Upload
shamsuddin-frans
View
111
Download
10
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Berkaitan PBS
Citation preview
BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI SEKOLAH
KEBANGSAAN BANDAR DAN LUAR BANDAR DI DAERAH MUAR
ASRAF MUBARAK BIN ATAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pin. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR DAN LUAR
BANDAR DI DAERAH MUAR
SESI PENGAJIAN : 2012/2013
Saya ASRAF MUBARAK BIN ATAN No. Matriks MP 111466
Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( 4 )
SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
__________________________________________ ____________________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: No. 25, Jalan Bintang Emas 11/2, Taman Bintang Emas, Bukit Pasir, 84300, Muar, Johor. DR. M.AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN Nama Penyelia
Tarikh: ___________________________ Tarikh: _____________________________
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan Pengurusan dan Pentadbiran
Tandatangan : ..
Nama Penyelia : DR. M. AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN
Tarikh :
BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR DAN LUAR BANDAR DI
DAERAH MUAR
ASRAF MUBARAK BIN ATAN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan
(Pengurusan dan Pentadbiran)
Fakulti Pendidikan
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2013
ii
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya
Tandatangan :
Nama Penuh : ASRAF MUBARAK BIN ATAN
Tarikh :
iii
DEDIKASI
Istimewa Untuk
Isteriku Nurul Firdaus, Anak Tercinta Muhammad Amzar Serta Ibuku Hjh Misnah
Dan Bapaku Hj Atan Dan Ahli Keluarga Yang Selalu Memberi Galakkan Dan
Kerjasama Sepanjang Masa
Juga
Pihak Pentadbir Dan Rakan Setugas Di SK Paya Redan, Muar Yang
Bertimbangrasa, Memahami Keadaan Dan Memberi Pelepasan Serta Kelonggaran
Kepada Saya Untuk Mengikut Kelas Pada Hujung Minggu.
Penyelia Yang Dihormati Dr. M. Al-Muz-zammil Bin Yasin Yang Sentiasa Memantau
Serta Memberi Bimbingan Dan Tunjuk Ajar Dari Semasa Ke Semasa.
Rakan-Rakan Yang Banyak Membantu Dan Memberi Galakkan
Dorongan Dan Komitmen Kalian Telah Menguatkan Semangatku
Untuk Meneruskan Perjuangan Jihad Yang Tidak Berkesudahan Ini
iv
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyelia saya, Dr. M.
Al-Muz-zammil Bin Yasin kerana tidak jemu memberi bimbingan dan tunjuk ajar
kepada saya dari permulaan kajian sehinggalah selesai kajian ini. Tidak lupa juga
ucapan terima kasih saya kepada semua pensyarah UTM yang menjadi tenaga
pengajar serta pihak yang terlibat secara langsung bagi program Pesisir Muar ini.
Saya juga ingin berterima kasih kepada pihak pentadbir di lima belas buah
Sekolah Kebangsaan di daerah Muar yang memberikan kerjasama penuh
memberikan kebenaran menjalankan soal selidik di sekolah dan menghantar kembali
kepada saya seadanya. Kerjasama daripada guru-guru di semua sekolah yang
menjadi responden kajian ini juga amat saya hargai kerana mereka sudi meluangkan
masa untuk mendengar dan menjadi responden dalam kajian saya ini.
Akhir sekali, kepada rakan seperjuangan yang telah sama-sama mengharungi
segala suka dan duka sepanjang proses pembelajaran ini. Semangat setia kawan dan
keikhlasan membantu serta sedia berkongsi maklumat akan saya ingat buat
selamanya.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap beban tugas guru dalam
pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di kalangan guru-guru Sekolah
Kebangsaan di daerah Muar. Bidang beban tugas dikaji adalah pengurusan,
kemahiran pelaksanaan dan halangan pelaksanaan dihadapi guru di Sekolah
Kebangsaan. Seramai 275 orang guru dari 15 buah Sekolah Kebangsaan di daerah
Muar dipilih secara rawak kelompok. Data dikumpul melalui soal selidik dan
temubual. Temu bual telah dijalankan ke atas empat orang guru dan semua pendapat
daripada penemubual telah direkod dan dirakamkan oleh penyelidik melalui alat
perakam. Semua data telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical
Package for Social Sciences (SPSS) versi 19.0. Analisis data mendapati bahawa
para guru secara keseluruhannya memikul beban tugas dalam pelaksanaan PBS yang
agak tinggi. Min dapatan kajian beban tugas guru dalam bidang pengurusan,
kemahiran pelaksanaan dan halangan pelaksanaan PBS ialah 4.34, 3.83 dan 4.01.
Dapatan kajian juga menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan bagi bidang
pengurusan PBS dan halangan pelaksanaan PBS diantara guru-guru di sekolah
Bandar dan sekolah Luar Bandar di Sekolah Kebangsaan. Walaubagaimanapun,
terdapat perbezaan yang signifikan bagi bidang kemahiran pelaksanaan PBS dengan
dua kategori sekolah dikaji. Akhirnya, cadangan yang bernas untuk mengatasi
masalah beban tugas guru dalam pelaksanaan PBS juga dikemukakan dalam kajian
ini.
vi
ABSTRACT
The main purpose of the research was to identify the level of workload faced
by the primary school teachers in Muar due to the implementation of the School-
Based Assessment (PBS). Among the areas studied were: the management, the
implementation skills and the obstacles faced by teachers at the schools. A total of
275 teachers from 15 primary schools in Muar had been chosen randomly through
cluster sampling. The data was collected through questionnaires and interviews. The
interviews were conducted on four teachers, and all the opinions of the interviewers
were recorded by researchers using recorder. The data were analyzed using the
Statistical Package for Social Sciences (SPSS) version 19.0. The data revealed that
the overall workload of teachers in the implementation of the PBS task was quite
high. The mean scores of workloads found in the management, implementation
skills and obstacles dimensions were 4.34, 4.01 and 3.83 respectively. The study
also showed that there were no significant differences in term of management and
obstacles faced by teachers in urban and rural schools. However, there were
significant differences between the PBSs implementing skills between these two
schools. Finally, constructive ideas to overcome the workloads of teachers in the
implementation of PBS were presented in this study.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xvi
SENARAI SINGKATAN xix
SENARAI SIMBOL xx
SENARAI LAMPIRAN xxi
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 10
1.4 Objektif Kajian 13
1.5 Persoalan Kajian 13
1.6 Kepentingan Kajian 14
viii
1.6.1 Kementerian Pelajaran 15
1.6.2 Pihak Pentadbir 15
1.6.3 Guru-guru 16
1.6.4 Pihak-pihak Lain 17
1.7 Skop Kajian 17
1.8 Batasan Kajian 18
1.9 Definisi Istilah / Operasional 19
1.9.1 Beban Tugas Guru 19
1.9.2 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 20
1.9.3 Halangan Pelaksanaan PBS 20
1.9.4 Kemahiran Pelaksanaan PBS 21
1.9.5 Sekolah Kebangsaan 21
1.10 Kesimpulan 21
2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 23
2.2 Pelaksanaan PBS 23
2.2.1 Pengoperasian PBS 24
2.2.2 Jenis Pentaksiran PBS 26
2.2.3 Sistem Pengurusan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (SPPBS) 28
2.2.4 Tugas Pelaksanaan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah 29
2.3 Beban Tugas Guru Dalam Pelaksanaan PBS 31
2.3.1 Beban Tugas Guru Dalam Bidang
Pengurusan PBS 32
2.3.2 Beban Tugas Guru Dalam Bidang
ix
Kemahiran Pelaksanaan PBS 33
2.3.3 Beban Tugas Guru Dalam Bidang
Halangan Pelaksanaan PBS 34
2.4 Kajian Lepas 35
