30
PENGENALAN Sebagai pengetahuan, pelajaran Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran teras, selaras dengan status Bahasa Melayu yang berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Selain sebagai bahasa perpaduan rakyat Malaysia, Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Oleh itu penggunaan bahasa Melayu perlu diperluaskan dan penggunaanya perlu diperbetulkan sama ada dari segi peraturan tatabahasa yang betul dan tepat, struktur ayat dan sebagainya. Ini dapat melatih murid menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi serta mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran yang lain.Di samping itu ia dapat mengembangkan pemikiran mereka secara lebih kritis dan kreatif. Justru, Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, maka guru sebagai ejen penyampai mestilah berusaha bersungguh-sungguh dan menunaikan amanah sebagaimana hasrat dan cita-cita murni semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi menyediakan pelajar mengharungi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke 21. Di dalam tugasan ini, saya diberi tugasan untuk menyiapkan tentang sukatan pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Tugasan kami berfokuskan kepada menghasilkan langkah-langkah aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan memasukkan aspek-spek penggabungjalinan Kemahiran Bahasa, Kemahiran Bernilai tambah dan Sistem Bahasa. Diharapkan tugasan ini akan memberi banyak menafaat kepada kami dalam menyempurnakan tugasan ini di samping memberi impak besar dalam pengajaran kami sehari-hari di dalam kelas dan khasnya kepada anak didik kami yang sentiasa kehausan ilmu pengetahuan.

BBM ASG 3101 2

  • Upload
    lumycee

  • View
    232

  • Download
    5

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bmm

Citation preview

Page 1: BBM ASG 3101 2

PENGENALAN

Sebagai pengetahuan, pelajaran Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran

teras, selaras dengan status Bahasa Melayu yang berperanan sebagai bahasa

kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Selain sebagai bahasa perpaduan rakyat Malaysia,

Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid

berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Oleh itu penggunaan bahasa Melayu

perlu diperluaskan dan penggunaanya perlu diperbetulkan sama ada dari segi peraturan

tatabahasa yang betul dan tepat, struktur ayat dan sebagainya. Ini dapat melatih murid

menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi serta mengungkapkan ilmu

pengetahuan daripada mata pelajaran yang lain.Di samping itu ia dapat mengembangkan

pemikiran mereka secara lebih kritis dan kreatif.

Justru, Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, maka guru sebagai ejen penyampai

mestilah berusaha bersungguh-sungguh dan menunaikan amanah sebagaimana hasrat

dan cita-cita murni semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi menyediakan

pelajar mengharungi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada

abad ke 21.

Di dalam tugasan ini, saya diberi tugasan untuk menyiapkan tentang sukatan

pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Tugasan kami berfokuskan kepada

menghasilkan langkah-langkah aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan memasukkan

aspek-spek penggabungjalinan Kemahiran Bahasa, Kemahiran Bernilai tambah dan Sistem

Bahasa.

Diharapkan tugasan ini akan memberi banyak menafaat kepada kami dalam

menyempurnakan tugasan ini di samping memberi impak besar dalam pengajaran kami

sehari-hari di dalam kelas dan khasnya kepada anak didik kami yang sentiasa kehausan

ilmu pengetahuan.

1

Page 2: BBM ASG 3101 2

KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah Pendidikan di Malaysia adalah

suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari

segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

masyarakat dan negara.”

Jika dilihat dan diteliti setiap kata yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (FPK) di atas, matlamat atau hasrat kerajaan dalam bidang pendidikan di

negara ini adalah untuk melahirkan individu atau modal insan yang seimbang dalam

semua segi sama ada intelek, rohani, emosi mahupun jasmani.

Justru bagi mencapai matlamat ini, sudah pastilah tanggung jawab harus dipikul oleh

mereka yang bergelar guru. Mereka mestilah menerapkan segala aspek di kalangan

pelajar bagi melahirkan modal insan yang unggul dan dalam melaksanakan tanggungjawab

ini, sudah pastilah penekanan dalam aspek penyampaian ilmu melalui pengubalan

kurikulum terpaksa dilakukan. Ada dinyatakan, Falsafah Pendidikan Negara, pendidikan

peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang

serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan

jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Falsafah

Pendidikan Negara.

