51
Bendera Sabah Sabah Di Bawah Bayu BENDERA NEGERI SABAH DI BAWAH BAYU Bendera negeri Sabah berbentuk persegi panjang berukuran 1:2. Di sudut sebelah atas bendera berwarna biru cerah, yang menjadi latarbelakang lukisan grafik bayangan Gunung Kinabalu, berwarna biru tua, meliputi suku bahagian bendera ini. Bahagian hujung bendera yang berkibar dihiasi tiga jalur yang sama besar. Jalur atas berwarna biru muda, jalur tengah berwarna putih dan jalur bawah berwarna merah cili. Warna biru muda melambangkan keamanan dan kesejahteraan, putih melambangkan kesucian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan. Warna biru cerah menunjukkan perpaduan dan kemakmuran sementara biru tua melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama. Kelima-lima warna yang menghiasi bendera ini mewakili lima bahagian yang terkandung dalam Negeri Sabah. Lukisan grafik berbentuk Gunung Kinabalu pula melambangkan Kerajaan Negeri Sabah. LAMBANG NEGERI SABAH DI BAWAH BAYU Sepasang tangan yang menjulang megah bendera negeri Sabah menghiasi lencana ini melambangkan semangat perpaduan erat dan kerjasama yang lama terjalin di kalangan rakyat pelbagai kaum demi mencapai kemajuan dan kejayaan bagi negeri Sabah. Sebarisan lima warna di bawah sepasang tangan tersebut merupakan lima bahagian 'daerah' yang terkandung dalam negeri Sabah. Warna biru muda melambangkan keamanan dan kesejahteraan, putih melambangkan kesucian dan keadilan, merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan, warna biru cerah melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara biru tua melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama rakyat. Lukisan grafik berbentuk bayangan Gunung Kinabalu pula melambangkan Kerajaan Negeri Sabah.

Bendera Dan Lambang Negeri

Embed Size (px)

DESCRIPTION

q

Citation preview

Page 1: Bendera Dan Lambang Negeri

 Bendera SabahSabah Di Bawah Bayu

 BENDERA NEGERI SABAH DI BAWAH BAYU 

Bendera negeri Sabah berbentuk persegi panjang berukuran 1:2. Di sudut sebelah atasbendera berwarna biru cerah, yang menjadi latarbelakang lukisan grafik bayangan Gunung Kinabalu,

berwarna biru tua, meliputi suku bahagian bendera ini. Bahagian hujung bendera yang berkibardihiasi tiga jalur yang sama besar. Jalur atas berwarna biru muda, jalur tengah berwarna putih

dan jalur bawah berwarna merah cili. Warna biru muda melambangkan keamanan dan kesejahteraan,

putih melambangkan kesucian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan.

Warna biru cerah menunjukkan perpaduan dan kemakmuran sementara biru tua melambangkan kekuatan

dan semangat kerjasama. Kelima-lima warna yang menghiasi bendera ini mewakili lima bahagianyang terkandung dalam Negeri Sabah. Lukisan grafik berbentuk Gunung Kinabalu pula

melambangkanKerajaan Negeri Sabah.

  LAMBANG NEGERI SABAH DI BAWAH BAYU 

Sepasang tangan yang menjulang megah bendera negeri Sabah menghiasi lencana ini melambangkansemangat perpaduan erat dan kerjasama yang lama terjalin di kalangan rakyat pelbagai kaum demi

mencapai kemajuan dan kejayaan bagi negeri Sabah. Sebarisan lima warna di bawah sepasangtangan tersebut merupakan lima bahagian 'daerah' yang terkandung dalam negeri Sabah. Warna

biru muda melambangkan keamanan dan kesejahteraan, putih melambangkan kesuciandan keadilan, merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan, warna biru cerah melambangkan

perpaduan dan kemakmuran sementara biru tua melambangkan kekuatan dansemangat kerjasama rakyat. Lukisan grafik berbentuk bayangan Gunung

Kinabalu pula melambangkan Kerajaan Negeri Sabah.

