2
Keluaran 1/2015 BERITA KIMIA Jabatan Kimia, Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia Majlis Sambutan Hari Raya & Meraikan Pesara Jabatan Kimia 2015 Majlis Sambutan Hari Raya dan meraikan pesara anjuran Jawatankuasa Kebajikan, Sukan dan Rekreasi Jabatan Kimia telah diadakan pada 9 Ogos 2015 di Kafeteria Mak Jah Rumah Alumni UTM. Selain me- raikan kemenangan setelah sebulan ber- puasa di bulan Ramadhan, majlis ini juga bertujuan meraikan staf Jabatan Kimia yang telah bersara iaitu Prof. Dr. Hasnah Md Sirat, Prof. Dr. Salasiah Endud, Hj. Mat Yasin Sirin dan Pn Khatijah Za- kariah. Penyerahan hadiah keraian pindah jabatan (En. Azmi Md Rais, En. Mohd Nazri Zainal dan En. Mokhtar Abu Bakar) serta hadiah keraian haji (Prof. Madya Dr. Umi Kalthom Ahmad) telah disampaikan oleh Ketua Jabatan Kimia, Prof. Madya Dr. Zaiton Abd Majid. Selain menjamu selera, kesempatan ini telah digunakan sebaik mungkin oleh semua staf dan keluarga untuk sal- ing mengenali antara satu sama lain serta mengeratkan lagi silaturrahim yang telah terjalin. Tahniah dan setinggi penghargaan diucapkan kepada Ja- watankuasa Kebajikan, Sukan dan Rekreasi Jabatan Kimia. Lawatan Professor Pelawat Ke Jabatan Kimia Prof. Dr. Satyajit D. Sarker telah mengadakan lawatan ke Jabatan Kimia, Fakulti Sains bermula pada 15 Mei hingga 23 Mei 2015. Beliau merupakan Director, School of Pharmacy and Biomolecular Science, University of Liver- pool (LJMU), United Kingdom. Aktiviti yang telah dijalankan bersama pelajar adalah kuliah pasca siswazah, Seminar Jabatan, bengkel Penulisan Journal dan Bengkel menggunakan Spektroskopi NMR. Perbincangan antara ahli kumpulan Sebatian Semula Jadi (NatPro) juga di- adakan bagi tujuan kerjasama penyelidi- kan antara Fakulti Sains, UTM dan LJMU. Ketua Editor: Prof. Dr. Hasnah Md Sirat Editor: Dr. Siti Aminah Setu Diucapkan kepada Dr. Nursyafreena Attan dan suami atas kelahiran anak lelaki mereka pada 13 April 2015. Nama diberi Muham- mad Haziq Zafhran bin Mohd Hazwan. Tahniah juga diucapkan kepada En. Rasyidi atas ke- lahiran anak ke-2 beliau, Umar Haris bin Rasyidi. Semoga menjadi anak soleh. TAHNIAH

BERITA KIMIA - science.utm.my · adalah kuliah pasca siswazah, Seminar Jabatan, bengkel Penulisan Journal dan Bengkel menggunakan Spektroskopi NMR. Perbincangan antara ahli kumpulan

Embed Size (px)

Citation preview

K e l u a r a n 1 / 2 0 1 5

BERITA KIMIA

J a b a t a n K i m i a , F a k u l t i S a i n s , U n i v e r s i t i T e k n o l o g i M a l a y s i a

Majlis Sambutan Hari Raya & Meraikan Pesara Jabatan Kimia 2015

Majlis Sambutan Hari Raya dan meraikan

pesara anjuran Jawatankuasa Kebajikan,

Sukan dan Rekreasi Jabatan Kimia telah

diadakan pada 9 Ogos 2015 di Kafeteria

Mak Jah Rumah Alumni UTM. Selain me-

raikan kemenangan setelah sebulan ber-

puasa di bulan Ramadhan, majlis ini juga

bertujuan meraikan staf Jabatan Kimia

yang telah bersara iaitu Prof. Dr. Hasnah

Md Sirat, Prof. Dr. Salasiah Endud, Hj. Mat Yasin Sirin dan Pn Khatijah Za-

kariah. Penyerahan hadiah keraian pindah jabatan (En. Azmi Md Rais, En.

