Upload
vuxuyen
View
219
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Cukai
Pendapatan
Harta Pusaka
NOTA PENERANGAN TP 2017 2017 2017
BERSAMA MEMBANGUN NEGARA
TAMBAHAN / PINDAAN
Ruang Perkara Muka Surat
A10 Layak menuntut insentif di bawah seksyen 127 3
B11 Takrifan Royalti 5
B23 & Derma / hadiah / sumbangan yang diluluskan 7
C23 - Hadiah wang kepada tabung yang diluluskan - Hadiah wang bagi aktiviti sukan yang diluluskan oleh Menteri Kewangan
C33A Pengecualian berdasarkan peningkatan 9 Pendapatan bercukai perniagaan
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 1 -
Nota ini disediakan bagi membantu wasi atau pentadbir harta pusaka melengkapkan Borang TP bagi
Tahun Taksiran 2017. Sila baca nota ini dengan teliti supaya pengisian dan pengisytiharan semua
punca pendapatan bagi Tahun Taksiran 2017 adalah benar,betul dan lengkap.
Semua rekod, helaian kerja dan dokumen tidak perlu disertakan semasa pengemukaan Borang TP
KECUALI bagi kes pembayaran balik yang mana helaian kerja berikut perlu dikemukakan:-
(i) Helaian Kerja HK-6 mengenai tolakan cukai di bawah seksyen 110 (lain-lain); dan
(ii) Helaian Kerja HK-8 / HK-9 (jika berkenaan) serta dokumen berhubung dengan potongan cukai
yang telah dibuat di negara asing.
Rekod, dokumen dan helaian kerja yang digunakan dalam pengiraan hendaklah disimpan selama
tujuh (7) tahun bermula dari akhir tahun dalam mana borang nyata tersebut telah dikemukakan
kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri, untuk rujukan dan semakan sekiranya diperlukan
kelak.
Sila isi semua ruangan yang berkaitan dengan HURUF BESAR dan gunakan pen mata bulat
berdakwat hitam. Biarkan kosong sekiranya ruangan yang disediakan adalah tidak berkenaan.
Laporkan dalam mata wang Ringgit Malaysia. Amaun di ruangan B34a hingga B35, C34a hingga C35, Bahagian D dan Bahagian E perlu dimasukkan nilai sen. Manakala bahagian lain yang melibatkan amaun hanya perlu mengambil kira nilai ringgit sahaja.
SIAPA YANG PERLU MELAPOR DAN MENGISI BORANG TP
Apabila seseorang individu meninggal dunia, harta yang dimilikinya secara benefisial pada tarikh
kematian dikenali sebagai harta pusakanya. Wasi atau pentadbir harta pusaka perlu melapor semua
punca pendapatan si mati dalam Borang TP sekiranya harta peninggalan belum dipindah milik
kepada waris.
1
2
Nama harta pusaka si mati sebagaimana yang telah didaftarkan dengan LHDNM.
Contoh: Nombor cukai pendapatan harta pusaka seperti didaftarkan dengan LHDNM.
Contoh:
KEDUDUKAN CUKAI:
Untuk mempercepatkan pemprosesan borang nyata cukai pendapatan, Bahagian ini perlu diisi dengan betul berdasarkan pengiraan cukai yang telah dibuat sehingga Bahagian E di muka surat 7 Borang TP 2017.
Isikan satu petak sahaja dengan menandakan ‘X’ dalam petak yang berkenaan.
0 1 2 3 4 5 6 7 0 0 <>>>>>>>>?
No. Cukai Pendapatan
TP 2
<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>?
1 Nama Harta Pusaka
usaka
H A R T A P U S A K A Z A C H A R Y
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 2 -
BAHAGIAN A: MAKLUMAT HARTA PUSAKA
A1
Domisil di
Malaysia
Semasa Kematian
Isi ‘1’ dalam petak yang disediakan sekiranya pembayar cukai ini
berdomisil di Malaysia semasa kematian atau ‘2’ sekiranya tidak
berdomisil di Malaysia.
‘Domisil’ bererti kediaman tetap seseorang individu semasa hayatnya
dan juga mempunyai niat untuk menetap di negara tersebut sehingga ke
akhir hayatnya.
A2
Negara Domisil
Semasa Kematian
Masukkan kod negara ‘MY’ jika ruang A1 = 1.
Sekiranya pembayar cukai tidak berdomisil di Malaysia semasa
kematian, sila rujuk kod negara di muka surat 15 nota ini atau senarai
terperinci di Lampiran E.
A3 Tarikh Kematian Nyatakan tarikh kematian seperti dalam sijil kematian.
A4
Wasiat
Isi ‘1’ dalam petak yang disediakan sekiranya si mati ada meninggalkan
wasiat atau ‘2’ sekiranya tiada wasiat.
A5 Surat Kuasa
Mentadbir
Isikan ‘1’ di dalam petak yang disediakan sekiranya telah memperoleh
surat kuasa mentadbir.
Jika si mati ada meninggalkan wasiat, surat kuasa yang dipanggil geran
probet (grant probate) akan dikeluarkan oleh pihak mahkamah.
Sekiranya si mati tiada meninggalkan wasiat, surat kuasa pentadbir
harta pusaka (Letter of Administration) akan dikeluarkan oleh pihak
mahkamah.
A6 Tarikh
Pemerolehan
Surat Kuasa
Nyatakan tarikh seperti dinyatakan dalam surat kuasa pentadbir harta
pusaka / geran probet yang mana ia akan dianggap sebagai tarikh mula
berkuat kuasa pelantikan wasi / pentadbir harta pusaka berkenaan.
Ruang ini tidak perlu diisi jika ruang A5 = 2.
A7
Penyimpanan
Rekod
Ini merujuk kepada penyimpanan rekod yang mencukupi seperti
dikehendaki mengikut peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967.
Isikan ‘1’ jika mematuhi atau ‘2’ jika tidak.
A8a Menjalankan Perniagaan e-Dagang
Isi ‘1’ dalam petak untuk (‘Ya’) jika harta pusaka berkenaan ada menjual apa-apa barang atau memberi perkhidmatan secara dalam talian.