Page 2: Bendera Dan Lambang Negeri

 

 

Bendera SarawakSarawak Bumi Kenyalang

 

Page 3: Bendera Dan Lambang Negeri

 

  

Bendera JohorJohor Darul Takzim  BENDERA NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM   Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang berdaulat. Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan negeri. Bahagian yang berwarna biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri.  LAMBANG NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM  Mahkota tanda D.Y.M.M Raja. Empat Bintang di sudut Perisai Putih itu menandakan Empat Buah Jajahan besar asal negeri itu, iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau, sementara Bintang dan Anak Bulan di tengah pula, tanda Agama Islam. Dua ekor Harimau yang memegang perisai itu mengingatkan kepada binatang-binatang buas yang pada suatu masa dahulu merayau-rayau di negeri ini. Lukisan yang berbunga-bunga disebelah bawah perisai menggambarkan Gambir dan Lada Hitam, dua jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini. Cogankata negeri ini ialah:- "KEPADA ALLAH BERSERAH"  

Page 4: Bendera Dan Lambang Negeri

 

 

Bendera MelakaMelaka Darul Azim

  

BENDERA NEGERI MELAKA DARUL AZIM Warna-warna merah, putih, kuning dan biru adalah warna-warna Bendera

Persekutuan dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam Persekutuan,

sementara anakbulan dan bintang pecah lima itu pula ialah tanda Agama Islam, agama negeri dan

Malaysia.   

 LAMBANG NEGERI MELAKA DARUL AZIM Warna merah, putih, kuning dan biru maknanya Melaka sebuah negeri dalam

Malaysia. Lima bilah keris maksudnya lima orang pahlawan termasyhur di Melaka, pada

zaman dahulu. Anak bulan dan bintang pecah lima melambangkan Agama Islam, agama rasmi

negeri. Pokok Melaka ialah pohon dari mana negeri itu mendapat namanya. Dua ekor

pelandok yang memegang perisai ialah untuk memperingati riwayat tua iaitu pelandoklah

yang telah memyebabkan Raja Melaka yang pertama mengambil keputusan untuk menetap di

situ.   

Page 5: Bendera Dan Lambang Negeri

 

 

Bendera PerlisPerlis Indra Kayangan

  

BENDERA NEGERI PERLIS INDERA KAYANGAN Warna kuning melambangkan D.Y.M.M. Raja. Warna biru pula melambangkan

rakyat. Bendera itu sendiri membawa makna kerjasama yang erat di antara Raja dengan

Rakyat Baginda.  

 LAMBANG NEGERI PERLIS INDERA KAYANGAN Lingkaran padi pada lambang negeri Perlis memberi maksud pekerjaan utama dan

hasil utama negeri iaitu padi. Perisai pula melambangkan kebanggaan dan kehormatan negeri

itu. Lambang itu keseluruhannya bermakna kebanggaan negeri itu kerana kekayaan hasil padinya. 

  

Page 6: Bendera Dan Lambang Negeri

 

 

Bendera Pulau PinangPulau Pinang Untuk Negeri Kita

  

BENDERA NEGERI PULAU PINANG Warna biru muda bermaksud warna laut yang indah di sekeliling pulau itu. Warna

putih pula membawa maksud negeri Pulau Pinang yang aman dan damai. Warna kuning

melambangkan kemakmuran. Pohon Pinang ialah pohon dari mana pulau itu mendapat namanya. 

 LAMBANG NEGERI PULAU PINANG 

Pohon Pinang ialah tanda asal nama pulau itu. Petak yang berwarna kuning mengandung

i gambar Jambatan Besar Pulau Pinang yang mempunyai dua tiang dan empat kebel yang

 menegakkan tiang tersebut. Dua tiang ini melambangkan Serampang Dua Mata di dalam 

Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Empat

 kebel pula menggambarkan empat jenis keturunan rakyat di negeri ini, iaitu Melayu, Cina, India 

dan lain-lain. Jalur-jalur biru dan putih yang menjadi simbol lautan berjumlah lima. Tiap-tiap satu 

warna yang memberi makna simbol lima prinsip Rukunegara dan lima daerah pentadbiran 

yang terdapat di Pualu Pinang.  

