16
B ismillahirrahmanirrahim dan Assala- mualaikum. Kita semua tahu bahawa Allah itu ada, memer- hatikan kita. Dia melihat dan mengetahui apa yang kita lakukan secara terang, dan mengeta- hui segala apa yang terdampar di dasar hati. Tiada rahsia lagi! Dan rahasiakanlah perkataanmu atau la- hirkanlah; Sesungguhnya dia Maha Mengeta- hui segala isi hati. Apakah Allah yang menciptakan itu tidak men- getahui (yang kamu lahirkan atau rahasiakan); dan dia Maha halus lagi Maha Mengetahui? [Al-Mulk, 67 : 13-14] Namun adakah kita meyakini kehadiran-Nya sepanjang masa? Mungkin ada yang akan menjawab, “Ya, saya yakin sangat tentang itu.” Bagus jawapan itu, kerana sudah pasti itu ber- makna mereka sentiasa melakukan segala perintah Allah DAN meninggalkan larangan- Nya, bukan begitu? “DAN” ya, bukan “ATAU”. Allah memberikan kita Islam untuk kita ikuti sepenuhnya, bukan ambil separuh- separuh. Sekarang ini, tanya soalan tersebut kepada diri kita sendiri. Saya yakin dan saya pasti, tidak ada sesiapa pun yang mampu untuk menjawab YA, meskipun kesemua kita mahu menjawab dengan jawapan itu. Kerana kita semua tidak maksum dan tidak terlepas daripada dosa. Daripada mengumpat dan mengata orang lain, berhasad dengki, tidak memelihara pandangan mata, dan bermacam-macam lagi dosa, se- benarnya terlalu banyak dosa yang kita lakukan kepada-Nya. Dan ya, kita ialah Muslim. Justeru itu, apakah beza antara kita dengan orang- orang kafir di luar sana? Bukankah kita selaku Muslim dan insya-Allah mukmin seharusnya tamayyuz (berbeza) daripada orang-orang kafir? Kitalah yang seharusnya menjadi qud- wah kepada mereka. Qudwah, sepertimana yang ditonjolkan oleh akhlak mulia Rasulullah dan para sahabat, hinggakan berbondong- bondong manusia memeluk Islam kerana terpi- kat dengan keindahan akhlak mereka. Kita banyak dosa, itu sememangnya pasti. Namun, adakah itu menjadi asbab untuk kita terus melakukan dosa, dengan alasan seperti, “Alah, dah banyak dosa la…tak guna dah nak bertaubat”? Ketahuilah pintu taubat Allah sentiasa terbuka. Tidak percaya? Nah, ambillah kalam-kalam cinta daripada-Nya: TEAM BICARA MSM: 1 Bersambung ke muka 2 … Harapan Itu Masih Ada Harapan Itu Masih Ada Harapan Itu Masih Ada Harapan Itu Masih Ada Buletin Rasmi Majlis Syura Muslimun UK & Eire w w w . m s m o n l i n e . i n f o Shahrir Kasjoo Izzuddin Yussof Ammar Roslizar Shahkang Wan Zulhilmi Raja Abdullah Hakim Kamal Haziq Fadzilah Hanim Nurul Iman

Bicara Rabiulakhir 1431H

Embed Size (px)

DESCRIPTION

MSM Bicara Rabiulakhir 1431H

Citation preview

Page 1: Bicara Rabiulakhir 1431H

BBBB ismillahirrahmanirrahim dan Assala-

mualaikum.

Kita semua tahu bahawa Allah itu ada, memer-

hatikan kita. Dia melihat dan mengetahui apa

yang kita lakukan secara terang, dan mengeta-

hui segala apa yang terdampar di dasar hati.

Tiada rahsia lagi!

Dan rahasiakanlah perkataanmu atau la-

hirkanlah; Sesungguhnya dia Maha Mengeta-

hui segala isi hati.

Apakah Allah yang menciptakan itu tidak men-

getahui (yang kamu lahirkan atau rahasiakan);

dan dia Maha halus lagi Maha Mengetahui?

[Al-Mulk, 67 : 13-14]

Namun adakah kita meyakini kehadiran-Nya

sepanjang masa? Mungkin ada yang akan

menjawab, “Ya, saya yakin sangat tentang itu.”

Bagus jawapan itu, kerana sudah pasti itu ber-

makna mereka sentiasa melakukan segala

perintah Allah DAN meninggalkan larangan-

Nya, bukan begitu? “DAN” ya, bukan

“ATAU”. Allah memberikan kita Islam untuk

kita ikuti sepenuhnya, bukan ambil separuh-

separuh.

Sekarang ini, tanya soalan tersebut kepada diri

kita sendiri. Saya yakin dan saya pasti, tidak

ada sesiapa pun yang mampu untuk menjawab

YA, meskipun kesemua kita mahu menjawab

dengan jawapan itu. Kerana kita semua tidak

maksum dan tidak terlepas daripada dosa.

Daripada mengumpat dan mengata orang lain,

berhasad dengki, tidak memelihara pandangan

mata, dan bermacam-macam lagi dosa, se-

benarnya terlalu banyak dosa yang kita lakukan

kepada-Nya. Dan ya, kita ialah Muslim. Justeru

itu, apakah beza antara kita dengan orang-

orang kafir di luar sana? Bukankah kita selaku

Muslim dan insya-Allah mukmin seharusnya

tamayyuz (berbeza) daripada orang-orang

kafir? Kitalah yang seharusnya menjadi qud-

wah kepada mereka. Qudwah, sepertimana

yang ditonjolkan oleh akhlak mulia Rasulullah

dan para sahabat, hinggakan berbondong-

bondong manusia memeluk Islam kerana terpi-

kat dengan keindahan akhlak mereka.

Kita banyak dosa, itu sememangnya pasti.

Namun, adakah itu menjadi asbab untuk kita

terus melakukan dosa, dengan alasan seperti,

“Alah, dah banyak dosa la…tak guna dah nak

bertaubat”? Ketahuilah pintu taubat Allah

sentiasa terbuka. Tidak percaya? Nah, ambillah

kalam-kalam cinta daripada-Nya:

TEAM BICARA MSM:

1

Bersambung ke muka 2 …

Harapan Itu Masih AdaHarapan Itu Masih AdaHarapan Itu Masih AdaHarapan Itu Masih Ada

Buletin Rasmi Majlis Syura Muslimun UK & Eire

w

w

w

.

m

s

m

o

n

l

i

n

e

.

i

n

f

o

Shahrir Kasjoo Izzuddin Yussof Ammar Roslizar Shahkang Wan Zulhilmi

Raja Abdullah Hakim Kamal Haziq Fadzilah Hanim Nurul Iman

Page 2: Bicara Rabiulakhir 1431H

Harapan Itu Masih AdaHarapan Itu Masih AdaHarapan Itu Masih AdaHarapan Itu Masih Ada

“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-

murninya. Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu

ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghina-

kan nabi dan orang-orang mukmin yang bersama Dia; sedang cahaya mereka memancar di hada-

pan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: "Ya Rabb kami, sempurnakanlah

bagi kami cahaya kami dan ampunilah Kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala se-

suatu."

