12
Buletin Buletin Merdeka diterbitkan oleh SMK Putrajaya Presint 16(1) bersempena sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2016. Edisi Ulung : Ogos 2016. MERDEKA Buletin MERDEKA SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1) “SEKOLAH TRANSFORMASI : MENJANA GENERASI ABAD KE-21”

· PDF filetangan Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. Penjajahan British merupakan penjajahan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: · PDF filetangan Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. Penjajahan British merupakan penjajahan

Buletin

Buletin Merdeka diterbitkan oleh SMK Putrajaya Presint 16(1) bersempena sambutan BulanKebangsaan Tahun 2016. Edisi Ulung : Ogos 2016.

MERDEKA

Buletin MERDEKA

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1)

“SEKOLAH TRANSFORMASI :MENJANA GENERASI ABAD KE-21”

Page 2: · PDF filetangan Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. Penjajahan British merupakan penjajahan

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1)

Buletin Merdeka diterbitkan oleh SMK Putrajaya Presint 16(1) bersempena sambutan BulanKebangsaan Tahun 2016. Edisi Ulung : Ogos 2016.

Sejarah Malaysia dikatakan bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melakaiaitu sekitar  tahun 1400 Masihi. Pada masa kegemilangannya, wilayahkesultanan ini meliputi sebahagian besar Semenanjung dan Pantai Timur

Sumatera.  Melaka  muncul  sebagai  sebuah  kerajaan  yang  gemilang  keranakedudukannya yang strategik iaitu titik pertemuan antara Asia Timur dengan AsiaBarat. Keadaan ini membolehkan Melaka muncul sebagai pusat perdaganganutama khususnya bagi perdagangan rempah di Asia Tenggara. Islam pula muncul sebagai agamautama yang tersebar dan menjadi anutan utama penduduk Melaka kerana rajanya sendiri telah memeluk

agama tersebut.Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tanganPortugis dan bermula dari tahun inilah Tanah Melayu beradadalam era penjajahan. Selepas itu, Tanah Melayu jatuh ketangan Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pulake  tangan  British  pada  tahun  1824  melalui  PerjanjianInggeris-Belanda. Penjajahan British merupakan penjajahanpaling  lama.  British  telah  mencampuri  semua  urusanpentadbiran Tanah Melayu yang sebelum ini diuruskan olehRaja-Raja Melayu dengan bantuan pembesar-pembesarnegeri.

Campur tangan British ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan.Beberapa individu bangkit menentang penjajah namun oleh kerana usaha mereka lebih kepada bersifatperseorangan maka penentangan tersebut dengan mudah dipatahkan oleh British. Antara tokoh yangbangun menentang penjajah ialah Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Rentap, Datuk Maharajalela,

Rosli Dobi dan beberapa tokoh yang lain.Pada era 1920-an dan1930-an, ramai penduduk Tanah Melayu mula mendapat pendidikan,sama ada dari Timur Tengah atau pendidikan tempatan. Hasilnya,muncul  golongan  berpendidikan  yang  mula  memperjuangkansemangat  nasionalisme.  Mereka  menggunakan  media  sepertiakhbar dan majalah untuk menyebarkan ideologi masing-masing.Ada dalam kalangan mereka telah membentuk persatuan sepertiKesatuan Melayu Muda (KMM) dan Kesatuan Melayu Singapura(KMS)  yang  bermatlamat  mengusir  penjajah  dan  membentukkerajaan sendiri. Ketika rakyat negara ini begitu bersemangat untuk

menamatkan penjajahan, mereka dikejutkan dengan pendaratan Jepunpada penghujung tahun 1941 yang menandakan bermulanya satu lagiera penjajahan di Tanah Melayu. Jepun telah menduduki Tanah Melayusehingga tahun 1945 sebelum menyerah kalah ekoran pengebomanHiroshima dan Nagasaki.Pengunduran Jepun telah memberi ruangkepada Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menguasai Tanah Melayu.PKM telah bertindak ganas dengan membunuh dan memusnahkanharta benda awam dengan sewenangnya sehingga memaksa Britishmengisytiharkan darurat di Tanah Melayu (1948-1960). KeganasanPKM  tidak  berjaya  menakluki  Tanah  Melayu  dan  British  kembaliberkuasa. Sekembalinya British selepas pendudukan Jepun, merekacuba memperkenalkan Malayan Union. Pengenalan ini telah mendapattentangan yang hebat dan menyeluruh daripada penduduk tempatan.Pada 11 Mei 1946, penubuhan UMNO telah menyemarakkan lagi penentangan tersebut dan seterusnyamenyemai bibit-bibit perjuangan ke arah berkerajaan sendi

                                Sumber  teks : Laman Web Rasmi Jabatan Penerangan Malaysia

RingkasanSEJARAH MALAYSIA

Page 3: · PDF filetangan Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. Penjajahan British merupakan penjajahan

Buletin

Buletin Merdeka diterbitkan oleh SMK Putrajaya Presint 16(1) bersempena sambutan BulanKebangsaan Tahun 2016. Edisi Ulung : Ogos 2016.