Page 7: Bendera Dan Lambang Negeri

 

 

Bendera KelantanKelantan Darul Naim

 BENDERA NEGERI KELANTAN DARUL NAIM

 Latarbelakang berwarna merah maksudnya kejujuran penduduk negeri ini termasuk rakyat dan 

Raja yang memerintah. Lambang kebesaran berwarna putih itu tanda kesucian Raja negeri ini.

  

 LAMBANG NEGERI KELANTAN DARUL NAIM Lambang Mahkota menandakan Kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris

maksudnya kekuatan orang-orang Melayu Kelantan. Anak bulan dan bintang adalah lambang

agama Islam. Dua pucuk meriam membawa makna bahawa negeri ini sentiasa bersedia untuk

mempertahankan dirinya. Dua ekor Kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini tatkala Che'

Wan Kembang (atau Che' Siti) Permaisuri Kelantan (kira-kira pada akhir kurun yang ke14) yang

 kerana terlalu kasih kepada kijang kesayangannya, telah memerintahkan wang emas dicap

 dengan gambar binatang ini. Cogankata negeri ini ialah: "BERSERAH KEPADA TUHAN KERAJAAN KELANTAN" BACK

 

Page 8: Bendera Dan Lambang Negeri

 

 

Bendera PerakPerak Darul Ridzuan

 BENDERA NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN 

Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan hitam. 

Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya. Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Pe

rak Darul Ridzuan. Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda

Perak Darul Ridzuan. Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Amat Mulia Raja Di Hilir

Perak Darul Ridzuan. 

 LAMBANG NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke Bawah Duli Yang

Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Jata ini dilingkungi dengan bulan sabit yang mengandungi bunga padi. Jata melambangkan Kedaulatan Raja Pemerintah.

Bulan Sabit menandakan Agama Islam sebagaiagama rasmi. Bunga Padi menggambarkan sumber perusahaan rakyat dan

kesuburan negeri.    

Page 9: Bendera Dan Lambang Negeri

 

 

Bendera SelangorSelangor Darul Ehsan

  

BENDERA NEGERI SELANGOR DARUL EHSANEmpat bahagian yang berwarna kuning dan merah itu bermaksud daging dan darah

iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini. Bulan

bintang pula ialah sebagai Agama Islam, agama rasmi negeri dan kesucian Agama Islam ditunjukkan dengan warna putih.

  LAMBANG NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN 

Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri. Tombak merah di tengah-tengah ialah 

Sambu-warna. Di sebelah kanan ialah Keris Pendek dan di kiri pula Keris Panjang. Ketiga-tiganya

 adalah Alat Kebesaran Negeri. Tulisan jawi yang berbunyi "Dipelihara Allah" ialah cogan negeri. 

Di bawah cogan pula ialah tali bengkong yang dipakai sebagai ikat pinggang oleh pahlawan-pahlawan

 zaman dahulu.  

Page 10: Bendera Dan Lambang Negeri

 

 

Bendera PahangPahang Darul Makmur

  

BENDERA NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR Bendera negeri Pahang mengandungi dua warna iaitu putih di atas dan hitam di

bawah. Kedua-duanya sama lebar. Hitam adalah warna kebesaran Bendahara

melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintahan di negeri Pahang adalah seorang

yang bertaraf Bendahara. Putih adalah melambangkan Raja. Tambahan warna putih di

atas hitam ini membawa makna bahawa negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai 

kedaulatan sendiri dan pemerintahan Beraja. Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat

istiadat, adat resam, tata susila serta kuasa-kuasa yang tertentu ada pada Raja sebagai

sebuah negeri yang beraja dan berdaulat. 

  LAMBANG NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR 

 

Page 11: Bendera Dan Lambang Negeri

 

 

Bendera Negeri SembilanNegeri Sembilan Darul Khusus

 BENDERA NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Warna kuning pada bendera membawa maksud D.Y.M.M. Raja. Bahagian tiga segi yang 

berwarna merah bermakna rakyat, sementara bahagian tiga segi yang berwarna hitam maksudnya 

Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini. 