Jika ‘Ya’, isi juga ruang A8b.
Harta pusaka dianggap menjalankan perniagaan e-dagang sekiranya dalam menghasilkan pendapatan, internet digunakan untuk:
i) Menerima tempahan barangan atau perkhidmatan.
Contoh:
Harta pusaka menerima tempahan melalui e-mel, laman sesawang atau media sosial dan bukan melalui pos biasa, telefon atau faksimili.
ii) Menerima bayaran untuk barangan atau perkhidmatan.
Contoh:
Harta pusaka menerima bayaran tunai digital dengan kredit kad
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 3 -
atau kad caj melalui e-mel atau laman sesawang dan bukan melalui pos biasa, telefon atau faksimili.
iii) Membekalkan barangan atau perkhidmatan.
Contoh:
Harta pusaka berkenaan menggunakan e-mel, internet atau protokol pindahan fail untuk membekalkan muzik digital, artikel atau perisian, dan bukannya kaedah konvensional untuk menyampaikan perisian dalam bentuk cakera.
Harta pusaka berkenaan menggunakan e-mel berserta laman sesawang untuk memberi nasihat dan menerima bayaran bagi nasihat tersebut.
Harta pusaka berkenaan menerima bayaran bagi mengiklankan barangan atau perkhidmatan di internet untuk entiti lain.
Harta pusaka adalah pemilik laman sesawang.
Harta pusaka menyediakan perkhidmatan akses ke internet.
Isikan ‘2’ untuk (‘Tidak’) jika harta pusaka tidak menjalankan e-dagang atau tidak berkenaan.
A8b Alamat Laman Sesawang / Blog
Alamat laman web / blog (jika ada).
A9a Layak Menuntut Cukai Input Daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Isikan ‘1’ (‘Ya’) sekiranya harta pusaka berkenaan layak menuntut cukai input daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Isikan ‘2’ (‘Tidak’) jika harta pusaka berkenaan tidak layak menuntut, tidak menuntut atau tidak berkenaan.
A9b No.Pendaftaran Cukai Barang Dan Perkhidmatan
Isikan nombor pendaftaran Cukai Barang & Perkhidmatan seperti didaftarkan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
A10 LAYAK MENUNTUT INSENTIF DI BAWAH SEKSYEN 127
Merujuk kepada insentif (contohnya pengecualian) di bawah peruntukan perenggan 127(3)(b) atau subseksyen 127(3A) ACP 1967 yang layak dituntut mengikut warta Kerajaan atau surat kelulusan Menteri.
(i) Tandakan ‘X’ dalam petak bagi jenis / jenis-jenis insentif yang:-
layak dinikmati dan tuntutan dibuat bagi tahun semasa; atau
layak dinikmati tetapi tuntutan tidak dapat dibuat bagi tahun semasa atas sebab seperti ketiadaan pendapatan / kerugian perniagaan.
(ii) Tandakan ‘X’ dalam petak ‘Tidak berkenaan’ sekiranya:-
tidak layak menuntut insentif; atau
permohonan insentif tidak diluluskan oleh Menteri.
Warta Kerajaan / surat kelulusan Menteri hendaklah disimpan untuk rujukan / semakan LHDNM sekiranya diperlukan kelak.
A11 Alamat Surat- menyurat Wasi / Pentadbir Utama
Alamat yang digunakan untuk berurusan dengan LHDNM.
A11A Alamat Premis Perniagaan Simati
Nyatakan alamat premis di mana aktiviti perniagaan utama harta pusaka dikendalikan.
A12 Alamat di mana
rekod harta
pusaka disimpan
Isikan ‘1’ sekiranya rekod harta pusaka disimpan di alamat surat-
menyurat seperti di ruang A11; atau ‘2’ jika disimpan di alamat premis
perniagaan seperti di ruang A11A. Isikan ‘3’ jika tidak disimpan di alamat
seperti di ruang A11 dan A11A.
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 4 -
A13 Alamat lain
Nyatakan alamat di mana rekod harta pusaka disimpan sekiranya ruang A12 = 3.
A14 Maklumat
Wasi / Pentadbir
Isikan maklumat wasi / pentadbir yang mana yang berkenaan.
A14a Nama Nyatakan nama penuh wasi / pentadbir seperti yang tertera di dokumen
pengenalan / atau pasport di ruangan ini.
A14b No. Pengenalan /
Pendaftaran*
Isi nombor pengenalan (nombor kad pengenalan / polis / tentera) atau no. pendaftaran wasi / pentadbir, yang mana berkenaan..
A14c No. Pasport Isikan Nombor pasport terkini sekiranya wasi / pentadbir adalah warga
asing yang tidak mempunyai kad pengenalan Malaysia.
A14d No. Cukai
Pendapatan
Isi nombor cukai pendapatan wasi / pentadbir berkenaan, sekiranya ada.
Contoh: No. Cukai Pendapatan OG 00123456090
A14e No. Telefon
Isikan Nombor telefon setiap wasi / pentadbir harta pusaka. Sila
pastikan maklumat ini adalah betul dan tepat. Maklumat ini akan
digunakan untuk tujuan rasmi LDHNM.
Sekiranya lebih daripada dua (2) orang dilantik sebagai wasi / pentadbir kepada harta pusaka,
gunakan lampiran tambahan untuk menyenaraikan maklumat mengikut format seperti ruang A14a
hingga A14e, dan kemukakan bersama-sama Borang TP.
A15 Maklumat Bank
Wasi /
Pentadbir
Untuk tujuan pembayaran balik kredit (jika ada) oleh LHDNM, nyatakan nama bank dan nombor akaun wasi / pentadbir di bank berkenaan.
A15a Nama Bank
A15b No. Akaun Bank
BAHAGIAN B: PENDAPATAN BERKANUN, JUMLAH PENDAPATAN DAN JUMLAH
CUKAI YANG DIKENAKAN
Isi Bahagian Ini Jika Pembayar Cukai Berdomisil Di Malaysia Semasa Kematian (Jika A1=1)
B1
–
B9
PENDAPATAN
BERKANUN
PERNIAGAAN
Keuntungan yang diperoleh dari menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian, profesion dan setiap pengilangan, duga niaga atau usaha bercorak perdagangan dikenakan cukai.
