Upload
btpnkel1
View
77
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Telefon : 09 7738688 / 7738689 Faks : 09 7736909
(Sila catatkan nombor rujukan apabila berurusan dengan kami) Email : [email protected] Laman Web : http://www.btpnkel.net
MEMO BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN
Teknologi Untuk Pendidikan Bestari
DALAMAN
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN JALAN MAKTAB PENGKALAN CHEPA
16100 KOTA BHARU, KELANTAN
"CTI-PCI AMALAN KITA Cepat, Tepat Dan Integriti - Productivity, Creativity And Innovation
Kepada : SEMUA Pegawai Teknologi Pendidikan
PKG Negeri Kelantan
Daripada : Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan
Salinan Kepada : Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM
Rujukan kami : BTPN (KEL)8874 / 4 / 4 ( )
Tarikh : 09 Julai 2014
Perkara : BENGKEL PENGISIAN DATA KURSUS / BENGKEL
ANJURAN PKG KE DALAM SISTEM SPL KPM
Tuan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa BTPN Kelantan akan mengadakan bengkel pengisian semua data kursus/ bengkel anjuran PKG bagi tahun 2014 bagi menyelaras laporan latihan yang telah dilaksanakan di peringkat PKG. Pada tahun 2014, Sistem Pengurusan Latihan (SPL) telah dinaik taraf dan penyelaras SULDP PKG boleh mendaftar dan mengesahkan kursus yang telah dilaksanakan oleh PKG masing-masing ke dalam sistem. BTP / BTPN Kelantan akan memantau data kursus/bengkel anjuran PKG melalui sistem. 3. Sehubungan itu, pegawai penyelaras SULDP PKG tuan dikehendaki hadir ke bengkel yang akan dilaksanakan sebagaimana berikut :
Tarikh : 13 dan 14 Julai 2014 Masa : 9.00 pagi hingga 4.30 petang Tempat : Bilik Seminar Bestari 1, BTPN Kelantan 4. Tuan juga diminta membawa bahan-bahan berikut semasa hadir bengkel nanti 4.1 Komputer riba 4.2 Broadband PKG 4.3 Semua Senarai Pendaftaran Peserta kursus/ bengkel. (nama dan nombor kad pengenalan yang betul) 4.4 Semua Surat Panggilan Kursus/Bengkel anjuran PKG.(Softcopy) 4.5 Kos perbelanjaan setiap kursus / bengkel. (OS 21000, OS 24000, OS 27000 dan OS 29000)