1
B ERSEMPENA Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 24 Mac hingga 2 April 2006, satu majlis bicara warkah telah diada-kan untuk membicarakan sebuah karya penting yang bakal memperkayakan koleksi khazanah ilmu, iaitu Kamus Besar Arab- Melayu Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Kamus ini merupakan kamus Arab-Melayu yang paling lengkap, muktamad dan yang terkini di pasaran. Sesi memperkatakan kamus ini telah diadakan di Pentas 1, Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 28 Mac 2006. Program ini diadakan den- gan kerjasama Bahagian Agama, Falsafah dan Tamadun Islam (AFTI), DBP dan Dawama Sdn. Bhd. dalam usaha untuk mempro- mosikan dan memperkenalkan produk terbaharu terbitan DBP kepada pelanggan-pelanggan yang berpotensi dan para pengunjung gerai di tapak pesta buku ini. Sesi Bicara Warkah ini telah dipengerusikan oleh Ketua Bahagian AFTI, DBP Tuan Haji Wan Abd. Hamid Wan Teh, mana- kala dua orang tokoh pembicara yang dijemput untuk memperka- takan kamus tersebut ialah Prof. Madya Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan, Jabatan Pendidikan Bahasa dan Literasi, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan Ustaz Mohd Shukari bin Hamzah, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Kedua-duanya juga adalah penyusun kamus ini. Majlis ini telah mendapat sambu- tan yang menggalakkan daripada para pengunjung pesta buku ter- masuk 35 orang pelajar-pelajar dan pensyarah daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris, pengedar- pengedar buku Dawama Sdn. Bhd. di sekitar ibu kota dan para jempu- tan khas. Antara keistimewaan Kamus Besar Arab-Melayu Dewan setebal 2717 halaman ini ialah, l merupakan sebuah kamus yang muktamad atau paling lengkap dalam tulisan Jawi dan mengandungi lebih 54,000 entri yang disusun oleh 10 orang pakar bahasa Arab. l disusun berpandukan kamus Arab ekabahasa yang terkemuka iaitu al-Mu’jam al-Wasit, al-Munjid dan Al-Mu’jam al-Asasiy. l setiap entri dan subentri di dalam kamus ini telah diberi makna secara terperinci dan diberikan contoh berdasarkan ayat al-Quran, Hadis dan perumpamaan Arab (mathal) untuk memudahkan pengguna kamus mendapat makna yang tepat. Kamus ini mampu memenuhi keperluan penterjemah, golongan profesional seperti para peguam, hakim serta pengamal undang- undang serta pelajar-pelajar insti- tusi pengajian tinggi, guru-guru Jawi-Quran, Arab dan Fardu Ain (j-Qaf) serta masyarakat umum. Kamus Besar Arab-Melayu Dewan ini telah dipamerkan di sudut khas dan dijual dengan harga RM130.00 senaskhah. Kamus ini adalah salah satu produk yang terlaris dijual sepanjang pesta buku berlangsung. BERITA HARIAN Isnin, 17 April 2006 Halaman Lima E NSIKLOPEDIA Dunia Jilid 1-23 yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam bahasa Melayu mengandungi 2,232 entri bahan Arab dan Islam terkini. Entri- entri tersebut telah diambil dari Global Arabic Encyclopedia terbitan Encyclopedia Works Publishing, Riyadh, Arab Saudi setelah mendapat keizinan dari Pengerusi Yayasan Amal Sultan bin Abdul Aziz Al-Saud iaitu Yang Teramat Mulia Putera Sultan bin Abdul Aziz Al-Saud. Dalam usaha untuk melahir- kan kefahaman terhadap ajaran Islam, terdapat kupasan entri bahan Arab dan Islam yang berkaitan agama Islam, budaya, akidah, fiqh dan perundangan- nya, sistem Sunnatullah dan Dinullah, serta sejarah dan tokoh-tokoh Islam yang bertaraf antarabangsa. Bagi memboleh- kan entri ini mudah dibaca dan difahami, ia diolah dengan per- kataan yang tepat dan sesuai serta mudah difahami. Selain itu, ensiklopedia ini juga dapat memenuhi selera pembaca pel- bagai peringkat umur dan latar belakang kerana terdapat 91 entri dipanjangkan, 319 entri dipendekkan dan 210 entri ditu- lis semula. Ensiklopedia ini juga meng- huraikan kesan tinggalan tama- dun Islam yang mempunyai nilai estetika yang tinggi. Kebanyakan tinggalan binaan atau artifak lama yang ada pada hari ini men- gandungi unsur-unsur binaan keagamaan yang berupa masjid, sekolah, penempatan ahli sufi, makam, perpustakaan, pancutan air dan lain-lain. Antara bangu- nan yang disentuh sejarah dan perkembangan pemuliharaan- nya yang telah merentasi zaman kerajaan Umawiyah, ‘Abbasiyah, Fatimiyyah dan Andalusiyah ialah Masjidilharam, Masjid Nabawi, Masjid Cordova, Sekolah al-Mustansariah di Baghdad dan Sultan Hassan ibn Qalawan di Kaherah. Turut dipaparkan dalam ensiklopedia ini ialah sumban- gan tokoh-tokoh Islam bermula zaman sahabat, tabiin sehing- ga kini seperti Khalifah ar- Rashidin Abu Bakar al-Siddiq, Khalifah Bani