2.4.1 Kajian Dalam Negara 35
2.4.2 Kajian Luar Negara 37
2.5 Cadangan Mengatasi Masalah Dalam
Pelaksanaan PBS 38
2.6 Kesimpulan 40
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 41
3.2 Reka Bentuk Kajian 42
3.3 Lokasi Kajian 44
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 44
3.4.1 Pensampelan Rawak Kelompok
(Cluster Sampling) 46
3.4.2 Pensampelan Tidak Rawak Bertujuan
(Purposive Sampling) 49
3.5 Instrumen Kajian 49
3.5.1 Soal Selidik 50
3.5.2 Temubual 63
3.6 Kajian Rintis 64
3.6.1 Kesahan Instrumen 65
3.6.2 Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 65
3.7 Prosedur Kajian 67
3.8 Analisis Data 69
x
3.8.1 Analisis Data Kuantitatif 70
3.8.2 Analisis Data Kualitatif 71
3.9 Kesimpulan 74
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 75
4.2 Taburan Pengagihan Soal-Selidik Kajian 77
4.3 Latar Belakang Responden 77
4.3.1 Jantina 78
4.3.2 Bangsa 78
4.3 3 Umur 79
4.3.4 Taraf Perkahwinan 79
4.3.5 Kelayakan Akademik Tertinggi 80
4.3.6 Kelayakan Ikhtisas 81
4.3.7 Kategori Sekolah 81
4.3.8 Pengalaman Bertugas Di Sekolah Ini 82
4.3.9 Pengalaman Mengajar 83
4.3.10 Pengalaman Pentaksiran Berasaskan Sekolah 83
4.3.11 Gred Jawatan Guru 84
4.4 Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian 85
4.4.1 Analisis Persoalan Kajian 1 : Apakah
tahap beban tugas guru dalam pelaksanaan
PBS dalam bidang Pengurusan PBS dan
Kemahiran Pelaksanaan PBS di Sekolah
Kebangsaan di daerah Muar ? 86
4.4.1.1 Bidang Pengurusan PBS 86
4.4.1.2 Bidang Kemahiran Pelaksanaan PBS 92
xi
4.4.2 Analisis Persoalan Kajian 2 : Apakah tahap
halangan-halangan dalam pelaksanaan PBS
di Sekolah Kebangsaan daerah Muar ? 98
4.4.2.1 Bidang Halangan Pelaksanaan PBS 98
4.4.3 Analisis Persoalan Kajian 3 : Adakah terdapat
perbezaan yang signifikan dari bidang
pengurusan PBS antara Sekolah Bandar dan
Sekolah Luar Bandar ? 102
4.4.4 Analisis Persoalan Kajian 4 : Adakah terdapat
perbezaan yang signifikan dari bidang kemahiran
pelaksanaan PBS antara Sekolah Bandar dan
Sekolah Luar Bandar ? 103
4.4.5 Analisis Persoalan Kajian 5 : Adakah terdapat
perbezaan yang signifikan dari bidang halangan
pelaksanaan PBS antara Sekolah Bandar dan
Sekolah Luar Bandar ? 104
4.4.6 Analisis Persoalan Kajian 6 : Bagaimanakah
guru-guru berupaya untuk menangani masalah
yang dihadapi dalam pelaksanaan PBS di
Sekolah Kebangsaan (SK) daerah Muar? 105
4.4.6.1 Menggunakan masa di luar waktu
sekolah bagi mengisi markah SPPBS 109
4.4.6.2 Mengadakan perbincangan bersama
rakan guru untuk membina eviden
dan berkaitan isu PBS 111
4.4.6.3 Menggunakan bahan sedia ada dalam
melaksanakan eviden di sekolah 111
4.4.6.4 Mengadakan kursus membina modul
eviden pentaksiran peringkat sekolah 113
4.4.6.5 Membuat benchmarking dengan
xii
sekolah yang lebih baik pengurusan
PBS 114
4.4.6.6 Mewujudkan jawatan guru penyelaras
bagi setiap subjek PBS 115
4.4.6.7 Membina dan menggunakan borang
sementara (rekod transit) bagi
rekod eviden 116
4.5 Rumusan Analisis Data 117
4.6 Kesimpulan 118
5 DAPATAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 119
5.2 Perbincangan Hasil Kajian 119
5.2.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1 :
Tahap Beban Tugas Pelaksanaan PBS Dalam
Bidang Pengurusan PBS Dan Kemahiran
PBS Di Sekolah Kebangsaan (SK)
Daerah Muar 121
5.2.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2 :
Tahap Halangan-halangan Pelaksanaan PBS
Yang Di Hadapi Oleh Guru-guru Di
Sekolah Kebangsaan 125
5.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3 :
Perbezaan Beban Tugas Guru Dalam Bidang
Pengurusan PBS Dengan Kategori Sekolah Iaitu
Sekolah Bandar dan Sekolah Luar Bandar 127
xiii
5.2.4 Perbincangan Persoalan Kajian 4 :
Perbezaan Beban Tugas Guru Dalam Bidang
Kemahiran Pelaksanaan PBS Dengan
Kategori Sekolah Iaitu Sekolah Bandar dan
Sekolah Luar Bandar 128
5.2.5 Perbincangan Persoalan Kajian 5 :
Perbezaan Beban Tugas Guru Dalam Bidang
Halangan Pelaksanaan PBS Dengan
Kategori Sekolah Iaitu Sekolah Bandar dan
Sekolah Luar Bandar 129
5.2.6 Perbincangan Persoalan Kajian 6 :
Cara Guru-guru Di Sekolah Kebangsaan
Mengatasi Masalah Yang Timbul Dalam
Pelaksanaan PBS Di Sekolah Daerah Muar 130
5.3 Cadangan Penambahbaikan Supaya Beban Tugas
Dalam Pelaksanaan PBS Di Kalangan Guru Di
Sekolah Kebangsaan (SK) Dapat Dikurangkan 131
5.4 Cadangan Penambahbaikan Kajian 133
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 134
5.6 Kesimpulan 135
RUJUKAN 137
LAMPIRAN A-I 143-186
xiv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL PERKARA MUKA SURAT
2.1 Pelaksanaan PBS Tahap 1 (Kementerian Pelajaran
Malaysia, 2012) 27
2.2 Pelaksanaan PBS Tahap 2 (Kementerian Pelajaran
Malaysia, 2012) 28
2.3 Tugas-tugas Dalam Pelaksanaan PBS Di
Sekolah Kebangsaan (Kementerian Pelajaran Malaysia,
2012) 30
3.1 Kerangka kajian secara keseluruhan 43
3.2 Jadual penentuan saiz sampel, Krejcie
dan Morgan (1970) 47
3.3 Senarai sekolah dan bilangan guru yang terlibat
sebagai responden 48
3.4 Dimensi soal selidik yang dibina 51
3.5 Skala Likert dalam kajian (Mohd Najib, 2003) 51
3.6 Senarai item soal selidik dari temubual 6 orang
guru PBS 52
3.7 Pembinaan item melalui temubual 55
3.8 Taburan item bagi kajian beban tugas guru 56
3.9 Item yang diubahsuai bagi dimensi
Pengurusan PBS 58
3.10 Item yang diubahsuai bagi dimensi Kemahiran
Pelaksanaan PBS 59
3.11 Senarai item yang diterimapakai sebagai instrumen
soalselidik 61
xv
3.12 Pemeringkatan kedudukan item berdasarkan nilai
Alpha Cronbach 66
3.13 Analisis pekali kepercayaan Alpha Cronbach
mengikut dimensi soal selidik bagi kajian rintis
(Alpha if Item Deleted) 66
3.14 Penambahbaikan item soalan berdasarkan
Alpha Cronbach if item Deleted 67
3.15 Kaedah analisis data berdasarkan persoalan kajian 69
3.16 Tahap pemeringkatan min 71
3.17 Proses penganalisisan data kualitatif 73
4.1 Taburan pengagihan soal selidik kajian 77
4.2 Taburan responden mengikut jantina 78
4.3 Taburan responden mengikut bangsa 78
4.4 Taburan responden mengikut umur 79
4.5 Taburan responden mengikut taraf perkahwinan 80
4.6 Taburan responden mengikut kelayakan
akademik tertinggi 80
4.7 Taburan responden mengikut kelayakan ikhtisas 81
4.8 Taburan responden mengikut kategori sekolah 82
4.9 Taburan responden mengikut pengalaman
bertugas di sekolah ini 82
4.10 Taburan responden mengikut pengalaman
mengajar 83
4.11 Taburan responden mengikut pengalaman PBS 84
4.12 Taburan responden mengikut gred jawatan guru 84
4.13 Maklum balas responden terhadap item-item
beban tugas guru dari bidang pengurusan PBS
mengikut min dan sisihan piawai 91
4.14 Maklum balas responden terhadap item-item
beban tugas guru dari bidang kemahiran
xvi
pelaksanaan PBS mengikut min dan sisihan siawai 96
4.15 Beban tugas guru dari bidang PBS mengikut min
dan sisihan piawai 98
4.16 Maklum balas responden terhadap item-item
beban tugas guru dari bidang halangan
pelaksanaan PBS mengikut min dan
sisihan piawai 101
4.17 Analisis item beban tugas guru bagi bidang
halangan pelaksanaan PBS mengikut min 102
4.18 Keputusan analisis ujian T bagi perbezaan min
pengurusan PBS berdasarkan kategori sekolah 103
4.19 Keputusan analisis ujian T bagi perbezaan min
kemahiran pelaksanaan PBS berdasarkan
kategori sekolah 104
4.20 Keputusan analisis ujian T bagi perbezaan min
halangan pelaksanaan PBS berdasarkan
kategori sekolah 104
4.21 Rumusan analisis ujian T bagi semua bidang
kajian beban tugas guru 105
