7
http://www.sinarharian.com.my/rencana/amboi-tingginya-budak-perempuan-tu- 1.444574 Amboi tingginya budak perempuan tu! WARTAWAN SINAR HARIAN 26 OKTOBER 2015 "TINGGI menggalah". Gelaran ini sering diberikan kepada mereka yang bertubuh tinggi termasuklah diri saya. Dengan ketinggian 6.0 kaki atau 1.83 meter, sudah semestinya saya akan menjadi perhatian setiap kali berada dalam khalayak ramai.

BERITA ( AMBOI TINGGINYA DIA ).docx

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BERITA ( AMBOI TINGGINYA DIA ).docx

http://www.sinarharian.com.my/rencana/amboi-tingginya-budak-perempuan-tu-1.444574

Amboi tingginya budak perempuan tu!WARTAWAN SINAR HARIAN26 OKTOBER 2015

"TINGGI menggalah". Gelaran ini sering diberikan kepada mereka yang bertubuh tinggi termasuklah diri saya. Dengan ketinggian 6.0 kaki atau 1.83 meter, sudah semestinya saya akan menjadi perhatian setiap kali berada dalam khalayak ramai.

Di negara di mana purata ketinggian lelaki ialah 5.00 kaki 4.00 inci (1.64 meter) sementara perempuan 5.00 kaki 2.00 inci (1.53 meter), apa yang berlaku keatas diri saya ini bukanlah sesuatu yang memeranjatkan.    

abdulhamid moiden, 10/28/15,
Page 2: BERITA ( AMBOI TINGGINYA DIA ).docx

Meskipun saya berasa begitu kurang senang dan selesa dengan tubuh yang tinggi sejak berumur belasan tahun, saya menganggap keadaan fizikal ini adalah anugerah Tuhan untuk saya.

Saya tinggi. Saya lebih tinggi berbanding orang lain. Ketinggian saya 6.0 kaki iaitu 1.83 meter, sering kali menjadi tumpuan orang ramai ketika berada di khalayak ramai. “Wah, tingginya dia.” merupakan kata-kata spontan yang keluar daripada mulut mereka yang kagum dengan ketinggian saya. Saya sering kali tersenyum sinis mendengar luahan spontan mereka kerana di negara kita purata ketinggian lelaki ialah 4.00 inci ( 1.64 meter ) manakala perempuan pula biasanya setinggi 5.00 kaki 2.00 imci ( 1.53 meter ). Saya tidak pernah patah semangat melihat keadaan fizikal yang agak tinggi berbanding orang lain. Bagi saya, ini nikmat Tuhan yang tidak ternilai harganya. Kini saya bersyukur dan gembira dengan ketinggian saya.

    LIKU-LIKU KEHIDUPAN     Saya mula perasan yang saiz tubuh saya berbeza berbanding rakan dan kawan sekolah sewaktu berada di sekolah menengah. Daripada 1.60 meter, ketinggian tubuh saya melonjak kepada 1.78 meter ketika saya belajar di tingkatan tiga. Keadaan ini membuatkan saya menjadi tumpuan apabila berada dalam khalayak ramai.

Saya hanya sedar bahawa saya lebih tinggi berbanding rakan-rakan saya yang lain ketika berada dalam tingkatan tiga. Pada ketika itu ketinggian saya 1.78 meter. Di sekolah sayalah pelajar yang paling tinggi. Ketinggian saya sangat ketara terutama ketika beratur di perhimpunan sekolah. Saya boleh melihat guru yang berucap di hadapan murid dengan jelas. Saya tidak pernah berkesempatan beratur di baris hadapan. Ketinggian saya menyebabkan saya menjadi “penghuni tetap” saf belakang ketika beratur.

    Mereka yang mempunyai masalah tubuh terlalu rendah sering berjumpa doktor untuk cuba mencari jalan supaya dapat menjadi tinggi, sedangkan saya sebaliknya.    "Bila saya akan berhenti menjadi tinggi kerana perasaan saya begitu tertekan kerana lebih tinggi berbanding mereka yang seusia dengan saya," demikian Anita menyoal doktornya yang turut kebingungan untuk menjawab soalannya.    Saiz tubuh saya yang tinggi mungkin kerana keturunan kerana mendiang ayah saya juga amat tinggi, setinggi saya. Beliau meninggal dunia pada tahun 1995, ketika saya berusia tiga tahun. Ibu saya mempunyai ketinggian 5.00 kaki 6.00 inci (1.72 meter).

“Kebiasaannya, mereka yang terlalu rendah berjumpa doktor untuk mencari jalan agar mereka boleh tinggi. Namun keadaan saya pula berbeza, saya telah beberapa kali berjumpa dengan doktor untuk menanyakan mengapa saya semakin tinggi. Akhirnya saya akur bahawa saya mewarisi ketinggian ini daripada kedua-dua ibu bapa saya. Ayah saya seorang yang tinggi. Ketinggiannya mencecah 1.83 meter. Ketinggian ibu saya pula 1.72 meter. Faktor genetik

Page 3: BERITA ( AMBOI TINGGINYA DIA ).docx

menjadikan saya lebih tinggi daripada orang lain. Mungkin anak-anak saya juga akan tinggi seperti saya,” ujar Anita sambil tersenyum manis.