[At-Tahrim, 66 : 8]

Tidak cukup dengan itu? Ada lagi:

“Orang-orang yang mengerjakan kejahatan, kemudian bertaubat sesudah itu dan beriman; Sesung-

guhnya Tuhan kamu sesudah taubat yang disertai dengan iman itu adalah Maha Pengampun lagi

Maha Penyayang.”

[Al-A’raf, 7 : 153]

Lihat betapa Maha Pengampunnya Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya. Itulah salah satu tanda

kasih sayangnya kepada kita, sebagai hamba-hamba-Nya. Sesungguhnya Allah sangat menyayangi

hamba-hamba-Nya yang selalu bertaubat. Kalau kita sebagai manusia, sekiranya ada seseorang itu

melakukan kesalahan secara berterusan kepada kita, mungkin amat sukar atau tidak dapat kita men-

gampunkannya. Muhasabah kembali ya.

Sedangkan Rasulullah SAW yang sudah kita ketahui maksum boleh beristighfar 100 kali sehari,

apatah lagi kita ini yang penuh dengan dosa…sebenanrnya kitalah yang lebih perlu untuk bertaubat!

Oh ya, jangan gentar, dan jangan risau. Banyak mana pun dosa yang kita lakukan, Allah SWT den-

gan rahmat-Nya akan mengampunkan kita, dengan syarat kita bertaubat dengan bersungguh-

sungguh. Mari, kita bertaubat kepada-Nya? Kerana…harapan itu masih ada…

Daripada Anas r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Allah Ta'ala

berfirman: Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan Aku, Aku

akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam!

Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon ampun

kepada-Ku, nescaya Aku akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau, an-

dainya engkau datang mengadap-Ku dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang

menghadap-Ku tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan

untukmu keampunan sepenuh isi bumi."

(Hadis Riwayat at-Tirmizi. Beliau berkata ia adalah hadis hasan sahih. - Dipetik daripada Hadis 40

Imam Nawawi)

Wallahualam.

Kamal Haziq,

Team Bicara MSM.

2

Page 3: Bicara Rabiulakhir 1431H

Singa Berperangai KijangSinga Berperangai KijangSinga Berperangai KijangSinga Berperangai Kijang oleh: Fadzilah Hanimoleh: Fadzilah Hanimoleh: Fadzilah Hanimoleh: Fadzilah Hanim

Dunia gempar sekali lagi. Maka larislah akhbar

dan sibuklah studio bilik berita. Bagi mereka yang

terlepas berita dunia paling sensasi ini, saya hi-

dangkan ceritanya untuk tatapan semua, untuk kita

tahu, fikirkan, perhalusi dan belajar.

Januari 20, Dubai – Mahmoud al-Mabhouh, salah

seorang pemimpin komando HAMAS ditemui

mati terbunuh di sebuah bilik hotel. Siasatan awal

pihak polis Dubai mendapati ia pembunuhan yang

dirancang licik dan sangat rapi, melibatkan 10

lelaki dan 1 wanita, disyaki ejen Mossad,

iaitu Israel’s secret intelligence service (macam

CIA utk US). 11 orang suspek ini tiba ke Dubai

dari pelbagai destinasi di dunia lebih awal dari Mahmoud, dengan beridentitikan passport rakyat

British, Ireland, Perancis, dan Germany yang kesemuanya palsu. Pemilik passport sebenarnya se-

dang berada di rumah sepanjang masa atau sakit di hospital.

.

Hasil penelitian berdozen-dozen CCTV di airport, hotel dan shopping mall oleh penyiasat po-

lis Dubai, sepanjang konspirasi pembunuhan yang memakan masa tidak sampai 24 jam itu, didapati

11 orang suspek ini menyamar dengan pelbagai rupa, berubah setiap kali keluar dari tandas dan bilik.

Mereka muncul dengan penampilan ahli sukan yang pulang kepenatan membawa reket tenis, atau

dari seorang yang bercermin mata berambut panjang berjanggut, kemudian berubah kepada lelaki

segak memakai kot lagak seorang businessman yang membawa briefcase. Mereka tidak pernah ber-

hubung dengan satu sama lain dengan telefon bimbit, tetapi kesemuanya kerap menerima panggilan

dari negara Austria.

.

Mereka telah mengekori As-Syahid Mahmoud Al-Mabhouh sejak di airport lagi, berpura-pura

melanggar troli beliau, mungkin untuk mengecam dan memastikan ketibaan Mahmoud. Kemudian

ejen yang lain pula telah menaiki lif yang sama dengan Allahyarham, memastikan nombor bilik

hotelnya. 30 minit kemudian, ejen lain pula mendaftar masuk ke bilik yang bertentangan. Turut

terlibat ialah seorang wanita yang membawa beg membeli-belah yang berpura-pura terkunci di luar

bilik Mahmoud semasa ketiadaan beliau, sedangkan hakikatnya wanita

itu sedang cuba memecah masuk dan menukar kunci. Dalam tempoh 22

minit sahaja selepas kepulangan Allahyarham Mahmoud ke bilik hotel,

mereka berhasil membunuhnya, dengan melemaskan pernafasannya.

Hanya dalam tempoh 2 jam, kesemua 11 orang suspek telah meninggal-

kan bumi Dubai melalui penerbangan ke serata dunia, Afrika Selatan,

Hongkong, Frankfurt dan lain-laina. Jenazah As-Syahid hanya ditemui

dalam bilik hotelnya keesokan harinya apabila beliau tidak daftar keluar.

.

…..

3

Berita Dunia IslamBerita Dunia IslamBerita Dunia IslamBerita Dunia Islam

Page 4: Bicara Rabiulakhir 1431H

4

Tiada siapa yang dapat menjejaki siapa 11 orang ini. Mereka dilihat di kamera-kamera, dengan rupa

yang berbeza-beza setiap kali, dan di airport, dengan identiti passport palsu. Maklumat ini dibongkar-

kan oleh pihak berkuasa Dubai dan ia tersebar sekelip mata ke seluruh dunia.