4.22 Dapatan temubual bersama penyelaras PBS dan
idea yang diberikan 106
4.23 Analisis tema dan responden kajian kualitatif 108
4.24 Rumusan dapatan kajian berdasarkan
persoalan kajian 117
xvii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH PERKARA MUKA SURAT
2.1 Komponen PBS (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012) 26
xviii
SENARAI SINGKATAN
ABM - Alat Bantu Mengajar
Bil - Bilangan
EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
FPN - Falsafah Pendidikan Negara
G1 - Guru Sekolah A
G2 - Guru Sekolah B
G3 - Guru Sekolah C
G4 - Guru Sekolah D
ICT - Information and Communication Technology
ILO - Pertubuhan Buruh Antarabangsa
JKPMIBTG - Jawatankuasa Kerja Pelaksana Menangani Isu Beban Tugas Guru
FPM - Fail Perkembangan Murid
FS - Fail Showcase
JPN - Jabatan Pelajaran Negeri
JPNJ - Jabatan Pelajaran Negeri Johor
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
KPPK - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan
KSSR - Kurikulum Standard Sekolah Rendah
LPM - Lembaga Peperiksaan Malaysia
M - Min
MCE - Malaysian Certificate of Education
NRKA - National Key Result Areas / Bidang Keberhasilan Utama Negara
NUTP - National Union Of The Teaching Profession
P d P - Pembelajaran dan Pengajaran
PBS - Pentaksiran Berasaskan Sekolah
PIBG - Persatuan Ibu Bapa dan Guru
PIPP - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
xix
PPD - Pejabat Pelajaran Daerah
S - Setuju
SD - Sisihan Piawai
SK - Sekolah Kebangsaan
SS - Sangat Setuju
SMM - Sistem Maklumat Murid
SPI - Surat Pekeliling Ikhtisas
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPPBS - Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
SPS - Sistem Pengurusan Sekolah
SPSS - Statistical Package for Social Sciences
STPM - Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
STS - Sangat Tidak Setuju
TP - Tidak Pasti
TS - Tidak Setuju
TTG - Tugas dan Tanggungjawab Guru
UPPM - Ujian Pentaksiran Pencapaian Murid
UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah
xx
SENARAI SIMBOL
% - Peratus
f - Kekerapan
- Alpha
df - Degrees of Freedom
p - Nilai Signifikan
xxi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 144
B Transkripsi Temubual Dengan Guru
SK Bakri Batu 5 Di Daerah Muar 151
C Transkripsi Temubual Dengan Guru
SK Pekan Pagoh Di Daerah Muar 154
D Transkripsi Temubual Dengan Guru
SK Bakri Bt 2 Di Daerah Muar 158
E Transkripsi Temubual Dengan Guru
SK Jorak Di Daerah Muar 161
F Senarai Pengguna SPPBS Daerah Muar 164
G Nilai Analisis Data- Kajian Rintis 167
H Nilai Analisis Data- Kajian Sebenar 172
I Nilai Analisis Ujian T Sampel Tidak
Bersandar 183
J Surat Kelulusan Bahagian Perancangan
Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan 185
Surat Kelulusan PPD Muar 186
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Beban tugas kerja guru dalam pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(PBS) sering menjadi isu perdebatan masalah pendidikan beberapa tahun ini.
Pelaksanaan kurikulum dan pentaksiran baru memberi penekanan kerja guru atas
sebab perubahan silibus, konsep pengajaran, jens pentaksiran dan bahan-bahan yang
terlibat dalam tugas pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana guru merupakan agen
perubahan dalam sistem pendidikan negara. Seorang agen perubahan merupakan
individu yang akan mempengaruhi keputusan orang lain (murid dan rakan sekerja)
untuk beranjak ke arah yang dikehendaki oleh agensi perubahan (Akhiar, Shamsina
dan Muhamad, 2012). Keadaan ini memerlukan pengorbanan dan kesediaan guru
untuk bergerak dan berubah seiring dengan perubahan keperluan pendidikan.
Perubahan memerlukan guru sentiasa peka, rajin dan bersemangat untuk
melaksanakan tugas guru di sekolah.
Pentaksiran Berasaskan Sekolah telah dilaksanakan pada murid tahun 1 di
seluruh negara bermula tahun 2011 (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011a).
Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran yang
dilaksanakan di semua sekolah. PBS dirancang, ditadbir, diskor, direkod dan
dilaporkan secara terancang mengikut set prosedur yang telah ditetapkan oleh
Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Penilaian PBS adalah bersifat holistik iaitu
secara menyeluruh meliputi aspek kognitif, afektif, psikomotor selaras dengan
2
Falsafah Pendidikan Malaysia dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Sistem PBS yang dilaksanakan mampu memberi maklumat secara menyeluruh
berkenaan prestasi murid dari segi pengetahuan, kemahiran serta pengamalan nilai
murni murid secara berterusan. Komponen penilaian dalam PBS terdiri daripada
Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik.
Konsep pelaksanaan PBS bukanlah suatu konsep penilaian yang baru. Ianya
sering dilakukan oleh guru di sekolah seperti kuiz, projek, soal jawab dan kerja
rumah. Namun demikian ianya tidak direka dengan baik dan tiada standard yang
ditetapkan. PBS yang dijalankan kini telah ditetapkan standard dan dokumentasi cara
pelaksanaan supaya pelaksanaannya mampu meliputi semua aspek Falsafah
Pendidikan Negara iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).
Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu bidang akademik dan juga bukan
akademik (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012). Penilaian PBS yang dijalankan
adalah bersifat fleksibel iaitu kaedah pentaksiran boleh dipelbagai dan diubah
mengikut situasi, murid, keperluan serta kesediaan murid semasa.
PBS boleh dilaksanakan dengan menggunakan dua kaedah iaitu formatif dan
sumatif. Melalui kaedah formatif, satu set latihan, soalan atau penilaian akan
diberikan kepada murid selepas proses pengajaran dan pembelajaran setiap hari atau
selepas sesuatu unit diajar. Kaedah sumatif pula merupakan set soalan atau penilaian
diberikan pada akhir unit pembelajaran, semester atau tahun. Penilaian yang
dijalankan dikendalikan sepenuhnya oleh pihak sekolah dan pentaksirannya
dilaksanakan oleh guru matapelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Setiap prosedur dan langkah pentafsiran PBS dilaksanakan
sepenuhnya oleh guru dan pihak sekolah yang bermula dari aspek perancangan,
pembinaan item, instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan, perekodan dan
pelaporannya. Guru merekabentuk penilaian berdasarkan prestasi dan keupayaan
semasa murid.
3
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran
yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Kurikulum Kebangsaan.
Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik.
Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Pusat (PP) dan Pentaksiran Sekolah
(PS), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik
(PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012). Kedua-dua kategori ini memberi
kepercayaan dan kuasa autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran
berbentuk formatif dan sumatif yang dijalankan di sekolah.
Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang dilaksanakan meliputi pelbagai tugas
serta kerja yang perlu dilaksanakan oleh guru. Tugas pelaksanaan PBS yang pelbagai
kadangkala menimbulkan suasana yang negatif kepada guru. Guru merasakan tugas
penilaian PBS memerlukan masa pelaksanaan yang lama dan kemahiran yang tinggi
untuk dilaksanakan. Ini ditambah lagi dengan konsep penilaian yang berterusan dan
sepanjang masa menyebabkan tugas yang tidak kunjung habis kepada guru.