Perolehan dan keuntungan termasuk terimaan kasar daripada penjualan barang-barang dan terimaan dari pemberian perkhidmatan.
Sekiranya mempunyai lebih daripada tiga (3) perniagaan, sila jumlahkan pendapatan berkanun perniagaan 3 dan seterusnya dan masukkan ke ruang B3. Sila senaraikan mengikut format B1 dan B2 bagi setiap perniagaan dan kemukakan lampiran bersama Borang TP.
Amaun J5 dari Helaian Kerja HK-1 dan amaun L dari Helaian Kerja HK-1D
<?
<>>>>>>>>>?
O G 0 0 1 2 3 4 5 6 0 9 0 SG/OG
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 5 -
PENDAPATAN
BERKANUN
PERKONGSIAN
Pembahagian keuntungan / kerugian yang diperoleh dari menjalankan
perniagaan, perdagangan, pencarian, profesion dan setiap pengilangan,
duga niaga atau usaha bercorak perdagangan dikenakan cukai.
Sekiranya mempunyai lebih daripada tiga (3) perkongsian, sila jumlahkan pendapatan berkanun perkongsian 3 dan seterusnya dan masukkan ke ruang B6. Sila senaraikan mengikut format B4 dan B5 bagi setiap perkongsian dan kemukakan lampiran bersama Borang TP.
Amaun E / G dari Helaian Kerja HK-1B
ELAUN MODAL Tuntutan susut nilai atas aset-aset yang digunakan untuk tujuan
perniagaan adalah tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, ia
dibenarkan sebagai elaun modal yang boleh ditolak daripada
pendapatan larasan perniagaan / perkongsian. Kadar elaun bergantung
kepada jenis aset. Rujuk Helaian Kerja HK-1.2 hingga HK-1.2A untuk
pengiraan.
RUGI
PERNIAGAAN
BAWA HADAPAN
Kerugian perniagaan / perkongsian dari tahun / tahun-tahun taksiran
terdahulu yang belum ditolak dan dibawa ke tahun semasa untuk ditolak
daripada punca perniagaan / perkongsian.
Amaun B dari Helaian Kerja HK-1.3. Jika amaun B8 melebihi amaun B7,
Isikan amaun B7 dalam ruang ini.
B10 –
B14
FAEDAH
Faedah ialah wang yang dibayar bagi penggunaan wang atau pembahagian keuntungan kepada pemiutang yang dianggap diterima oleh peminjam atau penghutang dari penggunaan wang tersebut. Pendapatan dari faedah hendaklah dimasukkan sebagai pendapatan kasar apabila diterima bagi tempoh asas di mana pendapatan itu pertama kali boleh diterima.
Amaun E dari Helaian Kerja HK-5.
DISKAUN Pendapatan ini berpunca daripada pelaburan seperti bil perbendaharaan, bil pertukaran dan nota janji.
SEWA
Penerimaan dari sewaan rumah, rumah kedai, tanah, loji, mesin, perabot dan lain-lain yang serupa.
Amaun E dari Helaian Kerja HK-4B
ROYALTI
‘Royalty’ includes any sums paid as consideration for, or derived from:
a) the use of, or the right to use in respect of, any copyrights, software, artistic or scientific works, patents, designs or models, plans, secret processes or formulae, trademarks or other like property or rights;
b) the use of, or the right to use, tapes for radio or television broadcasting, motion picture films, films or video tapes or other means of reproduction where such films or tapes have been or to be used or reproduced in Malaysia, or other like property or right;
c) the use of, or the right to use, know-how or information concerning technical, industrial, commercial or scientific knowledge, experience or skill;
d) the reception of, or the right to receive, visual images or sounds, or both, transmitted to the public by satellite, cable, fibre optic or
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 6 -
similar technology.
e) the use of, or the right to use, visual images or sounds, or both, in connection with television broadcasting or radio broadcasting transmitted by satellite, cable, fibre optic or similar technology.
f) the use of, or the right to use, some or all of the part of the radio frequency spectrum specified in a relevant licence;
g) a total or partial forbearance in respect of:
(i) the use of, or the granting of the right to use, any such property or right as is mentioned in paragraph (a) or (b) or any such knowledge, experience or skill as is mentioned in paragraph (c);
(ii) the reception of, or the granting of the right to receive, any such visual images or sounds as are mentioned in paragrapha (d);
(iii) the use of, or the granting of the right to use, any such visual images or sounds as are mentioned in paragraph (e); or
(iv) the use of, or the granting of the right to use, some or all such part of the spectrum specified in a spectrum licence as is mentioned in paragraph (f); or
h) the alienation of any property, know-how or information as mentioned in paragraph (a), (b) or (c).
Amaun H dari Helaian Kerja HK-5.
ANUITI
Jumlah yang ditetapkan mengikut syarat-syarat wasiat atau badan
amanah. Anuiti juga boleh diperolehi dari pelaburan yang melayakkan
pelabur menerima bayaran tahunan, sama ada untuk selama-lamanya
atau sesuatu tempoh.
BAYARAN BERKALA LAIN
Bayaran yang dibuat berulang kali pada masa-masa tertentu.
APA-APA PEROLEHAN ATAU KEUNTUNGAN LAIN
Pendapatan lain yang tidak termasuk dalam kategori di atas.
TAMBAHAN MENGIKUT PERUNTUKAN PERENGGAN 43(1)(c)
Perolehan-perolehan berikut dianggap pendapatan dan diambil kira
diperingkat pendapatan agregat.
Perolehan berkaitan dengan perbelanjaan operasi mencarigali di
bawah Jadual 4 ACP 1967.
Perolehan boleh diambil kira dalam pengiraan cukai jika tuntutan-
tuntutan perbelanjaan telah dibuat.