Maka berpeluhlah para menteri kerajaan British dan Israel menjawab kepada media dan rakyatnya. 6

rakyat British yang disyaki sebagai Pembunuh itu kini hidup dalam ketakutan kerana akan didakwa.

Gordon Brown, Perdana Menteri Britain menyatakan kekesalan dan ketidakpuasan hatinya kepada

Israel yang memperkudakan rakyat British, memalsukan passport British untuk kepentingan Mossad

dan mengancam untuk menghentikan kerjasama sedia ada dengan Israel. Seperti biasa, Israel diam

membatu, tidak mengiyakan, tidak juga menafikan benarkah itu perbuatan ejen Mossad mereka.

Rakyat British marah-marah, bersimpati dengan mangsa dan pelbagai lagi reaksi timbul.

..

Itulah dramanya ketika ini. Lihatlah setiap dada-dada akhbar, tajuk-tajuk besar berita dunia. Se-

muanya berkisar tentang Hamas dan Mossad. Apa yang kawan-kawan fikirkan? ..selain dari ‘wah

macam dalam movie la’.

.

Pertamanya, kita doakan semoga Allahyarham Mah-

moud Al-Mabhouh menggapai Syahid, berada di sisi

Allah Taala yang dicintainya… menuruti jejak lang-

kah Sheikh Ahmad Yasin, Dr Abdul Aziz Rantisi dan

ramai lagi pahlawan Palestin yang telah pergi dahulu.

.

Kita tidak tahu apakah cerita sebenar, konspirasi apa

yang sedang berlaku, kecuali permainan yang diper-

tontonkan oleh media kepada kita. Yang pasti, agenda

yang sama sedang berjalan, oleh pihak yang sama

sejak dahulu, bukan? Iaitu agenda memusnahkan

Islam oleh musuh Islam. Tiada apa yang baru tentang ini. Yang pasti, seorang lagi mujahidin telah

mereka bunuh, sedangkan drama-drama rentetan ini akan pasti akan senyap selepas beberapa ketika.

.

Apa yang kita faham?

Musuh Islam bekerja keras.

Mereka merancang dengan penuh teliti dan

rapi. Bukan hanya pembunuhan, penaklukan,

kejatuhan ekonomi dan hal yang besar-besar

sahaja. Yang lebih penting lagi, agenda

mereka lebih banyak melibatkan hal kecil-

kecil dalam kehidupan seharian kita. Ini

kerana sebelum mereka membuat plot cerita

hal yang besar-besar, mereka haruslah

membius, memberi ubat pelali dahulu kepada

umat Islam, sepertimana seorang pemburu

hendak mendekati sang singa yang gagah

dan garang. Bagaimana pula dengan kita?

Kadang-kadang mendengar perkataan

‘dakwah’ telinga kita terasa ngilu. Untuk

bergerak menyeru Islam, kita rasa tak

mampu. Diri sendiri pun rasa tak terseru.

Berita Dunia IslamBerita Dunia IslamBerita Dunia IslamBerita Dunia Islam

Page 5: Bicara Rabiulakhir 1431H

5

Berita Dunia IslamBerita Dunia IslamBerita Dunia IslamBerita Dunia Islam

Kita adalah anak-anak singa yang berperangai

seperti kijang. Kita adalah putera-puteri Islam

yang sudah dibius, diberi ubat pelali, hingga

tidak sedar keberanian dan keimanan kita kepada

Allah mampu menggerunkan seluruh dunia. Kita

tidak yakin bahawa masa depan adalah milik

Islam. Melihat masalah ekonomi dunia sahaja

kita sudah rasa hampir mustahil untuk baiki.

Belum lagi fikir masalah kerosakan akhlak

manusia. Kita nampak musuh Islam itu seolah-

olah kuat sangat. Hebat sangat.. hinggakan suruh

boikot barang Israel pun kita taknak, kurang rasa

penting… sebab kita rasa

‘tak ada faedahnya. bukannya jejaskan ekonomi

mereka sangat pun.’

.

InshaAllah saya tidak bercakap atas angin. Satu kajian yang dijalankan di kalangan sekumpulan pelajar

malaysia menunjukkan:

- lebih 30% responden mengakui sebab tidak boikot adalah merasa ia tidak ada kesan pada Israel.

- 22% lagi tidak merasakan kewajipan.

- 17% tidak mahu mengorbankan kepentingan sendiri dari menggunakan jenama yang disukai.

Musuh Islam telah meracuni fikiran kita sampai kita rasa kita kecilll dan perlu bergantung selalu pada

kehebatan idea, budaya dan produk mereka. Singa yang gagah itu tidak mampu lagi menerkam, telah

berperangai seperti kijang, yang seboleh-bolehnya suka lari saja, dari tanggungjawab, dari berfikir, dari

segala-galanya.

.

Larilah. Sejauh mana kakimu membawa. Pasti tertangkap jua. Dalam mahkamah agung Allah, pasti

akan dibicara.

… APA yang telah kita sumbangkan untuk agama?

.

~ al-fatihah untuk As-Syahid Mahmoud Al-Mabhouh

“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang Telah mereka janjikan

kepada Allah; Maka di antara mereka ada yang gugur. dan di antara mereka ada (pula) yang

menunggu- nunggu dan mereka tidak merobah (janji-Nya)”

[Al-Ahzab, 33 : 23]

Page 6: Bicara Rabiulakhir 1431H

6

Bukan puteri jaminan syurga

“Kak Atiqah, kami balik dulu yer…”

Aku tersentak. Jauh aku mengelamun sampai tak perasan bahawa kami sudah selesai. Aku tersenyum

lalu mengangguk lembut tanda mengiyakan. Kami bersalaman dan kukucup pipi setiap adik-adikku.

“semoga kalian mampu meramaikan umat Muhammad” kataku kepada mereka sebagai doa sebelum

mengakhiri usrah mingguan kami. Apa lagi yang mampu menjadi buah tangan terbaik orang islam

selain doa. Ulya tersenyum memandangku. Sedih untuk kami berpisah namun apakan daya. Masing-

masing antara kami ada urusan tersendiri.

Fikiranku melayang lagi. Mengingati saat-saat awal mengikuti pengajian agama melalui konsep usrah,

satu sistem pengajaran bijak yang berfokus dan membina individu. Subhanallah...cepatnya masa

berlalu hingga tak terasa bahawa sudah 2 tahun aku mengendalikan usrah untuk junior-junior dari

Malaysia yang datang menuntut ilmu di bumi Czech Republik ini. Bebannya memang terasa namun

aku memahami besarnya pahala dan manfaat menyampaikan walaupun satu ayat yang baik kepada

muslim yang lain.

