Upload
others
View
31
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
BELAJAR UNTUK MENGAJAR DALAM KALANGAN GURU PELATIH, JABATAN
PENDIDIKAN TEKNIK DAN KEJURUTERAAN (JPTK), FAKULTI PENDIDIKAN
KETIKA LATIHAN MENGAJAR
NUR HANI BINTI ABD HALIM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
ii
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL :
SESI PENGAJIAN : 2010/2011
Saya NUR HANI BINTI ABD HALIM
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja
Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran
antara institusi pengajian tinggi.
** Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di
dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972).
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap :
Tarikh: 12 MEI 2011 Tarikh: 12 MEI 2011
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai
SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan PSM.
PSZ 19:16(Pind. 1/97)
BELAJAR UNTUK MENGAJAR DALAM KALANGAN GURU
PELATIH, JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN
KEJURUTERAAN (JPTK), FAKULTI PENDIDIKAN KETIKA
LATIHAN MENGAJAR
(HURUF BESAR)
DR. MOHD ZOLKIFLI BIN ABD. HAMID
(NAMA PENYELIA) NO: 10,
KAMPUNG SANGGANG,
28020 TEMERLOH,
PAHANG DARUL MAKMUR
iii
“Saya akui telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai skop
dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup).”
Tandatangan :
Nama Penyelia :
Tarikh : 12 MEI 2011
i
BELAJAR UNTUK MENGAJAR DALAM KALANGAN GURU PELATIH, JABATAN
PENDIDIKAN TEKNIK DAN KEJURUTERAAN (JPTK), FAKULTI PENDIDIKAN
KETIKA LATIHAN MENGAJAR
NUR HANI BINTI ABD HALIM
Laporan Projek ini Dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2011
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :
Nama Penulis : NUR HANI BINTI ABD HALIM
Tarikh : 12 MEI 2011
iii
DEDIKASI
Ku abadikan buat insan-insan istimewa dalam hidupku….
Teristimewa buat abah (Abd Halim bin Mohamed) dan mak (Hamidah binti Yunus)
yang selalu mendoakan kejayaan kepada diri ini.
Tiada apa yang dapat kuucapkan hanya restu kalian berdua mengiringi setiap detik
perjalanan hidupku
Buat ahli keluarga yang tersayang (Along, Eddy, Jija & Gina) yang selalu memberi
semangat kepada diri ini dan tidak putus-putus mengajarku erti kesabaran dan
ketabahan.
Buat penyelia yang dihormati lagi disayangi
Dr. Mohd Zolkifli bin Abd. Hamid
Segala butir jasamu serta tunjuk ajarmu akan kekal sehingga selama-lamanya
Tidak dapatku balas dengan apa-apa selain kejayaanku
Hanya Allah s.w.t sahaja yang hanya dapat membalas segala keperitan dan kepayahan
dalam mengajarku
Buat sahabat handai, rakan-rakan 4 SPH yang tidak putus-putus memberi kata
semangat dalam menempuh pelbagai dugaan dan cabaran sepanjang membuat kajian
ini.
Persahabatan ini adalah suatu perjalanan yang tidak akan berakhir…
Semoga kalian semua diberkati dan dirahmati oleh Allah s.w.t hendaknya.
Wassalam.
iv
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya telah berjaya
saya menyiapkan kajian ini seperti yang dikehendaki.
Di sini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima
kasih yang tidak terhingga kepada penyelia Projek Sarjana Muda Dr. Mohd Zolkifli bin
Abd. Hamid di atas bimbingan, tunjuk ajar dan dorongan yang beliau berikan sepanjang
tempoh untuk saya menyiapkan projek ini. Begitu juga jutaan terima kasih kepada
individu-individu yang terlibat dalam menyiapkan kajian ini sama ada secara langsung
atau tidak langsung.
Disini saya juga, ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
kepada rakan-rakan seperjuangan atas segala sumbangan idea, dorongan, nasihat dan
sebagainya yang telah dikongsi bersama. Walaupun pelbagai dugaan dan cabaran yang
ditempuhi namun, akhirnya dapat juga saya menyiapkan kajian ini.
Kepada semua yang terlibat, hanya Allah s.w.t yang mampu membalas jasa
kalian semua dan jasamu akan ku kenang sampai bila-bila dan semoga ilmu yang
terkandung di dalam kajian ini, dapat memberikan manfaat dan ilmu kepada semua.