1.2 Latar Belakang Masalah
Beban tugas guru dilihat semakin bertambah dengan perubahan kehendak
semasa. Pelaksanaan KSSR dan penilaian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
dilihat meningkatkan tahap beban tugas guru di sekolah. Guru berasa tertekan
dengan pertambahan tugas sedia ada dan proses pelaksanaan baru yang memerlukan
komitmen tinggi guru dan pihak sekolah.
Kemahiran dan penggunaan alatan ICT yang tinggi diperlukan untuk
melaksanakan PBS di sekolah. Guru menggunakan kemahiran penggunaan dan
peralatan ICT seperti komputer, alat cetak, mesin imbas dan pelbagai perisian seperti
microsoft word, powerpoint, excel, paint dan internet untuk membina instrumen.
4
Instrumen yang dibina oleh guru harus menggabungkan perkataan, gambar, gambar
rajah, dan pelbagai media. Instrumen yang dibina mestilah mampu menguji murid
dan memenuhi kehendak Lembaga Peperiksaan Malaysia. Guru mesti
melengkapkan diri dengan kemahiran menggunakan komputer, mengakses internet
dan menggunakan segala peralatan ICT yang disediakan. Menurut Akhiar et al
(2012), guru-guru abad ke-21 perlu terus mempelajari teknologi terkini yang dapat
menggalakkan pembelajaran murid serta memenuhi tujuan peningkatan profesional
guru sendiri.
Tugas yang pelbagai dalam prosedur PBS memerlukan komitmen yang tinggi
daripada guru dan pelaksana PBS. Komitmen yang tinggi ini sedikit sebanyak
mewujudkan beban tugas guru di sekolah. Guru perlu memberikan sepenuh
komitmen dalam membuat eviden, memeriksa eviden, merekod dan menyimpan
keputusan dalam sistem online setiap minggu. Guru perlu memberi ruang masa
menanda eviden hampir setiap hari dan memasukkan eviden ke dalam fail murid
yang mencecah ratusan fail setiap minggu. Ini mengambil purata guru mengajar
empat kelas berlainan dalam seminggu dan setiap kelas mempunyai 35 orang murid.
Maka guru perlu menyenggara eviden dan fail berjumlah 120 selepas setiap kali
pentaksiran dijalankan. Ini kerana prosedur PBS perlu dilaksanakan hampir setiap
hari semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas. Rutin
tugas yang pelbagai memerlukan guru memberikan sepenuh perhatian dari segi masa,
tenaga dan kemampuan setiap hari. Komitmen guru di sekolah akan menentukan
keberkesanan pembelajaran, kemajuan pelajar dan pencapaian matlamat sekolah. Ini
selaras dengan kenyataan Robiah (1998) iaitu pengajaran yang berkesan oleh
seseorang guru itu adalah penggerak utama kepada segala pembaharuan dalam
kurikulum.
Prosedur pelaksanaan PBS memerlukan guru melaksanakan pelbagai tugas
yang rencam dan diluar tugas utama mengajar di sekolah. Terdapat pelbagai tugas
sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan PBS. Bagi eviden, guru perlu melakukan
proses membina, memeriksa, mencetak, menanda, merekod dan menyimpan. Guru
juga perlu melaksanakan pelbagai tugas seperti menyediakan bilik PBS,
5
menyenggara eviden, menguruskan pelbagai fail eviden, showcase dan sebagainya.
Ini menyebabkan timbulnya lambakan kerja yang tidak kehabisan, seterusnya
meningkatkan tahap beban tugas guru. Akhiar et al. (2012) menyatakan selain
mengajar, guru juga perlu melakukan tugas-tugas perkeranian seperti menyemak
buku latihan murid, menyemak kertas ujian, merekodkan kemajuan murid, menanda
kedatangan, menyimpan fail, membuat nota pelajaran dan menulis surat kepada ibu
bapa serta penjaga berkenaan hal ehwal murid. Ini jelas menunjukkan melalui
pelaksanaan PBS, semakin bertambah tugas guru di sekolah dan menyebabkan tugas
utama sebagai pengajar semakin terhimpit dan kurang diberikan penekanan oleh
guru.
Bagi meningkat kemahiran serta maklumat semasa guru, banyak kursus atau
program dijalankan bagi membolehkan guru-guru memperolehi kemahiran dan
maklumat yang terkini. Guru dikehendaki mengikuti pelbagai kursus atau program
anjuran kementerian, JPN, PPD dan sekolah. Kursus berkenaan meliputi bidang
KSSR, PBS, sistem SPPBS, sistem fail, bilik PBS, alatan PBS dan bermacam-macam
lagi supaya guru dapat melaksanakan KSSR dan PBS di sekolah dengan berkesan.
Namun demikian meskipun pelbagai program dan kursus yang dijalankan, didapati
masih lagi terdapat masalah timbul dalam pelaksanaan program PBS. Kursus yang
dijalankan selama hampir seminggu kepada wakil setiap sekolah meliputi hampir
keseluruhan intipati penting pelaksanaan PBS. Kursus ini sepatutnya mampu
memberi gambaran, maklumat serta kemahiran yang diperlukan oleh guru. Akan
tetapi masalah wujud apabila guru yang menghadiri kursus pulang ke sekolah dan
memberikan kursus dalaman di sekolah hanya selama dua jam. Situasi ini
meningkatkan kadar kecairan maklumat berlaku dan mengurangkan kadar
keberkesanan kursus. Menurut Robiah (1998), dari kaca mata peserta kursus,
keberkesanan ini biasa dilihat dari kesan program terhadap perkembangan
profesional dan keprofesionalan dalam pengajaran iaitu termasuklah dalam aspek
penyuburan diri guru, dalam pekerjaan mereka, peningkatan atau pengukuhan
keyakinan diri, memupuk kemahiran, mengemaskinikan pengetahuan secara
berterusan, mendalami dan memahami dengan meluas tentang apa yang mereka ajar
dan menambahkan kesedaran tentang sebab mereka perlu berbuat sesuatu dalam bilik
darjah.
6
Melalui pelaksanaan PBS, didapati guru memperuntukkan masa yang banyak
dalam PBS berbanding tugas mengajar di sekolah. Guru menggunakan masa yang
banyak untuk membina eviden, menanda eviden, merekod eviden, menyimpan
eviden dalam fail serta merekod keputusan. Dapatan kajian Yazi (2006) mendapati
guru menggunakan masa 52.40 jam seminggu bagi melaksanakan tugas akademik
manakala 31.86 jam seminggu bagi tugas bukan akademik. Ini menunjukkan dalam
sehari guru menggunakan lebih 10 jam untuk tugas akademik. Berdasarkan tugas
pengurusan PBS yang banyak seperti mengurus eviden, membuat pentaksiran dan
merekod eviden, maka tugas akademik guru semakin bertambah dan ianya akan
melebihi penggunaan 10 jam sehari berbanding tahun 2006. Ini menyebabkan guru
merasakan masa tidak mencukupi dan menyebabkan guru terpaksa melakukan tugas
sekolah di rumah. Situasi ini mewujudkan beban tugas disebabkan kekurangan masa
untuk melaksanakan semua tugas tersebut.
Guru banyak melaksanakan tugas PBS di luar waktu sekolah iaitu sama ada
di sekolah selepas waktu persekolahan atau di rumah. Ini secara langsung
memberikan tekanan kepada guru untuk menyiapkan segala tugas yang diperolehi.
Disebabkan kesuntukan masa di sekolah, guru selalu membawa kerja sekolah ke
rumah seperti memeriksa kertas pentaksiran, merekod dalam sistem SPPBS,
membina instrumen dan pelbagai lagi. Waktu berkualiti bersama keluarga
kadangkala terpaksa digunakan untuk membuat proses PBS di rumah. Sebagai
contoh ketika hari cuti, kebanyakan guru masih lagi membawa balik kertas ujian,
membuat rekod ujian, membina instrumen ujian, membina lembaran kerja dan lain-
lain. Ini menunjukkan bahawa tugas guru memang tidak dapat diselesaikan
sepenuhnya pada waktu bertugas di sekolah. Guru terpaksa membahagikan kerja
yang utama untuk diselesaikan dan kerja sampingan dilakukan di luar waktu kerja.