Saat-saat awal berusrah 5 tahun lalu penuh dengan kejutan yang sukar diramal.

********************************************************

“Atiqah, malam ni boleh on-line tak? Ada kejutan dari Dublin...” Kak Salbiah memaklumkan sebaik

sahaja selesai usrah kami hujung minggu 5 tahun lepas.

Aku terkasima seketika. Apakah...kejutan? Kak Salbiah hanya senyum selepas itu walaupun puas aku

menanyakan kejutan jenis apakah yang dimaksudkan. Segalanya berlaku dengan pantas. Ada lamaran

dari pihak lelaki dari Dublin melalui naqibah di sana. Aku bersetuju melalui jaminan Kak Salbiah dan

kami berkenalan sewaktu dia mendarat di Czech republik untuk satu program ceramah.

“Kita bertunang...” ajunya lancar dihadapan Kak Salbiah dan suaminya, Ustaz Hairi. Mukaku

memerah dengan cepat. Sangat pijar tetapi hatiku sesejuk ais. Dan permintaannya yang seperti

lontaran batu menghancurkan hati aku menjadi serpihan halus. Saat itu aku tahu bahawa aku sudah

masuk ke zon yang sangat serius. Apalah gunanya kami berkenalan kalau bukan untuk suatu

komitmen yang dinamakan perkahwinan. Ketakutan menyelinap ke dalam diri terutama bila

mengingatkan keluarga di Malaysia. Apalah agaknya telahan mereka padaku nanti? Bolehkah aku

yakinkan mereka untuk membenarkan aku berkahwin sewaktu belajar?

Persoalan-persoalan ini terus-terusan menerawang dalam fikiranku tanpa henti termasuklah waktu aku

mengangguk mengiyakan ikatan pertunangan antara kami walaupun sudah diingatkan oleh Kak

Salbiah supaya menyerahkan perkara tersebut bulat-bulat kepada dia dan suami yang akan pulang ke

Malaysia beberapa minggu lagi.

********************************************************

Alarm berbunyi nyaring.

Aku tersentak kembali. Ah, kuat benar anganku hari ini. Kucapai telefon bimbit di atas meja dan

membaca sekilas sebelum memadam peringatan. Hatiku membunga melihat mesej dari suamiku

didalam peti masuk.

‘Flight Sayang delay sejam. Sabar tau...sejam je...’ ada smiley nakal di hujung mesej. Dan aku senyum

lagi. Rancangan menyambut ketibaan suamiku di lapangan terbang terpaksa ditunda sejam dari waktu

sebenar.

Aku menghantar mesej balas. ‘sejam ?!! Ayang tak larat lah...suruh pilot tu cepat sikit’ smiley yang

sama kuisi di hujung mesej.

********************************************************

Cerpen: Atiqah Cerpen: Atiqah Cerpen: Atiqah Cerpen: Atiqah karya Zulkifli Zakaria (Hradec Kralove)karya Zulkifli Zakaria (Hradec Kralove)karya Zulkifli Zakaria (Hradec Kralove)karya Zulkifli Zakaria (Hradec Kralove)

Page 7: Bicara Rabiulakhir 1431H

7

Cerpen: Atiqah Cerpen: Atiqah Cerpen: Atiqah Cerpen: Atiqah karya Zulkifli Zakaria (Hradec Kralove)karya Zulkifli Zakaria (Hradec Kralove)karya Zulkifli Zakaria (Hradec Kralove)karya Zulkifli Zakaria (Hradec Kralove)

“Atie panggil abang; Sayang , abang panggil Atie; Ayang...ok?” dia menyarankan suatu hari dulu.

Aku tergelak kecil. Malu pun ada tapi lama kelamaan, kami selesa menggunakan panggilan manja

terutamanya dalam SMS termasuklah dalam membincangkan perkara-perkara serius.

“Abang rasa kita akan menjarakkan diri sampai waktu Atie sendiri bersedia...” katanya lembut.

Aku mengangguk, memahami maksud ‘jarak’ sebenar. Aku tidak kisah tentang hal ini kerana memang

bukan itu yang kutagihkan dari perkahwinan ini. Perkahwinan bukanlah lapangan untuk menghalalkan

hubungan antara kami. Ada yang lebih besar dalam institusi perkahwinan yang dirujuk oleh

Rasulullah sebagai melengkapkan sebahagian dari agama fitrah.

InshaAllah, bila sahaja aku bersedia, akan ku rungkai perisai malu untuk mu suamiku...

********************************************************

Kabus dingin menerpa wajah sewaktu melangkah keluar. Puncak musim dingin. Kedudukan geografi

Czech republik di tengah-tengah benua eropah menghasilkan cuaca ekstrim. Suhu boleh mencecah 28-

--oC dibawah takat beku. Mujurlah hari ini suhu sederhana sekitar -5 oC. Salji memutih di pinggiran

jalan. Perjalanan ke pusat bandar Prague mengambil masa lebih kurang sejam dengan menaiki tren.

Suasana lengang kerana tak ramai orang yang keluar di waktu-waktu sejuk sebegini. Masing-masing

lebih suka duduk di dalam bangunan berpemanas yang lebih menyelesakan.

Nada dering khas berbunyi. Aku menyambut panggilan dari ‘sayangku’.

“Assalamualaykum...Abang dekat mana?”

“Walaykum salam. Abang baru je mendarat...”

Alhamdulillah...ucapku dalam hati. “Atie nak pergi airport ni. Dalam tren...”

“Oh...ye ke...Atie boleh tunggu sekejap tak? Kebetulan abang jumpa Ustaz Hairi. Dia minta abang

bagi ceramah untuk program junior lelaki di Prague. Boleh kan Atie?”

“InshaAllah, Atie tunggu abang yep...erm...Abang...”

“Ya...Atie nak cakap apa lagi...?” intonasinya berubah lunak. Nada ini...membuatkan hatiku bergetar.

Bergoyang dan berayun diatas paksi.

Dadaku berdebar dengan debaran yang sama setiap kali dia bersuara lembut seperti ini. Ah, manis

sekali perasaan ini...ku kuatkan hati menyatakan perkara besar ini.

“Atie dah fikir masak-masak dan rasanya dah sampai masanya bang...”

