Berurusan Dengan Pengantara Takaful

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/6/2019 Berurusan Dengan Pengantara Takaful

    1/18

    Untuk maklumat lanjut, sila layari

    www.insuranceinfo.com.myatau lawatilah kios kami di kebanyakan pejabat cawangan

    Berurusan

    denganPengantaraTakaful

    Program pendidikan pengguna oleh:

    MaklumatAm

    PengantaraTakaful_BM7.0:PengantaraTakaful-290109 26/10/09 10:13 G52 Page 2

    syarikat insurans dan pengendali takaful atau hubungi ejen anda

  • 8/6/2019 Berurusan Dengan Pengantara Takaful

    2/18

    4

    Perihal buku kecil ini 01

    Siapakah pengantara takaful?

    Piawaian minimum perkhidmatan 03

    Perilaku asas pengantara takaful 05

    Tip untuk berurusan denganpengantara takaful 08

    Cara membuat aduan dan saluranpenyelesaian yang ada 10

    Soalan lazim 12

    Kandungan

    PenafianDokumen ini diterbitkan untuk maklumat am andasahaja. Ia tidak mengandungi nasihat muktamadatau maklumat lengkap mengenai sesuatu tajuktersebut dan tidak seharusnya digunakan sebagaialternatif kepada nasihat guaman.

    Tarikh: 2009

    Design Copyright 2009 by Freeform Design Sdn Bhd. All rights reserved.

    PengantaraTakaful_BM7.0:PengantaraTakaful-290109 13/10/09 12:53 G52 Page 4

  • 8/6/2019 Berurusan Dengan Pengantara Takaful

    3/18

    1

    Perihal buku kecil ini

    Buku kecil ini merupakan panduan bagi urusan

    anda dengan pengantara takaful sebelum

    menyertai pelan takaful. Maklumat tambahan

    boleh diperoleh daripada laman web kami di

    www.insuranceinfo.com.my atau melalui siri buku

    panduan produk dan perkhidmatan umum yang

    ditawarkan di cawangan syarikat insurans dan

    pengendali takaful tertentu.

    Siapakah pengantara takaful?

    Pengantara takaful ialah seorang profesional yang

    menawarkan pelan takaful atau mencari peserta

    baru untuk menyertai kontrak takaful dengan

    pengendali takaful. Mereka juga dikenali sebagai

    ejen takaful dan broker takaful.

    Ejen takaful mewakili pengendali takaful dan

    melaksanakan fungsi berikut:

    Mempromosikan produk takaful bagi pihak

    pengendali takaful;

    PengantaraTakaful_BM7.0:PengantaraTakaful-290109 23/10/09 11:21

  • 8/6/2019 Berurusan Dengan Pengantara Takaful

    4/18

    2

    Menerangkan ciri-ciri pelan takaful kepada bakal

    pelanggan; dan

    Memberikan perkhidmatan yang berkaitan dengan

    pengeluaran, pembaharuan atau pelanjutan sesuatu

    sijil takaful.

    (Catatan: Ejen takaful keluarga mempromosikan

    produk takaful keluarga manakala ejen takaful

    am mempromosikan produk takaful am)

    Broker takaful dilantik oleh pelanggan dan

    menjalankan fungsi berikut:

    Membantu pelanggan mendapatkan dan

    memperbaharui perlindungan takaful daripada

    pengendali takaful; dan

    Mencadangkan dan menasihati pelanggan tentang

    pelan perlindungan dan terma takaful yang palingsesuai yang ditawarkan oleh pelbagai pengendali

    takaful.

    Pengantara takaful lazimnya dibayar komisen (atau

    bayaran pembrokeran bagi broker) bagi setiap pelan

    yang dipasarkan berdasarkan peratusan daripada

    jumlah caruman yang dibuat oleh pelanggan yangjuga dikenali sebagai peserta.

