Upload
others
View
7
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Khutbah Hari Raya Aidiladha 6 November 2011:“Berkorban dan Berjihad Untuk Islam” Jabatan Agama Islam Selangor
1
"BERKORBAN DAN BERJIHAD UNTUK ISLAM"
و
.
ملسا لِّلْمديع موذَا الْيلَ هعي جِهللا الَّذ ِ دماَلْح نيوعيد اَْألضحى من شعائرِ اِهللا وجعلَ عبادةَ الْحجِّ
.وإِحياَءها من تقْوى الْقُلُوبِ
كي.
ملِّ اَللَّهص و ارِكبو .
Khutbah Hari Raya Aidiladha 6 November 2011:“Berkorban dan Berjihad Untuk Islam” Jabatan Agama Islam Selangor
2
اِهللا . قَالَ اللَّه :
.
و .
Muslimin dan Muslimat yang Dirahmati Allah Sekalian.
Idul Adha adalah lambang pengabdian diri umat Islam kepada Allah SWT.
Kerana itu Idul Adha mestilah disambut selaras dengan kaifiat syarak, iaitu
dengan solat sunat Idul Adha, bertakbir, bertasbih, bertahlil dan menyembelih
binatang korban sebgai lambing pengabdian setulusnya kepada Allah dan suatu
pernyataan tanda setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT.
Manakala ibadah Haji adalah salah satu Rukun Islam yang wajib ditunaikan
bagi mereka yang mampu di kalangan Umat Islam. Ia merupakan satu
perhimpunan umat Islam dari seluruh pelusuk dunia. Mereka terdiri daripada
pelbagai kaum dan bangsa, pelbagai warna kulit dan kedudukan telah berjaya
disatukan dan dipersaudarakan dalam perhimpunan terbesar umat Islam.
Mereka disatukan atas satu tujuan iaitu beribadah untuk mentauhidkan Allah
SWT.
Khutbah Hari Raya Aidiladha 6 November 2011:“Berkorban dan Berjihad Untuk Islam” Jabatan Agama Islam Selangor
3
Ternyata di hadapan kita bahawa ajaran Islam membawa umatnya kepada
kesatuan, perpaduan dan kekuatan. Kekuatan terbina atas dasar akidah yang
unggul dan benar tidak sesekali menyengutukan-Nya. Ini diterjemahkan oleh
semua jemaah haji apabila melaungkan talbiyyah:
نَّإِ ،كيبلَ كلَ كيرِال ش كيبلَ ،كيبلَ مهاللَّ كيبلَ .كلَ كيرِال ش كلْمالْو كلَ ةَمعالنِّو دمحالْ
“Ya Tuhanku, aku menyahut seruan-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu! Ya
Tuhanku, aku menyahut seruan-Mu. Sesungguhnya segala kepujian dan nikmat
bagi -Mu sahaja, Dan kerajaan sebenarnya milik-Mu juga, Tiada sekutu bagi.Mu
(Tiada Tuhan yang lain daripada-Mu)”.
Laungan ini menyatakan kepada kita bahawa, tiada Tuhan yang disembah
melainkan dia dan tiada sekutu bagi-Nya. Perakuan ini dizahirkan dalam ibadah
haji tersebut yang mengajak kita beriman kepada Allah sebenar-benarnya. Ini
bererti kita hanya patuh kepada ajaran-Nya dan hanya memperakukan
kekuasaan-Nya.
Islam telah berjaya menyatukan umatnya daripada kalangan semua
bangsa, setelah cahaya petunjuknya sampai kepada mereka. Ketika petunjuknya
diikuti oleh penganutnya yang beriman dan beramal soleh mengikut ajaran Islam
menjadikan mereka memperoleh taqwa dan berjaya di dunia dan akhirat.
َ َ
Khutbah Hari Raya Aidiladha 6 November 2011:“Berkorban dan Berjihad Untuk Islam” Jabatan Agama Islam Selangor
4
Muslimin dan Muslimat yang dikasihi Sekalian!,
Ibadat Haji yang dilakukan oleh umat Islam yang berada di tanah suci
Mekah pada hari ini bukan sahaja mengerjakan wukuf, tawaf dan sa’ie, tetapi
juga diwajibkan melontar jamrah di Mina di mana Nabi Ibrahim a.s sendiri telah
melontar dikesemua jamrah terhadap syaitan yang menghalang dan
menimbulkan keraguan kepadanya terhadap kebenaran wahyu melalui mimpi
yang hadir daripada Allah SWT.
