16

Bicara JamadilAkhir 1431H

Embed Size (px)

DESCRIPTION

MSM Bicara Jamadilakhir 1431H

Citation preview

Page 1: Bicara JamadilAkhir 1431H
Page 2: Bicara JamadilAkhir 1431H

Sebagai peringatan buat diri dan rakan-rakan…

Aku telah redha dengan Allah sebagai Tuhanku…dan dengan Islam sebagai ‘deen’ku…dan dengan Muhammad sebagai Nabi

dan Rasulku… Tekalah kalian dari mana penulis memetik kata-kata itu, biasa kalian dengari bukan? Ya, tidak lain dan tidak bukan daripada risalah al-Ma’thurat yang telah dikumpulkan oleh Iman As-Syahid Hasan al-Banna. Suatu ungkapan yang kelihatan seakan-akan pendek, tetapi sebenarnya meluas. Ayuh, kita lihat satu-persatu.

“Aku telah redha dengan Allah sebagai Tuhanku” Dalam lafaz ini, kita berikrar bahawa kita redha dengan Allah sebagai Tuhan kita. Sebagai penguasa kita. Sebagai pentadbir kita. Sebagai pengawal segala-galanya di alam semesta ini. Na-mun, ada satu persoalan di sini, benarkah ikrar kita itu? Atau hanya sekadar lafaz-lafaz kosong yang walaupun dibacakan, tetapi berlainan dari apa yang terkandung dalam isi hati kita? Kita berikrar bahawa Allah itu Tuhan kita, tetapi: Kita meyakini perkara atau asbab lain berbanding ketentuan Allah. Kita meletakkan yang lain sebagai prioriti berbanding Allah. Kita mencari-cari pujian daripada manusia, tetapi tidak memikirkan langsung redha daripada Allah. Kita berterusan melakukan maksiat kepada-Nya. Adakah benar apa yang kita lafazkan itu? Wahai manusia, sama-samalah kita betulkan segala niat kita dalam setiap pekerjaan, agar kesemua dipadankan dengan menuju redha Allah. Mari kita menetapkan minda kita agar hanya yakin bahawa Allah penentu segala kejadian yang berlaku, bukannya asbab-asbab. Selagi mana kita tidak mampu mencapai dua perkara itu, jangan sanggup untuk mengaku bahawa aqidah kita adalah aqidah yang sejahtera kepada-Nya.

“…dan dengan Islam sebagai ‘deen’ku…”

Editor BICARA:

Penasihat:

Shahrir Kasjoo Fadzilah Hanim

Ketua Editor: Izzuddin Yussof

Artikel: Kamal Haziq

Ammar Roslizar

Nisa’:

Nurul Iman

Sastera:

Shah Kang

MSM Sana-Sini:

Raja Abdullah Hakim

Grafik:

Zulhilmi Ibrahim

“Diwajibkan atas

kamu berperang,

padahal itu tidak

menyenangkan

bagimu. Tetapi

boleh jadi kamu

tidak menyenangi

sesuatu, padahal itu

baik bagimu, dan

boleh jadi kamu

tidak menyukai

sesuatu, padahal itu

tidak baik bagimu.

Allah mengetahui,

sedang kamu tidak

mengetahui”

(Al-Baqarah: 2:216)

Page 3: Bicara JamadilAkhir 1431H

Dalam lafaz ini, kita berikrar bahawa Islam itu adalah ‘deen’ kita. Atau dalam bahasa Melayunya, sebagai cara hidup kita. Sebagai manual kepada kehidupan kita. Sebagai amalan hidup kita. Namun, persoalan sama boleh diutarakan, benarkah ikrar kita itu? Kita berikrar bahawa Islam itu cara hidup kita, tetapi: Kita hanya meyakini bahawa Islam itu adalah ibadah khusus semata-mata, tidak lebih daripada itu. Kita mengikut-ikut cara hidup yang dibawa oleh Barat, yang sememangnya jauh dan bertentangan dengan Islam. Adakah benar lafaz kita itu? Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. [Al-Baqarah, 2 : 208] Dalam Islam, tiada tiga jalan. Hanyalah dua jalan, sama ada jalan ke arah ketaqwaan atau ke arah kesesatan. Dan dalam ayat di atas, Allah berfirman bahawa orang-orang yang beriman hendaklah masuk ke dalam Islam secara keseluruhan. Itu sahaja. Bukan separuh-separuh. Bukan hanya dari segi ibadah sahaja, tetapi keseluruhan, secara total. Kita hendaklah Islam dari segi pemikiran, dari segi kegiatan kita sehari-hari. Persoalannya, Islam secara totalkah kita?