    PengantaraTakaful_BM7.0:PengantaraTakaful-290109 23/10/09 11:21

  • 8/6/2019 Berurusan Dengan Pengantara Takaful

    5/18

    8

    Pengantara takaful

    lazimnya dibayar

    komisenberdasarkan

    peratusan daripada

    jumlah caruman

    yang dibuat oleh

    peserta

    Piawaian minimum perkhidmatan

    Pengantara takaful dikehendaki memenuhi piawaianminimum perkhidmatan yang ditetapkan sama ada oleh

    Bank Negara Malaysia, Persatuan Takaful Malaysia

    (Malaysian Takaful Association, MTA) atau Persatuan

    Broker-broker Insurans dan Takaful Malaysia (Malaysian

    Insurance and Takaful Brokers Association, MITBA).

    Piawaian minimum perkhidmatan ini memastikan

    pengantara takaful menjalankan urusan dengan tingkat

    kebertanggungjawaban dan profesionalisme yang tinggi.

    Ejen takaful am:

    tertakluk kepada Tataetika untuk Pengantara Takaful

    yang ditetapkan oleh MTA;

    perlu lulus Peperiksaan Asas Takaful, dan memenuhi

    keperluan latihan Pembangunan Profesional secara

    Berterusan (Continuous Professional Development,

    CPD), sekurang-kurangnya 20 jam setahun; dan

    PengantaraTakaful_BM7.0:PengantaraTakaful-290109 23/10/09 11:21

  • 8/6/2019 Berurusan Dengan Pengantara Takaful

    6/18

    4

    perlu mematuhi piawaian minimum keperluan

    pendedahan yang dikeluarkan oleh Bank Negara

    Malaysia, yang antara lain menghendaki ejen semasamenawarkan produk, memberikan penjelasan kepada

    bakal peserta tentang ciri-ciri utama produk yang

    ingin disertai, butir lengkap komisen yang dibayar,

    dan prosedur untuk membuat tuntutan dan aduan.

    Ejen takaful keluarga:

    tertakluk kepada Tataetika untuk Pengantara Takafulyang ditetapkan oleh MTA;

    perlu lulus Peperiksaan Asas Takaful, dan memenuhi

    keperluan latihan CPD sekurang-kurangnya 30 jam

    setahun; dan

    perlu mematuhi piawaian minimum nasihat yang

    wajar yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia,

    yang menghendaki ejen mendapatkan maklumat

    yang mencukupi tentang bakal pelanggan. Ini bagi

    membolehkan ejen menganalisis keadaan peribadi

    dan kewangan bakal pelanggan, dan mengenal pasti

    keperluan kewangan dan keutamaannya supaya ejen

    dapat mencadangkan produk takaful yang

    bersesuaian dan mampu disertai oleh pelanggan.

    Broker takaful:

    tertakluk kepada Piagam Pelanggan berhubung

    dengan Tataamalan Perniagaan yang Baik, dan

    PengantaraTakaful_BM7.0:PengantaraTakaful-290109 23/10/09 11:21

  • 8/6/2019 Berurusan Dengan Pengantara Takaful

    7/18

    5

    Tataetika dan Tatakelakuan yang ditetapkan oleh

    MITBA; dan

    mesti mematuhi peraturan yang ditetapkan dalamAkta Takaful 1984.

    Selain itu, pengurusan kanan dan ahli lembaga

    pengarah syarikat broker takaful mesti memenuhi

    kriteria 'layak dan sesuai' dan kakitangannya juga

    perlu lulus Kursus Sijil Asas Pembrokeran Insurans.

    Perilaku asas pengantara takaful

    Apabila berurusan dengan pengantara takaful,

    anda boleh mengharapkan mereka memenuhi

    piawaian perilaku profesional yang tertentu apabila

    mengendalikan keperluan anda. Pengantara takaful

    hendaklah:

    menunjukkan Kad Kuasa Ejennya kepada anda

    apabila diminta berbuat demikian (berkaitan denganejen takaful sahaja). Ejen, yang pendaftarannya telah

    diluluskan oleh Pendaftar Pengantara Takaful,

    memiliki Kad Kuasa yang mengandungi maklumat

    PengantaraTakaful_BM7.0:PengantaraTakaful-290109 23/10/09 11:21

  • 8/6/2019 Berurusan Dengan Pengantara Takaful

    8/18

    11

    Memahami sepenuhnya

    terma dan syarat kontraktakaful yang dicadangkan

    seperti nama pengendali takaful yang diwakili oleh

    ejen berkenaan, dan tempoh sah pendaftaran ejen

    berkenaan. Seseorang ejen takaful am bolehmewakili sebanyak dua pengendali takaful am sahaja,

    manakala seseorang ejen takaful keluarga hanya

    dibenarkan mewakili satu pengendali takaful.

