9
5.3 BENTUK HIRARKI PENTADBIRAN DAN PERKAITAN DENGAN ORGANISASI SEKOLAH 5.3.1 Definisi Hirarki Hirarki merupakan kata nama yang berasal daripada bahasa inggeris dan sinonim dengan maksud kedudukan, taraf, tingkat, tangga, paras, struktur, skala, gred. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, hierarki bermaksud susunan atau kedudukan tinggi rendah dalam organisasi, masyarakat, dan sebagainya, berdasarkan taraf atau kekuasaan. Contohnya, Syarat kemasukan ke dalam syarikat dan peluang untuk mencapai kedudukan tinggi dalam syarikat yang ditentukan mengikut taraf pendidikan. Dalam proses penyusunan hierarki, ia melibatkan kerja menstruktur organisasi dan kakitangan organisasi. Oleh yang demikian, antara fungsi hierarki adalah: Satu bentuk susunan secara berlapis dan setiap lapisan mempunyai hirarki tertentu. Susunan itu menjelaskan “ranking” jawatan, fungsi, bidang tugas dan tanggungjawab. Semakin tinggi susunan itu, semakin tinggi jawatan yang disandang, semakin banyak fungsinya, semakin besar bidang tugas dan tanggungjawab yang perlu dilakukan. 5.3.2 Definisi Organisasi

Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

Citation preview

Page 1: Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah

5.3 BENTUK HIRARKI PENTADBIRAN DAN PERKAITAN DENGAN

ORGANISASI SEKOLAH

5.3.1 Definisi Hirarki

Hirarki merupakan kata nama yang berasal daripada bahasa inggeris dan sinonim dengan

maksud kedudukan, taraf, tingkat, tangga, paras, struktur, skala, gred. Menurut Kamus Dewan

Edisi Keempat, hierarki bermaksud susunan atau kedudukan tinggi rendah dalam organisasi,

masyarakat, dan sebagainya, berdasarkan taraf atau kekuasaan. Contohnya, Syarat kemasukan ke

dalam syarikat dan peluang untuk mencapai kedudukan tinggi dalam syarikat yang ditentukan

mengikut taraf pendidikan. Dalam proses penyusunan hierarki, ia melibatkan kerja menstruktur

organisasi dan kakitangan organisasi.

Oleh yang demikian, antara fungsi hierarki adalah:

• Satu bentuk susunan secara berlapis dan setiap lapisan mempunyai hirarki tertentu.

• Susunan itu menjelaskan “ranking” jawatan, fungsi, bidang tugas dan tanggungjawab.

• Semakin tinggi susunan itu, semakin tinggi jawatan yang disandang, semakin banyak

fungsinya, semakin besar bidang tugas dan tanggungjawab yang perlu dilakukan.

5.3.2 Definisi Organisasi

Organisasi merupakan satu unit sosial yang mengandungi manusia yang bekerjasama dan

saling bergantung antara satu sama lain bagi mencapai matlamat setiap manusia itu dan

organisasinya. Organisasi merupakan sekumpulan individu yang bekerja bersama‐sama ke arah

mencapai satu matlamat yang sama. Selain itu, organisasi merupakan himpunan individu (dua

atau lebih) yang menjalankan tugas tersendiri mengikut unit kerja yang diselaraskan untuk

mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan.

Dalam sesebuah organisasi, struktur organisasi merupakan perkara penting, di mana

maklumat tentang pembahagian kerja mengikut aktiviti dan tingkat autoriti ditunjukkan secara

terperinci. Disamping itu, pengurusan staf melibatkan perancangan sumber manusia, orientasi

latihan, program keselamatan dan program kebajikan dalam organisasi tersebut.

Page 2: Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah

5.3.3 Organisasi Sekolah

Organisasi sekolah merupakan unit-unit kecil yang dibuat untuk menyelaras pelbagai

program dan aktiviti sekolah sama ada kurikulum dan ko-kurikulum. Antara unit-unit yang

dibentuk adalah terdiri daripada Unit Kurikulum, Unit Ko-kurikulum, Unit Pentadbiran, Unit Hal

Ehwal Murid dan Unit Penyelia Petang. Unit-unit yang ditubuhkan ini mempunyai struktur

organisasi tersendiri dan bidang tugasan yang telah ditetapkan.