“Atie buat abang saspen tau...cakaplah apa dia...” lunak suaranya belum berubah. Debaran ku semakin

bertambah. Manisnya perasaan itu turut bertambah.

“rasanya...tak perlu ada jarak lagi antara kita. Atie dah sedia sepenuhnya untuk keluarga yang kita

impikan selama ini...”

“kalau macam tu, abang akan sempurnakan mahar Atie secepatnya”

********************************************************

“Besarnya rumah ni, buat apa sewa rumah besar? Kita berdua je kan?”

“Abang bukan sewa, abang beli...”

Allahuakbar. Aku diam menanti penjelasan.

“InshaAllah abang akan selalu ke sini temankan Atie. Rumah besar ni InshaAllah, ada manfaatnya

untuk junior-junior kita.”

Besar harapan dia dan Alhamdulillah, rumah yang dinamakan Bait El-Syifa’ (rumah penyembuhan)

sudah mula berfungsi menjadi tempat ceramah motivasi, pelajaran agama dan usrah serta beberapa

aktiviti lain. Benar-benar memberi kesembuhan buat hati-hati dan semoga menjadi saham kami di

akhirat kelak.

“Atie marahkan abang ke?” soalnya suatu hari.

“kenapa nak marah abang?” soalku kembali. Aneh persoalannya.

Page 8: Bicara Rabiulakhir 1431H

Cerpen: Atiqah Cerpen: Atiqah Cerpen: Atiqah Cerpen: Atiqah

“ye la, abang beli rumah besar tapi mahar perkahwinan abang belum selesaikan...” terangnya sambil

menggunakan intonasi itu untuk menerbitkan debar dalam dadaku. Sambungnya kemudian,

“...jangan risau, abang akan berikan mahar yang lebih mahal dari Baitul Syifa’...”

Aku mengangguk. Yakin dengan janjinya...

********************************************************

Panggilan dari Kak Salbiah sedikit mengganggu konsentrasi bacaan. Ku sahut panggilan dengan

seadanya. Tapi, suara Kak Salbiah kedengaran cemas.

“Atiqah masih di airport lagi ke?”

“Ya Kak Sal. Atiqah tunggu abang Zarith.”

“Kak Sal dengan ustaz nak pergi airport ambil Atiqah, tapi jalan jammed la. Kitorang terperangkap

dalam traffic ni. Atiqah boleh pergi Hospital Prague tak?”

“Sekarang ke Kak Sal? Abang Zarith...”

“Zarith di hospital, dia kemalangan”

“Ya Allah!” mulutku terkunci. Hanya istighfar yang mampu ku lafazkan.

Aku sampai di hospital. Istighfar masih tak putus-putus. Fikiran ku terlalu kusut memikirkan

pelbagai benda dan satunya yang membuatku menangis - andainya aku kehilangan dia...

“Abang mahu isteri abang semulia Atiqah binti Amru. Wanita cantik, cerdik yang tak pernah

menangis...”

Aku mengesat air mata. Atiqah takkan menangis bang...

“Atiqah binti Amru mungkin menangis sewaktu kecil...”

“Oh...tak lah Atie, abang maksudkan dia redha menerima taqdir Allah termasuklah dinikahkan

dengan orang yang hodoh pada pandangan masyarakat; Sa’ad As-sulami”

“kalau Atiqah jadi Atiqah binti Amru, Atiqah doakan abang jadi Sa’ad As-sulami...mujahid islam”

Air mataku tidak mampu dibendung. Bukan kerana takutkan hari ini tetapi kerana memori itu. Aku

tewas dengan tangisan.

Di luar dewan bedah, aku menanti pasrah. Ramai junior tahun pertama yang turut sama menunggu.

Masing-masing menunggu penuh sabar dengan munajat doa yang tidak putus-putus. InshaAllah,

segalanya pasti berakhir nanti.

Seorang lelaki dari kalangan junior datang menyerahkan sebuah log book. Kulit merah usang yang

tebal itu punya identitinya sendiri. Ianya milik suamiku.

“Abang tak nak kehilangan ilmu yang setiap satunya bernilai melebihi dunia dan isinya”

Pintu dewan bedah terbuka, membawa keluar berita yang menakutkan.

“I’m sorry madam. It was too late.We’ve try our best”

Waktu itu aku seperti hilang separuh anggota badan. Berat ujian-Mu ya Allah. Kuatkan hatiku

seperti Atiqah.

Buku catatan merah dipeluk erat.

“...abang akan berikan mahar yang lebih mahal dari Baitul Syifa’...”

8

Page 9: Bicara Rabiulakhir 1431H

Salju Sakinah: Bukan Sekadar Naratif

Oleh: Shahkang

http://www.norshah.com Merenung pada kulit hadapan, segelintir khalayak pembaca mungkin

beranggapan tiada beza karya ini dengan novel-novel bernuansa cinta

Islamik yang lain. Lenggoknya pasti serupa dan klise. Namun jelas

tanggapan tersebut terpesong. Salju Sakinah bukan novel yang men-

ghidangkan angan-angan kosong kepada pembaca dengan pengisian

yang sifar. Hakikatnya, ia bukan sekadar naratif tetapi kesepaduan

antara ilmu dan aspek kreatif.

Citra wanita yang disampaikan pengarang menerusi watak Sumayyah

kelihatan begitu santai dengan garapan bahasa yang mudah dihadam

pembaca. Setiap detik cabaran yang dialami Sumayyah dimanfaatkan

pengarang sebagai medium dakwah yang berkesan. Dari isu jodoh,

perniagaan keluarga sampailah kepada kupasan masalah akidah. Pen-

ceritaan bukan hanya naratif kebiasaan yang sering kali dilakukan

pengarang novel pop-Islami masa kini. Malah, pengarang telah berjaya

menyelitkan penceritaan dengan isu dakwah dan secara tidak langsung

mengheret pembaca menghabiskan bacaan dan menikmati intipati

Islam dalam masa yang sama. Pujian juga harus diberikan kepada

pengarang kerana penerapan bahan-bahan pengajaran tidak bersifat

khutbah yang boleh mencacat-celakan nilai kreatif sesebuah karya.

Pengarang juga banyak menampilkan istilah-istilah Arab bagi menye-

suaikan latar novel tersebut yang bertempat di Jordan. Istilah-istilah

asing ini sedikit sebanyak mampu menokok pengetahuan khalayak

pembaca dengan kemudahan glosari di halaman-halaman terakhir.