MERDEKAUMNO hari ini dikenali sebagai parti yang terbesar dan menjadi teras pemerintahan

negara dengan jumlah kerusi yang terbanyak dan pemimpin-pemimpinnya berperanan

dalam membuat dasar-dasar. Ia adalah antara parti bercorak demokratik yang tertua

di negara-negara membangun dan masih kuat kedudukannya setelah melalui berbagai

peristiwa dan cabaran.  Ia dihormati oleh kawan dan  lawan di atas prinsip-prinsip

keadilannya,  ketegasan dan keupayaannya menjalankan dasar-dasar  yang  telah

dipersetujui.

Lahirnya  UMNO  adalah  hasil  dari  percantuman  pertubuhan-

pertubuhan Melayu dengan berbagai aliran falsafah dan pendapat

tetapi bersetuju mengambil tindakan bersama untuk survival bangsa

Melayu. Berhadapan dengan rancangan Malayan Union yang dibawa

oleh  British  selepas  Perang  Dunia  Yang  Kedua,  pertubuhan-

pertubuhan ini dengan sukarelanya membubar diri masing-masing

demi membuka jalan kepada sebuah parti politik yang ulung sebagai

pernyataan hasrat semua golongan dan lapisan masyarakat Melayu

bagi memperjuangkan hak-hak mereka.

Di bawah rancangan British, dasar pro-Melayu sebelum Perang akan

dirombak sekaligus, dan orang-orang Melayu sebagai penduduk

asal negara ini terpaksa bersaing dengan orang-orang mendatang,

iaitu suatu kejadian yang tidak diduga sama sekali oleh mereka

kerana sepanjang penjajahan British mereka diberi perlindungan

dari ancaman golongan-golongan tadi di samping jaminan bahawa

ini  adalah  negeri Melayu  yang  diperintah  bagi  pihak  Raja-Raja

Melayu. Rancangan Malayan Union yang dipaksakan ke atas mereka tanpa sebarang rundingan

adalah amat menggemparkan. Jika sebelum ini orang-orang Melayu berpecah-pecah dengan berbagai

sentimen kenegerian dan pemandangan yang sempit, sekarang mereka yang mula melihat realiti di

depan mereka, telah bangkit menentang rancangan itu. Kebangkitan ini merupakan reaksi yang spontan

dengan orang-orang Melayu bersatu hati dan tenaga agar kedudukan mereka terpelihara.

Penubuhan UMNO pada 11hb Mei 1946,

dengan  Dato’ Onn bin  Jaafar  sebagai

pemimpinnya  yang  pertama  dapat

dikatakan sebagai mengelak orang-orang

Melayu di Tanah Melayu dari tenggelam

di bawah satu perkembangan politik dan

ekonomi  yang  begitu  deras  dan

menguntungkan golongan-golongan lain

yang  lebih maju.Nasionalisme  Melayu

sebelumnya  agak  malap  kerana

wujudnya  penduduk  berbilang  kaum

sebagai faktor penghalang, penekanan

oleh  penjajah,  tendensi  masyarakat

Melayu untuk berpecah-belah mengikut

UMNO & KEMERDEKAAN

Page 4: · PDF filetangan Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. Penjajahan British merupakan penjajahan

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1)

Buletin Merdeka diterbitkan oleh SMK Putrajaya Presint 16(1) bersempena sambutan BulanKebangsaan Tahun 2016. Edisi Ulung : Ogos 2016.