Carta Induk Organisasi Sekolah

Unit Pentadbiran

Unit Pentadbiran berperanan dalam mengurus hal yang berkaitan dengan guru. Ini termasuk juga

aktiviti-aktiviti tahunan yang disediakan untuk guru-guru sekolah. Unit ini terdiri daripada :

i. Setiausaha Mesyuarat Sekolah

ii. Guru Maklumat

iii. Kelab Staf.

iv. PIBG.

Page 3: Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah

Unit Kurikulum

Unit Kurikulum bertindak menyelaras semua aktiviti kurikulum sekolah sepanjang tahun. Bagi

tujuan itu, unit ini telah membahagikan tugasan kepada AJK-AJK kecil yang terdiri daripada :

i. AJK Penyelarasan Kelas

ii. AJK Panitia Subjek

iii. Guru Kelas

iv. AJK Pusat Sumber

v. AJK PKBS

vi. AJK Unit UPSR

vii. AJK Jadual Waktu

viii. AJK Peralatan Sekolah

ix. AJK Carta Organisasi

Unit Ko-Kurikulum

Unit Ko-Kurikulum pula bertindak dalam menyelaras segala aktiviti ko-kurikulum sekolah. Unit

ini terdiri daripada :

i. Unit Beruniform - menyelaras aktiviti pakaian seragam

ii. Unit Sukan & Permainan - menyelaras kegiatan sukan sekolah

iii. Unit Persatuan & Kelab - menyelarasan aktiviti berpersatuan

Unit Hal Ehwal Murid

Unit Hal Ehwal Murid ditubuhkan bertujuan untuk menyelaras dan memantau aktiviti yang

berkaitan murid. Terdapat beberapa unit-unit kecil yang bertindak membantu melaksanakan

peranan Unit HEM. Ia terdiri daripada :

i. Unit SPBT ( Skim Pinjaman Buku Teks )

ii. Unit Disiplin - memantau tahap disiplin murid

Page 4: Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah

iii. Unit PIBG - menyelaras aktiviti ibu bapa dan guru

iv. Unit Keselamatan - memastikan keselamatan murid-murid semasa di sekolah

v. Unit Kebajikan - memastikan setiap kebajikan murid terpelihara

vi. Unit kesihatan - berperanan dalam memantau tahap kesihatan murid di sekolah

vii. Unit Kebersihan - bertindak memastikan murid-murid mematuhi arahan kebersihan

sekolah

viii. Unit Bimbingan & Kaunseling - memberi bimbingan dan kaunseling kepada murid yang

bermasalah

ix. Unit Kecemasan - berperanan dalam mengawal sesuatu keadaan sekiranya berlaku

kecemasan di sekolah

Unit Penyelia Petang

Unit Penyeliaan Petang (keceriaan) bertindak menyelaras aktiviti sidang petang. Ia juga

bertindak sebagai unit keceriaan sekolah. Unit ini terdiri daripada :

i. Unit Kawasan Luar

ii. Unit Bilik Gerakan

iii. Unit Bilik Guru

iv. Unit Keceriaan Surau

v. Unit Keceriaan Bangunan

5.3.4 Perkaitan Hierarki Pentadbiran dengan Organisasi Sekolah

Pentadbiran berbentuk Hierarki diamalkan oleh semua sistem pengurusan pendidikan

termasuklah sekolah rendah , sekolah menengah dan sebagainya bagi memastikan sistem

pengurusan sekolah tersebut dalam keadaan teratur, lancar dan sempurna. Organisasi sekolah

yang baik mestilah mampu dikaitkan dengan sistem pentadbiran yang baik. Dengan adanya

sistem pentadbiran berbentuk hierarki, ditambah lagi dengan tenaga kerja dan gabungan idea

daripada para pendidik serta staf sokongan demi memastikan sekolah tersebut dapat melahirkan

insan yang berkualiti dari segi sahsiah dan intelek.

Page 5: Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah

Oleh itu, pentadbir sekolah yang mengamalkan perlu mewujudkan satu garis autoriti yang

jelas menurun dari tingkat paling tinggi hinggalah tingkat paling rendah. Ini dapat mengelakkan

pertindanan kuasa dan kekaburan tanggungjawab. Maka, organisasi sesebuah sekolah akan

diketuai oleh guru besar atau pengetua dan diikuti oleh barisan-barisan pentadbir seperti guru

penolong kanan dan sebagainya sehinggalah kepada golongan terbawah iaitu pelajar. Dalam

sesebuah organisasi di sekolah juga akan ada sekumpulan individu yang bekerja bersama-sama

kearah mencapai matlamat yang telah ditetapkan bersama. Matlamat yang ditetapkan adalah

berdasarkan objektif, matlamat, misi dan visi, serta ketetapan lain sepertimana yang telah

dibincangkan dan dipersetujui oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan pihak sekolah

tersebut.