“…dan dengan Muhammad sebagai Nabi dan Rasulku.” Dalam lafaz terakhir ini pula, kita berikrar bahawa Nabi Muhammad SAW adalah sebagai Nabi dan Rasul kita. Sebagai ikutan kita. Sebagai qudwah kita. Sebagai pemimpin kita. Namun, lafaz ini juga boleh dipersoalkan – betulkah, atau sekadar lafaz mainan? Kita berikrar bahawa Nabi Muhammad itu adalah Rasul kita, tetapi: Kita tidak langsung mengenali siapakah baginda, atau hanya kenal baginda dengan sedikit. Kita tidak banyak mengamalkan sunnah baginda. Kita tidak menyambungkan tugas baginda untuk menyebarkan risalah Islam ke seluruh pelusuk alam, kerana berfikiran bahawa hanya golongan ustaz dan ustazahlah yang patut melakukan kerja ini. Berfikirlah, dan renunglah sejenak, betulkah lafaz kita itu. Kalaukan kenal baginda den-gan sedikit atau tidak kenal langsung, maka sebenarnya tidaklah benar kata-kata kita iaitu Ar-Rasulu Quqwatuna (Rasulullah Teladan Kami), kerana tidak kenal, maka tiadalah cinta. Justeru, adalah wajar untuk kita mengenali baginda. Ambillah contoh baginda. Kerana bagindalah pemimpin, ketua keluarga, ketua tentera dan ketua Negara yang terbaik.Selain itu, mari, kita sama-sama melaksanakan sunnah baginda yang terbesar – yakni berdakwah ke jalan Allah SWT. Kerana jalan inilah yang telah memuliakan baginda di sisi Allah SWT. Muhasabah sejenak… ~Teori tidak sama dengan praktikaliti~

Page 4: Bicara JamadilAkhir 1431H

Kisah Pahlawan yang bosan adalah citra terindah yang diturunkan melalui jalan oral.

Kisahnya padat, ringkas. Namun, sepertimana si pahlawan yang kini terlupakan, begitu

juga kisahnya. Semakin hari semakin dilupakan.

Pahlawan yang bosan bermula macam manusia lain. Menuntut dengan guru yang paling

baik dan hebat ilmunya. Guru Pahlawan bukan calang-calang orangnya. Lincah bermain

pedang, berkuda, dan berperang, luas pengetahuan, berakhlak dan paling penting,

percayanya pada tuhan.

Maka berlatihlah sang Pahlawan. Siang dan malam tanpa kenal jemu dan lesu. Waktu

pagi, Pahlawan membantu mengangkat air dari kaki gunung, kemudian mereka berlatih

debat, dan petang hari mereka berlatih kombat. Pahlawan manusia biasa, hebat kerana

ilmunya. Lebih kerana kefahamannya.

Pahlawan akhirnya siap dinobatkan sebagai jaguh oleh gurunya. Kepintaran dan

kelincahan Pahlawan, menjadikan dia lebih dikenali dan gah di persada dunia

kepahlawanan. Hari berganjak, musim berlalu, tahun berganti...Guru Pahlawan semakin

tua dan bongkok tiga. Giginya juga sudah tidak banyak yang tinggal. Diamnya juga sudah

tidak mampu menghasilkan Pahlawan lagi, hanya tertumpu dalam hal-hal ibadat sahaja.