Oleh yang demikian, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah rendah memberi

tumpuan kepada kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran

membaca dan menulis. Kemahiran ini membolehkan murid menggunakan Bahasa Melayu

secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai ilmu untuk pembelajaran seumur

hidup. Sukatan pelajaran ini memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya

pembelajaran, minat dan kecerdasan yang berbeza dalam kalangan murid. Sukatan

pelajaran ini juga memberikan gambaran yang menyeluruh tentang kurikulum Bahasa

Melayu.

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan senarai

kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1

hingga Tahun 6. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan (mendengar

dan bertutur), membaca, dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan

sintaksis bahasa Melayu.

2

Page 3: BBM ASG 3101 2

UNSUR-UNSUR DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

3

Unsur-unsur FPK

Memperkembangkan potensi individu

Warganegara yang beraklak mulia

Warganegara yang berilmu pengetahuan

Perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu

Memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

Warganegara yang bertanggungjawab

Kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan

Insan yang seimbang dan harmonisBerkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri

Warganegara yang berketrampilan

Pendidikan diMalaysia suatu usaha berterusan

Page 4: BBM ASG 3101 2

OBJEKTIF

.

Untuk melihat sama ada objektif Sukatan Pelajaran dapat dikaitkan dengan Falsafah

Pendidikan Negara, adalah terlebih baik bagi kita melihat dahulu apakah objektif Sukatan

Pelajaran Bahasa Melayu yang digubal oleh Kementerian Pelajaran untuk rakyat Malaysia.

Dengan ini barulah kita dapat melihat adakah Sukatan Pelajaran yang digubal selama ini

mempunyai kaitan atau menjiwai ‘roh’ dan semangat Falsafah Pendidikan Negara. Jika ia

mempunyai kaitan, kita telah pun berada di jalan yang betul dalam usaha untuk

memartabatkan semangat Falsafah Pendidikan melalui Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu

yang di ajar di sekolah rendah di Malaysia. Cuma beberapa pendekatan yang terbaik perlu

diberi tambah nilai dari masa ke semasa untuk memantapkan pengakaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu. 

Menurut kandungan Sukatan Pelajaran, setelah mengikuti pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Melayu di sekolah rendah, murid-murid dapat: 

1. Mendengar, memahami dan menghayati pertuturan yang terdapat dalam kehidupan

sehari-hari;    

2. Bertutur dengan petah dan mengeluarkan buah fikiran yang bernas serta menggunakan

bahasa yang sesuai dan bertatasusila;     

3. Membaca untuk memahami isi bacaan yang sesuai dengan kematangan; 

4. Menjadikan pembacaan sebagai satu kebiasaan dan amalan bagi mendapatkan

pengetahuan dan hiburan;         

5.Menulis pelbagai jenis karangan dan surat kiriman mengikut tajuk dan format yang

betul;     

6. Memahami dan mengisi borang yang sesuai dengan betul; 

7. Menghargai dan menghayati nilai-nilai estetika dalam karangan prosa dan puisi; 

8. Menggunakan bahasa Melayu untuk memperoleh pelbagai ilmu; 

9.Menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam lisan dan penulisan; 

10.Memberi makna dan menggunakan peribahasa dalam konteks yang betul dan sesuai;

11.Menggunakan Bahasa Melayu dengan berkesan untuk berkomunikasi antara ahli

masyarakat yang berbilang keturunan.      

4

Page 5: BBM ASG 3101 2

Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah

menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan. Ini

selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Namun demikian, guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah

mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid (Roselan Baki,2003). Keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan

penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-

murid berkomunikasi, berinteraksi dan berfikir.

ORGANISASI KURIKULUM

Organisasi kandungan Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah :

     

5

ORGANISASI KANDUNGAN

HASIL PEMBELAJARAN

SISTEM BAHASA

PENGISIAN KURIKULUM

HASIL PEMBELAJARAN

Page 6: BBM ASG 3101 2

KEMAHIRAN BAHASA

  Kemahiran Bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.

Kemahiran Bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku.

i.Kemahiran Mendengar

       Kemahiran Mendengar merupakan keupayaan murid mendengar dengan teliti ,

memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat

memberikan maklum balas.

ii.Kemahiran Bertutur    

       Kemahiran Bertutur merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan

menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan

sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberi kepada penggunaan

pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai.

iii.Kemahiran Membaca

      Kemahiran Membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar  serta

sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberi kepada aspek pemahaman

dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik

membaca. Mereka berupaya memahami  dan menghayati teks yang dibaca.

iv.Kemahiran Menulis 

Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan

mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu

pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang

gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik, dan kemas.

Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan

berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif.   Penguasaan kemahiran bahasa

memerlukan kepelbagaian situasi dan konteks yang meliputi bentuk prosa, puisi, dan grafik.

6

Page 7: BBM ASG 3101 2

HASIL PEMBELAJARAN

      Hasil Pembelajaran  ialah  pernyataan  yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum

bahasa.     Pernyataan Hasil  Pembelajaran   merupakan petunjuk    yang jelas tentang

kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid.  Oleh itu, murid perlu menguasai kemahiran

berbahasa yang terdapat dalam setiap hasil pembelajaran. Justeru, Hasil Pembelajaran

dapat membantu guru memilih kandungan,   kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran

yang  relevan dan berkesan.     Dalam  konteks  pengajaran  dan   pembelajaran di bilik

darjah,  Hasil Pembelajaran dapat dicapai dengan menggabungjalinkan keempat-empat

kemahiran bahasa, sistem bahasa dan pengisian kurikulum. Pendekatan yang berfokus

kepada gaya pembelajaran yang pelbagai juga dapat membantu murid mencapai Hasil

Pembelajaran.     Selain itu, Hasil Pembelajaran juga dapat membantu dalam membuat

pengukuran dan penilaian pencapaian murid.

SISTEM  BAHASA

      Sistem   Bahasa   dalam   pengajaran  dan   pembelajaran merujuk  kepada bahasa

MMelayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan

peribahasa.     Aspek   tatabahasa  merangkumi  morfologi dan sintaksis manakala aspek

kosa kata terdiri daripada kosa  kata umum dan istilah yang terdapat dalam mata pelajaran

yang lain pada peringkat rendah.

      Sistem bahasa merujuk Bahasa Melayu aku yang terdiri daripada tatabahsa, ejaan,

sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa.

7

Page 8: BBM ASG 3101 2

8

SISTEM BAHASA

KOSA KATA-umum-istilah

TATABAHASA-morfologi-sintaksis

SISTEM EJAAN-Pola keselarasan vocal-Ejen Kata Pinjaman-Ejen kata dasar dan kata pinjaman

INTONASI MENGIKUT POLA-jenis ayat-susunan ayat-ragam ayat

SEBUTAN

-bahasa melayu

PERIBAHASA-simpulan bahasa-peribahasa-bahasa kiasan-perbilangan

Page 9: BBM ASG 3101 2

PENGISIAN KURIKULUM

      Pengisian Kurikulum terdiri daripada elemen yang menggabungkan perkembangan

terkini dalam pendidikan yang meliputi aspek ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan

sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar

cara belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kajian masa depan,

kecerdasan pelbagai , pembelajaran konstruktivisme, dan kontekstual. Semua elemen ini

dapat diaplikasikan oleh murid dalam dunia pekerjaan. Di samping itu, pendidikan nilai,

kewarganegaraan, dan patriotisme diberi penekanan selaras dengan matlamat negara

membangunkan masyarakat madani.

KONSEP 5P

RAJAH KONSEP 5P

9

PENILAIAN

PEMULIHAN

PENGGAYAAN

PENYERAPAN

PENGGABUNGJALINAN

Page 10: BBM ASG 3101 2

PENEKANAN KONSEP 5P

Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menekankan konsep

penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian. Ini selaras dengan

usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

a. Penggabungjalinan

Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini

juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran dapat

digabungjalinkan,sama ada kemahiran yang terdapat dalam hasil pembelajaran atau

kemahiran daripada mata pelajaran lain.

b. Penyerapan

Dalam pengajaran Bahasa Melayu, unsur ilmu, nilai dan kemahiran bernilai tambah seperti

kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan boleh diserapkan.

Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu dan disiplin dalam pelbagai mata pelajaran.

c. Pengayaan

Program pengayaan perlu diberikan penekanan dalam Kurikulum Sekolah Rendah kerana

keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid

hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan secara bersendirian atau

dengan bimbingan guru. Bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad, permainan dan

bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran dalam jangka

masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.

d. Pemulihan

Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran asas yang

belum dapat dikuasai dalam tempoh yang ditetapkan. Bahan untuk program ini terdiri

daripada kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan

secara berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar. Pelaksanaan

program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.

10

Page 11: BBM ASG 3101 2

e. Penilaian

Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.

Penilaian merupakan sesuatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi

menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran. Oleh itu, penilaian

perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui

proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke

atas seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan, dan

setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang

sesuai bagi murid.