Amin.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan meneroka peranan penyelia dalam membantu GP belajar
untuk mengajar dan mengetahui sumber pembelajaran bagi GP. Kajian ini turut
mengkaji teknik/kaedah belajar GP ketika latihan mengajar. Kaedah temu bual
berstruktur telah diguna pakai dalam pengutipan data, seterusnya data dianalisis dan
direkodkan secara manual. Kaedah persampelan non probability digunakan dalam
penyelidikan ini. Oleh kerana kajian ini melibatkan tinjauan cara belajar untuk mengajar
dalam kalangan guru pelatih yang mendapat keputusan yang cemerlang ketika latihan
mengajar, maka kaedah persempelan bertujuan (purposive sampling) telah digunakan.
Seramai empat orang partisipan terlibat dalam kajian ini. Responden yang terlibat dalam
kajian ini merupakan pelajar tahun akhir yang telah menjalani Latihan Mengajar.
Penyelia amat berperanan dalam membantu GP dari segi tunjuk ajar dan teguran. Selain
itu hubungan yang baik antara GP dan penyelia serta pada masa yang sama penggunaan
bahan rujukan tambahan dari buku-buku dan internet turut menyumbang dalam
pembelajaran mereka. Infrastruktur yang baik serta peralatan pengajaran dan
pembelajaran yang mencukupi serta lengkap juga antara faktor penyumbang ke arah
pembelajaran GP. Disamping itu, GP mencontohi pengajaran mantan guru iaitu
berdasarkan pengalaman GP terdahulu ketika belajar di sekolah. Manakala, belajar cara
mengajar GP dipengaruhi juga oleh pembelajaran melalui subjek pengajaran micro dan
kesilapan-kesilapan sendiri. GP perlulah lebih proaktif dalam usaha untuk memperkaya
ilmu berkenaan dengan cara mengajar supaya GP dapat mencapai kecekapan mengajar
yang optimum.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study is to explore the role of supervisors in helping the GP
in learning to teach and to know the sources of learning for the GP. This study also
reviews the techniques / methods of teaching and learning during teaching practice.
Structured interview was used in the collection of data, so data were analyzed and
coded manually. Non probability sampling methods was used in this research. Since this
study involves the review of learning to teach among student teachers who excelled
during teaching practice, the purposive sampling method were used. Four participants
participate in this study. Respondents who participated in this study are among final
year students. Supervisor performs as an instrumental in helping GP in terms of
guidance and comment. Maintain a good relationship between the GP and supervisor,
and as well as make use of references material from the books and the Internet have also
contributed in their learning process. An adequate infrastructure and equipment of
teaching and learning also play an important role in GP learning to teach process. In
addition, GP also tend to imitate the instruction of their former teachers. Meanwhile, GP
learning is influenced by learning through micro teaching subjects and their own
mistakes. GP should be more proactive in its effort to learn about teaching skills in
order to enable the student teachers master an optimum instructional competency.
KANDUNGAN
BAB TAJUK HALAMAN
TAJUK TESIS i
DEKLARASI ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.7 Batasan Dan Skop Kajian 9
1.8 Definasi Terminology 10
1.8.1 Pembelajaran Cara Mengajar 10
1.8.2 Latihan Mengajar 11
1.8.3 Guru Pelatih 11
1.9 Penutup 11
2 TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 12
2.2 Pembelajaran 12
2.3 Gaya Pembelajaran 15
2.4 Teori Pembelajaran 15
2.4.1 Mazhab Behaviorisme 16
2.4.1.1 Teori Pelaziman Klasik Pavlov 16
2.4.2 Mazhab Kognitif 17
2.4.3 Teori Pembelajaran Persekitaran 17
2.4.4 Teori Pembelajaran Berasaskan Pengalaman 17
2.4.5 Blended Learning 20
2.4.6 Work-Based Learning
2.5 Sumbangan Penyelia
2.6 Sumber Tambahan
2.7 Teknik/Kaedah Belajar
20
21
21
22
2.8 Penutup 23
3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 24
3.2 Kaedah Memilih Sampel 25
3.3 Kaedah Temubual Dan Semakan Dokumen Sebagai Kaedah
Penyelidikan
26
3.4 Prosedur Dan Langka-Langkah Pengumpulan Data 27
3.5 Kajian Rintis 27
3.6 Kajian Sebenar 28
3.7 Analisis Data
3.8 Semakan Dokumen
29
30
3.8 Penutup 32
4 ANALISIS DATA
4.1 Pendahuluan 33
4.2 Latar Belakang Responden 33
4.3 Rumusan Responden 35
4.4 Penyelidik 36
4.5 Semakan Dokumen 37
4.6 Dapatan Temubual Dan Semakan Dokumen 37
4.7 Temubual 37
4.7.1 Persoalan Kajian 1 38
4.7.2 Persoalan Kajian 2 41
4.7.3 Persoalan Kajian 3 46
4.8 Semakan Dokumen 47
4.9 Penutup 47
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Rumusan 48
5.2 Persoalan Kajian Pertama 49
5.3 Persoalan Kajian Kedua 52
5.4 Persolan Kajian Ketiga 56
5.5 Perbincangan 57
5.6 Cadangan 59
5.7 Penutup 60
RUJUKAN
LAMPIRAN
61
65
xii
SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK HALAMAN
1.1 Jadual keputusan LM sesi 2009/2010 1 bagi SPH, SPE dan
SPJ.