Biarpun begitu, Pahlawan semakin dihormati dan disegani kerana kejaguhannya dalam

perlawanan menentang anasir-anasir jahat yang cuba menyerang. Semua penyangak

berjaya dikalahkan. Paling tidak pun, Pahlawan berjaya mematahkan tibia mereka

disamping membunuh kredibiliti mereka melalui kecekapannya berhujah.

Masa yang bertambah menyaksikan pelbagai perubahan. Pahlawan yang dulunya muda

remaja, kini sudah bertambah umurnya, luntur semangatnya. Dia yang dulunya

berjuang semata-mata mempertahankan negerinya, kini sudah pandai meminta balas.

Pahlawan juga sudah beristeri dan beranak-pinak, sangat sibuk hinggakan jarang wajah-

nya ditemukan di medan-medan tempur serta gelanggang-gelanggang debat.

Page 5: Bicara JamadilAkhir 1431H

aku mahu kembali ke daerah tenang

yang memurnikan janji menuju jalan lurus,terang

aku mahu kembali

ke daerah lapang yang ahlinya menyambut diri

dengan ingatan yang perlu dipegang

aku mahu pulang

ke daerah cinta yang hati hati berbunga riang dengan kasih Tuhan pencinta

namun langkahku tempang

hati penuh lumut cinta harta cinta dunia

juga cinta akan ahli daerahnya melebihi Penciptanya?

biar nanti diterima tak memalit lumut

pada daerah seluruhnya

Syazwan Amiruddin Belfast, United Kingdom

Entahkan apa asal dan punca,

terlintas rasa bosan dalam diri

Pahlawan. Maka kecohlah di seluruh

negeri mengenai kepergian

Pahlawan dari kediamannya, menuju

ke negeri yang lebih terjamin masa

depannya. Arakian, berangkatlah

segenap pembesar dan raja dalam

operasi menghalang kepergian

Pahlawan dari wilayah tercinta.

"Jangan risau, aku akan pastikan

dunia pahlawan penuh, malahan

banjir dengan keturunanku! Ingat!"

Pahlawan memberikan janjinya.

Namun minggu berganti minggu,

purnama bersilih ganti, dikhabarkan

orang, bahawa pahlawan kini

memiliki keturunan melebihi

sekampung. Namun, sehingga ke

hari ini, Pahlawan dan keturunannya

tidak pernah lagi dilihat dalam dunia

kepahlawanan...

Page 6: Bicara JamadilAkhir 1431H

Beit Hanun,Semenanjung Gaza – wanita-wanita palestin memberanikan diri merem-puh medan helikopter penembak Israel Jumaat, 3 November 2006 demi menye-lamatkan 15 orang pejuang Islam yang telah dikepung oleh tentera Israel di dlm se-buah masjid di utara Gaza, dengan menjadikan diri mereka sebagai perisai (human shield). Sekitar 200 orang wanita palestine telah menyerbu masuk ke masjid Al-Nasr untuk menyelamatkan pejuang-pejuang yg tercedera dan terperangkap di situ sejak 2 No-vember. Mereka berjaya membawa keluar pejuang-pejuang itu tanpa seorang pun di kalangan pejuang itu dapat dilihat dari jauh kerana dikelilingi dengan rapi oleh wanita-wanita itu. Menyedari usaha itu, tentera Israel melepaskan tembakan untuk meleraikan mereka, tetapi tidak berjaya, walau di kalangan mereka ada yang ter-bunuh dan tercedera. “Kami mempertaruhkan nyawa untuk menyelamatkan anak-anak lelaki kami,” kata Umm Muhamad, seorang wanita 40-an selepas terbabit dalam usaha menye-lamat yang berani mati itu. “Ratusan wanita kami bersama-sama menyerbu masuk masjid untuk menge-luarkan para pejuang dan mengelilingi mereka dengan rapi untuk melindungi mereka.” kata Nidaa al-Radih yang berusia 21 tahun. (Berita dipetik dari http://www.islamonline.net/English/News/2006-11/03/01.shtml) Alangkah beraninya mereka! Semoga Allah memberi setinggi-tinggi ganjaran yang selayaknya kepada setiap seorang dari mereka, terutama buat para syahidah yang menghadap Tuhannya pada hari itu. Itu kisah para syahidah di bumi bertuah Gaza 4 tahun yang lalu. Sungguh ia bukanlah kali pertama kita mendengar tentang keberanian wanita Islam di medan juang. 1400 tahun lalu Nusaybah telah membuktikan keberaniannya dalam peperangan Uhud, dengan membuat perkara yang sama, menjadi human shield untuk melindungi Rasu-lullah s.a.w. Ketika itu barisan umat Islam sudah terlerai dan ada yang lari bertem-piaran. Tetapi Nusaybah tidak berganjak. Ketika itu, Nusaybah telah berusaha menghalang setiap tetakan pedang musuh jangan sampai terkena Rasulullah, biar yang cedera cuma dirinya saja. Bagaimana pula dengan Khadijah? Yang berani mengorbankan segala apa yang di-milikinya dalam dunia hanya supaya Islam dapat tersebar? Khadijah menjadi seba-