Berdasarkan apa yang telah berlaku di sepanjang sejarah manusia bahawa
syaitan adalah merupakan musuh bagi orang-orang yang beriman sehinggalah
mereka terheret dan terjerumus untuk menderhakai Allah dan ingkar kepada-
Nya. Peringatan Allah dalam Surah Yasin ayat 60-61:
“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak Adam, supaya kamu
jangan menyembah syaitan?. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata
terhadap kamu!. Dan (Aku perintahkan): Hendaklah kamu menyembah-Ku.Inilah
jalan yang lurus”.
Khutbah Hari Raya Aidiladha 6 November 2011:“Berkorban dan Berjihad Untuk Islam” Jabatan Agama Islam Selangor
5
Muslimin dan Muslimat yang dikasihi Sekalian!,
Pada hari ini juga kita sangat dituntut untuk melakukan ibadah korban
dengan menyembelih binatang korban seperti yang disyariatkan sebagai
lambang pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s
yang mengutamakan perintah Allah lebih daripada kepentingan diri sendiri.
Baginda dipilih menjadi bapa kepada para rasul selepasnya. Di antara jasa
Nabi Ibrahim ialah membuka Negeri Makkah dan membina semula Kaabah yang
menjadi kiblat bagi umat Islam dan sebagai tempat mengerjakan Ibadah Haji
yang menghimpunkan umat Islam sehingga kini.
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 127-128:
“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail
meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (kaabah) itu, sambil kedua-
duanya berdoa dengan berkata, “Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami
(amal kami); Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha
Mengetahui”.
Khutbah Hari Raya Aidiladha 6 November 2011:“Berkorban dan Berjihad Untuk Islam” Jabatan Agama Islam Selangor
6
Berdasarkan keterangan ayat dan fakta sejarah itu, Islam tidak akan dapat
dijulang tanpa pengorbanan dan jihad. Islam sampai kepada kita atas usaha dan
pengorbanan para rasul dan nabi-nabi, para sahabat, pejuang dan alim ulamak
terdahulu daripada kita. Jelaslah Islam tidak akan tersebar sekiranya kita hanya
berpeluk tubuh.
Muslimin yang dirahmati Allah SWT!,
Umat Islam pada hari ini hendaklah menjadikan semangat korban dan
bersedia untuk berkorban sebagai tunjang utama kepada pengakuan kalimah
tauhid terhadap Allah S.W.T, bukan sekadar ucapan di bibir sahaja tanpa melalui
pengorbanan yang dituntut oleh Islam.
Sesungguhnya Islam menuntut pengorbanan dalam apa jua keadaan
sekalipun khususnya ketika mana umat Islam pada ketika ini ditimpa oleh
penyakit “Hubbud dunia wa karahiyatul maut” “sangat cintakan kepada dunia dan
takut mati”. Lebih malang lagi umat Islam pada hari ini sanggup melakukan apa
sahaja demi mencapai cita-cita kebendaan sehingga sanggup menjual keimanan
dan kebenaran dengan wang dan harta benda.
Amat malang sekiranya ada terdapat di kalangan umat Islam pada hari ini
sanggup memfitnah dan mengkhianati kawan sendiri demi mencapai hajat dan
matlamat kebendaan bahkan mereka sanggup membunuh demi wang ringgit
kerana mereka telah pun mengambil jalan mudah dengan amalan rasuah,
menipu dan sebagainya untuk mencapai cita-citanya.
Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah ayat 86:
Khutbah Hari Raya Aidiladha 6 November 2011:“Berkorban dan Berjihad Untuk Islam” Jabatan Agama Islam Selangor
7
“Mereka itulah orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan
kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang membawa
kebahagiaan dalam kehidupan) akhirat. Justeru itu, mereka tidak akan
diringankan azab (pada Hari Kiamat), dan mereka pula tidak akan diberikan
pertolongan (untuk menghindari azab itu)”.
Muslimin yang dirahmati Allah SWT!,
Oleh itu, untuk memartabatkan Islam, umat Islam wajarlah menghayati dan
melaksanakan beberapa langkah;
Pertama : Membina kesatuan dan kekuatan umat Islam berdasarkan
Al-Quran dan As-Sunnah dari sudut ekonomi, polotik dan
pertahanan negara.
Kedua : Menguasai dan mengamalkan ilmu pengetahuan duniawi
dan uhkrawi untuk menanamkan keimanan yang jitu dan
mampu berdaya saing serta memartabatkan dunia Islam.
Ketiga : Umat Islam hendaklah memahami dan menyedari bahawa
keperluan berjihad dan berkorban dalam semua bidang
untuk memastikan Islam itu sentiasa terpelihara dan
Khutbah Hari Raya Aidiladha 6 November 2011:“Berkorban dan Berjihad Untuk Islam” Jabatan Agama Islam Selangor
8
berada di tempat yang mulia dan tinggi sebagaimana
ditonjolkan oleh Nabi Ibrahim a.s.