Situasi ini menujukkan bebanan tugas wujud dalam PBS sehingga ianya
mengganggu waklu di luar waktu kerja guru.
Dalam pelaksanaan PBS, guru perlu menyedia dan menggunakan pelbagai
alatan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan alatan dalam kaedah
pentaksiran PBS memerlukan guru sendiri menyedia atau menghasilkan bahan bantu
7
mengajar yang sesuai. Guru perlu membuat senarai keperluan dan menyediakan
segala kelengkapan dan peralatan yang diperlukan. Alatan yang pelbagai
memerlukan kemahiran menggunakannya serta kemahiran menghasilkannya jika
tiada di sekolah. Menurut Abd Ghafar (2003), sebagai guru kita perlu bijak memilih
media yang paling sesuai dengan kehendak pelajar dan dapat mencapai objektif-
objektif pengajaran. Proses menghasilkan media seperti lembaran kerja, objek, slaid
tayangan, persembahan powerpoint, video, gambar, dan lain-lain memerlukan
kemahiran guru memanipulasi segala alatan yang sedia ada. Kadang-kadang guru
terpaksa menggunakan wang sendiri untuk membeli bahan keperluan serta
menggunakan barangan peribadi sebagai alat bahan bantu mengajar. Situasi ini
kadang kala meningkatkan kerisauan guru untuk meyediakan pelbagai alatan supaya
sesi pengajaran dan pembelajaran yang direka dapat dijalankan dengan lebih
berkesan.
Melalui sistem PBS, guru dan pihak sekolah terpaksa menyediakan dan
menyenggara fail dan sistem fail yang pelbagai. Setiap orang murid akan
mempunyai satu fail perkembangan. sekiranya jumlah murid tahun satu adalah
seramai 100 orang, maka 100 fail perlu diwujudkan. Ini ditambah dengan satu fail
dinamakan fail showcase setiap kelas dan fail peribadi setiap guru untuk setiap mata
pelajaran. Pihak sekolah terpaksa menyediakan ruang yang besar bagi menyimpan
fail yang akan bertambah seiring dengan pertambahan murid. Guru juga menghadapi
masalah untuk memasukkan eviden ke dalam setiap fail perkembangan murid.
Sebagai contoh bagi guru yang mengajar 4 kelas seminggu dengan purata 35 orang
murid dalam satu kelas, maka guru mesti memasukkan eviden dalam 140 fail setiap
minggu. Penggunaan masa yang banyak diperlukan bagi memasukkan eviden ke
dalam 140 fail murid. Beban tugas serta serta penggunaan masa guru akan
bertambah setiap minggu. Ini dilihat sangat tidak praktikal kerana jangkamasa
memasukkan eviden yang terlalu lama itu boleh digunakan untuk membuat
persediaan tugas pengajaran di dalam kelas.
Peningkatan beban tugas dan tekanan kerja menyebabkan semakin ramai
kalangan guru terdedah kepada risiko mengalami tekanan perasaan (Utusan Malaysia
8
Online, 18 Mei 2009). Peningkatan beban tugas ini menyebabkan ramai pendidik
mengalami tekanan kerana tidak mampu berdepan dengan perkembangan semasa
serta memenuhi kehendak perubahan. Hal ini adalah disebabkan pendidik adalah
insan yang memiliki keupayaan serta kemahiran yang berbeza-beza. Tekanan
berpunca daripada pihak sekolah, rakan sekerja, murid-murid, dan masyarakat yang
inginkan pencapaian yang positif daripada guru. Tekanan ini ditambah dengan
ekspektasi stakeholder yang tinggi yang memberi kesan dalam peningkatan beban
tugas guru. Masyarakat, murid dan kementerian sentiasa berfikir guru mampu
memberikan apa sahaja perkhidmatan kepada murid tanpa memikirkan kesanggupan
dan kekangan masa yang dihadapi oleh guru. Peratusan kadar stress dalam kalangan
pekerja di Malaysia yang telah dicatatkan pada tahun 2011 juga menunjukkan
bahawa guru berada pada tempat keempat dengan peratusan sebanyak 45.8 %
berbanding pekerjaan-pekerjaan yang lain seperti jururawat, doktor dan sebagainya
(Mohd Nasaruddin, 2011). Ini menunjukkan tugas guru bukanlah mudah dan tiada
beban tugas.
Pihak kementerian telah merancang pelbagai program bagi meringankan
beban tugas guru berkaitan PBS di sekolah. Sokongan dari JPN, PPD dan pentadbir
sekolah dalam meringankan beban tugas guru perlu selaras dan boleh membantu
meringankan beban tugas guru. Adakalanya pihak sekolah melakukan aktiviti seperti
motivasi, penggiliran jawatan, post mortem aktiviti yang telah dilaksanakan, dan
lain-lain bagi memastikan guru-guru tidak berasa tertekan di sekolah. Kementerian
memandang serius usaha mengurangkan isu beban tugas guru. Banyak artikel
terpampang di dada akhabar seperti 14 Isu Beban Guru Ditangani(Utusan Online,
17 Mei 2012), Khidmat Pembantu Mampu Atasi Beban Tugas Guru di Sekolah
(Berita Harian Online, 13 Mei 2010), Perdana Menteri Azam Kurangkan Beban
Guru (Utusan Online, 8 Februari 2013), Sokongan Sosial Bantu Kurangkan Beban
Guru (Utusan Online, 24 Januari 2008) dan sebagainya. Perubahan, aktiviti,
program, insentif yang diberikan kepada guru dilihat kurang memberi kesan yang
banyak dan mampu mengurangkan beban tugas guru kerana dilihat semakin banyak
jawatan dan tugas baru diwujudkan dari masa ke masa. Maka keberkesanan usaha
yang telah dilakukan dilihat masih lagi tidak mampu mengurangkan beban tugas
guru secara menyeluruh.
9
Penerimaan ibu bapa tentang konsep dan penerimaan pelaksanaan PBS
sedikit sebanyak menimbulkan kerisauan kepada guru. Guru selalu mendapat
rungutan ibu bapa berkenaan kemajuan dan kedudukan pencapaian anak-anak
mereka di sekolah. Ibu bapa beranggapan pembelajaran tanpa peperiksaan boleh
menimbulkan kesan yang negatif terhadap fokus dan matlamat murid-murid di
sekolah. Selain guru, para ibu bapa juga perlu diberikan pemahaman yang jelas
mengenai perlaksanaan PBS agar tidak timbul kecelaruan dengan membuat
tanggapan negatif terhadap sistem pembelajaran baharu itu (Utusan Online, 22
Oktober 2012). Tanggapan negatif dan ketiadaan kerjasama dari masyarakat
membuatkan guru rasa tertekan dengan pelaksanaan PBS kerana ibu bapa kurang
memberi sokongan moral terhadap anak-anak dan sistem pentaksiran baru ini.
Pelaksanaan sistem PBS atas talian iaitu Sistem Pengurusan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (SPPBS) didapati meningkatkan kerisauan dan seterusnya
meningkatkan beban tugas guru di sekolah. Guru dikehendaki merekod setiap
instrumen yang dijalankan di sekolah. Minimum satu ujian dijalankan bagi setiap
mata pelajaran untuk seminggu. Maka guru perlu memasukkan rekod pentaksiran
secara rutin setiap minggu. Masalah yang timbul adalah tiada panduan pengguna
untuk menggunakan sistem yang digunakan. Guru terpaksa memahirkan diri
menggunakan sistem dan membuat kemasukan rekod. Guru juga menghadapi
masalah akibat capaian internet yang lemah serta kesesakan sistem yang berlaku
hampir setiap masa. Adakalanya guru terpaksa bangun di awal pagi semata-mata
untuk memasukkan rekod pentaksiran dalam SPPBS. Akibat kesesakan sistem atas
talian, guru sering memasukkan rekod pentaksiran di rumah dan ini mengganggu
masa berkualiti guru bersama keluarga masing-masing. Capaian Sistem Pengurusan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) sering tergendala dan sukar diakses oleh
guru adalah disebabkan bilangan pengguna mencecah 40,000 orang dalam satu-satu
masa (Utusan Online, 7 November 2012).