 LAMBANG NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS 

Sembilan tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya sembilan buah negeri dalam Gabungan 

Negeri Sembilan yang lama. Warna merah dalam perisai menunjukkan hubungan-hubungan pada

 masa lalu dengan British. Warna hitam maknanya Datuk-datuk Undang. Warna kuning maknanya

 Yang Dipertuan Besar. Bintang Pecah Sembilan itu adalah juga menunjukkan sembilan buah negeri

 dalam Gabungan yang lama. Pedang dan sarungannya di atas perisai itu tanda keadilan. 

Di tengah-tengah antara pedang dan sarung ialah "Changgai Putri" tanda kebesaran Yang Dipertuan Besar. 

  

Page 12: Bendera Dan Lambang Negeri

 

 

Bendera TerangganuTerangganu Darul  Iman

 BENDERA NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN 

 Latarbelakang berwarna putih membawa maksud D.Y.M.M Sultan. Ia melingkari tanah 

hitam yang bermaksud rakyat. Ini bermakna Sultan adalah memberi perlindungan kepada seluruh rakyat 

Baginda. Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri.  

LAMBANG NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN Bulan bintang menunjukkan negeri Islam. Mahkota menandakan pemerintahan

Diraja. Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula merupakan Alat Kebesaran Negeri. Manakala di sebelah kanannya ialah Quran melambangkan Agama Islam, agama rasmi negeri.

Buku Undang-undang di sebelah kiri pula menandakan keadilan dan Wali menandakan Alatan Istiadat

Kebesaran.   

Page 13: Bendera Dan Lambang Negeri

 

 

Bendera KedahKedah Darul  Aman

  

BENDERA NEGERI KEDAH DARUL AMAN Merah ialah warna kebangsaan negeri Kedah yang turun-temurun. 

Padi maknanya negeri ini makmur dalam hal kehidupan. Anak bulan tanda negeri ini beragama Islam. 

Perisai pula maksudnya Raja ( Kerajaan ) sentiasa menjaga dan memelihara rakyatnya dan

 penduduk dalam negeri ini daripada kezaliman.   

LAMBANG NEGERI KEDAH DARUL AMAN Lengakaran padi menunjukkan bahawa padi merupakan tanaman utama Negeri ini.

 Anak bulan tanda Agama Islam. Perisai pula melambangkan kekuasaan.    

Page 14: Bendera Dan Lambang Negeri

 

 

 

Bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  

BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 

 Bendera ini berteraskan bendera kebangsaan yang berjalur putih dan merah, warna biru tua bersama bintang serta bulan sabit berwarna kuning. Unsur-unsur ini tidak dapat dipisahkan memandangkan Kuala Lumpur adalah Ibu Negara Malaysia dan juga Wilayah Persekutuan. 14 jalur merah dan putih (melintang)

menandakan keanggotaan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terletak di

bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Bulan sabit dan bintang melambangkan Agama Islam

sebagai agama rasmi. Bintang berbucu 14 melambangkan 13 buah negeri di Malaysia dan

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bertindak sebagai Pusat Kerajaan dan Pentadbiran. Warna biru

tua di bahagian tengah melambangkan perpaduan wargakota Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

yang berbilang kaum. Warna merah melambangkan keberanian, kegagahan sebuah bandaraya dalam

menghadapi cabaran ke arah pembangunan bandaraya kosmopolitan yang dinamik dan berprogresif. Warna

kuning melambangkan kedaulatan dan kemakmuran Kuala Lumpur. Warna putih melambangkan

keluhuran, kebersihan dan keindahan bandaraya dalam taman bercahaya. 