Sebahagian daripada konflik yang dialami Sumayyah turut di-

hadiahkan pengarang dengan potongan ayat Al-Quran untuk direnungi pembaca. Di samping itu,

perwatakan Sumayyah sebagai muslimah ideal yang digambarkan melalui setiap bibit cabaran hidup-

nya sudah pasti diharapkan untuk menjadi ikutan pembaca. Sudah tidak bersembunyi kenyataan

bahawa pengarang ingin menegakkan karya ini sebagai salah satu wahana penyampaian Islam dan

pembentukan moral dengan gayanya yang tersendiri.

Pengarang turut sama bijak mengaitkan isu perjuangan dan cabaran wanita dengan nama

yang dipilih untuk watak utama – Sumayyah. Kita sedia maklum, Sumayyah dikenali sebagai salah

satu tokoh dalam sejarah Islam yang ketabahan dan perjuangannya dihayati saban hari. Oleh yang

demikian, nama yang dipilih pengarang seolah-olah berfungsi untuk menjentik kesedaran pembaca

bahawa novel ini mengusung erti yang khusus untuk difahami.

Secara keseluruhan, kemapanan Zaid Akhtar dalam menumpahkan idea dan penyampaian

risalah Islam dalam kancah bersifat naratif tidak dapat dinafikan lagi. Lewat kejayaannya turun naik

pentas Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) menerusi sebilangan novel remajanya, pembaca

sememangnya tidak akan kecewa dengan method penyampaiannya dakwahnya yang bersahaja. Citra

Sumayyah yang dibantu watak-watak lain bukan bertindak sebagai coretan kosong yang biasa.

Malah hasrat penulis dilihat ada kaitan dengan penerapan nilai-nilai tertentu untuk santapan pem-

baca. Lantaran itu, tidak mustahil novel ini dilabelkan sebagai ‘The National bestseller’ dan telah

berjaya berlabuh pada tangga ketiga carta jualan laris yang dikeluarkan pihak PTS.

Sumber gambar: http://www.pts.com.my

9

Ulasan BukuUlasan BukuUlasan BukuUlasan Buku

Nama Buku: Salju Sakinah

Penulis: Zaid Akhtar

(http://

myzaidakhtar.blogspot.com)

Penerbit: PTS Litera Utama

Page 10: Bicara Rabiulakhir 1431H

10

MSM SANA SINIMSM SANA SINIMSM SANA SINIMSM SANA SINIOleh: Shahrir Kasjoo

SHEFFIELD, 27 Feb 2010 - Alhamdulillah, Misi Kasih Palestin (MKP) anjuran MSM Sheffield

telah membuka 'booth' jualan barang-barang Palestin semasa berlangsungnya 'Sheffield Games'.

'Booth' MKP dibuka pada pukul 9 pagi dan ditutup pada pukul 6 petang. Pelbagai barangan telah

dijual seperti 'merchandise' Palestin, 'muffins' Misi Kasih Palestine, halal 'marshmellow' dan produk

HPA selain daripada aktiviti utama iaitu kutipan tabung Misi Kasih Palestin. Sambutan daripada

para pengunjung amat menggalakkan. Peluang ini juga telah digunakan untuk mempromosi MKP

dan MSM serta memberi kesedaran tentang isu Palestin sebagai isu sejagat dan perlu mendapat

sokongan bersama. Semoga Allah Taala memberkati usaha ini.

Misi Kasih Palestin di ‘Sheffield Games’

NOTTINGHAM, 3 Mac 2010 – Alhamdulillah, program

sambutan Maulidur Rasul bertemakan ’From Mecca to

Jerusalem’ telah berjaya diadakan di Dunkirk & Old Lenton

Community Centre (DCC). Tetamu kehormat adalah ustaz

kita yang tidak asing lagi, iaitu Ustaz Maszlee Malik dengan

dipengerusikan oleh saudara Hosni. Walaupun terdapat

beberapa kesilapan teknikal, namun pengisian Ustaz Maszlee

Malik berjaya memberikan input yang sangat bermakna

kepada hampir 60 orang yang hadir ke program ini. Semoga

usaha ini diberkati Allah Taala dan semoga menjadi

pemangkin dalam usaha membuktikan kecintaan kita

terhadap Nabi Muhammad SAW.

‘From Mecca to Jerusalem’ di Nottingham Memberi Input Bermakna‘From Mecca to Jerusalem’ di Nottingham Memberi Input Bermakna‘From Mecca to Jerusalem’ di Nottingham Memberi Input Bermakna‘From Mecca to Jerusalem’ di Nottingham Memberi Input Bermakna

Page 11: Bicara Rabiulakhir 1431H

11

MSM SANA SINIMSM SANA SINIMSM SANA SINIMSM SANA SINI Oleh: Shahrir Kasjoo

BUCKINGHAM PALACE, 19 Feb 2010 – Pihak MSM UK & Eire

merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Noor Zaitun

Yahaya sekeluarga di atas pencapaian akademik yang sangat

membanggakan. Puan Noor Zaitun merupakan seorang pelajar

ijazah doktor falsafah (PhD) di University of Leeds dan telah dipilih

sebagai penerima “The Queen’s Anniversary Awards” apabila

kajiannya mengenai sistem pemantauan dan pengawalan

pencemaran udara di kawasan bandar mendapat pengiktirafan

Kerajaan United Kingdom. Menurut beliau, kesemua ahli delegasi

University of Leeds ini adalah warganegara Britain kecuali beliau,

rakyat Malaysia.

Melihat kepada reputasi yang hebat dan para penyelidik, pemilihan

beliau menyertai delegasi yang dipilih daripada 40 pelajar PhD dari

seluruh dunia untuk diamanahkan membawa pulang pingat dan sijil

merupakan suatu saingan yang amat hebat dan telah diperhalusi dari pelbagai aspek sepertimana

pernyataan daripada The Royal Anniversary Trust London:

“Please give high priority in your selection of proposed student invitees to those

working in the field of your prizes scheme entry. The Queen and the Duke of

Edinburgh are always keen to meet young people directly involved with the prize

winning work”.

The Royal Anniversary Trust London

Delegasi ini bukan sahaja menghadap Baginda

Ratu Elizabeth, malah berpeluang menerangkan

kajian masing-masing kepada Baginda, Duke of

Edinburgh, Princess Anne, The Trustees and the

Awards Council of the Royal Anniversary Trust

serta tetamu Diraja yang lain. Pengalaman ini

adalah merupakan pengalaman yang besar dan

sangat bermakna kepada beliau sebagai ahli

akademik. Sesungguhnya pencapaian ini

menjadi qudwah buat kita semua khasnya ahli-

ahli MSM UK & Eire. Sila ikuti wawancara

khas bersama beliau di dalam Buletin Bicara

ini.