negeri,  ketiadaan  kesedaran

politik  yang  meluas  serta

terdapat kemakmuran ekonomi

yang membolehkan kehidupan

sederhana kepada sebilangan

besar  rakyat.Semangat

kebangsaan Melayu yang baru

meletus secara meluas itu perlu

untuk  menjaga  keutuhan

masyarakat  yang  sejak

beberapa  lama  merupakan

penduduk asal kepada kawasan

ini. Seluruh penentuan hidup di

negara  ini  sekarang  ada

hubungan langsung atau tidak langsung dengan nasionalisme Melayu. Tetapi nasionalisme ini bukan

suatu yang sempit kerana telah diperluaskan untuk merangkumi lain-lain kaum demi perpaduan dan

kestabilan negara. Di peringkat awal pergerakan kearah kemerdekaan adalah disedari tidak mungkin

bagi sesuatu kaum memaksakan politiknya dan menolak kenyataan hadirnya kaum-kaum lain yang

juga berhak untuk menyertai dalam politik negara. Usaha-usaha dibuat bagi mengeratkan kerjasama di

antara kaum sehingga tertubuhnya Perikatan UMNO-MCA pada awal 1952 bila kedua-dua parti ini

bertanding dalam pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur. Kemenangan telah diperolehi oleh kedua-

duanya dan ini membawa kepada kerjasama yang lebih jauh menjelang kemerdekaan.

Pada tahun 1955 bagi menghadapi pilihanraya umum yang pertama, Perikatan UMNO-MCA-MIC telah

diwujudkan sebagai lambang permuafakatan dan kerjasama yang rapat antara kaum-kaum. Dengan

pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra, kemenangannya yang cemerlang telah diperolehi. Maka jelaslah

kepada pihak penjajah bahawa kaum-kaum di Tanah Melayu adalah bersatu hati dan boleh merdeka.

Sumber  :  http://www.umno-online.my/sejarah/

PENUBUHAN PERIKATAN / BARISAN NASIONAL

Parti Perikatan yang didaftarkan pada 30 Oktober 1957 ialah sebuah parti politikMalaysia yang dimulakan oleh orang Melayu yang bersatu di bawah presidenUMNO, Tunku Abdul  Rahman  Putra,  untuk  satu  tujuan,  iaitu  berjuang  bagimendapat kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajah British untuk TanahMelayu. Kaum Cina dan  India, bergabung dengan orang Melayu untuk tujuanyang sama. Gabungan parti itu menggunakan lambang "Kapal Layar". Parti iniberjaya untuk  memperoleh  pemerintahan  sendiri  daripada  pihak British  danmenjalankan pemerintahan demokrasi sehingga hari  ini. Parti  ini  juga berjayamemperoleh kemerdekaan daripada  pihak British untuk Sabah dan Sarawak.Parti  Perikatan  inilah  kemudian  bertukar  kepada  Barisan  Nasional  yang

merupakan  sebuah  parti  politik  yang  terdiri  daripada  pelbagai  kaum,agama, budaya yang kuat, berjaya, dan mempunyai matlamat yang kukuhdan  tersendiri.  Kerjasama  pelbagai  kaum  di  bawah  perikatan  ini  amatberkesan  dan diterima  oleh  semua  orang sehingga  gabungan  parti  inimerupakan  satu  kekuatan  baru  bagi  permerintahan  demokrasi.Penggabungan kaum, pembahagian kuasa dan penyatuan antara kaumdi Tanah  Melayu  mendapat  sokongan  daripada  semua  orang.  Semuapemimpin  daripada  pelbagai  kaum  mempunyai  matlamat  bahawaKemerdekaan Tanah Melayu tidak dapat diperolehi tanpa penyatuan kaumbagi  tujuan  keharmonian  dan  keamanan.  Parti Perikatan  diperbesarkandi  bawah  kerjasama  orang  Melayu dan  orang  bukan  Melayu  di  seluruhnegara. Konsep ini disebarkan di peringkat wilayah dan negeri. Gabungan pelbagai parti menubuhkan BarisanNasional (BN) yang didaftarkan pada 1 Julai 1974.

Page 5: · PDF filetangan Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. Penjajahan British merupakan penjajahan

Buletin

Buletin Merdeka diterbitkan oleh SMK Putrajaya Presint 16(1) bersempena sambutan BulanKebangsaan Tahun 2016. Edisi Ulung : Ogos 2016.

MERDEKAMIC (Kongres India Se-Malaysia)

Kongres India Se-Malaysia adalah sebuah parti minoriti India yang ditubuhkan

pada Ogos 1946 oleh John A. Thivy dan Janaky Athi Nahappan. MIC ditubuhkan

selepas satu persidangan diadakan di Dewan Orang Ramai Chettiar, Jalan

Ipoh, Kuala Lumpur. Pada awalnya, ia hanya menjadi tarikan kepada masyarakat

kelas pertengahan terutama dengan personaliti presiden

pertamanya  John A.  Thivy  yang  berlatar  belakangkan

pengamal undang-undang. Parti MIC pernah dipimpin oleh barisan kepimpinan

pelbagai latar belakang termasuklah peguam, kerani, ahli perniagaan, guru,

dan arkitek. Sumbangan setiap kepimpinan berbeza-beza mengikut keperluan

persekitaran  semasa  ketika  itu.  Seiring  dengan  perkembangan  tersebut,

pencapaian parti MIC juga berubah.