Abbasiyah yang terkenal dengan keadilannya ‘Umar ibn’ Abd Aziz, pelopor bidang pengumpulan syair iaitu al-Asma’iy, perawi serta ahli Tajwid dan Qira’at, Abu Dawud, pejuang menentang penjajah Itali, ‘Umar al-Mukhtar, Presiden Pertubuhan Pembebasan Pales- tin Yasser Arafat dan tidak ke- tinggalan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang telah meneri- ma Anugerah Antarabangsa al- Malik Faysal dari Mu’assasah al-Malik Faysal al-Khayriyyah pada tahun 1403 Hijrah/1983 Masihi. Maklumat terkini serta pene- rangan yang lengkap serta diban- tu dengan visual, rajah, foto dan lukisan menjadikan ia sebagai sebuah ensiklopedia mudah difa- hami dan sesuai untuk rujukan para pelajar di peringkat rendah dan menengah serta rujukan am bagi golongan dewasa. Sesi Bicara Warkah: Kamus Besar Arab-Melayu Dewan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur AKTIVITI DAWAMA Terokai Islam dalam Ensiklopedia Dunia BH PILIH L5 17 emel P ESTA Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2006 kali ke- 25 telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 23 Mac hingga 2 April 2006. Y. B. Menteri Pelajaran, Dato’ Sri Hishammuddin bin Tun Hussein telah merasmikannya. Penampilan Dawama dalam pesta buku ini mela- lui 12 buah gerai telah menampil- kan kelainan dengan mewujudkan sudut pameran buku “great work”, di mana ia memperagakan buku- buku karya penulis besar, buku evergreen, buku-buku yang unik dari segi saiz dan buku-buku popu- lar yang sentiasa mendapat sambu- tan hangat para pembaca. Pengunjung pesta buku telah dipamerkan dengan kira-kira 1,550 judul buku dan majalah DBP terbitan terbaharu. Antara buku yang men- dapat sambutan ialah Kamus Besar Arab-Melayu Dewan, Ensiklopedia Dunia, Sejarah Tamadun Islam Ibn Kathir, Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Kamus Dewan Edisi Keempat, novel Isteri dan Pemburu Mimpi serta pelbagai buku bacaan umum terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bagi menyemarakkan sua- sana ilmiah pesta buku tersebut, Dawama dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka telah men- gadakan Majlis Bicara Warkah Kamus Besar Arab-Melayu pada 28 Mac 2006 di Pentas 1 Dewan Tun Razak. Buku tersebut telah diku- pas oleh dua orang panel penyusun, iaitu Pensyarah di Jabatan Bahasa dan Literasi Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya Profesor Madya Dr. Hassan Basri bin Awang Mat Dahan dan Ustaz Shukari bin Hamzah dari Jabatan Bahasa Arab dan Tamadun Islam Universiti Kebangsaan Malaysia. Majlis diha- diri oleh kira-kira 100 orang tetamu yang terdiri daripada para pelajar institusi pengajian tinggi, pensya- rah, para pengedar Dawama dan pengunjung pesta buku. Dua sesi bersama kolumnis dan editor majalah juga telah diadakan. Saudara Faisal Tehrani telah diundang bagi mem- bicarakan karyanya serta mempromosikan majalah Tunas Cipta sebagai satu wadah pen- yampaian karya penu- lis-penulis muda sama ada dalam genre sajak, puisi, cerpen, drama mahupun rencana. Tambahan pula majalah Tunas Cipta memuatkan sisipan Mekar Sastera yang amat berguna sebagai rujukan di pering- kat SPM dan STPM bagi pelajar yang mengambil sastera sebagai mata pelajaran elektif. Saudara Jalaluddin bin Abdul Aziz, kol- umnis majalah Pelita Bahasa pula menampilkan kelainan den- gan mengendalikan sesi moti- vasi dengan tajuk Teknik-teknik Menghadapi Peperiksaan. Seramai 50 orang pelajar sekolah rendah dan menengah telah menghadiri sesi ini yang berlangsung di Pentas 2 Dewan Tun Razak. Selain itu, orang ramai juga telah berpeluang untuk berinteraksi terus dengan editor majalah dan mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan den- gan proses penulisan artikel untuk majalah dan proses penerbitannya. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2006 berjaya menarik minat para pelajar pelbagai pering- kat, ibu-bapa dan semua pencinta ilmu untuk berkunjung bagi men- dapatkan buku-buku terbitan terba- haru termasuklah para pemimpin negara. Antara yang hadir membuat lawatan ke pesta buku ialah Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Y.B. Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim dan Timbalan Menteri Pelajaran, Y.B. Dato’ Noh bin Omar . DAWAMA JADI TUMPUAN Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2006 ENSIKLOPEDIA DUNIA Y. B. Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein sempat meluangkan masa di gerai Dawama. AHLI panel sedang membicarakan Kamus Besar Arab-Melayu Dewan. SEBAHAGIAN daripada paparan dalam Ensiklopedia Dunia. 17SH005A.indd 2 4/15/06 3:42:00 AM