    Seseorang ejen takaful yang mempromosikan produk

    takaful keluarga dan juga takaful am boleh menjadi

    wakil kepada satu pengendali takaful keluarga dan

    dua pengendali takaful am sahaja. Seseorang brokertakaful perlu menjadi ahli MITBA dan mempunyai

    lesen yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

    Lesen ini tertakluk kepada kajian semula setiap tahun;

    PengantaraTakaful_BM7.0:PengantaraTakaful-290109 23/10/09 11:21

  • 8/6/2019 Berurusan Dengan Pengantara Takaful

    9/18

    7

    secara amnya memperlihatkan pengetahuan

    mendalam tentang produk dan perkhidmatan yang

    ditawarkan oleh pengendali takaful dan pasarantakaful;

    memahami keperluan anda, dan membantu anda

    memilih produk dan perkhidmatan takaful yang

    bersesuaian;

    menerangkan dengan jelas kepada anda, jenis

    maklumat yang diperlukan dalam borang cadangan,dan juga tentang betapa mustahaknya untuk

    memahami fakta-fakta penting;

    menerangkan dengan jelas, syarat dan terma kontrak

    takaful yang dicadangkan untuk memastikan anda

    benar-benar faham tentang produk takaful yang

    dipertimbangkan;

    menarik perhatian anda kepada apa-apa sekatan dan

    pengecualian yang berkenaan di bawah kontrak

    takaful yang dicadangkan;

    membuat susulan dan memberikan perkhidmatan

    yang berterusan kepada anda, seperti memperbaharui

    sijil takaful, dan memaklumi anda tentang maklumat

    produk-produk baru yang berkaitan; danmembantu anda semasa anda membuat tuntutan

    terhadap pengendali takaful.

    PengantaraTakaful_BM7.0:PengantaraTakaful-290109 23/10/09 11:21

  • 8/6/2019 Berurusan Dengan Pengantara Takaful

    10/18

    8

    Tip untuk berurusan dengan pengantara takaful

    Bagi memastikan anda mendapat perkhidmatan terbaikdan nasihat yang betul daripada ejen atau broker

    takaful anda, anda perlu membuat pertimbangan sama

    ada beliau menunjukkan ciri berikut:

    mempunyai pengetahuan mendalam tentang produk

    takaful;

    memahami keperluan dan kepentingan anda;

    memastikan bahawa anda memahami apa yang

    anda sertai;

    tidak memberikan janji-janji manis atau

    mempromosikan secara berlebih-lebihan;

    menerangkan dengan lengkap tentang produk,

    skop perlindungan, dan pengecualian, sekiranya

    ada; dan

    memberikan perkhidmatan yang baik dan tepat pada

    masanya.

    Bagi memastikan kepentingan dan hak anda dilindungi:

    berurusanlah hanya dengan pengantara takaful

    yang berdaftar/berlesen; berurusanlah dengan pengantara yang mempunyai

    rekod pencapaian yang terbukti atau pengantara

    takaful yang dicadangkan oleh rakan-rakan dan

    saudara-mara anda;

    PengantaraTakaful_BM7.0:PengantaraTakaful-290109 23/10/09 11:21

  • 8/6/2019 Berurusan Dengan Pengantara Takaful

    11/18

    9

    berikan fakta-fakta penting sepenuhnya tentang

    diri anda secara jujur;

    jangan termakan pujuk untuk menandatangani

    borang kosong atau apa-apa yang tidak anda

    fahami;

    pastikan anda memahami sepenuhnya produk

    yang dipertimbangkan;

    baca manfaat dan syarat-syarat sijil dengan

    teliti, dan bandingkannya dengan produk lain

    yang serupa;

    cari dan kaji beberapa pilihan lain bagi mendapatkan

    produk yang berpadanan dengan caruman;

    buat penyertaan berdasarkan keperluan dan

    kemampuan anda;

    minta bahan-bahan pemasaran, contohnya ilustrasi

    pemasaran, risalah produk atau borang fakta

    pelanggan (untuk pelan takaful keluarga sahaja),

    dan simpan dokumen ini untuk rujukan masa depan;

    apabila anda ragu-ragu, dapatkan maklumat lanjut

    daripada pengantara atau dapatkan penjelasan dari

    pada pengendali takaful yang menawarkan produktakaful berkenaan; dan

    minta dan simpan resit sebagai bukti pembayaran

    caruman kepada pengendali takaful.