Page 15: Bendera Dan Lambang Negeri

Bendera Negeri & Wilayah Persekutuan 

 

Bendera Kebangsaan ~ Bendera Malaysia

 

Bendera Negeri Kedah Darul Aman

 

Page 16: Bendera Dan Lambang Negeri

Bendera Negeri Sembilan Darul Khusus

 

Bendera Negeri Pahang Darul Makmur

 

Bendera Negeri Kelantan Darul Naim

 

Page 17: Bendera Dan Lambang Negeri

Bendera Negeri Johor Darul Ta'zim

 

Bendera Negeri Perak Darul Ridzuan

 

Bendera Negeri Terengganu Darul Iman

 

Page 18: Bendera Dan Lambang Negeri

Bendera Negeri Perlis Indera Kayangan

 

Bendera Negeri Selangor Darul Ehsan

 

Bendera Negeri Melaka Darul Azim

 

Page 19: Bendera Dan Lambang Negeri

Bendera Negeri Pulau Pinang

 

Bendera Negeri Sabah

 

Bendera Negeri Sarawak

 

Page 20: Bendera Dan Lambang Negeri

Bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

 

Bendera Wilayah Persekutuan Labuan

 

Bendera Wilayah Persekutuan Putrajaya

Page 21: Bendera Dan Lambang Negeri

Bendera Malaysia      

  

    Bendera negara Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri - Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Terengganu, Perlis, Selangor, Melaka, Sarawak, Pulau Pinang Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Page 22: Bendera Dan Lambang Negeri

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna Kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Di Raja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

    

 

                                                          

                                                                  Lambang Kerajaan Malaysia

  

                          

     Lambang Malaysia menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia dan Kerajaan Persekutuan, manakala bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima belah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan

Page 23: Bendera Dan Lambang Negeri

dan Terengganu). Bahagian sebelah kiri perisai itu menandakan Negeri Pualu Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka itu Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri itu adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang; merah dan kuning warna Selangor; hitam, putih dan kuning warna Perak; merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunga Raya - Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai penupang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu dipakai dalam Lambang Malaysia. Cogan - Besekutu Bertambah Mutu - ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di sebelah kanan. Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Di Raja Yang Maha Mulia Raja-Raja.    Bendera Wilayah Persekutuan  Putrajaya   

 

    Bendera baru bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah berasaskan dua (2) warna utama iaitu biru dan kuning.Warna biru melambangkan keharmonian dan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.Manakala warna kuning bendera adalah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.Logo Persekutuan melambangkan Wilayah Persekutuan Putrajaya menjadi tonggak pentadbiran negara yang baru dengan kekuatan dan semangat yang utuh dalam mengharungi era globalisasi dan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

Page 24: Bendera Dan Lambang Negeri

 

Bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur                                               

 

      

    Bendera ini berteraskan bendera kebangsaan yang berjalur putih dan merah. Warna biru tua bersama bintang serta bulan sabit berwarna kuning.

Unsur-unsur ini tidak dapat dipisahkan memandangkan Kuala Lumpur adalah Ibu Negara Malaysia dan juga Wilayah Persekutuan.

Page 25: Bendera Dan Lambang Negeri

14 jalur merah dan putih (melintang) menandakan keanggotaan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terletak di

bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Bulan sabit dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi. Bintang berbucu 14

melambangkan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bertindak sebagai Pusat Kerajaan dan pentadbiran.

- Warna biru tua di bahagian tengah melambangkan perpaduan wargakota Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berbilang kaum.

- Warna merah melambangkan keberanian, kegagahan sebuah bandaraya dalam menghadapi cabaran ke arah pembangunan bandaraya

kosmopolitan yang dinamik dan berprogresif.

- Warna kuning melambangkan kedaulatan dan kemakmuran Kuala Lumpur.

- Warna putih melambangkan keluhuran, kebersihan dan keindahan bandaraya dalam taman bercahaya.

 Bendera Wilayah Persekutuan Labuan                                         

  

       Bendera ini mengandungi tiga jalur melintang yang sama lebar berwarna merah, putih dan biru dengan bulan bintang pecah empat belas berwarna kuning terletak di tengah bendera. Jalur-jalur merah, putih, biru dan bulan bintang berwarna kuning yang melambangkan warna Bendera Malaysia membawa makna Pulau Labuan adalah menjadi Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia. Bulan Bintang bermakna Agama Islam sebagai agama rasmi dan

Page 26: Bendera Dan Lambang Negeri

bintang pecah empat belas menggambarkan negeri-negeri dan Kerajaan Persekutuan bersatu dalam Persekutuan Malaysia.