Palestinian women run for cover after an Israeli tank opened fire at Beit Hanun. (Reuters)

Page 7: Bicara JamadilAkhir 1431H

hagian dari rencana besar Allah dalam perkembangan Islam. Dari seorang wanita bangsa-wan yang jutawan… Khadijah langsung menjadi papa kedana! Namun dia tidak pernah menyesal. Kepercayaannya yang penuh kepada janji-janji Allah telah membahagiakannya. Khadijah meninggal dunia dalam keadaan yang sangat kurus kering lagi dhaif. Dan kita semua pun tahu, Khadijah bakal menjadi penghulu para wanita ahli syurga. Ia bukan dongengan. Percaya atau tidak, itulah sejarah kita, sejarah wanita-wanita Islam yang agung. Wanita-wanita yang dimuliakan dengan Islam pastilah bukan calang-calang orangnya. Perempuan-perempuan yang dididik dengan Al-Quran tentulah akan berbeza dari yang lainnya.

“Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan lain, jikalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu usahlah kamu lunak manja dalam berbicara hingga

menimbulkan keinginan orang yg ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik.”

(Surah Al-Ahzab: ayat 32). Ya, kita berbeza. Seharusnya berbeza. Usahkan hendak menjadikan kecantikan diri sebagai bahan pameran, hendak memanja-manjakan suara pun kita tidak tergamak melakukannya. Kerana Allah sudah mengangkat darjat kita dan memuliakan kita. Allah berkehendak me-melihara wanita-wanita Islam dari anasir-anasir jahat dan kemungkinan-kemungkinan bu-ruk yang boleh merosakkannya. Tidak seharusnya minda kita turut sama didominasi oleh isu kecantikan, kemewahan seperti kawan-kawan kita yang belum Islam. Kecantikan itu juga lebih luhur dari sekadar lahiriyyah fizikal. Jelas dalam ayat di atas, Allah mengajar kita tentang keindahan akhlak dan budi. “..dan ucapkanlah perkataan yang baik.” Sejarah telah banyak membuktikan, bukanlah perempuan-perempuan Islam yang sopan dan bertutup itu penakut atau lembik, atau tidak pandai berdikari atau disibukkan dengan hal-hal remeh saja. Lihatlah saudara kita puteri-puteri Islam di Gaza. Mereka seiring dalam jatuh bangun perjuangan umat. Mereka memahami apa yang berlaku, dan mereka menyumbang dengan segala apa yang terdaya. Semoga kita diberi kekuatan oleh Allah untuk mencontohi mereka, dan dihimpunkan ber-sama-sama mereka di syurgaNya.

“Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah” (Hadith Riwayat Muslim)

Page 8: Bicara JamadilAkhir 1431H

BIRMINGHAM, 24 APRIL-Alhamdulillah, majlis Makan Malam Amal Misi Kasih Pales-tin (MKP) 2010 anjuran Majlis Syura Muslimun (MSM) telah berjalan dengan jayanya pada 24 April lalu di Birmingham. Majlis ini telah dihadiri oleh kira-kira 180 tetamu dari seluruh United Kingdom dan Ireland. Majlis bermula pada jam 7.45pm dan ta-mat pada pukul 10.30pm. Sajian yang dihidangkan pada malam tersebut bertemakan makanan Arab. Tetamu juga diberikan ole-ole tamar dan kekacang yang di bawa terus dari Madinah. Tiga penceramah telah menyampaikan perkongsian penuh makna iaitu Bro. Abdul Hamid Faruki (Viva Palestina), Mr. Shahool Hameed (Palestine Centre of Excellence, PACE) dan Ustaz Mazlee Malik. Selain itu, Mr. Amjad Hamza daripada Human Appeal International (HAI) juga telah menyampaikan sijil penghargaan kepada Ameer MSM atas sumbangan lebih daripada £7000 terhadap projek endoscopy di Gaza sebelum ini. Para tetamu juga telah dihiburkan dengan persembahan nashid daripada kumpu-lan Munawwar dan deklamasi sajak daripada saudara Naufal Jailani. Seperti yang sedia maklum, antara objektif utama Majlis Makan Malam Amal MKP ialah untuk menjana derma untuk rakyat Palestin. jumlah derma yang berjaya dijana

BIRMINGHAM, 24 APRIL- Alhamdulillah, Seminar Sistem-sistem Islam (SeSI 2010) anjuran Majlis Syura Muslimun telah berjaya dijalankan di Brodesley Centre, Birming-ham. MSM telah menjadikan seminar ini sebagai satu inisiatif bagi menerangkan kepada masyarakat umum tentang hakikat kesyumulan Islam sebagai satu-satunya Ad-Deenul Haq bagi umat manusia. Seramai lebih kurang 250 orang telah menghadiri seminar ini. Beberapa pakar dari bidang ekonomi dan politik telah dijemput bagi menyampaikan beberapa kertas kerja seperti ‘Islam dan Perlembagaan’, ‘Islam dan Good Governence’ dan ‘ Sistem Ekonomi: Barat vs Islam’ bagi menghuraikan bidang-bidang ini dari sudut kaca mata Islam. Antara pakar-pakar yang dijemput adalah Uztaz Zaharuddin Abdul Rahman, Ustaz Mazlee Malik, Ustaz Jailani Abdul Ghani, Ustaz Mazrul Shahir Marzuki dan Encik Afandi Saleh. SeSI kali ini juga bertuah dengan kehadiran Tuan Haji Ahmad Shahir Makhtar, Pengurus Besar Lembaga Zakat Selangor yang turut memberikan input yang bermakna tentang zakat dan peranan Lembaga Zakat Selangor. Lembaga Zakat Selangor merupakan salah satu badan yang menjadi penaja kepada program SeSI yang julung-julung kali diadakan ini. Moga isu-isu yang telah dibentangkan dapat memberi manfaat kepada semua.

InshaAllah.

Page 9: Bicara JamadilAkhir 1431H

pada malam tersebut. Jumlah derma yang berjaya dipero-leh melalui jualan tiket adalah seban-yak £1626.36 manakala sponsor/derma sebanyak £596.25. Ini menjadikan jumlah keseluruhan derma yang berjaya dijana daripada Majlis Makan Malam MKP adalah seban-yak £2222.61. Alhamdulillah, Allahuakbar. Jumlah ini ada-lah jauh melebihi jangkaan pihak penganjur.

Semoga sumbangan dan usaha kerdil kita ini diterima oleh

Allah dan menjadi pemberat amalan kita di akhirat kelak.

Ingatlah janji Allah dalam surah Al-Zalzalah ayat 7,

"Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarah,

nescaya dia akan melihat (balasan)nya" (99:7)