Rujuk kepada perenggan 43(1)(c), perenggan 16 Jadual 4 ACP
1967 untuk membuat pengiraan pendapatan dan diambil kira
dalam menentukan pendapatan agregat.
Simpan pengiraan dengan teratur untuk semakan.
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 7 -
B17 RUGI
PERNIAGAAN
TAHUN SEMASA
Kerugian perniagaan / perkongsian tahun semasa boleh ditolak daripada
pendapatan agregat.
Contoh:
Kerugian perniagaan pada tahun 2017 ditolak daripada pendapatan
agregat bagi tahun 2017.
Amaun E dari Helaian Kerja HK-1.3.
Amaun B17 terhad kepada amaun B16.
Jika amaun di ruang B17 melebihi amaun di ruang B16, masukkan amaun B16 ke ruang ini.
B19 PERBELANJAAN
MENCARIGALI -
Perbelanjaan yang ditanggung dalam mencari atau mendapat akses
kepada simpanan galian dalam suatu kawasan yang layak atau dalam
menguji simpanan tersebut, boleh dituntut sebagai potongan.
Amaun ini terhad kepada B18 Borang TP. Baki yang tidak dapat diserap
(jika ada) dimasukkan ke ruang K2 Borang TP.
Jadual 4 dan perenggan 44(1)(b) ACP 1967
B21 ANUITI KENA
DIBAYAR /
BAYARAN
BERKALA
Anuiti
Jumlah yang ditetapkan mengikut syarat-syarat wasiat yang melayakkan
waris menerima bayaran tahunan, sama ada untuk selama-lamanya
atau sesuatu tempoh. Bayaran anuiti itu tidak semestinya dalam amaun
yang tetap
Jika si mati tidak meninggalkan wasiat, bayaran anuiti tidak wujud.
B23 – B30 DERMA / HADIAH / SUMBANGAN / ZAKAT
Hadiah Wang Kepada Kerajaan / Kerajaan Tempatan / Pihak Berkuasa Tempatan
Hadiah wang tunai kepada Kerajaan, Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan atau pihak berkuasa tempatan.
Subseksyen 44(6) ACP 1967.
Hadiah Wang Kepada Institusi / Organisasi / Tabung Yang Diluluskan Hadiah wang kepada institusi / organisasi / tabung yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri. Subseksyen 44(6) dan proviso, ACP 1967. Hadiah Wang Bagi Aktiviti Sukan Yang Diluluskan Oleh Menteri Kewangan
Subseksyen 44(11B) dan proviso, ACP 1967. Hadiah Wang Atau Kos Sumbangan Manfaat Bagi Projek Berkepentingan Negara Yang Diluluskan Oleh Menteri Kewangan
Subseksyen 44(11C) dan proviso, ACP 1967.
Terhad
kepada 7% daripada pendapatan
agregat di ruang B16
HADIAH ARTIFAK, MANUSKRIP ATAU LUKISAN
Hadiah artifak, manuskrip atau lukisan kepada Kerajaan berdasarkan pada nilai yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah Muzium Malaysia atau Ketua Pengarah Arkib Negara.
Subseksyen 44(6A) ACP 1967.
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 8 -
HADIAH WANG UNTUK KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN ATAU KEPADA PERPUSTAKAAN
Sumbangan wang yang tidak melebihi RM20,000 bagi menyediakan kemudahan perpustakaan
awam, perpustakaan sekolah / institusi pendidikan tinggi.
Subseksyen 44(8) ACP 1967.
HADIAH LUKISAN KEPADA BALAI SENI LUKIS NEGARA ATAU BALAI SENI LUKIS NEGERI
Hadiah lukisan kepada Balai Seni Lukis Negara atau mana-mana balai seni lukis negeri berdasarkan
pada nilai yang ditentukan oleh Balai Seni Lukis Negara atau balai seni lukis negeri.
Subseksyen 44(11) ACP 1967.
ZAKAT PERNIAGAAN
Amaun yang boleh dituntut adalah terhad kepada 2.5% daripada pendapatan agregat di B16.
Subseksyen 44(11A) ACP 1967.
B32 PELEPASAN DIRI Pelepasan diri layak diberikan kepada pentadbir harta pusaka yang
mentadbir harta pusaka kepada seseorang individu yang berdomisil di
Malaysia semasa kematiannya. Kelayakan ini dibenarkan kepada
pentadbir harta pusaka tanpa mengira sama ada pentadbir tersebut
adalah seorang pemastautin atau tidak. Amaun potongan adalah sama
dengan amaun yang layak diberi dalam pelepasan diri untuk kes individu
iaitu RM 9,000.
B34–
B35
PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN
Cukai ke atas yang pertama
Padankan amaun di B33 Borang TP (pendapatan bercukai) dengan banjaran pendapatan
bercukai yang disediakan di dalam jadual cukai (muka surat 15 nota penerangan ini).
Cukai ke atas baki
Contoh:
Pendapatan bercukai di B33: RM35,500
Guna pengiraan di kategori D jadual cukai seperti berikut:
Cukai ke atas RM35,000 yang pertama RM900.00
Cukai ke atas baki RM500 atas kadar 10% RM 50.00
Jumlah cukai yang dikenakan RM950.00
Masukkan di ruang B34a dan B34b dalam Borang TP seperti berikut:
->>_>>_>>_>?
->>_>>_>>_>?
9 0 0 0 0 ->>_>>_>>_>?
5 0 0 0
9 5 0 0 0
B34 PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN (Rujuk jadual kadar cukai yang disediakan di Portal Rasmi LHDNM, http://www.hasil.gov.my)
3 5 0 0 0
5 0 0 1 0
->>_>>_>>? ->>_>>_>>?
<?
B35
Cukai ke atas yang pertama
Cukai ke atas baki
JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN (B34a + B34b)
Atas Kadar (%)
B34a
, , ,
, , ,
, , ,
, , ,
.
.
, , , .