Dalam usaha tersebut akan wujud komunikasi antara pihak pentadbiran dan juga

organisasi sekolah. Di sinilah bermulanya perkaitannya di mana barisan pentadbir akan

mentadbir sekolah dengan bantuan organisasi yang terdapat di sesebuah sekolah itu sendiri.

Sebagai contoh, dalam melaksanakan tugas dalam sesebuah organisasi di sekolah pasti akan ada

permasalahan yang timbul sama ada masalah yang disengajakan mahupun tidak. Justeru itu,

pihak pentadbir dan organisasi sekolah itu sendiri perlu memainkan peranan penting bagi

mengelakkan masalah tersebut daripada terus merebak lantas memikirkan inisiatif untuk

membendungnya dengan kadar yang segera dan efektif. Sekiranya masalah yang timbul itu

berpunca daripada kalangan pelajar, maka ianya mestilah diselesaikan segera tetapi masih tetap

mengikut urutan atau piawaian yang telah ditetapkan. Seperti seorang pelajar yang mempunyai

masalah disiplin akan dikenalpasti oleh guru kelasnya terlebih dahulu sebelum kes tersebut

sampai kepada pihak atasan seperti guru kaunselor, penolong kanan hal ehwal murid, seterusnya

guru besar atau pengetua. Ianya mesti mengikut tahap demi tahap untuk menyelesaikan masalah

tersebut demi menjaga kualiti kerja sesebuah organisasi sekolah tersebut.

Sememangnya pentadbiran berbentuk hierarki amat membantu di dalam sesebuah

organisasi di sesebuah sekolah. Ianya dapat melancarkan lagi sistem pentadbiran sekolah selain

dapat membantu kesemua warga sekolah termasuklah para pentadbir, para pendidik, staf

sokongan, dan para pelajar demi memastikan kesemuanya berjalan dengan lancar dan sempurna

kerana sentiasa mengekalkan hubungan yang baik sesama mereka terutamanya dalam aspek

komunikasi yang merupakan aspek terpenting dalam sesebuah organisasi sekolah. Tanpa

Page 6: Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah

komunikasi yang baik, prestasi sesebuah organisasi sekolah itu pasti akan jatuh walaupun

mempunyai tulang belakang yang terdiri daripada mereka yang professional.

Pentadbiran pendidikan di peringkat sekolah merupakan operasi pentadbiran pada paras

yang paling bawah sekali dalam organisasi pentadbiran pendidikan Negara. Ia merupakan unit

pentadbiran pendidikan yang paling penting kerana segala usaha ke arah kecemerlangan

pendidikan bertumpu di peringkat sekolah. Kejayaan atau kegagalan sesuatu aktiviti, program

yang dirancangkan oleh pihak jabatan pendidikan negeri atau pihak kementerian pendidikan

akan ditentukan di peringkat sekolah. Unit pentadbiran pendidikan di peringkat sekolah adalah

paling dinamik kerana di peringkat inilah pentadbir pendidikan dan kakitangan berinteraksi terus

dengan pelanggan (murid, ibu-bapa dan komuniti).

5.3.5 Rumusan

Jika dikaji dengan teliti Kementerian Pelajaran Malaysia sebenarnya mengamalkan

sistem pentadbiran berpusat. Sistem ini dilihat mempunyai banyak kelebihan dan setakat ini

tidak terdapat banyak masalah dalam pelaksanaannya. Namun begitu perlu diingat bahawa

sistem pengurusan dan pentadbiran berpusat adakalanya mempunyai kelemahan kerana ia boleh

menyekat perkembangan profesional sekiranya para pengurus dan pentadbir birokrasi terlalu

menitikberatkan peraturan-peraturan dan prosedur-prosedur walaupun didapati peraturan dan

prosedur tidak sesuai lagi dengan situasi semasa. Justeru peraturan dan prosedur ini hendaklah

sentiasa dikaji dari masa ke semasa atau dirombak jika perlu. Diharapkan dengan adanya

pentadbiran dan pengurusan yang cekap di semua peringkat, pendidikan di negara ini akan

mampu mencapai matlamat yang diharapkan.