Page 10: Bicara JamadilAkhir 1431H

Sheffield, 1/5/2010- Alhamdulillah, dengan rasa rendah diri dan syukur kepada Allah Taala di atas kebesaran dan kasih sayangnya, program Riadah Jama’ie Ikhwah dan Akhawat MSM Sheffield telah berjaya diadakan di Clumber Park, Worksop Nottinghamshire pada 1 May 2010 Sabtu. Program ini bermula pada pukul 10.00 pagi dan semua ikhwah dan akhawat mula berkumpul di hadapan Kedai Sewa Basikal dan melakukan senaman ringan di kawasan parking yang berdekatan. Kehadiran seramai 17 orang ikhwah dan 15 orang akhawat telah memecah kesunyian Clumber Park diawal pagi di mana sang suria masih malu-malu untuk “menjelmakan’ diri. Kehadiran ikhwah dan akhawat telah disambut riang oleh kicauan unggas-unggas alam yang tidak pernah merungut sama sekali kepada yang maha pencipta untuk keluar mencari sesuap rezeki. Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakhbar, semuga sang unggas dan tumbuh-tumbahan ini mendoakan kesejahteraan untuk kami semua supaya menjadi hamba Allah yang bersyukur ke atas nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah sebagai Rabb yang telah memberikan rezeki dan nikmat yang amat besar. Perjalanan berbasikal dengan melalui route 3 sejauh 8 miles amatlah mencabar stamina masing-masing yang selama ini hanya ‘disimpan’ dik kerana musim dingin yang panjang. Maha suci Allah,namun, kudrat empat kerat yang selama ini ‘dijaga’ dengan baik telah digunakan untuk menikmati keagungan ciptaan Allah yang paling berkuasa di atas penciptaan alam semesta ini. Subhanallah, Alhamdulillah wallahu Akhbar.

Page 11: Bicara JamadilAkhir 1431H
Page 12: Bicara JamadilAkhir 1431H

Judul: Tuhan Manusia

Penulis: Faisal Tehrani

Penerbit: Ameenbooks

Tahun: 2008

Bil. mukasurat: 350

Harga: RM21.90

Tentu kita masih ingat kasus Lina Joy, satu di antara isu panas tidak lama dulu.

Antara persoalan yang dibicarakan, mengapa dia tergamak murtad? Tentu ada

suatu pemikiran yang terjana dalam minda individu seperti ini. Dalam Tuhan

Manusia, ideologi yang diutarakan penulis adalah faham pluralisme.

Mungkin jarang sekali kita dengar istilah ini, jika dibandingkan dengan ideologi

materialisme dan sekularisme contohnya. Tetapi rupanya dua elemen ini mampu

membentuk sebuah faham baru, ya pluralisme. Golongan yang memegang faham

ini menyatakan kebenaran dan hakikat ketuhanan itu hanyalah berdasarkan taf-

siran akal individu. Hujah mereka disandarkan pada kisah tiga orang buta yang

menafsirkan bentuk gajah berdasarkan bahagian yang mereka sentuh. Kisah ini

termuat dalam karya penyair dan filsuf Parsi terkemuka, Jalaluddin Al-Rumi yang

bertajuk Mathnawi. Ideologi yang dinaikkan oleh teologis John Hick ini berpunca

dari sikap kononnya ingin mewujudkan kesefahaman dan menghapuskan per-

sengketaan yang dikatakan berpaksikan perbezaan agama.

Faisal mendatangkan nas dari sumber Al-Quran dan hadis demi menjawab ber-

macam-macam persoalan mengenai akidah dan Islam dalam buku ini, di samping

mematahkan dakwaan-dakwaan pluralis yang hakikatnya hanyalah sangkaan

tanpa dasar. Pembaca akan dapati dakwaan mereka ekstrim sekali. Antaranya,

Page 13: Bicara JamadilAkhir 1431H

mereka mengatakan Al-Quran hanya teks yang tidak ubah dari buku biasa; Nabi Isa

naik ke langit itu mitos cuma; dan Tuhan itu betul dalam mana-mana agama kerana

semua agama diiktiraf benar. Turut dibicarakan perdebatan mengenai keratan ayat

256 Surah Al-Baqarah, iaitu frasa ‘tiada paksaan dalam agama’ yang selalu dicanang-

kan oleh kelompok ini demi menghalalkan kenyataan palsu mereka.