    PengantaraTakaful_BM7.0:PengantaraTakaful-290109 23/10/09 11:21

  • 8/6/2019 Berurusan Dengan Pengantara Takaful

    12/18

    10

    Cara membuat aduan dan saluran penyelesaianyang ada

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan,

    maklum balas atau aduan tentang seseorang ejen

    atau broker takaful, rujuk hal ini kepada pengendali

    takaful atau syarikat pembrokeran berkenaan

    terlebih dahulu. Anda juga boleh rujuk hal ini kepada:

    Bagi ejen takaful am dan/atau keluarga

    Pendaftar

    Lembaga Pendaftaran dan Peraturan Ejen-Ejen Takaful

    Persatuan Takaful Malaysia

    Persatuan Takaful Malaysia

    Tingkat 21, Blok Utama

    Dataran Kewangan Darul Takaful

    Jalan Sultan Sulaiman

    50000 Kuala Lumpur

    Tel: 03 2031 8160

    Faks: 03 2031 8170

    E-mel: [email protected]

    PengantaraTakaful_BM7.0:PengantaraTakaful-290109 23/10/09 11:21

  • 8/6/2019 Berurusan Dengan Pengantara Takaful

    13/18

    11

    Bagi broker insurans dan/atau takaful

    PengerusiPersatuan Broker-broker Insurans dan Takaful Malaysia

    Unit 303, Blok A

    Pusat Dagangan Phileo Damansara II

    No. 15, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara

    46350 Petaling Jaya

    Selangor

    Tel: 03 7960 8191Faks: 03 7954 3954

    E-mel: [email protected]

    Jika anda masih tidak berpuas hati dengan penyelesaian

    aduan tersebut, anda boleh menulis kepada:

    BNMTELELINK

    Jabatan Komunikasi KorporatBank Negara Malaysia

    Peti Surat 10922

    50929 Kuala Lumpur

    Tel: 1 300 88 5465

    Faks: 03 2174 1515

    E-mel: [email protected]

    PengantaraTakaful_BM7.0:PengantaraTakaful-290109 23/10/09 11:21

  • 8/6/2019 Berurusan Dengan Pengantara Takaful

    14/18

    ?Soalan Lazim

    PengantaraTakaful_BM7.0:PengantaraTakaful-290109 23/10/09 11:21

  • 8/6/2019 Berurusan Dengan Pengantara Takaful

    15/18

    13

    Bagaimanakah boleh saya pastikan bahawa saya

    berurusan dengan ejen berdaftar?

    Bagi ejen takaful, anda boleh meminta Kad Kuasa Ejen

    yang mengandungi maklumat seperti nama pengendali

    takaful yang diwakili oleh ejen itu dan tempoh sah

    pendaftarannya atau anda boleh menghubungi

    pengendali takaful yang berkenaan atau MTA untuk

    mengesahkan status ejen berkenaan. Bagi broker

    takaful, anda mungkin ingin memastikan sama ada

    broker berkenaan mempunyai lesen yang dikeluarkan

    oleh Bank Negara Malaysia untuk mengendalikan

    perniagaan pembrokeran takaful, dan juga merupakan

    ahli MITBA.

    Apakah yang boleh saya harapkan daripada

    seseorang pengantara apabila beliau mencadangkan

    produk takaful keluarga kepada saya?

    Pengantara bertanggungjawab untuk melaksanakan

    sekurang-kurangnya perkara berikut:

    Mendapatkan maklumat yang mencukupi tentang

    diri anda, seperti butir-butir peribadi dan keadaan

    kewangan anda;

    Memahami keperluan kewangan anda yang

    berkaitan dengan pelan perlindungan, persaraan,

    pendidikan anak-anak, tabungan, dan pelaburan;

    S.

    J.

    S.

    J.