Keempat : Menjadikan haji satu perhimpunan tahunan yang
mempamerkan rasa gerun dan hebat pada pandangan
musuh Islam dengan lambang kesatuan akidah.
Kelima : Membina peribadi dan rumahtangga Islam itu menjadi
suatu keutamaan bagi menjamin terbinanya masyarakat
yang cemerlang dan berjaya.
Inilah wajah penghayatan dan pengorbanan umat Islam yang mesti
diberikan tumpuan sejajar dengan sambutan Hari Raya Korban yang sentiasa
mengajak penganutnya menjiwai dan menghayati pengorbanan, jihad,
kesungguhan dan keazaman untuk meninggikan agama Allah SWT.
أَعوذُ
“Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama
ada dengan keadaan ringan ataupun dengan keadaan berat (iaitu sama ada
dalam keadaan susah atau senang, bersemangat atau tidak bersemangat); dan
berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela
Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui”.
(At-Taubah : 41)
Khutbah Hari Raya Aidiladha 6 November 2011:“Berkorban dan Berjihad Untuk Islam” Jabatan Agama Islam Selangor
9
ونفَعنِي آن ولَكُم بارك اُهللا لي نم اتي َلقَبتو
. هو إِنه ووتهتال ومنكُم منِّي
فغتساَهللا ر يل لَكُمو لْمؤ ،ولسآئرِ
ؤلْم ،رفغتس هإِن وهفُولْغ ميحالر.
اللَّه و و .
Khutbah Hari Raya Aidiladha 6 November 2011:“Berkorban dan Berjihad Untuk Islam” Jabatan Agama Islam Selangor
10
KHUTBAH KEDUA
رأَكْب ، رأَكْب ، رأَكْب ، رأَكْب، رأَكْب ، رأَكْب ، رأَكْب ، و اللَّه ،رأَكْب رأَكْب
و . ِهللا الَّذ ِ داَحلَمأَج نم ىاحلَ اَْألضعج لِّي
االْقُربا الْ. تهلامعل فاعضواتنسح . تكَانوّا لببساتنا الْجهللِ أَهوخد.
رِيالَ ش هدحإِالَّ اُهللا و أَنْ الَ إِلَه دهأَشلَه ـك . دهأَشيِّولُأَنَّ سوسرو هدبا عدمحا منده . ماَللَّه
دنا محمد وعلَى آله م علَى سيِّوسلّ صلِّابِهحأَصو نيعمأَج.
Khutbah Hari Raya Aidiladha 6 November 2011:“Berkorban dan Berjihad Untuk Islam” Jabatan Agama Islam Selangor
11
دعا بأَم اِهللا ادبا عفَي َنقُواْملُت فَاز قُواَهللا فَقَدتا.
، ، ، و .
Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah!,
Marilah kita bertaqwa kepada Allah SWT pada perkara yang diperintahkan
dan menjauhi perkara-perkara yang dilarang.
Marilah kita menghampirkan diri kita kepada Allah dengan amal ibadah
seperti bertasbih, bertahmid, menyembelih korban dan menghubungkan
silaturrahmi yang bukan hanya diraih oleh jemaah Haji di Mekkah yang
berhimpun dari seluruh dunia bahkan kita di sini juga dituntut untuk
melakukannya.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Kauthar ayat 2;
“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah
korban (sebagai bersyukur)” .
، ، ، و .
Khutbah Hari Raya Aidiladha 6 November 2011:“Berkorban dan Berjihad Untuk Islam” Jabatan Agama Islam Selangor
12
Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah!,
Hari Raya Idul Adha hendaklah kita rayakan dengan rasa syukur, gembira
dan penuh ketaqwaan. Ini kerana, anjuran korban itu asasnya ialah ibadah dan
mengasuh kita supaya sentiasa berkorban apa sahaja untuk Islam. Begitu juga
untuk melatih kita menjadi seorang yang pemurah dan berkasih sayang, taat
kepada Allah dan tunduk serta patuh perintah Allah seperti yang telah
ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim dan Ismail alaihima as-salam.
Mudah-mudahan dengan penyembelihan korban itu akan mendidik kita
mampu berkorban dan berjihad untuk mencapai kejayaan dan kemenangan di
dunia dan di akhirat.
Firman Allah dalam Surah At-Taubah ayat 111;
“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang yang beriman, jiwa
dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka,
(disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah, lalu ada antara mereka yang
membunuh dan terbunuh. Itu sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah
dalam (kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran. Siapakah lagi yang lebih
Khutbah Hari Raya Aidiladha 6 November 2011:“Berkorban dan Berjihad Untuk Islam” Jabatan Agama Islam Selangor
13
menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan
jualan yang kamu lakukan itu. Itulah kemenangan yang besar”.
، ، ، و .
Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah!,
Pada hari ini marilah kita bertakbir selama 4 hari dan memperbanyakkan
ucapan selawat ke atas junjungan besar baginda s.a.w kerana jasa baginda
telah menyampaikan Islam kepada kita melalui berbagai bentuk pengorbanan
dan jihad. Tanda kasih sayang kita kepada baginda hendaklah kita rakamkan
dalam bentuk selawat sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al-Ahzab
ayat 56:
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi, wahai
orang-orang yang beriman berselawatlah ke atasnya dan ucapkanlah salam
yang sempurna”.
(Al-Ahzab : 56)
Khutbah Hari Raya Aidiladha 6 November 2011:“Berkorban dan Berjihad Untuk Islam” Jabatan Agama Islam Selangor
14
دنا محمد وعلَى آلِ سـيِّ دناسيِّعلَى هم صلِّاَللَّحيِّملَى سع تلَّيا صكَم دلَى آلِ معو يماهرا إِبنددنا محمد وعلَـى سيِّنا إِبراهيم وبارِك علَى دسيِّ
دنا سـيِّ دنا محمد كَما باركْـت علَـى سيِّآلِ دنا إِبراهيم فى العالَمين إِنك سيِّإِبراهيم وعلَى آلِ
جِيدم يدمح. راغْف ماَللَّه اآِءيح مهنم
الـدعوات إِنك واَأل يا قَاضيواتج.
.
Khutbah Hari Raya Aidiladha 6 November 2011:“Berkorban dan Berjihad Untuk Islam” Jabatan Agama Islam Selangor
15
ك رالشّ أَذلَّ مهللَّاَ نيملسملُاْم والَسِإلأَعز اْ مهللّاَاْوملُشيرِكن َللَّاهم ا رصانخا اْونملُانسلمين ملُاْوجاهدين اْويفعضتملُسن فلِّكُ ى كَمان. هلك أَ مهللَّاَ نِياَء الدّدعأَ عدائَكر أَدمّ مهللَّاَىف كا نجعلُان مهللَّاَ نيقملُنافاْو ركالشلكَفَرةَ واْ
د بدّ مهللَّاَ رِهمشرو من بِكذُِءنا ونعوآدعنحورِ أَوزلْزِلْ مهت كَلمتوشتّ مجمعهق شملَهم وفَرِّ
هامأَقْدم وّلسلَطْ عهِيم نا مال كَلْبكبِك. ا قَياره يارا جب يمقتنا م ا اُهللاي ا اُهللاي ا اُهللاي ا يو ابحا مجرِى السيو ابتلكا منزِلَ اْي مهللَّاَ
.مهِيلَع اصرنوان همزِماه ابزحَألهازِم اْ
َ◌
Khutbah Hari Raya Aidiladha 6 November 2011:“Berkorban dan Berjihad Untuk Islam” Jabatan Agama Islam Selangor
16
بِيِّكبِن كلُ إِلَيسوتنو أَلُكسا نإِن ما اَللَّه،ِنيم أَنْ وصفَاتك الْعظْمى ونسأَلُك بِأَسمآئك الْحسنى
وِقَايتك نِ عنايتك الربانِية وبِحفْظبِعي تحفَظَانِيدمالالصج ،ةَا لَةنكلظَّمِ معلْطَان الْمس ،
سلْطَان شرف الدّين ادريس شاه احلاج ابن ح الدّين عبد العزيز شاه املرحوم سلْطَان صال
اَللَّهم أَدمِ الْعونَ والْهِدايةَ والتوفيق، .احلاج، لىِّ عهدمةَ منك، لووالسال والصّحةَ ينّالد فرلْطَان شنِ السباه اري شأَم
حٍ وعافية ادريس شاه احلاج فى أَمنٍ وصال اَللَّهم أَطلْ. وكَرمك يا ذَا الْجال
د ،ية والْبِالوالرع مصلحينِ للْموظَّفين عمرهما .والرشاد الْهد مقَاصدهما لطَرِيقِ وبلّغْ
Khutbah Hari Raya Aidiladha 6 November 2011:“Berkorban dan Berjihad Untuk Islam” Jabatan Agama Islam Selangor
17
ر
حسان وايتآِء اَهللا يأْمر بِالعدلِ واإلإِنَّ ! عباد اِهللاربى وينهى عنِ الفَحشاِء واملُنكَرِ والبغيِ ذي القُ
فَاذْكُرواْ اَهللا الْعظيم .يعظُكُم لَعلَّكُم تذَكَّرونَ هوكُراشو كُمذْكُري همنِع هأَلُواسو ،كُمزِدي
هلفَض نم َّاللو راِهللا أَكْب كْرلَذو كُمطعا يم لَمعي ه .تصنعونَ
اللَّه و و .
Ramli /Li**