6
4.1 Ringkasan Temubual FSP-HUB 38
4.2 Ringkasan Temubual FSP-TGR 39
4.3 Ringkasan Temubual FSP-BNT 40
4.4 Ringkasan Temubual FST-SBR 41
4.5 Ringkasan Temubual FSP-INF 42
4.6 Ringkasan Temubual FSP-ALT 43
4.7 Ringkasan Temubual FTK-PGL 44
4.8 Ringkasan Temubual FTK-MIC 45
4.9 Ringkasan Temubual FTK-SLP 46
xiii
SENARAI RAJAH
RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Model Reflektif Pemikiran Dan Tindakan 19
3.1
3.2
Prosedur Pengumpulan Data
Prosedur Kajian
30
31
4.1 Faktor Sumbangan Penyelia (FSP) 38
4.2 Faktor Sumber Tambahan (FST) 41
4.3 Faktor Teknik/Kaedah (FTK) 46
xiv
SENARAI LAMPIRAN
BIL LAMPIRAN HALAMAN
1 Lampiran I (Protokol Temubual) 65
2 Lampiran II (Borang Catatan Temubual) 66
3
4
Lampiran III
Lampiran IV
(Interpretasi Kod)
Surat Kebenaran
67
68
5 Lampiran V (Rancangan Mengajar)
- Bahagian Refleksi Diri GP1
- Bahagian Refleksi Diri GP2
- Bahagian Refleksi Diri GP3
- Bahagian Refleksi Diri GP4
69
xiv
SENARAI SINGKATAN
FP Fakulti pendidikan
GP Guru pelatih
JPTK Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan
KPM Kementerian Pendidikan Malaysia
LM Latihan Mengajar
PK Penyelidik
P&P Pengajaran dan pembelajaran
SPH Sarjana pendidikan kemahiran Hidup
UTM Universiti teknologi Malaysia
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan institut pengajian tinggi yang
merupakan salah sebuah pusat pengajian tinggi yang menghasilkan guru dalam bidang
teknikal dan vokasional. Dengan berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara, UTM juga
telah menetapkan falsafahnya yang tersendiri iaitu:
“Melahirkan ahli teknologi yang cekap dan bertanggungjawab kepada
pencipta-Nya dan masyarakat.”
(UTM, 2004)
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara, UTM telah mewujudkan Fakulti
Pendidikan (FP) bagi melahirkan guru-guru yang bakal merealisasikan Falsafah
Pendidikan Negara. Dengan itu, FP juga telah menetapkan objektifnya yang tersendiri
bagi memartabatkan lagi profesion perguruan sebagai satu kerjaya. Antara objektif FP
adalah ingin melahirkan pendidik dalam pelbagai bidang pengajian bagi memenuhi
keperluan pendidikan negara disamping ingin mempertingkat mutu profesionalisme
dalam kalangan akademik universiti di bidang pendidikan. Selain daripada itu, FP juga
mahu mempertingkat mutu kemahiran pengajaran pengajar di sektor awam dan swasta
untuk keperluan pembangunan sumber manusia.