Jika pada awalnya, kebajikan masyarakat India diberi tumpuan terutama mereka

yang datang berhijrah ke Tanah Melayu, selepas itu, usaha untuk memperbaiki

taraf hidup mereka dilakukan. Ini termasuklah usaha mengurangkan kadar kemiskinan, pekerjaan,

perumahan, kesihatan, pendidikan dan hak milik saham serta latihan kemahiran.

MCA (Malaysian Chinese Association)

Pada 27  Februari 1949,  Tan  Cheng  Lock  bersama-sama  dengan

pemimpin-pemimpin  Cina  yang  lain  seperti  Tun  Leong  Yew

Koh dan Kolonel H.S. Lee, Tan mengasaskan Persatuan Cina Tanah

Melayu (MCA) dan menjadi presidennya yang pertama. Matlamat utama

untuk membentuk MCA adalah untuk menyatukan orang-orang Cina di

Tanah  Melayu;melindungi  hak-hak  dan  kepentingan  orang-orang

Cina;bekerjasama dengan kerajaan untuk menentang komunisme; dan

beker jasama  dengan  bangsa-bangsa  lain  untuk

memperoleh kemerdekaan untuk Tanah Melayu.Tan menyokong cadangan

H.S.  Lee  untuk  bekerjasama  dengan  UMNO  dalam Pilihan  Raya

Perbandaran Kuala Lumpur pada Februari 1952. Dato’ Onn terang-terang

mengkritik tindakan-tindakan politik orang Cina dan ini menyebabkan Tan

dan MCA menyokong UMNO yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman.

Tan membawa MCA ke Konvensyen Kebangsaan yang ditajai oleh UMNO

pada 23 Ogos 1953, dan sebuah perjanjian kerjasama dimeterai antara

UMNO dan MCA dengan persefahaman untuk mencapai kemerdekaan

melalui cara yang aman. Pembentukan Parti Perikatan antara MCA, UMNO,

dan MIC mencepatkan proses kemerdekaan ketika Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52

kerusi dalam pilihan raya persekutuan pada tahun 1955. Cita-cita Tan untuk memperoleh taraf

kewarganegaraan  untuk  orang-orang  Cina  di Tanah  Melayu  dicapai  ketika  UMNO  menerima

cadangan  itu dan memasukkannya dalam memorandum Parti Perikatan kepada Suruhanjaya

Reid yang ditugasi untuk menulis Perlembagaan Persekutuan.

Page 6: · PDF filetangan Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. Penjajahan British merupakan penjajahan

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1)

Buletin Merdeka diterbitkan oleh SMK Putrajaya Presint 16(1) bersempena sambutan BulanKebangsaan Tahun 2016. Edisi Ulung : Ogos 2016.

KRONOLOGI MENCAPAI KEMERDEKAAN

27 Julai 1955

Pilihan raya Persekutuan pertama diadakan. (UMNO telah mengadakan kerjasama dengan MCA (yang

ditubuhkan pada 27 Februari 1949) dan MIC (ditubuhkan pada Ogos 1946) membentuk Parti Perikatan

untuk menghadapi pilihan raya tersebut.

10 Ogos 1955

Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet pertama dianggotai oleh 6 wakil Melayu, 3 wakil Cina dan

2 wakil India.

18 Januari – 6 Februari 1956

Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu

di London.

8 Februari 1956

Perjanjian  Merdeka  telah  dimeterai  dengan  menetapkan  tarikh  31  Ogos  1957  sebagai  tarikh

kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

20 Februari 1956

Tunku Abdul Rahman telah membuat Pengisytiharan Kemerdekaan di Padang Pahlawan, Bandar

Hilir, Melaka.

21 Mac 1956

Suruhanjaya Perlembagaan Reid, sebuah suruhanjaya bebas telah dibentuk untuk mengkaji dan

menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

28 – 29 Disember 1956

Tunku Abdul Rahman dicabar supaya menyelesaikan isu pemberontakan komunis. Lalu, Rundingan

Baling diadakan pada 28-29 Disember 1956 bersama Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis

Malaya (PKM).

30 Ogos 1957

Detik 12.00 tengah malam, bendera Union Jack diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad

dan diganti dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu tanda negara mencapai kemerdekaan.