BH PILIH L5 17 emel Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ... · Khalifah Bani Abbasiyah yang terkenal dengan keadilannya ‘Umar ibn’ Abd Aziz, pelopor bidang pengumpulan syair

  • Upload
    doxuyen

  • View
    234

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

BERSEMPENA Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang berlangsung di Pusat

Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 24 Mac hingga 2 April 2006, satu majlis bicara warkah telah diada-kan untuk membicarakan sebuah karya penting yang bakal memperkayakan koleksi khazanah ilmu, iaitu Kamus Besar Arab-Melayu Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Kamus ini merupakan kamus Arab-Melayu yang paling lengkap, muktamad dan yang terkini di pasaran. Sesi memperkatakan kamus ini telah diadakan di Pentas 1, Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 28 Mac 2006.

Program ini diadakan den-gan kerjasama Bahagian Agama, Falsafah dan Tamadun Islam (AFTI), DBP dan Dawama Sdn. Bhd. dalam usaha untuk mempro-mosikan dan memperkenalkan produk terbaharu terbitan DBP kepada pelanggan-pelanggan yang berpotensi dan para pengunjung gerai di tapak pesta buku ini.

Sesi Bicara Warkah ini telah dipengerusikan oleh Ketua Bahagian AFTI, DBP Tuan Haji Wan Abd. Hamid Wan Teh, mana-kala dua orang tokoh pembicara yang dijemput untuk memperka-takan kamus tersebut ialah Prof. Madya Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan, Jabatan Pendidikan Bahasa dan Literasi, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan Ustaz Mohd Shukari bin Hamzah, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Kedua-duanya juga adalah penyusun kamus ini. Majlis ini telah mendapat sambu-

tan yang menggalakkan daripada para pengunjung pesta buku ter-masuk 35 orang pelajar-pelajar dan pensyarah daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris, pengedar-pengedar buku Dawama Sdn. Bhd. di sekitar ibu kota dan para jempu-tan khas.

Antara keistimewaan Kamus Besar Arab-Melayu Dewan setebal 2717 halaman ini ialah, l merupakan sebuah kamus yang

muktamad atau paling lengkap dalam tulisan Jawi dan mengandungi lebih 54,000 entri yang disusun oleh 10 orang pakar bahasa Arab. l disusun berpandukan kamus

Arab ekabahasa yang terkemuka iaitu al-Mu’jam al-Wasit, al-Munjid dan Al-Mu’jam al-Asasiy. l setiap entri dan subentri

di dalam kamus ini telah diberi makna secara terperinci dan diberikan contoh berdasarkan ayat al-Quran, Hadis dan perumpamaan Arab (mathal) untuk memudahkan pengguna kamus mendapat makna yang tepat.