Tahniah Puan Noor Zaitun Yahaya

Page 12: Bicara Rabiulakhir 1431H

TEMURAMAH EKSKLUSIFBersama: Puan Noor Zaitun Yahaya (Pener

Diolah oleh: Ammar Roslizar dan Raja Abdullah Hakim

Penemuramah : Assalamualaikum Puan Zaitun. Boleh cerita sedikit tentang

pengalaman mendapat anugerah daripada Queen Elizabeth yang berlaku

beberapa hari lepas?

Puan Zaitun : Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Taala

Wabarakatuh. Terima kasih kepada yang bertanya. Bagi pihak Majlis Syura Mus-

limun, saya mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada Majlis Syura Mus-

limun kerana memberi peluang kepada saya untuk hari ini berkongi pengalaman

dan peluang yang Allah telah berikan kepada saya. Terlebih dahulu saya ucapkan

Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan

limpah kurnia-Nya dan perencanaan-Nya yang telah memilih saya untuk mewakili

atau bersama dengan delegasi University of Leeds bagi mendapat panggilan men-

gadap baginda Ratu Elizabeth semalam. Jadi, saya juga mengambil kesempatan ini

mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang telah menaja pengajian

saya di sini, Universiti Malaysia Terengganu, dan juga kepada Jabatan Penuntut

Malaysia. Selain daripada itu, saya juga merakamkan terima kasih kepada suami

dan anak-anak serta rakan-rakan di Leeds. Tidak juga lupa khususnya kepada per-

satuan-persatuan Malaysia di UK yang telah banyak membantu saya mewujudkan

suasana harmoni pembelajaran yang selesa untuk saya. Dan juga dapat secara tidak

langsung memberi satu sokongan dan semangat kepada saya untuk terus belajar

dan bekerja di sini.

Penemuramah: Mungkin boleh cerita tentang bagaimana perasaan bila ber-

jumpa dengan Queen Elizabeth sendiri dan menerima anugerah yang sangat

tinggi itu.

Puan Zaitun : Okay Cik Aisyah. Saya sebenarnya mengetahui dipilih mewakili

Institute for Transport Studies (ITS) ini pada bulan November semasa saya balik ke

Malaysia. Untuk pengetahuan semua, Institute for Transport Studies ialah pusat

pengajian dan penyelidikan peringkat universiti dalam bidang ini yang terbesar di

Eropah dan tersohor di dunia. Jadi ia sangat disegani di peringkat antarabangsa.

Bermakna, apabila anda terpilih mewakili institut ini dalam apa-apa upacara - per-

sidangan, workshop, forum - anda telah mewakili satu institusi yang sangat ternama

dan terkemuka. Jadi khususnya yang dikatakan The Queen Anniversary Award ini,

majlis penganugerahan saya untuk menghadiri bersama-sama mereka, pemilihan itu

sudah melalui saringan yang agak sengit kerana saya terpaksa bersaing dengan

lebih kurang 40 pelajar PhD dari seluruh dunia. Untuk pengetahuan juga, di Insti-

tute for Transport Studies, kita hanya ada dalam 5 hingga 6 perempuan daripada 40

orang itu. Pihak istana hanya mengkehendaki ITS menamakan hanya 2 orang yang

mewakili institut tersebut. Pemilihan untuk menganggotai delegasi itu juga ber-

dasarkan kepada apa yang dinyatakan oleh the Royal Anniversary Trust London,

“Please give high priority in your selection or propose to the invitees to those who

working in the field of your prizes scheme entry. And the Queen and the Duke of

Edinburgh are always keen to meet young people directly involved with the prize

winning work.” Jadi bermakna, pemilihan itu mereka telah teliti dan perhalusi

memastikan 2 calon PhD itu adalah mereka yang telah banyak menyumbang dan

tahu tentang apa yg sedang dijalankan di ITS tersebut.

12

Page 13: Bicara Rabiulakhir 1431H

TEMURAMAH EKSKLUSIF Bersama: Puan Noor Zaitun Yahaya (Penerima The Queen’s Anniversary Awards)

Penemuramah : Mungkin boleh ceritakan faktor penyumbang kepada ke-

jayaan Puan.

Puan Zaitun : Pada tahun penilaian ini dibuat, saya boleh bahagikan kepada dua

bahagian, satu aktiviti akademik sebagai pensyarah universiti dan calon PhD. Aktiv-

iti akademik merupakan aktiviti yang sangat utama dalam karier. Jadi, pertamanya

tentang kajian PhD yang saya buat. Jadi kajian saya ini merupakan satu kajian yang

terbaru sebab PNC dalam bidang air pollution merupakan satu bidang yang belum

banyak diterokai dan kajian-kajian ini tidak banyak dilaksanakan apatah lagi di Asia

Tenggara dan Asia. Dan kemudian keduanya, saya juga terpilih mendapat undangan

dan tajaan pembentangan di Persidangan Clean Air Asia yang ditaja oleh Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di bawah unit Chapter Asia di Bangkok pada 2008.

Saya juga mendapat undangan menyertai forum dan menjadi keynote speaker yang

mewakili Asia Tenggara dalam Persidangan Urban Environment Management and

Air Quality in Less Developed Countries di Copenhagon yang berlaku pada 2007,

dan banyak lagi. Selain itu, saya juga banyak membantu ITS mengendalikan kursus-

kursus dan seminar. Jadi itu mungkin diantara aktiviti saya dan banyak lagilah. Tak

perlulah saya ceritakan.

Penemuramah: Bagaimana Puan membahagikan masa antara belajar dan

aktiviti masyarakat dan sebagainya?

Pn Zaitun: Dia nampak macam banyak tetapi sebenarnya bagi saya, bila kita bela-

jar, ia adalah kehidupan. Ianya kehidupan yang normal. Jadilah seorang pelajar yang

kehidupannya normal. Maksudnya kalau pada masa itu kita belajar, kita belajar.

Kalau pada masa itu kita perlu bersama dengan keluarga kita, maka kita berilah masa

itu untuk keluarga kita. Dan InshaAllah kalau kita sebagai seorang Islam, masa yang

Allah SWT berikan selama 24 jam inshaAllah cukup kalau kita betul-betul me’man-

age’ dan bagi saya kejayaan ini sebenarnya adalah hasil daripada petunjuk daripada

Allah SWT. Maknanya setelah lama saya berpengalaman belajar dalam dan luar

negara dan pengalaman hidup saya juga banyak jadi saya rasa saya juga perlu men-

genal pasti priority, mana satu yang nak diutamakan dan mana satu yang nak dibe-

lakangkan. Akhirnya, dalam kita sibuk-sibuk begitu beini, sebaiknya kita serahkan

segala-galanya urusan hidup kita kepada Allah SWT. Jadi itulah maknanya, saya

sangat bergantung, bukan hanya pada usaha, tetapi kepada perancangan Allah SWT.

