Click here to load reader

Bicara Edisi Khas

  • View
    238

  • Download
    3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Bicara Edisi Khas sempena pertukaran MSM ke IKRAM UKE

Text of Bicara Edisi Khas

  • M ajlis Syura Muslimun (MSM) ataupun dulunya dikenali dengan nama Is-lamic Representative Council (IRC) bukanlah satu nama yang asing bagi

    pelajar-pelajar yang sedang atau pernah menjejak-kan kaki di bumi United Kingdom (UK) dan Eire. Pastinya usia 35 tahun tentunya banyak pengala-man ditimba dan banyak sejarah ditempa. Bagaimanapun, mungkin tidak ramai yang menge-tahui sejarah awal penubuhan dan perkembangan MSM. Kajian sejarah ini bertujuan untuk menying-kap dan mengupas sedikit sebanyak latar belakang MSM dari peringkat awal penubuhan, perkem-bangan sehingga kepada perkembangan mutakhir. Sejarah Awal Kedatangan pelajar Malaysia di UK Sejarah Awal Kedatangan pelajar Malaysia di UK Sejarah Awal Kedatangan pelajar Malaysia di UK Sejarah Awal Kedatangan pelajar Malaysia di UK dan Eiredan Eiredan Eiredan Eire Kesan daripada peristiwa 13 Mei 1969 dan antara langkah penyelesaian kerajaan terhadap peristiwa tersebut, menjelang digubalnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) atau New Economic Model (NEP), kera-jaan telah menghantar secara beramai-ramai pela-jar Bumiputera ke seberang laut. Tempat utama adalah United Kingdom untuk melanjutkan pelaja-ran di sana. Pada masa itu pelajar Bumiputera yang dihantar adalah pelajar-pelajar beragama Islam. Sehubungan itu, para pelajar ini terdedah kepada budaya dan tatacara hidup yang asing bagi mereka. Culture Shock atau kejutan budaya pada masa tersebut merupakan salah satu cabaran besar yang harus mereka hadapi. Ramai yang mula terikut-ikut dengan budaya songsang ini. Budaya-budaya kufar dan jahiliyyah ini dikhuatiri meresap masuk jauh ke dalam pemikiran dan tatacara hidup pelajar Melayu ketika itu. Sebaliknya, fenomena ini juga turut menyedarkan sebahagian yang mahu kembali kepada ajaran Islam yang asal. Mereka berkesempatan untuk terlibat dalam Islamic Societies di universiti masing-masing. Pelajar-pelajar ini juga terdedah kepada buku-buku terjemahan hasil karya Sayyid Abul Ala Al-Mawdudi dan Sayyid Qutb. Pelajar-pelajar ini Berjaya menubuhkan satu jaringan dan penyusu-nan tidak rasmi di kalangan mereka untuk bergerak dalam Islamic Societies dan juga FOSIS di United Kingdom. Di Malaysia pula, para pelajar di institusi pengajian tinggi mula berkecimpung di dalam usaha-usaha dakwah dan lahirnya kesatuan bekas mahasiswa, PKPIM dan seterusnya ABIM. Di sudut politik tanah air, peristiwa 13 Mei juga mencetuskan perihal