B34b
B35
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 9 -
BAHAGIAN C: PENDAPATAN BERKANUN, JUMLAH PENDAPATAN DAN JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN
Isi Bahagian Ini Jika Pembayar Cukai TIDAK BERDOMISIL Di Malaysia Semasa Kematian (Jika A1 = 2)
C1
– C31
Sila rujuk penerangan di Bahagian B (kecuali faedah dan royalti) di ruangan B1 hingga B30
(muka surat 4 hingga 7 dalam Nota Penerangan ini).
C32
PENDAPATAN KASAR YANG TERTAKLUK KEPADA KADAR CUKAI LAIN
Bagi pembayar cukai yang tidak berdomisil di Malaysia semasa kematian, pendapatan faedah, royalti, pendapatan kelas khas di bawah seksyen 4A dan pendapatan lain yang berkenaan adalah dikenakan cukai atas jumlah kasarnya pada kadar selain daripada 24%.
Jenis pendapatan ini dikenakan cukai atas jumlah kasar pada kadar yang ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (PPPDK - Sila rujuk Lampiran F) atau Akta Cukai Pendapatan 1967 jika tiada PPPDK
C32a FAEDAH Isikan jumlah pendapatan kasar faedah yang dikenakan cukai.
C32b ROYALTI Masukkan jumlah pendapatan kasar royalti yang dikenakan cukai.
C32c PENDAPATAN KELAS KHAS DI BAWAH SEKSYEN 4A
Pendapatan kelas khas terdiri daripada amaun yang diterima oleh pembayar cukai yang tidak berdomisil semasa kematiannya sebagai:
balasan bagi perkhidmatan yang diberi berkaitan dengan penggunaan harta atau hak-hak yang dipunyai oleh, atau pemasangan atau pengendalian apa-apa loji, mesin-mesin atau alat-alat lain yang dibeli daripada pembayar cukai tersebut;
balasan bagi nasihat, bantuan atau perkhidmatan-perkhidmatan teknikal yang diberi berkaitan dengan pengurusan teknikal atau pentadbiran bagi apa-apa duga niaga, usaha, projek atau skim yang bercorak saintifik, perindustrian atau komersial; atau
sewa atau bayaran-bayaran lain yang dibuat di bawah apa-apa perjanjian atau persetujuan bagi penggunaan apa-apa harta alih.
C32d PENDAPATAN LAIN
Pendapatan lain yang tidak dinyatakan di atas.
Masukkan jumlah kasar pendapatan lain yang dikenakan cukai pada kadar selain daripada 24%.
C33A PENGECUALIAN BERDASARKAN PENINGKATAN PENDAPATAN BERCUKAI PERNIAGAAN
Isikan ‘1’ (‘Ya’) jika pentadbir harta pusaka bermastautin di Malaysia atau ‘2’ (‘Tidak’) jika pentadbir
harta pusaka bukan pemastautin di Malaysia / tidak berkenaan.
Jika ‘Tidak’, Ruang C33A tidak perlu diisi.
Rujuk Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No.2) 2017 [ P.U. (A) 117/2017 ] untuk syarat-syarat
kelayakan dan pengiraan.
Galakan cukai ini berkuat kuasa bagi tahun-tahun taksiran 2017 dan 2018 sahaja; dan hanya terpakai
jika individu yang telah meninggal dunia berdomisil di luar Malaysia pada masa kematiannya, dan
pentadbir harta pusakanya bermastautin di Malaysia.
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 10 -
Bagi tujuan menentukan amaun peningkatan pendapatan bercukai perniagaan, mana-mana kerugian
atau elaun yang tidak diserap dalam tahun taksiran itu dan tahun taksiran sebaik sebelum tahun
taksiran itu, adalah TIDAK diambil kira.
Pengiraan Pengecualian Pendapatan Bercukai Berdasarkan Peningkatan Pendapatan
Bercukai Perniagaan
Sekiranya harta pusaka mempunyai pendapatan daripada punca perniagaan dan punca selain
perniagaan, harta pusaka perlu membuat pengiraan bahagian pendapatan bercukai daripada punca
perniagaan sahaja seperti di perenggan 1 dan 2 berikut sebelum membuat perbandingan untuk
mendapatkan amaun peningkatan pendapatan bercukai daripada punca perniagaan.
1) Pengiraan Pendapatan Bercukai Perniagaan Tahun Taksiran (TT) 2017
Pendapatan Berkanun Perniagaan
X Pendapatan Bercukai = A Pendapatan Bercukai Perniagaan
Pendapatan Agregat
2) Pengiraan Pendapatan Bercukai Perniagaan TT 2016
3) Pengiraan Peningkatan Pendapatan Bercukai Perniagaan ( A – B ) =
4) Pengiraan Peratusan Peningkatan Pendapatan Bercukai Perniagaan =
5) Pengurangan kadar cukai pendapatan berdasarkan peratusan kenaikan pendapatan bercukai berbanding
TT sebelumnya
Peratus Kenaikan Pendapatan Bercukai Berbanding TT Sebelumnya
Kadar Cukai Pendapatan Selepas Pengurangan
Kadar Cukai Pendapatan Yang
Layak Berdasarkan Peratusan
Peningkatan Pendapatan Bercukai
Perniagaan Di Ruang 4 5.00% – 9.99% 23% >
10.00% – 14.99% 22%
15.00% – 19.99% 21%
20.00% dan ke atas 20%
Nota: Tiada pengurangan kadar cukai pendapatan jika peratus kenaikan pendapatan bercukai berbanding TT sebelumnya adalah kurang daripada 5%.
Pendapatan Berkanun Perniagaan
X Pendapatan Bercukai = B Pendapatan Bercukai Perniagaan
Pendapatan Agregat
Amaun Dari Ruang 3
X 100 =
%
Amaun B
X 100 A - B B
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 11 -
6) Pengiraan Amaun Pendapatan Bercukai Perniagaan Yang Dikecualikan
( Amaun Dari Ruang 3
X 24% * ) – ( Amaun dari Ruang 3 X
Kadar Cukai Yang Layak
Dari Ruang 5 )
X Amaun Dari Ruang 3
Amaun Dari Ruang 3 X 24% *
=
* 24% adalah kadar cukai pendapatan pentadbir harta pusaka bagi tahun taksiran semasa.
