Upload
hahuong
View
226
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
BERITA HARIAN Rabu, 22 November 2006 Halaman Sembilan
KEGIATAN DBP DI SANA SINI
Oleh Rusdi Abd. Rahman
”Kita mesti berani menghantar karya ke penerbitan yang besar dan
media arus perdana.” Demikianlah pandangan dan saranan yang dikemukakan oleh Mohd Kasim Mahmud dalam program Ceritera Bersama Karyawan Sastera Siri 6/06 anjuran DBP Wilayah Selatan pada 4 November 2006 bertempat di Balai Seminar, DBP Wilayah Selatan.
Dalam kertas kerja beliau yang berjudul ‘Mengutip dan Menitip Bara dan Mutiara Pengalaman dalam Penulisan Cerpen’ menjelaskan bahawa, “pada peringkat” awal pelibatannya dalam dunia penulisan, beliau hanya menghantar karya ke penerbitan kecil sahaja. Karya puisinya yang perta
ma diterbitkan pada tahun 1979 dan hanya menerima bayaran RM15 manakala karya cerpen beliau yang pertama berjudul ‘Protes’ tersiar dalam akhbar Berita Minggu pada Januari 1992. Sejak tersiarnya karya tersebut, beliau mula menghantar karya ke penerbitan yang besar termasuklah ke majalah terbitan DBP. Sehingga kini, sebanyak 57 buah cerpen beliau pernah tersiar dalam akhbar harian utama dan majalah seperti Berita Minggu, Mingguan Malaysia, Dewan Sastera, Dewan Budaya, Dewan Masyarakat serta majalah lain. Dua antologi cerpen beliau, iaitu Suara (2003) dan Simpang (2006) telah diterbitkan oleh DBP Wilayah Selatan.”
Menurut beliau, tema serta mesej dalam cerpen beliau, sebahagiannya berkisar tentang perasaan
kecewa dan tidak puas hati tentang perkara yang dilihat, dibaca dan dirasainya dalam kehidupan seharian. Hal ini terungkap dalam cerpen beliau seperti ‘Protes’, ‘Dendam Tanah, Air dan Angin’ dan ‘Episod Lain Sidang Rio’ serta banyak lagi. Beliau juga turut menulis cerpen bertemakan unsur lucu antaranya ‘Raya Oh Raya’, ‘Mek Masuk Pertandingan Ratu Cantik’ dan ‘Culas’.
Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Kasim merupakan anak jati Kota Tinggi, Johor yang tidak asing lagi dalam dunia penulisan sastera. Beliau banyak menghasilkan karya sastera yang mencakupi genre cerpen, puisi dan novel, namun cerpen beliau lebih banyak mendapat pengiktirafan. Antara hadiah utama yang pernah diterimanya ialah Hadiah
Ketiga Pertandingan Menulis Cerpen Formula Malaysia 2000 yang menerima hadiah wang tunai sebanyak RM25 000, Hadiah Sagu Hati Sayembara Cerpen Perpaduan Kaum 1995, Hadiah Penghargaan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2002, dan Hadiah Sastera Darul Takzim 1999 dan 2005. Beliau juga
pernah meraih hadiah penulisan untuk karya puisi dan novel pada peringkat negeri dan kebangsaan.
Program yang dipengerusikan oleh penulis prolifik, Nisah Haron ini bukan sahaja memberikan panduan penulisan malahan memberikan motivasi kepada khalayak dalam penghasilan karya sastera.
Ceritera Bersama-sama Mohd Kasim Mahmud
BH PILIH L9 18 emel
DBP SETENGAH ABAD
Oleh Rokiah Nordin
“Editor perlu benarbenar memahami aspek hak cipta semasa men
jalankan aktiviti perniagaan dan menghormati hak cipta tersebut.” Demikian intipati yang diberi perhatian oleh editor dalam Seminar Isuisu Hak Cipta dalam Penerbitan Buku di Hotel Hilton Petaling Jaya pada 12 September lalu. Seminar yang dianjurkan oleh Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) itu menyarankan agar “kakitangan syarikat penerbitan buku khususnya pengurus, penulis, editor, pereka bentuk dan ilustrator mempunyai pengetahuan yang luas tentang aspek perundangan dan hak cipta bukubuku yang diterbitkan syarikat mereka. Di samping turut menggesa warganya sentiasa melengkapkan diri dengan pengetahuan yang baharu serta mengikuti perkembangan semasa dalam halhal yang berkaitan dengan hak cipta sama ada yang berlaku di dalam mahupun di luar negara.
Profesor UndangUndang di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia (UIA), Prof. Dr. Ida Madieha Azmi membicarakan Aspek Hak Cipta dalam Penerbitan Buku : Apa yang Anda Mesti Tahu? mendedahkan para peserta mengenai perkaraperkara asas hak cipta dalam penerbitan buku, soal perundangan dalam dan luar negara berkaitan aspek tersebut dan perbuatan yang boleh dianggap melanggar hak cipta serta langkahlangkah yang boleh diambil bagi melindunginya serta perkembangan terkini dalam bidang terbabit.