31 Ogos 1957

Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu merupakan  peristiwa

pengumuman kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Tarikh ini dipilih dalam mesyuarat

antara Ketua Pemuda UMNO Tun Sardon Jubir dan timbalannya Haji Ahmad Badawi (bapa Perdana

Menteri Malaysia ke-5) di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 1956. Mufti Pulau Pinang, Haji Abdullah

Fahim (bapa Haji Ahmad Badawi) turut ikut serta dalam perbincangan tersebut.

                                   Bernama (Januari 2007). ”Celebrating 50 years of independence”

Page 7: · PDF filetangan Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. Penjajahan British merupakan penjajahan

Buletin

Buletin Merdeka diterbitkan oleh SMK Putrajaya Presint 16(1) bersempena sambutan BulanKebangsaan Tahun 2016. Edisi Ulung : Ogos 2016.

MERDEKAPERDANA MENTERI

MALAYSIA

YTM Tunku Abdul RahmanPutra Alhaj

PERDANA MENTERI MALAYSIAPERTAMA

31 Ogos 1957-21 Sept. 1970

BAPA KEMERDEKAAN

Tun Abdul Razak DatukHussein

PERDANA MENTERI MALAYSIAKEDUA

22 Sept. 1970-14 Jan 1976

BAPA PEMBANGUNAN

Tun Hussein OnnPERDANA MENTERI MALAYSIA

KETIGA15 Jan 1976-16 Julai 1981

BAPA PERPADUAN

Tun Dr. Mahathir MohamedPERDANA MENTERI MALAYSIA

KEEMPAT16 Julai 1981-

31 Oktober 2003BAPA PEMODENAN

Tun Abdullah Hj AhmadBadawi

PERDANA MENTERI MALAYSIAKELIMA

31 Oktober 2003-3 April 2009

BAPA PEMBANGUNAN MODALINSAN

YAB Dato Sri Mohd Najib TunHaji Abdul Razak

PERDANA MENTERI MALAYSIAKEENAM

3 April 2009 -Kini

Page 8: · PDF filetangan Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. Penjajahan British merupakan penjajahan

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1)

Buletin Merdeka diterbitkan oleh SMK Putrajaya Presint 16(1) bersempena sambutan BulanKebangsaan Tahun 2016. Edisi Ulung : Ogos 2016.

KEMAJUAN &KEMAKMURAN NEGARA MALAYSIA

Page 9: · PDF filetangan Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. Penjajahan British merupakan penjajahan

Buletin

Buletin Merdeka diterbitkan oleh SMK Putrajaya Presint 16(1) bersempena sambutan BulanKebangsaan Tahun 2016. Edisi Ulung : Ogos 2016.

MERDEKA

Page 10: · PDF filetangan Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. Penjajahan British merupakan penjajahan

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1)

Buletin Merdeka diterbitkan oleh SMK Putrajaya Presint 16(1) bersempena sambutan BulanKebangsaan Tahun 2016. Edisi Ulung : Ogos 2016.

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN & KIBAR JALUR GEMILANGPERINGKAT SMKPP16(1) PADA ISNIN, 15 OGOS 2016 DISEMPURNAKANOLEH YM. TENGKU HISHAMUDDIN ZAIZI BIN YAM TENGKU AZMAN SHAH

AL-HAJ, PENGARAH EKSEKUTIF IKHASAS GROUP

Page 11: · PDF filetangan Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. Penjajahan British merupakan penjajahan

Buletin

Buletin Merdeka diterbitkan oleh SMK Putrajaya Presint 16(1) bersempena sambutan BulanKebangsaan Tahun 2016. Edisi Ulung : Ogos 2016.

MERDEKA

Page 12: · PDF filetangan Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. Penjajahan British merupakan penjajahan

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1)

Buletin Merdeka diterbitkan oleh SMK Putrajaya Presint 16(1) bersempena sambutan BulanKebangsaan Tahun 2016. Edisi Ulung : Ogos 2016.

Buletin Merdeka

Diterbitkan OlehUnit Komunikasi Korporat

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1)Jalan P16G, Presint 16

62150 Putrajaya

www.smkpp16.edu.mywww.facebook.com/[email protected]

Penafian : Semua teks dan imej yang berkaitan dalam Buletin Merdeka adalah dipunyai oleh pemilikhak cipta masing-masing. Imej dan artikel , mana yang berkaitan adalah diambil dari domain awammelalui enjin carian www.google.com. Pihak penerbit merakamkan ucapan terima kasih atas ihsanpemilik hak cipta masing-masing.

“RUMAH MERDEKA” sumbangan IKHASAS SDN BHD