Prestasi pencapaian KSSR dan pentaksiran PBS yang dijalankan bergantung
kepada tahap kesediaan guru dan sekolah sepenuhnya. Kajian oleh Sanitah dan
Norsiwati (2012) terhadap kesediaan guru matematik melaksanakan KSSR di daerah
10
Kluang, Johor, mendapati bahawa tahap kesediaan minat guru, sikap guru dan
kemahiran guru adalah pada tahap yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa kesediaan
minat dan sikap guru yang positif mengajar KSSR akan memberikan impak yang
berkesan dalam proses pelaksanaan KSSR. Guru perlu bersedia dari semua segi dan
bersedia mengorbankan masa, tenaga dan kepentingan diri dalam melaksanakan
KSSR dan PBS. Ini kerana kurikulum baru dan sistem pentaksiran baru selalunya
terdapat banyak kelemahan dan penambahbaikan akan sentiasa berlaku sehingga
sampai satu tahap kesempurnaan dicapai. Oleh itu guru perlu bersedia untuk berubah
mengikut ketetapan baru serta bersedia memperbaiki kelemahan diri.
1.3 Penyataan Masalah
Beban tugas guru yang berlaku adalah berbeza dari segi gred sekolah dan
matlamat sekolah. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kelainan ini seperti
beban kerja guru, latar belakang guru, dasar semasa, gaya pentadbiran, ciri-ciri guru,
disiplin pelajar, penyertaan masyarakat dan persekitaran, matlamat sekolah dan
sebagainya. Faktor tersebut saling berkaitan dan memberi kesan secara langsung
terhadap situasi di sekolah dan warganya.
Tugas guru masa kini amat berbeza dengan tugas guru 20 tahun yang lepas.
Masa kini guru selain mengajar dilibatkan dengan pelbagai tugas berkaitan
kurikulum, pentadbiran, perkeranian, hal ehwal murid dan sebagainya. Terdapat
banyak kajian yang menunjukkan wujudnya beban tugas berlaku pada guru. Dapatan
kajian Yazi (2006) menunjukkan guru menggunakan masa sebanyak 84 jam
seminggu dalam bidang akademik sahaja. Ini jelas melebihi 48 jam yang
diperuntukkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO). Selain itu dapatan Tan
Lay Sim (2012) mendapati beban tugas guru adalah pada tahap yang tinggi dengan
nilai min 4.04 bagi bidang Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum. Ini juga
selaras dengan dapatan kajian Azita (2012) juga mendapati tahap beban tugas yang
tinggi bagi guru dengan nilai min 3.80 bagi bidang pentadbiran, bidang pengajaran
dan pengurusan kelas serta bidang tugasan sampingan. Pelaksanaan KSSR dan
11
proses PBS yang dijalankan meningkatkan lagi peluang kenaikan beban tugas guru di
sekolah. Penglibatan guru dalam pelbagai tugas dan menggunakan masa yang lama
dalam PBS ini sedikit sebanyak mempengaruhi komitmen guru terhadap sekolah. Ini
secara langsung mempengaruhi prestasi akademik pelajar dan prestasi guru
khususnya. Ini ditambah lagi dengan harapan yang tinggi terhadap guru untuk
melaksanakan tugas dan mencapai objektif KSSR dan PBS daripada stakeholder
iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN),
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), ibu bapa serta masyarakat. Situasi ini
menyebabkan tekanan dan beban tugas guru bertambah.
Guru di Sekolah Kebangsaan menyatakan mereka sering melaksanakan
pelbagai tugas berkaitan dengan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
seperti membuat eviden, menanda eviden, merekod eviden, dan menyimpan eviden
dalam fail murid yang banyak. Ini kerana pengurusan tugas tersebut memerlukan
penggunaan masa yang agak lama dan kemahiran yang tinggi. Sebagai contoh jika
guru mengajar 4 kelas yang purata murid seramai 35 orang. Guru perlu mengurus
eviden minimum sebanyak 140 seminggu. Ini belum termasuk kerja menanda buku
latihan atau buku aktiviti. Ini ditambah lagi dengan guru perlu merekabentuk eviden
yang berlainan mengikut tahap keupayaan murid dalam setiap kelas. Ini
menyebabkan mereka kekurangan masa untuk membuat persediaan untuk mengajar
di sekolah. Kadangkala tugas-tugas tersebut perlu dilakukan secara mendadak dan
segera. Satu kajian oleh Azizi, Tee & Sharifudin (2010) di 9 buah sekolah teknik di
Johor mendapati bahawa faktor beban kerja adalah faktor kedua tertinggi bagi stress
di kalangan guru dengan skor min 3.00. Manakala dapatan kajian Raja Maria di
sekolah menengah di Pasir Puteh mendapati faktor kekangan masa merupakan skor
min tertinggi (2.66) diikuti dengan faktor beban tugas (2.58) bagi mengkaji faktor
yang mendorong tekanan kerja di kalangan guru-guru. Dapatan tersebut
menunjukkan faktor kekangan masa dan beban tugas mampu mempengaruhi
komitmen guru dalam menjalankan tugas mereka di sekolah.
Ramai guru di Sekolah Kebangsaan merungut mengenai beban jawatan dan
tugas yang perlu dilakukan di sekolah berkaitan dengan PBS. Pelaksanaan PBS
12
menambah tugas guru dalam bidang pengajaran dan pentaksiran murid (Azuan Md
Noh, komunikasi peribadi, 12 Ogos 2013). Semua tugas yang ditanggung oleh guru
telah ditentetukan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan ianya terkandung
dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2007. Guru Besar sebagai
pentadbir pula berdasarkan surat lantikan sebagai ketua jabatan berhak untuk
melantik guru untuk menjalankan tugas-tugas di sekolah. Guru di Sekolah
Kebangsaan merungut kerana proses pentaksiran baru iaitu PBS adalah terlalu
banyak dan berbeza dengan pentaksiran sedia ada. Maka wujud perbezaan tugas di
antara guru yang terlibat dengan kurikulum baru KSSR dengan kurikulum lama
KBSR. Ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati kerana pembahagian tugas yang
dirasakan tidak adil. Guru-guru yang dipilih mengajar KSSR dan PBS dipilih tanpa
melihat kesediaan guru dari segi kemahiran dan kemampuan guru. Pihak pentadbir
memilih guru berdasarkan keperluan dan mengharapkan guru berusaha untuk
melengkapkan diri sendiri sebagai langkah persediaan menghadapi cabaran KSSR
dan PBS. Pentadbir memilih guru matapelajaran PBS tanpa melihat kemahiran guru,
tetapi melihat matapelajaran asal semasa guru sahaja (Juliana Ahmad, komunikasi
peribadi, 12 Ogos 2013).
Banyak program dan aktiviti yang telah dilakukan oleh pihak kementerian,
JPN, PPD dan sekolah bagi menangani isu beban tugas guru berkaitan PBS di
sekolah. Jawatankuasa Kerja Pelaksana Menangani Isu Tugas Guru sedang
melaksanakan 28 perakuan bagi menangani 14 isu yang memberi kesan terhadap
beban tugas guru termasuk memperkenalkan sistem tunggal kemasukan data (Utusan
Online, 17 Mei 2012). Akan tetapi guru di Sekolah Kebangsaan banyak mengatakan
aktiviti yang dijalankan masih tidak mampu menangani atau menyelesaikan isu
beban tugas guru seperti yang diharapkan. Sekolah telah mengadakan aktiviti seperti
latihan dalam perkhidmatan, ceramah, mesyuarat, dan lain-lain bertujuan untuk
mengurus isu PBS. Menurut Akhiar et al. (2012), satu cara untuk terus seiring
dengan perubahan dan perkembangan semasa adalah dengan mengikuti latihan dalam
perkhidmatan. Guru-guru di Sekolah Kebangsaan banyak menyatakan latihan dalam
perkhidmatan yang dijalankan di sekolah tidak memberikan banyak input maklumat,
kemahiran atau sokongan yang diperlukan bagi menjalankan tugas. Pihak sekolah
banyak merangka latihan secara tangkap muat dan tidak berdasarkan keperluan
13
semasa guru-guru. Maka dilihat kepentingan program yang dijalankan perlulah
ditentukan dan dinilai dari masa ke masa berdasarkan keperluan semasa setiap
sekolah.