C34 _
C35
PENGIRAAN JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN
Pembahagian pendapatan bercukai mengikut kadar cukai masing-masing
Rujuk Lampiran F Borang TP atau Akta Cukai Pendapatan 1967 jika tiada PPPDK.
Contoh: Pembayar cukai berdomisil di Australia semasa kematian dan harta pusaka ini
menerima pendapatan faedah dan royalti.
Jumlah pendapatan yang tertakluk kepada kadar cukai 24% di C34a: RM50,500
Pendapatan faedah yang tertakluk kepada kadar cukai 15% di C34f: RM10,000
Pendapatan royalti yang tertakluk kepada kadar cukai 10% di C34d: RM25,000
Masukkan di ruang C34a, C34d, C34f dan C35 dalam Borang TP seperti berikut:
BAHAGIAN D : CUKAI KENA DIBAYAR / DIBAYAR BALIK
D1
– D7
Jumlah cukai yang dikenakan adalah dari ruang B35 dalam Bahagian B atau dari ruang C35 dalam Bahagian C.
TOLAKAN CUKAI SEKSYEN 110
(LAIN-LAIN)
Sila buat pengiraan di Helaian Kerja HK-6 untuk tolakan cukai seksyen 110 ke atas lain-lain pendapatan seperti faedah, royalti, pendapatan seksyen 4A dan pendapatan daripada harta pusaka.
Tolakan cukai Seksyen 110 (lain-lain) TIDAK termasuk bayaran cukai pegangan yang tertakluk di bawah Seksyen 107A.
Sertakan dokumen berkenaan bersama Helaian Kerja HK-6 sekiranya harta pusaka berkenaan layak menuntut pembayaran balik.
Amaun B dari Helaian Kerja HK-6
1 5 0 0 0 0
->>_>>_>>_>? 2 5 0 0 0 0
1 2 1 2 0 0 0
->>_>>_>>_>?
, , , . JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN (C34a hingga C34g)
<>_>>_>>_>>?
Pendapatan Bercukai Kadar (%) Cukai Yang Dikenakan
24 C34a
Pendapatan kasar tertakluk kepada kadar cukai lain
, , , . , , , 5 0 5 0 0
C35 C35
2 5 0 0 0
1 0 0 0 0
1 6 1 2 0 0 0
10 C34d <>_>>_>>_>>?
->>_>>_>>_>?
, , , , , , . 15 C34f <>_>>_>>_>>?
->>_>>_>>_>?
, , , , , , .
Pindahkan amaun ini ke Ruang C33A di Borang TP
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 12 -
PELEPASAN CUKAI SEKSYEN 132
Pelepasan cukai berhubung dengan pendapatan yang dibawa masuk ke
Malaysia di mana cukai telah dikenakan di negara asal yang telah
memeterai perjanjian pengelakan pencukaian dua kali (PPPDK) dengan
Malaysia
Rujuk Lampiran F untuk senarai negara-negara yang memeterai
perjanjian pengelakan pencukaian dua kali dengan Malaysia.
Rujuk Jadual 7 ACP 1967 dan Helaian Kerja HK-8 untuk membuat
pengiraan kredit.
PELEPASAN CUKAI SEKSYEN 133
Pelepasan cukai berhubung dengan pendapatan yang dibawa masuk ke
Malaysia di mana cukai telah dikenakan di negara asal yang TIDAK
memeterai perjanjian pengelakan pencukaian dua kali (PPPDK) dengan
Malaysia.
Rujuk Jadual 7 ACP 1967 dan Helaian Kerja HK-9 untuk membuat
pengiraan kredit.
BAHAGIAN E: KEDUDUKAN CUKAI
E1 CUKAI KENA DIBAYAR
Amaun daripada ruang D5.
E2 ANSURAN YANG TELAH DIBAYAR
Bayaran ini tidak termasuk amaun tunggakan yang diambil kira untuk cukai tahun taksiran kebelakangan.
E3
BAKI CUKAI KENA DIBAYAR
E1 tolak E2
Jika amaun E2 melebihi amaun E1, isikan ‘0’ di ruang ini.
Jelaskan baki ini dalam tempoh yang ditetapkan. Pembayaran boleh dibuat di:
(a) Bank - kaunter CIMB Bank Berhad (CIMB), Public Bank Berhad (PBB), Malayan Banking Berhad (Maybank), Affin Bank Berhad (ABB), RHB Bank Berhad (RHB), Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Bank Rakyat dengan menggunakan slip bayaran yang disediakan oleh bank.
- perbankan internet CIMB, PBB, Maybank, Hong Leong Bank, RHB & Alliance Bank, Perbankan Mudah Alih-i TAP Bank Islam dan perbankan telefon Maybank.
- Auto Teller Machine (ATM) PBB, Maybank & CIMB, Mesin Deposit Cek PBB dan Mesin Deposit Tunai CIMB.
(b) LHDNM - ByrHASiL melalui FPX (Financial Process Exchange) di Portal Rasmi LHDNM, http://www.hasil.gov.my.
- ByrHASiL melalui kad kredit Visa, Mastercard & American Express di https://byrhasil.hasil.gov.my/creditcard.
- kaunter bayaran LHDNM atau melalui pos dengan menggunakan Slip Pengiriman Bayaran (CP501) yang boleh diperolehi di Portal Rasmi LHDNM, http://www.hasil.gov.my.
(c) Pos Malaysia Berhad - Kaunter dan Pos Online.
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 13 -
Bagi harta pusaka yang TIDAK menjalankan perniagaan, tempoh akhir untuk menjelaskan baki cukai
kena dibayar ialah pada 30 April 2018. Jika harta pusaka menjalankan perniagaan, bayaran mesti
dijelaskan selewat-lewatnya pada 30 Jun 2018.
BAHAGIAN F: PELUPUSAN ASET DI BAWAH AKTA CUKAI KEUNTUNGAN HARTA
TANAH 1976
F1
MELUPUSKAN ASET DI BAWAH AKTA CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH 1976
Merujuk kepada aset yang boleh dikenakan cukai di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976.