11

Page 12: BBM ASG 3101 2

12

Page 13: BBM ASG 3101 2

Rajah: Perincian Konsep 5P

13

Penilaian

Bertujuan bagi mendapatkan maklumat untuk menentukan

pencapaian sesuatu hasil pembelajaran dan objektif P&P

Penilaian dilakukan secara berkala dan berterusan serta

tindakan susulan bagi mengetahui tahap penguasaan

danpencapaian murid

Page 14: BBM ASG 3101 2

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

PENERANGAN TENTANG HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan tahap satu

dipersembahkan dalam tiga lajur. Lajur pertama ialah pernyataan Hasil Pembelajaran,

lajur kedua ialah Huraian Hasil Pembelajaran dan lajur ke tiga ialah Cadangan Aktiviti/Nota.

i) Hasil Pembelajaran

Hasil pembelajaran dalam lajur satu ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif

kurikulum bahasa. Pernyataanhasil pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang

set kemahiran yang perlu dicapai oleh murid. Oleh itu, murid perlu menguasai kemahiran

bahasa yang terdapat dalamsetiap hasil pembelajaran. Dalamkonteks pengajaran dan

pembelajaran di bilik darjah, hasil pembelajaran dapat dicapai dengan menggabungjalinkan

keempat-empat kemahiran bahasa,sistem bahasa, dan pengisian kurikulum.

Hasil Pembelajaran tahap satu adalah seperti berikut:

KEMAHIRAN BAHASA HASIL PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BERBAHASA

MENDENGAR DAN BERTUTUR

1.02.03.04.0

1.1,   1.2,   1.3,   1.4, 2.1,  2.2 3.1,  3.2 ,  3.3 4.1,  4.2,   4.3,   4.4

MEMBACA 5.06.07.0

5.1, 5.26.1, 6.2, 6.3, 6.4, 6.5, 6.67.1,  7.2,  7.3

MENULIS 8.09.0

10.011.0

8.1,  8.2,   8.3,  8.4,  8.5, 8.69.1,  9.2,   9.310.1, 10.2, 10.311.1, 11.2, 11.3, 11.4

 

Page 15: BBM ASG 3101 2

14

Hasil pembelajaran bagi kemahiran mendengar dan bertutur merangkumi kemahiran

berbual, bercerita, menyampaikan maklumat , dan berbincang. Kemahiran membaca pula

memberikan penekanan pada kemahiran membaca kuat, membaca dan memahami

maklumat serta membaca, menaakul, dan menghayati teks yang dibaca. Bagi kemahiran

menulis, tumpuan diberikan pada kemahiran menggunakanpelbagai jenis ayat dan wacana

dalam menghasilkan penulisan. Penekanan juga diberikan pada kemahiran mencatat dan

menyusun maklumat serta menghasilkanpenulisan kreatif dan bukan kreatif. Murid juga

dilatih unttuk membuat ulasan tentang penulisan yang dihasilkan oleh penulis lain.

b. Huraian Hasil Pembelajaran  dan Aras Pembelajaran

  

Huraian Hasil Pembelajaran dalam lajur kedua menyatakan secara jelas aras

kemahiran yang perlu dicapai oleh murid mengikut  tahap keupayaan dan kemajuan mereka

sama ada pada Aras 1, Aras 2, atau Aras 3. Aras 1 ialah aras paling asas yang perlu dicapai

oleh  semua murid.  Kandungan kurikulum bagi aras ini adalah yang paling minimum yang

harus dikuasai oleh semua murid. Aras 2 adalah aras bagi murid yang

berpencapaian  sederhana manakala aras 3 ialah aras yang paling tinggi bagi murid yang

berpencapaian cemerlang.   Pemeringkatan  berdasarkan aras ini adalahsejajar dengan

pembelajaran masteri  dengan membolehkan murid yang cemerlang terus maju tanpa

mengabaikan murid-murid yang berpencapaian rendah.