Seminar Isu-Isu Hak Cipta dalam Penerbitan BukuOleh Siti Ruzaiha Mohd Riffin
Akademi Retorika yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan
kerjasama tiga buah sekolah terpilih berjaya mencungkil bakat pemidato muda dalam kalangan pelajar sekolah menengah melalui kegiatan pengucapan awam. Program berkonsepkan alaAkademi Fantasia ini bertujuan me ngasah bakat pelajar berhujah dan mengungkapkan buah fikiran di hadapan khalayak dengan mengutarakan isuisu positif berteraskan perpaduan.
Seramai 36 orang pelajar dari SMK Victoria, SMK St. John dan SM (P) Kuen Cheng menyertai pertandingan yang berlangsung selama dua minggu bertempat di sekolah tersebut dan Dewan Kuliah DBP bermula 31 Oktober hingga 10 November lalu.
Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Firdaus Abdullah, dalam ucapannya berkata “Akademi Retorika ini merupakan projek rintis yang bertujuan untuk meningkatkan toleransi dan persefahaman antara kaum. Idea ini dahulunya dirancang untuk melibatkan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam kegiatan menjurus ke arah perpaduan kaum.
“Namun, untuk kali pertama Akademi Retorika memberi peluang kepada tiga buah sekolah yang berdekatan dengan DBP dan sekali gus mengisytiharkan sekolah berkenaan sebagai sekolah angkat DBP. Pemilihan juga dibuat berdasarkan kepada pelajar yang berbilang kaum di sekolah terbabit.
“Akademi ini menggalakkan penyertaan pelajar pelbagai kaum bertanding secara positif dengan konsep ‘Melihat yang Positif pada yang Lain (LYPPYL),” tambah beliau semasa menyampaikan ucapan dalam majlis pertandingan akhir yang turut dihadiri oleh ketuaketua
bahagian, pegawai kanan dan pegawai serta guru pengiring.
Kefasihan berbahasa Melayu dan kemampuan memetik hadis Nabi Muhammad s.a.w. memberi kelebihan kepada Avinash Nair a/l Atchu dari SMK Victoria untuk dinobatkan sebagai pemidato terbaik dengan hujahnya ‘Muafakat Membawa Berkat’. Avinash yang kelihatan sopan dan tampan berbaju Melayu biru menerima sebuah trofi berserta wang tunai berjumlah RM200 sekali gus menewaskan lapan peserta lain yang turut sama bertanding di peringkat akhir 10 November lalu.
Kumpulan Avinash yang dianggotai dua orang lagi pelajar, iaitu Lim Boon Jim dari SMK St. John yang berhujah tentang ‘Perpaduan Kaum’ dan Muhamad Aqram dari SMK Victoria yang memperkatakan ‘Indahnya Kesenian Bangsa, Indah Lagi Jika Dikongsi Bersama’ telah dipilih oleh panel hakim
sebagai Johan Berkumpulan. Mereka menerima sebuah trofi berserta wang tunai RM200 setiap seorang. Naib Johan berkumpulan membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai RM150 setiap seorang. Hadiah tempat ketiga pula ialah sebuah trofi dan wang tunai RM100 setiap seorang.
Penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Y.B. Datuk Noh Omar diiringi Ketua Pengarah DBP. Tiga orang hakim yang mengadili pertandingan ialah Pengarah Jabatan Bahasa, Puan Hajah Noresah Baharom, Pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Teo Kok Seong dan Pegawai Kanan DBP, Puan Hajah Ratna Inzah Datuk Mohd Asri.
Dalam Akademi Retorika ini, peserta dikehendaki berkampung di DBP selama lima hari. Mereka diberi panduan dan pendedahan oleh
pakar yang diundang khas dalam beberapa sesi yang dianjurkan. Antara pakar yang diundang ialah Dr. Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad, Pensyarah di Jabatan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia yang membincangkan tentang ‘Retorik’ dan panduan pengucapan awam.
Peserta juga dibimbing dengan pelbagai keperluan dan kemahiran berkaitan serta diberi ruang untuk mencari maklumat yang lengkap dan positif tentang masyarakat pelbagai kaum. Pada minggu kedua pertandingan, peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan (setiap kumpulan terdiri daripada tiga orang pelajar) dan sebanyak 12 kumpulan bertanding. Markah diberi berdasarkan persembahan individu dan peserta yang menunjukkan prestasi kurang memberangsangkan disingkirkan. Penyingkiran ini dibuat pada setiap pertandingan sehingga tinggal tiga kumpulan sahaja yang layak ke peringkat akhir.
Akademi Retorika: Melihat yang Positif pada yang Lain
PEMIDATO terbaik... Avinash menerima hadiah daripada Datuk Noh Omar disaksikan oleh Datuk Dr. Firdaus Abdullah.
KIRI: Puan Nisah Haron (Pengerusi) dan Encik Mohd Kasim Mahmud sedang membentang kertas kerja beliau.