Kamus ini mampu memenuhi keperluan penterjemah, golongan profesional seperti para peguam, hakim serta pengamal undang-undang serta pelajar-pelajar insti-tusi pengajian tinggi, guru-guru Jawi-Quran, Arab dan Fardu Ain (j-Qaf) serta masyarakat umum. Kamus Besar Arab-Melayu Dewan ini telah dipamerkan di sudut khas dan dijual dengan harga RM130.00 senaskhah. Kamus ini adalah salah satu produk yang terlaris dijual sepanjang pesta buku berlangsung.

BERITA HARIAN Isnin, 17 April 2006 Halaman Lima

ENSIKLOPEDIA Dunia Jilid 1-23 yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan

Pustaka dalam bahasa Melayu mengandungi 2,232 entri bahan Arab dan Islam terkini. Entri-entri tersebut telah diambil dari Global Arabic Encyclopedia terbitan Encyclopedia Works Publishing, Riyadh, Arab Saudi setelah mendapat keizinan dari Pengerusi Yayasan Amal Sultan bin Abdul Aziz Al-Saud iaitu Yang Teramat Mulia Putera Sultan bin Abdul Aziz Al-Saud.

Dalam usaha untuk melahir-kan kefahaman terhadap ajaran Islam, terdapat kupasan entri bahan Arab dan Islam yang berkaitan agama Islam, budaya, akidah, fiqh dan perundangan-nya, sistem Sunnatullah dan Dinullah, serta sejarah dan tokoh-tokoh Islam yang bertaraf antarabangsa. Bagi memboleh-kan entri ini mudah dibaca dan difahami, ia diolah dengan per-kataan yang tepat dan sesuai serta mudah difahami. Selain itu, ensiklopedia ini juga dapat memenuhi selera pembaca pel-bagai peringkat umur dan latar belakang kerana terdapat 91 entri dipanjangkan, 319 entri dipendekkan dan 210 entri ditu-lis semula.

Ensiklopedia ini juga meng-huraikan kesan tinggalan tama-dun Islam yang mempunyai nilai estetika yang tinggi. Kebanyakan tinggalan binaan atau artifak lama yang ada pada hari ini men-gandungi unsur-unsur binaan keagamaan yang berupa masjid, sekolah, penempatan ahli sufi, makam, perpustakaan, pancutan air dan lain-lain. Antara bangu-nan yang disentuh sejarah dan perkembangan pemuliharaan-nya yang telah merentasi zaman kerajaan Umawiyah, ‘Abbasiyah, Fatimiyyah dan Andalusiyah

ialah Masjidilharam, Masjid Nabawi, Masjid Cordova, Sekolah al-Mustansariah di Baghdad dan Sultan Hassan ibn Qalawan di Kaherah.

Turut dipaparkan dalam ensiklopedia ini ialah sumban-gan tokoh-tokoh Islam bermula zaman sahabat, tabiin sehing-ga kini seperti Khalifah ar-Rashidin Abu Bakar al-Siddiq, Khalifah Bani Abbasiyah yang terkenal dengan keadilannya ‘Umar ibn’ Abd Aziz, pelopor bidang pengumpulan syair iaitu al-Asma’iy, perawi serta ahli Tajwid dan Qira’at, Abu Dawud, pejuang menentang penjajah Itali, ‘Umar al-Mukhtar, Presiden Pertubuhan Pembebasan Pales-tin Yasser Arafat dan tidak ke-tinggalan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang telah meneri-ma Anugerah Antarabangsa al-Malik Faysal dari Mu’assasah al-Malik Faysal al-Khayriyyah pada tahun 1403 Hijrah/1983 Masihi.

Maklumat terkini serta pene-rangan yang lengkap serta diban-tu dengan visual, rajah, foto dan lukisan menjadikan ia sebagai sebuah ensiklopedia mudah difa-hami dan sesuai untuk rujukan para pelajar di peringkat rendah dan menengah serta rujukan am bagi golongan dewasa.