    pentingnya bukan sahaja penstrukturan semula politik negara. Formula politik komunal telah dapat dirundingkan ke arah wujudnya Barisan Nasional di bawah pimpinan Tun Razak. 1970197019701970----1975: Pelbagai golongan pelajar1975: Pelbagai golongan pelajar1975: Pelbagai golongan pelajar1975: Pelbagai golongan pelajar Manakala di UK, para pelajar Islam Malaysia boleh dikategorikan kepada tiga golongan. Pertama ialah mereka yang pada asalnya terdiri daripada pelajar-pelajar lepasan Institut Teknologi Kebangsaan (ITK) Malaysia atau kini lebih dikenali sebagai Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Sewaktu di Malaysia mereka didedahkan kepada Lujnah Kerja Dakwah yang dipimpin oleh seorang daie yang mempunyai pendedahan dengan dakwah dan perjuangan Mas-jumi, Majlis Sjura Muslimin, Indonesia dan pemikiran tokoh agung Islam nusantara, Pak Natsir. Golongan kedua adalah pelajar-pelajar di serata UK yang terdedah kepada tarbiyyah sahabat-sahabat Arab yang bermastautin di UK akibat daripada pergolakan yang berlaku di Timur Tengah dan mereka ini didedahkan kepada fikrah atau kefahaman Ikhwanul Muslimin. Golongan yang ketiga pula adalah para pelajar di Brighton, Selatan UK, yang diperkenalkan kepada fikrah (pemikiran) daripada sahabat-sahabat Jamaati Islami yang berasal dari Pakistan yang bermastautin ataupun menuntut di UK pada ketika itu. Sementara itu, terdapat juga pelajar yang tidak termasuk dalam mana-mana kelompok tadi. Pertemuan dan PenubuhanPertemuan dan PenubuhanPertemuan dan PenubuhanPertemuan dan Penubuhan Pada tahun 1972, mereka ini bersetuju untuk bertemu dan duduk semeja bagi membincangkan perihal penubuhan satu badan dakwah di UK. Usaha ini memperlihatkan pertembungan fikrah di kalangan mereka yang didedahkan kepada fikrah Ikhwanul Muslimin dengan mereka yang dididik dengan fikrah Jamaati Islami. Pertembungan ini dilihat sebagai pertembungan yang sihat yang menyaksikan tertubuhnya satu badan dakwah kemudiannya. Selepas perhimpunan Musim Sejuk FOSIS pada 1974, satu pertemuan khusus diadakan di ka-langan wakil-wakil daripada Brighton, sahabat-sahabat MISG, pelajar-pelajar lepasan ITK dan pelajar-pelajar lainnya di Brighton. Pertemuan ini bertujuan membincangkan lebih lanjut idea asal penubuhan satu badan dakwah yang mula terbit pada tahun 1972 bagi menjadikan ia satu ken-yataan.

    SEJARAH MSM (sumber

    2

  • 24 Disember 1974 menjadi titik pertemuan pela-jar-pelajar tersebut di satu mesyuarat yang di-anjurkan khususnya untuk membincangkan perkara tersebut. Lanjutan daripada mesyuarat ini, pertemuan ketiga dirancang dan diadakan pada cuti Easter universiti pada musim bunga bulan Mac 1975. Daripada pertemuan inilah nama Islamic Representative Council (IRC) atau-pun Majlis Syura Muslimun (MSM) dipilih. Akhirnya pada perhimpunan musim panas FOSIS pada bulan Jun 1975, seramai 6 orang ahli syura telah dilantik bagi membentuk majlis syura tertinggi pertubuhan ini. Majlis syura ini diberi mandat untuk menguruskan pejalanan organisasi dan memilih wakil-wakil pelajar Islam Malaysia dan membentuk badan dakwah yang menumpukan tenaga kepada usaha pengislahan pelajar-pelajar Islam Malaysia di UK. Pada era 1970an dan 1980an, IRC merupakan antara badan dakwah yang giat menjalankan program-program pentarbiyyahan intensif. Winter dan Summer gatherings mampu mengumpulkan beratus-ratus peserta yang sanggup bersederhana demi menjalani bulan-bulan program. Para murab-bi daripada pelbagai latarbelakang mengisi pro-gram tarbiyyah sama ada fikrah, rohani mahupun jasmani. Usaha-usaha dakwah pada era ini berbeza den-gan sekarang. Istilah usrah dan daulah merupakan istilah yang janggal di kalangan kebanyakan pelajar. Malah fahaman sosialis turut menular di kalangan pelajar. Siri-siri debat terbuka merupakan agenda yang lazim untuk berhadapan dengan fikrah-fikrah Jahiliyyah ini. Tidak dinafikan wujudnya konflik sesama kumpulan Islam. Dakwah yang berkembang pesat ini telah berjaya melahirkan ramai aktivis yang mula kembali ke tanah air dan mula bergerak di dalam medan amal yang baru. Perlu dinyatakan bahawa fenomena kebangkitan pelajar Islam ini tidak hanya berlaku di UK mahupun Malaysia. Pendek kata, di mana ada para pelajar Melayu, maka di situlah seruan dakwah ini dirasai. Pada tahun 1991, IRC telah memutuskan untuk berdaftar di bawah Jabatan Penuntut Malaysia dengan menggunakan nama Majlis Syura Muslimun atau singkatannya MSM UK dan Ireland. Ini sekaligus mewujudkan kerjasama dengan JPM dan badan-badan yang berpayung di bawah JPM. Alhamdulillah, sehingga ke hari ini