Merah : Melambangkan keberanian bermakna Pulau Labuan adalah menjadi Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia.

Putih : Melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan dalam mempertingkatkan katahanan rakyat yang beradab, berkebudayaan dan berkeperibadian Malaysia.

Biru : Melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum, hidup bersatu, aman makmur hormati serta berusaha untuk memajukan pembangunan ekonomi yang berasaskan sains dan teknologi.

Kuning : Melambangkan kedaulatan Raja Berperlembagaan serta mendokong dan menghormati lunas-lunas perlembagaan dan falsafah Rukun Negara.

Bulan Bintang : Bulan bintang berwarna kuning yang menjadi lambang keIslaman dan Kedaulatan Raja Berperlembagaan yang terletak di tengah-tengah dan mencakupi ketiga-tiga jalur (merah, putih, biru) menampakkan kestabilan dan kekuatan di dalam menyatukan lambang-lambang keberanian, kesucian dan perpaduan.

 Bendera Negeri Johor                                              

    

    Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang berdaulat. Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang

Page 27: Bendera Dan Lambang Negeri

mempertahankan negeri. Bahagian yang berwarna biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri.

                                                                 

       Lambang Negeri Johor  

Page 28: Bendera Dan Lambang Negeri

   

    Mahkota tanda D.Y.M.M. Raja Empat Bintang di sudut Perisai Putih itu menandakan Empat Buah Jajahan besar asal negeri itu, iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau; sementara Bintang dan Anak Bulan di tengah pula, tanda Agama Islam. Dua ekor Harimau yang memegang perisai itu mengingatkan kepada binatang-binatang buas yang pada suatu masa dahulu merayau-rayau di negeri ini. Lukisan yang berbunga-bunga di sebelah bawah perisai maksudnya Gambir dan Lada Hitam, dua jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini.

"KEPADA ALLAH BERSERAH" ialah cogan negeri itu.

     

Page 29: Bendera Dan Lambang Negeri

   Bendera Negeri Kedah                                                

       Merah ialah warna kebangsaan negeri Kedah yang turun temurun. Padi maknanya negeri ini makmur dalam hal kehidupan. Anak bulan tanda negeri beragama Islam. Perisai pula maksudnya Raja (Kerajaan) sentiasa menjaga dan memelihara rakyatnya dan penduduk dalam negeri ini daripada kezaliman.                                                                       Lambang Negeri Kedah  

Page 30: Bendera Dan Lambang Negeri

  

 

Lengkaran itu maksudnya padi, tanaman utama negeri ini. Anak bulan tanda Agama Islam. Perisai pula tanda kekuasaan.

Page 31: Bendera Dan Lambang Negeri

 Bendera Negeri Kelantan Darul Naim                                              

    

    Latar belakang berwarna merah maksudnya kejujuran penduduk, rakyat Raja. Lambang kebesaran berwarna putih itu tanda kesucian Raja negeri

ini.

                                                                         Lambang Negeri Kelantan Darul Naim  

Page 32: Bendera Dan Lambang Negeri

   

  

    Mahkota itu tanda Kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris maksudnya kekuatan orang-orang Melayu Kelantan. Anak bulan dan bintang adalah tanda Islam. Dua pucuk meriam maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa sedia untuk mempertahankan dirinya. Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini tatkala Che' Wan Kembang (atau Che' Siti) Permaisuri Kelantan (kira-kira pada akhir kurun yang ke 14) yang kerana terlalu kasih kepada kijang kesayangannya, telah memerintahkan wang emas dicap dengan gambar binatang itu.

"BERSERAH KEPADA TUHAN KERAJAAN KELANTAN" ialah cogankata negeri ini.