Tentunya, penghasilan buku ini harus dipuji, kerana bukan mudah memperoleh nask-

hah yang membicarakan isu pluralisme ini, khususnya dalam bahasa ibunda kita. Penu-

lis dengan cemerlang mengajak kita meneliti isu ini sehabis baik. Falsafah “Andai kota

itu peradaban, rumah kita adalah budaya dan tiang serinya agama” merupakan kali-

mat yang saban kali diulang oleh ibu kepada watak utama, Taqi pada setiap awal bab.

Apa signifikasinya? Sememangnya agama merupakan akar pada sebuah ketamadunan,

dan untuk mengukuhkannya kita perlu bermula dari diri dan keluarga. Bagaimana

boleh sesebuah rumah berdiri teguh jika tiang utamanya goyah? Dengan sebab itulah

kebenaran dalam beragama wajib dicari, begitu pesan halus penulis kepada kita, pada

tafsiran saya.

Keistimewaan novel ini adalah penceritaan melalui tiga perspektif, iaitu sudut pandang

pertama, kedua dan ketiga. Tentunya sudut pandang kedua itu paling istimewa kerana

tidak mudah menceritakan sesuatu melalui perspektif ‘engkau’. Disebabkan Tuhan

Manusia bersifat khutbah, tarikan elemen sastera yang langka sebegini mampu

mengelakkan pembaca mudah bosan dengan sekian banyak fakta yang dihidangkan.

Tuhan Manusia diceritakan melalui kaca mata Ali Taqi, seorang remaja yang masih di

bangku sekolah menengah. Abangnya Talha telah murtad dan menukar nama kepada

Thomas. Terdesak, dia ingin segera memahami punca yang menjadikan seseorang itu

murtad. Lalu dia membenamkan dirinya dalam lautan falsafah dan agama demi men-

cari kebenaran.

Sumber gambar: http://typeace.blogspot.com/

Page 14: Bicara JamadilAkhir 1431H

Rabu, 05/05/2010 www.eramuslim. com Turki mengecam kebijakan arogan dan agresif rezim Zionis Israel di Timur Tengah dan mengatakan Ankara tidak akan tinggal diam melihat kekerasan Zionis Israel terhadap rakyat Palestina. Menteri Luar Negeri Turki Ahmet Davutoglu Selasa kemarin (4/5), mengatakan bahwa Ankara tidak akan tinggal diam atas serangan Israel terhadap rakyat Pales-tina yang tidak berdosa. "Jika Israel tetap menjalankan dan mengadopsi kebijakan arogan serta agresif, maka Turki akan merespon hal ini," kata Davutoglu dalam sebuah wawancara den-gan harian Arab, Al-Hayat. Davutoglu menuturkan, jika Tel Aviv memilih untuk mengikuti jalan perdamaian dan negosiasi, maka Ankara bersedia membantu untuk mewujudkan perdamaian tersebut. "Yang penting bagi kami adalah motif dan bukan hubungan itu sendiri. Jika tu-juannya adalah perdamaian, maka kita akan menjaga hubungan baik dengan pihak manapun," tambah pejabat Turki. Ankara bertindak sebagai mediator dalam perundingan putaran pertama antara Suriah dan Israel pada tahun 2008. Namun negosiasi ini terhenti ketika Zionis mel-ancarkan serangan brutal selama tiga minggu ke Jalur Gaza. Hubungan antara Turki dan Israel juga memburuk setelah Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan mengecam serangan tersebut dan terlibat perang mulut dengan Presiden Israel Shimon Peres. Pada kesempatan itu, Davutoglu juga mendesak Israel untuk segera memulai pe-rundingan damai tidak langsung dengan Suriah. Israel baru-baru ini membuat tuduhan baru terhadap Suriah, menuduh Damaskus membantu gerakan Syiah Libanon Hizbullah dengan menyediakan rudal scud buat mereka. Suriah, dengan tegas membantah tuduhan itu, menggambarkan klaim Israel terse-but sebagai bagian dari upaya untuk memicu ketegangan di kawasan itu. ULASAN : Umum mengetahui bahawa Turki mempunyai hubungan antarabangsa yang rapat dengan Israel. Namun begitu, sejak perlantikan Recep Tayyib Erdogan sebagai Per-dana Menteri Turki, Turki dilihat menukar kiblat mereka. Dari kawan menjadi la-wan. Malah, ketika konflik 3 minggu Israel-Palestin pada awal 2009, Hamas telah memberikan penghargaan besar kepada Turki. Turki dianggap sebagai penyum-bang terbesar kepada perjuangan HAMAS ketika itu. Parti AKP yang diterajui oleh Recep Tayyib Erdogan banyak dipengaruhi oleh