Oleh itu, kajian ini dibuat untuk mengenalpasti tahap beban tugas berkaitan
PBS dalam kalangan guru sekolah kebangsaan di daerah Muar. Beban tugas guru
cuba dikaji dari segi aspek pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS),
keberkesanan program dan aktiviti berkaitan PBS dan cadangan penambahbaikan
akan dikemukakan untuk mengurangkan beban tugas guru.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk:
i) Mengenal pasti tahap beban guru yang dihadapi dalam aspek pelaksanaan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
ii) Mengetahui sama ada terdapat perbezaan beban tugas guru di antara dua
kategori sekolah yang dikaji (Bandar dan Luar Bandar).
iii) Mengemukakan cadangan supaya beban tugas di kalangan guru dalam aspek
PBS di Sekolah Kebangsaan dapat dikurangkan.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini bertujuan mencari jawapan kepada beberapa persoalan di bawah:
14
i) Apakah tahap beban tugas guru dalam aspek pelaksanaan PBS di Sekolah
Kebangsaan daerah Muar?
ii) Apakah tahap halangan-halangan dalam pelaksanaan PBS di Sekolah
Kebangsaan daerah Muar?
iii) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek pengurusan PBS dalam
pelaksanaan PBS antara sekolah Bandar dan Luar Bandar?
iv) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek kemahiran pelaksanaan
PBS dalam pelaksanaan PBS antara sekolah Bandar dan Luar Bandar?
v) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek halangan pelaksanaan
PBS dalam pelaksanaan PBS antara sekolah Bandar dan Luar Bandar?
vi) Bagaimanakah guru-guru berupaya untuk menangani masalah yang dihadapi
dalam pelaksanaan PBS di Sekolah Kebangsaan?
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini dijalankan di kalangan guru-guru Sekolah Kebangsaan kategori
Berprestasi Tinggi, Bandar dan Luar Bandar di daerah Muar, Johor. Kajian ini
dijalankan bagi mengenalpasti sejauh mana beban tugas seorang guru dan cadangan
program atau aktiviti bagi mengatasi masalah beban tugas yang dihadapi di kalangan
guru. Di samping itu, cadangan penambahbaikan berkenaan aktiviti serta program
yang sesuai dijalankan juga dikemukakan supaya dapat mengatasi masalah beban
tugas guru berdasarkan dapatan yang diperolehi. Diharap cadangan aktiviti tersebut
dapat dijalankan di semua peringkat institusi pendidikan seterusnya dapat
mengurangkan ketidakselesaan guru dalam menghadapi ketegangan dan konflik
dalam pekerjaan. Kajian ini dijalankan sebagai panduan dan rujukan kepada mereka
yang terlibat dengan bidang pendidikan iaitu Kementerian Pelajaran, pihak pentadbir,
15
semua lapisan guru dan pihak-pihak lain. Dengan adanya kajian ini, ianya sedikit
sebanyak membantu kita melihat dengan lebih jelas lagi senario beban tugas guru
berkaitan PBS yang berlaku di sekolah rendah dan mengatasinya.
1.6.1 Kementerian Pelajaran
Hasil kajian ini dapat memberi gambaran kepada pihak kementerian tentang
beban tugas dan tekanan kerja yang sering dihadapi oleh para guru pada masa kini
berkaitan PBS. Di samping itu, kajian ini dapat memberi garis panduan kepada
pihak kementerian dalam mengkaji semula tentang tugas guru yang sepatutnya
dijalankan oleh para guru dan seterusnya dapat mengurangkan beban tugas guru.
Dengan ini membolehkan para guru mempunyai lebih banyak masa untuk memberi
tumpuan kepada aspek pengajaran dan pembelajaran di sekolah pada setiap masa hari
persekolahan. Pihak kementerian juga dapat menyemak semula norma perjawatan
guru dan mengenal pasti keadaan bekerja guru mengikut lokasi, jenis dan saiz
sekolah. Maklumat ini penting supaya pembuat dasar dapat menentukan pendekatan
yang terbaik bagi menangani masalah guru di sekolah.
1.6.2 Pihak Pentadbir
Hasil dapatan kajian ini dapat memberi petunjuk atau maklumat sebenar
kepada pihak pentadbir, khususnya Guru Besar tentang tahap beban tugas yang
ditanggung oleh guru di bawah seliaan berkaitan dengan pelaksanaan PBS di
sekolah. Dapatan ini diharap memberi panduan kepada guru besarsemasa mengambil
tindakan yang bersesuaian berkaitan PBS. Pihak pentadbir haruslah memberikan
sesuatu tugas kepada guru mengikut keupayaan dan kebolehannya. Peningkatan
kemahiran dan pengetahuan guru-guru perlu diambilkira dan dititikberatkan dalam
pelaksanaan PBS supaya tugas yang dilaksanakan berjalan lancar. Peningkatan
profesionalisme guru perlu seiring dengan perubahan sistem pendidikan negara.
16
Pihak pentadbir diharapkan mengambil perhatian terhadap sebarang penambahan
tugas guru supaya tidak terlalu membebankan sehingga mengganggu tugas
pengajaran dan pembelajaran. Selain itu halangan dalam pelaksanaan PBS dapat
dikenalpasti dan di kurangkan di sekolah. Cadangan penambahbaikan akan
disarankan kepada Guru Besar melalui JPN untuk mengurangkan atau mengatasi isu
berkaitan dengan beban tugas guru terutamanya dengan isu pelaksanaan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah di Sekolah Kebangsaan.
1.6.3 Guru-guru
Hasil dapatan kajian ini dapat membantu para guru mengenalpasti tugas-tugas
yang memberikan beban tugas dan tugas utama berkaitan dengan PBS yang
seharusnya dilakukan oleh mereka di sekolah. Guru-guru memahami bahawa beban
tugas adalah suatu keadaan yang mesti berlaku dalam suasana pekerjaan yang
semakin mencabar. Guru mesti diberi peluang untuk mengurangkan tugas-tugas
rencam yang boleh mengganggu tumpuan serta perhatian dalam menjalankan tugas
utama sebagai pendidik kepada generasi muda akan datang.
Kajian ini diharapkan dapat memberi peluang kepada guru-guru di Sekolah
Kebangsaan untuk menyatakan pendapat serta perasaan guru berkenaan pelaksanaan
dan tugas-tugas berkaitan PBS di sekolah. Tugas PBS dilaksanakan oleh guru tanpa
rasa jemu dan menganggapnya sebagai suatu amanah tugas dalam bidang
pendidikan. Cabaran guru dalam bidang pelaksanaan pentaksiran baru melibatkan
pelbagai tugas yang banyak perlu dilihat dari sudut pembangunan guru.
Pembangunan guru penting bagi memastikan kemahiran dan pengetahuan guru
sentiasa relevan dan seiring dengan perkembangan pendidikan. Apabila kemahiran
guru meningkat, tugas dapat dilaksanakan dengan lebih baik seterusnya
mengurangkan beban tugas guru di sekolah.
17
Selain itu, para guru seharusnya sedar betapa pentingnya pelaksanaan dan
pembaharuan tugas guru disekolah. Pembaharuan penting bagi menjadikan pelajar
dapat menempuh alam persekolahan serta memperolehi ilmu yang bersesuaian
kehendak semasa. Produk guru merupakan murid-murid, maka pembaharuan sistem
pendidikan perlu dilakukan dari masa ke masa supaya murid mampu bersaing dalam
dunia moden ini. Tugas yang diberikan pada guru perlu dicari penyelesaian
dimudahkan proses pelaksanaan dan bukannya menolah tugas tersebut jika banyak
halangan dan masalah yang timbul. Kepuasan kerja dalam tugas dapat ditingkatkan
jika beban tugas guru dapat dikurangkan.
1.6.4 Pihak-pihak lain
Kajian ini diharap dapat memberi gambaran kepada masyarakat mengenai
beban tugas guru berkaitan tugas dalam pelaksanaan PBS di sekolah. Gambaran
beban tugas PBS mampu memberi penerangan tentang proses pelaksanaan PBS yang
melibatkan murid di sekolah. Dapatan ini diharap memberi peluang kepada ibu bapa
dan masyarakat implikasi beban tugas guru terhadap sistem pendidikan negara.