 

Page 33: Bendera Dan Lambang Negeri

 Bendera Negeri Melaka                                               

 

   

     

   

   

    

    Warna-warna merah, putih, kuning dan biru adalah warna-warna Bendera Persekutuan dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam Persekutuan, sementara anak bulan dan bintang pecah lima itu pula ialah tanda Agama Islam, agama negeri dan Malaysia.

 

                                                                        Lambang Negeri Melaka 

Page 34: Bendera Dan Lambang Negeri

 

   

    Warna merah, putih, kuning dan biru maknanya Melaka sebuah negeri dalam Malaysia. Lima bilah keris maksudnya lima orang pahlawan termasyhur di Melaka pada zaman dahulu. Anak bulan dan bintang pecah lima tanda Agama Islam, agama rasmi negeri. Pokok Melaka ialah pohon dari mana negeri itu mendapat namanya. Dua ekor pelandok yang memegang perisai ialah untuk memperingati riwayat tua iaitu pelandoklah yang telah menyebabkan Raja Melaka yang pertama mengambil keputusan untuk menetap dalam negeri ini dan membukanya.

 

Page 35: Bendera Dan Lambang Negeri

 Bendera Negeri Sembilan                                                 

   

Tanah kuning itu maksudnya D.Y.M.M. Raja. Bahagian tiga segi yang berwarna merah bermakna rakyat. Sementara bahagian tiga segi yang berwarna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang

menjadi bahagian-bahagian negeri ini.

                                                                         Lambang Negeri Sembilan  

Page 36: Bendera Dan Lambang Negeri

  

 

Sembilan tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya sembilan buah negeri dalam Gabungan Negeri Sembilan yang lama. Warna merah dalam perisai menunjukkan hubungan-hubungan pada masa yang lalu dengan British. Warna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang. Warna kuning maknanya Yang Di Pertuan Besar. Bintang Pecah Sembilan itu adalah juga menunjukkan sembilan buah negeri dalam gabungan lama. Pedang dan sarungannya di atas perisai itu tanda keadilan. Di tengah-tengah antara pedang dan sarung ialah "Changgai Putri" tanda Kebesaran Yang Di Pertuan Besar.

Page 37: Bendera Dan Lambang Negeri

Bendera Negeri Pahang                                              

    

    Bendera negeri Pahang Darul Makmur mengandungi dua warna iaitu putih di atas dan hitam di bawah. Kedua-duanya sama lebar.

Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintahan di negeri Pahang adalah seorang yang

bertaraf Bendahara.

Putih adalah melambangkan Raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna bahawa negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai

kedaulatan sendiri dan pemerintahan Beraja. Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-

undang, adat istiadat, adat resam, tata susila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada Raja sebagai negeri beraja dan berdaulat.

                                                                         Lambang Negeri Pahang

Page 38: Bendera Dan Lambang Negeri

  

  

Page 39: Bendera Dan Lambang Negeri

Bendera Negeri Perak                                               

    

    Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan hitam. Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya.Warna putih

melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat

Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan.Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.

                                                                         Lambang Negeri Perak  

Page 40: Bendera Dan Lambang Negeri

   

    Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Jata ini dilingkungi dengan bulan sabit yang mengandungi bunga padi.Jata melambangkan Kedaulatan Raja Pemerintah.Bulan Sabit menandakan Agama Islam sebagai agama rasmi.Bunga padi menggambarkan sumber perusahaan rakyat dan kesuburan negeri.

 

Page 41: Bendera Dan Lambang Negeri

Bendera Negeri Perlis                                               

     

    Warna kuning maksudnya D.Y.M.M. Raja. Warna biru maksudnya rakyat. Bendera itu maknanya kerjasama yang erat di antara Raja dengan Rakyat

baginda.

                                                                         Lambang Negeri Perlis  

Page 42: Bendera Dan Lambang Negeri

   

   

   

    Lengkaran padi itu maksudnya pekerjaan utama dan hasil utama negeri iaitu padi. Perisai tanda kebanggaan negeri itu kerana kekayaan hasil padinya.