  Apabila murid berupaya mencapai  Aras 1, maka mereka boleh meneruskan

pembelajaran  ke aras 2 dan seterusnya ke Aras 3.  Sekiranya  seseorang murid masih tidak

berupaya mencapai Aras 1,maka guru hendaklah melatih dan membimbing murid tersebut

sehingga murid boleh menguasai Aras tersebut sepenuhnya.  Dalam hal ini Penilaian

terhadap pencapaian murid bagi setiap aras perlu dilaksanakan untuk mengenalpasti sama

ada murid perlu dibimbing lagi atau boleh beralih ke pelajaran seterusnya.

ii) Cadangan Aktiviti/Nota

Cadangan aktiviti dalam Jalur Aktiviti /Nota mengandungi cadangan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran serta bahan bantu mengajar di dalam bilik darjah. Cadangan

disesuaikan dengan Huraian Hasil Pembelajaran serta disesuaikan dengan elemen yang

terkandung di dalam Pengisian Kurikulum contohnya kemahiran meramal, menggunakan

kajian masa depan, atau mengaplikasikan jenis kecerdasan pelbagai yang unik bagi

seseorang murid. Semua cadangan tersebut hanyalah sebagai panduan guru. Guru bebas

memilih dan mengubahsuai teknik dan kaedah lain yang bersesuaian mengikut kebolehan

murid itu sendiri.

Page 16: BBM ASG 3101 2

15

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH )

Mata pelajaran : Bahasa Melayu

Kelas : Tahun 3 Cerdas

Bilangan Murid : 24 orang

Tema : Pencemaran Alam Sekitar

Tajuk : Pencemaran Udara

Tarikh : 04 April 2014

Masa : 60 minit

Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat :

i. Murid dapat menyatakan tentang pengalaman

mereka melihat berlakunya pencemaran udara ini secara lisan.

ii. Membaca dan menyatakan 5 isi penting secara lisan mengenai

pencemaran

iii.Murid dapat menulis karangan pendek mengenai gejala pencemaran

dengan

menggunakan ayat majmuk yang betul.

Hasil Pembelajaran:

1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan

menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonansi dan nada yang sesuai.

Aras 1: (i) berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dan didengar

dengan

menggunakan bahasa yang sesuai.

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonansi yang betul

dan memahami petikan yang dibaca.

Aras 2 : (i) membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan

pada intonansi berdasarkan tanda baca.

8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu

penulisan teks tentang sesuatu tajuk.

Aras 3: (i) menyediakan perenggan dengan mengguna ayat tunggal dan

ayat majmuk berdasarkan tajuk yang diberikan.

Page 17: BBM ASG 3101 2

16

Kemahiran Bahasa : Kemahiran bertutur, menulis dan mendengar.

Sistem Bahasa : Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutan dan

intonasi

Penyerapan/ilmu : Bahasa Melayu, Alam sekitar, Sains

Nilai : Kebersihan, menghayati, menghormati dan menghargai.

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT):

Kemahiran Berfikir(KBK) : Membuat perbezaan, membuat inferens, dan kemahiran

Mengkategori, meghubungkait, menjana idea,Memerhati

Kemahiran Belajar(KB) : Menerima maklumat, memproses dan melaporkan.

Kecerdasan Pelbagai (KP) : Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan

emosi

Pengetahuan Sedia Ada : Murid dapat menceritakan pengetahuan dan

pengalaman mereka mengenai gejala pencemaran alam

sekitar dengan cara dialog dan membina ayat dengan

menggunakan ayat mudah.

Bahan Bantu Mengajar (BBB) : Power point, buku latihan dan alat tulis.

Page 18: BBM ASG 3101 2

17

Page 19: BBM ASG 3101 2

Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Muridditayangkanpower point yangberkaitan denganjenis-jenispencemaran.

Set Induksi (5 minit)i)murid diminta untuk melihat paparan power pointdanmenghayatinya.

ii)murid diminta untuk membezakan jenis-jenis pencemaran dan menyatakan pengalaman mereka sendiri..

iii)guru menjelaskan tujuan aktiviti dan tajuk pengajaran yang akan diajar pada hari ini.

KB : menghubungkait,inferens

BCB: menonton dengan aktif

BBB : power point

Guru memberiTeks cerita yangberkaitan denganPencemaranUdara melaluipower point

Langkah 1 (15 minit)i)murid dikehendaki untuk mengeliksalah satu pautan yang disediakan.

ii)murid diminta membaca petikan itu secara individu dengan kuat danmengikut intonansi serta gaya yang betul.

iii)murid-murid yang lain dikehendaki mendengar dan meneliti teks sambil memahami petikan tersebut.

iv)kemudian guru menanyakan soalan kepada murid berkaitan dengan petikan tersebut.

KB : membuat inferens

BCB : i) membaca dengan intonansi yang betul. ii) mendengar dengan aktif.