2
Di UTM, guru pelatih dikehendaki menjalani latihan mengajar selama 12
minggu untuk melayakkan mereka ditauliahkan sebagai guru. Objektif program
Latihan Mengajar (LM) dilaksanakan adalah untuk memastikan guru pelatih dapat
menguasai dan mengamalkan segala prinsip, konsep, kemahiran dan nilai yang
diperlukan oleh seorang guru yang professional sama ada di dalam atau diluar bilik
darjah serta membantu perkembangan potensi guru pelatih (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 1989).
Dalam proses untuk mengeluar dan menghasilkan guru yang mempunyai
disiplin yang tinggi dan berwibawa serta mahir dalam proses pengajaran dan
pengurusan bilik darjah, maka guru tersebut perlulah menjalani kursus latihan mengajar
terlebih dahulu bagi meningkatkan lagi prestasi mereka. Kamaruddin (1986)
menyatakan bahawa program latihan mengajar mempunyai objektif berikut:
i. Memberi peluang kepada guru-guru pelatih mempraktikkan dan
menyesuaikan teori-teori pembelajaran di dalam situasi bilik darjah yang
sebenar. Mereka juga dibawa untuk mengalami dan memahami
tanggungjawab mereka dalam bilik darjah dan sekolah.
ii. Membolehkan guru-guru pelatih mengamalkan teori-teori pengajaran
serta memperluaskan dan memperdalamkan pengetahuan mereka.
iii. Memberi pengalaman kepada guru-guru pelatih dalam pengurusan bilik
darjah dan sekolah.
iv. Membolehkan guru-guru pelatih membina keyakinan diri.
v. Memberi peluang kepada guru-guru pelatih membina daya pemerhatian,
daya suai dan kepekaan dalam situasi sekolah.
vi. Memberi peluang kepada guru-guru pelatih memupuk kemahiran dalam
merancang aktiviti-aktiviti bilik darjah.
vii. Memberi peluang kepada guru-guru pelatih memupuk kemahiran menilai
pembelajaran murid-murid.
3
Stones (1981) pula menyatakan program LM mempunyai objektif berikut:
i. Mengenalpasti operasi sekolah, sistem pentadbiran sekolah dan peranan
guru dalam sistem persekolahan.
ii. Memupuk kemahiran menilai pembelajaran murid-murid.
iii. Menyedarkan diri tentang perbezaan murid-murid secara individu dan
secara kumpulan.
iv. Membina sikap yang positif dan professional terhadap kerja.
v. Memupuk sahsiah yang elok dan menjunjung etika ikhtisas perguruan.
vi. Mengembangkan kemahiran mengajar dalam bidang ko-kurikulum dan
kegiatan di luar bilik darjah.
Dalam LM, seoarng pensyarah akan ditugaskan untuk menjadi penyelia kepada
pelajar yang menjalani LM dimana pelantikan sebagai penyelia akan diberikan oleh
Pengerusi Jawatankuasa LM sebagai pengesahan yang pensyarah terbabit dilantik
sebagai penyelia. Disini, tugas penyelia yang akan membuat penyeliaan keatas pelajar
yang menjalani LM ialah sebagai seorang pembimbing dan juga sebagai seorang
penilai semasa pelajar terbabit menjalani LM. Bimbingan ini amatlah diperlukan oleh
pelajar yang menjalani LM supaya proses pembelajaran untuk menjadi seorang guru
yang berwibawa dan berdisiplin dapat dicapai. Dalam proses penilaian, penyelia akan
mengukur bakal guru dari segi kebolehan dalam penyampaian, kebolehan penyediaan
persediaan mengajar dan keperibadian bakal guru tersebut.
Dalam konteks untuk menjadi guru penguasaan semata-mata kepada ilmu sahaja
tidak akan menjamin seseorang guru dapat menjalankan kerjaya dengan berkesan. Guru
perlulah dilatih dengan lebih berkesan iaitu dengan mendedahkan mereka kepada situasi
sebenar pengajaran yang akan dilakukan didalam bilik darjah serta pengurusan
berkaitan sekolah bagi membolehkan bakal guru mempunyai ilmu yang cukup sebelum
dilantik menjadi guru sebenar. Pemantauan oleh pensyarah dan guru pembimbing ini
bertujuan untuk membantu mereka menguasai teknik mengajar yang lebih berkesan dan
4
meluaskan pengalaman. Selain itu, ia juga membolehkan bakal guru mendapatkan
pengetahuan dari segi teori mahupun amali dalam pengajaran dan pembelajaran.