 

Page 43: Bendera Dan Lambang Negeri

 Bendera Negeri Pulau Pinang                                               

 

   

    Warna biru muda maksudnya warna laut yang indah di sekeliling pulau itu. Warna putih maksudnya negeri Pulau Pinang yang aman damai. Warna kuning tanda kemakmuran. Pohon pinang ialh pohon dari mana pulau itu mendapat namanya.

                                                                        Lambang Negeri Pulau Pinang  

Page 44: Bendera Dan Lambang Negeri

   

    Pohon pinang ialah tanda asal nama pulau itu. Petak yang berwarna kuning mengandungi gambar Jambatan Besar Pulau Pinang yang mempunyai dua (2) tiang dan empat (4) kabel yang menegakkan tiang tersebut. Dua (2) tiang ini melambangkan Serampang Dua Mata di dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Empat (4) kabel pula menggambarkan empat (4) jenis keturunan di negeri ini iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Jalur-jalur biru dan putih yang menjadi simbol lautan berjumlah lima (5) tiap-tiap satu warna yang memberi makna simbol lima prinsip Rukunegara dan lima daerah pentadbiran yang terdapat di Pulau Pinang.

Page 45: Bendera Dan Lambang Negeri

 Bendera Negeri Sarawak                                               

 

   

     

    Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk

mengejar serta mempertahankan kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak sebagai negeri contoh.

Warna kuning menggambarkan keagungan Perundangan dan Peraturan (Order), perpaduan serta stabiliti dalam masyarakat yang berbilang kaum.

Warna hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi

memajukan rakyatnya.

Bintang yang berwarna kuning bermuncung sembilan melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal di dalam harmonis.

Simbol bintang juga merupakan cita-cita tinggi rakyat kita dan hasrat perjuangan kita untuk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.

   

Page 46: Bendera Dan Lambang Negeri

                                                                      Lambang Negeri Sarawak  

   

    Lambang negeri menjunjungkan kemegahan "Bumi Kenyalang: terbang tinggi dengan aspirasi dan pencapaian dalam semua lapangan daya usaha, berpandukan ideologi "politik pembangunan". Lencana negeri ini juga boleh membezakan keunggulan Sarawak daripada negeri-negeri lain di dunia.

 

Page 47: Bendera Dan Lambang Negeri

 Bendera Negeri Selangor                                               

 

    

    Empat bahagian yangberwarna kuning dan merah itu maksudnya daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini. Bulan bintang pula ialah sebagai Agama Islam, iaitu

agama rasmi negeri dan kesucian Agama Islam ditunjukkan dengan warna putih.

                                                                         Lambang Negeri Selangor  

Page 48: Bendera Dan Lambang Negeri

   

   

    Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri. Tombak merah di tengah-tengah ialah Sambu-warna. Di sebelah kanan ialah Keris Pendek dan di Kiri pula Keris Panjang. Ketiga-tiganya adalah Alat Kebesaran Negeri. Tulisan Jawi yang berbunyi "Dipelihara Allah" ialah cogan negeri. Di bawah cogan pula ialah tali bengkong yang dipakai sebagai iakt pinggang oleh pahlawan-pahlawan zaman dahulu.

Page 49: Bendera Dan Lambang Negeri

endera Negeri Terengganu                                               

    

    Latar belakang berwarna putih maksudnya D.Y.M.M. Sultan. Ia melingkungi tanah hitamyang bermakna rakyat - oleh itu bermakna Sultan adalah memberi perlindungan kepada seluruh rakyat baginda. Anak bulan

dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri.

                                                                         Lambang Negeri Terengganu  

Page 50: Bendera Dan Lambang Negeri

   

    Bulan bintang menunjukkan negeri Islam. Mahkota menandakan pemerintahan Di Raja. Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula merupakan Alat Kebesaran Negeri. Manakala di sebelah kanannya ialah Quran melambangkan Undang-undang. Buku Undang-undang di sebelah kiri pula melambangkan keadilan. Wali/Selampai melambangkan Alat-alat Istiadat Kebesaran.

Page 51: Bendera Dan Lambang Negeri