Page 15: Bicara JamadilAkhir 1431H

agenda perjuangan Fethullah Gulen yang terkenal dengan perjuangan Islam ala pen-didikan. Pemikiran Fethullah Gulen ini banyak dipengaruhi oleh Said Badi'uzzaman Nursi. Manakala, HAMAS juga terkenal dengan per-juangan islam ala tarbiyah. Strategi "pembinaan mas-jid" oleh HAMAS pada awal 70an memberikan impak yang sangat besar apabila rakyat mendokong HAMAS tanpa perlu menjadi ahli. Mereka sanggup berlapar demi sebuah perjuangan. HAMAS dan AKP telah membuktikan bahawa perjuan-gan Islam ala tarbiyah/pendidikan adalah berkesan dan berkesinambungan. Soalnya, kita bagaimana?

Setelah sekian hari memerah pemikiran di sini, beberapa kesimpulan dapat kuperolehi : 1. Tarbiah adalah penentu kelansungan hidup kita: Tanpa ditarbiah dan mentarbiah, kita tidak akan ke mana dan bukan pewaris kegemilangan al Banna. Ikhwah mesti mem-punyai kesediaan yang tinggi untuk belajar semula/ ulangkaji bahan silam yang di refresh dan bersedia utk berubah dan membimbing dengan kasih sayang para adek- adek/ anak- anak baru kita. 2. Sayangilah dakwah ini, bangunkan ia di tempat anda dgn segala prasarana yang perlu... terus tingkatkan kualiti diri.... sokonglah dakwah ini dgn penglibatan anda yang positif... ia adalah penentu masa depanmu nanti di alam lain... 3. Segala masalah perlu diselesai dengan baik dan harmoni. 4. Orang yang enggan berbuat baik kepada orang lain, yang angkuh dgn pandangannya, serahkan saja mereka itu kepada Allah. Aku masih berpegang kepada prinsip " Dakwah ini ada Rabbnya, Dia tetap akan melindungi milikNya ...( seperti kata Abu Talib ketika lari keluar meninggalkan Kaabah ketika di serang Abrahah... إَن له رباَ يُحميه

Page 16: Bicara JamadilAkhir 1431H

Ruangan Kreatif BICARA MSM

Anda ingin berkarya? Ingin mewahanakan dakwah menggunakan mata pena?

Tiada medium sesuai untuk disalurkan?

Usah khuatir! Buletin BICARA MSM kini membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menyiarkan karya sama ada ada puisi atau cerpen untuk setiap bulan.

1) Puisi Panjang puisi adalah bebas

Puisi hendaklah bertemakan Islam dari mana-mana sudut (kemanusiaan, kemasyrakatan, hal-ehwal dunia, sufi dan sebagainya)

Sertakan tempat atau tarikh puisi ditulis selepas rangkap terakhir

2) Cerpen

Panjang maksimum cerpen adalah 1500 patah perkataan

Cerpen hendaklah bertemakan Islam dari mana-mana aspek yang sesuai (kritikan sosial, kekeluargaan, persahabatan, hal ehwal semasa dan sebagainya)

Format penulisan: Font 12, Times New Roman, double spacing

Jadi apa tunggu lagi?

Hantar karya anda beserta biodata ringkas ke alamat emel [email protected] (Sebarang pertanyaan mengenai ruangan kreatif boleh diajukan pada emel yang serupa) Karya yang terpilih akan disiarkan di ruangan kreatif BICARA yang diterbitkan sebulan sekali. Hanya satu puisi dan satu cerpen akan disiarkan pada setiap terbitan. Sekian. Marilah sama-sama berjuang menjadi karyawan Ulul Albab!