Mohd Nazri Zainal dan En. Mokhtar Abu Bakar) serta hadiah keraian haji

(Prof. Madya Dr. Umi Kalthom Ahmad) telah disampaikan oleh Ketua Jabatan

Kimia, Prof. Madya Dr. Zaiton Abd Majid. Selain menjamu selera, kesempatan

ini telah digunakan sebaik mungkin oleh semua staf dan keluarga untuk sal-

ing mengenali antara satu sama lain serta mengeratkan lagi silaturrahim

yang telah terjalin. Tahniah dan setinggi penghargaan diucapkan kepada Ja-

watankuasa Kebajikan, Sukan dan Rekreasi Jabatan Kimia.

Lawatan Professor Pelawat Ke Jabatan Kimia

Prof. Dr. Satyajit D. Sarker telah mengadakan lawatan ke Jabatan Kimia,

Fakulti Sains bermula pada 15 Mei hingga 23 Mei 2015. Beliau merupakan

Director, School of Pharmacy and Biomolecular Science, University of Liver-

pool (LJMU), United Kingdom. Aktiviti yang telah dijalankan bersama pelajar

adalah kuliah pasca siswazah, Seminar

Jabatan, bengkel Penulisan Journal dan

Bengkel menggunakan Spektroskopi

NMR. Perbincangan antara ahli kumpulan

Sebatian Semula Jadi (NatPro) juga di-

adakan bagi tujuan kerjasama penyelidi-

kan antara Fakulti Sains, UTM dan LJMU.

Ketua Editor: Prof. Dr. Hasnah Md Sirat

Editor: Dr. Siti Aminah Setu

Diucapkan kepada Dr.

Nursyafreena Attan dan

suami atas kelahiran anak

lelaki mereka pada 13 April

2015. Nama diberi Muham-

mad Haziq Zafhran bin

Mohd Hazwan.

Tahniah juga diucapkan

kepada En. Rasyidi atas ke-

lahiran anak ke-2 beliau,

Umar Haris bin Rasyidi.

Semoga menjadi anak

soleh.

TAHNIAH

Al-Quran, Sains dan Kimia

AKAN DATANG

Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang ta-

war) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;

Di antara keduanya ada penyekat yang mem-

isahkannya, masing-masing tidak melampaui

sempadannya; Maka yang mana satu di antara

nikmat-nikmat Tuhan kamu hendak dustakan?

(Ar-Rahman: 55:20-21)

It has been pointed out and verified experimen-

tally that when two superposed fluids of different

densities and negligible viscosities are accelerated

in direction perpendicular to their interface, this

surface is stable or unstable for small deviations

according as the acceleration is directed from the

more dense to the less dense fluid or vice versa.

(Saffman & Taylor, 1958)

Picture: Setu, S. A. et al. Soft Matter 210,

250–255 (2013).

Internation-

al Confer-

ence On

Natural

Products

2015

International Conference On Natural Products 2015 (ICNP 2015)

Dengan kerjasama antara Jabatan Kimia, Fakulti Sains, UTM dan Malaysian Natural Product Society

(MNPS), satu Seminar Sebatian Semulajadi Antarabangsa 2015 telah dianjurkan pada 24-25 Mac

2015 di DoubleTree by Hilton, Johor Bahru. Seminar yang telah dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Haji

Anjung Kimia

Ismail bin Karim, Setiausaha Kerajaan Johor

ini telah dihadiri oleh 5 orang penceramah

plenary, 2 orang penceramah tetamu, dan 9

orang penceramah jemputan. Manakala

seramai 75 orang peserta lisan dan 156

orang peserta poster turut mengambil baha-

gian dalam seminar ini. Dengan adanya

seminar sebegini, kerjasama penyelidikan

antara UTM dengan institusi lain dalam dan

luar negara dapat dijalinkan dan dieratkan.

Jawatankuasa Penyelidikan & Penerbitan

Jabatan Kimia