    sambutan daripada para pelajar amat menggalakkan. Pada 27 Disember 2010, MSM UK dan Ireland menukilkan satu lagi catatan baru dalam lipatan sejarah selama 35 tahun penubuhannya. Pada tarikh keramat ini belakunya proses penukaran nama Majlis Syura Muslimun UK dan Ireland kepada Pertubuhan IKRAM UK dan Ireland. Proses transformasi MSM kepada IKRAM ini bakal memberikan satu lonjakan besar kepada misi menyampaikan dakwah dan tarbiyah dengan lebih lancar dan laju. PenutupPenutupPenutupPenutup Cabaran dakwah masa kini menuntut semua badan dakwah untuk mewujudkan kerjasama erat. Terlalu banyak ruang-ruang amal yang belum diterokai. Justeru, tidak layak wujud sikap mendabik dada sesama badan-badan dakwah. Apatah lagi, sikap tidak boleh menerima kewujudan pihak lain. Tentunya Islam tidak untung dengan sikap ini. As-Syahid Hassan al-Banna pernah mengatakan Impian semalam adalah realiti hari ini, dan impian hari ini adalah realiti hari esok. Apa yang kita impikan pada hari ini tentulah kembali tertegaknya kalimah Allah di muka bumi ini. Pokoknya, matlamat kita jelas dalam mengejar impian ini segala usaha-usaha kita ditumpukan kea rah tercapainya matlamat ini. Dakwah ini ada penjaganya iaitu Allah. Sejarah membuktikan pelbagai usaha untuk menyekatnya tetapi ini adalah kesanggupan yang sia-sia sahaja. Seperti mana firman Allah Dan mereka ingin memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut-mulut mereka. Tetapi Allah akan menyempurnakan cahayaNya walaupun orang-orang kafir membencinya.

    (As-Saff:8)

    Wallahualam

    SEJARAH MSM (sumber: Majalah Furqan 2000)

    3

  • 4

    P akcik Mahfuzh Safiee merupakan mantan Ameer Majlis Syura Mus-limun UK & Ireland pada

    sesi 2001 sehingga 2004. Berikut sedikit pesanan beliau kepada generasi muda yang mewarasi perjuangan Ar-Rasul SAW serta pandangan beliau tentang penub-uhan IKRAM UK & Ireland. Dua pesanan utamaDua pesanan utamaDua pesanan utamaDua pesanan utama Pakcik Mahfuzh: Pesanan kepada generasi muda. Ada dua pesanan utama yang ana ingin sampaikan. Pertamanya ialah dari segi ilmu kita. Seha-rusnya kita tidak bergantung penuh kepada program-program usrah dan juga program-program MSM untuk kita mendalami ilmu. Umpamanya ilmu kita dalam bi-dang Al-Quran dan dalam bidang Hadis. Dalam bidang Al-Quran, kita seharusnya memperbanyak-kan pengkajian kita sendiri. Di samping itu kita mentelaah Al-Quran ini sebaiknya secara berguru dengan mana-mana guru yang available. Kalaulah ada di kalangan ahli MSM, alhamdulillah. Tapi kalaulah kebetulan tidak ada guru di kalangan ahli MSM di ka-

    wasan tempatan, maka kita cuba-lah mendalaminya dengan men-cari guru lain yang dapat menyam-paikan ilmu Al-Quran kepada kita. Begitulah juga dengan ilmu hadis. Ini adalah dua ilmu utama yang kita mesti dalami selaku ahli jemaah, selaku seorang yang ingin menjalani jalan dakwah ini. Kerana tidaklah wajar kita menyampaikan Islam kepada orang lain sedangkan ilmu Al-Quran dan

Search related