Isikan ‘1’ untuk ‘Ya’ sekiranya ada melupuskan aset, dan isi juga ruang F2.
Isi ‘2’ untuk ‘Tidak’ jika tidak berkenaan.
F2 MELAPORKAN PELUPUSAN TERSEBUT KEPADA LHDNM
Isikan ‘1’ (‘Ya’) jika telah melaporkan pelupusan berkenaan kepada LHDNM atau ‘2’ (‘Tidak’) jika belum. Sekiranya belum dilaporkan, sila hubungi cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukai pendapatan pelupus. Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi LHDNM, http://www.hasil.gov.my.
BAHAGIAN G: PENDAPATAN TAHUN KEBELAKANGAN
YANG BELUM DILAPORKAN
G1
–
G3
Masukkan jumlah pendapatan yang diterima berkenaan sesuatu tahun terdahulu yang belum
dilaporkan.
Contoh: Pendapatan faedah bagi tahun 2016 yang hanya diterima pada tahun 2017.
Gunakan lampiran berasingan sekiranya ruangan yang disediakan tidak mencukupi.
BAHAGIAN H: MAKLUMAT PENDAPATAN PERNIAGAAN
H1
–
H3e
Cara pengiraan dan maklumat terperinci berkenaan bahagian ini boleh didapati dalam Helaian Kerja yang boleh diperoleh dari Portal Rasmi LHDNM.
BAHAGIAN J: PERBELANJAAN KHAS, POTONGAN SELANJUTNYA
DAN POTONGAN DUA KALI
Gunakan kod tuntutan yang disediakan di muka surat 16 & 17 nota penerangan ini.
BAHAGIAN K: TUNTUTAN INSENTIF
K1
–
K2
ELAUN PENINGKATAN EKSPORT PERKHIDMATAN
Rujuk kepada perkara 2, 3 dan 6 Perintah Cukai Pendapatan
(Pengecualian) (No. 9) 2002 [P.U. (A) 57] dan Perintah Cukai Pendapatan
(Pengecualian) (Pindaan) 2006 [P.U. (A) 275] untuk menentukan
kelayakan. Gunakan Helaian Kerja HK-1D untuk pengiraan.
Amaun Diserap Elaun yang diserap dalam tahun semasa.
Amaun J4 dari Helaian Kerja HK-1B / amaun M7 dari Helaian Kerja HK-1D.
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 14 -
Baki Hantar Hadapan
Baki elaun yang belum diserap (baki hantar hadapan).
Amaun J5 dari Helaian Kerja HK-1B / amaun M8 dari Helaian Kerja HK-1D.
PERBELANJAAN JADUAL 4
Baki perbelanjaan yang tidak dapat diserap sepenuhnya dalam tahun
semasa (baki hantar hadapan) hendaklah dimasukkan ke ruang ini.
BAHAGIAN L: MAKLUMAT KEWANGAN HARTA PUSAKA
L1 –
L50
Masukkan butiran seperti dalam Akaun Perdagangan, Untung dan Rugi serta Kunci Kira-Kira
Harta Pusaka bagi tahun semasa dalam ruangan yang berkenaan sahaja.
L22A: Cukai input yang tidak boleh dituntut daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Ini merujuk kepada amaun cukai input yang telah ditentusahkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia selepas pengauditan sebagai tidak layak dituntut daripadanya. Amaun cukai input yang telah ditentusahkan sebagai tidak layak dituntut ini boleh dibenarkan sebagai perbelanjaan di bawah ACP 1967. Masukkan amaun / bahagian amaun cukai input tersebut yang berkaitan dengan perbelanjaan bagi tahun taksiran semasa.
Subseksyen 91(6) ACP 1967.
BAHAGIAN M: MAKLUMAT PENDAPATAN YANG DIKECUALIKAN
M1 –
M5
Bahagian ini hanya perlu diisi sekiranya harta pusaka ini mempunyai punca pendapatan yang
dikecualikan cukai pendapatan bagi tahun semasa.
AKUAN PENTADBIR HARTA PUSAKA
Hanya salah seorang wasi / pentadbir harta pusaka yang perlu melengkapkan ruangan ini sekiranya
harta pusaka ini mempunyai lebih daripada seorang wasi / pentadbir. Walau bagaimanapun,
kesemua wasi / pentadbir adalah bertanggungjawab secara bersama ke atas urusan percukaian si
mati berkenaan.
Borang nyata yang tidak ditandatangani akan dianggap tidak lengkap dan tidak akan diproses. Surat
Pemberitahuan Borang Nyata Tidak Lengkap akan dikeluarkan kepada harta pusaka berkenaan
sebagai makluman. Penggunaan cap tandatangan tidak dibenarkan. Penalti akan dikenakan jika
berlaku kelewatan dalam mengemukakan semula borang nyata kepada LHDNM.
MAKLUMAT FIRMA DAN TANDATANGAN ORANG YANG MENYEDIAKAN BORANG NYATA INI
No. Kelulusan Ejen Cukai adalah nombor kelulusan yang diberikan kepada ejen cukai yang diluluskan di bawah subseksyen 153(3) ACP1967
Bahagian ini perlu diisi, dan ditandatangani oleh ejen / wakil cukai yang menyediakan borang nyata ini.
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 15 -
JADUAL CUKAI
KATEGORI BANJARAN PENDAPATAN
BERCUKAI
(a)
PENGIRAAN
RM
(b)
KADAR
%
(c)
CUKAI
RM
(d)
A
0
-
5,000
5,000
pertama
0 0
B 5,001 - 20,000 5,000
15,000 pertama
berikutnya
1
0
150
C 20,001 - 35,000 20,000
15,000 pertama
berikutnya
5
150
750
D 35,001 - 50,000 35,000
15,000 pertama
berikutnya
10
900
1,500
E 50,001 - 70,000 50,000
20,000 pertama
berikutnya
16
2,400
3,200
F 70,001 - 100,000 70,000
30,000 pertama
berikutnya
21
5,600
6,300
G 100,001 - 250,000 100,000
150,000 pertama
berikutnya
24
11,900
36,900
H 250,001 - 400,000 250,000
150,000 pertama
berikutnya
24.5
47,900
36,750
I 400,001 - 600,000 400,000 pertama 84,650
200,000 berikutnya 25 50,000
J 600,001 - 1,000,000 600,000 pertama 134,650
400,000 berikutnya 26 104,000
K 1,000,000 pertama 238,650
Melebihi 1,000,000 Setiap ringgit berikutnya 28 ...............