Sokongan masyarakat dan semua pihak amat penting terhadap guru dalam
melaksanakan tugas dalam bidang pendidikan yang semakin mencabar ini. Dengan
itu, diharapkan masyarakat dapat bersama-sama memahami dan menyokong
penggerak sistem pendidikan dalam mempertingkatkan kualiti pendidikan murid-
murid.
1.7 Skop Kajian
Kajian ini difokuskan berkenaan beban tugas guru Sekolah Kebangsaan (SK)
dalam aspek Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Kajian akan melihat beban
tugas utama yang dihadapi oleh guru di sekolah berkaitan aspek PBS. Selain itu, ia
juga adalah untuk mengetahui pandangan guru bagaimanakah mengatasi masalah-
18
masalah dalam pelaksaaan PBS bagi mengatasi beban tugas di sekolah rendah di
samping mendapat cadangan penambahbaikan bagi mengurangkan masalah beban
tugas tersebut.
Kajian dijalankan hanya di Sekolah Kebangsaan (SK) di daerah Muar sahaja.
Kajian tidak melibatkan responden dari Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) di daerah
Muar. Maka, kajian tidak menggambarkan keseluruhan tahap beban tugas yang
dihadapi di semua sekolah negeri Johor.
1.8 Batasan Kajian
Kajian ini hanya dijalankan ke atas guru di Sekolah Kebangsaan (SK) di
daerah Muar berkaitan beban tugas PBS dan cadangan aktiviti atau program bagi
mengurangkan beban tugas PBS terhadap guru di sekolah mereka. Pihak pentadbir
tidak terlibat dalam kajian ini. Data-data yang dikumpul adalah berdasarkan borang
soal selidik yang diedarkan kepada semua guru terlibat dengan PBS di Sekolah
Kebangsaan (SK) daerah Muar. Maka, dapatan yang diberikan oleh guru adalah
bergantung kepada keikhlasan mereka semasa menjawab soal selidik yang
dikemukakan.
Selain itu, kajian ini hanya dijalankan ke atas guru PBS mata pelajaran di
Sekolah Kebangsaan (SK) daerah Muar sahaja. Kajian ini tidak melibatkan guru-
guru di sekolah menengah. Maka data yang diperolehi tidak boleh digeneralisasikan
kepada semua sekolah di daerah Muar.
19
1.9 Definisi Istilah/ Operasional
1.9.1 Beban Tugas Guru
Menurut Kamus Dewan (2010), beban membawa maksud tanggungan
(kewajiban) yang berat. Manakala perkataan tugas pula memberi makna kepada
kewajiban sesuatu kerja atau tanggungjawab yang mesti dilaksanakan dan sesuatu
yang ditentukan untuk dikerjakan. Guru pula memberi makna orang yang mengajar,
sebagai pendidik, pengajar atau pengasuh.
Tugas guru adalah merujuk kepada tugas guru dalam pelaksanaan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah yang dinyatakan dalam Panduan Pengurusan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) yang dikeluarkan pada tahun 2012. Secara khusus, tugas
PBS meliputi tugas pentaksiran dan pelaporan pentaksiran dalam sistem SPPBS.
Beban tugas guru dalam pelaksanaan PBS merujuk tugas rencam dalam
pelaksanaan PBS sepanjang tahun serta aktiviti berkaitan yang ditetapkan oleh
Lembaga Peperiksaan Malaysia yang perlu dilaksanakan oleh seorang guru setiap
hari sepanjang sesi persekolahan. Ini bermakna tugas guru semakin bertambah
dengan bilangan pentaksiran dilakukan sepanjang tahun, pembinaan bahan
pentaksiran serta proses menyimpan rekod pentaksiran. Ia berbeza dengan sistem
berorientasikan peperiksaan yang melaksanakan peperiksaan empat kali sahaja
setahun.
Dalam konteks kajian ini, beban tugas guru merujuk kepada tanggungjawab
yang mesti dilaksanakan oleh seseorang guru dalam pelaksanaan PBS yang berkaitan
dengan aspek pengurusan, kemahiran pelaksanaan dan halangan pelaksanaan PBS.
20
1.9.2 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai
aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor (jasmani) dan sosial
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PBS ini mentaksir proses dan
produk secara formatif dan sumatif iaitu mengamalkan konsep assessment for
learning dan assessment of learning. PBS mentaksir bidang akademik dan bidang
bukan akademik. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan oleh
pihak sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga
Peperiksaan. Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan
akademik. Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan
Pentaksiran Pusat (PP), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada
Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum (PAJSK). Dalam konteks kajian ini, kajian dilakukan keatas proses
kerja pelaksanaan komponen PBS iaitu pentaksiran sekolah. Kajian melibatkan
proses pembinaan bahan, pentaksiran dan merekod eviden pentaksiran.
1.9.3 Halangan Pelaksanaan PBS
Halangan bermaksud aral, gangguan, rintangan dan tegahan dalam
melaksanakan sesuatu perkara (Kamus Dewan, 2010). Halangan dalam pelaksanaan
PBS meliputi kekurangan atau kekangan seperti peruntukan, rujukan, bahan, alatan
dan infrastruktur dalam melaksanakan PBS di Sekolah Kebangsaan. Halangan yang
wujud menjadikan guru-guru menghadapi masalah dalam menjalankan tugas PBS
dengan baik dan berkesan. Halangan yang wujud menimbulkan tekanan dalam
pelaksanaan tugas guru di sekolah dan ini menimbulkan situasi beban tugas terhadap
guru. Maka kajian ini memberi tumpuan terhadap aspek keperluan yang disediakan
oleh pihak sekolah dan kementerian dalam memastikan PBS dijalankan dengan baik
dan menepati piawai Lembaga Peperiksaan.
21
1.9.4 Kemahiran Pelaksanaan PBS
Pelaksanaan PBS di sekolah memerlukan pelbagai kemahiran dan kebolehan
guru di sekolah. Pelaksanaan PBS memerlukan guru memahirkan diri dari segi
pelaksanaan, mengurus bahan yang digunakan serta aplikasi yang terlibat dalam
PBS. Guru perlu kemahiran memanipulasi pelbagai bahan dalam membina fail,
bahan pentaksiran, pelbagai rekod dan penyimpanan bahan yang digunakan. Guru
juga diukur dalam kemahiran mengaplikasi dan menggunakan peralatan serta
perisian ICT. Kemahiran tersebut penting bagi guru membina eviden dalam PBS
serta menyimpan rekod secara online. Kemahiran yang diukur dalam kajian ini
melibatkan kemahiran diri guru dalam menggunakan peralatan, kemahiran iCT,
pengurusan masa dan pelbagai sumber bagi memastikan PBS dapat dilaksnakan
dengan berkesan terhadap murid di Sekolah Kebangsaan.
1.9.5 Sekolah Kebangsaan
Sekolah Kebangsaan (SK) merujuk kepada sekolah rendah kerajaan yang
menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Ia merupakan institusi
pendidikan asas bagi kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun. Dalam kajian ini,
Sekolah Kebangsaan (SK) merujuk kepada dua jenis kategori sekolah, iaitu Sekolah
Kebangsaan kategori Bandar dan Luar Bandar.
1.10 Kesimpulan
Beban tugas guru yang banyak sering menimbulkan keresahan dan stress di
kalangan guru-guru. Terdapat pelbagai tugas dan komitmen yang perlu dilaksanakan
oleh guru-guru di sekolah dan di luar sekolah. Kepercayaan dan harapan yang tinggi
dari kementerian, JPN, PPD dan pihak sekolah terhadap prestasi guru sedikit
sebanyak meningkatkan keresahan dan tekanan terhadap guru. beban tugas ini
22
bertambah dengan harapan semua stakeholder terhadap keupayaan guru
menyelesaikan semua tugas dengan segera, berkesan dan berupaya membawa
kejayaan kepada sekolah.
Oleh itu kerjasama pelbagai pihak diperlukan untuk membantu guru
menangani masalah beban tugas guru dengan memberi sokongan serta kepercayaan
kepada guru dalam menjalankan tugas mereka di sekolah. Kebajikan dan luahan guru
perlu diambil berat supaya pembangunan dan objektif kerajaan mewujudkan negara
maju dapat dicapai dengan jaya dan berterusan.