitab suci dan sentiasa melakukan suruhan-NYA serta
larangan-NYA. Cinta terhadap alam pula merujuk terhadap perasaan sayang dengan
menjaga alam semesta ini besama hidupannya agar terpelihara dan terjamin.
Berpandukan petikan yang dikaji, perasaan cinta yang ditekankan adalah perasaan sayang
terhadap manusia. Watak yang ditekankan dalam petikan ini adalah watak Pak Ali yang
menjaga kedua-dua isterinya dengan berhati-hati dan penuh kasih sayang semasa isteri-
isterinya sedang mengandung. Pak Ali sanggup menjaga Mak Labu dan Mak Kundur
sehingga mereka selamat melahirkan bayi perempuan yang sangat comol. Watak Pak Ali
jelas menunjukkan kesangupan seorang suami menjaga isterinya disebabkan rasa cinta
dan sayang akan isterinya.
Di samping itu, terdapat juga falsafah yang berkaitan dengan keikhlasan manusia.
Keikhlasan didefinisikan sebagai perasaan hati yang bersih dan suci yang melakukan atau
merelakan sesuatu tanpa paksaan. Sikap ikhlas ini mencerminkan perilaku yang
sempurna terhadap seseorang itu berdasarkan sikap yang dipamerkan. Secara umumnya,
keikhlasan tidak hanya merujuk terhadap manusia tetapi juga mencakupi keikhlasan
terhadap ALLAH yang Maha Esa. Jika dipandang dari konteks semasa ikhlas pada masa
kini, baik ikhlas terhadap manusia, pencipta atau alam lebih menjurus ke arah membuat
atau melakukan sesuatu tanpa mengungkitnya.
Dalam petikan yang dikaji, sikap ikhlas ini ditunjukkan oleh watak Mak Labu
yang ikhlas membenarkan Pak Ali berkahwin dengan Mak Kundur. Sikap Mak Labu
yang sanggup merelakan suaminya berpoligami adalah sesuatu yang jarang berlaku
dalam kehidupan bermasyarakat bahkan untuk seorang suami mendapat keizinan
11
daripada isterinya adalah di anggap suatu yang mustahil kini. Seharusnya sikap Mak
Labu ini patut dipandang tinggi oleh masyarakat dan dijadikan contoh dalam kehidupan.
Secara kesimpulannya, berdasarkan petikan yang dikaji terdapat pelbagai falsafah
yang cuba dipamerkan oleh pencerita atau penulis itu. Dalam petikan jelas menunjukkan
nilai murni seperti ketaatan, adil, sabar, ikhlas dan perasaan sayang serta cinta yang
dicipta untuk memberi gambaran kehidupan yang baik terhadap masyarakat. Watak-
watak seperti Pak Ali, Mak Labu dan Mak kundur adalah realiti sebenar masyarakat yang
dicerminkan dalam kehidupan. Walau bagaimanapun watak yang diwujudkan
mempunyai perbezaan yang tersendiri yang mencakupi watak positif iaitu baik atau
watak negatif iaitu watak jahat.
Dalam petikan ini watak baik dipamerkan melalui watak Mak Labu yang
memiliki sikap yang mulia seperti ikhlas, sabar dan baik hati manakala watak jahat
ditonjolkan oleh watak Mak kundur yang memiliki sikap keras kepala, dengki dan
dendam. Sebenarnya apa yang cuba disampaikan oleh pencerita atau pengarang
mempunyai motif atau pengajaran yang tersendiri dan wajar dijadikan sebagai panduan
dalam kehidupan bermasyarakat. Memang tidak dinafikan senario seperti dalam cerita
ini memang benar-benar berlaku secara nyata dalam kehidupan seharian.
Sehubungan dengan itu, melalui watak Mak Kundur kekejaman dan hasad dengki
yang dipamerkan telah menakluki akal budi dan menghancurkan norma-norma dalam
realiti hidup yang akhirnya menerima pembalasan setimpal dengan perbuatan yang
dilakukan. Hal ini berbeza dengan watak Mak Labu yang dapat membimbing seseorang
untuk meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya yang betul serta bertindak melalui akal
budi dan bukannya melalui deria pacaindera mahupun logika akal semata-mata. Akhir
12
kalam, setiap hasil karya yang dihasilkan mempunyai teladan dan nilai murni yang ingin
disampaikan dalam aspek peraturan sosial dan ajaran agama dalam kehidupan.
BIBLIOGRAFI
Adnan Abdul Majid .2003 . Mutiara Sastera Melayu Tradisional . Kuala Lumpur : Kuala Lumpur
M. Jasni majed .2006. Mutiara Sastera Melayu Tradisional . Malaysia : Marshall Cavendish Sdn. Bhd.
Rejab .1993. Bawang Merah Bawang putih . Petaling Jaya : Tempo Publishing
Subaidah Nair .2003. Cerita-cerita Teladan daripada Sejarah Melayu . Petaling Jaya : Ibs Buku Sdn. Bhd.
Sulaiman Zakaria .1995. Bawang Merah Bawang Putih . Kuala Lumpur : Pustaka Perintis
13