KOD NEGARA
Sebahagian negara-negara yang dikenalpasti atau rujuk Lampiran E untuk senarai lengkap.
Nama Negara Kod
Negara Nama Negara
Kod
Negara Nama Negara
Kod
Negara
Australia AU Iran (Islamic R.O.) IR Philippines PH
Bangladesh BD Iraq IQ Saudi Arabia SA
Brunei BN Japan JP Singapore SG
Cambodia KH Korea, D.P.R. KP South Africa ZA
Canada CA Korea, R.O. KR Sri Lanka LK
China CN Laos, D.P.R. LA Taiwan TW
Denmark DK Malaysia MY Thailand TH
Hong Kong HK Myanmar MM United Kingdom GB
India IN New Zealand NZ United States US
Indonesia ID Pakistan PK Vietnam VN
Nota: R.O. = Republic of; D.P.R. = Democratic People’s Republic of
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 16 -
KOD TUNTUTAN
TUNTUTAN / PERBELANJAAN KHAS
Kod Tuntutan
101 Peralatan untuk pekerja kurang upaya, atau belanja pengubahsuaian/penambahbaikan premis
perniagaan bagi kemudahan pekerja kurang upaya
102 Terjemahan atau penerbitan buku yang diluluskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
103 Perbelanjaan perpustakaan (maksimum RM100,000)
104 Perbelanjaan kebajikan
105 Perbelanjaan pusat penjagaan kanak-kanak untuk pekerja sendiri
106 Penubuhan kumpulan kesenian yang diluluskan
107
Perbelanjaan menaja aktiviti kesenian, kebudayaan atau warisan tempatan serta negara-negara asing: terhad RM300,000 bagi penajaan kesenian, kebudayaan atau warisan negara asing
terhad RM700,000 bagi keseluruhan perbelanjaan
110 Perbelanjaan penyelidikan saintifik
114 Potongan bagi perbelanjaan berhubung dengan teknologi maklumat
116 Sumbangan bagi membiayai perubatan atau rawatan penyakit serius
117 Latihan amali kepada individu bukan pekerja
120 Pelaburan dalam syarikat modal teroka
121 Potongan bagi Hadiah komputer peribadi baru dan / atau fi langganan jalur lebar bulanan kepada
pekerja (Tahun Taksiran 2008 hingga 2010)
122 Kos membangunkan laman jaring
140 Potongan bagi perbelanjaan sebelum memulakan perniagaan yang berhubungan dengan
pengambilan pekerja
141 Potongan bagi manfaat dan pemberian daripada majikan kepada pekerja
144 Pendaftaran perbelanjaan cap dagangan dan paten (Tahun Taksiran 2010 hingga 2014)
146 Potongan bagi sumbangan kepada Kumpulan Wang Pemberian Perkhidmatan Sejagat
(Kumpulan Wang PPS)
148 Potongan bagi perbelanjaan fi francais
149 Potongan bagi perbelanjaan untuk mendapatkan pensijilan 1-InnoCERT
154 Potongan bagi perbelanjaan berhubung dengan faedah dan kos sampingan dalam memperoleh
pinjaman bagi projek terbengkalai
157 Potongan bagi perbelanjaan berhubung dengan yuran kesetiausahaan dan yuran pemfailan cukai
POTONGAN SELANJUTNYA
Kod Tuntutan
201 Premium insurans bagi pengimportan kargo yang diinsuranskan dengan syarikat insurans yang diperbadankan di Malaysia [Dibatalkan mulai Tahun Taksiran 2016 melalui P.U.(A) 220 / 2012]
202 Penggajian bagi pekerja kurang upaya
204 Premium insurans bagi pengeksportan kargo yang diinsuranskan dengan syarikat insurans yang
diperbadankan di Malaysia [Dibatalkan mulai Tahun Taksiran 2016 melalui P.U.(A) 219 / 2012]
205 Bayaran pengangkutan bagi eksport keluaran berasaskan rotan dan kayu (tidak termasuk kayu
gergaji dan veneer) [Dibatalkan mulai Tahun Taksiran 2016 melalui P.U.(A) 218 / 2012]
208 Premium insurans bagi kredit eksport
212 Potongan bagi bayaran pengangkutan dari Sabah atau Sarawak ke Semenanjung Malaysia
216 Potongan bagi promosi Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (Tahun Taksiran 2008
hingga 2015)
217 Potongan bagi perbelanjaan berhubung dengan saraan pekerja
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 17 -
218 Potongan bagi kos latihan kepada pekerja (Tahun Taksiran 2009 hingga 2012)
219 Potongan premium bagi insurans kredit eksport berasaskan konsep takaful
221 Potongan bagi penyediaan taman asuhan kanak-kanak
224 Potongan bagi kos yang berhubungan dengan latihan untuk pekerja bagi pelaksanaan Cukai
Barang dan Perkhidmatan (Tahun Taksiran 2014 dan 2015)
POTONGAN DUA KALI
Kod Tuntutan
301 Perbelanjaan hasil untuk penyelidikan yang diluluskan
302 Sumbangan wang tunai kepada penyelidikan yang diluluskan atau bayaran bagi penggunaan
perkhidmatan institut atau syarikat penyelidikan dan kemajuan atau syarikat penyelidikan dan
kemajuan kontrak
306 Perbelanjaan untuk menggalakkan eksport perkhidmatan profesional
317 Potongan bagi sumbangan tunai kepada Dana Bantuan Pelajar Miskin 1Malaysia (Tahun
Taksiran 2012 hingga 2017)