Seterusnya pemantauan ini diharapkan mampu menghasilkan guru yang unggul iaitu
guru yang berbudi pekerti mulia, mempunyai pandangan hidup yang luas, progresif dan
saintifik. Untuk menghasilkan guru yang unggul dengan sifat-sifat yang dinyatakan
tadi, seseorang guru pelatih mestilah melalui proses perkembangan diri yang
secukupnya iaitu melalui perkembangan ikhtisas, perkembangan kognitif,
perkembangan fizikal, emosi, keagamaan dan perkembangan sosial (Tajul, 1990).
1.2 Latar Belakang Masalah
Guru-guru pelatih merupakan golongan yang akan menjadi harapan negara
untuk meneruskan kecemerlangan generasi muda pada masa akan datang.
Kecemerlangan hanya akan dapat dikecapi oleh para guru pelatih sekiranya
mengamalkan kaedah belajar yang bersesuaian. Sebaliknya, gaya belajar yang tidak
bersesuaian dan tidak berkesan semasa proses belajar sudah pasti akan menyebabkan
pencapaian yang diperoleh kurang baik.
Bagi melahirkan guru pelatih yang cemerlang dan mahir dalam menguruskan
segala hal pengajaran dan pembelajaran, mereka perlu belajar untuk mengajar secara
berkesan. Menurut Radzli (1993), kemahiran atau teknik belajar merupakan kaedah
yang berkesan bagi seseorang pelajar dalam menguasai isi pelajaran. Ia merangkumi
pelbagai aspek kemahiran yang saling bergantung antara satu sama lain. Antara
kemahiran belajar yang berkesan ialah teknik menggunakan masa, teknik membaca
berkesan, teknik mendengar, teknik mengambil nota, teknik menumpukan perhatian,
teknik mengingati dan teknik membuat rujukan.
Dalam proses belajar untuk mengajar, ia meliputi aspek pembelajaran.
Pembelajaran boleh berlaku melalui pelbagai cara kerana cara pengamatan dan
5
pemerosesan maklumat yang berlaku dalam manusia adalah berbeza-beza. Sesetengah
individu hanya boleh melihat sesuatu secara konkrit manakala sesetengah individu
boleh melihat sesuatu secara abstrak. Felder (1996) menyatakan setiap pelajar
mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza dari segi kekuatan pendirian dan
keutamaan dalam menerima dan memproses maklumat. Ini bermakna setiap individu
mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri untuk belajar dan dalam konteks guru
pelatih, guru-guru pelatih ini mempunyai cara mereka sendiri belajar untuk mengajar
ketika proses latihan mengajar.
Dunn dan Dunn (1978) menyatakan kekaguman mereka apabila mendapati
adanya begitu banyak penulisan pada tahun 1970-an yang menyokong pendapat bahawa
setiap pelajar belajar mengikut cara-caranya yang tersendiri, berbeza dengan rakan
sebayanya.
Kolb (1990) menyatakan bahawa manusia belajar berdasarkan cara bagaimana
dia mengamati dan memproses sesuatu. Ada yang memberi respon dan mempelajari
sesuatu dengan hanya menggunakan deria dan perasaan (sensing and feeling), manakala
manusia lain belajar dengan cara berfikir. Setiap individu mengamalkan gaya
pembelajaran yang berbeza dan tersendiri. Sebilangan pelajar lebih berminat dan
cenderung kepada aktiviti dalam berkumpulan. Selain itu, terdapat juga pelajar yang
memerlukan panduan yang jelas sebelum memulakan sesuatu tugasan dan terdapat juga
pelajar yang sedia menerima sesuatu secara terbuka semasa memperolehi pengatahuan
daripada pelbagai sumberdalam proses belajar untuk mengajar.