Penemuramah: Ada apa-apa nasihat untuk para pelajar di UK Ireland sama

ada pasca-siswazah atau siswazah sendiri untuk mencapai kejayaan seperti

mana Puan telah capai?

Pn Zaitun: Saya rasa dimana-mana pun orang akan bertanyakan soalan yang sama.

Pertamanya saya rasa pengalaman saya bertemu dengan baginda Queen semalam

merupakan satu booster untuk saya sendiri. Memberi satu suntikan semangat

yang..MashaAllah..kerana saya merasakan bila saya berada dan berjalannya saya

memasuki Buckingham Palace itu, kerana saya yang dikatakan sebagai Malaysian

13

Page 14: Bicara Rabiulakhir 1431H

PhD Student, pelajar PhD pertama, pelajar Malaysia pertama yang masuk ke Buckingham Palace, di

sana merupakan suatu yang besar sangat maknanya setiap langkah ke dalam itu, dan apabila saya

berada di dalam itu juga, ermm melihat bagaimana majlis itu dilaksanakan dengan..kita panggil apa

eh adat istiadat ke..British dan sebagainya, saya tidak pernah duga sama sekali, saya anak kampung,

dipilih untuk turut sama menjadi salah seorang tetamu Queen Elizabeth pada hari itu. Siapa yang

tidak mahu berjumpa dengan baginda Queen kan? Jadi, terkedu juga tiba-tiba berada dihadapan

dengan yang dikatakan Ratu Elizabeth. Dan Alhamdulillah selepas sesi penyerahan sijil dan juga

plaque itu, kita ada sesi dimana kita menerangkan kajian dan apa saja kerja kita kepada Ratu Eliza-

beth dan Alhamdulillah Ratu Elizabeth sangat berminat; walaupun umurnya sudah mencapai ling-

kungan 80 tahun, tetapi very motherly, nampak nak la juga mendengar walaupun kita bukanlah

orang British. Dan untuk makluman juga, hanya sayalah agaknya, dalam kumpulan itu hanya saya

yang bukan British.

Penemuramah: Pn Zaitun, apakah nasihat dan harapan kepada para pelajar siswazah dan

pasca-siswazah supaya kami dapat mencontohi kejayaan yang dimiliki oleh puan?

Pn Zaitun: Pertamanya seperti yang saya katakan tadi, pemilihan saya untuk bersama delegasi ini

adalah satu pengiktrafan yang besar daripada institute, tetapi jauh daripada itu, sebenarnya ia adalah

pengiktirafan kepada rakyat Malaysia itu sendiri kerana pada masa tahun penilaian ini dibuat, hanya

saya saja pelajar Malaysia yang belajar disitu dan daripada Southeast Asia. Secara tidak langsung,

saya menjadi duta kepada rakyat Malaysia disitu. Ianya merupakan pengiktirafan yang besar kepada

agama, bangsa dan negara kita. Dengan itu suka saya berkongsi disini ataupun mengingatkan diri

saya sendiri bahawa walaupun saya bukanlah seorang yang terbaik tetapi dengan pencapaian ini

sebenarnya satu kecemerlangan itu bukanlah sesuatu yang mustahil untuk kita capai. Pokoknya kita

hendaklah berusaha, berdisiplin, dan buatlah suatu perkara itu seikhlas mana yang mungkin kerana

apabila kita melaksanakan sesuatu dengan ikhlas kerana Allah SWT, InshaAllah Allah SWT akan

melihat segala amalan kita itu, dan akan membalasi apa yang kita laksanakan itu dengan sebaik-

baiknya yang kita tidak sangka-sangka. Saya juga suka menyatakan disini bahawa selain daripada

kita berusaha dengan sedaya upaya, kita menyusun strategi pembelajaran, kita mengurus dengan

baik, yang paling utama itulah hendaklah kita bertawakal kepada Allah SWT. Berdoa dan bertawa-

kal kepada Allah SWT. Beranilah kita untuk melakukan perubahan kerana dari semasa ke semasa

kita sentiasa memperbaiki diri dan kemahiran kita. Yakinlah bahawasanya sebagai seorang Islam,

semuanya itu adalah daripada Allah SWT dan kepadaNyalah kita bersyukur. Semoganya dengan

kejayaan saya ini memberi makna yang besar kepada diri saya, keluarga, agama, bangsa dan negara.

Ianya adalah satu perkongsian yang besar yang saya harapkan dapat seterusnya melahirkan ramai

lagi mereka-mereka yang jauh lebih Berjaya daripada saya inshaAllah. Sehingga itu, wabillahit-

taufiq wassalamu’alaikum wbt.

14

Page 15: Bicara Rabiulakhir 1431H

Tahu tak,

dalam titis-titis hujan itu

ada cinta yang banyak.

Kau melihat,

Aku melihat,

air jernih membasahi hati-hati kita,

terfikirkah kita bahawa

perjalanan ini sebenarnya

telah diaturkan oleh Dia?

Siapa bisa berkata hati-hati ini milik

mereka

Padahal yang menyatukan kita adalah

Dia?

Siapa bisa merasa, gembiranya jiwa

kita

padahal dukanya kita yang merasa?

Saat ini,

awan berat berarak sarat

membawa cinta kita yang pekat

dan jari jemari kita bertaut erat

di situ keping-keping hati kita melekat

sungguh, kembangnya cinta kita

takkan pernah terencat.

Aku tahu kau langit berasa sayu,

lalu hatimu biru, awanmu syahdu,

melihat kasih kami bersatu

langkah kami beriringan padu

biarpun asalnya kami tidak saling tahu,

lalu bergenanglah air matamu,

tumpah ke bumi menghujani kalbu.

Dan saat itu aku mengakui syahadahku.

Nukilan:

Farah Najwa Faizal

Newcastle, Australia

(Bersempena Jaulah Sydney OZ)

Perkongsian Sejagat oleh: Farah Najwa Faizal (Newcastle, Australia)

15

Page 16: Bicara Rabiulakhir 1431H

16 MAKTAB MEDIA MSM

Sekadar Renungan...