    Tubuh saya yang tinggi ini menjadikan saya amat pemalu. Saya masih ingat bagaimana kawan-kawan saya mentertawakan saya dan menjadikan faktor ketinggian saya sebagai bahan gurauan.    "Amboi tingginya budak perempuan tu!", " Tengoklah, budak perempuan tu tingginya." Berkali-kali saya mendengar ungkapan yang begini.      Malahan semasa saya belajar di kolej yang mana pengajian utama saya ialah bidang kewartawanan, keadaan yang sama juga berlaku.    Tubuh yang menggalah ini sering mengingatkan saya bahawa saya ini berbeza dengan orang lain daripada segi fizikal dan ini bukan sesuatu yang menyeronokkan.    Saya sering teringin untuk memakai pakaian yang selalu dipakai oleh orang yang mempunyai bentuk badan yang kecil molek dan boleh keluar bersuka ria. Saya perlu mengakui sehingga sekarang pun saya berasa kurang selesa pergi ke tempat baru atau berjumpa dengan orang yang saya tidak kenal.

Ini kerana pastinya orang tidak akan berhenti-henti daripada memandang ke arah saya seolah-olah saya ini makhluk asing.    Pada masa ini saya sedang menjalani latihan amali di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sebagai pemberita dan semestinya saya menarik perhatian ramai setiap kali saya melakukan tugasan.    Satu-satunya tempat yang saya berasa selesa dan mudah untuk menyesuaikan diri dengan mereka yang hadir ialah perhimpunan keluarga. Itu pun kerana ada 'gergasi' lain dalam keluarga saya.    Saya selalu beritahu orang sekiranya mereka menganggap saya ini tinggi, mereka perlu tengok adik lelaki saya yang berusia 16 tahun yang 5.00 sentimeter lebih tinggi daripada saya.

“Wah, tingginya budak perempuan itu,”. “Eh, tengoklah budak perempuan itu, tingginya dia,” merupakan kata-kata yang sering berdesing di cuping telinga saya. Saya sudah lali dengan kata-kata ini. Segelintir orang seolah-olah menjadikan ketinggian saya sebagai bahan gurauan mereka.. Tidak kurang pula yang memandang saya dengan pandangan sinis. Mata liar mereka memandang saya dari atas ke bawah seperti memandang makhluk asing yang tercegat di hadapan mereka. Keadaan ini memberikan tekanan yang hebat kepada saya terutamanya ketika saya menjalani latihan amali di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia ( BERNAMA ). Sayalah pemberita yang paling “besar’ di sana. Berita ketinggian saya sering kali menjadi berita utama di BERNAMA. Mereka menjadikan saya seorang yang pemalu. Saya terlalu aib dan hampa. Ketinggian saya menjadi bebanan kepada saya. Saya berasa kecewa kerana saya agak tinggi.

Saya suka perhimpunan keluarga kami. Setiap kali sesuatu majlis diadakan, seluruh ahli keluarga kami akan berkumpul. Pada waktu itu, rasa janggal ketinggian hilang serta-merta kerana dalam keluarga kami ramai “ gergasi tinggi’.

    

Page 4: BERITA ( AMBOI TINGGINYA DIA ).docx

WAKTU YANG JANGGAL

CABARAN KETINGGIAN    Menggunakan pengangkutan awam bukan sesuatu yang mudah bagi saya. Orang biasa biasa pun sukar untuk melunjurkan kaki, apa lagi orang yang bertubuh tinggi seperti saya.

Memang sukar untuk saya menaiki bas awam dan begitu juga jika terbang kelas ekonomi. Ada ketika saya terpaksa menukar tempat duduk kerana penumpang di depan saya tidak selesa kerana kaki saya yang panjang sering menolak kerusinya.  

Lazimnya orang perempuan suka melihat diri mereka di cermin tetapi bukan saya kerana pada kebanyakan masa, saya lebih tinggi daripada cermin itu.

Di tandas awam, saya terpaksa membongkok seperti zirafah untuk melihat cermin. Satu lagi perkara yang membuatkan saya berasa kekok ialah pancor di bilikair. Sewaktu bercuti di Kemboja, susah betul untuk mandi kerana saya lebih tinggi daripada pancor air!

Bila hendak bergambar secara berkumpulan, tempat saya biasanya di belakang memandangkan yang lainnya lebih rendah daripada saya. Ada kalanya saya terpaksamembongkok untuk mengimbangkan ketinggian saya dengan kawan yang lain.

Jika menghadiri sebarang pertunjukan atau konsert, saya perlu berhati-hati untuk mengelak daripada menutup pemandangan orang di belakang saya. Ada kalanya, saya akan diminta mengalihkan kepala saya sedikit, sama ada ke kiri atau pun ke kanan.