Sesi Bicara Warkah: Kamus Besar Arab-Melayu Dewan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

AKTIVITI DAWAMA

Terokai Islam dalam Ensiklopedia Dunia

BH PILIH L5 17 emel

PESTA Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2006 kali ke-25 telah berlangsung dengan

jayanya di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 23 Mac hingga 2 April 2006. Y. B. Menteri Pelajaran, Dato’ Sri Hishammuddin bin Tun Hussein telah merasmikannya. Penampilan Dawama dalam pesta buku ini mela-lui 12 buah gerai telah menampil-kan kelainan dengan mewujudkan sudut pameran buku “great work”, di mana ia memperagakan buku-buku karya penulis besar, buku evergreen, buku-buku yang unik dari segi saiz dan buku-buku popu-lar yang sentiasa mendapat sambu-tan hangat para pembaca.

Pengunjung pesta buku telah dipamerkan dengan kira-kira 1,550 judul buku dan majalah DBP terbitan terbaharu. Antara buku yang men-dapat sambutan ialah Kamus Besar Arab-Melayu Dewan, Ensiklopedia Dunia, Sejarah Tamadun Islam Ibn Kathir, Tatabahasa Dewan Edisi

Baharu, Kamus Dewan Edisi Keempat, novel Isteri dan Pemburu Mimpi serta pelbagai buku bacaan umum terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bagi menyemarakkan sua-sana ilmiah pesta buku tersebut, Dawama dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka telah men-gadakan Majlis Bicara Warkah Kamus Besar Arab-Melayu pada 28 Mac 2006 di Pentas 1 Dewan Tun Razak. Buku tersebut telah diku-pas oleh dua orang panel penyusun, iaitu Pensyarah di Jabatan Bahasa dan Literasi Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya Profesor Madya Dr. Hassan Basri bin Awang Mat Dahan dan Ustaz Shukari bin Hamzah dari Jabatan Bahasa Arab dan Tamadun Islam Universiti Kebangsaan Malaysia. Majlis diha-diri oleh kira-kira 100 orang tetamu yang terdiri daripada para pelajar institusi pengajian tinggi, pensya-rah, para pengedar Dawama dan pengunjung pesta buku.

Dua sesi bersama kolumnis dan editor majalah juga telah diadakan. Saudara Faisal Tehrani telah diundang bagi mem-bicarakan karyanya serta mempromosikan majalah Tunas Cipta sebagai satu wadah pen-yampaian karya penu-lis-penulis muda sama ada dalam genre sajak, puisi, cerpen, drama mahupun rencana. Tambahan pula majalah Tunas Cipta memuatkan sisipan Mekar Sastera yang amat berguna sebagai rujukan di pering-kat SPM dan STPM bagi pelajar yang mengambil sastera sebagai mata pelajaran elektif. Saudara Jalaluddin bin Abdul Aziz, kol-umnis majalah Pelita Bahasa pula menampilkan kelainan den-gan mengendalikan sesi moti-vasi dengan tajuk Teknik-teknik

Menghadapi Peperiksaan. Seramai 50 orang pelajar sekolah rendah dan menengah telah menghadiri sesi ini yang berlangsung di Pentas 2 Dewan Tun Razak. Selain itu, orang ramai juga telah berpeluang untuk berinteraksi terus dengan editor majalah dan mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan den-gan proses penulisan artikel untuk majalah dan proses penerbitannya.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala

Lumpur 2006 berjaya menarik minat para pelajar pelbagai pering-kat, ibu-bapa dan semua pencinta ilmu untuk berkunjung bagi men-dapatkan buku-buku terbitan terba-haru termasuklah para pemimpin negara. Antara yang hadir membuat lawatan ke pesta buku ialah Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Y.B. Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim dan Timbalan Menteri Pelajaran, Y.B. Dato’ Noh bin Omar.

DAWAMA JADI TUMPUANPesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2006

ENSIKLOPEDIA DUNIA

Y. B. Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein sempat meluangkan masa di gerai Dawama.

AHLI panel sedang membicarakan Kamus Besar Arab-Melayu Dewan.

SEBAHAGIAN daripada paparan dalam Ensiklopedia Dunia.

17SH005A.indd 2 4/15/06 3:42:00 AM