Guru pelatih berperanan dwifungsi iaitu sebagai seorang guru dan pada masa
yang sama sebagai pelajar (Tanruther, 1967). Oleh yang demikian, seorang guru pelatih
perlu melakukan dua peranan pada masa yang sama dan hal ini menyebabkan mereka
mengalami kesukaran dalam menguasai kedua-dua peranan tersebut. Hal ini terbukti
6
apabila kebanyakan guru pelatih di serata dunia menghadapi masalah ketika melalui
pengalaman mengajar di sekolah-sekolah (KPTM dan KPM, 2005)
Kursus Bil. Gred A Bil . Gred A-
dan kebawah
(A-,B+,B,B-)
Jumlah
Keseluruhan
Pelajar
Peratus (%)
Bil. Gred A
Peratus
(%)
Bil . Gred
A- dan
kebawah
SPH 20 92 112 17.84 82.14
SPE 2 16 18 11.12 88.88
SPJ 1 14 15 6.67 93.33
Jumlah 23 122 145 35.63 64.37
Jadual 1.1: Jadual keputusan LM sesi 2009/2010 1 bagi SPH, SPE dan SPJ.
(Jawatan Kuasa Latihan Mengajar, Fakulti Pendidikan, UTM)
Jadual 1 menunjukkan keputusan LM yang dijalani oleh guru pelatih dari
Fakulti Pendidikan. Data yang terdapat dalam Jadual 1 di atas menunjukan bahawa
hanya 23 orang GP sahaja yang mendapat gred A dalam LM. Manakala, statistik
menunjukkan 122 orang GP mendapat gred A- dan kebawah. Jumlah GP yang tidak
mendapat A sangat banyak dan hal ini kemungkinan mereka tidak dapat menguasai
kemahiran mengajar dengan baik dan berkesan.
Menurut Mohd. Zolkifli (2009), guru-guru pelatih di UTM terdiri daripada
pelajar tahun tiga yang mana masih belum lagi menghabiskan subjek teras yang perlu
dipelajari sepanjang pengajian mereka. Oleh itu, masalah akan timbul kepada guru
pelatih apabila mereka diminta untuk mengajar subjek yang mereka belum pelajari dan
ini akan menyebabkan prestasi GP dalam pengajaran dan pembelajaran akan terjejas.
7
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui bagaimana cara guru pelatih dari
Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan yang menjalankan
praktikum latihan mengajar belajar untuk mengajar. Ianya berhubungkait dengan
peranan guru pembimbing dan pensyarah pembimbing, sumber serta teknik atau kaedah
yang berkemungkinan membantu guru pelatih dalam proses belajar untuk mengajar.
Selain daripada itu, tingkahlaku guru pelatih juga memainkan peranan dalam
proses pengajaran di dalam bengkel akibat daripada pengalaman lalu semasa guru
pelatih di bangku sekolah. Guru pelatih akan cenderung untuk mengikuti apa yang
diperhatikan pada masa yang lalu jika guru pelatih tidak mempelajari cara mengajar
yang sepatutnya dipelajari dan yang sepatutnya diaplikasikan dalam pengajaran mereka
(Mohd. Zolkifli, 2009)
Jika dilihat pada dapatan data Fakulti Pendidikan bagi sesi 2009/2010, guru
pelatih yang menjalani LM yang memperolehi keputusan yang cemerlang adalah sedikit
iaitu hanya 35.63% sahaja dari keseluruhannya. Ini menunjukkan guru pelatih tidak
dapat menguasai cara untuk mengajar dengan lebih baik dan berkesan. Oleh sebab itu,
kajian berkaitan dengan bagaimana cara guru pelatih belajar untuk mengajar perlu
dijalankan supaya masalah ini dapat diatasi oleh bakal guru pelatih yang lain bagi
meningkatkan peratusan keputusan cemerlang.
8
1.4 Objektif Kajian
Dalam usaha mencapai tujuan seperti mana paparan dalam penyataan masalah di
atas, penyelidik telah menggariskan beberapa objektif kajian supaya kajian ini tidak
tersasar dari kajian sebenar yang hendak dikaji. Objektif-objektif yang ingin dicapai
oleh penyelidik di akhir kajian ini adalah seperti berikut:
i) Menyatakan sumbangan penyelia (guru pembimbing dan pensyarah) dalam
membantu GP belajar untuk mengajar.
ii) Menyatakan sumber pembelajaran bagi guru pelatih.
iii) Menyatakan teknik/kaedah belajar guru pelatih.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian dibuat untuk memahami dengan lebih terperinci bagaimanakah
kaedah sebenar yang diaplikasikan oleh GP dalam proses belajar untuk mengajar ketika
LM? Persoalan kajian ini akan dirungkaikan melalui satu soalan utama (grand tour)
dan 3 soalan subsidiari.