Saya jarang menggunakan pengangkutan awam. Bukan sebab saya tidak suka menggunakan pengangkutan awam. Saiz saya tidak sesuai untuk pengangkutan awam. Saya sukar melunjurkan kai apabila duduk di dalam bas. Saya masih tidak dapat melupakan teguran seorang penumpang wanita yang berasa tidak selesa kerana kaki saya yang panjang seringkali “menolak” kerusinya di depan.

Lazimnya wanita juga melihat diri mereka di cermin. Saya pula lazim melihat cermin kerana kebiasaannya saya lebuh tinggi daripada cermin. Saya terpaksa membengkokkan badan zirafah untuk melihat cermin di tandas awam. Saya juga sering kali menghadapi masalah dengan pancur air di dalam bilik hotel. Ketika saya bercuti di Kemboja pancur air lebih tinggi daripada saya.

Setiap kali sesi bergambar beramai-ramai, tempat saya adalah di belakang sekali. Ada kalanya, saya terpaksa membongkok untuk mengimbangkan ketinggian saya dengan rakan-rakan lain.

Jika menghadiri sebarang pertunjukan atau konsert, saya perlu berwaspada agar tidak menghalang pandangan orang di belakang saya. Acap kali juga saya diminta mengalihkan kepala saya sedikit ke kiri atau ke kanan kerana menghalang pandangan orang di belakang saya.

Page 5: BERITA ( AMBOI TINGGINYA DIA ).docx

ADA KELEBIHAN TINGGI

ISTIMEWA KERANA TINGGI    Apa pun, mempunyai tubuh yang tinggi juga ada kelebihannya. Banyak kali juga saya tersenyum lebar kerana hakikat ini. Umpamanya, di rumah, ibu saya tidak perlu bimbang untuk mengambil barang-barang yang disusun di rak tinggi. Ibu hanya perlu melaungkan nama saya.

Di sekolah menengah, saya menjaringkan gol terbanyak untuk pasukan bola jaring sekolah. Apabila berdiri dalam khalayak ramai, semestinya saya yang paling tinggi dan mudah untuk orang mengenali saya.

Saya menjadi ‘galah panjang’ ibu di rumah. Setiap kali ibu ingin mengambil sesuatu barang dari tempat tinggi. Nama saya akan dilaungkan. Pada waktu saya bangga dengan ketinggian saya.

Saya pemain bola jaring. Saya menjadi ayam tambatan pasukan bola jaring sekolah. Saya banyak menjaringkan gol untuk pasukan kami. Pasukan lawan pastinya memandang saya dengan gerun ketika di dalam gelanggang. Penonton mudah mengenali saya di dalam gelanggang kerana sayalah yang paling tinggi selepas tiang gol.

Saya pernah berjumpa bekas Presiden MIC, Datuk Seri S.Samy Vellu pada satu majlis beberapa tahun lepas dan baru-baru ini saya berjumpa beliau sebagai pemberita.    Saya terkejut kerana beliau berpaling kepada saya dan bertanya, "Awak kan budak yang tinggi itu, saya masih ingat kamu." Saya berasa besar hati kerana beliau masih ingat kepada saya meskipun pertemuan itu sudah berlalu bertahun-tahun laman ya dan ini menjadikan saya lebih yakin dengan diri saya.

Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan sehingga kini adalah, mantan Presiden MIC Datuk Seri S Samy Veloo mampu mengecam saya daripada ketinggian saya. Saya pernah bertemu dengan beliau dalam satu majlis beberapa tahun dahulu. Baru-baru ini pula, saya berkesempatan menemu ramah beliau sebagai pemberita. “ Awak budak tinggi itu, kan ?’’ soal beliau. Pada waktu itu saya bangga dengan ketinggian saya. Saya sedar ketinggian saya menjadi kredit tambahan untuk seseorang mengingati saya.

    Tidak lama lagi saya akan menamatkan pengajian dan saya pasti ketinggian yang dimiliki ini akan menjadikan saya lebih menonjol daripada yang lainnya pada majlis konvokesyen nanti.

Page 6: BERITA ( AMBOI TINGGINYA DIA ).docx

Apa pun, saya sudah belajar untuk menerima keadaan diri saya dan ketinggian 1.83 meter ini adalah kebanggaan saya. Saya sudah biasa dengan renungan orang dan ungkapan yang menyentuh tentang tubuh saya yang tinggi.    Kadangkala saya sengaja memakai kasut tinggi supaya orang akan memandang saya lebih daripada sekali. - Bernama

Majlis konvokesyen saya akan berlangsung tidak lama lagi. Saya pasti ketinggian saya akan mencuri tumpuan banyak lensa kamera.

Ketika berjalan di khalayak ramai, “ Wah, tingginya dia” masih lagi kedengaran. Namun kini, setiap kali kata- kata ini menusuk gegendang telinga, saya tidak berasa sedih, hampa dan kecewa seperti dulu. “Kadangkala saya sengaja memakai kasut yang tinggi agar kelihatan lebih tinggi lagi.

Saya sedar ketinggian adalah nikmat Tuhan. Saya bersyukur kepada Tuhan kerana dicipta lebih tinggi dari orang lain. Saya istimewa kerana saya lebih tinggi daripada orang lain”, ujar Anita dengan penuh keyakinan.