BBB : teks cerita, powerPoint

18

Gurumengadakanperbincangankumpulan antara

Langkah 2 (15 minit)i)murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

KB : menghubungkaitkan,menjana idea

BCB : memprosesmaklumat dan melaporkan

Page 20: BBM ASG 3101 2

KEKUATANKekuatan yang dikenalpasti daripada sesi pengajaran ini ialah penggunaan alat

bantu pengajaran yang bersesuaian dan bertepatan dengan tajuk. Pada sesi set induksi,

murid-murid telah ditayangkan dengan pelbagai jenis pencemaran dan mereka dapat

menyebut satu-satu jenis pencemaran tersebut dengan baik. Ini menarik minat mereka

untuk mengikuti aktiviti pembelajaran seterusnya. Persembahan dalam bentuk power point

( untuk langkah 1) telah dapat menjimat dan mengoptimumkan masa yang ada seterusnya

memudahkan tugas guru untuk memberi penerangan kepada murid tentang isi pelajaran

dan tugasan yang diberikan.

KELEMAHAN

Beberapa kelemahan telah dikenalpasti iaitu dari segi pencahayaan yang terang

telah menyebabkan berlaku sedikit kesukaran dikalangan murid untuk membaca paparan

yang dipaparkan di skrin.Di samping itu, semasa membuat latihan, murid-murid  yang lemah

tidak dapat membina karangan dengan baik.

CARA MENGATASI

Cara saya mengatasi kelemahan yang dikenalpasti ialah saya perlu menggunakan latar

belakang dan padanan warna yang sesuai dan tidak menyakitkan mata semasa merancang

pengajaran menggunakan power point. Di samping itu, penggunaan saiz huruf juga perlu

dititikberatkan. Untuk mengatasi masalah murid-murid yang tidak dapat membina karangan

dengan baik, murid-murid tersebut hanya diarahkan untuk membina lima ayat majmuk

berdasarkan kehendak soalan

20

REFLEKSI

 Berkaitan tugasan ini pula, saya dapat memahami kaedah-kaedah pengajaran dan

pembelajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca dan Kemahiran

Menulis dengan lebih jelas lagi. Peluang untuk menghuraikan secara terperinci maklumat

tentang lima kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dipilih dapat  membantu saya

memahami dan mengenalpasti kelebihan dan kelemahan kaedah tersebut.

Sepanjang pelaksanaan tugasan kerja kursus BMM3101 ini,banyak pengetahuan

dan pengalaman baru yang telah saya pelajari. Antaranya ialah kepentingan pemilihan

teknik dan kaedah pembelajaran yang betul dan berkesansebelum merancang sesuatu

rancangan pengajaran harian untuk matapelajaran bahasa melayu .Teknik dan kaedah

pengajaran dan pembelajaran Bahasa amat penting untuk dikuasai bagi seseorang guru

Bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana terlalu banyak teknik dan kaedah yang boleh

Page 21: BBM ASG 3101 2

digunakan untuk mengajar murid dengan lebih efektif sekiranya dilaksanakan mengkut

kaedah pengajaran bahasa yang bersesuaian dengan tahap keupayaan murid-murid.

Selain itu, saya juga berpeluang untuk merancang satu pengajaran dan

pembelajaran yang menggabungkan Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran

Membaca dan Kemahiran Menulis berdasarkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang

dipilih. Pengalaman dan pengetahuan ini amat berharga bagi saya bukan sahaja pada hari

ini malah pada masa akan datang. Hasil daripada tugasan ini, saya menyedari bahawa topik

pengajaran kemahiran Bahasa Melayu amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran.

Topik ini akan membantu saya merancang langkah-langkah pengajaran dan

pembelajaran  yang lebih sistematik untuk memaksimumkan hasil pembelajaran murid.

21

RUJUKAN

1. Azman Wan Chik, 1992, Mengajar Bahasa Malaysia(Strategi  Pengajaran

dan Pembelajaran),Edisi kedua, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka,

180.

2. Mok Soon Sang,  Pemulihan Pengayaan dan Isu Pendidikan, Edisi

Pertama,Kuala Lumpur,Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.,125-126.

       3.   Pusat Perkembangan Kurikulum, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu tahun

3,2003,Kementerian Pelajaran Malaysia,

4. (http://rani-ipg.blogspot.com/2013/07/tugasan-projek-bmm-3101.html)

Page 22: BBM ASG 3101 2

5. (http://tulisapaapasaja.blogspot.com/.../tugasan-projek-ppg-bm-3101-

pengajian.html)

6. (http://zaharatulamira.blogspot.com/p/kkbi-edu3101_5.html)

22

Page 23: BBM ASG 3101 2