    PengantaraTakaful_BM7.0:PengantaraTakaful-290109 23/10/09 11:21

  • 8/6/2019 Berurusan Dengan Pengantara Takaful

    16/18

    Memastikan produk yang dicadangkan bersesuaian

    dengan keperluan anda, dengan mengambil kira

    keadaan kewangan anda;

    Menerangkan mengapa produk yang

    dicadangkannya bersesuaian untuk anda; dan

    Memberikan anda maklumat yang mencukupi untuk

    membolehkan anda membuat keputusan

    berdasarkan maklumat yang mencukupi sebelum

    menyertai sesuatu pelan takaful keluarga.

    Saya telah dinasihati oleh pengantara supaya

    membatalkan sijil takaful saya yang sedia ada dan

    menyertai pelan perlindungan yang baru. Apakah yang

    harus saya lakukan sebelum membuat keputusan?

    Sebelum membuat keputusan untuk membatalkan sijil

    yang sedia ada dan menyertai kontrak yang baru, anda

    harus mempertimbangkan perkara berikut:

    Bandingkan ciri-ciri dan manfaat sijil yang sedia ada

    dengan sijil yang baru;

    Memahami kos yang terlibat bagi pembatalan,

    seperti bayaran penamatan sijil yang sedia ada,

    bayaran penyertaan bagi sijil baru, kerugian nilaiwang tunai dan sebarang kehilangan manfaat akibat

    pembatalan sijil yang sedia ada. Bagi sijil takaful

    keluarga, nilai serahan wang tunai mengandungi

    simpanan terkumpul dalam Akaun Peserta, dan

    14

    S.

    J.

    PengantaraTakaful_BM7.0:PengantaraTakaful-290109 23/10/09 11:21

  • 8/6/2019 Berurusan Dengan Pengantara Takaful

    17/18

    15

    sebarang pulangan pelaburan; dan

    Minta nasihat pengendali takaful atau ejen yang andaperoleh sijil takaful yang sedia ada, untuk mengkaji

    semula kos yang terlibat.

    Mungkin tidak begitu bermanfaat bagi anda untuk

    membatalkan sijil takaful keluarga yang sedia ada untuk

    menyertai kontrak yang baru. Walau bagaimanapun,

    sekiranya anda mendapati bahawa anda tidak akan

    kerugian ekoran penukaran berkenaan, anda bolehmendapatkan pengesahan bertulis daripada pengendali

    takaful anda bahawa penukaran tersebut tidak akan

    merugikan anda.

    Saya telah menyertai pelan takaful melalui pengantara.

    Siapakah yang bertanggungjawab mengeluarkan dan

    menghantarkan dokumen sijil kepada saya?

    Pengendali takaful bertanggungjawab mengeluarkan

    dan menghantarkan sijil dokumen terus kepada anda.

    Walau bagaimanapun, terdapat juga pengendali takaful

    yang menghantar dokumen tersebut melalui pengantara

    kepada anda. Pengantara tidak diberi kuasa untuk

    mengeluarkan sebarang sijil takaful bagi pihak

    pengendali takaful. Sekiranya anda tidak memperolehsijil dalam masa sebulan selepas membayar caruman,

    anda perlu menghubungi pengendali takaful berkenaan.

    S.

    J.

    PengantaraTakaful_BM7.0:PengantaraTakaful-290109 23/10/09 11:21

  • 8/6/2019 Berurusan Dengan Pengantara Takaful

    18/18

    16

    Saya membuat caruman melalui ejen/pengantara.

    Adakah cara ini selamat?

    Apabila membuat pembayaran caruman, elakkan

    daripada membayar secara tunai kepada

    ejen/pengantara. Anda dinasihati supaya membayar

    terus kepada pengendali takaful, sama ada melalui

    cek, kiriman wang, arahan tetap, potongan kad kredit

    atau potongan gaji. Sekiranya anda membuat pilihan

    untuk membayar melalui ejen anda, pastikan cek atau

    kiriman wang dibuat atas nama pengendali takaful,

    dan bukan atas nama ejen/pengantara. Pastikan anda

    menerima resit sebagai bukti pembayaran.

    S.

    J.

    PengantaraTakaful_BM7.0:PengantaraTakaful-290109 23/10/09 11:21